lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Ukom Anjur Tahlil Untuk Arwah Rakan Media
Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom) menganjurkan majlis tahlil kepada pengamal media yang kembali ke rahmatullah di Pejabat Ukom, Kuala Terengganu, hari ini.Majlis diadakan khas kepada arwah Esah Abdullah (Ukom), Zainuddin Muhammad (NST), Hashim Abdullah dan Mohamad Abdullah (RTM), Che Ku Zainal Che Ku Muda (Utusan Malaysia) serta Ali Mamat dan Mokhsin Bakhari (Bernama) serta  lain- lain yang pernah berkhidmat di Terengganu.Pengarahnya, Dato' Muda Mamat berkata, majlis itu sebagai memperingati dan mendoakan kesejahteraan roh rakan-rakan media yang sudah meninggal dunia."Jasa dan pengorbanan rakan media sama ada yang masih ada serta sudah tiada terhadap masyarakat dan negeri khasnya tidak ternilai."Setidak-tidaknya kita bukan sahaja dapat mendoakan kebaikan dan kesejahteraan kepada arwah, malah berharap supaya yang masih hidup ini sentiasa ingat sampai masanya segala urusan duniawi ini akan ditinggalkan," katanya.Turut serta, Timbalan Pengarah (Operasi) Ukom, Ruslan Abdul Rahman.Majlis berkenaan turut dihadiri kira-kira 50 rakan media dari pelbagai agensi.
25 Apr 17
107
Empty Image
RM86,600 Untuk Orang Muda DUN Batu Rakit
Sebanyak RM86,600 diperuntukkan kerajaan negeri menerusi dana Transformasi Orang Muda (TOM) kepada 433 remaja di Dewan Undangan Negeri Batu Rakit, Setiu, baru-baru ini.Majlis penyerahan baucer TOM disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman, di Masjid Assalam, Batu Rakit."Tahniah dan syabas kepada yang mendapat Dana Remaja Transformasi Orang Muda pada hari ini, terima kasih juga kepada kerajaan negeri atas peruntukan dana untuk remaja ini."Semoga sumbangan dana ini dapat memberi manfaat kepada remaja yang menerimanya," katanya.
25 Apr 17
43
Empty Image
81 Penuntut UniSZA Berbakti Di Kampung Seri Kenangan
Seramai 81 penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menyertai Program Khidmat Komuniti Dan Bakti Siswa di Kampung Seri Kenangan, Setiu selama dua hari, baru-baru ini.Naib Canselor UniSZA, Prof Dato' Dr Ahmad Zubaidi Abdul Latif berkata, program anjuran Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL) dan Majlis Profesor Negara dengan Kerjasama Pertubuhan Sukarelawan Siswa UniSZA (Persis) bertujuan membantu masyarakat meningkatkan bidang ekonomi serta pendidikan."Kami amat berterima kasih kepada Kampung Seri Kenangan dan juga kepada Pegawai Daerah Setiu kerana sudi menerima kami dari Unisza untuk menjalankan aktiviti di kampung ini."Langkah kita bersama komuniti untuk menjalankan konsep ini supaya berlaku interaksi berpanjangan bukan sahaja pada hari ini tetapi terus pada masa hadapan, " katanya ketika merasmikan program itu, di Dewan Kampung Seri Kenangan.Hadir sama, Pengerusi J3K Kampung Seri Kenangan, Muhammad Saad dan Pengetua SMK Pelong, Zan Naim Senin.Menurutnya, melalui program ini pihak UniSZA dapat membantu komuniti dalam bidang pendidikan dan ekonomi.Tambahnya, apa yang dipelajari di universiti mestilah disalurkan di sesebuah daerah atau masyarakat bagi melahirkan insan yang hebat untuk kebaikan bukan sahaja kepada masyarakat tetapi kepada mahasiswa dan mahasiswi serta pensyarah.Sementara itu Pegawai Daerah Setiu, Rosdi Awang berkata, pihaknya menyambut baik program itu dan mengharapkan supaya dapat diteruskan di kampung lain berikutan banyak manfaat yang diperolehi oleh masyarakat.Seramai 81 penuntut masing-masing 29 lelaki dan 52 perempuan serta beberapa pensyarah menyertai program y itu.Antara aktiviti yang diadakan ialah santai dan beriadah dengan keluarga angkat, pemeriksaan kesihatan dari klinik Unisza, Forum bertajuk Transformasi TN 50, program motivasi dan Bakti Siswa Pendidikan.Selain itu, aktiviti sukarelawanan komuniti dalam membantu mengindahkan kawasan kampung dan bakti siswa pendidikan di SK dan SMK Pelong turut diadakan.Majlis penutup disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap, Dato' Sabri Mohd Nor, pada keesokannya.
