lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Tawar Kediaman Berkualiti, Bina 500 Unit PPR Bukit Nanas
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Perumahan Negara membina 500 unit kediaman dibawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bukit Nanas di Tepoh, Kuala Nerus.Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata, projek pembangunan untuk golongan berpendapatan rendah yang menelan belanja RM83.475 juta itu dijangka siap sepenuhnya pada awal 2020.“Pembinaan 500 unit rumah pangsa setinggi lima tingkat ini turut disediakan kemudahan surau, taska, tadika, taman permainan, kedai serta dewan orang ramai di atas tapak seluas 6.96 hektar.“Malah, kediaman tiga bilik dan dua bilik air itu dipertingkatkan dari segi keluasan dan reka bentuknya dimana kalau dulu saiz setiap unit adalah 650 kaki persegi tetapi kali ini keluasannya bertambah kepada 700 kaki persegi malah turut dilengkapi lantai berjubin dan harganya masih sama serendah RM35,000 setelah diberikan subsidi oleh kerajaan,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas penyempurnaan Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bukit Nanas oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Tepoh, Kuala Nerus.Turut hadir Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek; Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh; Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Jailani Johari; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong dan barisan Exco kerajaan negeri.Katanya, PPR Bukit Nanas merupakan projek kedua di negeri ini (selepas Padang Hiliran), dengan kedudukannya yang strategik  akan memberikan kemudahan perumahan yang berkualiti, selesa serta mampu disewa atau dibeli oleh golongan yang berpendapatan rendah.“PPR merupakan salah satu inisiatif kerajaan Pusat untuk membantu rakyat mendapatkan kemudahan rumah yang selesa menerusi pemberian subsidi 80 peratus daripada kos pembinaan sekitar RM110,000 hingga RM140,000,” ujarnya.Noh berkata, kaedah sewa untuk dimiliki (RTO) telah diperkenalkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 yang secara tidak langsung memudahkan rakyat yang memohon unit PPR kerana tidak perlu membuat pinjaman bank.“Pemohon yang layak dengan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan hanya perlu melalui proses penyewaan untuk tempoh dua tahun sebelum layak diberi pemilikan,” ujarnya.Menurut Noh, kementeriannya kini melaksanakan dasar baharu iaitu mempamerkan nama pemohon PPR yang berjaya supaya berita penerimaan itu dapat dilihat seluruh rakyat sekali gus dapat memastikan hanya mereka yang benar-benar layak dan belum memiliki rumah berhak mendapat manfaat tersebut.
16 Apr 17
630
Empty Image
Karnival Mencandat Sotong TNB Jadi Acara Tahunan
Kerajaan negeri mahu supaya Karnival Mencandat Sotong Tenaga Nasional Berhad (TNB) di perairan Pulau Kapas, Marang dijadikan sebagai aktiviti tahunan dalam kalendar pelancongan negeri.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri,  A.Latiff Awang, berkata program itu bukan hanya mendapat sambutan di kalangan masyarakat tempatan, malah daripada pengunjung luar  Terengganu yang mahu menikmati percutian yang unik sambil merasai pengalaman menaikkan sotong."Penganjuran Karnival Mencandat Sotong TNB 2017 ini secara tidak langsung menandakan bermulanya musim mencandat sotong di perairan Terengganu dan bakal menggamit kehadiran ribuan peminat aktiviti laut berkenaan."Pada masa yang sama, kejayaan pihak TNB menarik penyertaan 450 peserta dengan penggunaan sepenuhnya bot -bot nelayan di Daerah Marang amat memberi nilai serta impak yang besar bukan sahaja kepada industri pelancongan daerah dan negeri, malah turut merancakkan lagi penjanaan ekonomi masyarakat setempat yang sebahagian besarnya bergantung kepada aktiviti di laut sebagai sumber mata pencarian,"katanya. Beliau berkata demikian ketika melancarkan program itu, di Jeti Pelancongan Marang, semalam.Turut hadir Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat TNB, Dato Ir Mohd Aminuddin Mohd Amin, Pegawai Daerah Marang Zainal Abidin Mohamed dan Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan Pengurusan dan Acara Negeri, Ahmad Fathil Abd Ghani.A. Latiff berkata, TNB sebagai sebuah badan korporat terunggul menyediakan perkhidmatan bekalan elektrik terbesar negara turut aktif menjalankan tanggungjawab sosial korporat seperti menyediakan van jenazah dan rumah kos rendah kepada golongan yang memerlukan dan tidak bernasib baik di negara ini.Sebanyak 46 bot melibatkan seramai 450 peserta di kalangan kakitangan TNB seluruh Malaysia bersama keluarga masing-masing menyertai acara dua hari yang bermula 15 April itu.Kategori yang dipertandingkan adalah kumpulan dengan tangkapan sotong terbanyak, Individu dengan tangkapan sotong terbanyak dan individu dengan tangkapan sotong terpanjang.Selain itu, pertandingan masakan berasaskan sotong juga dipertandingan. Sebanyak 15 pasukan mengambil bahagian.
