lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Panel Penasihat Sebagai Penghubung Masyarakat Dan Warga Emas
Panel Penasihat Klinik Kesihatan di negeri ini perlu memainkan peranan sebagai penghubung bagi mengenalpasti warga emas dalam menjayakan Program Peningkatan Penjagaan Kesihatan Warga Emas.Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Mohammad Omar berkata program yang dianjurkan oleh Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kuala Berang itu merupakan satu daripada empat indikator yang mesti dilaksanakan oleh panel penasihat seluruh negara bagi memberi kesedaran kesihatan kepada masyarat awam.Katanya lagi ,tujuan utama program itu ialah bagi menggalakkan kedatangan warga emas ke klinik bagi mengesan masalah kesihatan untuk penjagaan kesihatan yang optimum."Malaysia dijangka menjadi sebuah Negara Tua (age nation) pada tahun 2030 apabila penduduk negara yang berumur 60 tahun dan ke atas  mencapai 15 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk pada tahun tersebut."Melalui Dasar Kerajaan iaitu Dasar Warga Emas Negara telah di terangkan oleh kerajaan sejak 1995 dan pihak Kementerian telah mendokong perkara ini iaitu Dasar Warga Emas Sihat melalui Rancangan Malaysia ke 10."Di dalam dasar ini,polisi Kementerian  adalah warga emas yang melalui penuaan sihat,penuaan yang aktif,penuaaan produktif dan penuaan yang menyokong melalui program-program yang dijalankan di semua klinik kesihatan,"kata Mohammad.Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media di Majlis Perasmian Setia Bersama Negaraku Sehati@RTM 71#tganukemah dan Majlis Pelancaran Program Peningkatan Penjagaan Kesihatan Warga Emas Peringkat Klinik Kesihatan Kuala Berang di Kampung Kuala Menjing,Kuala Berang, hari ini.Mohammad berkata antara masalah-masalah warga emas yang di kenalpasti adalah risiko jatuh,kurang penglihatan atau pendengaran dan penyakit-penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis,darah tinggi ,stroke,penyakit jantung,buah pinggang kronik dan lain-lain lagi."Kita sediakan saringan kesihatan,rawatan dan temujanji susulan,fisioterapi dan perawatan gigi di semua klinik kesihatan termasuk klinik desa kepada warga emas ini."Malah kita wujudkan juga promosi seperti senamrobik supaya mereka ini kekal aktif serta amalan cara hidup sihat bagi mengekalkan kesihatan yang optima pada usia lanjut,"katanya.
21 Apr 17
344
Empty Image
Penjawat Awam Perlu Komited Laksana Tugas
Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail mengingatkan penjawat awam agar komited dengan tugas yang diamanahkan.Katanya, komitmen yang jitu adalah perlu bagi memastikan apa yang diperkenalkan kerajaan diterima rakyat.Malah katanya, sebagai pelaksana kepada dasar dan polisi dibuat kerajaan, penjawat awam seharusnya memahami terlebih dahulu apa perlu disampaikan kepada rakyat."Contohnya, transformasi yang dibuat oleh kerajaan melalui Transformasi Terengganu Baharu (TTB)."Seharusnya, penjawat awam perlu tahu apa yang berlaku termasuk projek-projek pembangunan serta dasar-dasar yang dibuat menerusi transformasi ekonomi, politik dan kerajaan,"ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Makan Tengahari Bersama Ketua Jabatan dan Penjawat Awam Sempena Lawatan Kerja SUK Ke Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus di TH Hotel, semalam.Wan Nawawi berkata, beliau mengharapkan penjawat awam dapat menjiwai tugasan yang diamanahkan dan melakukan setiap kerja dengan memberikan yang terbaik.Terdahulu, dalam lawatan kerja itu, Wan Nawawi turut mengadakan perjumpaan bersama-sama ketua jabatan daerah Kuala Nerus pada sebelah pagi sebelum meninjau tapak projek litar permotoran di Gong Badak.
