Artikel "Semasa" Terkini
Sultan Mizan Sukacita, Perumahan Jadi Agenda Teras Kerajaan Negeri
Sultan Mizan berkenan bertitah menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Persidangan Kelima, Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-13, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Tg Syamim Tg IsmailSultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menzahirkan rasa sukacita kerana kerajaan negeri menjadikan perumahan sebagai satu agenda teras dengan tumpuan ke arah memastikan keperluan perumahan di kalangan seramai mungkin rakyat dapat dipenuhi.Titah Sultan Mizan, memandangkan perumahan adalah satu keperluan asas kepada rakyat, baginda inginkan yang terbaik untuk rakyat terutamanya dalam memberi keselesaan kepada bakal pemilik rumah.“Beta amat gembira dengan keprihatinan kerajaan negeri yang telah memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk mengisi agenda perumahan rakyat antaranya salah satu insiatif Program Perumahan Rakyat di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 melalui Rolling Plan Ke-2. “Projek di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini melibatkan pembinaan 500 unit rumah dengan kos keseluruhan sebanyak RM83.4 juta yang mana dapat menampung keperluan perumahan untuk 500 keluarga yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah B40,” titah baginda.Sultan Mizan bertitah berkenaan ketika menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Persidangan Kelima, Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-13, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dengan diiringi Tengku Sri Temenggong Raja, kerabat-kerabat Raja dan Ahli Dewan Pangkuan DiRaja.Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, wakil-wakil rakyat dan pegawai-pegawai kerajaan.Titah Sultan Mizan, kerajaan negeri telah memperkenalkan program "Terengganuku" iaitu satu program perumahan untuk menggalakan belia yang sudah berumahtangga di bawah umur 40 tahun, dan kakitangan awam negeri, membeli rumah pertama mereka.“Di bawah program "Terengganuku" ini, kerajaan negeri memberi subsidi sebanyak RM 40,000 bagi setiap unit Pangsapuri Ladang Tok Pelam dan Pangsapuri Bandar Baharu Kerteh,” titah baginda.Baginda turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang telah meluluskan peruntukan sebanyak RM13 Juta bagi pembinaan 200 unit rumah bagi Program Penempatan Semula Nelayan. “Beta berharap projek ini yang akan dilaksanakan di Pulau Sekepeng, Kemaman, Benting Lintang (Besut) dan Seberang Penarik (Setiu) dapat meningkatkan tahap sosio-ekonomi golongan nelayan.“Usaha mengisi keperluan perumahan rakyat adalah usaha yang sangat tepat lagi murni. Beta berharap, lebih banyak lagi projek perumahan dapat dilaksanakan supaya lebih ramai rakyat dapat memliki rumah yang mereka idamkan,” titah baginda.
26 Mar 17
65
Projek Bandar Baharu Kuala Ping Berjalan Rancak
Pembangunan Bandar Baharu Kuala Ping berjalan rancak mengikut jadual bagi merealisasikan perancangan sebagai pusat pertumbuhan desa utama di Dewan Undangan Negeri(DUN) Telemong menjelang 2018.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong, Dato' Rozi Mamat berkata, bandar baharu berkenaan akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam termasuk perumahan rumah kos rendah, lot-lot perkedaian, mini stadium dan pelbagai prasarana serba lengkap untuk manfaat masyarakat setempat.Katanya, bajet untuk pembangunan Bandar Baru Kuala Ping dijangka berjumlah hampir RM100 juta.“Insya- Allah, pembangunan bandar sudah pun bermula pada tahun ini dan dijangkakan siap sepenuhnya dalam tempoh terdekat iaitu awal 2018 untuk kemunculan sebuah bandar baharu yang lengkap untuk kemudahan penduduk di Kuala Ping khususnya bagi Dun Telemong,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Makan Malam & Penyampaian Hadiah Pertandingan PDM N21 Telemong di Dewan Sivik Kampung Kuala Pueh, Hulu Terengganu, malam tadi.Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri turut menyentuh mengenai perancangan pembangunan belia di Terengganu untuk 2017 dengan melaksanakan pelbagai program serta aktiviti seiring dengan kehendak kepimpinan utama negara berasaskan Transformasi Nasional 2050 (TN50)."Kita akan bergerak seiring dengan kehendak dan pembangunan kerajaan serta bersedia untuk mengemukakan pandangan ke arah memantapkan TN50 dan saya nampak sambutan terhadap TN50 sangat baik terutama di kalangan belia."Saya berharap belia seluruh negeri Terengganu akan menjadi belia yang lebih kompetitif dan kreatif pada masa akan datang," katanya.
