Artikel "Semasa" Terkini
JPNT Kenal Pasti Lokasi Tambah Baik Pencahayaan Dalam Bandar
Kerajaan negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT) mengenal pasti beberapa lokasi di bandar raya ini yang memerlukan penambahbaikan sistem pencahayaan.Pengarahnya, Tun Ahmad Faisal Tun Abd Razak berkata, dalam usaha menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini, JPNT akan bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Jabatan Kerja Raya serta Pejabat Daerah Kuala Terengganu untuk meningkatkan pencahayaan di lokasi-lokasi tumpuan ramai.Katanya, selaras dengan konsep mewujudkan bandar raya selamat, pencahayaan yang mencukupi pada waktu malam adalah perlu samada dalam bentuk lampu awam, papan pengiklanan dan sebagainya.“Menerusi lawatan tinjauan pencahayaan dan keceriaan suasana malam di Bandaraya Kuala Terengganu yang diadakan malam tadi di sepanjang laluan utama Kuala Terengganu menuju ke Losong dan seterusnya ke Taman Tamadun Islam, didapati beberapa tempat masih tidak cukup pencahayaan dan perlu ditambah baik.“Antaranya kawasan sekitar Shahbandar, Taman Rekreasi Waterfront, Pulau Kambing serta tempat meletak kenderaan di sebelah Paya Bunga Sentral yang berpotensi untuk dipasang lampu-lampu sebagai pengiklanan pemasaran.“Selain premis kerajaan dan swasta, kita juga akan mengenalpasti premis-premis individu yang sesuai untuk diletak lampu-lampu bagi menerangi kawasan sekeliling dan juga boleh menarik orang pergi ke kawasan itu termasuk rumah-rumah tradisional dan kedai antik yang mempunyai binaan lama,” ujarnya kepada Teganukita, hari ini.Katanya, selain menambah pencahayaan untuk menarik pengunjung datang ke lokasi tumpuan pelancong, kerajaan juga akan tambah pencahayaan di beberapa premis tertentu untuk meningkatkan keselamatan.Menurut beliau, bagi merealisasikan hasrat ini semua pihak harus memainkan peranan. “Kita mahu mewujudkan kesedaran kepada semua pihak yang terlibat, dimana apabila pencahayaan ditingkatkan ia akan menarik lebih ramai pengunjung datang.“Contohnya, kalau hotel mempamerkan sistem pencahayaan menarik ia akan menjadi satu bahan pemasaran yang efektif,” ujarnya.Tambah beliau, pihaknya akan cuba memaklumkan kepada premis-premis berkaitan untuk meningkatkan pencahayaan yang sekali gus dapat mempromosikan premis terbabit selain memberi daya tarikan kepada Negeri Terengganu.
11 Apr 17
88
Ukom Selaraskan Tugas Liputan Lawatan PM
Sebahagian petugas media hadir mendengar taklimat mengenai lawatan kerja Perdana Menteri ke Terengganu. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailUnit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom) menganjurkan perjumpaan dan taklimat media sempena lawatan kerja Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke Terengganu pada 15 dan 16 April ini, di Chicken Cottage, Kuala Terengganu malam tadi.Program bertujuan melancarkan tugas pengamal media arus perdana dan juga alternatif membuat liputan sepanjang kunjungan pemimpin utama negara itu.Pengarahnya, Dato’ Muda Mamat berkata, Ukom yang dipertanggungjawab bagi menyelaras tugas publisiti dan media sempena kunjungan Perdana Menteri, mengambil inisiatif mengadakan pertemuan berkenaan bagi memastikan semua hal berbangkit dan isu-isu berkaitan liputan dapat diselesaikan segera.“Kita mengambil langkah proaktif bagi mengumpul rakan media yang akan bertugas sepanjang dua hari sempena lawatan YAB PM nanti, supaya mereka mendapat informasi yang tepat dan berkesan, selain boleh menyuarakan pandangan dan sebarang persoalan berkaitan tugas-tugas penyiaran dan kewartawanan demi memastikan kelancaran tugas masing-masing.“Bagi melicinkan lagi perjalanan kita, setiap daerah yang menjadi pusat lawatan PM turut diwakili oleh `orang kuat’ masing-masing yang layak dan sedia maklum secara terperinci setiap acara yang akan dilaksanakan serta boleh memberi respon segera bagi setiap persoalan media melibatkan keperluan dan sebagainya,”katanya.Beliau berkata demikian di majlis program dan taklimat itu, malam tadi. Turut hadir, Pegawai Daerah Besut, W Ismail Sahaimi W Omar, Timbalan Pengarah (Operasi) Ukom, Ruslan Abd Rahman dan Timbalan Pengarah (Pengurusan) Ukom, Mohd Razif Abd Majid.Hadir sama, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Nerus, Zulwislan Awang dan Ketua Penolong Pegawai Daerah Dungun, Mohd Fadli Ngah. Seramai 80 pengamal media arus perdana dan juga alternatif termasuk ketua biro media hadir di majlis yang berlangsung dua jam itu.
