Artikel "Semasa" Terkini
Peruntukan RM712,000 Bantuan Untuk Penduduk Wilayah Ketengah
Ahmad Razif turut merasmikan Pasaraya Sabasun milik Che Salmi Che Ibrahim, di Dataran IKS Ceneh Baharu, Chukai, Kemaman, semalam. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailLembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) memperuntukkan lebih RM712,000 melalui Tabung Amanah Masyarakat untuk diagihkan kepada warga miskindi wilayah itu, tahun ini. Pengerusinya, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pengagihan itu melibatkan 2,112 penerima merangkumi empat zon di Wilayah Ketengah. "Empat zon terbabit ialah Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal dan Air Putih di Kemaman dan DUN Paka serta Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), DUN Bukit Besi di Dungun. "Bantuan yang diberikan itu terdapat dalam pelbagai bentuk termasuk sumbangan wang tunai atau mengikut keperluan penerima seperti latihan serta bantuan peperiksaan," katanya. Ahmad Razif yang juga Menteri Besar berkata, selain itu pembahagian itu juga disalurkan mengikut kriteria seperti penduduk miskin, orang kurang upaya (OKU) dan sebagainya.Menurutnya, Ketengah berharap sumbangan daripada Tabung Amanah Masyarakat ini dapat meringankan beban penduduk miskin dan mereka yang memerlukan.Ahmad Razif berkata demikian di Majlis Penyampaian Sumbangan Tabung Amanah Masyarakat Ketengah Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih dan Kijal, di Cheneh, Kemaman, semalam. Di majlis itu, seramai 612 orang penduduk DUN Air Putih dan Chukai turut menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM183,500. Katanya, dana sumbangan itu diperolehi daripada hasil keuntungan anak syarikat Ketengah yang terlibat dalam pelbagai sektor perniagaan yang menjana keuntungan. "Menerusi keuntungan yang diperolehi itu ianya akan dipulangkan kembali kepada rakyat melalui pelbagai saluran," katanya. Ahmad Razif berkata, tabung yang ditubuhkan lebih 10 tahun itu sudah membelanjakan kira-kira RM4 juta membabitkan 10,000 penerima.
03 Jun 17
74
Anak Terengganu Di Kuala Lumpur Terima Dana Raya, TOM Di Majlis Berbuka Puasa 10 Jun Ini
Peruntukan RM88.7 juta Dana Raya bakal diagihkan kepada kira-kira 230,000 rakyat Terengganu termasuk yang tinggal di Kuala Lumpur dan Lembah Klang sempena Majlis Berbuka Puasa Perantau Bersama YAB Menteri Besar dan Kepimpinan Negeri Terengganu di Perkarangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi), Presint 3, Putrajaya pada 10 Jun ini (Sabtu).Majlis yang dijangka bakal dibanjiri 10,000 anak Terengganu itu akan dihadiri Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ketua-ketua jabatan dan kepemimpin politik.Program anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama persatuan NGO-NGO Anak Terengganu di Lembah Klang dan Sekreariat Anak Terengganu Di Perantauan bermula seawal jam 5 petang dan berakhir 10 malam.Pengerusi Sekretariat Anak Terengganu Di Perantauan, Samiun Salleh berkata, program tahunan kerajaan negeri itu juga turut melibatkan pengagihan DanaTransformasi Orang Muda (TOM) dan bantuan Tabung Darul Iman (TDI) yang diselaraskan menerusi Pejabat DUN masing-masing.Daripada keseluruhan dana raya kepada rakyat Terengganu yang mula diagihkan menerusi kaedah baucer sejak 27 Mei lalu, sejumlah RM61.1 juta kepada 154,730 golongan miskin, RM9.9 juta untuk 33,305 warga emas; RM4.2 juta (14,005 orang kelainan upaya) dan RM13.3 juta kepada 37,283 duda dan ibu tunggal.Katanya, sebanyak RM1.56 juta DanaTOM juga akan diserahkan kepada 7,800 penerima, manakala RM9,000 lagi bantuan TDI kepada lima penerima yang disenaraikan.