26 Mar 17
386
DUN Telemong Mahu Ulangi Sejarah Manis PRU12
Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong akan mengekalkan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan mengulangi sejarah pada PRU12 sebagai DUN yang memenangi majoriti dengan undian terbanyak di Terengganu.ADUN Telemong, Dato' Rozi Mamat berkata, pihaknya akan menjayakan hasrat dan visi mengekalkan atau menambah undi dengan mensasarkan 7,864 (PRU14), walaupun sasaran itu bukannya satu kerja yang mudah."Namun jika semua pihak kurangkan masalah, tingkatkan perpaduan antara satu sama lain ianya tidak mustahil dilaksanakan dan mencapai matlamat."Kenalah fokus, tidak kira siapa calon, semua pihak di cawangan perlu menggarapkan usaha bersama dan saya yakin serta percaya DUN Telemong tidak berganjak kepada parti lain selain BN tidak kira apa jua yang melanda," kata Rozi.Kemenangan BN di DUN itu pada PRU14 katanya, bukan semata-mata diyakini, tetapi diharapkan mampu mengulangi sejarah PRU12 sebagai majoriti tertinggi di seluruh negara. Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Makan Malam & Penyampaian Hadiah Pertandingan PDM N21 Telemong di Dewan Sivik Kampung Kuala Pueh, semalam.Rozi yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu berkata, pihaknya optimis mampu mengekalkan sejarah yang tercipta itu dan tidak mustahil untuk mengekalkan kejayaan itu."Hanya cara ini dapat membalas jasa UMNO sekali gus memacu DUN Telemong ke arah yang lebih baik,"katanya.Sementara itu, di majlis yang sama 16 buah Pusat Daerah Mengundi (PDM) diraikan sempena Pertandingan PDM N21 Telemong baru-baru ini.Tempat pertama dimenangi oleh PDM Nibong yang membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai RM3,000, sijil penghargaan serta seekor lembu sumbangan peribadi ADUN.Manakala tempat kedua PDM Kuala Dura menerima wang tunai sebanyak RM2,000 dan sijil penghargaan, sementara tempat ketiga PDM Bukit Gemuruh pula mendapat wang tunai RM1,500 beserta sijil penghargaan.Tempat keempat iaitu PDM Kuala Ping membawa pulang hadiah saguhati RM750 serta sijil penghargaan.
26 Mar 17
535
Sultan Mizan Bertitah Semua Pihak Eratkan Kerjasama
Sultan Mizan bersalaman dengan barisan ahli persidangan selepas menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Persidangan Kelima di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Foto oleh Tg Syamim Tg IsmailSultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah agar kerjasama antara kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan, agensi-agensi dan badan berkanun dapat dieratkan lagi, bagi memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.Baginda juga menyeru supaya kerajaan negeri di bawah kepimpinan Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman bersama Ahli- ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan gandingan padu jentera pentadbiran awam akan mendapat pentunjuk dan bimbingan Ilahi dalam menyempurnakan tanggunjawab, secara adil dan jujur."Beta ingin menyeru segenap lapisan masyarakat agar sentiasa prihatin terhadap keselamatan ahli keluarga, jiran tetangga serta persekitaran. “Isu keselamatan adalah tanggungjawab bersama dan bukannya tanggungjawab pasukan keselamatan semata-mata,”titahnya.Baginda bertitah demikian ketika menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Persidangan Kelima, Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-13, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dengan diiringi Tengku Sri Temenggong Raja, kerabat-kerabat Raja dan Ahli Dewan Pangkuan DiRaja.Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, wakil-wakil rakyat dan pegawai-pegawai kerajaan.Sultan Mizan turut bertitah, sempena Visit Beatiful Terengganu 2017, semua pihak mestilah berganding bahu dalam memastikan pelancong yang berkunjung ke Terengganu sentiasa berasa selamat dan aman.
