lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
KKMM Turun Padang Selami Jiwa Penduduk Pulau Redang
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengadakan Program Menghubung dan Menyatukan (CTU) di Sekolah Kebangsaan Pulau Redang.Program dua hari berakhir Sabtu lalu, merupakan inisiatif baharu dalam usaha transformasi penyampaian perkhidmatan telekomunikasi dan internet ke kawasan-kawasan pedalaman yang tidak terhubung.Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Dato' Ibrahim Abdul Rahman berkata, selain elemen pendigitalan CTU juga mementingkan elemen kemanusiaaan dalam mempertingkatkan perkhidmatan rakyat.“Pulau Redang dipilih kerana walaupun ia sebuah pulau yang amat tersohor tetapi kemudahan yang sepatutnya rakyat di tempat lain nikmati masih boleh dipertingkatkan lagi di pulau ini.“Program ini bersifat Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang menyatukan lebih 12 agensi untuk turun bersemuka bagi mempertingkatkan kualiti perkhidmatan kepada rakyat," katanya.Turut hadir menyertai program itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Bazlan Abdul Rahman.Menurut beliau, agensi-agensi itu dapat mendengar terus dari rakyat yang memerlukan seperti isu talian internet yang perlahan, bantuan sara hidup dan sebagainya.Katanya, program ini kemudahan kepada rakyat seperti internet yang pantas juga dapat dipertingkatkan bagi keselesaan rakyat."Kementerian mengedarkan MyTV dan TV kepada penduduk yang memerlukan," katanya.Selain itu, katanya, atas nama NBOS lebih banyak agensi dapat menyumbang bagi memeriahkan program ini dan pihak Astro juga mengambil kesempatan untuk memberikan set Astro Njoi secara percuma.
21 May 17
185
Empty Image
MBKT Sedia 2,360 Tapak Niaga Bazar Ramadan
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman ketika membuat tinjauan di Bazar Ramadan Shah Bandar pada tahun lalu.Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menyediakan 2,360 tapak niaga bazar Ramadan di 17 lokasi sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus pada tahun ini bagi membolehkan peniaga menjual pelbagai juadah berbuka puasa.Jumlah itu membabitkan 11 lokasi di Kuala Terengganu termasuk Chabang Tiga, Pasar Manir, Pasar Bukit Besar, Batu Burok, Taman Permint Jaya, Pengadang Baru, Jalan Budiman, Kuala Ibai dan Shah Bandar.Manakala enam kawasan di Kuala Nerus membabitkan Pasar Batu Enam, Wakaf Tengah, Gong Badak, Pasar Teluk Ketapang, Pasar Bukit Tunggal dan Pulau Duyong.Datuk Bandar MBKT, Mohd Zulkifli Abu Bakar berkata, sebanyak lima lokasi pula diluluskan untuk jualan pelbagai dan barangan kering termasuk pakaian, kelengkapan raya dan biskut raya.Katanya, daripada jumlah itu tiga lokasi iaitu Pasar Payang, Batas Baru dan tapak Pasarnita, Kampung Tanjung  dibenarkan berniaga sepanjang Ramadan.“Hanya peniaga di Jalan Paya Keladi dan perkarangan depan PB Square, dibenarkan berusniaga mulai 12 Mei atau 15 Ramadan terakhir,” katanya ketika dihubungi Teganukita.Menurutnya, semua peniaga bazar Ramadan dibenarkan berniaga selepas jam 3 petang kecuali yang menjual barangan pelbagai.Tambahnya, peniaga juga diingatkan tidak mengabai aspek kebersihan dan kualiti makanan yang disediakan dalam mencari keuntungan.“Bagi tujuan itu, penguatkuasa kesihatan MBKT dengan kerjasama Jabatan Kesihatan negeri akan mengadakan pemeriksaan dan pemantauan secara berkala pada setiap hari sepanjang Ramadan,”katanya. Zulkifli berkata, kerja-kerja pemantauan merangkumi semua aspek termasuk kebersihan makanan, persekitaran, peralatan memasak dan kebersihan dan tahap kesihatan peniaga serta pekerja.“Selain perlu mendapatkan suntikan vaksin seminggu sebelum berniaga, mereka perlu memakai tanda nama, mempamerkan perakuan kad kesihatan dan memakai apron serta penutup kepala ketika berurusniaga," katanya.