20 Apr 17
31
Empty Image
Itulah Ahmad Razif
Dalam kesibukan tugas harian sebagai Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman tetap mengambil cakna terhadap penderitaan, kesusahan dan apa jua yang menimpa rakyat.Pagi tadi Ahmad Razif sendiri ke tempat kemalangan maut di selekoh Bukit Tok Beng untuk membantu urusan berkaitan dan menenangkan ahli keluarga.Kemalangan maut itu membabitkan seorang wanita yang berusia 50 tahun dan aktivis dalam masyarakat. Semoga roh Allahyarhamah mendapat rahmat Allah s.w.t  jua.Malam tadi, Ahmad Razif dan isteri, To’ Puan Seri Hajah Halina Zakaria menziarahi bekas pemimpin Pemuda Hulu Terengganu, Haji Zakari Ali yang sakit di Hospital Sultanah Nur Zahirah.Sebelah pagi tadi beliau mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri dan sebelah petangnya mempengerusikan mesyuarat induk persiapan lawatan Perdana Menteri ke Terengganu.Malah selepas itu hingga ke lewat malam penuh dengan pelbagai program yang beliau hadiri.Demikan, seorang Ahmad Razif orang nombor satu Terengganu yang begitu cakna rakyat.Sesungguhnya rakyat amat sayang kepadanya atas kepimpinan dan kecaknaan terhadap orang ramai tanpa mengira waktu.
19 Apr 17
29
Empty Image
Perhilitan Rampas Hidupan Liar
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu berjaya merampas hidupan liar bernilai lebih RM50,000 yang disyaki ditangkap sekumpulan lelaki, dalam serbuan berasingan di dua premis kediaman di Kampung Jabi,Besut,Terengganu.Pengarah Perhilitan, Rahmah Ilias berkata serbuan itu dibuat dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia sempena Program 1 Malaysia Biodiversity Enforcement Operation Network (1 MBEON) pada 14 April 2017.Katanya,di premis pertama pihaknya telah menemui lapan ekor burung Murai Batu,seekor burung Murai Belanda,seekor burung Helang Bahu Hitam,seekor burung Kunyit Cacat dan dua ekor Ayam Hutan."Seramai empat lelaki warga Indonesia berusia lingkungan 23 hingga 31 tahun yang bekerja di kilang papan berdekatan telah ditangkap di premis tersebut kerana disyaki memiliki hidupan liar tanpa pemilikan yang sah daripada Jabatan Perhilitan."Manakala di premis kedua,kami telah menemui sepuluh ekor Landak Raya,seekor memerang,seekor musang,seekor ular sawa Burmese Python dan tiga ekor kura-kura."Dan seorang lelaki melayu berusia 36 tahun  yang bekerja sebagai pemandu jentera berat telah ditangkap di premis tersebut,"kata Rahmah kepada pemberita pada  sidang media di Pejabat Perhilitan Hulu Terengganu hari ini.Menurut Rahmah,kesemua suspek telah dibawa ke Balai Polis Kampung Raja untuk siasatan lanjut.Jelasnya lagi,kes ini disiasat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010(Akta 716),seksyen 60(1)(a) menyimpan hidupan liar yang dilindungi tanpa lesen yang sah dan apabila disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya."Dan seksyen 68(1)(a) iaitu menyimpan hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya tanpa permit khas dan apabila disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 dan penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya."Sebab itu Jabatan Perhilitan ingin memberi amaran keras kepada mana-mana individu yang menyimpan dan memiliki hidupan liar tanpa kebenaran daripada Perhilitan agar berhenti melakukannya serta merta atau menghadapi tindakan undang- undang."Jika ada yang berminat untuk memulihara atau menyimpan hiduoan liar,diharapkan agar mematuhi perundangan yang berkuatkuasa dan sila dapatkan lesen terlebih dahulu daripada Jabatan Perhilitan,"katanya.
19 Apr 17
673
Empty Image
Insentif RM200,000 Untuk Azizulhasni
Ahmad Razif menyerahkan replika cek berjumlah RM200,000 kepada Azizulhasni di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Tg Mohd Syamim Tg IsmailKerajaan negeri menghadiahkan insentif keseluruhan berjumlah RM200,000 untuk jaguh berbasikal negara, Azizulhasni Awang sebagai pengiktirafan di atas kejayaannya memenangi pingat emas pada acara keirin dalam Kejohanan Dunia di Hong Kong, Khamis lalu.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengumumkan perkara itu pada majlis menyambut kepulangan dan meraikan kejayaan anak jati Dungun itu, di Wisma Darul Iman Kuala Terengganu, hari ini.Katanya, insentif sebanyak RM100,000 diberikan dalam bentuk wang tunai dan RM100,000 lagi untuk skim insentif latihan buat pelumba kebanggaan negara yang terkenal dengan jolokan The Pocket Rocket Man itu.Ahmad Razif berkata, insentif berkenaan diharap bukan sahaja dapat menjadi pendorong semangat buat Azizulhasni mencipta lebih banyak kejayaan di dalam dan luar negara, tetapi juga sebagai penyuntik semangat untuk atlet negeri dan anak muda lain melakar kejayaan dalam bidang sukan."Kejayaan Azizulhasni sangat membanggakan seluruh rakyat Terengganu dan insentif ini adalah penghargaan di atas segala kerja keras dan pengorbanan beliau untuk negeri dan negara."Kerajaan negeri juga merakamkan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada seluruh keluarga Azizulhasni terutama ibu bapa, isteri dan anak beliau yang banyak berkorban sekali gus menyumbang kejayaan besar ini," katanya.Sementara itu, Azizulhasni mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri di atas pengiktirafan dan penghargaan daripada kerajaan negeri dan berharap kejayaannya dapat menjadi inspirasi kepada anak muda lain untuk tidak berputus asa dan bekerja keras mengejar cita-cita dan mencipta kejayaan untuk negara.