“Sejurus selepas itu, peserta berpeluang mendapat hadiah cabutan bertuah yang menyediakan pelbagai barangan menarik untuk dibawa pulang.“Semua hadirin kemudiannya akan menyertai majlis berbuka puasa, solat Magrhib, Isyak dan berterawih. Manakala selepas terawih disediakan juga jamuan moreh dengan pelbagai menu istimewa termasuk Durian King, kambing bakar dan juga kuih-muih tradisional Terengganu,” katanya kepada Teganukita selepas mesyuarat kali kedua program itu, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.Beliau yang juga Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) berkata, semua kepimpinan negeri dijangka akan tiba dari jam 5 petang bagi menyambut anak Terengganu di perantauan serta beramah-mesra bagi merapatkan ukhwah sesama mereka.Katanya, penganjur juga menyediakan pusat khidmat kaunter T-Cakna untuk anak Terengganu mendapatkan informasi dan bantuan berkaitan yang disediakan agensi kerajaan negeri bermula jam 4.30 petang hingga 8 malam.Tambah beliau, kepada anak Terengganu yang berminat menyertai majlis berbuka puasa ini, boleh menghubungi nombor pada iklan yang diedarkan dan diviralkan menerusi media sosial dan juga kain rentang di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Sekretariat Anak Terengganu di Perantauan di Parlimen masing-masing pada kadar segera.
03 Jun 17
176
Imarah Ramadan Dengan Tadarus Al-Quran
Ahmad Razif ketika berucap merasmikan Majlis Penutup Program Tadarus al-Quran (Wanita) Anjuran LKPIM Kuala Nerus di Masjid Al-Abrar, Seberang Takir. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu KassimKira-kira 300 warga Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia (LKPIM) Kuala Nerus dan masyarakat setempat menyertai program Tadarus al-Quran di Masjid Al-Abrar, Seberang Takir.Program anjuran LKPIM itu turut mendapat kerjasama Penyelaras Wanita DUN Seberang Takir dan Persatuan Wanita Sedar (Surianita) Kuala Nerus.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, sambutan terhadap program keagamaan seperti tadarus al-Quran begitu menggalakkan khususnya di bulan Ramadan.“Saya lihat, diseluruh Terengganu bahawa program tadarus al-Quran ini dijalankan begitu baik sekali.“Aktiviti ini diadakan di setiap masjid samada antara selepas pada terawih atau selepas pada subuh dan ianya secara tidak langsung dapat mengimarahkan bulan mulia ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Program Tadarus al-Quran (Wanita) di Masjid Al-Abrar, Seberang Takir, semalam.Katanya, semua pihak harus memainkan peranan bagi memastikan program-program keagamaan seperti ini menjadi budaya khususnya dalam kalangan generasi muda.Sementara itu, Ahmad Razif berkata kerajaan negeri tidak mewajibkan semua masjid dan surau di negeri ini melaksanakan solat sunat tarawih 20 rakaat.“Ianya bergantung kepada setiap masjid dan surau itu dan ianya bukan paksaan.“Cuma kita berikan galakkan, mana-mana masjid dan surau yang hendak laksanakan 20 rakaat tidak ada masalah,” ujarnya.
