lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Sidang DUN : Terengganu Bakal Terima RM183 Juta Pampasan Penyerahan UniSZA
Kerajaan negeri sudah menerima bayaran sebanyak RM10 juta hasil tuntutan pampasan dari Kerajaan Persekutuan susulan penyerahan Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur & Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri, Ir Rosli Othman berkata, nilai itu adalah sebahagian daripada jumlah keseluruhan RM183 juta yang dituntut kerajaan negeri sebaik KUSZA diserahkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).“Lebihan bayaran akan diterima secara berjadual di mana RM61 juta bakal diperoleh  pada tahun ini manakala selebihnya iaitu lebih RM112 juta lagi dibayar pada 2018,” katanya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan  Ridzuan Hashim (Pas-Teluk Pasu) di persidangan penggal kelima Dewan Undangan Negeri ke-13, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, pada hari ketiga, hari ini.Katanya, tiada cadangan untuk membina institut pengajian tinggi lain bagi menggantikan UniSZA yang kini  di bawah pengurusan KPT.“Sebaliknya penyerahan institut itu,  Terengganu bakal memiliki Hospital Pengajar Unisza,” katanya..
30 Mar 17
54
Empty Image
Sidang DUN: Status Projek Pasar, Terminal Bas Chukai Masih Peringkat Permohonan
Status projek pasar dan terminal bas Chukai, di Bandar Chukai, Kemaman menerusi Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan sejak 2004, masih di peringkat permohonan untuk diluluskan sebelum dilaksanakan secepat mungkin.Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri, Ir Rosli Othman berkata, kelulusan pembinaan projek di Pengkalan Pandan yang turut meliputi bangunan komersial sudah beberapa kali tertangguh disebabkan pelbagai masalah teknikal.“Pihak itu terpaksa meneliti dan mengkaji beberapa perkara, termasuk pemilikan tanah awam, kos yang agak tinggi iaitu melibatkan RM50 juta selain penglibatan pelbagai pihak untuk sesuatu projek,” katanya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Hanafiah Mat (Pas-Chukai) di persidangan penggal kelima Dewan Undangan Negeri ke-13, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, pada hari ketiga, hari ini.Rosli memberitahu bagaimanapun, kerajaan negeri tetap menghantar permohonan baru pada pertengahan tahun lalu dengan memohon peruntukan kira-kira RM10 juta bagi memulakan projek Terminal Bas Chukai berkenaan.“Projek lain termasuk pasar, bangunan komersial, laluan bertar, landskap dan beberapa kemudahan lain di kawasan 5.4 hektar itu akan dibina secara berperingkat-peringkat,” katanya .
29 Mar 17
198
Empty Image
Sidang DUN : Perluaskan Trenglish Ke Lebih Banyak Sekolah
Kerajaan negeri diharap supaya memperluaskan program Trenglish ke lebih banyak sekolah berikutan banyak kesan positif dan kejayaan yang direkodkan peserta-peserta program tersebut.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman berkata, pada tahun lepas terdapat peningkatan kelulusan dalam Bahasa Inggeris Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebanyak 3.25 peratus bagi peserta yang menyertai program tersebut.Katanya, sehingga kini, hanya beberapa sekolah di Terengganu sahaja yang terlibat dalam program tersebut dan bilangan itu merangkumi beberapa peratus sahaja dari keseluruhan sekolah di Terengganu.“Program tersebut hanya melibatkan sebahagian kecil, iaitu 37 buah sekolah sebagai perintis dan 50 buah sekolah pada tahun ini.  Bermakna hanya 10 peratus sahaja daripada jumlah 501 sekolah di negeri Terengganu yang terlibat dalam program tersebut."Kita berharap kerajaan negeri dapat memberi perhatian dan menambah peruntukan untuk program ini bagi meningkatkan mutu pencapaian kepada anak-anak Terengganu.  Mungkin diperluaskan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada bilangan sekolah yang ada di negeri ini sebagai komited meningkatkan pencapaian dan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar," katanya.Beliau berkata demikian selepas selesai membahaskan titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di persidangan penggal kelima Dewan Undangan Negeri ke-13, di Wisma Darul Iman pada hari ketiga, hari ini.Dalam masa yang sama, Bazlan turur memberi cadangan agar memberi perhatian semula kepada sekolah-sekolah elit dan premier di Terengganu dengan mengaktifkan beberapa bidang yang boleh menonjolkan kreativiti pelajar seperti robotik, aeronatik, memanah, astronomi dan sukan berkuda."Satu ketika dahulu, sekolah-sekolah ini sering menjadi pilihan pelajar cemerlang, namun akhir-akhir ini ia agak suram.“Mungkin sekolah-sekolah ini kembali menjadi rebutan sekiranya ada keistimewaan dan keunikan tersendiri di sekolah tersebut," katanya.
