lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Pusat Sembelihan Pertama Di Terengganu Miliki Sijil Halal
 Kompleks Abatoir Kuala Terengganu (KAKT) di Gong Badak, Kuala Nerus  yang mampu menyembelih 40 ekor lembu atau kerbau sehari mendapat pengiktirafan sijil halal pertama di negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato' Muhammad Pehimi Yusof , berkata pusat sembelih yang dikendalikan  Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri (JPV) Terengganu itu antara lapan pusat sembelihan di negara ini berstatus halal.Katanya, dengan kewujudan pusat sembilahan halal yang diiktiraf pada pada 1 Februari lalu itu berupaya menyakinkan orang ramai tentang kebersihan dan bebas daripada sebarang penyakit.“Oleh itu, penduduk setempat dan perternak disaran mengambil peluang yang ditawarkan JPV yang hanya mengenakan kadar harga RM70 untuk setiap sembelihan, siap dengan kerja-kerja melapah dan dipotong kepada empat bahagian,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Sijil Pengiktirafan Halal di kompleks abatoir itu, hari ini.Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Veterinar (Kesihatan Vetarinar), Dato’ Dr Quaza Nizamuddin Hassan Nizam dan Pengarah JPV Terengganu, Dr Mohd Termizi Ghazali.Katanya, pusat yang ditubuhkan 21 tahun lalu menempatkan pelbagai kelengkapan canggih, termasuk mesin mark IV bertujuan mengekang ternakan sebelum melalui proses penyembelihan.“Meat Inspector (pemeriksa daging) pula untuk memastikan daging yang dikeluarkan adalah bersih dan selamat dimakan.“Lengkap dengan  penandaan cop lagenda iaitu sebagai pengesahan pemeriksaan daging dan tanda kod premis,”katanya.Manakala pula tag penandaan karkas pula sebagai jaminan produk yang dikeluarkan  selamat, halal dan bersih  sebelum dijual di pasaran tempatan.
08 May 17
889
Empty Image
41 Penternak Ikan Terima Bantuan
Seramai 41 penternak ikan aqua air tawar dan payau di Setiu menerima sebanyak RM26,900 di Majlis Penyampaian Bantuan Wang Ehsan Bencana Agro Makanan Usahawan Tani Daerah Setiu, di Bandar Permaisuri, semalam.Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Setiu, Mohd Saipuddin Abas, berkata penerima bantuan itu dipilih oleh Jabatan Perikanan manakala peruntukan pula daripada Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani."Untuk Daerah Setiu, penerima bantuan yang paling ramai adalah 34 orang iaitu mangsa akibat kesan el-nino (musim kemarau)."Kebanyakan peserta menerima sebanyak RM500 seorang tetapi ada juga yang mendapat RM1,000 dan lebih berdasarkan nilai kerugian yang mereka alami," katanya.Saifuddin berkata, dengan adanya bantuan itu penternak dapat membeli input seperti benih dan sebagainya untuk memulakan projek baru mereka.Program dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Negeri, Dato' Mohd Jidin Shafee.
07 May 17
45
Empty Image
180 Pelajar Sertai 'EmpowerXchange'
Seramai 180 pelajar dari enam sekolah menengah dari dua daerah di Terengganu menyertai program motivasi Kem EmpowerXChange `Awaken The Giant Within' selama dua hari di sebuah resort di Merang Setiu, berakhir semalam.Program anjuran bersama Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dan UniSZA Holding selaku penyedia latihan itu adalah tahun kedua diadakan di bawah penyeliaan UniSZA Holding.Ketua Pegawai Eksekutif UniSZA Holding, Nik Sazali Nik Hussin berkata, enam sekolah berkenaan adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Diman, SMK Kuala Jeneris dan SMK Tapu dari daerah Hulu Terengganu.Manakala dari Marang pula SMK Seri Payong, SMK Seri Serating dan SMK Rusila."Peserta adalah di kalangan mereka dari keluarga berpendapatan rendah dan sederhana. Pemilihan dilakukan oleh Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah, " katanya.Menurutnya, objektif utama program itu ialah untuk meningkatkan motivasi dan keyakinan diri dalam mencapai kejayaan akademik di kalangan peserta."Ianya juga bagi memperkukuhkan kefahaman dan kesedaran tentang kepentingan akademik dalam meningkat potensi pelajar," katanya.Antara modul program ialah Suntikan Motivasi, Pembentukan Diri, Kita Boleh, Positif Hati & Minda dan Azam & Aku Janji.Majlis perasmian penutup disempurnakan oleh Penolong Pengarah Teknik Dan Vokasional Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Adam Ismail.Menurut Adam, program itu diberikan kepada sekolah yang belum mendapat pembiayaan dari mana-mana pihak lain untuk menjalankan program bagi kejayaan pelajar."Seramai 300 pelajar dari setiap daerah terlibat dengan program membabitkan pelajar yang akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah UPSR, PT3 dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)," katanya.Adam berkata, pencapaian pelajar yang terbabit dengan program itu amat memberangsangkan dan menunjukkan peningkatan.
