Artikel "Semasa" Terkini
MAPEX Tawar 500 Unit Pelbagai Hartanah Bernilai RM350 Juta
Pameran Ekspo Hartanah Malaysia (MAPEX) Terengganu 2017 yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini menawarkan lebih 500 unit pelbagai jenis hartanah bernilai kira-kira RM350 juta.Pameran anjuran Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Cawangan Terengganu yang julung kali diadakan di negeri ini berlangsung di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) bermula 10 pagi hingga 9 malam.Pengerusi REHDA Terengganu, Mohamad Hishamudin Muda berkata, MAPEX Terengganu 2017 yang disertai 40 pemain hartanah itu berfungsi sebagai One Stop Center (pusat sehenti) untuk memberi ruang kepada pemaju hartanah tempatan yang terdiri daripada pemaju swasta dan syarikat milik kerajaan untuk memasarkan produk hartanah masing-masing.“Malah pameran ini turut menyediakan landasan terbaik buat pembeli rumah dalam mencari informasi dan panduan tentang pemilikan kediaman di bawah satu bumbung,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Perasmian Ekspo Hartanah Malaysia (MAPEX) Terengganu 2017 yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang di di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), hari ini.Menurut beliau, agensi lain yang terlibat dalam ekspo tersebut termasuk pihak bank yang bersedia memberikan pinjaman kepada pembeli yang layak disamping Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang akan membantu dari segi pengeluaran wang caruman KWSP bagi pembelian kediaman kepada bakal pembeli.“Malah, Jabatan Perumahan Negara di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta syarikat lain dibawah Kementerian Kewangan iaitu Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan juga anak syarikat kerajaan negeri iaitu Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) turut serta memberikan tawaran produk masing-masing pada harga yang istimewa,” ujarnya.Katanya, REHDA Terengganu menyasarkan 10,000 pengunjung sepanjang ekspo tersebut berlangsung.
22 Mar 17
38
Peruntukan RM2 Juta Baik Pulih Dan Bina Baru Rumah Di DUN Ajil Tahun Ini
Kerajaan negeri memperuntukkan RM2 juta bagi membina baru atau membaik pulih rumah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil sepanjang tahun ini.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ghazali Taib berkata, pada peringkat pertama, sebanyak 10 unit rumah yang dikenal pasti untuk dibaik pulih segera menggunakan peruntukan yang disalurkan menerusi Pejabat Daerah Hulu Terengganu itu."Pejabat daerah akan mengambil inisiatif melalui tiga konsep utama iaitu bina baru bagi yang berdaftar dengan e- Kasih, baik pulih melalui kontraktor yang dilantik dan membekalkan bahan-bahan binaan yang akan dibuat secara gotong- royong bersama masyarakat setempat."Ini adalah tanda keprihatinan kerajaan negeri dan kolaborasi ini menjadikan masalah di DUN Ajil selesai lebih cepat buat masa ini,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Program Turun Padang ke Mukim Hulu Berang, Ajil, hari ini.Turut hadir Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik.Ghazali yang juga Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, berkata program turun padang ini akan diteruskan secara berkala pada setiap dua bulan sekali mengikut keperluan supaya setiap masalah di DUN berkenaan dapat selesaikan semaksima yang mungkin."Kita turun padang bersama ketua jabatan sambil beriadah dan melihat keperluan rakyat terutama di Mukim Hulu Berang hari ini dan hari ini kita sempat melihat dua buah rumah golongan miskin yang memerlukan kerja membaik pulih segera."Konsepnya kita buat kolaborasi dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dengan DUN di mana kita guna peruntukan tabung kebajikan untuk membeli dan membiayai segala keperluan...sebahagiannya pula akan disalurkan oleh JKM,"katanya lagi.Ghazali berkata, kerjasama yang terjalin itu mampu menyelesaikan banyak masalah terutama melibatkan golongan miskin yang tiada keupayaan untuk membaiki rumah mereka sendiri.