29 Mar 17
31
Empty Image
Sidang DUN : RM85 Juta Dibelanja Untuk Bandar Baharu Kuala Nerus
Kerajaan negeri setakat ini hanya membelanjakan RM85 juta kepada kontraktor yang dipertanggungjawabkan daripada keseluruhan peruntukan RM600 juta bagi melaksanakan projek pembangunan Bandar Baharu Kuala Nerus.Ir Rosli Othman (BN-Kemasik) berkata, projek berkenaan menggunakan konsep bayaran tertangguh dengan kerajaan negeri hanya akan menjelaskan pembayaran sebanyak RM70 juta setahun dan bukannya berdasarkan kemajuan projek. "Projek Bandar Baharu Kuala Nerus dirancang pada 2013 dan ianya dijangka akan mengambil masa kira-kira sembilan tahun untuk disiapkan. "Setakat ini, kemajuan projek itu sudah mencapai 30 peratus, termasuk pembinaan jalan masuk dan landskap," katanya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Azan Ismail (PKR-Bandar) mengenai kemajuan serta jumlah peruntukan dan perbelanjaan sehingga kini bagi projek itu, di persidangan kelima Dewan Undangan Negeri ke-13, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, pada hari ketiga, hari ini.Sementara itu, Ir Rosli yang juga Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri berkata, kerajaan negeri tidak berhasrat untuk menjadikan pokok gergasi, 'Ceiba Chodatii' sebagai ikon atau simbol untuk Bandar Baharu Kuala Nerus.Katanya, pokok itu hanyalah sumbangan kontraktor utama projek bagi pembangunan bandar baharu yang bertujuan memperindahkan landskap, menambah tarikan dan keunikan di Bandar Kuala Nerus. "Dakwaan dan tohmahan yang tersebar kononnya pokok itu akan menjadi ikon Kuala Nerus di laman sosial adalah tidak benar, disebarkan pihak tidak bertanggungjawab yang hanya ingin menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat," ujarnya menjawab soalan tambahan lisan Azan berhubung dakwaan menjadikan tanaman itu sebagai ikon. Menjawab soalan tambahan Hishammuddin Abdul Karim (Pas-Tepoh) sama ada sumbangan dari kontraktor untuk mana-mana projek kerajaan adalah amalan biasa, Ir Rosli berkata ia bukan amalan kerajaan negeri, namun jika sumbangan tersebut diberi sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR), ia diterima dengan tangan terbuka."Saya juga menafikan terdapat dua pokok gergasi itu di Kuala Nerus, sebaliknya yang ada hanya satu pokok sahaja. Buat pengetahuan semua juga, penyelenggaraan pokok ini juga akan dibuat oleh kontraktor itu secara percuma, langsung tidak membabitkan duit kerajaan negeri, " katanya.Pembinaan Bandar Baru Kuala Nerus bermula pada Disember 2015 dan dijangka siap pada Disember 2020, namun melalui laporan kemajuan projek, sehingga kini dijangka bangunan pentadbiran boleh mula digunakan pada Disember 2018.