26 Mar 17
113
Sultan Mizan Sempurnakan Istiadat Pembukaan Sidang DUN
Sultan Mizan dan Sultanah Nur Zahirah berkenan memberi tabik hormat sebelum memeriksa barisan kawalan kehormatan sempena istiadat pembukaan sidang DUN di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Zulkifli C.W PutraSultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Persidangan Kelima, Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-13, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dengan diiringi Tengku Sri Temenggong Raja, kerabat-kerabat Raja dan Ahli Dewan Pangkuan DiRaja.Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, wakil-wakil rakyat dan pegawai-pegawai kerajaan.Ketibaan baginda disambut dengan kawalan kehormatan mempersembahkan `Hormat DiRaja’ , diikuti lagu Selamat Sultan serta pengibaran Bendera DiRaja.Sultan Mizan kemudiannya memberi perkenan kepada ketua kawalan kehormatan untuk berangkat memeriksa barisan kawalan kehormatan diiringi Ketua Barisan Kehormatan dan Ketua Polis Negeri, Dato’ Rosli Abd Rahman.Serentak dengan itu juga, barisan kawalan kehormatan mempersembahkan `Hormat DiRaja’ dan lagu Selamat Sultan.Sejurus kemudian, baginda berangkat masuk ke Majlis Dewan Undangan Negeri dan berkenan menyampaikan Titah DiRaja sebelum istiadat berakhir kira-kira sejam kemudian.
26 Mar 17
1021
Tasik Kenyir 'Bird Watching Destination' Terbaik Dunia
Tasik Kenyir bakal dijenamakan sebagai 'Bird Watching Destination' terbaik dunia dan destinasi eko pelancongan utama di rantau ini sempena Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017.Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu,Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, terdapat lebih 296 spesies burung dan sembilan daripada sepuluh spesies burung enggang menjadikan Tasik Kenyir sebagai habitat mereka.Katanya lagi,aktiviti 'bird watching' ini merupakan satu aktiviti utama di Tasik Kenyir dan juga sebagai katalis kepada penjanaan pertumbuhan serta pembangunan negeri serta menjana pendapatan tinggi kepada rakyat di bawah Program Transformasi Ekonomi(ETP)."Aktiviti memburung atau bird watching ini merupakan nilai tambah kepada penjenamaan melalui strategi dan integrasi promosi dan galakan yang telah dan akan diadakan secara bersepadu serta telus."Kolaborasi bersama persatuan-persatuan Persatuan Pencinta Alam Malaysia banyak memainkan peranan dalam membantu ke arah usaha kerajaan negeri mengekal dan memulihara kelestarian alam semula jadi di negeri ini."Tasik Kenyir merupakan antara empat komponen kluster pelancongan negeri dengan destinasi yang mempunyai habitat terbaik pelbagai spesies flora dan fauna,"kata Tun Ahmad Faisal.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Perasmian Penutup 'Kenyir Bird & Nature Quest' 2017 Di Petang Island Resort,Tasik Kenyir, hari ini.'Kenyir Bird & Nature Quest 2017' kali ini berjaya menarik penyertaan seramai 70 peserta termasuk Itali, Kanada , Yaman, Palestin,Perancis, Libya dan juga tuan rumah, Malaysia.Jelas Tun Ahmad Faisal, terdapat 40 spesis mamalia di sekitar Tasik Kenyir yang telah direkodkan melalui perangkap kamera."Ini termasuklah penemuan bunga rafflesia yang terbesar di dunia dan terbaru burung helang terpantas di dunia spesies Peregrine Falcon di tasik itu."Keunikan yang ada ini berjaya menarik kehadiran penggemar aktiviti riadah ini serta pelancong dari dalam serta luar negara untuk menghayati dan menerokai khazanah yang ada,"katanya lagi.Seorang peserta, Giovanni Ceschin,17, dari Itali berkata beliau cukup teruja apabila datang ke Tasik Kenyir dan menyertai aktiviti memburung."Saya mendapat tahu pasal program melalui seorang kawan ketika menyertai program pertukaran pelajar ke Malaysia, terus saya mendaftar kerana minat yang mendalam terhadap spesies burung."Bila sampai sahaja di sini (Tasik Kenyir), saya terus jatuh hati dengan keindahan flora dan fauna yang ada di sekeliling tasik dan ini sesuatu yang memang menakjubkan,"kata Giovanni.