07 May 17
46
Empty Image
Rakan Taman Pertama Di Setiu
Seramai 200 peserta terdiri daripada kakitangan Majlis Daerah Setiu (MDS) dan penduduk Taman Sri Intan, Sungai Tong, Setiu mengadakan gotong royong menanam pokok di kawasan taman itu, hari ini.Program yang pertama kali diadakan itu mendapat peruntukan daripada Jabatan Landskap Negara berjumlah RM7,000 untuk membeli anak pokok dan penyelenggaraan.Yang Dipertua MDS, Mat Azmi Arshad berkata, aktiviti itu bukan sahaja bagi mengindahkan kawasan dan memperolehi hasil pada masa depan, ia juga secara tidak langsung mengeratkan hubungan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dengan masyarakat setempat."Kerja landskap ini jika tidak mendapat kerjasama yang baik dengan penduduk dan ianya tidak akan berjaya kerana ianya memerlukan penjagaan untuk mengelak berlaku perkara tidak diingini seperti kecurian dan sebagainya."Ada jenis pokok yang ditanam menjadi rebutan kerana harganya yang mahal, selain dipantau pekerja majlis di kawasan ini, penduduk juga perlu bersama menjaganya," katanya.Mat Azmi berkata, antara pokok yang ditanam adalah Kelapa Pandan, Merawan Siput, Tikoma, Manggis, Cengal, Merawan dan pokok Gaharu."Sebanyak 35 pokok ditanam pada hari ini dan kita berharap pokok-pokok dijaga dengan sempurna dan dapat membesar dengan baik untuk generasi akan datang," katanya.Selain gotong-royong menanam pokok, orang ramai turut membersih surau dan kawasan sekitar tempat penanaman pokok itu.Hadir sama, Setiausaha Majlis Daerah Setiu, Mohd Nasir Kasim dan Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri Langkap, Zulkarnain Arifin.
07 May 17
160
Empty Image
Koperasi Pembangunan Setiu Koperasi Daerah Kedua Terbaik Malaysia
Koperasi Pembangunan Daerah Setiu menjadi Koperasi Pembangunan Daerah kedua terbaik di Malaysia pada tahun lalu.Pengerusinya, Dr. Ibrahim Husin berkata, ahli koperasi seharusnya berbangga dengan kejayaan berada di tangga kedua negara selepas Langkawi."Ini adalah satu pencapaian yang baik bagi kami dan koperasi ini juga tersenarai di dalam 100 koperasi terbaik Malaysia," katanya pada Mesyuarat Agong Koperasi koperasi itu kali ke 35, di Bandar Permaisuri, semalam.Dalam pada itu, Ibrahim berkata, koperasi itu akan membina sebanyak 20 unit rumah jenis banglo mampu milik di Kampung Saujana, Setiu pada tahun ini.Dr Ibrahim Husin berkata, rumah itu akan dibina secara usahasama dengan sebuah syarikat hartanah."Rumah ini hanya ada 20 buah sahaja dan mana-mana ahli yang berminat bolehlah mohon sebab harga asal lebih daripada RM300,000 tetapi untuk ahli, harga kurang daripada itu akan ditawarkan," katanya.Menurutnya,  pihaknya merancang pelbagai projek dan aktiviti tahun ini termasuk membina sebuah stesen minyak baharu di daerah itu.Katanya, aktiviti lain tetap akan diteruskan seperti operasi stesen minyak sedia ada, sewa bangunan dan sebagainya."Walaupun kita (koperasi) tidaklah bergerak laju seperti roket tetapi tetap bergerak mengikut landasan yang betul," katanya pada Mesyuarat Agung Koperasi kali ke- 35, di sini, semalam.Mesyuarat dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohamad.Ibrahim berkata, tahun lepas koperasi membeli sebidang tanah berkeluasan dua ekar yang berpotensi dijadikan tapak perumahan di Bandar Permaisuri."Ini sebagai langkah menambah aset koperasi untuk masa depan," katanya.Hadir sama, Yang Dipertua Koperasi, Rosdi Awang dan Pengarah Urusan Vista Infinity Development Sdn Bhd, Mohd Afif Mohd Ghani.