28 Mar 17
123
Empty Image
Sidang DUN : Kaji Cadangan Pembangkang Bina Penempatan Khas Untuk Penagih
Kerajaan negeri tidak menolak mentah-mentah sebarang cadangan pihak pembangkang, termasuk membina penempatan khas untuk penagih dadah, sebagaimana yang dicadangkan Mohd Abdul Wahid Endut (Pas-Wakaf Mempelam).Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Roslee Daud berkata, cadangan tersebut memerlukan kajian secara terperinci sebelum membuat sebarang keputusan.“Dalam usaha membanteras penyalahgunaan dadah, pendekatan yang dibuat oleh kerajaan termasuk penguatkuasan akta setakat ini agak menyakinkan.“Walau bagaimanapun, cadangan untuk menempatkan mereka ini (penagih dadah) di sebuah pulau agar bekalan dadah sukar diperoleh sepertimana yang dicadangkan wakil pembangkang akan diteliti dan dikaji balik,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Mohd Abdul Wahid di persidangan kelima Dewan Undangan Negeri ke-13, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, pada hari ketiga, hari ini.Roslee (BN-Bukit Besi) berkata, kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian serius terhadap isu penyalahgunaan dadah khususnya di kalangan belia memandangkan golongan ini adalah pewaris generasi akan datang."Dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kita sentiasa memberi sokongan terhadap apa yang dilaksanakan termasuk usaha beberapa pusat pemulihan yang telah dibuat oleh NGO dalam mengatasi masalah penyalahgunaan dadah ini,” ujarnya.
28 Mar 17
66
Empty Image
Pengamal Media Eropah Bakal Kunjungi Terengganu Sempena VBT
Tengku Zaihan mempromosi VBT pada pameran International Tourismus Borse (ITB) di Berlin, Jerman baru-baru iniUsaha menjual nama Terengganu menerusi kempen Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017 yang dilaksanakan secara konsisten berupaya menarik kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara untuk memilih negeri ini sebagai destinasi utama percutian. Terbaru, aktiviti promosi di International Tourismus Borse (ITB) di Berlin, Jerman,  baru-baru ini, turut menarik 21 pengamal media cetak, elektronik dan media sosial dari Eropah untuk ke negeri ini.Kumpulan berkenaan dijangka akan ke Taman Tamadun Islam, Tasik Kenyir, Pasar Besar Kedai Payang, kawasan perkelahan Chemerong, Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Kapas.Timbalan Pengerusi Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman berkata, mereka yang  datang secara berperingkat-peringkat itu akan dibawa agen pelancongan ke destinasi pilihan masing-masing.Katanya, sekiranya pengamal media berkenaan mahu membuat liputan mengenai kehidupan kampung, agen akan bersedia membawanya ke kawasan Homestay Teluk Ketapang, Seberang Takir bagi memfokuskan segmen berkaitan.“Manakala, jika ingin memfokuskan berkaitan makanan tradisional Terengganu, kawasan yang bersesuaian adalah Kampung Batangan di Marang.“Penduduk di perkampungan itu boleh menunjukan proses memasak nisan nyior, dodol dan pelbagai masakan tradisional lain bermula daripada penyediaan bahan,” katanya kepada Teganukita.Tengku Zaihan turut memberitahu, selain pengamal media berkenaan, 10 agensi pelancongan terkemuka dari German, Perancis, Itali, Russia dan  lain-lain juga bersetuju melancong ke Terenganu sambil mengadakan lawatan pembelajaran dalam tempoh terdekat..
28 Mar 17
50
Empty Image
Sidang DUN: Telaga Minyak Bertam, Masih Menunggu Jawapan JUPEM
Kerajaan negeri masih menunggu keputusan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) berkaitan  persempadanan telaga minyak Bertam sama ada milik Terengganu atau Pahang.Menteri Besar, Dato’  Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata dakwaan pembangkang kononnya kerajaan negeri melengah-lengahkan tuntutan ke atas telaga minyak Bertam itu adalah tidak benar sama sekali."Persempadanan ini masih sedang diteliti pihak berkaitan, apabila sudah tahu keputusan barulah boleh diteruskan tuntutan royalti, kerajaan negeri akan terus  memperjuangkan  hak pemilikan telaga minyak itu."Ikut maklumat yang saya dapat, hasil lima peratus dari Bertam ialah antara RM9 juta hingga RM10 juta. Untuk penerimaan kali pertama, kita telah menerima wang royalti dari kerajaan Persekutuan sebanyak RM550 juta,”katanya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan  tambahan Azan Ismail (PKR-Bandar) di persidangan kelima Dewan Undangan Negeri ke-13, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu,pada hari kedua, hari ini.Razif turut memberitahu, sepatutnya kita terima RM500 juta seperti yang telah dipersetujui, namun Kementerian Kewangan bagi kita lebih RM50 juta.“Lebihan itu hasil rundingan dan hubungan baik antara Terengganu dengan Kerajaan Persekutuan, bagaikan juga hubungan ayah dan anak, kalau tak sama haluan susah sikit nak dapat," katanya. .