26 Mar 17
481
KPM Tubuh Jawatankuasa Kaji Program Jelajah Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji perlaksanaan Program Jelajah Pendidikan KPM 2017 yang menjadi platform untuk mendekati masyarakat dengan mengunjungi 12 lokasi seluruh negara sehingga penghujung tahun ini.Menteri Pendidikan Malaysia, Dato’ Seri Mahdzir Khalid berkata, penubuhan jawatankuasa itu merupakan langkah terbaik untuk menilai seluruh pandangan yang diterima daripada rakyat.“Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk melihat seluruh pandangan daripada rakyat, buat analisa dan sebagainya.“Daripada siri jelajah yang telah diadakan, ada pelbagai pandangan yang diterima dan antara yang menarik adalah pandangan daripada pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dari kawasan luar bandar yang meminta KPM fokus kepada memperkukuh Sains dan Matematik,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Program Jelajah Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia 2017 di Pasaraya Mydin Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang; Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Dato’ Sri Alias Ahmad dan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin.Program Jelajah Pendidikan KPM 2017 adalah penjenamaan semula program turun padang KPM yang sebelum ini dikenali sebagai Program Jelajah KPM yang diadakan setiap tahun.Bagi siri jelajah kali ini, sebanyak 35 bahagian dan agensi di bawah KPM menyertai program ini berdasarkan permintaan masyarakat terhadap perkhidmatan yang ditawarkan atau yang signifikan dengan isu-isu semasa.Selain menyampaikan maklumat terkini KPM, dan menyelesaikan soalan yang diajukan pelanggan, program jelajah ini juga mempamerkan kejayaan murid, sekolah, guru, PIBG, dan pemimpin sekolah di peringkat nasional dan antarabangsa.Juga diadakan pelbagai pertandingan seperti kuiz, pidato, persembahan kebudayaan, nyanyian dan sebagainya sepanjang dua hari siri jelajah di negeri ini.
26 Mar 17
103
Earth Hour Akan Dilaksanakan Di Lokasi Tumpuan Setiap Tahun
Dato' Mohd Jidin bersama perserta yang mengikut program Earth Hour Terengganu 2017 di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, malam tadi. Foto oleh Zulkifli C.W. Putra.Kerajaan negeri berhasrat memperluaskan Program Earth Hour di peringkat negeri Terengganu ke lokasi tumpuan lain bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terutamanya di kalangan belia terhadap situasi semasa alam sekitar.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee berkata, program yang julung kali diadakan Terengganu malam tadi mendapat sambutan yang menggalakkan apabila lebih 1,000 peserta mengikuti perarakan mengelilingi Bandar Raya Kuala Terengganu.Katanya, kerajaan negeri dengan kerjasama Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mahu meneruskan penganjuran acara itu pada masa akan datang di lokasi berbeza bagi memupuk kesedaran rakyat Terengganu."Program yang dijalankan ini adalah antara julung kali diadakan di Terengganu sebagai tanda penghormatan kepada 172 negara lain untuk membantu mengurangkan penggunaan tenaga elektrik.“Untuk permulaan kita lakukan dahulu di Pulau Warisan, Kuala Terengganu. Kemungkinan juga kita akan pilih di kawasan Batu Buruk dan kawasan-kawasan rekreasi di setiap daerah untuk memberi penghormatan serta pengajaran kepada belia supaya mereka lebih faham tentang penjimatan elektrik,” katanya.Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Program Earth Hour Terengganu 2017 di Pulau Warisan, Kuala Terengganu, semalam.Turut hadir Datuk Bandar MBKT, Zulkifli Abu Bakar.Dalam program tersebut pelbagai acara sampingan turut dijalankan termasuk Night Walk sejauh 1.36 kilometer, menanam pokok serta pameran-pameran persembahan selain daripada aktiviti utama iaitu penutupan lampu di sekitar Bandar Raya Kuala Terengganu selama satu jam bermula 9.15 malam.
25 Mar 17
37
KKLW Diharap Luluskan Bina Tadika Kemas Baru Di Lubok Periuk
