lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Terengganu Tarik Pelaburan RM29.4 Bilion, Wujud Lebih 30,000 Peluang Kerja
Terengganu terus memacu transformasi sosioekonomi dan mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi pelaburan pilihan di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Dato’ Jebasingam Issace John berkata, antara tahun 2007 hingga 2016, Terengganu telah meraih RM29.4 bilion pelaburan domestik dan asing, sekaligus mewujudkan lebih daripada 30,000 peluang pekerjaan baharu.Katanya, pelaburan yang kukuh itu dijana oleh pertumbuhan pesat dalam sektor pembuatan, yang telah menyumbang 51.3 peratus daripada jumlah keseluruhan pelaburan diikuti sektor bioekonomi sebanyak 22.6 peratus.“Transformasi Kuala Terengganu City Centre (KTCC) berjalan lancar dengan kerja-kerja pembinaan sedang rancak dilaksanakan.“Jambatan angkat atau “drawbridge” yang menghubungkan Muara Selatan dan Muara Utara di KTCC dijangka siap menjelang suku ketiga tahun ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian selepas mesyuarat pelaksanaan dan penyelarasan ECER negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman di Pejabat ECER Kuala Terengganu.Selepas mesyuarat itu, turut diadakan Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 kepada 25 peserta Empower ECER Kuala Nerus, Setiu dan Marang.Katanya, kerja-kerja pembinaan jambatan angkat sepanjang 632 meter itu telah bermula 2014 dan akan diapit oleh dua menara yang masing-masing menempatkan sebuah restoran eksekutif serta dek tinjauan dan sebuah galeri.Menurut beliau, kesalinghubungan antara KTCC dengan Lapangan Terbang Sultan Mahmud akan dipertingkatkan menerusi pembinaan dan penambahbaikan jalan raya sepanjang 6.8 kilometer yang akan bermula pada suku kedua 2017.Selain itu katanya, antara projek yang sedang dilaksanakan di KTCC termasuklah projek pembangunan bercampur bernilai RM2.4 bilion oleh Tiara View Housing Development Sdn Bhd.“Projek ini merangkumi sebuah hotel, pangsapuri servis, rumah dan pejabat di bawah satu bumbung (SOHO), pusat beli belah dan taman tema yang bakal dibangunkan di kawasan seluas 3.8 hektar.“Fasa pertama kerja pembinaan akan bermula pada suku kedua 2018 dan keseluruhan projek ini dijangka siap menjelang 2024, dengan lebih 1,500 peluang pekerjaan bakal diwujudkan untuk penduduk tempatan,” ujarnya.Dalam pada itu katanya, sehingga kini, Taman Biopolimer Kertih (KBP) telah menarik pelaburan sebanyak RM6.8 bilion dan mewujudkan lebih daripada 5,000 peluang pekerjaan untuk rakyat.“Dua syarikat antarabangsa terkemuka, CJ CheilJedang dari Korea Selatan dan Arkema dari Perancis telah memulakan operasi di KBP dengan mengeluarkan asid amino L-methionine berasaskan bioteknologi hijau pertama di dunia yang kebanyakkannya diguna pakai di dalam produk suplemen semulajadi,” ujarnya.Menurut beliau, sebuah lagi Taman Industri di Terengganu iaitu Taman Industri Berat Kemaman (KHIP) pula telah menarik pelaburan berjumlah RM5.5 bilion daripada tiga pelabur utama iaitu Eastern Steel Sdn Bhd., Perwaja Steel Sdn Bhd. dan Tosoh Corporation dari Jepun sekaligus menyediakan hampir 7,000 peluang pekerjaan baharu kepada penduduk tempatan.Sementara itu katanya, projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) sepanjang 600 kilometer juga dijangka akan mewujudkan lebih banyak pusat pertumbuhan di seluruh Terengganu serta merangsang ekonomi dan sektor pelancongan negeri, sekaligus mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan keusahawanan.“Pelaburan oleh syarikat bumiputera turut menjadi penggerak penting kepada pertumbuhan sosioekonomi Terengganu, yang mana 57 projek bumiputera bernilai RM3.7 bilion telah menerima sama ada insentif cukai daripada ECERDC, geran Teraju@ECER atau kedua-duanya sekali.“Daripada jumlah ini, 41 projek bumiputera dalam bidang pembuatan, perkhidmatan dan pelancongan bernilai RM736.4 juta, telah menerima manfaat daripada Dana Mudahcara Teraju@ECER berjumlah RM101.2 juta,” katanya.