22 Mar 17
48
167 Pengurus Kediaman Berkhidmat Seluruh Terengganu
Program Pengurus Kediaman yang diperkenalkan menerusi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai yang ingin mendapatkan perkhidmatan itu secara professional di seluruh Terengganu.Pengarah YPKT, Mohd Shafaruddin Mustaffa, berdasarkan rekod seramai 167 majikan mendapatkan perkhidmatan itu sejak diperkenalkan pada Mac 2015.Manakala 184 individu yang berkelulusan sekurang-kurangnya Penilaian Menengah Rendah (PMR) terdiri daripada golongan ibu tunggal, belia dan suri rumah dilatih menjadi Pengurus Kediaman secara profesional.Katanya, ada majikan ingin mendapatkan dua orang pengurus kediaman sekali gus bagi menguruskan kediaman mereka secara professional.“Faktor itu berkemungkinan bayaran pendahuluan yang dikenakan agak murah iaitu hanya kira-kira RM2,000 bagi setiap pengurus kediaman berbanding sehingga RM14,000 yang perlu dibayar untuk mendapat perkhidmatan warga asing.“Kebanyakan keluarga mahukan Pengurus Kediaman bagi menjaga ahli keluarga uzur, mengasuh anak dan mengurus kediaman,”katanya ketika dihubungi Teganukita.Menurutnya, menyedari hakikat itu, pihaknya meneruskan program sama dengan peruntukan tambahan daripada kerajaan negeri berjumlah RM1 juta.“Pelbagai program diatur dengan kerjasama Kolej Inforana, termasuk kursus selama 10 hari, promosi, program kecergasan, bengkel pengkhususan perkhidmatan, bengkel celik IT dan program motivasi yang dijalankan secara berperingkat-peringkat.“Pelbagai keistimewaan ditawarkan kepada kepada yang layak, termasuk diitawarkan gaji minima RM1,000 sebulan, caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), caruman Perkeso, Insurans berkelompok, kemudahan Taska Permata Keluarga YPKT secara percuma,”katanya.
21 Mar 17
258
Bandar Raya Kuala Terengganu Bergelap Sambut Earth Hour
Seluruh Bandar Raya Kuala Terengganu termasuk premis perniagaan serta bangunan kerajaan bakal bergelap selama sejam bermula jam 9 malam pada 25 Mac ini, bagi menzahirkan sokongan kepada program Earth Hour yang disambut di seluruh dunia.Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Zulkifli Abu Bakar berkata sebagai tanda sokongan program yang diadakan di seluruh dunia pada masa yang sama itu, MBKT turut mengadakan beberapa program lain sepanjang malam berkenaan.“Pelbagai aktiviti sampingan akan diadakan antaranya Night Walk serta pameran-pameran persembahan di Pulau Warisan, Kuala Terengganu pada malam tersebut bermula.“Bagi Night Walk, ianya akan bermula apabila lampu-lampu dipadamkan pada jam 9 malam. Laluan yang akan dilalui adalah dari Pulau Warisan dan seterusnya ke Kampung Cina, Pasar Payang, Jalan Banggol, Kampung Tiong, dan kembali ke Pulau Warisan sejauh 1.36 kilometer,” katanya.Dalam pada itu, Zulkifli menjemput orang ramai bersama-sama memeriahkan program tersebut di samping menunjukkan sokongan kepada program yang dijalankan serentak di seluruh dunia itu.
