lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
RM100,000 Hadiah Buat Pesara Guru Untuk Bulan Madu Kedua
Kerajaan negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM100,000 kepada Persatuan Pesara Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (PPPPPM) Cawangan Terengganu untuk mengadakan kursus 'Second Honeymoon' pada tahun ini.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata,  peruntukan melibatkan sepuluh siri kursus kepada warga pesara guru menerusi penyelarasan Unit Transformasi Terengganu Baharu (TTB).Jelasnya, program berbentuk kursus 'Second Honeymoon' amat bagus kerana boleh merapatkan hubungan antara satu sama lain di samping mencetuskan idea-idea baru dengan pengalaman sebagai bekas guru."Jangan anggap bila dah bersara,hilang segalanya dan sebab itulah matlamat utama program ini untuk guru-guru pencen boleh muhasabah diri bahawa mereka amat penting dalam organisasi dan masyarakat hari ini."Lebih-lebih lagi mereka ini adalah sebahagian orang yang boleh menjadi contoh kepada guru-guru muda dan generasi baru bahawa walaupun telah lama meninggalkan kerjaya perguruan,mereka tetap menyumbangkan khidmat kepada masyarakat dengan cara tersendiri seperti hari ini,"kata Ahmad Razif.Beliau berkata demikian ketika berucap di Kursus 'Second Honeymoon' di Kompleks Desa Taqwa,Kuala Telemong, malam tadi.Turut hadir Pengarah Sekretariat Transformasi Terengganu Baru (TTB),Che Mansor Che Kerma dan Timbalan Pengerusi PPPPPM Cawangan Terengganu, Dato' Ahmad Che Hamid.Seramai 120 peserta PPPPPM mengikuti kursus tiga hari dua malam  dengan pelbagai pengisian menarik seperti ceramah keagamaan, isu-isu semasa dan pelbagai slot menarik dengan penceramah jemputan.Abdullah Mamat  Bersama Isteri  Wan Kamariah Wan OsmanSeorang peserta, Abdullah Mamat,61,dari Kampung Teluk Pasu berkata dia bersama-sama isteri Wan Kamariah Wan Osman, 58, teruja mengikuti kursus itu  kerana tertarik dengan pengisian program selama tiga hari dua malam yang amat menarik dan santai."Hampir dua pertiga masa saya dihabiskan dengan dunia perguruan dan kurang masa bersama keluarga kerana lebih mementingkan kerjaya.Dengan adanya kursus seperti ini,saya seperti mendapat kembali masa yang telah hilang dulu."Di samping itu,saya seolah dapat meneruskan semula kerjaya sebagai guru secara tidak langsung apabila bertemu semula dengan rakan-rakan lama dan di sini kami sedar bahawa jiwa pendidik tidak pernah hilang dalam diri setiap orang termasuk saya sendiri,"kata Abdullah.Abdullah berkata, program seperti itu juga membolehkannya merancang aktiviti sepatutnya sebagai pesara guru di samping membantu pendidikan secara tidak langsung dan lebih bebas bergerak mengikut aspek kepakaran yang ada.