YB Ghazali Taib Mendengar Penerangan Daripada Pengerusi J3K Yahaya Abdullah Tentang Masalah Tadika Kemas Di Kampung Lubok PeriukKementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) diharap dapat menimbangkan permohonan bagi pembinaan bangunan baru tadika Kemas di Kampung Lubok Periuk, Ajil bagi kegunaan masyarakat setempat.Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil, Ghazali Taib berkata, beliau berharap menterinya Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob dapat menilai permohonan ini sewajarnya demi manfaat anak-anak di kawasan tersebut.Katanya, keperluan bangunan baru untuk tadika Kemas sangat wajar kerana sentiasa ditenggelami air dan bangunannya sudah berusia lebih 30 tahun.Jelasnya lagi, setiap tahun apabila musim banjir, bangunan itu akan ditenggelami air dan mengalami banyak kerugian atas kerosakan yang berlaku."Kalau dulu permohonan ditolak oleh pihak Kemas negeri dengan alasan tidak boleh membuat bangunan kerana tiada tapak hak milik Kemas."Sekarang kita telah meluluskan tanah untuk Kemas membina sebuah bangunan dan saya telah mengajukan permohonan ini beserta dengan lampiran permohonan daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselematan Kampung (J3K)."Apa yang amat mendukacitakan jawapan yang diterima adalah tidak diluluskan. Cuba bayangkanlah setiap tahun ia tenggelam dan sebenarnya tidak ada alasan untuk menolak permohonan kami,"kata Ghazali.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Dialog di Kampung Lubok Periuk, Ajil, semalam.Pengerusi J3K Lubok Periuk, Yahaya Abdullah, 56,berkata tadika ini menampung 25 orang kanak-kanak yang berusia empat hingga enam tahun, dari dua kampung iaitu Kampung Peneh dan Kampung Lubuk Periuk.Menurut Yahaya, setiap kali musim tengkujuh tadika berkenaan akan ditenggelami air banjir dan menyebabkan peti sejuk, tikar, peralatan mengajar rosak sehingga pihaknya menanggung kos yang lebih tinggi membaik pulih dan membeli baru peralatan."Kami sudah buat permohonan beberapa kali dan masih juga belum mendapat maklum balas yang baik dari pihak yang sepatutnya."Yang terbaru kami sudah membuat permohonan kepada KKLW pada minggu lepas dan amat malang kerana jawapan yang diterima adalah tidak mempunyai peruntukan untuk membuat bangunan."Pada mulanya bila pertama kali buat permohonan,alasan yang diberikan adalah tapak tadika sekarang bukanlah milik tadika, akhirnya kami membuat permohonan untuk mendapat tapak..setelah mendapat kelulusan tapak, kami terus membuat permohonan.. dan tetap ditolak dengan alasan tidak mempunyai peruntukan," katanya lagi.Yahaya berkata, beliau cuma memohon RM200,000 untuk bangunan yang lebih selesa bagi kanak kanak belajar dan bangunan yang tidak ditenggelami air lagi sekiranya berlaku banjir."Ia bukan jumlah yang banyak bagi kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat, kalau hendak kira jalan raya yang dibuat berlapis-lapis lagi mahal peruntukan."Saya harap mereka(Kementerian) mampu lihat masalah di peringkat kampung ini supaya dapat diselesaikan dengan segera kerana bukan perkara yang baharu..kami sudah membuat permohonan dalam tempoh lapan tahun kebelakangan ini.Kami berharap benda ini tidak berlarutan sampai ke pilihan raya..benda ini adalah imej kerajaan,"katanya.
23 Mar 17
188
Tindakan Tegas Terhadap Pemilik Premis Biak Aedes
Dr Mohammad bersama pemenang bagi kategori oral dan poster dalam Persidangan Denggi Terengganu 2017 di Terengganu Equestrian Resort, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Tindakan lebih tegas akan diambil termasuk dihadapkan ke mahkamah kepada pemilik premis yang berdegil membiarkan persekitaran mereka menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr. Mohammad Omar berkata, segelintir penduduk tidak memberi kerjasama sepenuhnya dan memandang remeh mengenai wabak denggi yang berlaku di kawasan mereka.Katanya, sehingga Mac terdapat satu lokaliti sahaja yang terdapatnya wabak denggi iaitu di Pulau Rusa Hilir, Kuala Terengganu.“Masalah sekarang adalah orang kampung tidak memberi kerjasama untuk turut sama membersihkan kawasan rumah mereka malah ada yang menghalang pihak Jabatan Kesihatan termasuk untuk memberi kompaun kepada mereka.“Selepas pada ini, penguatkuasaan lebih tegas akan diambil. Selain memberi kompaun kepada pesalah mereka bakal dihadapkan ke mahkamah jika ingkar dengan arahan yang diberikan,” katanya.Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Persidangan Denggi Terengganu 2017 di Terengganu Equestrian Resort, Kuala Terengganu, hari ini.Tambah Mohammad, sehingga 20 Mac lalu, kadar bilangan kes denggi di Terengganu dalam keadaan terkawal apabila hanya merekodkan 80 kes.Katanya, sepanjang 2017, sebanyak 550 premis didapati positif pembiakan nyamuk Aedes dan kesemuanya dikenakan kompaun di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 Pindaan 2000.Dalam persidangan yang berlangsung selama dua hari bermula semalam itu, seramai 450 peserta melibatkan pegawai dan kakitangan di bahagian kesihatan awam dan perubatan seluruh negeri.Sepanjang persidangan itu, 42 kajian turut dibentangkan meliputi beberapa aspek termasuk kawalan dan pencegahan kes denggi di lapangan, pemantauan entomologi serta pengurusan sampel di makmal selain pendidikan kesihatan.
23 Mar 17
141