19 Mar 17
139
Empty Image
MB Bersarapan Di Medan Selera Ajil
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman bersama isteri, To' Puan Seri Halina Zakaria sempat meluangkan masa bersarapan dengan orang ramai, di Medan Selera, Ajil, Hulu Terengganu, pagi ini.Beliau disambut oleh penduduk setempat yang tidak sabar untuk menjamu selera sambil berbual mesra bersama pemimpin negeri itu.Peniaga dan pengunjung di Medan Selera Ajil itu  juga kelihatan teruja dengan kehadiran pemimpin nombor satu negeri itu. Turut mengiringi lawatan beliau ke pekan itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail , Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil, Ghazali Taib dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya.Hadir sama, Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik dan Pengarah Unit Komunikasi Negeri, Dato' Muda Mamat.Seorang peniaga, Nor Azura Ibrahim,33, berkata dia cukup teruja dengan kehadiran Menteri Besar dan isteri kerana ini kali pertama dapat menatap wajah pemimpin yang disayangi itu dengan lebih dekat."Hanya dalam masa tiga hari, kami buat persiapan bagi menyambut kedatangan beliau dan hari ini saya menyediakan nasi lemak,nasi minyak,nasi dagang,mee goreng dan kuih-muih istimewa sebagai hidangan kepada pemimpin dan mereka yang hadir hari ini," katanya yang sudah 13 tahun menjalankan perniagaan di situ.Menteri Besar seterusnya meneruskan program Ziarah Kasih dengan mengunjungi rumah seorang mualaf, Mohd Hashim Liew Abdullah, 47, yang mempunyai dua anak istimewa menghidap ‘cerebral palsy’ sempena program sehari di DUN Ajil.
19 Mar 17
74
Empty Image
SKSJ Beri Manfaat Kepada 117, 224 Warga Emas, Orang Asli
Program Satu Komuniti Satu JPJ(SKSJ) yang diperkenalkan bermula  2009 di seluruh Malaysia memberi manfaat kepada 117,224 orang calon warga emas dan orang asli melalui pemberian Lesen Kelas B2 Motosikal.Timbalan Ketua Pengarah Jabatan(Perancangan Dan Operasi) Pengangkutan Jalan(JPJ),Dato’ Yusoff Ayob, berkata SKSJ memfokuskan warganegara Malaysia yang dikategorikan warga emas bermula 45 tahun ke atas bagi Semenanjung Malaysia dan 40 tahun ke atas di Sabah dan Sarawak.Katanya,masyarakat orang asli yang berusia 21 tahun ke atas juga diberi peluang oleh JPJ untuk membantu mereka mendapatkan lesen Kelas B2 Motosikal."Terdapat lebih kurang 3.5 juta golongan yang layak mendapat lesen tetapi  belum mendapatkannya di atas beberapa faktor seperti masalah buta huruf, tidak mahir komputer dan sebagainya."Dalam satu tahun, JPJ hanya mampu meluluskan 500,000 lesen sahaja daripada jumlah 3.5 juta melalui khidmat Sekolah Memandu yang ada di seluruh Malaysia. Sebab itulah kita melaksanakan SKSJ bagi meningkatkan lagi jumlah pengeluaran lesen setiap tahun."Di Terengganu sahaja seramai 9,592 orang calon warga emas telah berjaya mendapat lesen melalui 22 siri program SKSJ yang dijalankan sejak 2009 sehingga sekarang,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media Majlis Perasmian Penutup Satu Komuniti Satu JPJ Daerah Hulu Terengganu di Dewan Majlis Daerah HuluTerengganu,Kuala Berang, hari ini.Majlis tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, Dato' Jailani Johari.Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil, Ghazali Taib dan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Terengganu, Abdul Rahman Emang Anyie.Seramai 156 orang calon dari Hulu Terengganu mengikuti kursus pemanduan, latihan menunggang motosikal dan menduduki ujian yang dikendalikan oleh pihak JPJ sendiri.Jelas Yusoff lagi, setiap tahun sebanyak 1.2 juta saman dikeluarkan atas kesalahan jalan raya dan 30 peratus daripadanya adalah kerana tidak mempunyai lesen memandu yang sah.Sementara itu, Jailani berkata SKSJ merupakan satu program yang bertujuan untuk memberi pendekatan dan kemudahan perkhidmatan secara terus kepada masyarakat luar bandar."Kita lihat pada masa sekarang masih ramai penunggang motosikal terutamanya warga tua di Hulu Terengganu ini masih tidak mempunyai lesen memandu."Perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana jika berlaku kemalangan, ia akan memberi masalah kepada mereka kerana tidak dilindungi insurans,"katanya lagi.Jailani Johari yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu turut mencadangkan sebuah pejabat JPJ kekal ditubuhkan di daerah ini bagi kemudahan penduduk setempat berurusan.
