Artikel "Semasa" Terkini
PM Ke Terengganu 15, 16 April Ini
Ahmad Razif bermesra dengan petugas dari Pejabat DUN sempena Majlis Makan Malam Santai Bersama Media, di Hotel Primula. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak akan mengadakan lawatan kerja selama dua hari bermula 15 hingga 16 April yang melibatkan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN), Kuala Nerus, Besut dan Dungun.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pemimpin utama negara itu dijangka tiba pada petang 15 April di Lapangan Terbang Sultan Mahmud dan terus ke Bukit Nanas, Tepoh bagi Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR).Pelbagai acara disediakan kepada orang ramai di Bukit Nanas bermula dari jam 4 petang lagi termasuk persembahan artis, dikir barat dan cabutan bertuah."Sebanyak 500 unit rumah yang akan dibina dalam tempoh dua tahun. Dengan pembinaan kediaman setinggi lima tingkat itu akan membantu menyelesaikan masalah perumahan yang diperlukan 500 keluarga di Kuala Nerus," katanya di sidang media selepas Majlis Makan Malam Santai Bersama Media di Hotel Primula , Kuala Terengganu, malam tadi.Ahmad Razif berkata, pada keesokannya, 16 April, kira-kira jam 8 pagi, perdana menteri dijadualkan akan menghadiri Majlis Pecah Tanah Pemuliharaan Muara Sungai Besut yang dikenali sebagai gerbang pelancongan Terengganu di Kuala Besut.Katanya, projek di Kuala Besut itu melibatkan kos lebih RM250 juta bagi menyelesaikan masalah air laut yang cetek yang mengganggu nelayan dan bot pelancong yang keluar ke laut."Projek itu akan dilaksanakan tahun ini dan ia sekali gus bagi menunaikan janji ketika PRK Kuala Besut dahulu dan menunjukkan BN menepati janji kepada rakyat," katanya. Beliau juga dijadualkan akan melawat dua buah rumah dan menyumbang keperluan rumah dan perabot serta pembinaan rumah baharu bernilai RM45,000 bagi setiap keluarga yang memerlukan.Katanya, pada jam 3 petang pula perdana menteri akan melancarkan program Jom Bantu Rakyat peringkat negeri di Tapak Perumahan Idaman Rakyat (SPMB) di Santong, Paka. Sebelum itu, turut diadakan jamuan rakyat.Sementara itu, orang ramai dijemput memeriahkan majlis sempena lawatan kerja dua hari perdana menteri.
03 Apr 17
58
Sambut Baik Tambah Super Bagi Bendung Kegiatan Tangkap Ikan Secara Haram
A.Latiff memakaikan jaket keselamatan kepada seorang ahli Super di Majlis Pelancaran Super Merchang dan Melabuhkan Unjam di Jeti Sungai Merchang, Marang, hari ini. Foto oleh: Harish Fadzillah KassimKerajaan negeri menyambut baik usaha Jabatan Perikanan menambah jumlah sukarelawan perikanan (Super) yang berperanan sebagai mata dan telinga kepada pihak penguatkuasaan bagi membendung kegiatan penangkapan ikan secara haram.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, A. Latiff Awang berkata, ketika ini terdapat kira-kira 315 Super di seluruh negeri ini dan 21 daripada mereka dari Daerah Marang.Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, berkata penubuhan Super bertujuan membantu Jabatan Perikanan dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memantau dan mencegah pelanggaran peruntukan serta peraturan mengikut Akta 317 atau Akta Perikanan 1985 semasa rutin harian menangkap ikan. “Mereka bertindak sebagai mata dan telinga serta menyampaikan maklumat penting kepada jabatan dan pihak penguatkuasaan terutama sekali berkaitan kes seperti pencerobohan bot nelayan asing, pencerobohan zon tangkapan ikan, kerosakan bot nelayan dan informasi kecemasan,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Pelancaran Super Merchang dan Melabuhkan Unjam di Jeti Sungai Merchang, Marang, hari ini.Pada majlis tersebut, seramai 17 nelayan membuat pendaftaran baru bagi menjadi ahli Super Marang.A. Latiff mengharapkan lebih ramai yang berdaftar sebagai ahli Super selari dengan hasrat penubuhan Super dari golongan nelayan di peringkat kebangsaan untuk meningkatkan kefahaman, pengetahuan dan kesedaran nelayan serta orang awam tentang kepentingan menjaga ekosistem perikanan.Sementara itu, Jabatan Perikanan Negeri Terengganu dan Pejabat Perikanan Daerah mengambil inisiatif dengan mendaftar semua nelayan sampan yang berdaftar sebagai ahli Super Terengganu.Setiap ahli Super Terengganu bakal dibekalkan dengan Radio Komunikasi Super Terengganu menjelang 2020.
