Artikel "Semasa" Terkini
MB Berbuka Puasa Bersama Warga Dungun
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman bersama isteri To' Puan Seri Halina Zakaria hari ini mengambil kesempatan berbuka puasa bersama warga Dungun.Kira-kira 1,500 penduduk tempatan tidak melepaskan peluang untuk hadir di Majlis Berbuka Puasa Rakyat Bersama Menteri Besar di Masjid Al- Mustaqim, Pulau Serai, Dungun.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan; Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Roslee Daud serta Pegawai Pembangunan Parlimen Dungun, Dato' Din Adam.Pada majlis tersebut, Ahmad Razif turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada 200 penduduk kurang bernasib baik terdiri daripada warga emas, anak yatim dan Orang Kelainan Upaya (OKU).Sebelum itu, beliau turut menziarahi keluarga Megat Mahyuddin Megat Hanafiah, 64, dan Mohd Amran Razak,44, dari Kampung Raja Wali Pulau Serai, Dungun serta menyampaikan bantuan masing-masing perabot dan kabinet dapur kepada dua keluarga tersebut menerusi program jom bantu rakyat.
15 Jun 17
296
GPMS Perlu Transformasi Minda, Lahirkan Mahasiswa Minda Kelas Pertama - A. Latiff
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Terengganu perlu kekal dengan matlamat asal penubuhannya untuk memperkasakan pendidikan Orang Melayu, kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Negeri, A. Latiff Awang.Beliau berkata, badan itu perlu sentiasa proaktif, melakukan tranformasi minda ke arah pembangunan modal insan untuk melahirkan golongan mahasiswa minda kelas pertama."GPMS perlu menyerapkan disiplin dan kecemerlangan kepada anak Melayu supaya mampu menandingi kehebatan bangsa lain dalam pelbagai bidang satu masa nanti. Jadi saya harap GPMS tidak lari daripada matlamat perjuangan asalnya."Mungkin modus operandi sebelum ini berbeza. berbanding masa kini. Jadi saya sarankan Tengku (Pengerusi GPMS Negeri, Tengku Haphiz Tengku Putera) mengajak semua cendekiawan dan mahasiswa yang bijak pandai turun ke bawah bersama golongan pendidik bagi mendekati pelajar Melayu tanpa mengira lapangan dan geografi mereka dengan menggunapakai kaedah serta metodologi yang berkesan,"katanya.Beliau berkata demikian di Majlis Berbuka Puasa Terengganu Transformasi baharu (TTB) GPMS Negeri Terengganu, di Quinara Tok Jembal, Kuala Nerus, semalam.Turut hadir, Pengerusi GPMS Negeri Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera dan Pegawai Pendidikan Kuala Nerus, Che Soh Muda.Hadir sama, Pengerusi Gerakan Belia 4B Terengganu, Rosdi Mat Zin dan Pengerusi MAYC Negeri, Amirullah Othman.Tambahnya, kerajaan negeri akan sentiasa menyokong sebarang program dan aktiviti yang memberi manfaat dan boleh menjadi rakan strategik ke arah melahirkan golongan pelajar Melayu yang cemerlang.Katanya, GPMS juga perlu meneroka usaha yang lebih segar dan baharu serta keluar dari kepompong kelaziman sebelum ini seperti menganjurkan tuisyen dan jelajah Skor A kepada pelajar bakal menduduki peperiksaan awam kerana hambatan teknologi dan perkembangan semasa kini memerlukan transformasi dalam pelbagai aspek.Di majlis itu, beliau turut meluluskan sumbangan berjumlah RM5,000 kepada GPMS Negeri untuk perbelanjaan pengurusan badan itu.
14 Jun 17
205
50 Pegawai PPDNKK Pantau Harga Barang Musim Perayaan
Lebih 50 penguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Terengganu bagi memantau harga makanan dan barang keperluan asas harian sempena Musim Perayaan Aidilfitri di pasar seluruh Terengganu.Pengarah PPDNKK Terengganu, Azlan Abdul Samat berkata, pihaknya menetapkan harga maksimum bagi 20 jenis barang harga terkawal untuk dikuatkuasakan bermula 17 Jun sehingga 30 Jun ini di bawah Skim Kawalan Harga musim perayaan Aidilfitri kali ini.Katanya, antara barang disenaraikan termasuk ayam hidup dengan penetapan harga runcit RM6.20 sekilogram (kg), ayam standard (RM7.50 kg), ayam super (RM8.40 kg), daging lembu tempatan (RM32 kg),daging kerbau import (RM20 kg), cili merah (RM11 kg), kelapa parut (RM7.20 kg) dan ikan tongkol dengan penetapan RM10 kg.“Perkara itu perlu dipatuhi termasuk meletakkan tanda harga berwarna merah jambu diletakkan pada barang yang dikawal di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Aidilfitri 2017 dan timbang digunakan semestinya dalam tempoh yamg dibenarkan.“Peniaga yang gagal mematuhi skim kawalan harga ini boleh dikenakan denda oleh mahkamah sehingga RM10,000 atau dikompaun sehingga RM5,000 bagi individu manakala bagi syarikat pula dikenakan denda sehingga RM20,000 atau kompaun RM10,000 di bawah Akta Kawalan harga dan Antipencatutan 2011,”katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan pemantauan harga sempena Kempen Kesedaran Kementerian PDNKK Bersama Media di Pasar Payang Kuala Terengganu, hari ini.Katanya, berdasarkan kempen itu, pihaknya berpuashati dengan kepatuhan peniaga terhadap undang-undang kepenggunaan kerana semua penjual didapati meletakkan tanda harga.“Pemeriksaan harga ini akan terus dilakukan secara berkala oleh pegawai-pegawai KPDNKK seluruh daerah bagi memastikan peniaga tidak mengambil untung berlebihan serta mematuhi peraturan,” katanya.
