lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Sedia Beri Bonus Lima Bulan Gaji, Namun Kebajikan Keseluruhan Rakyat Masih Diutamakan
Kerajaan negeri bersedia mengagihkan bonus raya kepada penjawat awam Terengganu sehingga lima bulan gaji.Bagaimanapun, perkara itu hanya menguntungkan segelintir pihak, sedangkan masih ramai rakyat Terengganu yang perlu mendapat pembelaan.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, peruntukan yang besar berjumlah RM88.7 juta bagi bantuan dana raya lebih penting dan perlu disalurkan kepada mereka yang memerlukan, menyebabkan hasrat memberikan bonus lima bulan itu dibatalkan."Terengganu tidak boleh mengikut cara negeri lain yang mengumumkan bonus raya untuk dua atau tiga bulan kerana banyak perkara lain yang perlu dipertimbangkan"Penjawat awam faham mengenai perkara ini dan mereka tidak mendesak kerajaan negeri untuk membayar bonus melebihi Kerajaan Pusat iaitu sebanyak RM500, " katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama YAB Menteri Besar dan Kepimpinan Negeri Terengganu di perkarangan Masjid Zainal Abidin, Putrajaya, petang tadi.Turut hadir, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong.Hadir sama, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ketua-ketua jabatan dan pemimpin politik.Yang turut hadir, Pemangku Presiden Persatuan Anak Terengganu Di Selangor dan Wilayah Persekutuan (Pesat), Sham Aziz Ismail dan lebih 10,000 anak Terengganu di Lembah Klang.Menurutnya, tahun ini kerajaan memperuntukan  sebanyak RM88.7 juta kepada lebih 230,000 rakyat Terengganu yang berkelayakan." Peruntukan itu termasuk agihan kepada anak perantau yang tinggal di Kuala Lumpur dan Lembah Klang."Setakat ini, tiada negeri lain yang sanggup mengeluarkan belanja besar untuk rakyat bagi menyambut perayaan Aidilfitri,"katanya.
10 Jun 17
131
Empty Image
Anak Terengganu Di Perantauan Dapat Bantuan Sama Rata- MB
Ahmad Razif menyampaikan sumbangan bantuan Tabung Darul Iman di Majlis Berbuka Puasa Perantau Bersama YAB Menteri Besar dan Kepimpinan Negeri Terengganu, di Perkarangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi), Presint 3, Putrajaya, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KasimKerajaan negeri tidak pernah meminggirkan anak Terengganu di Kuala Lumpur dan Lembah Kelang apabila sebarang bentuk bantuan yang disediakan kerajaan kepada rakyat yang menetap di Terengganu turut disalurkan kepada golongan itu.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, konsep transformasi yang diamalkan kerajaan negeri memperlihatkan semua rakyat Terengganu yang layak dibantu perlu mendapat hak yang sama rata walaupun berada di perantauan."Dalam konsep TTB (Transformasi Terengganu Baharu)  kita beri kesamaan kepada Anak Terengganu yang layak untuk terima apa sahaja bantuan yang disediakan oleh kerajaan."Mungkin sebelum ini kita ada terlepas pandang kerana selalunya polisi kita menyediakan bantuan pelajaran kepada anak Terengganu yang belajar dalam negeri. Jadi kini konsep TTB bukan sahaja kita sediakan bantuan untuk dalam negeri dan negara, malah juga untuk yang meneruskan pengajian di luar negara," katanya.Beliau berkata kepada pemberita