25 Apr 17
483
Empty Image
Aktiviti Luar Kelas Perlu Dikurangkan
Pengurusan sekolah di negeri ini disaran supaya menghadkan  aktiviti pelajar di luar bilik darjah berikutan keadaan cuaca panas melampau masa kini..Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin berkata pihaknya  menyarankan pengetua dan guru besar  supaya mengambil tindakan berjaga-jaga dan peka dengan situasi semasa bagi mengelak perkara yang tidak diingini."Keadaan cuaca panas yang sedang melanda negeri sekarang ini menyebabkan ia tidak bersesuaian untuk aktiviti di luar kelas."Boleh untuk diadakan aktiviti tersebut tetapi perlu dihadkan pada waktu tertentu sahaja, contohnya sebelum jam 10 pagi atau selepas 3 petang bagi mengelak risiko murid mudah terdedah kepada penyakit seperti demam dan selsema,"kata Shafruddin.Beliau ditemui pemberita pada perlawanan Liga Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) -FAM,di Sekolah Sukan Bukit Nenas,Setiu semalam.Shafruddin turut meminta pengetua dan guru besar agar memastikan para pelajar membawa bekalan air putih secukupnya ke sekolah bagi mengelakkan hidrasi.Mengulas tentang Influenza A, beliau berkata tiada laporan setakat ini yang diterima jika ia merebak di kalangan pelajar di Terengganu."Tapi saya nasihatkan kepada para ibu bapa supaya memantau kesihatan anak-anak mereka bermula dari rumah dan sekiranya ada komplikasi,harus dibawa ke pakar untuk mengesan penyakit yang dihidapi."Dan kalau ada simpton seperti demam atau selsema,kurangkan berada diluar atau dengan orang ramai bagi mengelakkan jangkitan berlaku,"katanya.
23 Apr 17
82
Empty Image
SKMM Laksana Program 'Menghubung Dan Menyatu' Pastikan Setiap Rakyat Miliki Akses Internet
Program ‘Menghubung Dan Menyatu’ sebagai satu inisiatif kerajaan yang diterajui Kementerian Komunikasi dan Multimedia di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue Ocean Strategy (NBOS) bagi memastikan setiap rakyat terutamanya di luar bandar mempunyai akses internet menjelang 2020.Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Dato' Jailani Johari berkata, ini bagi mewujudkan masyarakat bermaklumat dan terhubung serta meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar.Jelasnya lagi, Program Menghubung mempunyai dua elemen penting iaitu ‘digitising and humanising’ atau dalam bahasa Melayu ‘ mendigitalkan dan merakyatkan penyampaian perkhidmatan komunikasi bagi melahirkan masyarakat luar bandar yang maju."Bagi masyarakat di Hulu Terengganu, SKMM sedang giat menaik taraf perkhidmatan selular 2G kepada 3G/4G/LTE yang melibatkan sejumlah 10 lokasi di dalam daerah yang sedia ada untuk memastikan mereka mendapat perkhidmatan komunikasi terbaik."Ini termasuklah satu menara di Kampung Basung yang telah beroperasi di bawah kendalian syarikat Digi Telecommunications yang  akan dinaik taraf dari 3G kepada 4G/LTE tidak lama lagi,"katanya.Jailani berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Program Menghubung dan Menyatu di Kampung Basung, hari ini.Beliau yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkata SKMM juga giat memperluaskan lagi jangkauan liputan di sepanjang laluan utama seperti Kuala Berang – Aring yang akan turut memberi manfaat kepada pengguna laluan tersebut termasuk penduduk kampung sekitar.Kerajaan Pusat melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) setakat ini telah membangunkan sejumlah 136 menara pemancar telekomunikasi di seluruh  Terengganu.Katanya lagi, bagi memperkasakan masyarakat luar bandar dengan kemahiran di bidang ICT, SKMM telah membangunkan kemudahan internet jalur lebar dengan sejumlah 15 buah Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) telah dan sedang dibina di sekitar Hulu Terengganu."Keberkesanan Pi1M Kampung Chapu di dalam membantu usahawan tempatan Kampung Basung jelas terbukti melalui kisah kejayaan Saudara Azri bin Mamat yang mengusahakan produk Jeruk Mentimun yang kini telah berjaya dipasarkan di peringkat antarabangsa seperti di Timur Tengah."Ini sebagai bukti kejayaan Pi1M uang membolehkan mereka mendapat maklumat dengan cepat, menjalankan perniagaan dalam talian, berhubung dengan lebih pantas dan cepat di antara  satu sama lain di samping meningkatkan jalinan dan jaringan kerja serta menjana pendapatan, "tambah Jailani.
