lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Terengganu Unik, Mempesonakan - Peserta Kembara Media Negaraku 2017
Peserta Kembara Media Negaraku 2017 bergambar kenangan di tapak projek pembinaan Jambatan Angkat, komponen pembangunan Pusat Bandar Kuala Terengganu (KTCC) sempena lawatan tiga hari ke Terengganu, berakhir hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailPeserta Kembara Media Negaraku 2017 menikmati keseronokan dan teruja dapat melawat pelbagai lokasi serta menikmati makanan berbeza yang disediakan sepanjang tiga hari di Terengganu.                                                                                                                                                            Seorang peserta, Muhammad Rizal Redzuan yang juga Editor Tugasan Malaysiaaktif berkata, lawatan ke Terengganu sangat mengujakannya kerana dapat menjalinkan 'networking' baru dengan rakan media daripada pelbagai agensi sama ada media cetak dan elektronik."Pelbagai pengalaman baru dapat diterokai bersama peserta termasuk melawat Rumah Komuniti di Besut yang berharga RM20,000 dan hanya mengambil masa 10 hari. Rumah seumpama itu adalah yang pertama di Malaysia.Sementara bagi Suraida Roslan dari Utusan Borneo Sabah yang pertama kali berpeluang menjejakkan kaki ke Terengganu, berasa cukup teruja dengan kebudayaan dan tradisi masyarakat di sini."Seperti semalam, kami dibawa menikmati ICT (ikan celup tepung) di Warung Pok Nong, (Mengabang Telipot), ternyata makanan berasaskan laut itu mula menambat hati saya." Selain itu, pembangunan di Terengganu juga unik dan mempesonakan. Pagi tadi, kami melawat pembangunan KTCC, drawbridge yang sangat 'amazing' ala-ala London Bridge yang pastinya akan memberi kemajuan berganda kepada Terengganu,"katanya.Kembara Media Negaraku 2017 Negeri Terengganu sepanjang tiga hari bermula semalam sehingga 17 Mei ini bertujuan memasarkan maklumat menerusi promosi dan publisiti mengenai usaha dan kejayaan kerajaan dalam pelaksanaan dasar serta perkhidmatan kepada rakyat.Siri kedua tahun ini selepas yang pertama di Sabah pada 23 hingga 26 Mac lalu melibatkan 24 pengamal media dari 14 agensi media termasuk Sabah dan Sarawak.Kembara bermula dengan lawatan projek rumah komuniti di Kampung Kenak, Besut sebelum peserta akan dibawa meninjau perkembangan projek mencegah hakisan pantai di Pantai Tok Jembal.Sementara hari terakhir hari ini, peserta melawat tapak serta mendengar taklimat oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur mengenai pembangunan jambatan angkat (drawbridge)  yang menghubungkan Muara Selatan di Kuala Terengganu dan Muara Utara di Seberang Takir, Kuala Nerus, sebelum mereka meninjau perusahaan madu kelulut dalam bandar Komuniti 1Malaysia Batu Buruk.
17 May 17
142
Empty Image
1,034 Anak Yatim Dapat Bantuan Pakaian Raya
Seramai 1,034 anak yatim membabitkan sekolah rendah dari Kuala Terengganu  dan Kuala Nerus serta pelajar Asrama Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Negeri Terengganu (Perkaya) menerima sumbangan pakaian hari raya.Mereka terdiri daripada 495 murid tahun tiga dan 495 murid tahun enam dari 82 buah sekolah rendah disamping 523 pelajar dari Perkaya Marang, Besut, Kuala Terengganu dan Dungun.Majlis Penyampaian Sumbangan Pakaian Raya itu disampaikan isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama Yang Dipertua Perkaya, Prof Dato Dr. Tengku Mahmud Mansor.Program sumbangan pakaian hari raya itu merupakan aktiviti tahunan Perkaya ntuk membantu anak-anak yatim piatu di seluruh negeri sempena Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.Seorang penerima Ayu Kartika Azhar, 12, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Tok Beng, Kuala Nerus gembira dengan sumbangan itu dan mahu menghadiahkan pakaian tersebut kepada adiknya, Nur Amirka Wahida, 11, yang juga Orang Kurang Upaya (OKU).Katanya, dia dan adik sudah ada baju jubah raya yang ibu saudara hadiahkan jadi saya akan bagi kain pasang itu dekat adik .“Adik yang cacat kedua-dua anggota kaki sejak lahir  pasti suka dengan hadiah ini dan percaya adik mahu dijadikan baju gaun.“Tidak sabar untuk raya dan pakai baju baru walaupun kami hanya meraikan dalam  serba kekurangan,” katanya.Ibu Katika meninggal dunia ketika  pada 2012 sebab demam manakala ayah mengalami sakit tulang belakang akibat kemalangan..