03 Jun 17
84
Promosi Bazar Ramadan Kepada Pelancong Asing
Bazar Ramadan antara pusat jualan pelbagai makanan tradisional yang wajar dipromosikan kepada pelancong dalam dan luar negara sempena Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Mutimedia Dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, peranan peniaga boleh membantu dalam mempromosi daerah masing-masing yang semestinya mempunyai daya tarikan tersendiri."Pengusaha pelancongan perlu mengambil ruang dan peluang apabila tibanya bulan puasa dan menjadikan Bazar Ramadan sebagai salah satu lokasi pelancongan yang perlu dilawati dengan tarikan suasana dan kepelbagaian makanan dan kuih-muih tradisional yang dijual."Dengan kepelbagaian juadah lauk-pauk beraneka jenis ditambah pula ulam-ulaman yang istimewa sangat sesuai dijadikan juadah berbuka puasa atau hidangan di hotel dan tempat tumpuan ramai pelancong," katanya kepada ketika dihubungi Teganukita.Ghazali berkata, pelancong luar kebiasaannya menyukai sesuatu yang unik dan berbeza dengan budaya mereka terutama dari segi makanan."Termasuklah kita sendiri gemar mencari kelainan dalam lawatan ke sesebuah negeri dan cuba mengenali budaya masyarakat di negara tersebut.Maka tidak mustahil pelancong asing yang datang ke tempat kita pun, ingin merasai keunikan tersebut."Dengan itu, pengusaha pelancongan perlu memainkan peranan memaklumkan kepada mereka (pelancong) untuk melawat ke Bazar Ramadan dan memberi maklumat berkaitan makanan tradisional,"katanya lagi.Beliau turut menekankan kepada para peniaga Bazar Ramadan supaya sentiasa menjaga kebersihan dan imej ketika menjual makanan masing-masing agar tahap kualiti makanan sentiasa terjamin."Peniaga harus jujur dengan meletakkan harga yang berpatutan serta bersifat amanah dalam urus niaga bagi memberi gambaran nilai mulia Islam."Dengan ini, para pelancong akan menghormati orang Islam kerana mempunyai akal budi yang tinggi di samping memberi satu kenangan yang berharga kepada pelancong asing dari rakyat Terengganu,"kata Ghazali.
02 Jun 17
113
Anak Yatim Hulu Terengganu Ceria Terima Baju Raya
Muhammad Akif Irfan Mohd. Syawal, bersama Ibunya Anisha Jusoh dan Adiknya Muhammad Aqil Isyraf.Kemeriahan Ramadan dan menjelangnya Hari Raya Aidilfitri setiap tahun bagi anak-anak yang kehilangan ibu atau bapa atau pun kedua duanya akan terasa jika diraikan oleh pihak lain seperti keluarga sendiri.Ini jelas kelihatan kepada adik Muhammad Akif Irfan Mohd. Syawal, 11, yang kematian ayahnya akhir tahun lepas apabila begitu ceria bercerita keseronokan membeli belah pakaian raya bersama-sama rakan yang lain.Katanya, biasanya kelengkapan hari raya dibeli ayah dan ibu, namun kali ini ianya berbeza tapi masih merasa bertuah kerana dapat memilih sendiri pakaian hari raya sumbangan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Dato' Jailani Johari.“Seronok sangat dapat beli baju raya dengan kawan-kawan lepas itu dapat makan sama-sama dengan ramai orang di dewan ni.“Sekurang-kurangnya baju raya saya, ibu tak perlu beli lagi,hanya beli untuk adik sahaja lagi. Itu dah cukup bagi saya,” katanya yang jelas tergambar kegembiraan apabila dapat memilih baju raya kegemaran.Menurut ibunya Anisha Jusoh@Jaafar,34, anak sulungnya begitu teruja apabila dimaklumkan akan dibawa membeli belah kelengkapan raya di sebuah pasaraya.Anisha kini bekerja sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di sebuah sekolah, menerima pencen RM650 sebulan sepanjang hayat selepas kematian suaminya.Suaminya, Mohd Syawal dikatakan rebah ketika keluar dari lokasi pencarian sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Hulu Terengganu (HHT) ketika menyertai misi mencari dan menyelamat pemancing hilang di kawasan Hutan Simpan Sungai Lut dekat Felda Jerangau Barat, Hulu Terengganu pada 3 Disember lalu.Menurut Anisha, sumbangan tersebut begitu bermakna kepada beliau dan anak-anak."Terima kasih di atas keprihatinan Ahli Parlimen kerana bantuan ini dapat meringankan beban saya dan yang paling penting membuatkan anak saya tersenyum gembira bila dihargai di samping mengurangkan rasa kehilangan seorang ayah,"katanya lagi.Beliau berkata demikian ketika ditemui Teganukita selepas Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Sumbangan Van Kepada Pejabat Parlimen di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, hari ini.Kesemua anak yatim itu diberi peruntukan RM100 seorang bagi membeli pakaian dan kasut untuk merayakan Aidilfitri tidak lama lagi dan berbelanja di Pasaraya Mydin Gong Badak,Kuala Terengganu.Pada sebelah petang pula,mereka diraikan dalam majlis berbuka puasa di Dewan Majlis Daerah Kuala Berang dan menerima sumbangan kecil daripada Dato' Jailani Johari.
