lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Dana Raya Diagihkan Pada 27 Mei Lalu
Bantuan Dana Raya  berjumlah RM88.7 juta mula  diagihkan kepada 239,323 penerima di Terengganu  pada 27 Mei lalu sebagai persediaan menyambut perayaan Aidilfitri.Penerima boleh menebus baucer masing-masing di Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Agrobank berdekatan sebelum  September  depan.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, jumlah itu mencatatkan peningkatan berbanding RM81.3 juta yang diperuntukkan kepada kira-kira 219,754 anak negeri pada tahun lalu.Katanya, sebanyak RM61.1 juta akan disalurkan kepada 154,730 golongan miskin manakala RM9.9 juta untuk 33,305 warga emas; RM4.2 juta  (14,005 orang kelainan upaya) dan RM13.3 juta pula melibatkan 37,283 duda atau ibu tunggal.“Kuala Terengganu menerima agihan paling tinggi iaitu RM17.4 juta kepada 47,615 penerima diikuti Besut  RM14.5 juta  kepada 38,987 penerima dan  Kemaman  pula sebanyak RM14 juta  kepada 37,554 penerima.“Daerah lain, Kuala Nerus  melibatkan agihan RM9.35 juta  kepada 25,339 penerima:  Marang RM8.89 juta (24,036 penerima) Hulu Terengganu  RM7.59  (20,591 penerima); Dungun RM10.9 juta (29,395 penerima) dan Setiu pula menerima agihan RM5.8 juta diagihkan kepada 15,806 penerima,”katanya.Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Ahli-Ahli Majlis Kerajaan Negeri di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.
31 May 17
30
Empty Image
Perkhidmatan Lima TCS Disambung
Kerajaan negeri memutuskan untuk menyambung perkhidmatan lima Pegawai Tadbir Negeri Terengganu (TCS) yang dijadualkan bersara pada Julai dan Ogos depan.Mereka yang terlibat adalah  Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail diikuti Pengarah Tanah dan Galian Terengganu, Dato’  Mohd Akil Mat; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Mohd Zulkifli Abu Bakar; Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Dato’  Mohd Yasim Awang serta Pengarah Muzium negeri, Mohd Yusof Abdullah.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, Wan Nawawi yang bersara pada bulan Ogos akan disambung perkhidmatannya selama setahun hingga tahun depan manakala empat TCS lain hingga 31 Disember tahun ini."Langkah ini adalah untuk mengelak sebarang permasalahan menstrukturkan semula pentadbiran kerana kita lihat ia akan memberi banyak implikasi kepada pegawai yang akan berpindah kerana turut melibatkan pertukaran anak yang bersekolah serta isteri mahu pun suami."Maka oleh itu, kita memutuskan untuk menyambung perkhidmatan mereka dan penstrukturan keseluruhan kerajaan negeri akan dibuat pada 1 Januari 2018 depan," katanya.Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Ahli-Ahli Majlis Kerajaan Negeri di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.
31 May 17
315
Empty Image
385 Penguat Kuasa Pantau Kebersihan, Kualiti Makanan Di Bazar Ramadan
Kerajaan negeri meng­ingatkan peniaga di bazar-bazar Ramadan di seluruh negeri ini agar tidak mengabai aspek kebersihan dan kualiti makanan yang disediakan dalam mengejar keuntungan.Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud berkata, bagi memastikan soal itu diberi ke­utamaan Jabatan Kesihatan Negeri diarah meningkatkan aktiviti pengawasan kebersihan dan keselamatan makanan yang dijual kepada orang ramai.Katanya, sebanyak 106 pasukan terdiri dari 385 anggota Jabatan Kesihatan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ditugaskan untuk melakukan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap tahap kebersihan penyediaan makanan dan persekitaran bazar sepanjang Ramadan ini.“Penguatkuasaan bukan hanya tertumpu ke bazar Ramadan, malah pemeriksaan turut dijalankan di sepanjang rantaian makanan termasuk premis pembuatan, pembekal bahan mentah serta lain-lain premis berkaitan,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Kebersihan dan Keselamatan Makanan serta Nafas Baru Bermula Ramadan Peringkat Negeri di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu.Turut hadir, Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Muhamad Omar.Dalam pada itu katanya, Jabatan Kesihatan Negeri turut menyasarkan pengambilan 164 sampel makanan di bazar Ramadan seluruh negeri untuk tujuan pemantauan dan penguatkuasaan bagi memastikan makanan yang dijual adalah bersih dan selamat dimakan.“Pada tahun lepas, sebanyak 169 sampel makanan telah diambil bagi mengetahui tahap pencemaran mikrobiologi dalam makanan yang dijual di bazar Ramadan.“Keputusan analisis mendapati sebanyak 22 sampel makanan tidak mematuhi standard yang ditetapkandimana 18 sampel tercemar dengan Staphylococcus Aureus di samping empat sampel yang tercemar dengan Bacillus Cereus,” ujarnya.Roslee berkata, kebiasaannya makanan yang tercemar terdiri daripada pelbagai jenis kerabu, lauk-pauk, air minuman dan kuih-muih.