16 May 17
452
Empty Image
Permohonan Perkahwinan Perdana 2017 Dibuka Mulai Hari Ini
Permohonan mengikuti Program Perkahwinan Perdana anjuran Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) yang dijadualkan berlangsung 16 September hadapan mula dibuka hari ini.Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud berkata, pemohon boleh memuat turun borang melalui portal http://www.ypkt.gov.my/ mulai 17 Mei dan borang yang telah lengkap diisi perlu diserahkan kepada ibu pejabat YPKT atau di pejabat YPK kawasan masing-masing sebelum tarikh tutup 16 Julai ini.Menurut beliau, Program ‘Keluarga Generasi Transformasi Terengganu Baharu (TTB): Perkahwinan Perdana’ kali kedua dianjurkan ini merupakan inisiatif kerajaan negeri dalam membentuk keluarga Generasi TTB bertepatan dengan Prinsip ketiga TTB “Keluarga Bahagia, Rakyat Sejahtera”.“Program cetusan idea Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman ini bertujuan, antara lain membantu golongan muda memudahkan dan meringankan bebanan ahli keluarga untuk melaksanakan majlis perkahwinan,” ujarnya pada sidang media program tersebut di Wisma Darul Iman, semalam.Katanya, kejayaan Program Perkahwinan Perdana yang melibatkan 217 pasangan pengantin tahun lalu diteruskan lagi tahun ini dengan peruntukan RM1.6 juta dan menyasarkan 480 pasangan.“Sebanyak 60 pasangan disasarkan untuk setiap daerah sempena 60 tahun kemerdekaan negara dan majlis ijab kabul akan diadakan secara serentak pada sambutan Hari Malaysia nanti,” ujarnya.Katanya, syarat untuk program tahun ini juga sama seperti tahun lepas antaranya pasangan atau seorang daripada mereka adalah rakyat negeri Terengganu dan perkahwinan itu adalah kali pertama.“Kriteria pemilihan peserta program ini juga telah dilakukan beberapa penambahbaikan antaranya had umur pemohon ditambah daripada 18 hingga 30 tahun kepada 18 hingga 35 tahun.“Dan had pendapatan ibu bapa pemohon pada tahun lalu RM3,000 telah dinaikkan kepada RM5,000, ” katanya.