14 May 17
528
Empty Image
Otai Belia Digesa Tubuh Persatuan Baharu
Ahmad Razif menyampaikan cenderahati kepada peserta di Program Ramah Mesra Otai Belia Bersama YAB Menteri Besar di Verandah Restoran, Duyong & Marina Pulau Duyong, Kuala Nerus. Foto oleh Tengku  Syamim Tengku IsmailBekas-bekas pemimpin dan ahli belia di Terengganu disarankan bergabung bagi membentuk satu persatuan baharu sebagai platform khusus bagi melaksanakan lebih banyak aktiviti kemasyarakatan dan membantu Kerajaan Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerajaan masa kini.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman menggesa bekas belia yang turut menggelarkan kumpulan mereka sebagai otai belia supaya menggunakan kemahiran dan pengalaman bagi membawa rakan yang lain supaya menyokong agenda dan kepimpinan negeri di bawah Kerajaan BN.“Saya melihat otai belia ini perlu mempunyai platform khas yang dapat menghimpunkan mereka selaku bekas-bekas pemimpin dan ahli belia supaya dapat meneruskan bakti. Apa yang paling mustahak adalah `engagement’ di kalangan ahli itu sendiri dan mungkin mereka boleh menjalankan aktiviti kemasyarakatan di mana-mana kawasan yang memerlukan, melawat rakan-rakan yang sakit dan sebagainya.“Tidak mustahil gabungan mereka yang berpengalaman ini dapat menjadikan mereka sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang kuat dan memberi manfaat secara tidak langsung kepada ahli dan masyarakat di negeri ini khasnya,”katanya.Beliau berkata demikian dalam Program Ramah Mesra Otai Belia Bersama YAB Menteri Besar di Verandah Restoran, Duyong & Marina Pulau Duyong, Kuala Nerus, semalam.Turut hadir, bekas-bekas pemimpin belia sejak era 80-an termasuk Dato’ Hashim Mamat, Dato’ Abdul Rahman Bakar, Dato’ Zubir Embong, Dato’ Sheikh Harun Sheikh Ismail dan Othman Endut, selaku penyelaras program.Hadir sama, Pengerusi Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Terengganu, Rosdi Mohd Zain dan Pengerusi Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Negeri Terengganu, Amirullah Othman.Ahmad Razif juga mahu pertubuhan belia hari ini supaya menteladani budaya kerja bekas belia terdahulu apabila mereka menjalankan kerja sosial dan kebajikan tanpa mengharapkan balasan wang ringgit melainkan mahu berbakti kepada masyarakat serta seronok dengan aktiviti itu semata-mata.“Sejarah belia dahulu, jika buat `banner’pun tulis sendiri menggunakan cat dan kalau ada jamuan masak sendiri, berikutan semangat berpesatuan dan kekangan sumber kewangan pada masa itu. Dahulu kita serba kekurangan, membuat surat dan kertas kerja pun menggunakan mesin taip. "Semuanya menggunakan kekuatan dalaman dan tidak mengharapkan bantuan dari luar. Malah, dahulu juga belia berupaya membuat kertas kerja bagi mendapatkan aset termasuk membina wisma sendiri. Dahulu juga pertubuhan Belia  4B dan MAYC saling bersaing secara sihat untuk memastikan ada pemimpin masing-masing mendapat pengiktirafan di peringkat Pusat,”katanya.Dalam pada itu, beliau berkata, belia menjadi satu medan yang memiliki asas kekuatan bagi melahirkan golongan belia sebagai aset utama kepada jentera kerajaan memperjuangkan agenda kerajaan.
14 May 17
215
Empty Image
Kemas Berperanan Elak Insiden 1999 Berulang - Ahmad Razif
Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) berperanan sebagai jentera yang akan sentiasa membantu dan memperkuatkan Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) khususnya bagi berdepan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berharap supaya Kemas Negeri yang diketuai oleh Pengarahnya, Dr Faridah Mat dapat memperkukuhkan fungsinya bagi mengelak berulang tsunami politik pada 1999 (PRU10) apabila BN Terengganu tumbang berikutan ramai yang berpaling tadah dan termakan hasutan pembangkang.“Alhamdullilah dengan kekuatan yang kita bina akhirnya BN dapat menguasai semula  pada 2004. Kita juga nampak perkara ini sudah mula menampakkan hasilnya dan perkembangan terbaharu apabila Presiden Pas Dato’Seri Abdul Hadi Awang ketika Majlis Syura Ulama Pas, baru-baru ini  membuat keputusan  supaya ikatan antara Parti Keadilan Rakyat (PKR)  dengan Pas terlerai (berpecah), pada Jumaat lalu.“Jadi ini menunjukkan bahawa Pas kini sudah sedar tentang apa sebenarnya matlamat-matlamat parti yang pernah bersekongkol dengannya sebelum ini terutamanya DAP. Majlis Syura Ulama PAS pada 11 mei lalu sebulat suara mengambil keputusan untuk menamatkan tahaluf siyasi dengan PKR secara serta-merta,” katanya ketika berucap pada program Karnival Semarak Desa Daerah Kuala Nerus di Kampung Telaga Daing, Kuala Nerus, semalam.Ahmad Razif yang juga Menteri Besar berkata, langkah Pas itu seharusnya menjadi iktibar kepada bekas pemimpin UMNO yang berpaling tadah supaya meneliti semula keputusan mereka untuk  tidak sama sekali bersekongkol dengan pihak pembangkang bagi menjatuhkan BN dan UMNO.Beliau juga memuji tindakan pemimpin Pas yang kini dilihat semakin berminat untuk menjalin kerjasama dengan UMNO terutama dalam agenda membangunkan Islam dan Melayu.“Mana pernah kita lihat sebelum ini seorang permimpin utama, Presiden Pas Dato’ Seri Abdul Hadi Awang bersama-sama dengan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek, Exco Negeri, A Latiff Awang dan Dato’Muhammad Pehemi Yusoff hadir (pada majlis) meletakkan tukun di perairan Marang, baru-baru ini. "Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak juga berulang kali mempelawa pihak yang bersama dengan Islam termasuk Pas untuk bersama-sama dengan UMNO melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin Islam di bumi Allah ini...kita nampak ia semakin membuahkan hasil," katanya.