30 May 17
273
Empty Image
Serikandi Agih 1,000 Pek Makanan Berbuka Puasa Kepada Penjaga Pesakit Di HSNZ
Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi) mengagihkan sebanyak 1,000 pek makanan berbuka puasa kepada penjaga pesakit yang sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu.Yang Dipertua Serikandi, Toh Puan Seri Halina Zakaria berkata, program yang julung kali diadakan oleh Serikandi itu bukan sahaja sebagai tanda prihatin terhadap masyarakat tetapi bertujuan meringankan beban penjaga kerana terpaksa menunggu pesakit yang menyukarkan mereka untuk membeli juadah berbuka puasa.“Kami berasa terpanggil untuk menyediakan hidangan untuk berbuka puasa kepada mereka ini sebagai antara aktiviti kebajikan Serikandi dan berharap ianya mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Pek Makanan Berbuka Puasa Serikandi di HSNZ, Kuala Terengganu, semalam.Halina berkata, sebanyak 500 pek makanan diagihkan untuk penjaga pesakit di bangunan utama dan bakinya diagihkan di Pusat Rawatan Ibu dan Bayi, HSNZ.“Ini merupakan program kami yang pertama. InsyaAllah, kami akan jadikan program ini sebagai program tahunan kerana berasa bertanggungjawab kepada masyarakat khasnya pesakit dan penjaga pesakit di hospital,” ujarnya.
30 May 17
115
Empty Image
Bazar Ramadan Food Truck Bawa Kelainan
Suasana Bazar Ramadan Food Truck, di hadapan PB Square, Kuala Terengganu Bazar Ramadan Food Truck, di hadapan PB Square, Kuala Terengganu membawa kelainan kerana nampak lebih tersusun, kemas dan memberi  keselesaan kepada pelanggan untuk membeli pelbagai juadah berbuka puasa.Bazar berkonsep baharu yang diperkenalkan Persatuan Usahawan Trak Terengganu (T-Trak) itu adalah yang pertama seumpamanya di Terengganu,  menjual pelbagai juadah seperti kebanyakan bazar Ramadan lain di negeri ini.Apa yang membezakanya, tiada payung beraneka warna , tidak berbumbungkan kanopi , tiada  meja untuk mempamerkan juadah  sebaliknya  pelanggan boleh mendapatkan pelbagai masakan panas dari atas trak.Antaranya, kambing bakar, burger, pizza, roti ban, bebola daging, burger, ayam goreng, pelbagai kuih muih tradisional dan minuman panas serta sejuk.Kreativiti yang dicetus 12 peniaga tempatan yang juga ahli T-Trak itu mendapat sambutan sangat menggalakkan apabila setiap meja dipenuhi pelanggan sewaktu berbuka puasa dan bersahur.HazimPerniagaan sepanjang Ramadan itu dibuka mulai jam 4.00 petang sehingga 8 malam dan  berurusniaga kembali pada jam 10.30 malam sehingga 5.30 pagi.Pengerusi T-Trak yang juga peniaga kambing bakar, Hazim Fadli Abd Karim, berkata  walaupun konsep itu masih baru di Terengganu, orang ramai  terutama yang berkerjaya dan golongan belia tidak janggal untuk menerimanya.“Mereka nampak lebih selesa dan rata-rata pelangan mengakui lebih gemar ke Bazar Ramadan Food Trak kerana tidak perlu berebut untuk mendapatkan makanan,  kebersihan lebih terjamin dan selain boleh menikmati hidangan panas sewaktu berbuka,” katanya.SarihahPeniaga Char char kuey teow, Sarihah Ibrahim, 42, berkata,  dia yang mula berniaga di tapak itu sejak Disember tahun lalu, mengambil keputusan untuk bersama-sama ahli lain membuka bazar Ramadan berkonsep baharu atas permintaan pelanggan yang mahukan kelainan.“Kebanyakan pelanggan kami adalah orang yang sama, mereka mahu peniaga di sini kekal dengan imej ketika berurusniaga pada bulan sebelum ini,”katanya.