sempena Majlis Berbuka Puasa Perantau Bersama YAB Menteri Besar dan Kepimpinan Negeri Terengganu, di Perkarangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi), Presint 3, Putrajaya, hari ini.Turut hadir, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong.Hadir sama, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ketua-ketua jabatan dan pemimpin politik.Yang turut hadir, Pemangku Presiden Persatuan Anak Terengganu Di Selangor dan Wilayah Persekutuan (Pesat), Sham Aziz Ismail dan lebih 10,000 anak Terengganu di Lembah Kelang.Ahmad Razif turut berharap program seumpama itu menjadi medan merapatkan ukhwah dan silaturahim sesama anak Terengganu dari pelbagai latar profesion.Tambahnya, golongan perantau yang terdiri daripada ahli profesional dan cerdik pandai boleh memberi idea dan buah pemikiran kepada kerajaan negeri dalam usaha membangunkan negeri dalam pelbagai sektor.Di majlis itu, Menteri Besar turut menyampaikan bantuan dana raya berjumlah RM380,400 kepada 951 anak Terengganu di Kuala Lumpur dan Lembah Kelang.Jumlah itu adalah sebahagian kecil daripada keseluruhan 239,323 rakyat Terengganu yang menerima keseluruhan RM88.7 juta bantuan dana raya itu tahun ini.Sementara bantuan lain yang turut diagihkan adalah Dana Transformasi Orang Muda (TOM) berjumlah RM1.56 juta kepada 7,800 remaja dan RM3, 000 bantuan Tabung Darul Iman (TDI) diserahkan kepada tiga penerima.Program anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama persatuan NGO-NGO Anak Terengganu di Lembah Klang dan Sekreariat Anak Terengganu Di Perantauan bermula seawal jam 5 petang dan berakhir 10 malam.
10 Jun 17
479
Empty Image
Peranan Pengamal Media
Peranan pengamal media dalam menyebar maklumat dan informasi kepada masyarakat mengenai kerajaan negeri dan pelbagai pihak adalah amat penting dan sangat dihargai.Pihak  itu dianggap sebagai rakan pembangunan, melalui pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), kita dapat terus bergerak ke hadapan dan mencipta lebih banyak cerita kejayaan.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pihaknya saling memerlukan kerajaan dan anak-anak syarikat tidak boleh syok sendiri, media pula tidak boleh buat kerja bersendirian.Katanya, sebab itu kita saling memerlukan dalam pelbagai sudut, kerajaan melaksanakan tugas,  media pula  melaporkan untuk sebaran kepada rakyat sama ada berkaitan, bantuan, kemudahan dan apa yang mahu dirancang.“Sekiranya semua itu tidak disampaikan secara tepat, pastinya rakyat terutama yang tinggal di kawasan pendalaman tidak akan mengetahuinya,“Apatah lagi zaman kini sudah berubah, maklumat yang disampaikan ada ditangan jadi  semua itu memudahkan kedua-dua pihak,”katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Iftar  Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. (TI) Bersama Media di Hotel Permai, Kuala Terengganu petang semalam.Hadir sama isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato Wan Nawawi dan Ketua Pegawai Eksekutif TI Dr Wan Ahmad Rudiman Wan Razak.Seramai 450 jemputan, terdiri pengamal media pelbagai agensi, ahli-ahli Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia pelajar Madrasahtul Quran Ash-Shabab.