07 May 17
411
Empty Image
Kerajaan Negeri Bekalkan Drone Untuk Semua Pejabat Daerah
A.Rahman (tengah) bersama penerima di Majlis Penyerahan Drone dan Alat GPS di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W. PutraKerajaan negeri melalui Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) membekalkan 10 unit drone untuk kegunaan semua pejabat daerah di negeri ini.Pegawai Kewangan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya berkata,  alat penerbangan kawalan jauh yang turut dibekalkan kepada UPEN itu bagi memudahkan kerja-kerja pemantauan dan siasatan dengan gambaran lebih tepat serta jelas terhadap projek di bawah peruntukan kerajaan negeri dan persekutuan yang dilaksanakan di seluruh negeri ini.“Penggunaan drone secara tidak langsung dapat membantu kerajaan negeri dan pegawai-pegawai yang terlibat untuk mengesan pelaksanaan sesuatu projek dengan lebih cepat dan tepat selain dalam masa sama membantu kerajaan dalam membuat keputusan untuk mengatasi sesuatu masalah,” ujarnya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Drone dan Alat GPS di Wisma Darul Iman, hari ini.Pada majlis itu, sebanyak 25 unit sistem penentu kedudukan global (GPS) turut diserahkan kepada agensi berkaitan iaitu Pejabat Daerah (8), Pihak Berkuasa Tempatan (7), Jabatan Kerja Raya Daerah (7) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sebanyak tiga unit.A.Rahman berkata, pembekalan GPS untuk agensi terlibat bertujuan membantu JPS memudahkan kerja pengukuran jalan menerusi Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya (Marris) di mana ketepatan ukuran dapat diperolehi dengan menentukan koordinat awal dan akhir jalan-jalan tersebut.“Alat GPS ini akan membantu kita untuk menjalankan koordinasi itu dan akan membolehkan kerajaan negeri dapat mendaftar lebih banyak jalan di Terengganu.“Secara automatiknya, apabila banyak jalan didaftarkan, maka peruntukan yang lebih juga akan diperoleh dari Kerajaan Persekutuan,” ujarnya.Katanya, pengunaan alat GPS dijangka dapat merekodkan penambahan baru pendaftaran jalan lebih kurang 3,000 hingga 4,000 kilometer (km) berbanding sasaran awal sebanyak 12,000 km untuk tahun ini.Menurut A. Rahman, dengan pembekalan drone yang berharga RM8,000 seunit dan GPS (RM2,500) seunit itu diharapkan akan meningkatkan prestasi kerja di setiap jabatan terlibat supaya perjalanan setiap projek dapat dipantau dengan lebih teliti dan berkesan bagi memastikannya berjalan sebagaimana jadual.“Penggunaan peralatan ini juga akan dikaji dari semasa ke semasa dan keputusan untuk tambah atau sebaliknya pada masa akan datang bergantung kepada hasil dari segi praktikal yang memuaskan,” ujarnya.