16 May 17
27
Empty Image
Peluang Pekerjaan Jadi Aspirasi Orang Muda
Peluang pekerjaan yang mencukupi untuk orang muda merupakan antara aspirasi paling popular yang disuarakan oleh golongan belia Terengganu sepanjang dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50), kata Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat.Beliau  sebagai moderator dialog itu, berkata sesi dialog TN50 yang dilaksanakan setiap daerah mengikut arahan Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia akan membincangkan mengenai aspirasi, cadangan dan harapan golongan belia bagi membantu serta memperkasakan hala tuju negara mencapai TN50.Jelasnya lagi, program dialog dan pengumpulan aspirasi TN50 kini memasuki fasa ke empat di Hulu Terengganu yang akan diteruskan dengan penglibatan keseluruhan daerah di negeri ini dan dijangka berakhir sebelum bulan Ramadan ini."Setakat ini, saya berpuas hati kerana ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada golongan anak muda."Sebahagian besar golongan anak muda di peringkat akar umbi memberi maklum balas yang amat bagus, cadangan dan sebagainya untuk kita realisasikan konsep TN50 di peringkat daerah kita sendiri, bukan sahaja di peringkat nasional,"kata Rozi.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Transformasi Nasional 2050 (TN50) Peringkat Daerah Hulu Terengganu di Dewan Besar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Diman, Ajil, malam tadi.Turut hadir sebagai ahli panel TN50, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil.Program TN50 yang dianjurkan oleh Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Hulu Terengganu dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu mendapat sambutan hangat dengan kehadiran lebih 300 belia daripada pelbagai agensi dan persatuan.Wakil Badan Gabungan Persekutuan Pengakap Malaysia Hulu Terengganu, Idayu Abdul Alias Bakar,38, berkata dengan berdialog, ia membuka peluang yang diimpikan oleh sesetengah golongan dan dengan harapan dapat didengar oleh pihak atasan."Melalui TN50, saya harap suara kita didengari, impian kita di peringkat akar umbi akan menjadi satu kenyataan,"katanya.Manakala wakil Badan Gabungan Majlis Belia Felda Hulu Terengganu, Mohd Khairil Sabri berpendapat TN50 adalah satu medan penyampaian suara dan hasrat orang muda kepada kerajaan."Contohnya hasrat belia Felda di Hulu Terengganu...apa yang kita nak ada di daerah ini melalui konsep pembinaan atau konsep satu transformasi pendidikan,hak-hak perniagaan atau hak-hak yang seiring dengan kehendak rakyat khasnya belia."TN50 adalah masa depan belia hari ini,apa yang kami suarakan pada hari ini ketika ini bakal tercatat sebagai salah satu perlaksanaan menjelang 2050.Syabas kepada kerajaan kerana dapat menerima pendapat dan merealisasikan lontaran idea kami semua,"katanya.
16 May 17
93
Empty Image
Guru Bertuah Terima Pakej Ibadah Haji Sempena Hari Guru
Seorang pendidik menerima hadiah paling bermakna dalam hidup apabila hasratnya ingin menunaikan ibadah haji tercapai dengan perkhabaran gembira yang dibawakan bekas pelajarnya yang juga Setiausaha Politik Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang berbesar hati menaja guru bekas Sekolah Menengah Agama Batu Rakit itu ke tanah suci tahun ini.Guru Bahasa Arab, Ustaz Syed Abd Hamid Syed Ali, 58 dari Kampung Teluk Ketapang ketika ditemui tidak menyangka, kunjungan Dato’ Jailani Ngah memberi khabar yang cukup mengembirakan buat dirinya apatah lagi hari ini adalah hari yang istimewa buat semua yang bergelar pendidik. "Pada mulanya saya hanya berbual dan menyatakan hasrat untuk menunaikan haji, dan saya tidak menyangka beliau terus menawarkan saya untuk menunaikan ibadah haji dengan menggunakan kuotanya pada tahun ini. "Hadiah ini adalah satu penghargaan yang saya sama sekali tidak pernah terfikir dan cukup bermakna buat diri saya. Pemberian ini juga adalah hidayah Allah kepada beliau yang datang mengunjungi saya dan memberikan apa yang Allah kehendaki," katanya.Sementara itu, Jailani berkata, sumbangan yang diberikan oleh gurunya tidak dapat dibalas kerana ia cukup besar dan bermakna buat dirinya. "Sempena sambutan hari guru hari ini saya berkesempatan menemui beberapa orang bekas guru saya yang mengajar di Sekolah Menengah Agama Batu Rakit yang kini dikenali Sekolah Pondok Moden Maidam. "Jasa dan pengorbanan mereka tidak dapat dibanding , jika setakat ziarah sebenarnya tidak cukup kerana sumbangan mereka cukup besar sekali. Menurut Jailani, beliau menawarkan gurunya pakej berkenaan secara percuma apabila bekas ustaznya itu menyatakan hasrat berkenaan kepadanya. "Pakej haji ini akan uruskan secara percuma dibawah Yayasan 1 Ummah yang diuruskan oleh saya sendiri dan ia adalah satu pemberian kecil sempena hari guru ini jika hendak dibandingkan dengan sumbangan beliau yang tidak terbalas itu," katanya. Sementara itu, pesara guru, Ismail Mohamad berkata, dia cukup terharu dengan kunjungan yang diberikan oleh bekas pelajarnya itu. "Tidak dinafikan saya memang seorang guru yang tegas sepanjang 36 tahun mengajar tetapi alhamdulillah penerimaan pelajar pada zaman dahulu cukup berbeza sekali berbanding zaman sekarang. "Jika dahulu walaupun guru itu tegas namun kami tidak pernah diambil tindakan berbanding masa kini. Malah hubungan pelajar dan guru cukup akrab sekali. Bagamanapun saya bersyukur kerana masih ada pelajar saya yang mengingati sumbangan dan jasa yang kami berikan berharap ia menjadi ikutan buat generasi masa kini," katanya.
