Artikel "Semasa" Terkini
Masjid Jambu Bongkok RM7.1 Juta Dijangka Siap Oktober 2018
Ahmad Razif bersalaman dengan pegawai dan pemimpin politik yang menyambut ketibaan beliau di Majlis Pecah Tanah dan Berbuka Puasa Daerah Marang di Masjid Kampung Jambu Bongkok, Marang, semalam. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KasimMasjid baharu di Kampung Jambu Bongkok, Marang yang bakal dibina dengan kos RM7.1 juta dijangka siap menjelang Oktober tahun depan.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, masjid yang dibangunkan bagi menggantikan masjid lama yang sudah berusia 54 tahun itu, berkeluasan kira-kira 1,300 meter persegi itu mampu menampung sehingga 1,000 jemaah."Kerja-kerja tapak telah selesai dan kini di peringkat penanaman cerucuk awalan. Masjid ini juga akan dilengkapi bangunan kelas yang boleh diubah menjadi dewan," katanya.Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah dan Berbuka Puasa Daerah Marang di Masjid Kampung Jambu Bongkok, Marang, semalam. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang.Kira-kira 2,000 orang penduduk dir dalam majlis berbuka puasa bersama Menteri Besar.Dalam pada itu, Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri akan memastikan pembinaan tujuh masjid baharu yang mampu menjadi mercu tanda atau ikon di setiap kawasan seluruh di Terengganu mampu disiapkan pada tahun ini.Katanya, setakat ini empat masjid sedang dalam pembinaan manakala tiga lagi masjid akan dibina tidak lama lagi masing-masing di Setiu, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.
05 Jun 17
127
DUN Telemong Guna Konsep Berbeza Agih Dana Raya 2017
Dewan Undangan Negeri (DUN)Telemong menggunakan konsep berbeza dengan sentuhan tersendiri dan lebih mesra rakyat bagi pengagihan Dana Raya 2017 kali ini.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong, Dato' Rozi Mamat berkata, beliau cuba mencipta kelainan dengan turun sendiri ke semua 45 cawangan untuk mengagihkan baucer kepada penerima-penerima yang layak.Jelas Rozi, walaupun kaedah itu sedikit mengerah tenaga dan masa terutama bagi cawangan yang terletak jauh serta penerima yang ramai, namun impaknya sangat besar dapat diperolehi nanti."Kelebihannya sangat banyak dan apabila kita turun sendiri, kita akan dapat satu pendekatan yang lebih akrab dengan masyarakat kampung terutama penerima-penerima bantuan."Saya akan dapat mengetahui lebih jelas sekiranya ada permasalahan di kalangan penerima-penerima malah boleh diselesaikan dengan segera,"kata Rozi.Beliau berkata demikian kepada Teganukita selepas Majlis Berbuka Puasa Kepimpinan Masyarakat DUN Telemong di perkarangan Pusat Khidmat Masyarakat Telemong, Hulu Terengganu, hari ini.Seramai 6,990 penerima dana raya melibatkan pelbagai kategori dengan peruntukan sebanyak RM2,574,400 menerima baucer di peringkat kampung masing-masing pada kali ini.Beliau berkata, walaupun pihak bank tidak turut serta dalam agihan baucer kerana kekangan masa namun memberi pengecualian kepada penerima orang asli Kampung Sungai Berua untuk turun bersama-sama pihak DUN."Saya dapati masalah kesesakan di bank dapat dikurangkan dengan cara penambahbaikan yang dibuat ini dan tindak balas kebanyakan penerima, rata-rata lebih berpuas hati dengan cara tersebut."InsyaAllah, kita akan teruskan dan lakukan penambahbaikan setiap tahun dalam usaha memberikan yang terbaik kepada masyarakat Telemong dalam semua aspek terutama kepada penerima-penerima bantuan dana,"kata Rozi lagi.