16 Apr 17
191
Empty Image
SPNB Bina 229 Unit RIR Di Kampung Santong, Dungun
Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)  membina  229 unit kediaman mampu milik menerusi Projek Rumah Idaman Rakyat (RIR) di Kampung Santong, Dungun.Daripada jumlah itu, 70 unit merupakan rumah teres setingkat; 60 unit teres dua tingkat; 76 unit (semi D) dan rumah kedai (23 unit), yang dijangka siap sepenuhnya Mei 2019.Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Datuk Ahmad Azizi Ali berkata projek RIR yang menggunakan teknologi IBS (Industrial Building System) di kawasan seluas 10.4 hektar dikenali sebagai Taman Desa Idaman itu merupakan yang pertama dibangunkan SPNB di Terengganu.Katanya, SPNB menerima lebih 800 permohonan untuk rumah mampu milik (RMM) jenis teres setingkat berharga RM68,000.“Kita hanya memilih mereka yang  benar-benar layak untuk memiliki RMM dengan pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM3,500. "Berdasarkan sambutan memberangsangkan ini, berkemungkinan besar pihak kami  akan menambah unit kediaman itu dengan  usaha sama SPNB dan kerajaan negeri," katanya.Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Pecah Tanah Projek RIR Kampung Santong sempena pelancaran Program Jom Bantu Rakyat  yang disempurnakan  Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.Turut hadir, Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Menteri Pengajian Tinggi Dato’ Seri Idris Jusoh, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Dato’ Jailani Johari.Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, barisan ecxo kerajaan negeri dan Ketua UMNO Bahagian Dungun, Dato’ Din Adam. Ahmad Azizi berkata, SPNB kini sedang merancang melaksanakan tiga lagi projek sama membabitkan 2,151 unit rumah dan rumah kedai di Tok Jembal, Kuala Nerus; Kuala Ping Hulu Terengganu dan di Kerteh, Kemaman.“SPNB menyediakan 30 peratus kuota daripada keseluruhan unit rumah khusus untuk golongan kurang berkemampuan iaitu dalam lingkungan harga RM68,000 sahaja seperti yang ditetapkan kerajaan negeri,”katanya.
16 Apr 17
328
Empty Image
Rakyat Jangan Keliru Dengan Helah Pembangkang- PM
Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mengingatkan rakyat supaya tidak terkeliru dengan permainan politik pembangkang yang bersifat matlamat menghalalkan cara.Katanya, pembangkang sebenarnya berbuat sedemikian semata-mata untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).“Dulu kutuk antara satu sama lain, tapi hari ini jilat semula. Dulu cakap lain, hari ini cakap lain. Matlamatnya menumbangkan kerajaan dan caranya dengan bersekongkol dengan musuh,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Jom Bantu Rakyat peringkat negeri dan Majlis pecah Tanah Tapak Perumahan Idaman Rakyat SPNB Kampung Santong, Paka Dungun, petang tadi.Turut hadir, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Menteri Pengajian Tinggi Dato’ Seri Idris Jusoh dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Dato’ Jailani Johari.Hadir sama, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, barisan ecxo kerajaan negeri, Ketua UMNO Bahagian Dungun, Dato’ Din Adam dan Ketua Eksekutif Kumpulan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Datuk Ahmad Azizi Ali.Projek  Perumahan Idaman Rakyat  yang dibangunkan SPNB Idaman Sdn Bhd, melibatkan 229 unit rumah teres setingkat, teres dua tingkat, berkembar dua tingkat dan rumah kedai di kawasan seluas 26 ekar di Taman Desa Idaman, Kampung Santong.Mohd Najib berkata, dalam Islam amat menekankan amalan dan matlamat perlu suci, begitu juga dalam politik. “Matlamat mesti suci, cara pun mesti betul. Kalau cara tidak betul, ibadat kita Allah tidak terima. Semua kena betul kalau cara tidak betul, kaedah tidak betul ibadat kita walaupun niat baik, Allah tidak terima."Jika dah tahu orang itu tak suka dengan perkembangan Islam di tanah air kenapa pula kita hendak bersekongkol dengan mereka,” ujarnya.Katanya, kerajaan BN dan UMNO sebaliknya sentiasa memperjuangkan syiar Islam sehingga mendapat pengiktirafan negara luar."Kalau orang kata dasar UMNO ini bertentangan Islam, sudah tentu Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al Saud tidak akan benarkan nama baginda digunakan pada King Salman Centre for Global Peace (Pusat Keamanan Global Raja Salman)," katanya.Penubuhan pusat keamanan global di negara ini yang dinamakan King Salman Centre for International Peace bertujuan membanteras naratif yang dikeluarkan oleh pihak-pihak yang radikal dan ekstremis.