18 Apr 17
121
Empty Image
MB Terima Kunjungan Hormat UniSZA
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman menerima kunjungan hormat pihak Lembaga Pengarah dan pengurusan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di pejabatnya di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Kunjungan kira-kira 30 minit yang diketuai Pengerusi Lembaga Pengarah UniSZA, Dato’ Prof. Emeritus Dr. Kamarudin Hussin itu turut dihadiri Naib Canselor UniSZA, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi Abdul Latif.Pada kunjungan hormat itu, Kamarudin yang mewakili UniSZA menyerahkan cek berjumlah RM61 juta kepada Ahmad Razif yang mewakili kerajaan negeri.Ianya sebagai bayaran tanah sebahagian kampus UniSZA Gong Badak oleh universiti itu kepada kerajaan negeri.
18 Apr 17
58
Empty Image
RM51,141,300 Untuk Elaun Guru Kafa, Imam, Guru Takmir Dan Bilal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memperuntukkan RM51,141,300 untuk pembayaran elaun kepada guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (kafa), imam, guru takmir dan bilal di Terengganu, tahun ini.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, daripada keseluruhan peruntukan 2017 itu, sebanyak RM50,632,800 diperuntukkan untuk pembayaran elaun guru-guru kafa, imam dan guru takmir, manakala RM508,500 disalurkan untuk pembayaran imbuhan 'one off' sebanyak RM500 kepada setiap bilal.Seramai 3,103 orang guru kafa, imam (826), guru takmir (237) dan bilal (1,017) sedang berkhidmat di Terengganu.Ghazali berkata, kerajaan negeri merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana memberikan insentif yang cukup besar kepada para agamawan di negeri ini.“Dengan peruntukan sebanyak ini, ianya memberi kegembiraan dan kelegaan kepada guru-guru kafa, imam dan guru takmir serta bilal sekali gus menyuntik semangat mereka untuk terus menabur bakti dan mencurah ilmu kepada rakyat Terengganu,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis perasmian penutup Program Multaqa Murabbi Ummah Negeri Terengganu Tahun 2017 di Dewan Besar Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom.Sementara itu Ghazali berkata, elaun guru kafa  juga ditingkatkan daripada RM800 kepada RM900 dan memberi kelebihan kepada mereka yang cuma berkhidmat tiga hari sahaja dalam seminggu.
17 Apr 17
167
Empty Image
Sambutan Luar Biasa Rakyat, Bukti UMNO dan BN Kekal Relevan
Ahmad Razif  turut melancarkan tagline `wi gok sekali’ bersama Pemuda/Puteri UMNO di Padang Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang. sempena lawatan sehari beliau ke DUN Ladang, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailSambutan luar biasa rakyat ketika kunjungan Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke Terengganu pada 15 dan 16 April lalu membuktikan momentum sokongan terhadap UMNO kekal relevan dan teguh, sekali gus memberi petanda positif untuk Barisan Nasional mengekalkan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kebanjiran orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat yang luar  biasa itu memperlihatkan satu transformasi politik sedang berlaku di parlimen dilawati pemimpin utama negara itu, dan seluruh Terengganu, amnya.“Apabila datang ke DUN (Dewan Undangan Negeri) Ladang ini pula, saya nampak satu semangat berbeza. Walaupun mereka terpaksa menunggu saya selama dua jam tetapi nampak air muka mereka penuh kegembiraan. Saya yakin DUN Ladang akan menjadi milik kita. “Parlimen Kuala Terengganu juga kita akan ambil balik, kerana rakyat sudah sedar permainan pembangkang yang hanya pandai bercakap tetapi mereka gagal melaksanakan, sedangkan kawasan ini sendiri kawasan pembangkang, jadi tidak guna mereka hanya berceramah tetapi gagal membantu rakyat. Jadi saya yakin rakyat akan menyokong UMNO dan Barisan Nasional,”katanya.Beliau berkata demikian ketika sidang media sempena lawatan kerja sehari YAB Menteri Besar Terengganu ke