05 Jun 17
383
Sasar 1,000 Ejen Agro Bank Akhir Tahun Ini
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mensasarkan untuk melantik kira-kira 1,000 ejen Agro Bank (AGROAgent) di seluruh negara sehingga penghujung tahun ini bagi memudahkan petani dan penternak menjalankan urusan berkaitan perbankan.Menterinya, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, setakat ini Agro Bank melantik 700 ejen perkhidmatan itu di seluruh negara termasuk menerusi Pertubuhan Peladang Kebangsaan dan persatuan nelayan."Pelantikan ejen amat penting khususnya kepada penduduk kawasan pedalaman seperti di Sabah dan Sarawak yang berdepan pelbagai rintangan pengangkutan bagi menjalankan urusan perbankan di bandar."Di Terengganu sahaja, sebanyak 41 wakil Agro telah didaftarkan untuk memberi perkhidmatan khusus kepada komuniti sejajar dengan peranan Agro Bank," katanya.Beliau berkata demikian pada majlis Berbuka Puasa Iftar Jama'ie bersama 1,500 penduduk sekitar Daerah Kemaman dan penyampaian sumbangan zakat perniagaan sebanyak RM100,000 kepada 500 golongan asnaf di Masjid Jamek, Kijal, petang semalam.Pada majlis tersebut Ahmad Shabery turut menyampaikan surat pelantikan wakil Agro kepada lima ejen bank berkenaan bagi Daerah Kemaman.Mereka terdiri daripada Pertubuhan Peladang Kebangsaan Kemaman dan Pertubuhan Nelayan Kebangsaan Kemaman, Nelayan Kebangsaan Kijal, Nelayan Kebangsaan Kemasek dan Koperasi Felda Neram II.Ahmad Shabery berkata, dengan pengalaman dan rekod baik dalam industri perbankan pertanian, Agro Bank dilihat sentiasa berusaha mengimbangi peranan dalam aspek pembangunan dan komersial dalam memperkasakan sektor pertanian di seluruh negara.
05 Jun 17
31
1,000 Meriahkan Majlis Berbuka Puasa ADUN Kota Putera
Lebih 1,000 jemputan memeriahkan majlis berbuka puasa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Putera, Mohd Mahdi Musa yang berlangsung di Dewan Limbongan, Kampung Raja, semalam.Sempena majlis itu, turut diadakan penyampaian bantuan kewangan kepada masjid dan surau di kawasan DUN berkenaan.Sumbangan dari Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) itu membabitkan 40 surau dan masjid bertujuan membantu institusi agama itu menjalankan aktiviti masing-masing sepanjang Ramadan.Majlis berkenaan turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa pemimpin kerajaan negeri serta pegawai kanan daerah Besut.Antara yang hadir ialah Speaker DUN Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato' Muhammad Pehimi Yusof, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohamad dan ADUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman.Turut hadir, Pegawai Daerah Besut, Wan Ismail Sahaimi Wan Omar, Yang Dipertua Majlis Daerah Besut, Rashid Jusoh dan Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi.
05 Jun 17
82
JHEAT Saran Semua Masjid Utama Tunai Solat Tarawih 20 Rakaat
Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu(JHEAT) mengarahkan masjid-masjid utama di seluruh Terengganu mengamalkan solat sunat tarawih 20 rakaat dan tiga witir melalui pekeliling yang berkuatkuasa 1 Jun lalu.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Mutimedia Dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, saranan ini dibuat berdasarkan pandangan para ulamak, cendikiawan dan ilmuwan Islam dan kita mahu mencontohinya kerana menuruti amalan yang terbaik di negeri ini.Jelasnya lagi, situasi yang ada dalam negeri turut diambil kira kerana keadaan yang aman, tiada permasalahan malah sebahagian besar masjid yang ada cukup selesa untuk beribadat."Kalau kita lihat, sebahagian besar masjid dilengkapi dengan alat penghawa dingin dan ada sesetengahnya mempunyai kipas besar yang sangat selesa untuk jemaah mengerjakan solat (tempoh yang panjang)."Jadi tidak timbul masalah kenapa tidak boleh mengerjakan solat sunat tarawih sebanyak 20 rakaat bersama tiga rakaat witir."Itu yang kita sarankan dan kita dapati para imam tidak membaca surah yang yang panjang, hanya surah yang pendek sahaja dan 20 rakaat itu mampu disiapkan pada jam 10 malam sahaja,"kata Ghazali.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Dewan Undangan Negeri Ajil di Hotel Sumai,Kuala Terengganu, semalam.Turut hadir, Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato' Wan Mohd dan Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik.Ghazali juga berkata, kepada masjid-masjid yang mempunyai permasalahan tertentu, pihak imam atau Pengerusi Jawatankuasa Masjid boleh mempertimbangkannya mengikut ketentuan."Kepada jemaah yang ada urusan atau masalah kesihatan, kita tidak larang malah mereka boleh berhenti setakat lapan atau ingin meneruskan sebanyak 20 rakaat..itu terpulang kepada mereka,ikut kemampuan masing-masing."Jadi tidak akan timbul tekanan atau 'stress' lagipun ini salah satu latihan yang baik kepada jemaah. Pada siang hari kita berpuasa dan malamnya kita solat tarawih sebagai satu terapi kerana setiap pergerakan dalam solat menambahkan kesihatan dari satu sudut,"katanya lagi.Jelas beliau lagi, tidak ada tindakan atau denda akan dikenakan kepada masjid yang gagal mematuhi arahan ini kerana soal ibadat terpulang kepada keikhlasan masing-masing, bagaimanapun JHEAT cuma memainkan peranan untuk menyarankan amalan terbaik di Terengganu.