20 Mar 17
97
99 Kertas Kerja Dibentang Pada Persidangan ICDETAH 2017
Ghazali ketika berucap di Majlis Penutup Persidangan ICDETAH 2017 di Hotel Permai, hari ini. Foto Oleh: Tg Syamim Tg IsmailSebanyak 99 kertas kerja dibentangkan pada persidangan Antarabangsa Komunikasi, Teknologi Maklumat, Pendidikan, Alam Sekitar, Pelancongan, Ekonomi, Politik, Seni dan Warisan (ICDETAH) 2017 yang berlangsung selama tiga hari berakhir hari ini di Hotel Permai, Kuala Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib berkata, persidangan kali kedua dianjurkan kerajaan negeri dengan kerjasama Pertubuhan Ahli Akademik dan Profesional Anak Terengganu (Perapat) Malaysia, dan Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris itu mengenengahkan tema ‘Informasi Merentas Peradaban’.“Maltamat ICDETAH 2017 adalah sebagai platform untuk pencambahan ilmu dalam menjayakan Transformasi Terengganu Baharu termasuk hasil daripada perbincangan, perkongsian dan pertukaran idea serta hasil penyelidikan dalam isu yang berkaitan dengan pembangunan komunikasi, media, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), pendidikan, alam sekitar, pelancongan, ekonomi, agama, politik, seni dan warisan," ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis perasmian penutup persidangan ICDETAH 2017 di Hotel Permai, hari ini.Turut hadir, Pengarah Unit komunikasi Negeri Terengganu, Dato’ Muda Mamat, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran serta Presiden Perapat, Prof Madya Dr Abdul Halim Ali.Menurut Ghazali, selain meneroka idea-idea baharu menerusi pembentangan kertas kerja bagi manfaat perkembangan bidang-bidang tersebut, ianya secara tidak langsung menjadi platform terbaik pembahasan tentang pelbagai isu pembangunan dalam bidang tumpuan ke arah mewujudkan kesedaran kesejahteraan pembangunan untuk masyarakat dan negara.Katanya, seramai 150 peserta menyertai persidangan itu yang terdiri daripada ahli akademik, pelajar pasca siswazah dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Korea Selatan, Brunei dan Australia serta wakil-wakil kerajaan negeri dimana 99 daripadanya adalah pembentang kertas kerja dan selebihnya peserta biasa.Ghazali berkata, buat fikiran dan ilmu yang dibentangkan diharap dapat dimanfaatkan untuk dijadikan rujukan akademik khususnya bagi membangunkan program-program yang berteraskan teknologi maklumat di negeri ini.Sementara itu, Prof Madya Dr Abdul Halim berkata, daripada jumlah 99 kertas kerja yang mengandungi pelbagai tajuk, dua buah penerbitan berjaya dihasilkan dalam bentuk jurnal dan sebuah buku sebagai kompilasi karya ahli-ahli akademik dari rantau ini yang boleh dimanfaatkan.“Insya-Allah, bagi persidangan akan datang (dua tahun lagi) kita akan fokus kepada bidang, pendidikan teknikal dan vokasional pula sebagaimana kerajaan negeri sering tekankan,” katanya.
20 Mar 17
346
Hotel PB Square Dijangka Siap April Ini
Hotel Paya Bunga (PB) Square dijangka siap sepenuhnya pada akhir April ini.Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) Samiun Salleh berkata, secara keseluruhan kerja-kerja fizikal hotel telah siap sepenuhnya."Sehingga 7 Mac lalu pihak kontraktor telah menyiapkan 60 peratus bagi kerja-kerja hiasan dalaman (ID),"ujarnya.Samiun berkata, Hotel PB Square bertaraf tiga bintang itu mempunyai 208 buah bilik penginapan dengan menyediakan kemudahan dewan seminar, restoran dan kolam renang kepada penyewa hotel."Selain itu, ianya juga terletak di lokasi strategik dimana terdapat pelbagai kemudahan disediakan termasuk dari segi pengangkutan (berdekatan dengan Stesen Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan laluan Bas Kite), pusat boling, panggung wayang, pusat membeli belah, UTC Terengganu, bank serta kemudahan tempat meletak kenderaan,"ujarnya.Katanya, Hotel PB Square juga bakal menyediakan penginapan selesa dengan harga berpatutan kepada pelancong dalam dan luar negara yang berkunjung ke Terengganu."Pemandangan keseluruhan Bandar Raya Kuala Terengganu juga dapat dilihat dari Hotel PB Square dan secara tidak langsung dapat mempromosikan tempat-tempat menarik yang ada di sekitarnya seperti Pasar Payang, Bazar Warisan dan Pantai Batu Burok sekali gus menyemarakkan Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017," ujarnya.Sementara itu Samiun berkata, semua komponen pembangunan PMINT Square (PB Sentral, Hotel PB Square dan PB Plaza) akan beroperasi secara menyeluruh Mei depan.