03 Apr 17
52
Permohonan Bantuan Dana Raya Dibuka Mulai 1 April
Permohonan baharu Bantuan Perayaan Aidilfitri 2017 secara dalam talian dibuka kepada mereka yang berkelayakan mulai semalam (1 April) sehingga 21 April depan.Orang ramai boleh membuat permohonan itu dengan melayari laman sesawang http://danattb.terengganu.gov.my . Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin, berkata syarat kelayakan masih sama iaitu pemohon yang berpendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,500 sebulan serta mestilah rakyat Terengganu dan perlu mendaftar sebagai pengundi.Katanya, mereka yang berstatus bujang berusia melebihi 40 tahun dan berpendapatan bawah RM1,500 juga layak memohon.“Bagi pemohon yang bukan rakyat di negeri ini tetapi bermastautin lebih 10 tahun di Terengganu perlu mendapatkan perakuan daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K).“Kontraktor berdaftar dan peniaga berlesen adalah tidak layak memohon, “ katanya kepada Teganukita.Menurutnya, borang permohonan hendaklah dicetak dan diserahkan kepada Pengerusi J3K bersama salinan dokumen yang dinyatakan.“Kegagalan mengikuti syarat kelayakan boleh menyebabkan permohonan ditolak.“Pengagihan dan penebusan baucer dijangkakan bermula pada 27 Mei ini di Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Agrobank manakala tempoh sah laku baucer akan berakhir pada 27 September,”katanya.Berdasarkan rekod, seramai 217,001 pemohon berjaya melepasi syarat-syarat yang ditetapkan dengan bayaran membabitkan RM80.3 juta pada tahun lalu.
02 Apr 17
87
KTS Sasar 500 Peserta Sertai Larian Kesedaran Diabetes
Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) mensasarkan 500 peserta akan menyertai larian kesedaran mengenai diabetes menerusi `Run From Diabetes 2017’ pada 22 April ini.Program bertujuan membantu merealisasikan hasrat kerajaan bagi mengurangkan penyakit ini dari terus menular, akan bermula dari jam 6 pagi hingga 12 tengahari bertempat di KTS Hospital, Batu Buruk serta dijangka akan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi MamatPengarah Perubatan KTS, Dr Mohamad Yusof Md Kassim, berkata program julung kali inisiatif dan anjuran KTS serta larian diabetis pertama di Terengganu, menawarkan empat kategori dan dibuka kepada semua warga Terengganu yang berminat.Katanya, kategori berkenaan adalah Sugar Rush terbuka belia lelaki dan wanita (15 tahun hingga 25 tahun), Caramel Latte terbuka lelaki dan wanita (26 tahun hingga 40 tahun), Golden Chocolate terbuka veteran lelaki dan wanita (41 tahun ke atas) dan juga Cotton Candy terbuka untuk keluarga atau berkumpulan untuk lima ahli (terbuka kepada semua peringkat umur).“Jarak larian antara 5kilometer (km), 4 km dan juga 2 km di mana setiap jarak larian KTS Hospital menyediakan hadiah kepada peserta larian untuk tempat pertama sehingga ketiga.