lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
SPRM Tidak Terima Permohonan Ikrar Bebas Rasuah Dari Negeri Pembangkang
Ahmad Razif menyerahkan  dokumen ikrar bebas rasuah kepada Dzulkifli pada  Majlis Menandatangani Bebas Rasuah. Foto Harish FadzillahSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih belum menerima sebarang permohonan dari mana-mana negeri pembangkang untuk mengadakan Majlis Ikrar Bebas Rasuah.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, pihaknya tidak memaksa untuk mana-mana negeri berbuat demikian, sebaliknya SPRM akan menguruskan perkara itu sekiranya dipohon.Katanya, setiap pentadbiran kerajaan yang memohon perlulah di kalangan mereka yang ikhlas, bertanggungjawab, berani dan rela hati untuk mencegah rasuah dalam setiap urusan pentadbiran masing-masing.“Ikrar yang dilafaz tidak memberi maksud apa-apa, lebih kepada sifat peribadi, pastinya mana-mana individu yang sudah melafazkan ikrar berasa bersalah untuk melakukan perbuatan itu.“Saya berharap semua negeri termasuk negeri yang diperintah pembangkang tampil untuk melafazkan ikrar jika benar-benar ikhlas untuk membanteras rasuah,”katanya.Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Pentadbiran Kerajaan Terengganu, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Majlis itu dirasmikan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Hadir sama,  Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.Dzulkifli  turut memberitahu, Terengganu adalah negeri ketujuh yang mengadakan majlis melafaz ikrar , sementara Sarawak menjadi negeri pertama dikuti Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Perak.Katanya, lima organisasi kerajaan negeri menandatangani Ikrar Intergriti Korporat (CIP), iaitu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu dan yang terbaru, Terengganu Incorporated Sdn Bhd,”katanya.
05 Apr 17
30
Empty Image
Biduk Lalu Kiambang Bertaut
Demikian berakhirnya episod di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil, YB Ghazali Taib dan bekas wakil rakyat, Dato' Rosol Wahid kini begitu akrab, mesra dan kasih yang mendalam, demi sebuah perjuangan suci untuk agama, bangsa dan negara.Di bawah kepemimpinan yang berhikmah lagi bijaksana, Dato’ Seri Haji Ahmad Razif Abd Rahman, melalui Transformasi Politik iaitu satu dari tiga teras transformasi dalam gagasan Transformasi Terengganu Baharu (TTB)- segala kerumitan diselesaikan dengan penuh hikmah.Ghazali juga merupakan Timbalan Pengerusi  Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia &  Tugas-Tugas Khas Negeri serta Ketua Penerangan UMNO Bahagian Hulu Terengganu, manakala Rosol adalah Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian berkenaan.Perisitiwa ini berlaku dalam satu perjumpaan tertutup pemimpin-pemimpin di kawasan DUN berkenaan pada  20 Mac lalu, di Dewan Sivik Ajil yang turut disaksikan sendiri oleh Dato’ Seri Haji Ahmad Razif yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri.Ketua-ketua UMNO Cawangan serta sayap-sayap dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) dalam DUN Ajil, adalah antara yang hadir dalam perjumpaan itu sempena lawatan sehari Menteri Besar ke DUN Ajil.Hadir sama Pengerusi Biro Naziran BPUNT, Dato' Hj Muda Mamat yang juga Pengarah Unit Komunikasi Negeri (UKOM).
04 Apr 17
169
Empty Image
Sidang DUN : 'Pok Mat Tapu' Pemerhati Paling Tua
Pok Mat (Tapu) atau nama sebenarnya Ahmad Salleh, berusia 83 tahun adalah antara pemerhati di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, baru-baru ini.Hari ini beliau yang berasal dari Kampung Tapu, Kuala Berang bernasib baik dapat bertemu dan menyambut kedatangan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan bergambar dengan pemimpin kesayangannya itu.Beliau merupakan pemerhati setia sejak zaman kerajaan negeri di bawah pimpinan Allahyarham Tan Sri Ibrahim Fikri lagi iaitu sekitar tahun 1960-an lagi.Beliau berterima kasih kepada Ahmad Razif kerana dalam kesibukan tetap melayan baik kedatangannya dan memberikan hadiah istimewa buatnya sebagai pemerhati sidang DUN yang paling tua.Beliau pernah menjadi Ketua UMNO Cawangan Kampung Tapu dari 1960 hingga 2005 yang lalu.