DUN Ladang, di Dewan Sivik Pasir Panjang, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria dan Pegawai Penyelaras DUN, Dato’ Mohd  Sabri Alwi yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu.Hadir sama, Pegawai Penyelaras Parlimen Kuala Terengganu, Rozalina Mokhtar yang juga Ketua Wanita UMNO Kuala Terengganu. Menteri Besar turut melancarkan tagline `wi gok sekali’ bersama Pemuda/Puteri UMNO di Padang Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang. Ahmad Razif sebelum itu juga berkata, lawatan beliau antara lain untuk memfokuskan tiga perkara utama di kalangan rakyat khususnya menangani kos sara hidup, menyediakan peluang pekerjaan serta membina perumahan untuk rakyat yang kurang berkemampuan.Dalam sesi lawatan sebelah pagi, beliau sempat meninjau Pasar Bukit Besar dan melihat isu-isu yang dihadapi peniaga terutama bahagian barang basah serta akan memastikan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mengambil tindakan sewajarnya terhadap aduan yang diterima mereka.“Saya berkesempatan melawat  Pasar Bukit Besar dan melihat isu melibatkan peniaga terutama peniaga ikan, daging dan ayam, seterusnya saya akan minta  MBKT melihat semula (laporan) bagi merancakkan perniagaan mereka dalam usaha menangani kos sara hidup.“Saya juga berpeluang berjumpa orang muda dan warga pendidik termasuk pengetua di DUN Ladang bagi mengetahui permasalahan yang mereka hadapi. Selain itu, kita juga berjumpa penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) supaya dapat menambah baik kaedah bagi melancarkan bantuan kepada golongan sasar,”katanya.Seramai 440 penerima bantuan JKM dari DUN Ladang melibatkan peruntukan kira-kira RM200,000 menerima bantuan masing-masing di Dewan Sivik Pasir Panjang dan di Bukit Kecil.
17 Apr 17
62
Empty Image
Selarikan Negeri Dan Daerah- SUK
Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail berkata, konsep turun padang yang dilaksanakan adalah usaha memastikan apa saja polisi di peringkat negeri dilaksanakan di daerah.Katanya, kunjungan itu banyak memberi manfaat di peringkat daerah kerana jika terdapat perkara yang terdesak untuk diselesaikan, kerajaan akan segerakan."Perkara yang diberi penekanan termasuklah dalam pembangunan dan sosial."Siri ini juga memastikan hasrat plan tindakan Terengganu Baharu dilaksanakan supaya pentadbiran melakukan sebaik mungkin," katanya kepada pemberita di Setiu, hari ini.Hadir sama, bersama beliau dalam lawatan ke Setiu itu ialah Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Ab Rahman Yahya.Wan Nawawi berkata, tiada masa untuk 'berlenggang' lagi kerana dia mendapati akhir-akhir ini, pegawai kerajaan terpaksa berhadapan dengan cabaran amat berat."Melalui program ini juga, ia memberi ruang dan peluang terbaik kepada agensi negeri berurusan dengan di peringkat bawahan," katanya.
16 Apr 17
26
Empty Image
SUK Turun Padang Ke Setiu
Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail mengadakan lawatan kerja sehari ke daerah Setiu, hari ini.Ketibaan Wan Nawawi di Pejabat Daerah Setiu kira-kira 11 pagi disambut oleh Pegawai Daerah Setiu, Rosdi Awang dan Yang Dipertua Majlis Daerah Setiu, Mat Azmi Arshad serta pegawai kanan jabatan kerajaan dan kakitangan.Kemudian, satu taklimat khas mengenai pembangunan daerah Setiu disampaikan oleh Pegawai Daerah kepada Nawawi sebelum acara ramah mesra bersama kakitangan pejabat kerajaan dan jemputan.Petangnya, Wan Nawawi dan rombongan dibawa melawat ke Blue Archipelago di Nyatoh dan Setiu Wetland di Pengkalan Gelap untuk mendapatkan gambaran sebenar pembangunan di situ terutamanya kawasan 'Broad Walk' yang menjadi satu tarikan baru di Setiu.Program menanam pokok bakau jugak turut diadakan oleh rombongan sebelum mereka menyusuri sungai di Wetland menaiki bot ke Kampung Gong Batu untuk majlis penutup.Turut hadir, isteri Wan Nawawi, To' Puan Anis Hamid yang mengikuti jadual kerja lain.
16 Apr 17
139