lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
TPM Solat Tarawih Bersama 2,000 Jemaah Di Masjid Sultan Muhammad
Seramai 2,000 umat Islam memenuhi ruang legar Masjid Sultan Muhammad, Bukit Besar, malam ini untuk menunaikan solat tarawih berjemaah bersama Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, malam ini.Jemaah sebelum itu menunaikan solat Isyak dan sebaik selesai solat sunat tarawih swrta witir yang diimamkan Imam Besar Negeri, Ustaz Aizi Saidi Abdul Aziz, Ahmad Zahid bersama-masa pemimpin dan masyarakat setempat kemudiannya moreh di perkarangan masjid itu.Turut serta, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail.Hadir sama, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Negeri Ladang, Dato' Mohd Sabri Alwi serta pemimpin setempat yang lain.Terengganu menjadi negeri pertama yang dikunjungi Ahmad Zahid  untuk berbuka puasa sebelum diikuti negeri-negeri lain untuk sepanjang Ramadan ini.Beliau bersama pengurusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan bertemu dengan pegawai dan anggota agensi di bawah KDN serta badan bukan kerajaan, parti politik dan semua kumpulan masyarakat bagi mengeratkan silaturahim.Ahmad Zahid yang tiba dengan pesawat khas di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Nerus, kira-kira jam 5.45 petang tadi, sebelum itu ke Masjid Jamek, Tok Jembal, Kuala Nerus bagi menghadiri Program Penetapan Nilai Murni Di Bulan Ramadan Bersama YAB Timbalan Perdana.Beliau kemudiannya berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib berjemaah bersama pemimpin serta masyarakat setempat sebelum bergegas ke Masjid Sultan Muhammad.Ahmad Zahid kemudiannya berlepas pulang ke Kuala Lumpur kira-kira jam 10.20 malam ini.
28 May 17
664
Empty Image
Rakyat Digesa Elak Pembaziran-TPM
Timbalan Perdana Menteri, Dato' Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa orang ramai terutama umat Islam agar jangan melakukan pembaziran makanan terutama sepanjang Ramadan kerana amalan itu bertentangan ajaran Islam.Katanya, negara telah digemparkan dengan fakta yang menunjukkan rakyat Malaysia membazir 17,800 tan makanan sehari berdasarkan Statistik Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp)."Angka ini cukup menggerunkanb apabila tiba Ramadan setiap tahun rakyat negara ini membuang 270,000 tan makanan yang tidak diusik dan boleh dimakan semula." Analisis itu juga mencatatkan jumlah makanan tersebut boleh dihidangkan kepada 180 juta orang, hampir enam kali ganda melebihi populasi Malaysia," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni YAB Timbalan Perdana Menteri Bersama Warga Kementerian Dalam Negeri Periingkat Negeri Terengganu dan Majlis Berbuka Puasa di Masjid Jamek,  Tok Jembal, Kuala Nerus, petang iniSementara itu Ahmad  Zahid turut memberitahu, kerajaan telah mengarahkan kawalan keselamatan di semua pintu masuk di sempadan negara dan lorong-lorong tikus terus diperketatkan lagi  untuk memastikan negara selamat daripada ancaman keganasan."Semua agensi penguatkuas kawalan sempadan selain kerjasama polis marin akan terus memantau semua pintu-pintu masuk persempadanan negara demi keselamatan," katanya.Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri juga akan memastikan negara dan rakyat sentiasa selamat daripada sebarang ancaman apatah lagi kalangan pengganas merupakan rakyat negara ini sendiri."Pihak keselamatan khususnya polis sudah mengenal pasti senarai semua individu yang disyakki terbabit dalam kegiatan militan Daesh."Polis telah melakukan beberapa penagkapan ke atas mereka terbabit yang termasuk dalam senarai orrang yang disyaki."Pihak berkuasa tidak akan berhenti di situ saja dan kita akan teruskan pemburuan agar semua yang ada dalam senarai itu takkan telepas," katanya.