06 May 17
290
Empty Image
Peruntuk RM6 Juta Bina Tiga Pusat Dialisis
Terengganu  memperuntukkan RM6 juta bagi pembinaan tiga pusat dialisis baharu yang dijangka siap tahun ini.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Mohd Iskandar Jaafar, berkata penempatan pusat rawatan baharu itu melibatkan kawasan Seberang Takir,  Telaga Mengkudu dan Kuala Berang.Katanya, Terengganu merupakan negeri yang tertinggi dari segi kadar pesakit buah pinggang yang perlukan rawatan terutamanya hospital."Kita mempunyai 1,228 pesakit buah pinggang yang dikategori kritikal yang memerlukan rawatan dialisis."Kebanyakan pesakit merupakan golongan yang tidak berkemampuan dan kita juga kekurangan pusat dialisis untuk menampung keperluan mereka,"katanya.Beliau ditemui pemberita ketika merasmikan Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia dan Karnival Perubatan 2017 Negeri Terengganu di Dataran Kuala Berang, hari ini.Menurutnya, setakat ini, terdapat lapan pusat hemodalisis beroperasi di seluruh Terengganu."Tiga daripadanya di bawah seliaan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu dan Jabatan Kesihatan Negeri.Semoga pertambahan ini akan memberi keselesaan kepada pesakit yang memerlukannya,"kata Mohd Iskandar.Mohd Iskandar juga berkata, sebanyak RM6 juta telah dibelanjakan untuk 3,426 pesakit pada tahun lepas dan 60 peratus daripadanya pengidap penyakit buah pinggang."Pada tahun ini,kerajaan negeri dah belanjakan lebih daripada RM2 juta sejak Januari hingga April dari Tabung Darul Iman dan tidak mustahil perbelanjaan ini meningkat jika masyarakat tidak menjaga kesihatan mereka."Jaga pemakanan,jaga kesihatan dan hargainya kerana ianya satu anugerah yang cukup berharga malah harus berterima kasih kepada Jabatan Kesihatan yang sediakan program penjagaan kesihatan."Saya juga ingin sarankan kepada syarikat berkaitan kerajaan ( GLC) untuk sumbang bagi bina dan tampung kos atau peralatan untuk pusat hemodalisis yang masih kekurangannya,"katanya lagi.
06 May 17
44
Empty Image
Jambatan Pulau Sekati Bakal Dibuka Menjelang Ramadan Ini
Ahmad Razif menyampaikan sijil keahlian kepada seorang pemimpin Pertubuhan Kebajikan Amal Maaruf Pribumi, di majlis ramah mesra bersama keanggotaan KAMP itu, di Wisma Darul Iman, malam tadi.Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Jambatan Pulau Sekati, Manir bakal dibuka sebelum Ramadan ini, bagi menyelesaikan segera masalah kesesakan jalan raya pada musim perayaan dan cuti persekolahan.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, infrastruktur sepanjang tiga kilometer merentasi Sungai Terengganu membabitkan laluan Losong ke Pulau Sekati dan Teluk Pasu sudah siap sepenuhnya dan akan beroperasi dalam tempoh terdekat ini."Insya-Allah sebelum bulan puasa akan dibuka kepada orang ramai."Jambatan yang akan dibuka dahulu di Pulau Sekati, manakala jambatan Banggol Tuan Muda, Teluk Pasu akan dibuka sebelum Hari Raya. Ini jaminan yang kontraktor berikan kepada kerajaan negeri,"katanya.Beliau berkata demikian kepada media sejurus menghadiri Majlis Ramah Mesra Ahli Pertubuhan dan Penyerahan Sijil Keahlian Pertubuhan Kebajikan Amal Maaruf Pribumi (KAMP), di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Dato' Mohd Sabri Alwi.Ahmad Razif berkata, jambatan itu sudah diuji dan semua dalam keadaan baik serta mematuhi spesifikasi.Tambahnya, pihaknya akan menentukan tarikh sebenar pembukaan jambatan itu secara rasmi dan jika tidak sempat dalam waktu terdekat, mungkin dibuka pada Ramadan pula.