29 May 17
178
Empty Image
PBT Pantau Kebersihan Bazar Ramadan
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Kesihatan negeri diarahkan tidak berkompromi dalam menguatkuasakan peraturan terutamanya membabitkan kebersihan makanan.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan,  Sains, Teknologi dan Tranformasi Kerajaan, A Latiff Awang betkata, peniaga yang didapati mengabaikan tanggungjawab menjaga kebersihan selain menjual makanan basi terutamanya di bazar ramadan perlu diambil tindakan tegas.Katanya, kerajaan negeri mengutamakan keselamatan serta kesihatan pengguna dan pihak berkenaan diminta tidak berkompromi dalam menguatkuasakan peraturan."Selain pemantauan dan pemeriksaan di semua gerai oleh PBT dan pegawai penguatkuasa Kesihatan, pengguna juga perlu menggunakan kuasa belinya."Kerajaan negeri tidak mahu ada kes keracunan makanan berlaku terutamanya membabitkan pengguna disebabkan membeli malanan yang dikitar semula oleh peniaga," katanya ketika ditemui selepas kempen kebersihan dan keselamatan makanan serta nafas baru bermula ramadan di pasar ramadan kampung binjai rendah, Marang, petang semalam.Turut hadir adalah Timbalan Pengarah Kesihatan negeri, Dr Mohamad Jusoh.A. Latiff yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan berkata, hasil pemantauan dilakukan sejak semalam, tahap kebersihan semua gerai berada ditahap paling bersih."Kita minta semua peniaga di bazar ramadan mengekalkan tahap kebersihan sehingga berakhirnya bulan ramadan."PBT dan pegawai penguatkuasa Kesihatan akan ditempatkan di semua tapak bazar ramadan untuk melakukan pemeriksaan secara berkala termasuk menguji kebersihan makanan," katanya.
29 May 17
58
Empty Image
Jambatan Pulau Sekati Dibuka Hari ini
Jambatan sepanjang hampir tiga kilometer menghubungkan Kampung Teluk Pasu ke Losong, Kuala Terengganu melalui Pulau Sekati mula dibuka kepada orang ramai mulai hari ini.Manakala jalan menghala ke Kampung Banggol Tuan Muda, Manir ke Gemuroh sepanjang 3.3 km pula dijangka dibuka secara rasmi pada 19 Jun ini.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata projek yang turut melibatkan pembinaan jambatan sepanjang 1.58 kilometer (km) dan jalan raya 1.8 km dengan anggaran kos RM245 juta itu pastinya  memberikan kelegaan kepada orang ramai.“Dengan pembukaan  laluan alternatif itu mampu mengurangkan  kesesakan lalu lintas ketara, terutama  pada musim cuti persekolahan dan musim perayaan di  laluan sedia ada iaitu  di Jambatan Sultan Mahmud dan jalan menghala ke Manir.“Laluan sama juga turut menjadi penghubung ke Lebuh Raya Pantai Timur II,”katanya.Beliau berkata demikan pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Pembangunan Projek Jambatan di Atas Sungai Terengganu Ke Pulau Sekati, Kuala Terengganu, petang ini.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau negeri, Ir Rosli Othman dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Terengganu, Ir Abd Hamid Md Daud dan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr. Khairuddin Aman Razali.Ahmad Razif turut memberitahu, apabila keseluruhan projek itu siap kelak pengguna sekitar Kuala Terengganu mempunyai beberapa pilihan sekiranya mahu ke Kuala Nerus.Katanya, mereka boleh menggunakan jambatan Sultan Mahmud atau Jambatan Pulau Sekati yang menghubungkan terus ke laluan Jeram dan Kampung Jeram  Tok Kong.“Jabatan Pulau Sekati mula dibina pada tahun 2012 namun tergendala dan tersasar daripada jadual akibat masalah pengambilan balik tanah yang berlarutan.“Kemudahan itu sudah diuji dan semua dalam keadaan baik serta mematuhi spesifikasi untuk membolehkan pembukaannya,”katanya.
