lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Maksak Terengganu Sasar Kumpul Lebih Banyak Stok Darah
Wan Nawawi beramah mesra dengan seorang penderma darah pada program derma darah anjuran Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (Maksak) Terengganu bersama Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Terengganu di Dewan Besar, Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W. PutraMajlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (Maksak) Terengganu bersama Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Terengganu, mengadakan program derma darah di Wisma Darul Iman, hari ini.Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail berkata, melalui program itu (Maksak) Terengganu menyasarkan untuk mengumpul lebih banyak unit beg darah sebagai menyahut kempen menambah stok darah Unit Tabung Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).“Jumlah pain darah yang terkumpul pada tahun ini dijangka bertambah berdasarkan peningkatan peserta iaitu seramai 400 orang terdiri daripada pelbagai jabatan dan juga orang awam.“Berbanding tahun lalu, 300 orang telah menderma darah dan merekodkan sebanyak 237 unit beg darah yang terkumpul,” ujarnya ketika berucap merasmikan program tersebut di Dewan Teater, Wisma Darul Iman, hari ini.Wan Nawawi yang juga merangkap Yang Dipertua (Maksak)Terengganu berkata, amalan menderma darah merupakan salah satu ibadah dan khidmat terbesar yang boleh dilakukan oleh penjawat awam khususnya untuk kepentingan masyarakat yang memerlukan bekalan darah.“Terima kasih kepada mereka kerana sudi mendermakan darah kerana setiap pain darah yang didermakan mungkin dapat menyelamatkan nyawa orang lain termasuk keluarga terdekat. “Justeru, kempen-kempen kesedaran harus dipergiatkan lagi untuk memastikan bilangan penderma khususnya yang secara sukarela untuk menderma darah secara berkala terus bertambah,” ujarnya.Katanya, program tahunan dengan kerjasama Puspanita dan Unit Tabung Darah HSNZ adalah satu aktiviti kebajikan yang dijadikan acara tahunan Maksak Terengganu.
03 May 17
83
Empty Image
Kaji Berita Sebelum Percaya-Fathul Bari
Orang ramai diminta lebih berhati-hati dan teliti dalam menilai, mendiagnosis dan memahami sesuatu berita atau perkara bukan terus mempercayainya serta menyebarkannya tanpa menyiasat dan mengkaji terlebih dahulu.Pegawai Khas Pejabat Penasihat YAB Perdana Menteri Malaysia,Dato' Dr Fathul Bari Mat Jahya berkata semua pihak bertanggungjawab untuk membuat tapisan ke atas setiap maklumat yang diterima sebelum menyebarkannya semula.Jelasnya,tapisan ini terutama daripada media sosial tetap perlu melalui prosedur penting iaitu menapis maklumat diterima sama ada sahih atau sebaliknya agar tidak timbul persepsi atau buruk sangka apatah lagi fitnah."Ada maklumat yang benar dan ada yang tidak benar,sebab itu kita kena tapis dulu. Ini tidak dapat maklumat dapat gambar tanpa kaji terlebih dahulu,terus kita percaya."Dan kalau kita sebar,ini tak bermakna kita juga sebarkan pendustaan bersama sekiranya maklumat itu tidak benar sama sekali."Apabila maklumat melalui media sosial terlalu banyak,maka akan ada manusia yang suka huru hara,bersikap tidak bertanggungjawab dan sebagainya untuk membuat penyebaran maklumat kepada pihak lain,"kata Fathul Bari.Beliau berkata demikian di Program Multaqa' Ilmuan Dun Kuala Berang di Dewan Komuniti Kuala Berang,semalam.Menurut Fathul Bari lagi,kepentingan menyemak dan menganalisa ini cukup penting,lebih-lebih lagi jika ia berkaitan dengan soal keselamatan negara.Selain itu,beliau turut mengadakan soal jawab tentang pelbagai isu secara dua hala dan mendapat sambutan baik daripada orang ramai yang hadir.Sementara itu,kakitangan Agensi Transformasi Negeri(Atra)Dun Kuala Berang,Ahmad Syukri Zakaria berkata,peluang untuk mendengar lontaran nasihat serta perkara-perkara yang berkaitan dengan ilmuan ini sudah lama di tunggu-tunggu."Bukan mudah nak jumpa penceramah hebat seperti Dato' Fathul Bari yang bijak mengupas isu-isu agama juga isu semasa terkini dengan cara tersendiri malah mampu memberi penerangan terperinci dengan setiap soalan yang di beri,"jelasnya lagi.