08 Jun 17
285
Empty Image
Mahkamah Syariah Nasihat Orang Ramai Berhati-Hati Dengan Ejen Palsu
Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKST) menasihatkan orang ramai terutama pelanggan Mahkamah Syariah supaya tidak mudah percaya dengan ejen palsu yang mendakwa mampu menyelesaikan pebagai urusan dalam tempoh singkat.Ketua Hakim Syarie JKST, Wan Mohd Zakri Wan Mohd berkata, pihaknya tidak pernah melantik mana-mana ejen atau orang tengah untuk menyelesaikan masalah pelanggan.  “Sebaliknya sebarang urusan berkaitan rumahtangga termasuk cerai, nafkah anak, rujuk dan harta sepencarian  perlu merujuk di jabatan itu menerusi kaunter yang disediakan sebelum dipanjangkan kepada pegawai bertauliah.“Saya ada menerima aduan secara lisan mengenai perkara ini daripada pihak berkuasa mahkamah yang dikatakan mengenakan bayaran tertentu jika mahu mendapatkan perkhidmatan ejen,”katanya.Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di Bangunan Mahkamah Syariah Terengganu, hari ini.Hadir sama, Timbalan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Terengganu, Sheikh Abdul Hamid Sheikh Abdul Hamid. Menurut beliau, dalam kes sebegitu, difahamkan ejen terbabit mendakwa mampu memudahkan urusan  kerana mempunyai hubungan rapat dengan hakim. “Saya tidak pasti berapa ramai yang terlibat  dengan kegiatan itu kerana belum ada aduan secara bertulis daripada pelanggan dan tiada sebarang tangkapan yang dibuat pihak berkuasa.“Sebagai langkah berjaga-jaga, saya meminta semua pegawai peka mengenai kegiatan itu, selain menampal kenyataan amaran di setiap sudut mahkamah,” katanya.Abdul Hamid memberitahu, IBR adalah satu inisiatif diperkenalkan SPRM yang memberi tumpuan kepada ikrar dan janji bagi menghindarkan gejala rasuah dan salah guna kuasa sepanjang menjalankan tugas.“Adalah menjadi harapan kami agar jabatan lain mengambil langkah yang sama bagi menyatakan keseriusan mereka untuk memerangi rasuah,” katanya.
07 Jun 17
110
Empty Image
562 Terima Bantuan Raya
Sultan Mizan berkenan mengurniakan duit raya kepada penerima di Majlis Pengurniaan Bantuan Kepada Fakir Miskin Dan Pelajar Sekolah Sempena Hari Raya Aidilfitri di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kasim Menjelang Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi, seramai 562 fakir miskin dan pelajar sekolah di negeri ini turut berkongsi kegembiraan dan melahirkan rasa syukur apabila menerima bantuan di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu hari ini.Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dengan diiringi Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Pengurniaan Bantuan Kepada Fakir Miskin Dan Pelajar Sekolah Sempena Hari Raya Aldilfitri anjuran Yayasan Diraja Sultan Mizan (YDSM) itu.Dalam majlis tersebut, seramai 200 fakir miskin menerima wang tunai RM400 dan hamper yang mengandungi barangan asas harian bernilai RM150.Turut menerima bantuan sama, 18 orang pengusaha bot penambang serta 33 orang penarik beca dan buat julung kalinya, tahun ini 11 orang bekas pemain bola sepak Terengganu dipilih untuk menerima kurnian tersebut.Bantuan turut dikurniakan kepada 240 pelajar miskin daripada lapan sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Gelugor (SK) Kuala Terengganu; SK Sungai Berua Hulu Terengganu; SK Sungai Pergam Kemaman; SK Kepong Kuala Terengganu; SK Pechah Rotan Kuala Nerus; SK Pendidikan Khas Kuala Terengganu; Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Haji Ahmad Said Kuala Terengganu dan SMK Belara Kuala Terengganu.Pada tahun ini juga, masing-masing seramai 30 pelajar dari dua madrasah iaitu Ma’had Tahfiz Al-Jami’ah Darul-Buhus Al-Islamiyyah Al-Aliyyah Muhyid-Din Kuala Terengganu dan Madrasah Addiniah Azzakiah (Pondok Lubuk Periuk) Hulu Terengganu turut di­pilih menerima bantuan tersebut dengan setiap pelajar menerima duit raya sebanyak RM200 seorang.Turut hadir, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dan isteri, Toh Puan Seri Halina Zakaria; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail serta Pengerusi Majlis Pengurniaan Bantuan tersebut merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM, Dato’ Mohd Fadzli Yusof.Sebanyak RM214,000 diperuntukkan bagi majlis itu dan usaha YDSM tersebut mendapat kerjasama daripada pelbagai agensi termasuk Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat) negeri, Jabatan Pendidikan dan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu.