16 Apr 17
60
Empty Image
Zaleha Terharu Dapat Bertemu PM
"Saya rasa terharu diatas kesudian Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kerana sudi menjenguk dan bertanya khabar tentang kesihatan saya walaupun jadualnya cukup padat dalam program kali ini," demikian kata bekas Ketua Wanita UMNO Dungun Zaleha Long.Mohd Najib yang dalam rangka lawatan kerja selama dua hari,menziarahi Zaleha,71,di Kampung Molek, Dungun  sebelum ke Majlis Pelancaran Program Jom Bantu Rakyat dan gimik Pecah Tanah Perumahan Idaman Rakyat SPNB di Kampung Santong, Paka, Dungun.Zaleha yang mengalami sakit saraf sejak empat tahun lalu dan angin ahmar sejak empat bulan lepas merupakan ahli wanita UMNO dan telah berkhidmat hampir 40 tahun di dalam sayap parti itu sejak berusia 20-an.Selain penyakit saraf yang dihadapinya,beliau juga mengidap kencing manis dan buah pinggang.Kini pergerakannya terbatas dan bergantung sepenuhnya kepada kerusi roda dan tongkat.Najib sempat meluangkan masa kira-kira 20 minit bertanyakan  khabar dan perkembangan kesihatan Zaleha yang kini berehat sepenuhnya di rumah.Turut bersama beliau dalam ziarah tersebut,Menteri Besar  Dato' Seri Ahmad Razif Abdul Rahman,Menteri Pendidikan Tinggi Dato' Seri Idris Jusoh, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Dato' Jailani Johari dan Ketua UMNO Bahagian Dungun Dato' Din Adam.Sementara itu, Zaleha menyifatkan Mohd Najib sebagai seorang pemimpin negara yang prihatin dan perlu di contohi oleh para pemimpin lain."Sepanjang penglibatan saya dalam politik iaitu Wanita UMNO,beliau merupakan pemimpin yang mesra rakyat dan sentiasa membantu terutama kepada sayap wanita."Jadi harapan saya cuma satu,supaya semua pihak memberi sokongan penuh kepada beliau sebagai Perdana Menteri terutama dalam hadapi pilihanraya umum yang akan berlaku bila- bila masa sahaja,"katanya lagi.
16 Apr 17
42
Empty Image
JPS Peruntuk RM1.15 Bilion Untuk Projek Di Terengganu
Najib bersama rombongan ketika meninjau tapak Projek Pemuliharaan Muara Sungai Besut (Gerbang Pelancongan), di Pekan Baru, Kuala Besut, hari ini. Foto Harish Fadzillah KasimKementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar memperuntukkan kira-kira RM1.15 billion bagi melaksanakan 34 projek sepanjang tempoh lima tahun, berakhir 2020 di  Terengganu.Menterinya, Dato' Sri Wan Junaidi Wan Jaafar berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM750 juta bakal dilaksanakan dan RM250 juta untuk projek Gerbang Pelancongan di Kuala Besut."Kementerian saya mempunyai banyak projek di Terengganu daripada Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) sahaja sebagaimana diumumkan Perdana Menteri tadi, RM1.15 billion keseluruhanya dan ada 10 lagi projek yang bakal dilaksanakan."Selain dari itu kita juga memberi atau membantu projek kecilan dari kampung ke kampung dan itu yang bakal kita laksanakan,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Projek Pemuliharaan Muara Sungai Besut (Gerbang Pelancongan), di Pekan Baru, Kuala Besut, hari ini.Majlis itu dirasmikan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd  Tun Abdul Razak.Turut hadir,  Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman; Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh yang juga Ahli Parlimen Besut dan  Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek.Tetamu kehormat lain,  Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Nawi Mohamad merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut dan ADUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.Wan Junaidi turut memberitahu,  projek itu adalah ikonik dan reka bentuknya umpama mata menghadap ke laut dan boleh halang ombak masuk."Projek ini juga merangkumi untuk mendalam Sungai Besut, yang pertama ialah bagi menangani masalah nelayan untuk simpan bot, kedua untuk kemudahan nelayan atau pelancong ke pulau, " katanya.Wan Junaidi berkata, Ianya akan menjadi tarikan lebih ramai pelancong ke Kuala Besut untuk ke Pulau Perhentian dan lain-lain."Ini adakah satu projek berimpak besar dan Perdana Menteri memang tertarik dan saya mahu projek ini akan siap mengikut jadual untuk memberi banyak faedah kepada rakyat.“Projek Gerbang Pelancongan itu yang panjangnya tiga kilometer sudahpun bermula Disember tahun lalu dan dijangka akan siap dalam tempoh tiga tahun,”katanya.