15 May 17
70
Empty Image
Peluang Promosi Lokasi Menarik Di Terengganu - Mohd Zubir
Zubir berucap pada  Majlis Makan Malam Bersama TYT Duta-Duta Sempena Lawatan Familiarisation Ke Terengganu. Foto Harish Fadzillah KassimProgram kunjungan 18 duta sempena Lawatan Familiarisation Ke Terengganu memberi peluang kepada kerajaan negeri untuk mempromosi  pelbagai lokasi pelancongan dan menarik minat pelabur ke negeri ini.Sepanjang program tiga hari itu, berakhir esok (17 Mei) delegasi asing dibawa melawat ke tempat menarik, melihat pembuatan produk makanan dan barangan kraftangan di negeri ini.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, mereka cukup teruja apabila dibawa ke Tasik Kenyir, Santuari Gajah di Hulu Terengganu dan  Taman Tamadun Islam, Pasar Payang di Kuala Terengganu.“Usaha seumpamanya ini nyata dapat memberi gambaran jelas  kepada perwakilan asing yang terlibat mengenai sektor pelancongan, kesenian, kebudayaan dan pelaburan di negeri ini.“Pada masa sama boleh mempromosi kepada pihak lain, terutama agen pelancongan di negara masing-masing.,”katanya.Beliau berkata demikian selepas Majlis Makan Malam Bersama TYT Duta-Duta Sempena Lawatan Familiarisation Ke Terengganu di Duyong Marina Resort, Kuala Terengganu, malam tadi.Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang dan Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak.Zubir berkata, kadar tukaran mata wang asing yang dibawa oleh pelancong antarabangsa ke negeri ini dapat menjana ekonomi kepada masyarakat tempatan.“Kerajaan negeri berharap kerjasama bersama delegasi asing ini akan berterusan kerana pelbagai manfaat diperoleh,” katanya.Program julung kali diadakan anjuran Kementerian Luar  Negeri itu disertai duta dan ketua perwakilan negara antaranya dari Argentina, Belgium, Maldives, Kemboja, Finland, Fiji, Nigeria, Namibia dan Senegal.