21 May 17
227
Empty Image
Terengganu, Sulawesi Selatan Jalin Kerjasama
Ahmad Razif dan  Syahrul Yasin (enam dari kiri) selepas Majlis Makan Malam Bersama TYT Gabenor Sulawesi Selatan Syahrul Yasin Limpo di Hotel Primula, Kuala Terengganu, malam tadi. Foto Zulkifli PutraTerengganu menyatakan hasrat untuk menjalinkan kerjasama dengan Sulawesi Selatan, Indonesia melibatkan sektor pertanian, pelancongan dan sumber manusia supaya kedua-dua pihak mendapat manfaat dan keuntungan bersama.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, jalinan kerjasama yang turut berpotensi untuk dibangunkan bersama termasuklah bidang kebudayaan dan pada peringkat awal, kedua-dua pihak mungkin boleh menganjurkan Pesta Budaya Terengganu - Sulawesi Selatan sebagai acara tahunan. “Pendekatan ini pastinya boleh memupuk persahabatan yang lebih akrab dan menjadi tarikan pelancong ke kedua-dua negeri.“Dalam konteks ini, saya amat gembira kerana kedua-dua belah pihak iaitu pemerintah Sulawesi Selatan yang dipimpin oleh Gabenor Pak Syahrul dan saya sendiri selaku Menteri Besar Terengganu akan mengadakan mesyuarat pada petang esok (hari ini)  untuk meneroka kerjasama yang lebih konkrit antara kita,”katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Bersama TYT Gabenor Sulawesi Selatan Syahrul Yasin Limpo di Hotel Primula, Kuala Terengganu, malam tadi.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong dan Setiausaha Kerajaan Neger, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail.Sementara itu, Syahrul memberitahu, beliau berharap hubungan antara Sulawesi Selatan dan Terengganu akan lebih akrab  terutama melibatkan kerjasama perdagangan.“Cukup rugi untuk melepaskan peluang yang ada kerana kedua-kedua wilayah ini banyak persamaannya, terutama berkaitan budaya, bahasa, makanan dan seni bina,
21 May 17
97
Empty Image
Hadiah RM500,000 Sempena Hari Guru
Ahmad Razif (tengah) bersama anak-anak pasangan guru Allahyarhamah Noor Amalia Noorazan dan Allahyarham Badrul Hisham Omar penerima Anugerah Khas Pengarah sempena Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Kali Ke-46 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman hari ini mengumumkan insentif sebanyak RM500,000 kepada Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan warga pendidik di negeri ini.Ahmad Razif berkata, daripada jumlah itu insentif sebanyak RM300,000 adalah sumbangan anak syarikat kerajaan negeri (GLC)  sebagai pengiktirafan kepada guru yang sudah banyak menyumbang kepada kejayaan pelajar dan sekolah.“Sementara, tambahan RM200,000 adalah sumbangan kerajaan negeri bagi membantu JPNT mengadakan kursus profesional untuk para guru dan kakitangan khususnya berkaitan dengan pendidikan,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Kali Ke-46 di Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong; Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang dan Pengarah JPNT, Shafruddin Ali Hussin.Katanya, sumbangan daripada kerajaan negeri itu antara lainnya adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi profesionalisme di kalangan guru negeri ini.Menurut Ahmad Razif, selain insentif tersebut kerajaan negeri juga memperuntukkan sebanyak RM4 juta untuk JPNT menerusi Program Anjung Ilmu.“Manakala, selepas raya nanti akan diagihkan pula sumbangan sebanyak RM2,000 untuk setiap Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) negeri ini yang melibatkan 503 buah sekolah dengan perbelanjaan kira-kira RM1 juta,” katanya.