02 Jun 17
221
Pos Malaysia Sumbang Van Komuniti
Dato Jailani Johari Menerima Replika Kunci Van Komuniti Daripada Dato' Mohd Shukrie Mohd SallehPos Malaysia menyumbangkan van komuniti bernilai kira-kira RM 108,000 kepada Pejabat Parlimen Hulu Terengganu bagi menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan, termasuk pengagihan bantuan kepada penduduk.Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, Dato' Jailani Johari berkata usaha berterusan dari Pos Malaysia itu sebagai tanggungjawab sosial korporat mereka dalam segmen keprihatinan komuniti.Jelasnya lagi,sebelum ini juga pihak pos Malaysia telah memberi beberapa sumbangan seperti Van Jenazah, sumbangan banjir dan dua buah bot kepada pejabat Parlimen Hulu Terengganu."Kita juga amat beruntung kerana negara sentiasa dalam keadaan aman. Kita boleh mengadakan majlis sebegini dengan selesa, berpuasa dan beribadah dengan tenang tanpa sebarang ketakutan. Kuncinya adalah perpaduan dan kerjasama."Sehubungan itu, soal perpaduan ini perlu sentiasa dijaga dengan baik dan kita patut bersyukur kerana kerajaan yang mentadbir Negara ini, kerana mampu mengekalkan keamanan dan mengutamakan kepentingan rakyat serta kesejahteraan negara,"kata Jailani.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Sumbangan Van Kepada Pejabat Parlimen di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu,hari ini.Turut hadir,Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil,Ghazali Taib, Adun Telemong,Dato' Rozi Mamat,Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia,Dato' Mohd Shukrie Mohd Salleh.Sementara itu,seramai 100 orang anak yatim dari seluruh Parlimen Hulu Terengganu turut diraikan dalam majlis yang sama.Terlebih dahulu,anak-anak yatim tersebut dibawa ke Pasaraya Mydin,Gong Badak untuk membeli keperluan raya seperti baju dan kasut dengan peruntukan RM100 setiap seorang.
02 Jun 17
289
Penantian 33 Tahun Dapatkan Hak Milik Geran Tanah Tertunai - Peneroka Felda Mengkawang
Mahari Othman (Hadapan)Memegang Geran Hak Milik Besama Penerima-Penerima Lain."Akhirnya hajat saya tercapai jua setelah menunggu hampir 33 tahun untuk menerima geran hak milik tanah di Felda Mengkawang hari ini," kata Mahari Othman,58, yang merupakan generasi pertama peneroka di tanah rancangan itu.Jelasnya, segala penat lelah selama ini hilang dengan pengiktirafan yang diberikan dan kini mendapat hak milik tanah untuk diwarisi.Mahari berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Daerah Hulu Terengganu dan Penyampaian Geran Hak Milik Tanah kepada 176 peneroka Felda Mengkawang di Masjid Felda Mengkawang, Ajil, kelmarin."Alhamdulillah, ia merupakan rezeki bulan Ramadan pada tahun ini. Sudah terlalu lama menunggu saat untuk menerima hak milik setelah bertungkus lumus mengusahakan tanah rancangan sejak ia mula dibuka 33 tahun lalu. "Saya pernah terfikir sama ada saya masih sempat menerima geran tersebut apabila seorang demi seorang kawan-kawan termasuk ahli blok meninggal dunia, mereka sama-sama meneroka di awal pembukaan tanah rancangan tersebut," katanya.Di majlis itu, seramai 176 peneroka Felda Mengkawang daripada 329 peneroka menerima hak milik tanah daripada Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat dan Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik.Bagi generasi kedua Felda Mengkawang, Roziyawati Mat Deris, 39,berkata, saat gembira itu tidak dapat dikongsi dengan ibu bapanya yang telah lama meninggal dunia. "Ayah dan emak merupakan generasi pertama yang membuka tanah rancangan ini dan banyak berjasa di Felda Mengkawang.“Ayah saya,Mat Deris Mat Hasan meninggal pada 2014 dan emak, Esah Yassin pula pada 2007. Ketika arwah ayah masih hidup,dia sangat aktif dengan pelbagai jawatan termasuklah ketua blok, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) serta bendahari masjid,"katanya.Roziyawati Mat DerisRoziyawati berkata,beliau merasa gembira dan terharu setelah bertahun-tahun, akhirnya pengorbanan generasi pertama termasuk arwah ayahnya dihargai.