29 May 17
516
Empty Image
Kisah Pilu Nelayan Seberang Takir Selamat Pulang Selepas Ditahan Di Indonesia
Ahmad Razif (dua dari kiri) menadah doa sebagai kesyukuran kepulangan dua nelayan Seberang Takir ke kampung halaman selepas ditahan Kerajaan Indonesia. Foto oleh Harish Fadzillah abu Kasim"Saya amat gembira dengan kepulangan suami yang sekian lama terpisah. Biasa tujuh hari ke laut,  abang akan pulang, tapi kini sekian lama kami terpisah termasuk anak-anak yang amat merindui abang Fadly,” luah Munira Ramli, isteri Mohd Fadly Jaafar, 40, seorang daripada dua nelayan Seberang Takir yang dibebaskan selepas  ditahan oleh kerajaan Indonesia, baru-baru ini.Sementara Mohd Fadly pula sangat bersyukur dan terhutang budi dengan kesungguhan serta inisiatif kerajaan negeri yang berusaha membawa mereka pulang dengan selamat ke pangkuan keluarga.“Terima kasih kepada yang membantu dan berusaha membawa balik semula kami, terutamanya kepada Menteri Besar dan Encik Badrul Hisham. Syukur sangat-sangat kepada Allah kerana akhirnya kami selamat dan dapat berpuasa bersama keluarga tahun ini. Tak sangka  akhirnya dibebaskan selepas lebih sebulan ditahan di Indonesia.“Memanglah kami berasa amat panik dengan kejadian itu dan tidak sangka terjadi begini kerana inilah pertama kali saya alami sepanjang menjadi nelayan sejak dari dulu lagi,” luah Mohd Fadly.Mohd Fadly seorang daripada dua nelayan dari Seberang Takir yang dibebaskan setelah ditahan lebih sebulan lalu.Tiga lagi rakan mereka yang masih ditahan Kerajaan Indonesia kerana didakwa menceroboh perairan negara itu iaitu di kawasan kepulauan Anambas, kira kira 80 batu nautika dari bandar terdekat iaitu Kuantan, Pahang.Ketibaan Mohd Fadly dan rakannya, Abdul Halim Nik berusia 43, disambut sendiri oleh Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri To’ Puan Seri Halina Zakaria di  Dataran Permata Seberang Takir, Kuala Nerus kira-kira 12 tengah malam kelmarin. (27 Mei) Anggota keluarga, sanak saudara dan sahabat handai turut bersama menyambut dan berkongsi kegembiraan termasuklah isteri Mohd Fadly, Munirah. “Mengingatkan detik penahanan itu saya rasa serik untuk ke laut menangkap ikan, namun itulah punca rezeki kami. Kalau boleh selepas ini tidak mahu ke laut…buat masa ini saya ingin berehat seketika sebelum kembali bekerja,” katanya.Mohd Fadly memberitahu bahawa dia sudah 23 tahun menjadi nelayan dan inilah kejadian pertama ditahan di negara jiran sedemikian.“Pengalaman ditahan di negara orang merupakan perasaan yang sukar digambarkan kerana sering memikirkan nasib keluarga, isteri dan anak-anak yang masih kecil,” katanya sambil memeluk erat isterinya Munirah dan anak-anak yang masih didukungan.Sementara itu, Abdul Halim berkata pengalaman ditahan kali ke-2 ini membuatkannya lebih berhati-hati apabila menangkap ikan di laut dan berjanji akan menggunakan teknologi yang ada bagi mengelak perkara sama berulang.