04 May 17
201
Empty Image
Peruntuk RM10.9 Juta Hasil Tukun Tiruan
Kementerian Pertanian dan Asas Tani (MOA) melalui Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) memperuntukkan RM10.9 juta bagi pembangunan tukun tiruan di negeri ini sejak 2006.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata pembangunan tukun tiruan di 27 tapak melibatkan 1,147 unit tukun itu ditempatkan di Ma Daerah, Rantau Abang, Jambu Bongkok, Kuala Marang, Pulau Bidong, Pulau Kapas, Kuala Terengganu, Teluk Ketapang, Setiu, Besut dan Pantai  Merchang.Katanya, Lokasi tukun yang dilabuhkan itu pastinya menunjukan impak positif kepada biodiversiti marin.“Ini terbukti apabila pelbagai spesis ikan semakin bertambah daripada 15 kepada 109 spesis sejak pelbagai tukun tiruan dilabuhkan DOF. “Pada masa sama memberi manfaat kepada 6,500 nelayan di Terengganu kerana berjaya mengurangkan aktiviti pencerobohan nelayan pukat tunda di kawasan tangkapan,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas melepaskan tukun "Rig to Reef" di Pulau Kapas, Marang, hari ini.Turut hadir Presiden PAS, Dato’  Seri Abdul Hadi Awang; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof dan Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Zawawi Ali.Shabery turut memberitahu, berdasarkan kajian DOF telah membuktikan bahawa pembangunan tukun tiruan itu dapat meningkatkan  jumlah pendaratan ikan yang dianggarkan 50,000 hingga 80,000  tan metrik setahun .“Jumlah itu membabitkan enam jeti pendaratan utama iaitu  Kuala Besut, Chendering, Marang, Kuala Kemaman, Kuala Dungun dan Pulau Kambing,”katanya.   
04 May 17
265
Empty Image
Pemimpin UMNO dan PAS Duduk Sepentas Di Marang
Shabery bersama Abdul Hadi ketika sarapan pada   majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Jabatan Perikanan dan Petronas di Dataran Marang, Marang,  hari ini. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail“Pemimpin UMNO dan PAS boleh duduk di pentas yang sama  untuk menyelesaikan masalah rakyat dan tidak akan menjadikan perbezaan fahaman politik sebagai alasan.“Apa yang diperkatakan itu boleh dilihat hari ini dan juga sebelum ini,  pimpinan kerajaan berdiri di atas satu platform dengan pimpinan PAS demi menyelesaikan masalah nelayan khususnya di daerah ini,”kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek,Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Tukun Tiruan "Rig To Reef" dan Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) antara Jabatan Perikanan dan Petronas di Dataran Marang, Marang,  hari ini.Shabery berkata, pimpinan atasan parti politik sudah menunjukkan contoh bahawa kepentingan rakyat di peringkat akar umbi mengatasi perbezaan politik."Kita boleh lihat beberapa kali Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak boleh berada di atas pentas sama bersama Presiden PAS, Dato’  Seri Abdul Hadi Awang atas isu Rohingya."Tetapi yang sukar ialah untuk merapatkan hati-hati di kalangan kita rakyat di peringkat bawah tetapi ini menjadi (kenyataan) pada hari ini," katanyaTurut hadir Abdul Hadi; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan, Perladangan da Komoditi Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof; Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Negeri, A Latiff Awang merangkap Ketua UMNO bahagian Marang dan Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Zawawi Ali.Ahmad Shabery dan Abdul Hadi kemudian menaiki bot bersama rombongan ke perairan Pulau Kapas menyaksikan kerja-kerja menurunkan tukun tiruan dan bubu.Sementara itu, Ahmad Shabery berkata, kerjasama antara Jabatan Perikanan Negeri dengan PETRONAS merangkumi usaha melabuhkan tukun tiruan daripada pelantar minyak terpakai di perairan perikanan Malaysia, yang mana konsep itu dikenali sebagai "Rig to Reef"."Kerjasama dengan PETRONAS adalah permulaan yang baik bagi usaha meningkatkan pendapatan nelayan," katanya.
03 May 17
269