20 Mar 17
520
Pusat Boling, Panggung Wayang Buka Mac
Dua kemudahan bagi aktiviti riadah di Paya Bunga (PB) Sentral iaitu pusat boling dan panggung wayang dibuka kepada orang awam mulai bulan ini.Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Samiun Salleh berkata, pusat boling Coral Crown Bowl (CCB) dibuka pada 10 Mac manakala panggung wayang mula dibuka pada 18 Mac di tingkat tujuh sahaja dan lain-lain tingkat (8 dan 9) akan dibuka secara berperingkat.Katanya, tarikh pembukaan dua kemudahan itu adalah menepati sasaran awal, dimana penangguhan pembukaan sebelum ini adalah disebabkan proses mendapatkan Certificate of Completion And Compliance (CCC) mengambil masa kerana melibatkan beberapa jabatan teknikal.Menurut Samiun, dengan adanya pelbagai kemudahan disediakan bagi aktiviti riadah seisi keluarga di PB Sentral, pihak PMINT yakin ia akan menjadi tarikan utama kepada pengunjung.“Boleh dikatakan, tempat riadah sekeluarga di negeri ini terhad kepada kawasan pantai dan taman-taman sahaja.“Sekiranya ingin bermain boling dan menonton wayang memaksa warga bandaraya ini khususnya kadang kala perlu melalui perjalanan yang agak jauh contohnya ke Kemaman,” ujarnya.Katanya, dengan adanya kemudahan baharu ini, pusat riadah lebih pelbagai dan secara tidak langsung Pusat Bandaraya Kuala Terengganu akan lebih meriah dengan kunjungan penduduk tempatan dan luar.
20 Mar 17
151
Pasar Percuma Di Seluruh Daerah Mulai April Ini
Pasar percuma untuk golongan yang tidak berkemampuan di seluruh daerah di Terengganu akan bermula bulan depan.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pasar percuma itu membolehkan golongan kurang berkemampuan mengambil barangan keperluan asas dan sebagainya tanpa perlu berbelanja.Katanya lagi, peserta e-Kasih, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) boleh mendaftar di kaunter pada Isnin minggu pertama bagi mendapatkan kupon untuk ditukarkan kepada barangan keperluan yang dikehendaki."Pasar ini kita rancang setiap Isnin minggu pertama setiap bulan dan hari Isnin kita dah isytiharkan hari tanpa mesyuarat."Ini juga akan memberi ruang untuk orang ramai menyumbang termasuk barangan terpakai. Pegawai-pegawai kerajaan yang ingin memberikan sumbangan mereka juga boleh berbuat demimian, "katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Bersama Pemimpin Masyarakat, Kakitangan Kerajaan dan Swasta di Dewan Sivik Ajil, Hulu Terengganu, hari ini.Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri juga akan mewujudkan hari bertemu pelanggan di Wisma Darul Iman (WDI) pada hari yang sama mulai jam 9 pagi hingga 12 tengah hari."Kita akan bermula di WDI pada minggu depan dengan penyediaan kanopi yang menjadi pusat pengumpulan barang-barang yang disumbangkan dan sebagai pusat menerima sumbangan orang ramai.Jelasnya lagi, kutipan sumbangan orang ramai untuk program amal itu akan digerakkan selama tiga minggu dalam sebulan sebelum proses pengagihan.