04 Apr 17
62
Empty Image
20,000 Dijangka Sambut PM Di Besut 16 April
Lebih 20,000 penduduk Besut dijangka membanjiri tapak Pasar Tani Kuala Besut, bagi menyambut kunjungan rasmi Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke perkampungan nelayan itu pada 16 April ini.Perdana Menteri dijangka tiba di Pangkalan TUDM Gong Kedak, pada jam 9 pagi kemudian diarak oleh 500 pemuda bermotosikal menuju ke tapak Pasar Tani Kuala Besut.Sebelum itu, ketibaan Perdana Menteri di Pangkalan TUDM akan disambut pemimpin kerajaan negeri diketuai Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri.Pegawai Daerah Besut, Wan Ismail Sahaimi Wan Omar berkata, lawatan itu memberi erti paling besar bukan sahaja kepada penduduk Kuala Besut malah keseluruhan masyarakat daerah itu.Ketika menyampaikan taklimat khas kepada pemimpin masyarakat daerah Besut di Dewan MDB Gong Nering, di Jertih, malam tadi Wan Ismail berkata, pelbagai persiapan sudah siap diatur bagi menjayakan lawatan kerja pemimpin nombor satu negara ke daerah ini.Hadir sama pada taklimat itu ialah, Ketua UMNO Bahagian Besut, Nawi Mohamad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri, Dato' Muhammad Pehimi Yusof yang juga ADUN Jertih, ADUN Kota Putera, Mohd Mahdi Musa, ADUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan pegawai kanan kerajaan daerah itu.Wan Ismail berkata, taklimat khas itu bertujuan melicinkan lagi urusan program selain memberi maklumat terperinci mengenai acara yang disusun untuk program berkenaan.Sempena kunjungan itu Perdana Menteri akan melakukan upacara pecah tanah projek pembinaan Gerbang Pelancongan Antarabangsa bernilai RM240 juta untuk kemudahan pelancong dan nelayan tempatan.Projek itu dijangka akan dilaksanakan tahun ini dan ia sekali gus menunaikan janji ketika Pilihan Raya Kecil Kuala Besut dahulu serta Barisan Nasional mengotakan janji kepada rakyat.
04 Apr 17
28
Empty Image
Penjawat Awam Perlu Amanah, Jangan Politikkan Kerja - SUK
Wan Nawawi ketika berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan Wisma Darul Iman  (WDI), di Dewan Besar WDI, Kuala Terengganu, pagi ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W. PutraSetiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail menasihati penjawat awam agar melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan amanah, mematuhi polisi dan perundangan serta tidak `mempolitikkan' urusan kerja.Menurut beliau, sebagai jentera kerajaan mereka perlu melaksanakan tugas dengan profesional termasuk dalam menyampaikan polisi dan dasar kerajaan kepada orang awam.“Penjawat awam harus tahu tanggungjawab sebenar. Kita bekerja di bawah kerajaan yang diperintah oleh satu parti di mana tugas kerajaan yang memerintah adalah membuat polisi.“Apabila dibuat polisi, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai penjawat awam untuk patuh dan melaksanakan apa yang diarahkan kerana pelaksanaan inilah yang dituntut dari kita,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Perhimpunan Bulanan Wisma Darul Iman (WDI), di Dewan Besar WDI, Kuala Terengganu, pagi ini.Turut hadir, Penasihat Undang-Undang Negeri, Dato’ Azhar Abdul Hamid; Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya; Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Dato’ Mohd Akil Mat; Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Zainal Abidin Hussin serta Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Rosman Roslan.Pada majlis itu, Wan Nawawi turut menyempurnakan majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bulanan kepada kakitangan WDI untuk bulan Mac.Katanya, jika penjawat awam tidak bersedia untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan bermakna mereka tidak bersama dan tidak mampu mematuhi undang-undang yang diputuskan oleh kerajaan yang memerintah.“Penjawat awam dibayar gaji dengan diberi tanggungjawab untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan."Isu mahu sokong parti mana itu hak kita, tetapi selagi bergelar penjawat awam, kita wajib mematuhi undang-undang yang ditetapkan dan melaksanakan tugas sebaik mungkin,” ujarnya.