28 May 17
48
Empty Image
Terengganu Negeri Pertama Anjur Program Penerapan Nilai Murni Bersama TPM
 Terengganu menjadi negeri pertama penganjuran Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Bersama Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang akan diadakan di seluruh negeri sepanjang bulan Ramadan ini.Program dihadiri lebih 2,000 tetamu itu diadakan sempena Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Masjid Jamek, Tok Jembal, Kuala Nerus, petang tadi.Hadir sama, Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato' Sri Alwi Ibrahim.Tetamu kehormat lain, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar; ketua-ketua pengarah jabatan dan pemimpin setempat.Program turun padang itu bertujuan mengeratkan silaturahim sesama penduduk serta mengimarahkan masjid.Sebelum berbuka puasa Zahid bersama Ahmad Razif sempat menyampaikan sumbangan kepada kira- kira 100 anak yatim dan mendengar tazkirah agama.Timbalan Perdana Menteri turut menunaikan Solat Maghrib berjemaah, sebelum ke Masjid Bukit Besar, Kuala Terengganu untuk menunaikan Solat Terawih.
28 May 17
232
Empty Image
TPM Tiba Di Terengganu Untuk Berbuka, Solat Tarawih Bersama Rakyat
 Ahmad Zahid Hamidi selamat tiba dengan pesawat khas di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Nerus, petang ini untuk berbuka puasa dan berterawih bersama rakyat negeri ini. Foto oleh Zulkipli CW PutraTimbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selamat tiba dengan pesawat khas di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Nerus, kira-kira jam 5.45 petang ini.Terengganu menjadi negeri pertama yang dikunjungi Menteri Dalam Negeri itu untuk berbuka puasa sebelum diikuti negeri-negeri lain sepanjang bulan Ramadan ini. Beliau bersama pengurusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan bertemu dengan pegawai dan anggota agensi di bawah KDN serta badan bukan kerajaan, parti politik dan semua kumpulan masyarakat bagi mengeratkan silaturahim.Ketibaan Ahmad Zahid di LTSM disambut Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail, pegawai kanan kerajaan serta pemimpin politik setempat.Beliau kemudiannya dibawa ke Masjid Jamek, Tok Jembal, Kuala Nerus untuk menghadiri Program Penetapan Nilai Murni Di Bulan Ramadan Bersama YAB Timbalan Perdana, sebelum berbuka puasa dan  menunaikan solat maghrib berjemaah bersama pemimpin serta masyarakat setempat.Sejurus program itu, beliau dijadualkan akan ke Masjid Sultan Muhammad Bukit Besar, Kuala Terengganu bagi menunaikan solat Isyak dan bertarawih, serta moreh bersama penduduk sekitar.Ahmad Zahid dijangka akan berlepas pulang ke Kuala Lumpur kira-kira jam 10.00 malam ini.
28 May 17
313
Empty Image
Masjid, Surau Disaran Solat Sunat Hajat
Ahmad Razif menyampaikan sumbangan kepada wakil masjid pada Majlis Penyampaian Bantuan Moreh Kepada Masjid dan Surau Parlimen Kuala Nerus, di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus, hari ini. Foto Harish Fadzillah Kasim Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif menyeru umat Islam di negeri ini supaya mengadakan solat hajat dan bermunajat  bagi mendoakan keselamatan negara, khususnya Terengganu agar diberi perlindungan Allah SWT dari ancaman kumpulan militan.Katanya, umum mengetahui di Selantan Thailand kini berdepan dengan ancaman musuh yang bertindak mengebom tempat-tempat awam, termasuk pasaraya sehingga menyebabkan puluhan penduduk tempatan meninggal dunia.