14 May 17
296
Empty Image
SKMM Minta Hati-hati Guna Aplikasi Islamik Dalam Telefon Pintar
Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia(SKMM)menasihatkan pengguna telefon pintar yang meragui isi kandungan aplikasi islamik yang terdapat dalam portal agar membuat laporan kepada pihak berkuasa sebelum menggunakannya.Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, Dato' Jailani Johari berkata, kementeriannya akan bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(Jakim)bagi membuat pengesahan berhubung kesahihan aplikasi yang dilaporkan.Jelasnya,sumber aplikasi ini boleh didapati dengan mudah di 'Google Play' serta 'Apple Store' dan tidak mustahil pengguna terlepas pandang akan kesahihannya."Kepada pengguna kalau kita hendak tahu kepastiannya kita merujuk kepada pihak yang berkaitan, sama ada dari segi ayat Qursi atau pun ayat-ayat berkaitan dengan agama memanglah kita boleh belajar dengan mudah menerusi internet tetapi elok juga kita rujuk kepada pakar sama ada laman sesawang tersebut  disah ataupun tidak."Tapi dipihak kementerian melalui SKMM kita memang sentiasa bekerjasama sekiranya kita dimint oleh mana-mana pihak untuk mengesahkan perkara ini betul atau tidak kita akan buat rujukan kepada pihak yang berkaitan,”kata Jailani kepada pemberita.Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program MCMC Care Empowering Di Dataran Kuala Berang, Hulu Terengganu, hari ini.Turut hadir, Ketua Bahagian Pengurusan Modal Insan Dan Pembangunan Kompetensi SKMM, Khaneeza Khalid dan Ketua Bahagian Koordinasi Wilayah SKMM, Ahmad Nor Hisyam Mohd Yusop.Menurutnya, kandungan aplikasi perlulah benar seperti aplikasi ayat al-Quran digital dari segi tanda bacaan dan susunan ayat serta kesahihan hadis yang boleh menjejaskan fahaman umat Islam."Sekiranya pihak kami mendapat aduan dan disahkan palsu oleh pihak berkaitan, SKMM tidak teragak-agak untuk ambil tindakan sewajarnya mengikut peraturan dan akta sedia ada."Pihak SKMM telah mewujudkan satu laman "SEBENARNYA.MY" sejak Mac lalu untuk orang ramai memeriksa kebenaran maklumat yang tular di internet dan portal secara online,"katanya.Menurut beliau lagi, portal ini diwujudkan bagi menangani masalah penularan  berita palsu di Malaysia.