07 Jun 17
162
Empty Image
Penjawat Awam Terengganu Terima Bonus 15 Jun Ini
Ahmad Razif menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada Anggota Tentera pada Majlis Berbuka Puasa Warga Batalion Ke-18 Regimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Bersama Menteri Besar di Kem Seri Pantai, Seberang Takir, Kuala Nerus. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu KasimKerajaan negeri bersetuju memberikan bonus sebanyak RM500 kepada 6,230 penjawat awam di negeri ini.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, peruntukan keseluruhan kira-kira RM3.1 juta itu sebagai menghargai sumbangan penjawat awam negeri seperti yang dilakukan kerajaan persekutuan.Katanya, pemberian bonus itu akan diberikan serentak dengan bayaran gaji untuk penjawat awam pada 15 Jun ini.“Kerajaan negeri telah memutuskan dalam mesyuarat Exco tadi untuk memberikan bonus kepada semua kakitangan awam negeri termasuk pekerja kontrak, Agensi Transformasi Rakyat Terengganu (ATRA) untuk mendapat bonus sebanyak RM500 sepertimana yang dilaksanakan oleh kerajaan pusat.“Pemberian itu akan dilaksanakan sekali dengan gaji penjawat awam sebelum menjelang perayaan Aidilfitri,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Berbuka Puasa Warga Batalion Ke-18 Regimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Bersama Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman di Kem Seri Pantai, Seberang Takir, Kuala Nerus, semalam.Ahmad Razif berkata, pemberian bonus tersebut secara tidak langsung meringankan beban penjawat awam untuk membuat persiapan menyambut perayaan Aidilfitri.Tambahnya, 898 pegawai dan kakitangan ATRA yang melibatkan peruntukan RM449,000.
07 Jun 17
411
Empty Image
Maidam Terima Bayaran Zakat Dari Golden Pharos Berhad
Muhamad Pehimi menyerahkan Zakat Perniagaan kepada M Rozi pada Majlis Pembayaran Zakat Perniagaan GPB di Wisma Darul Iman, Kuala TerengganuMajlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menerima bayaran zakat perniagaan daripada Kumpulan Golden Pharos Berhad (GPB) berjumlah RM577,610.36 bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember tahun lalu.Replika cek diserahkan Pengerusi GPB, Dato’ Muhamad Pehimi Yusof  kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, M Rozi Bidin di Majlis Pembayaran Zakat Perniagaan GPB di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Majlis penyerahan itu disaksikan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman,  Ahli-ahli Lembaga Pengarah GPB serta Pengurusan Kanan Kumpulan GPB dan Maidam.Muhamad Pehimi berkata, GPB sentiasa meneroka peluang perniagaan yang berpotensi dan mengkaji semua aset serta penggunaannya untuk meningkatkan kecekapan penggunaan modal.Katanya, antara inisiatif yang dilaksanakan adalah untuk menghidupkan semula operasi kilang papan lapis Permint Plywood Sdn Bhd, subsidiari milik penuh GPB di Al-Muktafi Billah Shah, Dungun bagi menjana keuntungan dan membuka peluang pekerjaan.“Kilang ini sedang dalam proses akhir persiapan dengan pembaikian dan pembelian mesin-mesin yang berkenaan.“Sekiranya semua berjalan lancar, dijangka memulakan operasi komersial bagi produk venir pada separuh kedua tahun ini,” katanya.Menurutnya, peringkat permulaan, kilang itu dijangka dapat membuka peluang pekerjaan kepada 100 penduduk setempat dan akan bertambah sekiranya kilang dapat berjalan lancar.“GPB telah mula mengeluarkan serpai kayu ('woodchip') pada Jun tahun lalu untuk memaksimumkan penggunaan sisa kayu.“Syarikat sama juga akan meneroka kemungkinan menubuhkan ladang hutan industri untuk kemampanan bekalan dan melaksanakan operasi penambahan nilai untuk memaksimumkan sumber-sumber semula jadi di Terengganu,”katanya.