15 May 17
133
Empty Image
JaPen Perhebat Program Penerangan Betulkan Persepsi Negatif Masyarakat
Peserta bergambar kenangan bersama tetamu kehormat yang  memeriahkan Majlis Makan Malam Kembara Media Negaraku 2017 Negeri Terengganu, di Hotel Primula Kuala Terengganu, malam tadi. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) akan memperhebatkan program ceramah dan penerangan kepada masyarakat bagi menangkis dan membetulkan persepsi negatif masyarakat terhadap kerajaan khususnya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Penerangan, Datuk Almain Ajirul berkata, ia penting bagi memastikan peranan jabatan berkenaan lebih efektif terutamanya dalam menyedarkan masyarakat supaya tidak menyebar dan berkongsi perkara yang tidak sahih menerusi media sosial, sekali gus dapat mengelak pengaruh serta kemudaratan terhadap masyarakat dan juga negara.“Kita juga mahu supaya orang ramai memanfaatkan inisiatif SKMM (Suruhanhaya Komunikasi Multimedia Malaysia) yang membangunkan portal SEBENARNYA.MY bagi mengesan kesasihan berita.“Portal itu antara lain dapat memberikan maklumat setempat yang tepat bagi menafikan berita-berita palsu yang terlalu mudah dikongsi oleh masyarakat Malaysia tanpa usul periksa,”katanya.Beliau berkata demikian di sidang media selepas menghadiri Majlis Makan Malam Kembara Media Negaraku 2017 Negeri Terengganu, di Hotel Primula Kuala Terengganu, malam tadi.Turut hadir, Setiausaha Politik Menteri Besar, Profesor Dr Rozailan Ibrahim.Kembara Media Negaraku 2017 Negeri Terengganu sepanjang tiga hari bermula semalam sehingga 17 Mei ini bertujuan memasarkan maklumat menerusi promosi dan publisiti mengenai usaha dan kejayaan kerajaan dalam pelaksanaan dasar serta perkhidmatan kepada rakyat.Siri kedua tahun ini selepas yang pertama di Sabah pada 23 hingga 26 Mac lalu melibatkan 24 pengamal media dari 14 agensi media termasuk Sabah dan Sarawak.Kembara akan bermula dengan lawatan projek rumah komuniti di Kampung Kenak, Besut sebelum peserta akan dibawa meninjau perkembangan projek mencegah hakisan pantai di Pantai Tok Jembal.Sementara esok, peserta dijadualkan melawat tapak serta mendengar  taklimat oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur mengenai pembangunan jambatan angkat (drawbridge)  yang menghubungkan Muara Selatan di Kuala Terengganu dan Muara Utara di Seberang Takir, Kuala Nerus, sebelum mereka meninjau perusahaan madu kelulut dalam bandar Komuniti 1Malaysia Batu Buruk.
15 May 17
38
Empty Image
MB Bersarapan Bersama Ketua Perwakilan Asing
Ahmad Razif dan isteri bergambar bersama ketua perwakilan asing di Duyong Marina & Resort Terengganu, pagi ini. Foto oleh: Zulkifli C.W. PutraDi sebalik kesibukan tugas, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman sempat meluangkan masa bersarapan bersama 18 orang ketua perwakilan asing di Duyong Marina & Resort Terengganu, pagi ini.Ketibaan duta-duta dari negara luar seperti Kanada, Turki, Afrika Selatan, Kenya, Uganda, Cuba, Republik Korea serta Nigeria itu adalah sempena lawatan ke Terengganu selama tiga hari bermula semalam.Menteri Besar tiba kira-kira 8.30 pagi bersama isteri To’ Puan Seri Halina Zakariadiiringi Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Rosman Roslan dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Zainal Abidin Hussin.Ahmad Razif meluangkan masa kira-kira 30 minit beramah-mesra dan bersarapan bersama para kedutaan. Beliau turut menyampaikan cenderahati kepada delegasi berkenaan yang akan meneruskan lawatan hari ini dengan melawat beberapa lokasi menarik dan bersejarah di Terengganu antaranya Taman Monumen di Taman Tamadun Islam, Muzium Negeri, Kampung Cina dan Kompleks Nor Arfa Batik.