03 May 17
69
Empty Image
Jabatan Kesihatan Rekod 7,439 Pesakit Kanser
Zubir melawat gerai pameran  pada Majlis Sambutan Hari Kanser Sedunia Peringkat Terengganu, di Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus, hari ini. Foto Harish Fadzillah KasimJabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) merekodkan seramai 7,439 penduduk Terengganu dikesan menghidap pelbagai jenis kanser dalam tempoh lebih 10 tahun, berakhir Mac tahun ini.Daripada jumlah itu, kanser payu dara mencatatkan bilangan paling tinggi iaitu 1,375 pesakit, diikuti kolorektal (1,039 pesakit), lung (985 pesakit) dan leukimia mencatatkan bilangan 571 pesakit.Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohammad Omar, berkata antara faktor yang  dikesan penyebab kanser, termasuk tabiat merokok, amalan pemakanan kurang sihat, lebihan berat badan dan pengambilan alkohol.Katanya, jangkitan beberapa jenis virus turut boleh menyebabkan kanser seperti kanser serviks yang disebabkan human papilloma virus dan kanser hati oleh jangkitan hepatitis B.“Kesedaran dan pengetahuan yang mencukupi mengenai kanser merupakan kunci utama dalam memerangi kanser .“Majoriti masyarakat kita hanya menyedari mereka menghidap kanser ketika tahap akhir iaitu tahap tiga dan empat,”katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Kanser Sedunia Peringkat Terengganu, di Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus, hari ini.Majlis itu dirasmikan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong.Hadir sama, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria dan  Naib Canselor UMT, Dr Dato’ Dr Nor Aeini Mokhtar.Katanya, saringan awal dan imunisasi adalah antara pencegahan kanser yang berkesan dan kos lebih efektif.“Terdapat beberapa ujian saringan kanser yang diperoleh secara percuma di klinik kesihatan dan hospital kerajaan.“KKM turut menyediakan perkhidmaran saringan pap smear untuk mengesan kanser serviks kepada wanita yang berumur 20 hingga 65 tahun, manakala mamogram untuk mengesan kanser payudara bagi wanita berisiko tinggi,”katanya.
03 May 17
92
Empty Image
Lawatan SUK Setiap Daerah Beri Input Mantapkan Pentadbiran
Wan Nawawi bersalaman dengan pegawai kerajaan negeri yang ditemui sempena program lawatan kerja sehari ke Dungun, semalam. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KasimProgram lawatan kerja Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) ke setiap daerah bukan sahaja banyak memberi idea dan manfaat untuk memantapkan pentadbiran negeri, malah membuka ruang interaksi yang lebih erat antara pentadbiran peringkat negeri dan juga daerah.SUK, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail berkata, lawatan yang memasuki siri terakhir di Dungun memberinya gambaran lebih jelas proses dan perjalanan pentadbiran peringkat daerah menerusi taklimat selain dapat bertukar pandangan dan beramah mesra dengan ketua-ketua jabatan.Beliau berkata, taklimat yang diadakan di setiap daerah bermula di Kemaman dan seterusnya ke daerah-daerah lain itu dipantau oleh jawatankuasa pembangunan negeri yang dipengerusikan beliau sendiri.“Apabila turun ke daerah-daerah ini, kita dapat berinterkasi dengan lebih dekat dengan golongan sasar dan masa yang sama, sebarang maklumat boleh disampaikan secara terus,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi taklimat ringkas berkaitan pembangunan daerah Dungun oleh Pegawai Daerah Dungun, Ibrahim Mohamad di Pejabat Daerah Dungun, semalam.Turut serta dalam lawatan itu, Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Rosman Roslan dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin.Pada lawatan itu juga, Wan Nawawi sempat beramah-mesra dengan kakitangan jabatan itu, sekali gus menjadi platform untuk beliau merapatkan hubungan dan mendengar permasalahan serta pandangan daripada pegawai dan juga kakitangan kerajaan negeri.
02 May 17
47
Empty Image
Kerajaan Negeri Teruskan Rawatan Percuma Untuk Pesara
Kerajaan negeri tetap meneruskan pembiayaan kos rawatan di hospital kerajaan secara percuma kepada pesara kerajaan yang tidak berkemampuan, dengan syarat memohon menerusi Tabung Darul Iman (TDI).Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato' Muhammad Pehimi Yusof berkata, pesara yang menghadapi masalah dengan bekas majikan dan tidak berkemampuan membiayai caj rawatan hospital boleh mengambil peluang dengan apa yang disediakan menerusi tabung berkenaan.Katanya, beliau mendapat tahu ada sebahagian pesara tidak mendapat kemudahan jangka panjang selepas bersara kerana ada sesetengah majikan tidak menanggung kos rawatan selepas pekerjanya bersara.Oleh itu, kerajaan negeri mempunyai tabung khas yang boleh membantu pesara terbabit jika menghadapi masalah untuk membayar kos berkenaan."Kerajaan amat menghargai jasa dan pengorbanan pesara dan tetap membari bantuan sama seperti golongan lain yang memerlukan bantuan," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Kali Keempat Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) Cawangan Besut, di Dewan Masjid Hadhari Jertih, hari ini.Turut hadir, Yang Dipertua PPKM Negeri, Terengganu, Dato' Syed Abu Bakar Abdullah dan 227 ahli PPKM. Muhammad Pehimi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih berkata, kerajaan juga menyediakan bantuan RM3,000 kepada keluarga pesara yang meninggal dunia dan boleh dituntut melalui Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan AWam (JPA).Beliau berkata, ramai pesara dan ahli keluarga tidak mengetahui kemudahan yang disediakan kerajaan sedangkan mereka juga berhak mendapat pelbagai bantuan kerajaan.