01 Jun 17
614
Majlis Berbuka Puasa Anak Terengganu Di Kuala Lumpur Bersama YAB MB 10 Jun Ini
Seramai 10,000 anak Terengganu yang menetap di Kuala Lumpur dan Lembah Klang bakal diraikan di Majlis Berbuasa Puasa Perantau Bersama YAB Menteri Besar dan Kepimpinan Negeri Terengganu di Perkarangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi), Presint 3, Putrajaya pada 10 Jun ini (Sabtu).Majlis akan dihadiri Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ketua-ketua jabatan dan kepemimpin politik itu bermula jam 5 petang hingga 10 malam.Program anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama persatuan NGO-NGO Anak Terengganu di Lembah Klang dan Sekreariat Anak Terengganu Di Perantauan.Pengerusi Sekretariat Anak Terengganu Di Perantauan, Samiun Salleh berkata, program tahunan kerajaan negeri itu akan dimulakan dengan ucapan kepimpinan negeri dan juga Pesat, sebelum pengagihan DanaTransformasi Orang Muda (TOM), Dana Raya dan bantuan Tabung Darul Iman yang diselaraskan menerusi Pejabat DUN masing-masing.“Sejurus selepas itu, peserta berpeluang mendapat hadiah cabutan bertuah yang menyediakan pelbagai barangan menarik untuk dibawa pulang.“Semua hadirin kemudiannya akan menyertai majlis berbuka puasa, solat Magrhib, Isyak dan berterawih. Manakala selepas terawih disediakan juga jamuan moreh dengan pelbagai menu istimewa termasuk Durian King, kambing bakar dan juga kuih-muih tradisional Terengganu,” katanya kepada Teganukita, hari ini.Beliau yang juga Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) berkata, semua kepimpinan negeri dijangka akan tiba dari jam 5 petang bagi menyambut anak Terengganu di perantauan serta beramah-mesra bagi merapatkan ukhwah sesama mereka.Katanya, penganjur juga menyediakan pusat khidmat kaunter T-Cakna untuk anak Terengganu mendapatkan informasi dan bantuan berkaitan yang disediakan agensi kerajaan negeri bermula jam 4.30 petang hingga 8 malam.Tambah beliau, kepada anak Terengganu yang berminat menyertai majlis berbuka puasa ini, boleh menghubungi nombor pada iklan yang diedarkan dan diviralkan menerusi media sosial dan juga kain rentang di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Sekretariat Anak Terengganu di Perantauan di Parlimen masing-masing pada kadar segera.