“Pada masa yang sama, pelbagai akiviti menarik turut disediakan semasa program tersebut diantaranya; seminar kerjaya, food truck, street soccer, gerai jualan dan pameran, derma darah dan pemeriksaan kesihatan dan juga busking,”katanya dalam satu kenyataan kepada media.Mohamad berkata, kajian menunjukkan bahawa lebih daripada 65,000 orang di Terengganu sahaja menghidap diabetis akibat amalan gaya hidup yang tidak sihat dan kurang melakukan aktiviti fizikal. Tambahnya, angka tersebut semakin meningkat dan ia adalah suatu yang membimbangkan. Katanya, program ini merupakan satu kempen kesedaran mengenai penyakit diabetes di kalangan rakyat Terengganu dan misi KTS adalah untuk melihat lebih banyak maklumat disampaikan kepada orang ramai dengan mesej yang jelas supaya kekal sihat.Mohamad berkata, diabetes adalah penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup dan jika tidak dikawal boleh menyebabkan komplikasi serius termasuk serangan jantung, kegagalan fungsi jantung, kemusnahan buah pinggang, penyakit mata, kerosakan saraf dan ulser sehingga membawa kepada amputasi kaki. Menurut Penasihat Pusat Pengurusan Diabetes KTSH, Dato’ Dr. Surendranath Menon, sebenarnya penyakit itu boleh dicegah jika orang ramai memilih cara hidup yang sihat. Katanya, KTS menggalakkan orang ramai untuk menyahut cabaran mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat supaya dapat menikmati kehidupan yang bebas dari diabetes.“Ia bukanlah sukar tetapi memerlukan usaha untuk ingin berubah ke arah yang lebih baik. Bagi memerangi penyakit ini, seluruh keluarga seharusnya melibatkan diri dengan perubahan gaya kehidupan di mana pencegahan tidak akan berkesan sekiranya hanya anak-anak atau ibu bapa yang melakukannya tanpa didorong oleh langkah-langkah pemantauan yang berkesan,” katanya.
02 Apr 17
199
Sedia 200 Kiosk Percuma Untuk Peniaga
Kerajaan negeri bercadang menambah sekurang-kurangnya 200 kiosk cenderahati di beberapa kawasan peranginan dan taman taman rekreasi di negeri ini bagi memberi peluang penduduk setempat terutama golongan belia berniaga.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPUT) diminta memainkan peranan merealisasikan inisiatif itu dan mengutamakan golongan belia yang berminat dan masih mencari peluang mendapatkan pekerjaan.“Mereka yang terpilih berpeluang berniaga secara percuma selama setahun, kemudiannya hanya dikenakan kadar sewa dengan harga berpatutan selepas tempoh itu.“Pihak berkaitan akan memikirkan lokasi bersesuaian bagi membina kemudahan itu, antara cadangannya di Pantai Teluk Ketapang, Seberang Takir dan Pantai Batu Burok serta Taman Rekreasi Kuala Ibai, Kuala Terengganu,”katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penutup Hari Keluarga Kelab Wisma Darul Iman (KWDI), di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail, Seberang Takir, Kuala Nerus, semalam.Hadir sama, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria dan Yang Dipertua KWDI Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri, Kira-kira 1,200 ahli KWDI hadir memeriahkan program yang diselitkan pelbagai aktiviti menarik antaranya, pertandingan boling kelapa, lari dalam guni, isi air dalam botol, meniup belon dan lari sambil mengikat kaki.Program yang diadakan selama dua hari, bermula 31 Mac itu menyediakan 500 hadiah cabutan bertuah dengan hadiah utama, Motosikal Yamaha LC 135 CC dimenangi Nor Liana Mohamad Nor dan tempat kedua pula Tengku Mohd Noor Haizam Tengku Musa turut membawa pulang motosikal jenama Lagenda Yamaha 115.