07 Jun 17
262
Empty Image
Peniaga Bazar Ramadan Dinasihati Pertingkat Amalan Kebersihan
Peniaga juadah berbuka puasa di bazar Ramadan dinasihati meningkatkan tahap kebersihan termasuk kebersihan diri dan aspek penyediaan makanan bagi mengekang penyebaran wabak penyakit bawaan makanan. Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohammad Omar berkata, makanan yang dijual di bazar Ramadan lebih berisiko terdedah kepada bakteria memandangkan juadah disediakan lebih awal.“Para peniaga diharapkan mengambil langkah yang sewajarnya bagi memastikan makanan yang disediakan bersih dan bebas daripada sebarang bentuk pencemaran.“Jangan sesekali menjual semula makanan yang tidak habis pada hari sebelumnya kerana ianya menyebabkan risiko keracunan makanan kepada pengguna,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Makanan Serta Nafas Baru Bermula Ramadan 2017 Peringkat Kuala Nerus, di Bazar Ramadan Gong Badak, semalam.Katanya, keselamatan makanan di bazar turut dipengaruhi oleh beberapa faktor bermula daripada kualiti bahan mentah ketika pengendalian dan juga penyimpanan.Sementara itu, beliau berkata sehingga 5 Jun lalu, sebanyak 2,081 daripada 4,905 buah premis di bazar Ramadan di seluruh negeri ini telah diperiksa tetapi tiada premis yang ditutup disebabkan masalah kebersihan atau keracunan makanan.“Walau bagaimanapun, sehingga tempoh tersebut 31 notis kesalahan di bawah Seksyen 32B Akta Makanan 1983 telah dikeluarkan kepada peniaga bazar Ramadan atas pelbagai kesalahan dengan nilai keseluruhan sebanyak RM3,400."Antaranya, tidak memakai apron sebanyak 15 kes, kebersihan diri (11), tidak mendapat suntikan (2), tiada latihan (2) dan menggaji pengendali tiada latihan dan suntikan anti tifoid (1)," ujarnya.Tambah beliau, sebanyak 88 sampel makanan juga telah diambil bagi tujuan analisa tahap keselamatan makanan dan daripada keputusan analisis, sembilan sampel dari jumlah tersebut didapati telah melanggar standard yang ditetapkan.
06 Jun 17
210
Empty Image
Bakal Jemaah Haji Musim Ini Tidak Perlu Bimbang Krisis Melanda Timur Tengah - Pengerusi TH
Seramai 33,000 bakal jemaah haji Malaysia yang dijadualkan ke Tanah Suci bagi menunaikan haji musim ini tidak perlu bimbang dengan keselamatan mereka, walaupun negara Timur Tengah itu sedang berdepan krisis, kata Pengerusi Tabung Haji (TH) Dato' Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.Beliau berkata, konflik melanda antara Arab Saudi dengan Qatar itu tidak memberi kesan terhadap perjalanan dan kuota haji yang sudah diputuskan Arab Saudi kepada Tabung Haji sebelum ini."Kita sudah melakukan penyusunan yang rapi dan tidak nampak ada masalah atau kesan daripada krisis itu, malah jumlah kuota haji yang ditambah Raja Salman kepada Perdana Menteri (Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak) baru-baru ini tetap sama dan tidak berubah."Semua jemaah juga sudah selesai diedarkan surat kelulusan dan telahpun membuat persiapan masing-masing untuk berlepas pada waktu yang ditetapkan. Kita doakan tiada gangguan di sana," katanya ketika ditemui pada Majlis Ziarah Kasih dan Berbuka Puasa bersama Penduduk Parlimen Kuala Nerus di Hotel TH, Kuala Nerus, semalam.Turut hadir, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Di majlis itu, seramai 1,000 terdiri daripada golongan miskin di Kuala Nerus menerima sumbangan RM300 seorang daripada Yayasan Tabung Haji.Mengulas lanjut, Abdul Azeez berkata, jemaah haji yang menunaikan haji dengan TH akan berlepas dengan penerbangan pertama pada 24 Julai dan terakhir pada 24 Ogos ini."Jemaah tidak perlu bimbang dan paling penting semua jemaah mengikut segala arahan yang dikeluarkan Tabung Haji."Kita mempunyai jentera (kakitangan) yang mencukupi untuk melaksanakan tugas dan melancarkan urusan para jemaah dengan selamat," katanya.