20 May 17
32
Empty Image
Contohi Sikap Kepahlawanan Dahulu Tanpa Langgar Batas Undang-Undang
Golongan belia perlu mencontohi semangat dan sikap kepahlawanan ulamak terdahulu, bagaimanapun sikap itu tidak boleh melanggar batas undang-undang negara.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, golongan belia juga perlu menjadi agen penting dalam mengubah masyarakat untuk menjadikan Terengganu sebagai negeri terhebat di masa depan.Jelasnya, darah perjuangan dan kepahlawanan diakui memang sudah lama mengalir dalam tubuh orang Terengganu khasnya di Hulu Terengganu."Saya sebutkan semua ini kerana pertama sekali, tanpa sejarah, tamatlah riwayat hidup manusia."Sebab itu ada orang Hulu Terengganu yang terus beri penampar Jepun bila ada yang kurang ajar di hadapan pemimpin kita… cuma saya harap, kita kena banyak bersabar sebab negara kita ada peraturan dan undang – undang,"kata Ahmad Razif.Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Anugerah Belia Negeri Terengganu 2017 di padang bola sepak Kampung Kuala Menjing, hari ini.Menurutnya lagi, pelbagai program  diatur sepanjang 2017 khususnya untuk golongan belia di Terengganu.Tambahnya, pogram itu bukan sahaja berteraskan sukan semata-mata tetapi turut mengambil kira pembangunan kepimpinan,keusahawanan dan kemahiran."Oleh sebab itu, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM65.7 juta untuk portfoliobelia dan sukan, satu jumlah yang besar untuk golongan belia."Malah dalam memenuhi aspirasi orang muda, Kerajaan Pusat pimpinan Perdana Menteri, Dato Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah melancarkan Transformasi Nasional 2050 (TN50) bertepatan dengan hasrat kerajaan supaya suara belia diberi perhatian dan didengar,"katanya.
20 May 17
41
Empty Image
Bersedia Jika Dikenakan Tindakan Undang-Undang -Ahmad Razif
Saya tidak takut sekiranya peguam pemerhati kepada guru yang terbabit dengan  kes penipuan Umrah Yayasan Bakti Negara Terengganu (YBNT) mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap saya, tegas Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman. Menurutnya, kerajaan negeri tidak perlu campur tangan kerana tidak terlibat dalam isu itu, malah menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa dan siasatan polis."Jika mereka nak mengambil tindakan undang-undang, silakan.. saya bersedia kerana ia tidak membabitkan kerajaan, malah sudah diambil tindakan oleh pihak polis, reman juga sudah dibuat dan kini sedang tunggu pertuduhan."Macamana saya nak bela mereka sedangkan saya tidak tahu apa isunya kerana tidak pernah seorang wakil mangsa pun datang berjumpa kerajaan dan saya anggap isu ini sudah selesai."Lagipun ianya telah diserahkan kepada pihak berkuasa dan jika tak puas hati, gunakan prosedur sepatutnya untuk tindakan susulan. Kalau kerajaan campur tangan, seolah-olah kerajaan pula yang terlibat dalam perkara ini," tegas beliau lagi.Ahmad Razif berkata demikian kepada pemberita di sidang media selepas Majlis Pelancaran Hari Belia Peringkat Negeri Terengganu 2017 di Padang Bola Sepak Kampung Kuala Menjing, Hulu Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi,Multimedia dan Tugas-Tugas Khas  Negeri, Ghazali Taib dan Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik.Beliau berkata demikian ketika diminta menjawab isu yang dibangkitkan wakil peguam mangsa penipuan umrah YBNT yang akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahmad Razif.Terdahulu, satu sidang media telah diadakan pagi tadi oleh wakil peguam berkenaan bagi menjelaskan isu kerajaan tidak memberi pembelaan kepada mangsa penipuan dan seolah-olah melindungi YBNT.Dalam sidang media tersebut, peguam pemerhati berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang dan membuat laporan polis sekiranya pihak Menteri Besar tidak mengambil tindakan dalam tempoh 24 jam bermula jam 12:30 hari ini.