02 May 17
45
Empty Image
500 Penduduk Jayakan Komuniti Kampung Lingai
Seramai 500 penduduk menjayakan Program Komuniti Masyarakat Kampung Lingai, di Kampung Lingai, Batu Rakit, Kuala Nerus, semalam.Program anjuran Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (J3K) Gong dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Lingai itu diadakan bagi mewujudkan keharmonian dan mengeratkan perpaduan antara penduduk.Pengerusi J3K Lingai, Alias Mohd berkata, seramai 300 peserta terbabit dengan aktiviti seperti acara sukaneka dan pertandingan memancing."Seramai kira-kira 200 lagi ialah penduduk kampung dan sekitar yang hadir memberi sokongan dan menyaksikan program yang menjadi acara tahunan ini."Program bermula jam 8.30 pagi dengan beberapa acara sukaneka antaranya ialah lari dalam guni dan lari junjung kelapa, manakala sebelah petang pula diadakan pertandingan memancing melibatkan beberapa kategori.Beliau turut berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program itu terutama Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman dan juga penaja hadiah (TM Afiq).Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah disampaikan oleh Bazlan.
02 May 17
284
Empty Image
Kes Jenayah Siber Perlu Diatasi Segera
Penyebaran maklumat yang tidak terbukti kesahihannya atau berunsur fitnah, terutama melalui laman sosial perlu segera dibanteras dan dielakkan.Oleh itu, orang ramai khususnya ibu bapa perlu mendidik anak-anak betapa pentingnya untuk tidak mendedahkan maklumat peribadi bagi tatapan umum.Menyedari hakikat itu, Puspanita Kebangsaan dengan kerjasama Cybersecurity Malaysia mengadakan Program Inovasi Sosial MOSTI, Ops Jelajah Cyber edisi Terengganu, selama dua hari berakhir esok (3 Mei) di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu, Kuala Terengganu.Timbalan Pengerusi 1 Puspanita Cawangan Terengganu, To’ Puan Kamsiah Dollah, berkata dia menyarankan peserta dapat memanfaatkan ilmu dan pengetahuan melalui sesi ceramah dan latihan yang disediakan dalam program itu.Katanya, ilmu yang diperoleh pastinya menjadi bekalan terbaik untuk berdepan dengan isu semasa yang berkaitan dengan ancaman alam siber di negara ini.“Diharapkan kita akan menjadi lebih peka terhadap apa juga gejala yang melanda melalui ancaman siber dengan penuh kesiapsiagaaan dan menanganinya dengan lebih bijaksana.“Seperti mana yang kita sedia maklum, aspirasi kerajaan adalah untuk mencapai matlamat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi dan  mampan,”katanya ketika merasmikan program itu. Menurutnya, dalam usaha mencapai matlamat tersebut , tentunya pelbagai program serta inisiatif telah dibangunkan Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri, termasuk memperkemaskan sistem pertahanan siber negara.  “Dengan penubuhan Cybersecurity Malaysia sebagai pusat pakar serta rujukan menegani isu berkaiatn keselamatan siber, pelbagai usaha berkaiatan aspek e-keselamatan nasional diperkenalkan selaian menyediakan perkhidamatan kepakaran berkaitan bidang keselamatan siber,”katanya.