“Justeru, saya meminta semua masjid di negeri ini mengadakan solat hajat, terutama setiap kali  selepas solat Jumaat dan berterusan sehingga kemelut selesai,”katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Moreh Kepada Masjid dan Surau Parlimen Kuala Nerus, di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus, baru-baru ini.Ahmad Razif turut memberitahu, ahli  jawatankuasa masjid mahupun surau diminta sentiasa bergerak aktif  mengimarahkan masjid dan surau  dengan menganjurkan tadarus dan pelbagai aktiviti keagamaan pada bulan Ramadan ini.Katanya,  perlu mengajak golongan profesional, orang muda dan kanak-kanak untuk bersama-sama meraikannya agar Rumah Allah tidak sunyi dengan program keagamaan.“Golongan muda dan kanak-kanak harus dibimbing menyertai aktiviti keagamaan supaya mereka tidak merasakan diri terpinggir.“Pada masa sama mampu mendidik diri mereka ke arah kebaikan dan menjadikan amalan ke masjid sebagai tugas hakiki dalam kehidupan,”katanya  
27 May 17
135
Empty Image
Bubur Lambuk Percuma Di Masjid Abidin 4 Hingga 8 Jun Ini
Kerajaan negeri menerusi anak syarikat, Terengganu Incorporated (Terengganu Inc) akan meneruskan tradisi mengagihkan bubur lambuk percuma kepada umat Islam sempena sambutan Ramadan tahun ini.Pengagihan selama lima hari bermula 4 Jun, di Masjid Abidin atau dikenali Masjid Negeri melibatkan kira-kira 7,500 bungkus bubur lambuk dengan peruntukan RM28,000 sebagai tanggungjawab sosial korporat badan itu.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman turut meluangkan masa mengagihkan bungkusan makanan berkenaan kepada orang ramai, hari ini."Kita meneruskan tradisi mengagihkan bubur lambuk secara percuma sebagaimana dilaksanakan tahun- tahun sebelum ini,"kata Ahmad Razif.Turut serta, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc, Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak dan Imam Besar Masjid Negeri, Aizi Saidi Abdul Aziz.Katanya, bermula 4 Jun nanti, sebanyak 1,500 bungkusan bubur lambuk akan disediakan setiap hari hasil sumbangan dan dana yang terkumpul menerusi orang perseorangan dan badan korporat.Sehubungan itu, orang ramai dijemput ke Masjid Abidin bagi mendapatkan bubur lambuk percuma sepanjang tempoh berkenaan.
27 May 17
194
Empty Image
Makam Mangsa Tsunami Tanpa Batu Nisan
Perkuburan Massal Banda Aceh.Foto Oleh:Tengku SyamimTanah Perkuburan Massal di Jalan Bandara International Iskandar Muda, Aceh Besar menempatkan jasad 46,718 mangsa korban tsunami pada 26 Disember 2004 kini menjadi tinggalan monumen memperingati kejadian terburuk dekad ini.Mengikut maklumat yang diperolehi, tanah seluas dua hektar yang dijadikan perkuburan itu telah diwakafkan oleh beberapa orang penduduk kampung untuk menempatkan jasad mangsa tsunami tanpa sebarang balasan.Ketika delegasi kami berkunjung ke Massal, ianya tidak seperti perkuburan biasa, pemakaman tersebut tidak mempunyai batu nisan, nama atau tarikh. Sebaliknya hanya hamparan rumput hijau terpampang di mata tanpa sebarang tanda dan terasa satu perasaan sayu di dalam hati masing-masing yang berada di situ.Kebanyakan ahli keluarga yang masih hidup tidak tahu di mana kubur ayah, ibu dan adik beradik mereka yang terkorban malah belum juga pasti jasad yang tertanam itu adakah di kalangan ahli keluarga mereka yang hilang.Menurut pemandu pelancong kami Syahruzal Mohd Nazir, walaupun mereka tidak tahu di mana jasad itu terkubur namun yang tinggal tetap berkunjung ke Massal untuk mengalunkan doa dan menghadiahkan Surah Yassin sambil menaburkan bunga untuk ahli keluarga yang tercinta.Penjual Bunga Di Tanah Perkuburan  MassalTsunami pada 26 Disember 2004  mengorbankan lebih dari 230,000 orang dari 14 negara dengan sebahagian besar korban adalah warga Aceh.Gelombang berketinggian lebih dari 10 meter dengan gempa berkekuatan 8.9 skala Richter dengan pusat gempa 32 kilometer dari pantai Meulaboh Aceh. Tsunami 2004 meranapkan seluruh pesisir barat Aceh, bahkan air menjangkau Banda Aceh sejauh tujuh kilometer.