22 Apr 17
65
Empty Image
SKMM Minta Telco Sedia Alat Biometrik
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM)mengarahkanSyarikat Telekomunikasi (Telco) supaya menyediakan peralatan biometrik untuk mengambil cap jari pengguna termasuk warga asing yang ingin membeli kad sim prabayar dalam masa terdekat.Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato' Jailani Johari berkata, beberapa Telco didapati sudah mengambil tindakan dengan  menggunakan sistem biometrik sejak isu ini di ketengahkan baru- baru ini."Saya dapati beberapa Telco telahpun bertindak sebenarnya untuk mendaftar pembeli kad sim prabayar dengan menggunakan sistem biometrik ini dan termasuklah mengekalkan kaedah lama iaitu mendaftarkan pembeli menggunakan kad pengenalan tetap."Sistem biometrik ini mampu mengesan mereka yang melakukan kegiatan jenayah menggunakan telefon bimbit dan membantu agensi penguatkuasa mengesan ketulinan dokumen itu," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Menghubung dan Menyatu di Kampung Basung, hari ini.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terkini mengenai cadangannya mensyaratkan pembeli kad sim prabayar akses komunikasi untuk mendaftar menggunakan cap jari.Cadangan tersebut adalah ekoran pendedahan sebuah akhbar tempatan yang telah mendedahkan kegiatan penjualan kad sim prabayar tanpa memerlukan sebarang pengenalan bagi tujuan pendaftaran.Dalam laporan akhbar tempatan tersebut,Jailani berkata sebanyak tujuh Telco sudah dikenakan tindakan atas kesalahan gagal membuat pengesahan ke atas dokumen asal bagi tujuan pendaftaran kad sim pra bayar.Menurut Jailani lagi, SKMM telah mengeluarkan 32 kompaun yang bernilai RM1.57 juta ke atas tujuh syarikat berkenaan sehingga November tahun lalu mengikut Seksyen 242, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana melakukan kesalahan membuat pendaftaran maklumat palsu.
22 Apr 17
148
Empty Image
SKMM Minta Jangan Sebarkan Data Peribadi Kepada Umum
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM)menasihatkan kepada masyarakat supaya tidak mudah menyebar luas atau berkongsi maklumat kepada mana-mana pihak bagi menggelakkan berlakunya kecurian data peribadi.Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia,Dato' Jailani Johari berkata perlindungan data peribadi merupakan satu perkara penting yang perlu dititikberatkan oleh pengguna.Katanya, mungkin ada pengguna yang tidak sedar bahawa data peribadi yang diberikan oleh mereka kepada pihak-pihak tertentu boleh disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk kepentingan mereka.Jelasnya lagi,sebarang masalah atau aduan boleh di rujuk kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia (JPDP) yang merupakan agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM)untuk membanteras penyalahgunaan data peribadi."Kadang-kadang ada pengguna data di antara sedar atau tidak sedar telah memberi maklumat kepada orang yang memohon atau berkongsi di laman sosial."Apa yang saya ingin nasihatkan kepada masyarakat di luar sana,jangan sewenang-wenangnya berkongsi maklumat peribadi."Sekiranya mana-mana pihak yang perolehi data tersebut dan menyebar luaskan serta menyalahgunakan maklumat tanpa persetujuan pengguna,ianya merupakan satu kesalahan dibawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709),"kata Jailani.Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media selepas merasmikan Program Menghubung Menyatu di Kampung Basung, Hulu Terengganu pada pagi ini.Menurut Jailani lagi, trend memuat naik butir peribadi seperti nama,tarikh lahir atau gambar secara tidak langsung akan memudahkan mereka menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab.Untuk rekod,Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) bertujuan melindungi Data Peribadi dan Data Peribadi Sensitif setiap individu daripada sebarang bentuk pemprosesan oleh Pengguna Data tanpa melanggar tujuh Prinsip Perlindungan Data Peribadi di Malaysia berhubung transaksi komersial selepas 15 November 2013.APDP bukan sahaja akan mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial sama ada secara kontrak atau tidak, malah terpakai bagi mana-mana orang yang memproses, menyimpan, mengawal selia atau membenarkan sesuatu pemprosesan sesuatu data peribadi.Sebarang aduan awam dan pertanyaan sila kemukakan kepada:-Alamat Surat Menyurat:Ketua PengarahJabatan Perlindungan Data Peribadi MalaysiaAras 6, Kompleks Kementerian Komunikasi dan MultimediaLot 4G9, Persiaran PerdanaPresint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan62100 PutrajayaTel: 03 8911 5000/7927/7906/7965Fax: 03 8911 7959Aduan Awam:aduan@pdp.gov.my
21 Apr 17
100
Empty Image
Terengganu Lancar Kempen Solat Subuh, Dhuha Berjemaah
Kerajaan negeri optimis melaksanakan Kempen Solat Subuh dan Solat Dhuha Perdana Secara berjemaah di seluruh daerah di Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Komunukasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas negeri, Ghazali Taib berkata Kempen Solat Subuh Berjemaah merupakan cetusan idea kerajaan negeri dan diperkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin."Kita akan mulakan di daerah Hulu Terengganu dan pada setiap minggu ia akan diteruskan ke daerah lain  termasuk ke Kuala Terengganu,Besut,Marang,Dungun,Kemaman dan Setiu."Solat secara berjemaah adalah salah satu indikator utama dalam penyatuan antara satu sama lain terutama dalam   mengukuhkan perpaduan dan ukhwah islamiyah dalam kalangan umat islam di negeri ini,"kata Ghazali.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Solat Berjemaah di Masjid Hadhari Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Tok Randok,Ajil,Hulu Terengganu,hari ini.  Ghazali turut berkata bahawa untuk menjayakan solat berjemaah ini,semua pemimpin setempat dan pelbagai agensi harus bersama-sama bergabung sebagai tenaga penggerak utama."Kempen ini digerakkan oleh pihak berkuasa agama negeri agar amalan berjemaah tidak terus terabai dalam kalangan umat Islam, malah dapat menarik kehadiran lebih ramai kalangan muda untuk bersama."Ini menuntut azam dengan kesedaran bahawa mengerjakannya mempunyai kelebihan besar di sisi Islam dalam menjana kekuatan iman dan keperibadian malah kehidupan sebagai seorang muslim,"katanya lagi.Turut hadir, Mufti Negeri Terengganu Dato' Dr Mohd Zulkifly Muda yang memimpin solat subuh berjemaah dan disertai oleh  500 jemaah dari kawasan sekitar.Dr.Mohd Zulkifly yang ditemui menyambut baik program yang dianjurkan oleh pihak kerajaan negeri dan berharap semua pihak sama-sama mengimarahkan solat secara berjemaah.