04 Jun 17
71
Wujud Night Market Di Perkampungan Pulau Redang
Kerajaan negeri bercadang mewujudkan 'Night Market' dengan mengutamakan jualan produk pelancongan di perkampungan Pulau Redang dalam tempoh terdekat.Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata usaha itu pasti dapat menarik minat pengunjung resort di Pasir Panjang ke kawasan perkampungan pulau itu, sekaligus menambah pendapatan penduduk setempat."Peniaga Night Market diminta menghadiri kursus asas perniagaan yang diselia Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu," katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Penduduk di Masjid Kampung Baru, Pulau Redang, petang tadi.Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail, Ahli Parlimen Setiu, Che Mohamad Zulkifly Jusohdan Ahli Dewan Undangan Negeri, Batu Rakit Bazlan Abd Rahman.Ahmad Razif turut memberitahu, cadangan pembinaan jalan sepanjang 2.5 kilometer yang menghubungkan Pasir Pajang ke perkampungan Pulau Redang akan dipercepatkan.Katanya, ketika ini penduduk di pulau itu seakan terasing berikutan kehadiran beribu pelancong setiap hari hanya tertumpu di Pasir Panjang, tidak ke perkampungan."Keadaan itu dilihat sebagai satu kerugian kerana manfaatnya tidak sampai kepada keseluruhan masyarakat pulau," katanya.
04 Jun 17
181
Projek Perumahan Di Pulau Redang Siap Akhir Julai
Projek pembangunan 160 unit Rumah Pangsa Mampu Milik di Pulau Redang yang mengalami kelewatan pembinaannya dijangka siap akhir Julai ini.Projek perumahan setinggi lima tingkat melibatkan empat blok itu mula dibina pada 2012 di kawasan seluas 1.7 hektar kini hampir 86 peratus siap.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata projek rumah pangsa mampu milik yang bernilai RM28.6 juta itu adalah projek perumahan yang pertama di pusat peranginan itu."Harga yang ditawarkan kepada pemohon yang berkelayakan hanya RM68,000 seunit walaupun kerajaan terpaksa menanggung kos pembinaan lebih RM250,000."Nilai projek yang terpaksa ditanggung lebih tinggi dibandingkan di tanah besar, bagaimanapun kerajaan tetap mengenakan harga mengikut kemampuan penduduk yang hanya perlu membayar RM184 sebulan," katanya.Beliau berkata demikian selepas meninjau projek perumahan itu sempena Lawatan Rasmi Menteri Besar Ke Pulau Redang, hari ini.Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee dan Ahli Dewan Undangan Negeri, Bazlan Abd Rahman.Ahmad Razif berkata, setiap unit rumah dilengkapi tiga bilik tidur dan dua bilik air itu cukup penting bagi penduduk yang kebanyakannya hanya pekerja resort dan nelayan."Ada di kalangpan mereka yang terpaksa tinggal berhimpit dua hingga empat keluarga dalam kediaman ibu bapa kerana kesempitan wang untuk membina rumah sendiri,"katanya.