19 Mar 17
387
Empty Image
SKMM Sedia Ambil Tindakan Syarikat Telekomunikasi Kenakan Caj Tersembunyi
Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia(SKMM) sedia mengambil tindakan ke atas mana-mana syarikat telekomunikasi yang mengenakan 'Hidden Charges'atau caj tersembunyi tanpa pengetahuan pelanggan mereka.Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Dato' Jailani Johari berkata, namun begitu beliau menasihatkan kepada para pelanggan supaya jangan mengambil mudah setiap perjanjian dengan syarikat Telco apabila mendapatkan perkhidmatan mereka."Sebagai pelanggan, baca dengan teliti perjanjian yang tertulis dan kaji apa yang ada dalam kandungannya."Tapi mungkin disebabkan tulisan yang terlalu kecil menyebabkan pelanggan tidak mengendahkannya. Saya minta kepada pihak pemberi perkhidmatan ini, ianya (tulisan)diperbesarkan bagi memudahkan orang ramai membaca terlebih dahulu sebelum mereka melanggan,"kata Jailani.Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media Majlis Perasmian Penutup Satu Komuniti Satu JPJ Daerah Hulu Terengganu di Dewan Majlis Daerah HuluTerengganu,Kuala Berang, hari ini.Jelasnya lagi, pihak penyedia perkhidmatan juga perlu menggunakan bahasa yang lebih mudah dalam surat perjanjian kerana jika terlalu teknikal ianya sukar diterima oleh pelanggan."Syarikat telekomunikasi juga boleh membuat khidmat penerangan kepada pelanggan sebelum mereka melanggannya kerana jika sudah menandatangani perjanjian, adalah sukar untuk membuat aduan."Saya tak salahkan mana-mana pihak sebenarnya mungkin silap pelanggan itu sendiri yang tidak membaca dengan baik kandungan perjanjian yang tercatat...jadi nasihat saya tolong lihat dan baca terlebih dahulu,"katanya.Menurut Jailani lagi, jika tiada tindakan susulan dibuat ke atas aduan tersebut, pelanggan boleh membuat aduan kepada Biro Aduan SKMM untuk tindakan seterusnya.Pada awal Januari baru-baru ini, seorang lelaki tidak berpuas hati apabila sebuah syarikat telekomunikasi menolak sejumlah wang yang agak besar dari kad kreditnya, walhal sepatutnya tiada penolakan.Bagaimanapun, kes tersebut selesai secara damai apabila pihak Telco tersebut bersetuju untuk berbincang dan mendengar masalah pelanggannya itu.Dan kes terbaru pula, seorang lelaki yang tidak dapat menahan kemarahannya selepas kredit telefon prabayarnya susut RM4 setiap hari bertindak memecahkan pintu kaca dan beberapa telefon bimbit di dua cawangan kedai sebuah syarikat telekomunikasi di Sibu, Sarawak.
19 Mar 17
105
Empty Image
Latihan Akademik Empower ECER Bantu Asyikin Cemerlang SPM
Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) bukan sahaja menumpukan kepada pembangunan ekonomi wilayah itu semata-mata tetapi juga membantu membangunkan modal insan.Menerusi program latihan akademik, ECER membantu dengan menyediakan tuisyen atau kelas tambahan bagi pelajar-pelajar miskin kurang cemerlang agar mereka boleh mencapai keputusan akademik yang lebih baik.Inisiatif yang dilancarkan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) pada 2010 itu bukan sahaja telah disertai oleh 6,946 pelajar dengan 77 peratus daripadanya mencatat prestasi akademik yang lebih baik dan  cukup membanggakan apabila 21 peratus berjaya meraih 5A dan ke atas dalam UPSR, PT3 dan SPM pada tahun lalu.Peserta Empower ECER dari Marang yang cemerlang dalam SPM 2016, Nurul Asyikin Zulkifli dari Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Tapai mengakui, kecemerlangan dan pening­katan drastik prestasi akademiknya didorong oleh penyertaannya dalam program Latihan Akademik Empower ECER anjuran ECERDC semasa di tingkatan lima sebagai persiapan menduduki peperiksaan SPM.“Saya akui, semua ini adalah hasil kelas tambahan dibawah program ini yang saya sertai kerana sangat mustahil saya dapat mengikuti kelas tuisyen di luar memandangkan keadaan keluarga dan saya berasa sangat gembira dengan kejayaan ini,” ujarnya yang memperoleh 6A 1B 1C+ 1D dalam peperiksaan SPM yang diumumkan baru-baru ini.Nurul Asyikin berkongsi kejayaan itu sewaktu ditemui pemberita di Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 kepada 25 peserta Empower ECER Kuala Nerus, Setiu dan Marang yang disempurnakan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Pejabat ECER Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Dato’ Jebasingam Issace John.Nurul Asyikin yang bercita-cita menjadi usahawan berkata, kejayaan yang diperoleh itu akan menyuntik semangatnya untuk terus menggapai kecemerlangan di peringkat yang lebih tinggi.“Walaupun ayah tidak lagi dapat bekerja kilang akibat kemalangan lima tahun lepas dan emak pula suri rumah, saya tidak akan jadikan kesusahan hidup sebagai penghalang untuk mencapai cita-cita,” ujarnya yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perniagaan di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).Anak kedua daripada empat orang adik beradik itu berkata, segala perbelanjaan keluarganya kini hanya bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan.