21 Apr 17
297
Empty Image
SKMM, KKM Pantau Jualan Kosmetik 'Online'
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) bekerjasama sepenuhnya dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memantau jualan produk kosmetik secara atas talian.Timbalan Menterinya Dato' Jailani Johari berkata beberapa tindakan penguatkuasaan telah dilakukan oleh KKM bersama pihak SKMM terutama bagi mencegah penjualan ubat yang terlarang di atas talian."SKMM sentiasa bersedia memberi kerjasama dari segi teknikal dan bantuan-bantuan lain bagi membanteras jualan ubat-ubatan atau kosmetik yang mengandungi bahan-bahan terlarang di laman sosial."Saya memberi amaran kepada sesiapa yang masih meneruskan aktiviti-aktiviti penjualan ubat-ubatan atau bahan-bahan terlarang secara atas talian (online)yang tidak mendapat kelulusan daripada KKM,tindakan undang-undang akan diambil,"kata Jailani.Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media di Majlis Perasmian Setia Bersama Negaraku Sehati @ RTM 71 #tganukemah dan Majlis Pelancaran Program Peningkatan Penjagaan Kesihatan Warga Emas Peringkat Klinik Kesihatan Kuala Berang di Kampung Kuala Menjing,Kuala Berang, hari ini.Jelas Jailani lagi,seperti yang diketahui ramai,pihak Kerajaan telah melaksanakan beberapa program perluasan jalur lebar terutamanya di seluruh negara."Kita harapkan jalur lebar dengan kelajuan yang disediakan akan membolehkan masyarakat menggunakannya sebaik mungkin di samping menambah pengetahuan yang sedia ada."Tetapi ada juga pihak tertentu yang mengambil kesempatan untuk menyalahgunakannya termasuklah dalam isu menyiarkan dan membuat penjualan barang terlarang di laman sosial,"katanya.Menurut rekod,pada 11 April baru-baru ini,Kementerian Kesihatan dengan bantuan SKMM menjalankan Ops kosmetik yang menyaksikan Salun 66 kecantikan, spa, klinik estetik, dan peruncit produk kosmetik dan pemborong diperiksa.Produk farmaseutikal dalam bentuk suntikan seperti Botox, Vitamin C, glutathione dan plasenta bernilai RM780,000 dirampas semasa operasi.Sejumlah 14,200 produk kosmetik berharga RM8.5 juta yang dijual tanpa kebenaran pihak berkuasa dirampas dari 2015 hingga Februari lalu.
21 Apr 17
38
Empty Image
Strategi NBOS Jayakan Program RTM Dekati Masyarakat
Jalinan program bersepadu dan kolaborasi Inklusif antara Radio Televisyen Malaysia(RTM) dan Jabatan Kesihatan  melalui  Strategi Lautan Biru Kebangsaan (Blue Ocean Strategy) NBOS memberi impak positif dalam menjayakan  visi dan misi kerajaan “Merakyatkan Perkhidmatan Awam”.Pengarah Perkhidmatan Muzik RTM,Dato' Mokhzani Ismail berkata Program  Setia Bersama Negaraku Sehati@RTM 71#tganukemah ini merupakan program radio di lokasi berkonsepkan aktiviti turun padang selaras dengan hasrat jabatan merakyatkan RTM."Dalam menjayakan program yang diatur,ia juga dapat mengeratkan silaturrahim di samping mempromosikan'Visit Beautiful Terengganu 2017' menerusi liputan lintas langsung sepanjang program ini berlangsung."Program ini turut didokong oleh pelbagai jabatan dan agensi  serta badan bukan kerajaan ini menepati matlamat kolaborasi dan penjimatan dalam merealisasikan hasrat dan dasar dalam aspek Sistem Penyampaian Maklumat,"kata Mokhzani.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Setia Bersama Negaraku Sehati@RTM 71#tganukemah dan Majlis Pelancaran Program Peningkatan Penjagaan Kesihatan Warga Emas Peringkat Klinik Kesihatan Kuala Berang di Kampung Kuala Menjing,Kuala Berang, hari ini.Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia,Dato' Jailani Johari.Turut hadir Wakil Ketua Pengarah, Penyiaran Malaysia(Pengarah Bahagian Muzik),Dato' Mokhzani Ismail;Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu,Mohamad Omar;Pengarah Penyiaran Negeri Terengganu,Nordin Sulaiman;Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Kuala Berang,Amran Ahmad serta Ketua-ketua Jabatan.Sementara itu,Jailani menyifatkan RTM sebagai satu ejen alat penyatuan kepada masyarakat melalui perlaksanaan program-programnya.Beliau berkata,Program Setia Bersama Negaraku Sehati@RTM merupakan Program Tonggak turun padang Kementerian Komunikasi dan Multimedia melalui Jabatan Penyiaran Malaysia ."Program bersepadu  ini membabitkan penyertaan semua Bahagian di RTM dengan penyertaan bersama agensi –agensi kerajaan negeri dan pusat dalam usaha mendekati rakyat secara bersemuka."Dan saya yakin program ini mampu memberikan manfaat kepada semua masayarakat setempat melalui pengisian program yang telah dilaksanakan seperti Forum Hal Ehwal Islam,pameran dan sebagainya,"kata Jailani
21 Apr 17
263