28 Mar 17
64
Empty Image
Sidang DUN : Jumlah Pelancong Meningkat 300 Peratus Dalam Tempoh 10 Tahun
Mohd Iskandar ketika sesi perbahasan pada hari kedua persidangan penggal kelima DUN Ke13, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu hari ini.  Foto oleh Tg Syamim Tg IsmailJumlah kedatangan pelancong ke beberapa lokasi pelancongan di negeri ini mencatat peningkatan berganda sepanjang tempoh 2005 hingga 2015.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Mohd Iskandar Jaafar berkata, jumlah kedatangan pelancong merekodkan peningkatan lebih daripada 300 peratus dalam tempoh 10 tahun itu.“Ketibaan pelancong ke Negeri Terengganu dalam tempoh berkenaan, telah menunjukkan peningkatan berkali ganda lebih daripada 300 peratus.“Data yang dikeluarkan Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu menunjukkan, ketibaan pelancong hanya 1.8 juta orang sahaja pada 2005 tetapi 10 tahun kemudian mencatat sehingga 4.7 juta orang,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika membahaskan titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di persidangan penggal kelima Dewan Undangan Negeri ke-13, di Wisma Darul Iman pada hari kedua, hari ini.Katanya, kesungguhan kerajaan dalam mempromosi bidang pelancongan juga terbukti dengan pelancaran Tahun Melawat Terengganu yang dijenamakan semula sebagai Visit Beautiful Terengganu 2017.“Sasaran kerajaan untuk mencatatkan ketibaan pelancong domestik dan antarabangsa ke Negeri Terengganu sebanyak 5.5 juta orang pada tahun ini, Insya-Allah akan dapat dicapai memandangkan kepada program promosi pelancongan yang sedang giat dilaksanakan oleh pihak kerajaan,” ujarnya.Sementara itu katanya, dari segi pulangan sektor pelancongan kepada pertumbuhan ekonomi turut menunjukkan peningkatan memberangsangkan dimana tahun 2012 pulangannya sebanyak RM3.3 bilion. 2013 (RM4.6 bilion) 2014 (RM4.72 bilion) dan 2015 (RM4.64 bilion).Katanya, usaha mempromosikan bidang pelancongan bukan sahaja tanggungjawab kerajaan semata-mata, malah sangat memerlukan sokongan dan kerjasama daripada semua pihak termasuk mereka yang terlibat dalam bidang politik mahupun rakyat biasa.