31 May 17
807
Negeri Lain Perlu Contohi Terengganu Jalin Kerjasama Strategik Dengan PTPTN
Komitmen kerajaan negeri menjalin kerjasama stategik dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPNi) wajar dicontohi negeri lain dalam memupuk budaya menabung dalam kalangan rakyat sejak kecil.Pengerusi PTPTN, Dato’ Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, inisiatif Kerajaan Terengganu di bawah pimpinan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman itu merupakan satu langkah bijak apabila menjadi rakan strategik dengan PTPTN sejak 2015 lagi.“Di bawah program ini kerajaan Terengganu telahpun mendepositkan anugerah kepada pelajar cemerlang bagi peringkat UPSR, PMR, dan SPM ke dalam akaun SSPN-i.“Ini sebenarnya satu langkah bijak iaitu melaburkan wang kepada pelajar cemerlang untuk tujuan masa depan mereka dan ini pendekatan baik yang harus dilaksanakan oleh negeri-negeri lain,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program UMNO Bantu Rakyat dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Kediaman Seri Iman, semalam.Shamsul Anuar berkata, PTPTN juga menyeru kepada ibu bapa supaya menabung melalui SSPN-i untuk pendidikan masa depan anak-anak dan tidak hanya bergantung kepada pinjaman sahaja.“Ianya selari dengan hasrat PTPTN tidak lagi mahu rakyat bergantung seratus peratus kepada dana pinjaman tetapi mahu beralih kepada simpanan sebagai perancangan untuk pendidikan anak-anak,” ujarnya.Katanya, langkah kerajaan Terengganu untuk menggalakkan budaya menabung dalam kalangan rakyat sejak usia kecil lagi amat tepat.“Daripada beri wang tunai on off yang habis begitu sahaja lebih baik diberi dalam bentuk simpanan SSPN-i yang mendapat dividen tinggi setiap tahun,” ujarnya.
31 May 17
43
250,000 Terima Manfaat Program Jelajah UMNO Bantu Rakyat
Shamsul Anuar (kiri) dan Ahmad Razif menyerahkan sumbangan kepada golongan memerlukan pada Program UMNO Bantu Rakyat dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Kediaman Seri Iman. Foto Oleh: Harish Fadzillah KassimSecara keseluruhan, tidak kurang 250,000 orang telah menerima manfaat daripada program UMNO Bantu Rakyat yang berakhir di negeri ini semalam selepas siri jelajah seluruh negara itu dilancarkan Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 19 Mei lepas di Kuala Lumpur.Pengerusi Badan Kebajikan UMNO, Dato’ Shamsul Anuar Nasarah berkata, kesemua penerima bantuan itu terdiri daripada golongan memerlukan termasuk anak yatim, keluarga miskin, ibu tunggal serta pesakit kronik.“Menerusi fasa satu program UMNO Bantu Rakyat ini, kita telah menerjah ke hampir 21 buah lokasi di seluruh negara yang berakhir di Terengganu.“Bagi program fasa kedua pula, sebanyak 50 lagi lokasi akan dikenal pasti oleh Badan Perhubungan UMNO negeri-negeri dan akan menjadikan sebanyak 71 lokasi akan dikunjungi, sekali gus menggambarkan usia parti yang telah memasuki 71 tahun,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program UMNO Bantu Rakyat dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Kediaman Seri Iman, semalam.Pada majlis itu, seramai 200 keluarga miskin menerima bantuan berupa barangan keperluan harian sementara 100 pelajar darjah satu membuka akaun SSPNi secara percuma.Katanya, Badan Kebajikan UMNO menyumbangkan dana sebanyak RM515,000 kepada golongan sasaran yang berkelayakan sempena program UMNO Bantu Rakyat di negeri ini termasuk untuk membantu golongan memerlukan dan disalurkan kepada UMNO Bahagian.“Program UMNO Bantu Rakyat bukan setakat menghulurkan bantuan kepada golongan sasaran yang berkelayakan.“Malah, menjadi mata dan telinga kerajaan untuk mendapatkan input, pandangan dan maklum balas rakyat berkaitan isu-isu kebajikan baik peranan yang dimainkan oleh agensi-agensi kerajaan dan sebagainya," ujarnya.Katanya, dapatan tersebut akan dikumpul dan dikemukakan kepada kerajaan untuk meningkatkan lagi keupayaan perkhidmatan supaya Biro Kebajikan UMNO menjadi perantara terbaik antara kerajaan dan masyarakat,” ujarnya.
31 May 17
39