“Sebelum ditahan kami sudah empat hari di laut dan dijadualkan kembali ke jeti pada esoknya, namun kami tidak sedar telah melepasi sempadan Indonesia.“15 tahun lepas saya pernah ditahan, kini saya berharap abang saya (Rashid) yang juga tekong bot dapat dibebaskan dan dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga dalam masa terdekat,” katanya.Tiga lagi yang masih ditahan ialah Mohd Zaidi Mohammad, 23 dan Abdul Rashid Nik, 52, dari Kampung Seberang Takir serta Firdaus Mohamad, 27, dari Kemaman.Difahamkan Mohd Zaidi dan Firdaus sudah dibebaskan tetapi masih di sana untuk dijadikan saksi perbicaraan Abdul Rashid.Pada 8 April lalu, lima nelayan terbabit bersama seorang awak-awak warga Thailand ditahan pasukan Tentera Laut Indonesia ketika berada pada jarak lima batu nautika melepasi sempadan perairan antarabangsa kira-kira 11.30 pagi.Pembebasan nelayan berkenaan adalah hasil saluran rasmi dan usaha peribadi penyelaras misi membawa pulang nelayan berkenaan, Badrul Hisham Zaki dengan kerjasama Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif, menerusi Setiausaha Politik Menteri Besar, Dr. Rozailan Mamat turut sama menguruskannya bagi pihak Menteri Besar.Dato’ Seri Ahmad Razif ketika bercakap kepada wartawan, mengingatkan golongan nelayan lebih berhati-hati ketika menangkap ikan di laut dan menggunakan kemudahan teknologi agar tidak melepasi perairan negara lain.“Proses membebaskan nelayan yang ditahan bukan mudah, jadi mereka perlu lebih peka dan berhati-hati sepanjang berada di laut,” katanya.Sementara itu berkata, Badrul Hisham berkata, usaha diteruskan untuk membawa balik tiga lagi nelayan yang masih ditahan di Kepulauan Anambas, Indonesia.Ini termasuk saksi bagi pembicaraan Abdul Rashid iaitu Muhammad Zaidi Mohammad juga dari Seberang Takir dan Ahmad Firdaus Mohamad dari Kemaman.“Kami akan berusaha membantu tekong iaitu Rashid Nik orang Seberang Takir melalui keperluan dari segi perundangan," kata Badrul Hisham.Katanya, biarlah mereka melalui proses perbicaraan dan memohon pihak berkuasa Indonesia percepatkan proses perundangan, kalau boleh dalam bulan puasa ini sebelum Syawal. Badrul Hisham juga berharap semua pihak mendoakan yang terbaik dan segalanya selesai dengan lancar mengikut proses perundangan.Beliau berkata, ia adalah usaha bagi pihak keluarga tetapi dengan kerjasama dan sokongan kerajaan negeri iaitu Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif sendiri.Ia adalah usaha mengikut saluran rasmi dan menafikan penglibatan Tentera Laut Malaysia dan Imegresen Malaysia membawa pulang kerana agensi berkenaan adalah tertakluk kepada bidang kuasa masing-masing dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan negara mereka, baik di Malaysia mahupun Indonesia.