19 Mar 17
188
Empty Image
Peserta Program Empower ECER Ditambah Seluruh Terengganu
Beberapa pelajar yang diraikan sempena bersama tetamu kehormat di Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 kepada 25 peserta Empower ECER Kuala Nerus, Setiu dan Marang di Pejabat ECER Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail.Kerajaan negeri berhasrat menambah bilangan peserta program Empower Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di setiap daerah di negeri ini bagi meningkatkan pres­tasi akademik pelajar dari keluarga yang berpendapatan rendah.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, menerusi inisiatif program pembangunan modal insan yang dilancarkan Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) pada 2010, pelaksanaan program latihan akademik itu menyasarkan pelajar yang berprestasi lemah dan sederhana.“Ketika ini, setiap daerah mempunyai lebih kurang 200 peserta daripada keluarga kumpulan berpendapatan B40 dan untuk tahun ini kerajaan negeri dengan kerjasama ECER akan meneruskan program ini dengan menambah lebih ramai bilangan pelajar di setiap daerah.“Secara tidak langsung, dengan penambahan peserta program ini sedikit sebanyak dapat membantu menyelesaikan masalah kemiskinan yang membelenggu keluarga peserta dengan memberi pendidikan yang terbaik kepada anak-anak mereka,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 kepada 25 peserta Empower ECER Kuala Nerus, Setiu dan Marang di Pejabat ECER Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Dato’ Jebasingam Issace John.Sementara itu, Ahmad Razif turut merakamkan ucapan terima kasih kepada ECER kerana program Empower yang diperkenalkan itu banyak membantu meningkatkan keputusan peperiksaan awam di Terengganu termasuk SPM.“Saya bangga kerana 25 orang pelajar hari ini menerima pengiktirafan di mana mereka ini terdiri daripada golongan keluarga B40.“Yang mana, kalau ikut keadaan biasa memang sukar untuk mereka berjaya kerana tiada kemudahan dan kelengkapan seperti pelajar lain, tetapi atas inisiatif ECER program Empower ini telah membuka peluang para peserta sekaligus berjaya menunjukkan peningkatan prestasi akademik,” ujarnya.Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri akan terus membantu pelajar-pelajar ini termasuk menerusi kerjasama dengan beberapa universiti negeri ini yang akan menawarkan tempat untuk mereka meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.“Kerajaan negeri dan ECER akan bantu pelajar ini untuk menempatkan mereka di pusat-pusat pengajian yang sewajarnya kerana yang paling mustahak mereka ini berjaya dan dapat keluarkan keluarga daripada kemiskinan.“Jika mereka berminat untuk meneruskan pelajaran di pusat-pusat pengajian di negeri ini tiada masalah, tetapi terpulang kepada pelajar untuk tentukan apa yang mereka minat,” ujarnya.
18 Mar 17
303
Empty Image
Peruntukan RM3 Juta Bina Bangunan Serikandi
Kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM3 juta untuk membina bangunan baharu milik Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi).Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata langkah itu bertujuan menghargai peranan penting yang dimainkan oleh Serikandi selama ini dalam menjayakan program melibatkan masyarakat dan kerja-kerja amal.“Ketika ini Serikandi beroperasi di kuarters kerajaan yang terletak di Batu Buruk di Kuala Terengganu, jadi terpulang kepada mereka untuk memilih reka bentuk yang sesuai.“Projek tersebut juga selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk membangunkan kawasan kuarters itu sebagai pembangunan perumahan awam yang moden dan strategik," katanya kepada media selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Serikandi kali ke-30 di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama, Yang Dipertua Serikandi, To' Puan Seri Halina Zakaria.Pada masa sama, Ahmad Razif mengumumkan peruntukan segera sebanyak RM100,000 untuk badan amal itu menjalankan aktiviti pengurusan dan pentadbiran tahunan mereka.