16 Apr 17
78
Empty Image
Dungun Boleh Menang Jika Tiada 'Cah Keting'-PM
Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak meletakkan keyakinan tinggi bahawa Terengganu akan terus dipimpin oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) berdasarkan perkembangan semasa dan kerja kuat dalam kalangan pemimpin parti.Katanya, kemenangan di Dungun juga boleh dicapai sekiranya ada perpaduan dalam kalangan pemimpin kawasan itu tanpa adanya ‘cah keting’ sesama pemimpin UMNO.“Berdasarkan sokongan ramai hari ini, ianya meyakinkan saya bahawa BN boleh menang di Dungun ini. “InsyaAllah kita boleh menang besar tetapi perlu kerja kuat dan bersatu padu,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program Jom Bantu Rakyat peringkat negeri dan Majlis pecah Tanah Tapak Perumahan Idaman Rakyat SPNB Kampung Santong, Paka Dungun, petang tadi.Turut hadir, Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Menteri Pengajian Tinggi Dato’ Seri Idris Jusoh, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Dato’ Jailani Johari. Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, barisan ecxo kerajaan negeri, Ketua UMNO Bahagian Dungun, Dato’ Din Adam dan Ketua Eksekutif Kumpulan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Datuk Ahmad Azizi Ali.Justeru, beliau menasihatkan supaya kepimpinan utama UMNO Dungun menjaga perpaduan jika mahu menakluki Parlimen Dungun dan empat Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sura, Bukit Besi, Paka dan Rantau Abang.“Jangan ‘peteh’, ‘cah keting’. Pastikan Anggota Jawatankuasa turun sampai ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) dan PDM turun kepada Ketua Cawangan, Ketua Cawangan pula turun kepada Ketua kampung. “Semua perlu dalam satu pasukan sebab kita kena tubuh kerajaan yang kuat kerana kita mempunyai visi dan misi yang besar untuk negara,” kata Mohd Najib.
16 Apr 17
325
Empty Image
Kerajaan Tidak Hirau Asakan Pembangkang
Najib menekan plak sebagai gimik merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Pemuliharaan Muara Sungai Besut (Gerbang Pelancongan Antarabangsa) di Pekan Baru, Kuala Besut. foto Harish Fadzillah KasimKerajaan Barisan Nasional (BN) tidak peduli dengan asakan dan hentaman pembangkang dan pemimpin lama, sebaliknya sentiasa bekerja keras supaya Malaysia diiktiraf serta dihormati dunia.Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Abd Razak berkata, kerajaan pimpinan BN bekerja keras memastikan Malaysia terus maju serta dihormati dengan kejayaannya diukurmenerusi pencapaian yang bukan berdasarkan kain rentang di tepi jalan, tetapi berpegang kepada pengurusan Indeks Penunjuk Prestasi (KPI) dan pengurusan maqasid syariah. "Sebab itulah kita bekerja bersungguh-sungguh untuk dunia luar hormati kita.“Saya tidak mahu mengambil peduli dengan  pembangkang, pemimpin lama yang dulu yang mengata kita, saya hanya mengambil orang luar, pemimpin besar luar, supaya mereka hormati kita," katanya. Beliau berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Pemuliharaan Muara Sungai Besut (Gerbang Pelancongan Antarabangsa) di Pekan Baru, Kuala Besut,  hari ini.Muara Sungai Besut adalah laluan pelayaran bagi bot nelayan dan bot membawa pelancong ke pulau utama iaitu Perhentian dan Redang. Masalah pemendapan mengakibatkan muara sungai berkenaan menjadi cetek dan menjejaskan laluan pelayaran serta air banjir ke laut.Projek pemuliharaan muara sungai bernilai RM250 juta yang dijangka siap 2019 antara lain membabitkan pembinaan pemecah ombak, pengerukan muara sungai, pembinaan kolam kelodakan, pembinaan lapis lindung (revetment), penambakan pantai dan pembinaan pemecah ombak. Turut hadir Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman; Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato’ Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan  Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh yang juga Ahli Parlimen Besut.Hadir sama, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek; Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohamad merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut dan ADUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman. 