29 May 17
70
Empty Image
Pesuruhjaya Pas Terengganu Yang Baru Mesra UMNO Dan Kerajaan
Kehadiran sama Pesuruhjaya Pas Terengganu yang baru, Dato' Husien Awang menyambut Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam (28 Mei)  dan kemudian berbuka puasa bersama-sama di Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Bersama TPM di Masjid Tok Jembal, Dewan Undangan Negeri, Seberang Takir (kawasan yang diwakili Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Razif Abd Rahman) membuka lembaran baru politik tanahair, khususnya di Terengganu.Penulis melihat ini suatu perkembangan terbaru dalam pendekatan Pas, membasuh segala sikap dan tanggapan lama mereka terhadap Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN).Apatah lagi, Husien tidak keseorangan tetapi bersamanya ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus, YB Mohd Khairuddin At Takiri dan Adun Bukit Tunggal, YB Dr Alias Razak yang disebut-sebut akan mengambil alih sebagai ketua di barisan pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri Terengganu,Justeru itu, keputusan yang dibuat oleh Presiden Pas, Dato' Seri Abdul Hadi Awang melantik Husien tidak syak lagi dikatakan sebagai usaha mencari seorang pemimpin Pas di Terengganu yang boleh mendekatkan diri dengan pimpinan BN dan Umno setelah tidak lagi bersama Pakatan Harapan.Apakah ahli dan pengikut Pas di bawah boleh menerima pendekatan dan cara baru Pas ini, ia masih menjadi tanda tanya.Namun hakikatnya ialah umat Islam perlu bersatu dan Pas tidak lagi seperti dulu menganggap Umno sebagai musuh,walaupun suatu ketika pernah menuduh Umno kafir melalui fatwa mereka (yang disebut Amanat Hadi).Bersyukurlah sekarang pimpinan Pas telah kembali insaf dan mahu membuat pendekatan atau transformasi baru atau mungkin Islah.Umno sentiasa menyambut baik, malah sentiasa bersangka baik dengan sikap dan pendekatan baru Pas itu.Sama-samalah kita menunggu episod seterusnya, sikap Pas terhadap Umno, terutama menjelangnya PRU 14 tidak lama lagi.
28 May 17
97
Empty Image
Kerajaan Negeri Peruntuk RM3,719,100 Bantu Persediaan 4,209 Pelajar Ke IPT
Ahmad Razif menyampaikan bantuan persediaan kepada pelajar lepasan SPM Parlimen Kuala Nerus di Duyong Marina & Resort, hari ini. Foto Oleh: Tg Syamim Tg IsmailKerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu memperuntukkan RM3,719,100 untuk diagihkan kepada 4,209 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai bantuan persediaan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, penyampaian bantuan persediaan dan bantuan pembelian komputer untuk pelajar yang berjaya menyambung pengajian di matrikulasi dan diploma bagi peringkat pertama itu diadakan bermula hari ini sehingga 1 Jun ini yang melibatkan pembahagian di semua 32 Dewan Undangan Negeri.Katanya, daripada jumlah itu seramai 2,050 pelajar yang akan melanjutkan pengajian di peringkat matrikulasi di Semenanjung manakala 17 pelajar yang akan ke Sabah dan Sarawak."Bagi peringkat diploma pula, 2,132 pelajar yang akan menyambung pengajian di Semenanjung manakala sepuluh pelajar yang menyambung pengajian peringkat sama di Sabah dan Sarawak," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Pembahagian Bantuan Persediaan Yayasan Terengganu serta Bantuan Pembelian Komputer Sesi Pengajian 2017/2018 (Parlimen Kuala Nerus) di Duyong Marina & Resort, hari ini.Turut hadir, Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato’ Tengku Farouk Husin Tengku Abdul Jalil serta Pengarah Yayasan Terengganu, Ishamudin Hashim.Ahmad Razif berkata, setiap pelajar yang mengikuti program matrikulasi di Semenanjung akan menerima RM500 seorang, manakala pelajar di Sabah dan Sarawak pula akan menerima RM800 seorang.“Pelajar yang mengikuti pengajian peringkat diploma di Semenanjung pula menerima sebanyak RM750 manakala sebanyak RM1,050 pula diberikan kepada pelajar di Sabah dan Sarawak,” ujarnya.Katanya, bantuan pembelian komputer sebanyak RM500 juga diserahkan dalam bentuk wang tunai kepada pelajar peringkat diploma.Menurut Ahmad Razif, setiap tahun kerajaan negeri membelanjakan kira-kira RM20 juta untuk bantuan persediaan bagi mereka yang mengikuti pengajian di peringkat matrikulasi, sijil, diploma dan ijazah serta untuk pembelian komputer dimana pembahagiannya dilakukan secara berperingkat. 
28 May 17
162