20 May 17
68
Empty Image
Gadis Kuih Bulan Diiktiraf Ikon Belia Terengganu
Gadis Kuih Bulan yang menjadi tular kerana kekurangan diri menjadi  seorang daripada tiga penerima Anugerah Ikon Belia Negeri Terengganu 2017.Haziqah Nurulhuda Harun,21,atau lebih dikenali sebagai Yaya daripada Kampung Bukit Kuang,Kemaman berkata anugerah yang diterimanya itu menjadi titik tolak kepada permulaan kejayaan untuk memperluaskan lagi perniagaannya."Rasa gembira sangat dengan anugerah yang diberikan oleh kerajaan negeri pada hari ini dan ini juga membuktikan bahawa kekurangan bukan penghalang untuk terus maju serta mencapai impian."Akhirnya orang nampak pencapaian Yaya setelah kisah hidup Yaya sebagai pembuat kuih bakul yang kurang upaya menjadi tular di media sosial,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Hari Belia Peringkat Negeri Terengganu 2017 di Padang Bola Sepak Kampung Kuala Menjing, Hulu Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat; Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi,Multimedia dan Tugas-Tugas Khas  Negeri, Ghazali Taib dan Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik.Yaya berkata, kini pendapatan kuih bakulnya mencecah RM30,000 sebulan dengan 29 perisa seperti kacang merah,red velvet,pandan,labu dan teh hijau."Terbaru Yaya ditawarkan oleh Malaysian Community Singapore untuk menyertai Festival Mooncake di Singapura selama dua minggu pada September ini."Yaya menerima tempahan sebanyak 20 ribu kuih bakul untuk pameran di Singapura dan penyediaan untuk membuatnya akan bermula pada bulan puasa ini,"katanya lagi.Dua lagi penerima adalah Nor Ardilan Syah Abdullah,36, usahawan memproses dan mengitar semula sabut kelapa untuk fertigasi dan landskap dan Muhammad Syaifullah Che Ghani,28, Pengarah Kelip-kelip Palmstay Seri  Bandi.
20 May 17
933
Empty Image
Kenalpasti Lokasi Sesuai Bangunkan Perkampungan Bekas Penagih
Kerajaan negeri sedang mengenal pasti lokasi yang sesuai bagi membangunkan perkampungan untuk penempatan bekas penagih dadah yang berkeluarga memulakan hidup baru dengan kadar segera.Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri, Roslee Daud berkata, mesyuarat penyelarasan kali pertama meminta supaya Pengarah Agensi Dadah Kebangsaan(AADK) membuat kertas konsep mengenai cadangan ini.Jelasnya lagi, seramai 20 keluarga akan dipilih untuk projek perintis itu dari seluruh Terengganu menerusi kajian terperinci oleh pihak AADK bagi mengelak permasalahan pada masa akan datang."Kita hendak bantu golongan ini dengan konsep 'Rimbunan Kasih' untuk mereka mulakan hidup baru bersama keluarga mereka."Sebab itu, saya minta pihak AADK cari tempat yang sesuai ,cari tempat untuk pertanian serta penternakan termasuklah mengkaji kedua-dua bidang ini, apa yang paling sesuai dan sama ada mempunyai potensi untuk pasaran."Mungkin juga kita akan buat di Hulu Terengganu atau Marang dan mungkin juga di daerah lain. Kita akan tengok pandangan dari agensi berkaitan untuk mengenal pasti tapak yang sesuai untuk penempatan mereka,"kata Roslee.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Penyampaian  Sumbangan Kepada Komuniti Cakna Terengganu(KCT) di Kampung Baru,Ajil, hari ini.Turut hadir,  Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu,Zuhami Omar dan Pengarah AADK Negeri Terengganu,Tajmudin Shah Ahmad.Roslee berkata,jika kerajaan negeri dapat merealisasikannya, peserta yang terbabit akan dibantu dan dibimbing sebaik yang mungkin supaya matlamat program tercapai."Sekiranya ada kemajuan,kita akan fikirkan tindakan seterusnya kerana ini adalah tanggungjawab kerajaan untuk selamatkan mereka,"katanya lagi.Sementara itu,Roslee turut memaklumkan kertas kerja bagi pembinaan penempatan baru kepada KCT telah diserahkan kepada kerajaan negeri untuk kelulusan segera."Sebanyak RM300,000 telah dicadangkan oleh Jabatan Kerja Raya(JKR)Hulu Terengganu untuk  membina rumah dan menempatkan  kilang untuk memproses sos cili dan cili kisar."Saya sendiri dah melihat kawasan penempatan tersebut dan membuat kajian malah kita akan berusaha untuk mendapatkan kelulusannya melalui prosedur yang telah ditetapkan,sebagai galakan untuk mereka,"katanya.