04 Apr 17
54
Empty Image
Panel Kesihatan Perlu Proaktif Tingkatkan Kefahaman Jaga Kesihatan - Roslee
Panel kesihatan yang ditubuhkan di semua Klinik Kesihatan Negeri ini diminta proaktif menjalankan aktiviti dengan mendekati masyarakat setempat bagi meningkatkan kefahamaan orang ramai terhadap penjagaan kesihatan.Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud berkata, ahli jawatankuasa panel juga perlu mengenal pasti permasalahan penduduk dan melaporkan kepada klinik dan hospital berdekatan.Katanya, tanggungjawab ahli panel dalam membantu pihak Jabatan Kesihatan amat besar kerana pegawai jabatan tidak mampu menangani masalah yang dihadapi penduduk yang tinggal di kawasan klinik dan hospital.Beliau berkata, ketika ini masih ada masyarakat yang takut untuk datang ke hospital dan klinik untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan."Dalam hal ini ahli panel penasihat boleh menasihatkan penduduk setempat supaya mendapatkan rawatan di hospital kerajaan jika penyakit yang dihidapi memerlukan rawatan,"katanya.Roslee berkata demikian ketika menutup Konvensyen Panel Kesihatan Kali Ke-8 Peringkat Negeri Terengganu, di Dewan Serbaguna Perpustakaan Awam Negeri Terengganu, Kuala Terengganu, semalam.Hadir sama, Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohammad Omar dan Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Negeri Terengganu, Dato' Dr Anwa Sulaiman.Pada konvensyen itu Panel Kesihatan Batu Rakit, muncul johan pertandingan pembentangan kes mengenai penyakit Tuberkulosis (TB) dalam kajian di kawasan berkenaan.
04 Apr 17
58
Empty Image
Kerajaan Pusat Lulus RM43 Juta Bina Benteng Pemecah Ombak
Suasana persekitaran perkarangan Jeti Sungai Merchang, Marang,semalam. Foto oleh Harish Fadzillah Abu Kasim.Kerajaan Pusat telah meluluskan peruntukan RM43 juta untuk membina benteng pemecah ombak di muara Sungai Merchang bagi kemudahan laluan bot nelayan di kawasan itu.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Negeri, A. Latiff Awang berkata, projek di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta tersenarai dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) itu dijadual akan dilaksanakan pada Mac 2018.“Muara Sungai Merchang, Marang yang cetek bakal diperdalamkan di mana kerajaan negeri dengan sokongan pihak kementerian telah berjaya menyenaraikan muara ini (Sungai Merchang) sebagai  satu muara yang akan dibuat pemuliharaan melalui RMK-11.“Perkara ini telah menampakkan kemajuan dimana pada awal tahun ini, kerja-kerja awalan seperti pemetaan serta kajian telah dibuat oleh Jabatan Pengairan dan Saliran,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Menyempurnakan Majlis Pelancaran SUPER Merchang dan Melabuhkan Unjam di Pangkalan Merchang, Marang,semalam.A.Latiff yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan berkata, sebelum ini, kerajaan negeri memperuntukkan lebih RM20,000 setiap tahun bagi mendalamkan muara ini.“Ianya sebagai langkah penyelesaian sementara di mana kerja-kerja rutin iaitu menggali dan mendalamkan laluan-laluan untuk ke laut ini sentiasa dibuat dari semasa ke semasa,” ujarnya.A.Latiff turut mengharapkan para nelayan bersabar dan pihak yang berkepentingan tidak mempolitikkan isu muara Sungai Mechang kerana kerajaan negeri sedang dalam proses menyelesaikan masalah itu.“Ianya tidak perlu dipolitikkan kerana perkara ini tidak mudah untuk diselesaikan dalam masa terdekat kerana melibatkan teknikal, kajian dan sebagainya,” ujarnya.
03 Apr 17
593
Empty Image
Festival `Duyong Art' Selama Sebulan Bermula 1 April
Kerajaan negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dengan kerjasama Duyong Art Gallery dan Terengganu Backpackers akan menganjurkan Duyong Art Festival (DAF 2017) kali ke -3 di perkarangan Jeti Pulau Duyong, Kuala Terengganu.Festival selama sebulan bermula 1 April yang berkonsepkan ‘Anok Tranung’ itu mengetengahkan hasil seni tempatan seperti seni foto, lukisan, kraftangan, videografi, arca, muzik dan persembahan serta puisi.Acara kemuncak adalah pada 28 hingga 30 April yang memuatkan aktiviti seperti Pameran Seni Rumah Kayu Terengganu serta menyaksikan pelukis berkampung di Pulau Duyong melalui segmen Jelajah Pulau Duyong.DAF 2017 yang dianjurkan bagi menyemarakkan Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017 itu turut menyajikan pelbagai aktiviti menarik lain termasuk pameran poskad ke Duyong, malam santai seni duyong, bicara ilmu, diskusi seni dan lain-lain lagi.