20 Mar 17
31
Kerajaan Negeri Biayai Pesakit 'Alobar Holoprosencephaly' Di Ajil
Ahmad Razif bertanya khabar adik Nur Sofeatul Aiesha Zamani yang menghidap 'Alobar Holoprosencephaly' pada Program Turun Padang di Dewan Undangan Negeri Ajil, hari ini. Foto Oleh: Tg Syamim Tg IsmailKerajaan negeri bersedia menanggung kos rawatan pembedahan sumbing dan menyelesaikan masalah air dalam kepala adik Nur Sofeatul Aiesha Zamani,2, yang menghidap 'Alobar Holoprosencephaly' atau penyakit kepala besar.Menteri Besar, Dato'Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kes ini akan dirujuk terus kepada pakar kanak-kanak.Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media selepas Majlis Perjumpaan bersama Kakitangan Awam/Swasta Dan Pihak Berkuasa Tempatan di Dewan Sivik Ajil sempena Program Turun Padang ke Dewan Undangan Negeri Ajil, hari ini.Turut mengiringi lawatan beliau ke pekan itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail , Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil, Ghazali Taib dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya.Hadir sama, Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik dan Pengarah Unit Komunikasi Negeri, Dato' Muda Mamat.Ibu bayi berkenaan, Nurfaiz Mohd Rani, 33, berkata,anaknya yang berusia dua tahun itu dikesan mengidap 'Alobar Holoprosencephaly'sejak berada dalam kandungannya setelah pemeriksaan ultrasound dijalankan pada usia kandungan 38 minggu.“Kini pada usia dua tahun ,berat badannya cuma sembilan kilogram tapi kepalanya seberat empat kg sehingga menyukarkan pergerakannya."Saya berterima kasih kepada Dato' Seri Menteri Besar atas keprihatinan beliau untuk memberi rawatan pembedahan secara percuma ini,"katanya lagi.Sementara itu, Ahmad Razif juga bersetuju untuk melihat apakah keperluan bagi pasangan adik beradik istimewa Erynn Elrina Mohd Hashim,17, dan Danish Darwish Mohd Hashim,13, yang menghidap ‘cerebral palsy '."Untuk anak-anak ini,saya minta Adun Ajil,Ghazali Taib untuk melihat keperluan yang perlu ada untuk meringankan beban yang ditanggung."Dan untuk sementara ni kita akan bantu dari segi rawatan fisioterapi bagi memudahkan pergerakan mereka,"katanya lagi.Mereka membesar tidak seperti bayi lain setelah disahkan menghidap penyakit ini sejak lahir apatah lagi mereka dipercayai lemas ketika proses bersalin. Hingga kini kedua beradik ini hanya mampu terbaring sahaja.
20 Mar 17
1050
Peruntukan RM5 Juta Selesai Banjir Di Taman Ajil Perdana
Kerajaan negeri akan memperuntukkan sehingga RM5 juta untuk menaik taraf 'Monsoon Drains' atau longkang di Taman Ajil Perdana, Ajil, Hulu Terengganu bagi menyelesaikan masalah limpahan air banjir di kawasan tersebut.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) perlu membuat kajian teknikal bersama Yang Dipertua Majlis Daerah dan mengemukakan kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu( UPEN)."InsyaAllah, kita akan ambil tindakan dan saya beri jaminan di sini jika saya dapat keputusan segera daripada teknikal ini maka perlaksanaan untuk selesaikan masalah isu 'Monsoon Drain' akan dijalankan segera."Ini adalah salah satu perkara yang jadi keutamaan rakyat dan semoga selepas ini masalah banjir dapat dikecilkan seberapa yang boleh," kata Ahmad Razif.Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media selepas Majlis Perjumpaan bersama Kakitangan Awam/Swasta Dan Pihak Berkuasa Tempatan di Dewan Sivik Ajil sempena Program Turun Padang ke Dewan Undangan Negeri Ajil, hari ini.Kira-kira 2,000 kakitangan awam dan swasta serta pihak berkuasa tempatan hadir mendengar amanat yang disampaikan oleh Menteri Besar.Sementara itu, Ahmad Razif juga akan mendapatkan bajet daripada Kerajaan Pusat bagi mendalamkan muara Sungai Kuala Berang bagi memudahkan laluan kapal dan mengurangkan masalah banjir yang sentiasa berlaku."Untuk mendalamkan muara sungai ini,saya juga menunggu laporan teknikal daripada JPS dan lepas dah dapat laporan terperinci,saya akan cuba dapatkan peruntukan daripada Kerajaan Pusat."Muara sungai ini mempunyai potensi besar untuk industri pelancongan kerana satu masa dahulu kapal boleh mudik dari muara Sungai Terengganu ke muara Sungai Berang."InsyaAllah, kita akan mulakan balik kegemilangan ini jika kita dalamkan sungai tersebut dan majukan industri pelancongan di daerah ini," katanya lagi.
19 Mar 17
420