26 May 17
608
Empty Image
Panti Asuhan Simpan Kisah Lara Mangsa Tsunami
 Panti Asuhan Islam Media Kasih Banda Aceh ditubuhkan khusus bagi membantu anak yatim, yatim piatu, mangsa penindasan, gempa, tsunami dan korban konflik.Kejadian gempa bumi dan tsunami di Nangroe Aceh Darussalam tanggal 26 Disember 2004 lalu, amat meruntun jiwa seluruh masyarakat dunia, apatah lagi buat mangsa yang melalui pengalaman ngeri itu sendiri.Pengurus Panti Asuhan,Nia Daniati Ihsya berkata, pihaknya berusaha untuk membantu mangsa gempa tsunami yang terselamat dengan membuka pusat Panti Asuhan berkenaan di Aceh."Hati siapa yang tidak tersentuh untuk berbuat sesuatu menolong antara satu sama lain. Ada yang kehilangan keluarga dan harta benda serta ramai anak-anak yang menjadi yatim piatu."Cukup sukar untuk mendapatkan rumah kerana pada masa itu kebanyakan rumah hancur tapi syukur ada insan yang sudi memberi sebuah rumah untuk didiami sementara sehingga kami dapat membina Panti Asuhan sendiri."Pada mula ia dibuka, terdapat 50 anak mangsa tsunami yang tinggal di sini dan jumlah itu berkurangan selepas beberapa bulan selepas ada di kalangan mereka menemui kembali ahli keluarga yang terselamat dalam bencana itu,"katanya.Ibu NiaBeliau berkata demikian ketika ditemui pemberita dalam satu lawatan ke pusat tersebut sempena program Kembara Media Terengganu Ke Aceh.Jelas Ibu Nia lagi,kini setelah kesemua anak mangsa tsunami itu telah berjaya dalam kehidupan masing-masing, Panti Asuhan kekal membantu mereka yang memerlukan bantuan seperti anak-anak yatim piatu, terbuang, miskin dan juga korban konflik.Adik WahyuBagi Wahyu Ulul Amin,17, kejadian tsunami itu masih segar dalam ingatannya dan cukup trauma apabila mendengar bunyi gempa, sehinggakan dia akan mencari tempat yang tinggi untuk menyelamatkan diri.Bayangkan dalam usianya yang baru mencecah enam tahun, Wahyu kehilangan bukan seorang, tetapi tiga anggota keluarganya termasuk ayah, ibu dan adiknya dalam sekelip mata.Wajahnya sugul apabila diminta mengimbau kembali kisah duka yang berlaku sewaktu masih kanak-kanak dan belum cukup untuk memahami erti kehilangan yang hakiki."Pada hari kejadian saya dalam perjalanan pulang ke rumah apabila tiba-tiba berlaku gempa yang pertama. Ayah berpatah balik dan belum sempat apa-apa,ombak tsunami memusnahkan segala-galanya."Saya hanya mampu melihat ayah  dan kakak dihanyutkan air manakala saya diselamatkan oleh orang kampung serta dibawa naik ke sebuah gunung selama satu hari."Bila air surut, kami turun dari gunung untuk mencari ahli keluarga, malangnya hanya kakak sahaja yang terselamat kerana tersangkut pada pokok. Ayah, ibu dan adik menjadi korban malah jasad mereka tak pernah ditemui sehingga kini,"kata Wahyu.Dia dibawa ke Panti Asuhan tersebut bersama kakaknya, Riatul Jannah yang pada ketika itu berusia 11 tahun oleh orang-orang kampung selepas mereka kehilangan tempat bergantung.Bagi mereka yang pernah merasai getir pengalaman itu, ombak tsunami membawa derita yang cukup hiba dan sukar diungkapkan kerana bukan saja memusnahkan harta benda, tetapi gempa dengan kekuatan 9.3 magnitud turut mengorbankan puluhan ribu nyawa.