03 Apr 17
212
Empty Image
Pusat Beli-belah Sogo Tawar 3,000 Peluang Pekerjaaan
Ahmad Razif memerhatikan pertukaran dokumen antara PHB dan Sogo pada Majlis Perasmian Pecah Tanah Pusat Membeli Belah Mayang Mall. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailPembinaan pusat beli-belah berprestij, Mayang Mall, di Kampung Ladang, Tanjung, Kuala Terengganu yang turut menempatkan gedung membeli belah terkemuka, Sogo bakal mengubah landskap ekonomi Terengganu ke arah lebih baik.Fasa pertama melibatkan pembinaan Sogo setinggi tujuh tingkat dengan keluasan 15,000 kaki persegi, selain kemudahan 2,000 ruang meletak kenderaan dijangka siap pada 2020.Pelaburan Hartanah Berhad (PHB) melantik Sogo Kuala Lumpur Department Store Sdn Bhd sebagai penyewa utama kompleks beli-belah Mayang Mall untuk menguruskan perniagaan, operasi dan perkhidmatan produk. Pengarah Urusan Kumpulan PHB, Datuk Kamalul Arifin Othman berkata, Sogo bakal menawarkan 3,000 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dalam pelbagai bidang.Antaranya pentadbiran, pengurusan, jurujual, juruwang dan pengawal keselamatan apabila premis perniagaan terkemuka itu beroperasi pada awal Januari 2021.Datuk Kamalul Arifin “Jumlah pelaburan dari segi kos untuk pusat membeli-belah termasuk kos tanah adalah RM450 juta. ‘Service apartment’ pula sebanyak RM150 juta. Jadi untuk fasa pertama ini menelan kos kira-kira RM600 juta.“Pihaknya kami memilih  Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu sebagai aset sulung PHB di Terengganu kerana yakin lokasi itu bakal menjadi tumpuan ke Mayang Mall.“Apabila wujudnya Mayang Mall kelak penduduk Terengganu tidak perlu lagi keluar ke mencari barangan di luar Terengganu, sama ada ke Kuantan, Kota Bharu dan Kuala Lumpur,”katanya.Beliau berkata demikian Majlis Perasmian Pecah Tanah Pusat Membeli Belah Mayang Mall yang disempurnakan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, di tapak itu semalam.
03 Apr 17
366
Empty Image
Nelayan Di Merchang Labuh 20 Unit Unjam
A.Latiff melihat unjam yang dihasilkan para nelayan Pangkalan Merchang, di Jeti Pangkalan Merchang, hari ini. Foto oleh: Harish Fadzillah KassimNelayan di Pangkalan Merchang termasuk dari kalangan sukarelawan perikanan (Super) Merchang hari ini meneruskan usaha melabuhkan 20 unit unjam kira-kira tiga batu nautika dari jeti pengkalan itu.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, A. Latiff Awang berkata, melalui peruntukan yang disalurkan pihaknya sebanyak 100 unit unjam berjaya dibina melalui kerjasama para nelayan dimana 80 unit daripadanya telah dilabuhkan pada 24 Mac lalu.“Tujuan diletakkan unjam adalah untuk menggalakkan pembiakan ikan kerana unjam berfungsi sebagai pusat ikan berkumpul yang mana dikawasan ini lokasi pilihan nelayan menjalankan aktiviti menangkap ikan."Ini merupakan usaha para nelayan (Pangkalan Merchang) untuk menambah pendapatan,” ujarnya kepada pemberita di Majlis Pelancaran Super Merchang dan Melabuhkan Unjam di Jeti Sungai Merchang, Marang, hari ini.Pada majlis itu, A.Latiff turut meluluskan peruntukan sebanyak RM50,000 untuk persatuan nelayan zon pantai di kawasan itu.“Ianya bagi membiayai pembelian pukat dan sebagainya yang diperlukan oleh para nelayan di kawasan Pengkalan Merchang, Pengkalan Nelayan Jambu Bongkok, Pengkalan Nelayan Pasir Puteh dan juga Pengkalan Nelayan Gong Balai,” ujarnya.
03 Apr 17
399