06 Jun 17
47
Empty Image
ADUN Ajil Segerakan Baik Pulih Rumah Rosak Akibat Ribut
Ghazali melihat keadaan rumah  Mohd Shafei(Berbaju Kuning)yang di landa ribut.Turut hadir Pegawai JKM Hulu Terengganu,Norazmy Adenan(Tengah)Lebih 32 rumah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil, Hulu Terengganu rosak akibat kejadian ribut petang semalam.Seorang mangsa, Sarimah Hassan,39, berkata ketika kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, dia bersama lima orang anak berusia antara 19 dan tiga tahun berada di dalam rumah."Ketika ribut berlaku,saya berada di ruang tamu dan apabila tengok angin kuat serta dengar bunyi yang bising,saya terus ambil anak-anak untuk berlindung di satu sudut rumah.Saya cuba keluar dari rumah tapi merasa takut sebab petir sangat kuat."Saya hanya mampu melihat atap rumah tercabut dan rumah dibanjiri air selepas atap genting melayang akibat ribut,Masa kejadian tersebut suami saya Mohd Shafei Mohd Amin tiada di rumah"katanya.Sarimah ditemui pemberita selepas lawatan Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Ajil, Ghazali Taib ke rumah yang mengalami kerosakan akibat kejadian ribut di Perumahan Awam Kos Rendah Tok Randok, Ajil, hari ini.Sarimah berkata, sebahagian dari bumbung di bahagian dapur dan ruang tamu rumahnya tercabut ketika kejadian.Katanya lagi, ini merupakan kejadian pertama sejak 30 tahun lalu sepanjang beliau tinggal di kawasan perumahan tersebut.Ghazali berkata, pihaknya akan menghulurkan bantuan secepat mungkin kepada mangsa bagi meringankan beban mereka.Jelasnya, ini melibatkan peruntukan sebanyak RM200,000 bagi membaik pulih keseluruhan rumah-rumah yang terlibat dalam bencana kali ini."Kita akan pastikan enam buah rumah yang rosak teruk akan dibaiki segera dengan peruntukan ADUN dan saya beri jaminan akan diselesaikan dalam masa terdekat kerana kita faham situasi sekarang apatah lagi Aidilfitri akan menjelang tidak lama lagi."Bagi rumah selebihnya,ini akan diambil inisiatif oleh Pejabat Parlimen, Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) dan Pejabat Daerah melalui kolaborasi antara jabatan,"kata Ghazali.Beliau berkata, kerjasama antara jabatan dan agensi ini adalah satu kaedah terbaik untuk selesaikan masalah rakyat secara menyeluruh demi menjamin keselesaan mereka.Sementara itu,Pegawai Kebajikan Masyarakat,Norazmy Adenan berkata pihaknya telah meninjau kawasan yang terlibat selepas menerima panggilan pada jam 4.30 petang semalm."Hasil tinjauan pasukan unit krisis dan bencana kami,sebanyak 32 rumah terjejas akibat ribut dan jumlah mangsa yang terlibat masih dikenalpasti."Kita juga dah gerakkan pegawai psikologi untuk pastikan mana-mana mangsa yang terkesan dengan trauma agar sesi kaunseling dapat dijalankan untuk menghilangkan ketakutan akibat peristiwa tersebut,"katanya.Menurut Norazmy lagi,gerakan bantuan pemulihan dalam bentuk pakaian dan makanan turut dilaksanakan kepada semua mangsa bagi meringankan beban mangsa.
06 Jun 17
84