25 May 17
130
Empty Image
Tradisi Unik 'Meugang' Sambut Ramadan Di Aceh
Masyarakat Aceh memiliki tradisi unik dalam menyambut bulan Ramadan setiap tahun iaitu 'meugang' atau 'makmeugang', tradisi membeli daging, memasak dan kemudian menikmatinya bersama keluarga.Tradisi ini dirayakan secara turun-temurun pada dua atau sehari menjelang masuknya bulan Ramadan tanpa mengira kedudukan mereka, selain turut diadakan sebelum menyambut hari raya puasa.Seorang warga tempatan, Jamudin Datuk Ahmad,75,dari Banda Aceh, berkata bagi masyarakat di situ, hari meugang tanpa membeli atau makan daging seakan tidak lengkap."Setiap golongan samada kaya atau miskin seakan wajib membelinya sekurang-kurangnya setengah kilo bagi satu keluarga."Orang kaya biasanya membeli daging dengan jumlah banyak kemudian menyumbangnya kepada keluarga kurang mampu atau anak yatim di sekelilingnya. Kalau tidak membeli daging waktu meugang rasanya seperti tidak sah masuk (bulan) puasa esok dan ada yang rela berhutang dahulu kerana yang penting keluarga boleh makan daging,” ujarnya ketika ditemui Teganukita di Pasar Keutapang 2, Banda Aceh.Ismail HashimManakala peniaga daging sapi (lembu), Salman Sulaiman,38, berkata beliau sudah berniaga hampir 20 tahun sejak berusia 18 tahun bersama ayahnya dan mendapat bekalan lembu segar daripada penternak tempatan di sekitar Banda Aceh."Seminggu sebelum waktu meugang, saya sudah membeli tiga ekor lembu untuk stok jualan dengan harga 16 juta rupiah(RM5,000) satu ekor. Setiap seekor lembu menghasil hampir 100 kilo daging mentah untuk di jual."Untuk sekilo,saya jual 150 ribu rupiah(RM50) pada hari meugang berbanding pada hari biasa cuma 130 ribu rupiah(RM40) kerana harga lembu yang mahal. Untuk hari meugang sahaja, saya boleh dapat untung 700 ribu(RM252) hingga satu juta rupiah(RM325) dalam sehari,"katanya.Menurut sejarah, meugang pertama dilaksanakan pada masa Kerajaan Aceh Darussalam di bawah pimpinan Sultan Iskandar Muda yang berkuasa tahun 1607-1636 M,sebagai tanda syukur atas kemakmuran kerajaan sehingga Sultan mengajak rakyatnya ikut bergembira menyambut puasa.Sehingga kini,rakyat Aceh tetap memperingati tradisi turun-temurun itu dengan membeli sendiri daging dan ianya bertahan hingga kini.Meugang memiliki makna ganda iaitu selain membawa maksud silaturrahim ia juga sebagai mewujudkan rasa gembira menyambut bulan Ramadan yang suci.
25 May 17
111
Empty Image
Aspek Kebajikan Jadi Agenda Puspanita
Kamisah (kanan) ketika merasmikan  Puspanita Cawangan Daerah Kuala Nerus, di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus, hari ini.Foto oleh Harish Fazillah KassimPersatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) Terengganu akan merencanakan lebih banyak program dengan memberikan fokus terhadap aspek kebajikan seiring dengan hasrat kerajaan berasaskan lapan prinsip Transformasi Terengganu Baharu.Pengerusi Puspanita Terengganu, To’ Puan Anis Hamid, berkata oleh itu, pihaknya akan menggunakan platform itu sebaik mungkin bagi menjalankan pelbagai aktiviti yang boleh menjana sumbangan idea-idea, bakat dan tenaga ahli-ahli Puspanita.“InsyaAllah dengan pengurusan yang tersusun dan komitmen semua ahli, aktiviti ini akan melahirkan satu semangat berpasukan yang tinggi, selain dapat memberi satu impak yang baik dan manfaat kepada masyarakat,” katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Puspanita Cawangan Daerah Kuala Nerus, di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus, hari ini.Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Pengerusi 1 Puspanita Terengganu, To' Puan Kamisah Dollah.Hadir sama, Pengerusi Puspanita Cawangan Daerah Kuala Nerus, Datin Nor Zaini Abd Latif.Anis berkata, beliau amat percaya dengan kepimpinan Nor Zaini bersama barisan ahli jawatankuasa yang telah dilantik itu bakal mengangkat Puspanita  Daerah Kuala Nerus sebaris dengan Puspanita daerah lain.“Bersama-sama menjayakan misi Puspanita iaitu menjadi wanita yang berdaya saing, berilmu, berkemahiran, berketrampilan dan bertakwa supaya dapat menyumbang kepada pembangunan diri, keluarga dan masyarakat,”katanya.
24 May 17
923