01 May 17
104
Empty Image
JKKK Bakal Miliki Sijil Tadbir Urus Desa
Ismail Sabri dan Ahmad Razif bersama kepimpinan JKKK pada Majlis Penutup Program Sijil Tadbir Urus Infra-UniKL Zon Timur dan Pelancaran Tatacara Pengurusan JKKK di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus. Foto Zulkifli Putra Seramai 16,500 Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), termasuk kepimpinan masyarakat Orang Asli di seluruh negara bakal memiliki Sijil Tadbir Urus Desa sebagai usaha meningkatkan ilmu pengurusan desa secara profesional.Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakub berkata, kursus anjuran kementeriannya itu bertujuan memastikan mereka yang terlibat dalam pentadbiran kampung adalah setaraf dengan pegawai di jabatan kerajaan.Katanya, buat permulaan seramai 3,500 Pengerusi JKKK dikehendaki mengikuti kursus bagi mendapatkan Sijil Tadbir Urus Desa yang dikeluarkan oleh Universiti Kuala Lumpur (UniKL).“Program sama akan diadakan secara berperingkat-peringkat, kemungkinan peringkat kedua dengan jumlah yang sama dianjurkan pada Ogos dan selebihnya pada tahun hadapan.“Kita turut memberi keutamaan kepada golongan itu untuk mengikuti modul sama di peringkat diploma sebagai usaha menambah ilmu, kemahiran dan perkembangan semasa,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Program Sijil Tadbir Urus Infra-UniKL Zon Timur dan Pelancaran Tatacara Pengurusan JKKK di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus, hari ini.Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohamed.Seramai 700 kepimpinan JKKK dari Terengganu, Pahang dan Kelantan hadir mengikuti kursus selama tiga hari, berakhir hari ini.Program itu adalah kesinambungan siri kursus Sijil Tadbir Urus Desa anjuran Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KLWW) kepada kepimpinan JKKK  mengikut zon-zon iaitu Zon Tengah, Timur, Utara, Sarawak dan Sabah.
27 Apr 17
76
Empty Image
100 Murid DUN Permaisuri Jayakan Hari Buku Sedunia
Seramai 100 murid dari lima sekolah di Setiu menjayakan program sempena Hari Buku Sedunia di Perpustakaan Daerah Setiu, Bandar Permaisuri, semalam.Penolong Pegawai Perpustakaan Daerah Setiu, Mohd Azran Yusof berkata, lima sekolah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permaisuri masing-masingadalah Sekolah Kebangsaan (SK) Banggol, SK Lembah Jaya, SK Putrajaya, SK Kampung Buluh dan SK Mangkuk.Katanya, Perpustakaan Awam Daerah Setiu juga menjemput pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu, Inspektor Diana Zaini untuk menyampaikan taklimat mengenai keganasan jenayah seksual di kalangan kanak-kanak dan langkah untuk mengelak kes seumpama itu."Acara terakhir program ini diselitkan dengan aktiviti mewarna yang disertai peserta."Program ini mendapat sambutan baik dan saya berharap akan ianya akan diteruskan lagi pada masa hadapan agar masyarakat di Daerah setiu dapat menjadikan budaya membaca sebagai amalan hidup seharian dan jadikan budaya ilmuan, "katanya.Dalam pada itu, Azran berkata, pihaknya sedang mengadakan kempen bebas denda bermula 20 April lalu sehingga 30 April 2017 bertujuan menggalakkan pengguna yang lewat memulangkan buku yang dipinjam supaya dapat memulangkan semula pada tarikh tersebut tanpa dikenakan denda.
26 Apr 17
213
Empty Image
164 Terima APC PPD Setiu 2016
Seramai 164 menerima pengiktirafan sempena Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Pejabat Pendidikan Setiu (PPD) Setiu 2016 di Putera Jaya, Setiu, hari ini.Anugerah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Mohd Iskandar Jaafar.Di dalam ucapannya Iskandar mahu guru menjadi sebagai `role model' di mana pada zaman dahulu guru amat disanjung masyarakat dan dijadikan tempat rujukan masyarakat untuk pelbagai perkara.Menurutnya, budaya itu perlu dikembalikan semula pada zaman ini apabila ramai guru terlibat dalam kumpulan kemasyarakatan."Guru juga perlu memahami pelan pembangunan pendidikan Malaysia dengan perkaitannya situasi sekarang agar generasi akan datang mampu melahirkan kemenjadian murid," katanya.Iskandar mengucap tahniah kepada penerima anugerah itu dan mahu seluruh warga kerja Pejabat Pendidikan Setiu melaksanakan tugas dengan penuh integriti, berhemah, berdedikasi, ikhlas dan juga amanah.Dalam pada itu, bercakap Teganukita, Pengawai Pendidikan Daerah Setiu, Kifayatullah Mohd Said merakamkan ucapan tahniah kepada penerima anugerah dan berharap mereka dapat mengekalkan kecemerlangan dalam perkhidmatan dan menjadi institusi yang disegani ramai."Selepas ini penerima anugerah ini diharap akan menjadi pembimbing pada guru-guru baru agar sentiasa menjaga imej sebagai kakitangan yang menjunjung dan menyokong dasar-dasar kerajaan memerintah," katanya.
26 Apr 17
634