01 Apr 17
67
Felda Wujud Dana Pusingan RM100 Juta, Pastikan Peneroka Pungut Hasil Secara Mingguan
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan mewujudkan dana pusingan RM100 juta bagi memastikan lebih 112,000 peneroka mendapat bayaran hasil kelapa sawit dalam tempoh seminggu berbanding sebulan pada masa ini.Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata, dana tersebut bertujuan menjamin kelangsungan pendapatan peneroka yang sebelum ini menerima pembayaran hasil selepas kelapa sawit mereka dikutip secara bulanan oleh Felda Global Venture Holding Berhad (FGV).Katanya, dana ini merupakan antara fokus utama dan objektif asal iaitu memberi tumpuan kepada peneroka serta hasil sawit mereka."Kita hendak pastikan kebajikan peneroka tercapai dan sebab itu kita bayar dahulu seminggu sekali tanpa perlu menunggu pembayaran penuh oleh pihak kilang sawit (FGV)."Hasil itu bergantung kepada bagaimana kebun itu dijaga. Kita nakkan yang terbaik untuk peneroka,dan sebab itulah pihak pengurusan Felda akan memulakan semula bayaran mingguan itu secepat mungkin dan sehingga kini proses mengemas kini akaun peneroka hampir selesai."Kita kemas kini akaun peneroka,lihat berapa banyak hutangnya, jumlah pendapatan dan tunggakan bagi melancarkan semula proses pembayaran hasil secara mingguan ini," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis ulang tahun ke-50 Jubli Emas Felda Bukit Bading,Ajil, malam tadi.Turut hadir, Ahli Parlimen Hulu Terengganu merangkap Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato' Jailani Johari dan Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil, Ghazali Taib.Menurut Shahrir, bagi membantu pengurusan Felda,aset-aset hartanah di London yang bernilai RM2 billion boleh dijual dan dicairkan untuk mendapatkan hasilnya."Ini merupakan harta-harta dan pelaburan Felda dalam menambah hasil tahunan.Bukan satu kesalahan kalau kita jual dan cairkan pelaburan kerana ia tidak akan menjejaskan peneroka malah membantu dari segi pengurusan kewangan Felda itu sendiri,"katanya lagi
01 Apr 17
37
Sidang DUN : Bayaran Pembangunan Pusat Pentadbiran Daerah Kuala Nerus Secara Berjadual Dengan Had
Kaedah pembayaran projek Pembangunan Pusat Pentadbiran Daerah Kuala Nerus adalah secara Bayaran Berjadual Dengan Had.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, bayaran bukan dilakukan secara 'deferred payment' seperti yang dikatakan oleh Hishamuddin Abdul Karim (Pas-Tepoh).Katanya, cara pembayaran yang dinyatakan wakil pembangkang itu mempunyai perbezaan sangat besar."Kos pembangunan pusat pentadbiran ini adalah sebanyak RM600 juta, tanpa sebarang faedah."Saya juga sudah jelaskan yang bayaran akan dibuat dengan had, sebanyak RM70 juta setahun sehingga selesai pada tahun 2024 iaitu selama lapan tahun dan enam bulan," katanya.Beliau berkata demikian dalam sesi penggulungan persidangan penggal kelima Dewan Undangan Negeri Ke13 di Wisma Darul Iman, hari ini.Tambahnya, cadangan penubuhan daerah baharu Kuala Nerus merupakan cadangan yang sudah lama dirancang."Ianya sudah wujud sebelum zaman Pas memerintah Terengganu lagi."Tetapi keperluannya semakin mendesak berikutan pertambahan penduduk yang mendadak dan perkembangan ekonomi yang pesat di daerah tersebut," katanya.
30 Mar 17
200
Sidang DUN : Peruntukan Pembinaan Rumah Asnaf Ditingkatkan
Jumlah peruntukan membina rumah untuk golongan asnaf telah ditingkatkan kepada RM60,000 seunit berbanding RM40,000 sebelum ini.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, kerajaan negeri turut menaikkan bantuan musibah kepada RM10,000 berbanding RM3,000 sebelum ini seperti kemusnahan rumah akibat kebakaran, ribut dan banjir. "Ini adalah antara beberapa penambahbaikan yang dilaksanakan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) susulan cadangan Yang Berhormat Ladang seperti yang dibangkitkan dalam sidang dewan yang terdahulu. "Suka saya maklumkan bahawa kerajaan negeri mengambil cakna cadangan YB Ladang, kajian mengenai penambahbaikan bantuan kepada asnaf ini terus dilakukan dan peningkatan ini adalah antara tindakan yang diambil," katanya dalam sesi penggulungan di Persidangan Dewan Undangan Negeri, di Wisma Darul Iman, hari ini. Ghazali (BN-Ajil) berkata selain peningkatan peruntukan itu, bantuan lain seperti kursus kemahiran untuk anak asnaf, bantuan pelajaran secara 'one off' sebanyak RM1,000 setahun bagi semua pelajar di Institut Pengajian Tinggi yang mendapat CGPA 2.5 ke atas juga masih teruskan."Secara keseluruhannya, Maidam telah menyalurkan bantuan sebanyak RM91 juta kepada 50,652 ketua keluarga yang tergolong dalam kategori asnaf sepanjang tahun lalu. "Mengenai perkara yang dibangkitkan wakil Ladang juga iaitu tempoh bantuan segera diberi kepada golongan miskin, setakat ini paling cepat, dua hari...namun jika kes itu perlukan maklumat sedikit, mungkin ambil masa yang agak lama...paling penting kita agihkan wang zakat ini secara menyeluruh kepada asnaf yang memerlukan," katanya.Terdahulu, menjawab soalan Ariffin Deraman (Pas-Ladang) mengenai pelaksanaan projek WiFi Terengganu, Ghazali berkata sehingga kini sebanyak 408 hotspot telah beroperasi di 107 lokasi seluruh negeri itu. "Hanya dua daerah iaitu Dungun dan Kemaman masih belum ada kemudahan WiFi ini kerana ia bergantung pada pembinaan menara di Bukit Bauk dan Bukit Kemuning."Kita masih berusaha memastikan kemudahan WiFi ini dapat disediakan secara menyeluruh secepat mungkin agar sesuai sebagai sebuah destinasi pelancongan terkenal dalam negara," katanya.