27 Mar 17
35
Empty Image
Sidang DUN: Terengganu Jamin Amphicoach Tiba Jun Ini
Ahmad Razif berkata sesuatu kepada pemimpin PAS  sewaktu minum pagi di persidangan kelima Dewan Undangan Negeri ke-13, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Foto Tg Syamim Tg Ismail Kerajaan negeri hari ini  memberi jaminan  bas amfibia (amphicoach) yang ditempah tiga tahun lalu bagi kegunaan pelancongan, selain membantu menyelamat mangsa banjir dijangka akan tiba Jun ini.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, penangguhan penghantaran pengangkutan air yang sepatutnya diterima akhir  2015  itu tidak melibatkan sebarang kos tambahan, sebaliknya perlu dibayar dengan nilai rundingan awal pembelian iaitu kira-kira RM3 juta.Katanya, dalam situasi itu, kerajaan negeri tidak menanggung sebarang kerugian dan tidak `ghaib’ seperti yang didakwa segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab serta memanipulasikan isu berkenaan.“Kelewatan  kilang pengeluar di Malta menghantar amphicoach ke Terengganu disebabkan beberapa faktor, bukan hanya berkaitan masalah teknikal, malah bergantung kepada keadaan cuaca.“Aspek pengujian kualiti dan keselamatan terhadap kenderaan itu sangat tinggi, sekiranya keadaan cuaca tidak bersesuaian seperti ketinggian ombak atau air sungai melebihi paras yang dibenarkan, ujian terpaksa ditangguh,”katanya.Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar (BN- Air Putih)  di persidangan kelima Dewan Undangan Negeri ke-13, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu,pada hari kedua, hari ini.Ahmad Razif turut memberitahu, pada masa yang sama, pengeluar mengalami kesukaran mendapat pengangkutan bersesuaian untuk membawa  amphicoach ke negeri ini kerana ia tidak semudah seperti membawa kontena.“Kegagalan sistem hidraulik bagi penghantaran kuasa kepada ‘Wheel and Water  Jets’ yang berpunca dari peningkayan kuasa enjin.“Semua prosedur itu perlu diteliti kerana Terengganu hanya akan menerima amphicoach dalam keadaan baik, tidak mahu menimbulkan sebarang masalah sebaik beroperasi kelak,”katanya
27 Mar 17
63
Empty Image
Sidang DUN : Terengganu Cadang Kenakan Caj Untuk Menginap Di Hotel
Ahmad Razif ketika menjawab soalan media sejurus selesai sesi soalan lisan pada hari kedua persidangan penggal kelima DUN Ke13, di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Zulkipli CW PutraTerengganu bercadang untuk mengenakan caj kepada pelancong yang menginap di hotel dalam usaha meningkatkan ekonomi dan memajukan sektor pelancongan sebagai sektor baharu Terengganu.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata inisiatif mengenakan caj kepada pelancong itu bukan perkara baharu di negara ini, malah sudah dilaksanakan oleh Melaka dan Pulau Pinang yang mengenakan caj warisan di negeri masing-masing. Ahmad Razif (BN-Seberang Takir), berkata caj yang dikenakan tidak akan membebankan pelancong dan amat rendah berbanding kemampuan perbelanjaan mereka kerana hanya  sekitar RM1 sehingga RM2  ke atas setiap malam bagi setiap bilik serta bergantung kepada taraf penginapan berkenaan kelak.“Caj ini tidak akan membebankan pelancong, kerana mereka yang melancong memang berkeupayaan dan mempunyai duit yang lebih dan apa salahnya,  cuma dalam kadar hanya RM1 hingga RM2 sahaja.“Selepas ini jika ada program luar negara daripada agensi pelancongan kita, duit ini akan kembali semula kepada mereka. Caj ini juga untuk mengurangkan bebanan kerajaan berbelanja untuk pengurusan pelancongan,”katanya.Beliau mengulas demikian ketika menjawab soalan lisan Dato’ Abdul Hadi Awang (Pas- Rhu Rendang) di persidangan kelima Dewan Undangan Negeri ke-13, di Wisma Darul Iman pada hari kedua, hari ini.Abd Hadi mengemukakan soalan mengenai  langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri untuk menampung defisit bajet 2017 sebanyak 10 peratus.Katanya, pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu akan menjalankan kajian menyeluruh termasuk melihat contoh-contoh negeri yang sudah melaksanakan kaedah yang sama, sebelum menguatkuasakannya di hotel seluruh Terengganu.Tambahnya, kerajaan sebelum ini banyak mengeluarkan perbelanjaan bagi mempromosikan pelancongan dan memberi keuntungan kepada pengusaha hotel.“Kita juga sedang melihat komitmen hotel-hotel  sebab hari ini kita banyak belanja untuk membantu promosi-promosi  dan menguntungkan hotel-hotel. "Jadi tidak salah untuk mereka pula memberi sumbangan kepada kerajaan negeri  dalam keadaan kewangan negeri (terbatas) sekarang ini. Di sini wujudnya situasi menang-menang,”katanya.
27 Mar 17
57