12 May 17
83
Empty Image
TPM Ziarah Keluarga Arwah Zakari Di Kampung Gaung
Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menziarahi keluarga bekas Ketua Pemuda Bahagian Hulu Terengganu, Allahyarham Zakari Ali di Kampung Gaung, Kuala Berang, hari ini.Beliau tiba di kediaman arwah yang juga sahabat karibnya,  pada jam 12.10 tengahari sempena lawatan kerja rasmi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Limbat, Marang.Zahid kemudiannya menyertai majlis tahlil secara tertutup selama 20 minit di kediaman arwah sebelum bertolak ke Padang Bola Gelugur Kedai, Kuala Terengganu.Sebelum itu, helikopter yang membawa beliau selamat mendarat di Padang Akademi Bomba Wakaf Tapai, kira-kira jam 11.35 pagi.Turut mengiringi beliau, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd  Rahman,Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Dato' Jailani Johari,Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Dato' Tengku Putera Tengku Awang.Hadir sama ADUN Ajil,Ghazali Taib, ADUN  Telemong, Dato' Rozi Mamat dan pemimpin setempat.Allahyarham Zakari, 63, yang juga Pengerusi Sahabat Setia UMNO Hulu Terengganu merangkap Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Hulu Terengganu  meninggal dunia akibat penyakit saraf dan jangkitan kuman pada Sabtu lalu, ketika menjalani rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah(HSNZ), Kuala Terengganu
12 May 17
106
Empty Image
UMNO Kekal Relevan Untuk Rakyat
Presiden UMNO, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak memberitahu UMNO kekal relevan sehingga ke hari ini berikutan sentiasa berpegang kepada asas perjuangan parti yang berpaksikan Islam dan Bumiputera untuk seluruh rakyat di negara ini. Katanya, sejak penubuhan parti yang sudah berusia 71 tahun itu, UMNO turut berpegang kuat kepada dasar perjuangan yang sesuai dengan zaman selain mempunyai visi dan tindakan untuk memajukan bangsa dan negara."Kita berjuang bukan untuk ahli UMNO sahaja, malah untuk semua rakyat tidak kira kaum, agama dan keturunan.“Kita perjuangkan pembangunan untuk siapa? untuk rakyat Malaysia, kita jaga keselamatan untuk siapa? untuk rakyat Malaysia, kita tegakkan perpaduan untuk siapa? untuk rakyat Malaysia,” katanya.Beliau yang juga Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 150,000 anggota UMNO pada acara perhimpunan raksasa bersempena sambutan Hari UMNO ke-71 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, malam ini.Perdana menteri juga menegaskan bahawa UMNO bukan parti perkauman dan bukan parti pelampau, malah ia sanggup bekerjasama dan berkongsi kuasa dengan rakan-rakan dalam parti komponen Barisan Nasional (BN) yang mewakili seluruh rakyat di negara ini.
11 May 17
85
Empty Image
Maidam Anjur Buka Puasa, Sahur Sepanjang Ramadan
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) akan menganjurkan majlis berbuka puasa dan bersahur di semua hospital seluruh negeri sepanjang Ramadan ini.Yang Dipertua Maidam, Dato’ Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata, Maidam hanya bertanggungjawab sebagai penyelaras program pengagihan makanan dan minuman yang akan mengutamakan penjaga pesakit itu dan segala perbelanjaan untuk menyediakan juadah adalah menerusi sumbangan orang ramai.“Dalam usaha membudayakan orang berpuasa memberi makan kepada orang yang berpuasa sebagaimana saranan Rasulullah SAW, Maidam tidak akan menggunakan duit zakat untuk tujuan ini, sebaliknya bergantung kepada sumbangan orang ramai sepenuhnya.“Lebih kurang seminggu sebelum puasa, tabung-tabung untuk membolehkan orang ramai menghulurkan sumbangan akan diletakkan di merata tempat termasuk masjid dan juga hospital,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Zakat perniagaan oleh Telekom Malaysia (TM) Terengganu kepada Maidam di Pejabat Maidam, hari ini.Turut hadir, Pengurus Besar Negeri TM Terengganu, Hamidun Ismail.Menurut Shaikh Harun, selain memberi galakan kepada masyarakat untuk menghulurkan sumbangan, program ini secara tidak langsung membuka ruang kepada jabatan kerajaan mahu pun swasta yang ingin menjalankan tanggungjawab sosial khususnya pada bulan yang mulia ini.“Diharapkan seluruh masyarakat dan semua jabatan di negeri ini mengambil peluang untuk meringankan beban mereka yang memerlukan sekali gus mengimarahkan lagi sambutan Ramadan,” ujarnya.