04 Jun 17
599
Pemohon Dana Raya Yang Tercicir Masih Boleh Membuat Rayuan
Ahmad Razif bersalaman dengan tetamu ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa di Masjid Baru Tok Dor, Jabi, kelmarin. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KasimRakyat Terengganu yang tercicir dalam senarai penerima bantuan Dana Raya masih boleh mengemukakan rayuan untuk mendapatkan bantuan berkenaan sebelum sambutan Aidilfitri ini.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kerajaan negeri tidak mahu mereka yang layak tetapi masih tercicir daripada mendapatkan bantuan berkenaan.Katanya, bantuan Dana Raya berjumlah RM88.7 juta mula diagihkan kepada 239,323 penerima di Terengganu pada 27 Mei lalu sebagai persediaan menyambut perayaan Aidilfitri."Semua penerima boleh menebus baucer masing-masing di Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Agrobank berdekatan sebelum September ini.“Bagaimanapun seperti tahun sebelum ini masih ada pemohon yang layak tetapi tidak mendapatkan bantuan itu disebabkan beberapa masalah teknikal dan mereka masih diberi peluang untuk membuat rayuan,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa Peringkat Parlimen Setiu di Masjid Baru Tok Dor, Jabi, kelmarin.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Negeri, Dato'Mohd Jidin Shafee, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Mohd Iskandar Jaafar dan Pegawai Daerah Setiu, Rosdi Awang.Menteri Besar berkata, jumlah penerima bantuan sentiasa meningkat setiap tahun, berbanding RM81.3 juta yang diperuntukkan kepada kira-kira 219,754 anak negeri pada tahun lalu.Katanya, sebanyak RM61.1 juta akan disalurkan kepada 154,730 golongan miskin manakala RM9.9 juta untuk 33,305 warga emas; RM4.2 juta (14,005 orang kelainan upaya) dan RM13.3 juta pula melibatkan 37,283 duda atau ibu tunggal.Beliau menasihat orang ramai agar sentiasa berhemah dalam mengurus perbelanjaan walaupun rakyat negeri ini mendapat pelbagai bentuk bantuan yang disediakan kerajaan menjelang sambutan Aidilfitri.
04 Jun 17
40
MB Rai 100 Anak Yatim Di Kemaman
Lebih 3,000 penduduk Kemaman memeriahkan majlis berbuka puasa bersama Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Masjid Sultan Ahmad Kemaman, Jalan Astaka semalam.Ahmad Razif turut meraikan 100 anak-anak yatim dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai dan menyampaikan bantuan hari raya kepada mereka.Katanya, umat Islam digalakkan supaya mengambil kesempatan pada bulan Ramadan ini untuk meningkatkan amal ibadat selain terus menjalinkan tali persahabatan di kalangan mereka.“Alhamdulillah ramai yang hadir pada majlis ini dan saya berharap, Ramadan kali ini akan diambil kesempatan untuk kita meningkatkan amal ibadat kita.“Pada waktu yang sama, ikatan tali persahabatan di kalangan kita juga perlu diberikan perhatian,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Berbuka Puasa Daerah Kemaman di Masjid Sultan Ahmad, Kemaman semalam.Majlis berkenaan turut dihadiri, Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek, Pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri, Ir Rosli Othman, Tuirut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar, Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad, Ir Azman Mohd dan Pegawai Daerah Kemaman, Mohd Zahari Azahar serta Pegawai Penyelaras DUN Chukai, Mohamed Awang Tera.Turut bersama, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kemaman, Ahmad Fikry Ibrahim, ADUN Jabi, Mohd Iskandar Jaafar dan ADUN Chukai, Hanafiah Mat.
04 Jun 17
107
612 Terima Bantuan Tabung Amanah Ketengah
Seramai 612 penduduk Ketengah dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Air Putih, DUN Kijal dan sebahagian dari Paka serta Bukit Besi menerima bantuan daripada Tabung Amanah Ketengah yang disampaikan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, semalam.Program di Dataran IKS Ceneh Baharu, Chukai, Kemaman itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri, Ir. Rosli Othman dan Pengurus Ketengah, Omar Ismail.Hadir sama, ketua- ketua agensi, pegawai dan kakitangan Ketengah, pemimpin-pemimpin masyarakat dan penduduk sekitar.Dalam ucapannya, Ahmad Razif merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ketengah kerana menjemput beliau ke majlis yang sangat bermakna kepada golongan yang memerlukan itu."Bagi saya program sebegini amat penting kerana ia merupakan kesempatan yang amat baik untuk saya bersama-sama dengan rakyat terutamanya yang memerlukan pembelaan," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyampaian Bantuan Tabung Amanah Ketengah dan Perasmian Pasaraya Sabasun di Cheneh, Kemaman.Ahmad Razif berkata, pada masa yang sama ia juga menjadi satu forum untuk semua berjumpa dan berinteraksi di dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.
03 Jun 17
32