15 May 17
29
Empty Image
Terima Kasih Warga Pendidik - MB
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengucapkan Selamat Hari Guru dan berterima kasih kepada semua warga pendidik di Negeri Terengganu sempena sambutan Hari Guru, hari ini.Ahmad Razif berkata, kecemerlangan akademik dan kokurikulum pelajar-pelajar anak Terenganu terus meluncur laju dalam setiap peringkat dan kategori pencapaian."Seawal sekolah rendah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi pelajar kita telah memahat sejarah kehebatan tersendiri. Bukan lagi setanding malah mengatasi pesaing lain. "Kini Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu menjadi sebutan sebagai sebuah negeri yang melahirkan ramai jaguh sukan bukan sekadar diperingkat kebangsaan malah telah menjejak podium penghargaan peringkat antarabangsa. "Nampaknya Negeri Terengganu menjadi penyumbang kepada usaha pengantarabangsaan pendidik mewakili negara. "Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga pendidik Negeri Terengganu. Andalah pemain-pemain utama belakang tabir yang ternama, walaupun tidak selalu didendangkan," katanya yang dipetik daripada perutusan beliau bersempena Hari Guru, hari ini.Menurutnya, pihak kerajaan, kita tidak ada masalah untuk meneruskan suntikan bantuan melalui Program Terengganu Negeri Anjung Ilmu berdasarkan kemampuan. "Demi kecemerlangan pendidikan anak-anak pelajar Terengganu kita pastikan kecaknaan pihak kerajaan terhadap sektor ini tidak terjejas dan terbatas."Saya dan barisan kepemimpinan mengucapkan terima kasih kepada anda semua warga pendidik diatas komitmen tinggi dan pengorbanan besar kepada pencapaian yang luar biasa di setiap bidang."Kita sentiasa menghormati kerjaya mulia ini yang tidak terbalas dengan apa jua yang ada. Hanya doa kami agar Allah membahagiakan dan melimpahi rahmat kehidupan anda bersama keluarga tercinta."Apa yang penting ialah kesungguhan dan keinginan kita merancang masa depan anak bangsa tidak terhenti di sini. Teruskanlah membela anak bangsa. "Saya dan barisan kepimpinan negeri Terengganu mengucapkan SELAMAT HARI GURU Untuk Semua Warga Pendidik," katanya.
15 May 17
92
Empty Image
Terengganu Tuan Rumah Sambutan Hari Muzium Antarabangsa
Tengku Putera (tengah) mendengar penerangan seorang petugas sempena Majlis Perasmian Sambutan Hari Muzium Antarabangsa peringkat kebangsaan 2017 di Muzium Negeri Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W. PutraSambutan Hari Muzium Antarabangsa (HMA) peringkat kebangsaan 2017 bertemakan ‘Muzium dan Pertikaian Sejarah: Mengungkap Yang Tersirat’ membuka tirainya hari ini sehingga 21 Mei ini dengan mempamerkan pelbagai khazanah dan sejarah dari 19 muzium di seluruh negara.Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang berkata, Terengganu sekali lagi terpilih menjadi tuan rumah buat kali ketiga bagi sambutan HMA yang ke-21, selepas pertama kali pada 1998 dan diikuti pada 2009.“Bagi memberi peluang dan kesempatan kepada orang ramai untuk mengunjungi dan mengenali muzium dengan lebih dekat, pelbagai artifak dan khazanah berharga yang boleh dipelajari oleh semua peringkat usia dipaparkan sempena sambutan kali ini.“Kita harapkan, dengan persembahan yang menarik dan pelbagai aktiviti yang diadakan lebih menjadi tarikan dan seterusnya mampu menarik minat masyarakat bersama-sama menilai serta melindungi warisan dan budaya bangsa yang menjadi kebanggaan kita,” ujarnya.Beliau yang mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Hari Muzium Antarabangsa peringkat kebangsaan 2017 di Muzium Negeri Terengganu, hari ini.Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Dato’ Kamarul Baharin A. Kasim dan Pengarah Muzium Negeri Terengganu, Mohd.Yusof Abdullah.Sementara itu, Kamarul Baharin berkata, pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang lima hari sambutan berlangsung antaranya pameran dan karnival, seminar, bengkel gamelan, program muzium bersama komuniti, KT Heritage Bike Trail, ceramah agama perdana dan pelbagai aktiviti lain.“Lebih 100,000 pengunjung dijangka hadir bagi memeriahkan pelbagai aktiviti menarik sempena sambutan HMA 2017 dan uniknya sambutan kali ini ialah banyak aktiviti air diadakan antaranya mencandat sotong dan sukan rakyat,” ujarnya.
15 May 17
64