19 May 17
50
Empty Image
Terengganu Cadang Sediakan Klinik Bergerak Secara Percuma Di Luar Bandar
Ahmad Razif memukul gong sebagai simbolik melancarkan Hari Jururawat Sedunia Peringkat Negeri Terengganu, di Hotel Primula, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KasimTerengganu akan merintis usaha menyediakan klinik bergerak bagi menyediakan pemeriksaan rawatan secara percuma kepada penduduk kawasan luar bandar termasuk perkampungan orang asli tidak lama lagi.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kemudahan perubatan yang dianggarkan bernilai RM400,000 itu akan dilaksanakan melalui Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS).Katanya, ia sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) KTS yang dimiliki anak syarikat kerajaan negeri, TDM Berhad bagi menjaga kebajikan dan kesihatan rakyat yang kurang berkemampuan di pedalaman.“Kita akan meneliti kos dan kesesuaian melaksanakan konsep ini bagi memberi tumpuan kepada masyarakat di luar bandar supaya mereka mendapat pendedahan dan perlindungan awal melalui pemeriksaan kesihatan secara percuma sekali gus mengelak daripada mendapat serangan penyakit berbahaya.“Dari segi kakitangan (mengendalikan klinik bergerak) tiada masalah, cuma peralatan ini memerlukan penelitian dan penyelidikan bagi mengelak peralatan yang disediakan nanti tidak menimbulkan implikasi lain termasuk sentiasa terjaga kebersihan  dan tidak terdedah kepada kuman-kuman,”katanya.   Beliau berkata demikian di sidang media selepas melancarkan Hari Jururawat Sedunia Peringkat Negeri Terengganu, di Hotel Primula, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud dan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohamad Omar. Ahmad Razif juga berharap inisiatif itu dapat dilaksanakan serentak dengan pembukaan KTS baharu di Batu Burok, yang kini masih menunggu status kelulusan Kementerian Kesihatan sebelum beroperasi.Tambah beliau, KTS yang sepatutnya dibuka Oktober tahun lalu, tertangguh kerana gagal mematuhi piawaian ditetapkan Kementerian Kesihatan termasuk bilik bedah yang mengandungi fungus."Kita masih menunggu kelulusan pemeriksaan kali kedua daripada Kementerian Kesihatan kerana sebahagiannya didapati terdapat kebocoran dan yang paling utama, bilik bedah pula mengandungi fungus dan sudah diselesaikan oleh kontraktor. Bahagian lain sudah siap semuanya."Apabila sudah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan, KTS akan segera dibuka kepada orang ramai, " kata beliau lagi.
18 May 17
161
Empty Image
Kerajaan Negeri Lancar Skim Baru Ganti T-GAS Bantu Graduan Menganggur
Kerajaan negeri akan melancarkan satu skim baru menggantikan Skim Penempatan Siswazah Terengganu (T-GAS) bagi membantu graduan menganggur menimba pengalaman dan mencari peluang kerja sesuai.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, skim baru ini akan memberi keutamaan kepada bidang pelancongan dan pertanian, sementara elaun pula dibiayai kerajaan negeri dengan kerjasama anak syarikat kerajaan negeri (GLC). “Bagi siswazah yang memilih pelancongan, mereka akan ditempatkan bawah Terengganu Tourism Malaysia selama enam bulan sebagai pemandu pelancong, operator dan sebagainya yang akan dibayar elaun dalam tempoh itu. “Selepas itu, kerajaan negeri akan bantu siswazah ini melalui program bersepadu dengan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) bagi melatih mereka menjadi usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS),” ujarnya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Minggu PKS 2017 Peringkat Kebangsaan di Pusat Dagangan Terengganu, hari ini.Turut hadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Sri Mustapa Mohamed; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohamad dan Pengerusi SME Corp. Malaysia, Tan Sri Ir. (Dr.) Mohamed Al Amin Abdul Majid.Menurut Ahmad Razif, skim yang bertujuan mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan siswazah termasuk dengan membekalkan pengalaman dan kemahiran untuk mereka berdikari ini akan disegerakan pengambilan pesertanya memandangkan Terengganu masih kekurangan khidmat pemandu pelancong.“Kita akan lancarkan satu skim baru untuk graduan yang menganggur mengantikan T-GAS dan bulan depan akan mula iklankan skim ini.“Mana-mana siswazah yang belum bekerja dan yang sedang mencari pekerjaan boleh memohon memandangkan Terengganu sekarang ini amat memerlukan kihdmat pemandu pelancong,” ujarnya.
17 May 17
61