30 Mar 17
57
Sidang DUN :60 Pelajar Ikuti Program Diploma di KQT
Seramai 60 pelajar mengikuti program diploma di Kolej Quran Terengganu (KQT), kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Negeri, A.Latiff Awang.Menurut beliau, dalam tempoh lima tahun akan datang KQT yang menawarkan Diploma al-Quran dan Qiraat serta Diploma al-Quran dan Bahasa Arab akan menjadi Kolej Universiti dengan penawaran program diploma dan ijazah yang mengintegrasikan ilmu wahyu dan empirikal dengan hafazan dan Ulum al-Quran sebagai asas. “Prasarana KQT akan dibangunkan selari dengan pertambahan program pengajian dan pelajar. Mereka akan mendapat tajaan dan pinjaman dari Yayasan Terengganu sepenuhnya. “Antara struktur program pengajian ialah hafazan al-Quran 30 juzuk, ilmu al-Quran, ilmu Islam, Bahasa Arab, Nahasa Inggeris dan Latihan Industri,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi pergulungan Persidangan Penggal kelima Dewan Undangan Negeri Ke13 di Wisma Darul Iman, hari ini.
30 Mar 17
42
Sidang DUN : Bekalan Melon Manis Terengganu Hanya Dapat Penuhi Permintaan Tempatan
Projek Melon Manis Terengganu di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Besut belum memasuki pasaran luar negara kerana setakat ini tidak berupaya memenuhi permintaan dalam jumlah yang tinggi.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof berkata, bekalan yang ada juga masih belum memenuhi pasaran tempatan.“MMT merupakan satu produk yang menjadi kebanggaan bukan sahaja kepada petani tetapi rakyat Terengganu.“Ianya bukan setakat dibeli untuk dimakan tetapi dijadikan sebagai buah tangan atau cenderahati,” ujarnya.Beliau berkata demikian dalam sesi penggulungan di Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu, hari ini. Dalam sesi soal jawab sebelum itu, Hilmi Harun (Pas-Manir) meminta penjelasan wakil kerajaan mengenai prestasi Melon Manis Terengganu.Terdahulu, menjawab persoalan yang dibangkitkan Hilmi kononnya tidak disentuh mengenai portfolio pertanian dalam titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, Pehimi (BN-Jertih) berkata, dalam titah ucapan baginda, Sultan Mizan menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana melaksanakan program iaitu program Penempatan Semula Nelayan (PSN) yang melibatkan jumlah kewangan RM13 juta untuk pembinaan 200 unit rumah.“Ditambah lagi dengan bantuan kerajaan negeri iaitu tiga lokasi tanah yang melibatkan (Pulau Sekepeng) Kemaman, Benting Lintang (Besut) dan Seberang Penarik (Setiu),” ujarnya.Menurut Pehimi, kerajaan negeri juga akan memberi sumbangan kewangan iaitu untuk penyediaan tanah dan juga kemudahan infrastruktur yang berkaitan dengan pembinaan rumah di ketiga-tiga tempat tersebut.
30 Mar 17
62