09 Apr 17
49
Anak Syarikat Kerajaan Disaran Buka Peluang Suri Rumah Kerja Separuh Hari
Anak syarikat kerajaan negeri di Terengganu disaran mewujudkan peluang pekerjaan `separuh hari’ bagi membolehkan suri rumah yang berkelayakan menjana pendapatan sampingan.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata cadangan terbabit wajar diperhalusi dengan memberi peluang kepada golongan itu terutama yang memiliki kelulusan akademik dari Institut Pengajian Tinggi (IPT) keluar bekerja.Katanya, mereka boleh menambah pendapatan keluarga sambil menjaga anak dan menguruskan rumahtangga masing-masing.“Majikan boleh membayar gaji separuh atau dengan anggaran tidak melebihi RM500 sebulan kerana waktu bekerja hanya ditetapkan empat jam berbanding pekerja biasa yang ditetapkan selama lapan jam sehari.“Sebagai contoh, sekiranya waktu bekerja bermula jam 8 pagi, waktu pulang perlu ditetapkan jam 12 tengah hari atau sekiranya dibenarkan memulakan tugas bermula jam 1 petang, waktu pulang adalah dalam tempoh empat jam berikutnya,” katanya di satu majlis baru-baru ini.Ahmad Razif turut memberitahu, selepas atau sebelum waktu itu, mereka boleh menumpukan perhatian kepada keluarga masing-masing.“Perkara itu perlu berikutan taraf hidup semakin meningkat dan mereka boleh mengguna pakai kelayakan akademik yang ada,”katanya.
08 Apr 17
40
Terengganu Perintis Anjur `Moment Of Unity'
Ooi Yong Jing (tengah) menerima pingat Anugerah Khas daripada Mohd Iskandar pada Program Moment Of Unity yang berlangsung di Pulau Warisan, Kuala Terengganu. Foto Oleh: Tg Mohd Syamim Tg Ismail Terengganu muncul negeri pertama yang menganjurkan program Detik-Detik Perpaduan (Moment Of Unity) dalam usaha menyeru masyarakat menjadikan perpaduan sebagai budaya hidup tanpa mengira kaum.Program yang dianjurkan oleh tiga badan bukan kerajaan (NGO) iaitu Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina, Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu serta Persatuan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India negeri diadakan di Pulau Warisan kelmarin dengan dihadiri kira-kira 1,000 peserta.Usaha itu selaras menyahut seruan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak untuk menggalakkan interaksi pelbagai kaum di kalangan generasi muda dengan majlis pelancaran peringkat kebangsaan berlangsung di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada 21 Januari lalu. Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Mohd Iskandar Jaafar yang mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.
Dalam program tersebut, atlet renang negeri, Ooi Yong Jing, 12, turut diumumkan sebagai penerima Anugerah Khas berikutan kejayaannya mengharumkan nama negeri apabila memperoleh dua pingat perak di kejohanan Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN), baru-baru ini.Kejayaan murid Tahun Enam Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Hwa Wei Sin itu mengukir sejarah buat Terengganu apabila kali pertama memperolehi pingat dalam tempoh 22 tahun.