18 Mar 17
36
Empty Image
TPM Meriahkan Resepsi Putera Tengku Zainuddin
Zahid Hamidi dan Ahmad Razif serta Shabery sempat bergurau dengan pengantin dalam majlis resepsi putera Tengku Zainuddin. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghadiri majlis perkahwinan anak bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Marang, Dato' Tengku Zainuddin Tengku Zahid.Dalam majlis resepsi antara Tengku Faizal Ikhwan Tengku Zainuddin, 26, dan pasangannya Amalina Husna Abd Halim, 25, yang berlangsung di Regency Waterfront Hotel tersebut, lebih 1,000 tetamu hadir memeriahkan majlis itu.Turut hadir memeriahkan majlis tersebut, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri, To' Puan Seri Halina Zakaria, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh.Selain itu, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong, exco-exco kerajaan negeri turut memenuhi undangan majlis tersebut.Sebelum itu, Zahid yang juga Naib Presiden UMNO sempat merasmikan Perasmian Berkelompok Persidangan Agung UMNO Cawangan dan Sayap-Sayap Peringkat Negeri Terengganu dan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Pusat Daerah Mengundi(PDM) di Stadium Negeri, Kuala Terengganu pada sebelah petang.Sebelum berangkat pulang, Zahid sempat meraikan pasangan dua sejoli tersebut dengan memberi restu kepada kedua mempelai di majlis itu.
17 Mar 17
1652
Empty Image
Terengganu Perkasa Prinsip 3P
Ahmad Razif ketika berucap pada Majlis  Perasmian Berkelompok Persidangan Agung UMNO Cawangan dan  Sayap-Sayap Peringkat Negeri Terengganu. Foto oleh Harish Fazillah Kassim Seluruh kepimpinan UMNO Terengganu akan berganding bahu dalam usaha memperkasakan tiga prinsip bagi memastikan rakyat negeri ini terus memilih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke -14.Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman,  keutamaan di Terengganu ialah mencipta lebih banyak cerita kejayaan menangani isu 3P iaitu Pekerjaan, Perumahan dan meningkatkan Pendapatan.“Semua ini kami tidak boleh berjaya sekiranya kami tiada satu lagi p iaitu  perpaduan. “Marilah bersama-sama saya dan kepimpinan UMNO mencipta cerita kejayaan dengan prinsip 3P ini bagi mengulangi sejarah kemenangan UMNO dahulu, sekali gus memastikan kesemua DUN dan Parlimen Terengganu kembali ke tangan BN,” katanya,Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Perasmian Berkelompok Persidangan Agung UMNO Cawangan dan  Sayap-Sayap Peringkat Negeri Terengganu dan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Pusat Daerah Mengundi (PDM)  di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong serta barisan kepimpinan politik negeri.Mesyuarat itu dirasmikan Naib Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
17 Mar 17
100
Empty Image
PDM Pulau Bahagia Bawa Pulang Wang Tunai RM14,000
UMNO Terengganu  melakukan persiapan lebih tersusun bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14)Persiapan itu termasuk memperkasakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) melalui pertandingan yang bermula 10 hingga 15 Januari  di peringkat bahagian, manakala 8 hingga 15 Februari pula di peringkat negeri.Johan dalam pertandingan peringkat negeri itu dirangkul PDM Pulau Bahagia yang membawa pulang wang tunai RM14,000, diikuti tempat kedua PDM Pelong, Setiu (RM10,000) dan tempat ketiga diraih PDM Seberang Takir Pantai (Kuala Nerus) memperolehi RM6,000.Mengulas kejayaan PDM Pulau Bahagia, Pegawai Penyelaras DUN Hulu Terengganu, Yusof Awang Hitam, berkata tiada petua istimewa di sebaliknya kemenangan itu melainkan usaha, kerjasama, gandingan kekuatan pelbagai aspek yang dizahirkan lima cawangan di bawah PDM berkenaan.Katanya, setiap tugasan yang mahu dilaksanakan, terlebih dahulu mengadakan perbincangan untuk menentukan  sama ada dipersetujui atau sebaliknya. “Langkah itu, timbul rasa keseronokan bekerja bukan saja untuk meraih kemenangan dalam pertandingan malah yang lebih penting untuk kejayaan yang lebih besar pada PRU akan datang,” katanya.
17 Mar 17
34