10 May 17
25
Empty Image
TM Terengganu Serah Zakat Perniagaan RM225,141
Hamidun menyerahkan replikat cek zakat perniagaan TM Terengganu berjumlah RM225,141 kepada Shaikh Harun yang mewakili Maidam di Pejabat Maidam, hari ini. Foto oleh: Tg Mohd Syamim Tg IsmailTelekom Malaysia (TM) Terengganu menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM225,141 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam). Penyerahan replika cek zakat tersebut disempurnakan oleh Pengurus Besar Negeri TM Terengganu Hamidun Ismail kepada Yang Dipertua Maidam, Dato’ Shaikh Harun Shaikh Ismail.Hamidun memberitahu, zakat perniagaan yang diserahkan TM Terengganu itu selepas mengambil kira keuntungan daripada hasil perniagaan sepanjang 2016.“Alhamdulillah, jumlah sumbangan zakat perniagaan TM Terengganu setiap tahun sepanjang tempoh lima tahun terakhir ini semakin meningkat. “Saya percaya ini berkat pelanggan TM sendiri, Insya-Allah kita akan manfaatkan segala perbelanjaan yang dibuat oleh mereka, untuk kita keluarkan lebih banyak lagi zakat pada masa akan datang,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan TM Terengganu kepada Maidam di Pejabat Maidam, hari ini.Jumlah zakat perniagaan yang diserahkan oleh TM Terengganu kepada Maidam sebanyak RM128 ribu pada 2014 dan meningkat kepada RM179 ribu pada 2015.
10 May 17
658
Empty Image
Rumah Baharu Untuk Mangsa Kebakaran Kampung Kua
Kerajaan negeri akan meluluskan peruntukan membina rumah baharu bernilai RM40,000 kepada mangsa kebakaran Wok Abdullah, 63, di Kampung Kua, Ajil,Hulu Terengganu dalam masa terdekat.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi ,Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, peruntukan itu akan diluluskan segera memandangkan rumah dan kedai tersebut musnah 100 peratus dalam kebakaran semalam."Sebagai langkah drastik, saya mohon pihak Pejabat Daerah Hulu Terengganu melihat keperluan yang perlu untuk pembinaan dan berbincang dengan mangsa bagi pemilihan tapak rumah baharu itu."Seterusnya, saya juga akan minta pihak Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu  (Maidam) untuk beri beberapa bantuan yang perlu dalam membantu mangsa memulakan perniagaannya kembali. Ini juga sya akan bincang dengan pihak Maidam nanti,"kata Ghazali.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat mangsa kebakaran di Kampung Kua, Ajil, hari ini.Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Zamri Omar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 7.54 malam dan bergegas ke lokasi kejadian menaiki sebuah jentera dengan kekuatan 10 anggota.Tambahnya lagi, pihaknya turut menerima bantuan jentera bersama enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai, Marang serta empat anggota pasukan Bomba sukarela Felda Bukit Bading sebelum api dapat dipadamkan sepenuhnya kira-kira jam 9.50 malam dalam kejadian yang memusnahkan keseluruhan sebuah rumah dan sebuah kedai."Namun punca kejadian serta jumlah kerugian sebenar masih dalam siasatan,"katanya.
10 May 17
375
Empty Image
200 Anak Perantau Besut Berkumpul Di Pantai Morib, Selangor
Semangat kekeluargaan dan persaudaraan  sebagai perantau mampu menjalin ikatan yang kuat dan merapatkan lagi hubungan silaturahim antara satu sama lain.Perhimpunan Hari Keluarga Anak Perantau Besut di Pantai Morib, Selangor, boleh menjadi ukuran betapa kukuhnya semangat persaudaraan peserta terbabit.Program anjuran Komuniti Anak Perantau Besut (KAPB) dihadiri 200 peserta berjaya mendekatkan hubungan persaudaraan ketika berada di rantau orang.Program separuh hari itu dirasmikan oleh Penaung KAPB, Zahari Mat yang juga Pegawai Kebudayaan dan Kesenian, Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur.Sempena program itu, pelbagai acara menarik termasuk sukaneka untuk kanak-kanak dan dewasa yang berjaya menarik perhatian peserta.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Nawi Mohamad memberi sokongan terhadap penganjuran program itu dengan menyampaikan sumbangan kepada KAPB.Nawi yang juga Ketua UMNO Bahagian Besut, memuji usaha yang dilakukan pihak penganjur kerana menerusi program berkenaan berjaya mengumpul sebahagian besar warga Besut yang tinggal di Lembah Kelang.
09 May 17
153