08 Apr 17
104
Masyarakat Kita Perlu Contohi Amalan Senaman Taichi - MB
Ahmad Razif bersama warga emas melakukan senaman taichi pada Program Kesejahteraan Warga Emas DUN Seberang Takir, di Dataran Telaga Daing, Seberang Takir. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Masyarakat Melayu disaran mencontohi kaum China yang gemar mengamalkan senaman taichi, berasaskan seni bela diri dan teknik pergerakan tubuh badan bagi mengekalkan kecerdasan serta mengelak dari menghidap penyakit kronik terutama strok.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, aktiviti pergerakan badan secara ringan dan santai itu antara cara terbaik bukan saja untuk menjaga kesihatan malah mampu untuk meredakan tekanan.Katanya, mereka yang sudah pencen dan mesuki kategori warga emas perlu menjadikan taichi sebagai amalan harian untuk mengekalkan kesihatan badan serta mengelak serangan penyakit yang menjejaskan pergerakan.“Kita perlu mencontohi masyarakat Cina yang gemar bersenam, pandai menjaga kesihatan serta pemakanan.“Dalam pemerhatian saya, masyarakat itu kuat semangat untuk sembuh dengan mengikuti pelbagai senaman sekiranya diserang angin ahmar dan tidak pelik mereka boleh kembali sihat,”katanya.Beliau berkata ketika berucap selepas Program Kesejahteraan Warga Emas DUN Seberang Takir, di Dataran Telaga Daing, Seberang Takir, Kuala Nerus, semalam.Hadir sama, To’ Puan Seri Halina Zakaria.
08 Apr 17
839
Kekal Keharmonian, Kukuh Perpaduan Tanggungjawab Bersama
Mohd Iskandar ketika berucap di Himpunan Detik-Detik Perpaduan (Moment Of Unity) peringkat negeri di Dataran Pulau Warisan, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh: Tg Mohd Syamim Tg IsmailSemangat perpaduan, persefahaman dan kerjasama yang terjalin dalam masyarakat majmuk di Malaysia pada hari ini perlu sentiasa dipelihara, kata Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Mohd Iskandar Jaafar.Beliau berkata, mengekalkan keharmonian dan perpaduan masyarakat berbilang kaum adalah tanggungjawab bersama bagi mewujudkan kestabilan politik, kemajuan ekonomi dan kemakmuran sosial.“Generasi baru khususnya perlu faham, keharmonian yang dicapai negara sekarang ini tidak mungkin menjadi kenyataan jika tidak ada perpaduan yang kukuh antara kaum Melayu, Cina dan India.“Ianya tidak mungkin dapat dicapai sekiranya tiada persefahaman yang luar biasa dalam kalangan tiga kaum terbesar ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Program Detik-Detik Perpaduan (Moment Of Unity) peringkat negeri di Dataran Pualau Warisan, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina, Dato’ Low Wan Cheong; Yang Dipertua Dewan Perniagaan dan Perindustrian Melayu, Dato’ Ir Tengku Ismail Tengku Jaafar dan Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian India, Najmi Abdullah.Katanya, selaras dengan prinsip ketujuh Transformasi Terengganu Baharu iaitu seruan perpaduan , semua pihak harus memainkan peranan untuk mencetuskan semangat perpaduan agar manfaatnya dapat dinikmati oleh seluruh masyarakat.“Sebagai contoh, himpunan yang diadakan hari ini menerusi kerjasama tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) adalah langkah proaktif untuk menyemarakkan keharmonian dan menjadikan perpaduan budaya hidup masyarakat,” ujarnya.
06 Apr 17
149
20,000 Dijangka Hadir Majlis PM di Tepoh
Seramai 20,000 penduduk negeri ini khusus dari Daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu dijangka hadir di Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bukit Nenas, Tepoh oleh Perdana Menteri, pada 15 April ini.Pegawai Pembangunan Kuala Nerus, Dato' Basir Ismail berkata Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dijangka akan terus ke lokasi itu setibanya di Lapangan Terbang Sultan Mahmud petang."Kita menjangkakan seramai 20,000 akan hadir pada program ini. Segala persiapan sedang rancak berjalan dan akan siap sepenuhnya beberapa hari lagi."Program akan bermula jam 3 petang dengan mengadakan beberapa acara termasuklah cabutan bertuah dan persembahan pentas, " katanya ketika melawat tapak pelancaran program itu kelmarin.Basir berkata, orang-ramai diharap hadir beramai-ramai untuk bersama-sama memberi sokongan dan meraikan kehadiran Perdana Menteri di majlis itu."Kita menyediakan kemudahan beberapa tempat meletak kereta, surau dan tandas awam untuk orang-ramai yang hadir dan kami juga mengharapkan mereka datang awal untuk mengelakan kesesakan lalu lintas," katanya.