16 Apr 17
59
Empty Image
PM Lawat Keluarga Miskin Di Dungun
Pasangan suami isteri Hamdan Ismail, 45, dan Kuliati Mudrikan, 39, dari Kampung Limbong, Paka bertuah apabila menerima kunjungan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak kira-kira 2.50 petang tadi.Dalam kunjungan itu, Perdana Menteri turut meninjau perkembangan pembinaan rumah baharu berharga RM40,000 untuk keluarga itu dibawah projek perumahan rakyat.Pada program sentuhan rakyat bersama pemimpin tu, Hamdan yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan hanya bekerja sebagai buruh kontrak melahirkan rasa bersyukur kerana mereka akan mendiami rumah yang lebih selesa memandangkan rumah lama terlalu usang dengan pelbagai kerosakan."Kami berasa amat bersyukur dengan keprihatinan kerajaan. Akhirnya, selepas 10 tahun tinggal di rumah yang agak uzur kini kami dapat memberikan sedikit keselesaan khususnya untuk anak-anak," ujarnya yang mempunyai tiga anak berusia antara 16 tahun hingga tujuh tahun.Sementara itu, bagi Rohana Sulong, 57, yang kematian suami akibat strok empat tahun lalu, kedatangan pemimpin nombor satu negara itu ke kediamannya merupakan suatu saat yang tidak akan dilupakan.Rohana yang menghidap kencing manis tinggal bersama tiga anaknya yang masing-masing telah berkeluarga dalam sebuah rumah di kampung itu."Makcik berasa sangat gembira dapat peluang berjumpa dengan Perdana Menteri ."Alhamdulillah, sumbangan perabot ini amat besar ertinya buat kami semua," ujarnya.Dua keluarga itu antara yang sempat dilawati Mohd Najib dalam rangka lawatannya ke daerah Dungun, hari ini.
16 Apr 17
85
Empty Image
Mandat Rakyat Perlu Untuk Pastikan Projek Pembangunan Dapat Dilaksanakan
Kerajaan Barisan Nasional (BN) memerlukan mandat daripada rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang bagi memastikan projek pembangunan dan kemajuan untuk rakyat dapat terus dilaksanakan.Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata, kerajaan mempunyai kemampuan untuk melaksanakan agenda pembangunan negara namun memerlukan sokongan berterusnya daripada rakyat untuk merealisasikannya.Katanya, Kerajaan BN mempunyai visi besar dan perancangan rapi bagi negara serta rakyat untuk dilaksanakan dalam tempoh beberapa tahun akan datang."Kami (kerajaan BN) perlu mandat daripada rakyat, tidak lama lagi (pilihan raya umum), sama ada tahun ini atau tahun depan. “Kalau ikut suasana di Kuala Nerus ini, nak buat cepat, namun kami kena lihat kepercayaan rakyat. Kalau pilih BN, banyak lagi transformasi yang akan dilakukan," katanya ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah Program Perumahan Rakyat (PPR) Bukit Nanas, Tepoh Kuala Nerus, petang tadi.Turut hadir Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar, Menteri Pendidikan Tinggi Dato’ Seri Idris Jusoh, Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Dato’ Jailani Johari. Katanya, rakyat diharap terus memberi sokongan kepada kerajaan dengan mengembalikan kemenangan Parlimen Kuala Nerus khususnya kepada BN supaya mendapat pembangunan berterusan dapat dilaksanakan di negeri ini.“Kita tak boleh dengar kepada pembangkang akhirnya kita akan mengalami kekecewaan kerana mereka bertujuan menghasut rakyat supaya rakyat benci kepada kerajaan.“Kita tak boleh hidup dalam kebencian dan tidak boleh menilai atas perasaan emosi tetapi kita mesti menilai siapa yang boleh membawa perubahan kepada kehidupan kita sebagai rakyat,” ujarnya.Pada majlis itu, lebih 20,000 penduduk sekitar kawasan parlimen itu hadir memeriahkan majlis pecah tanah projek PPR Bukit Nanas melibatkan 500 unit rumah.
15 Apr 17
27