06 Apr 17
626
Tonjol Sikap Telus, Bebas Rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta kerajaan negeri dan institusi perkhidmatan awam menonjolkan sikap telus serta bebas daripada sebarang rasuah dan salah guna kuasa dalam pentadbiran masing-masing.Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad berkata, perkara itu penting kerana rakyat pada hari ini bijak menilai, mengukur keupayaan dan kejujuran institusi tersebut sama ada ia berlangsung dengan telus dan sebaliknya.Katanya, mereka saban hari memerhati, menguji dan menilai perjalanan pentadbiran di peringkat kerajaan negeri.“Jesteru itu adalah penting bagi setiap jentera pentadbiran kerajaan untuk mencerminkan wajah institusi yang setiasa dilihat dan dianggap bersih serta bebas daripada anasir yang berkisahkan jenayah rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Pentadbiran Kerajaan Terengganu, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam.Majlis itu dirasmikan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Dzulkifli turut memberitahu, kerajaan yang gagal menjunjung amanah dan dicemari undang-undang disifatkan sebagai mengkhianati harapan rakyat serta gagal menghayati aprirasi dan kehendak rakyat.“Pihak kami tidak menolak sebuah kerajaan yang mengalami krisis kepercayaan serius dan menanti saat menuju ke arah kejatuhan dan kehancuran.“Sesebuah kerajaan itu juga perlulah memastikan bahawa tidak wujud sebarang ruang dan peluang yang akan mengakibatkan ketirisan pendapatan kerajaan dan hasil kerajaan yang harus digunakan sepenuhnya untuk membangunkan dan memakmurkan kesejahteraan rakyat,” katanya..
05 Apr 17
64
50 Sekolah Laksana Program Trenglish
Sebanyak 18 buah sekolah ditambah secara berperingkat menjadikan 50 buah sekolah menengah yang terlibat dengan program Trenglish sehingga 2017, berbanding hanya 32 sekolah di awal pelaksanaannya tiga tahun lalu.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang berkata, program yang dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu dan Petronas sangat membantu pelajar menguasai Bahasa Inggeris dan mendapat sambutan baik di kalangan pelajar.“Jumlah pembantu guru Bahasa Inggeris (Terengganu Hired English Language Personnel atau T-HELP) yang terlibat dalam program ini sehingga Mac 2017 adalah seramai 42 orang.“Mereka dilantik dari kalangan graduan anak Negeri Terengganu yang berkemahiran dalam bidang Bahasa Inggeris dan tidak ada guru luar negara diambil,” ujarnya.
05 Apr 17
54
RM2 Juta Untuk Aktiviti Belia Sepanjang 2017
Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM2 juta bagi melaksanakan aktiviti dan program untuk anak muda di seluruh Terengganu, sepanjang tahun ini.Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat berkata, peruntukan itu tidak termasuk untuk program Dana Bakti Remaja.“Kerajaan telah menetapkan beberapa teras dimana kegunaannya untuk tujuan program berfokus seperti program kepimpinan dan sahsiah, ilmuan dan motivasi, riadah santai, kemasyarakatan, keagamaan, ekonomi serta kemahiran.“Selain itu, peruntukan yang disalurkan juga sebagai pengiktirafan kepada belia yang aktif termasuk membiayai Bantuan Pentadbiran Pertubuhan Belia, Majlis Perundingan Belia Peringkat Negeri dan Daerah, Anugerah Belia dan juga Hari Belia Negara peringkat negeri,” katanya dalam jawapan bertulis sempena persidangan penggal kelima Dewan Undangan Negeri ke-13, di Wisma Darul Iman, baru-baru ini.
05 Apr 17
32