13 Jun 17
35
Belia Perlu Setia Bersama Kerajaan- Ghazali
Golongan belia perlu terus bersama kerajaan dan jangan biarkan negara ini dijajah semula, kata Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Dan Multimedia Negeri, Ghazali Taib.Jelas Ghazali lagi,golongan ini diminta merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan untuk kebaikan rakyat khususnya di negeri ini."Kerajaan telah menyediakan pelbagai peluang pekerjaan untuk golongan muda dan jangan mempersiakan apa yang telah ada kerana peluang ini sukar didapati di negara lain."Ini kerana parti yang memakmurkan negara kita adalah Parti Barisan Nasional dan sebab itulah kita dapat banyak faedah daripadanya termasuk pelbagai peluang yang tidak harus dipersiakan demi masa depan yang terbaik,"katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penerangan Transformasi Terengganu Baharu(TTB) Dan Berbuka Puasa Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu (MBDHT)di Kuala Berang,hari ini.Hampir 250 orang golongan belia hadir di majlis tersebut yang merupakan program tahunan MBDHT sebagai penghargaan kepada mereka.Turut hadir, Pengerusi Majlis Belia Negeri, Zaidi Muda dan Pegawai TTB Kuala Terengganu, Sofian Basri.Sementara itu, Sofian berkata golongan belia merupakan antara tunjang kekuatan kepada pemerintahan negara."Oleh itu, saya menyeru kepada golongan belia berilah sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Kerajaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum akan datang."Kita perlukan sokongan mereka demi kelangsungan kerajaan sedia ada dan juga generasi akan datang demi memimpin negara ke arah yang lebih cemerlang,"katanya lagi.
13 Jun 17
35
MBKT Minta Peniaga Bazar Tidak Abai Kebersihan
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu mengingatkan 2,360 peniaga di Bazar Ramadan di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus agar tidak mengabai aspek kebersihan dan kualiti makanan yang disediakan dalam mencari keuntungan.Datuk Bandar MBKT, Mohd Zulkifli Abu Bakar berkata, pihaknya bersama Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu mengadakan pemantauan dan penguatkuasaan di setiap bazar secara berjadual bagi memastikan aspek berkenaan sentiasa diberi keutamaan.“Semua peniaga perlu mengetahui tatacara penyediaan makanan yang betul termasuk tidak menyiapkan juadah terlalu awal bagi mengelak makanan cepat basi dan memudaratkan kesihatan pelanggan.“Pengguna pula perlu berhati-hati semasa membeli makanan, bukan hanya melihat kepada rupa, tetapi juga mengambil kira kualiti makanan dan membeli makanan yang bertutup, supaya tidak terdedah kepada risiko keracunan makanan,” katanya ketika dihubungi Teganukita.Menurutnya, kerja-kerja pemantauan merangkumi semua aspek termasuk kebersihan makanan, persekitaran, peralatan memasak, peniaga dan pekerja sentiasa diberi tumpuan dalam keghairahan orang ramai untuk berniaga pada musim ini.
12 Jun 17
38
ECERDC Agih Bubur Lambuk
Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) mengagihkan sebanyak 1,500 bungkus bubur lambuk sempena Program Jalinan Kasih Empower Hulu Terengganu kepada pengunjung bazar Ramadan, di Kuala Berang hari ini.Penyediaan bubur tersebut dilakukan oleh 30 peserta latihan kemahiran dankeusahawanan Empower Hulu Terengganu bersama penduduk setempat yang berkonsepkan budaya kerja sukarela malahan menanamkan semangat sukarelawan di kalangan mereka.Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Dato’ Jailani Johari berkata program tersebut dapat menjalinkan silaturahim antara peserta Empower ECER dengan penduduk setempat sempena bulan Ramadan ini."Program sebegini perlu diperbanyakkan kerana ianya dapat menunjukkan budaya kerjacemerlang dalam pengurusan ECERDC di samping menanamkan semangat sukarelawan di kalangan mereka yang terlibat dan ianya perlu di contohi oleh agensi-agensi lain," katanya kepada Teganukita selepas selesai pengagihan bubur lambuk kepada pengguna jalan raya dan pengunjung bazar ramadan di Kuala Berang,hari ini.Turut hadir, Pengurus Pejabat Negeri Terengganu ECERDC,Razlee Hassan.Sementara itu,Razlee berkata salah satu tujuan program ini adalah untuk membantu dan menawarkan bubur lambuk secara percuma kepada masyarakat setempat, golongan miskin dan tua, masjid dan surau terdekat."Selain itu juga,peserta dapat menjalankan kerja-kerja ibadah dan Empower ECER dapat menjalinkan hubungan rapat antara masyarakat semasa bulan Ramadhan,"katanya.
11 Jun 17
44
Masyarakat Islam Perlu Tingkat Amal Ibadat
Masyarakat Islam diharapkan dapat mempertingkatkan amal ibadah dengan lebih baik selain menghidupkan dengan aktiviti yang bermanfaat pada Bulan Ramadan.Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Dato' Jailani Johari, berkata dibawah kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional, kerajaan sentiasa prihatin dengan nasib rakyat,jadi tidak ada masalah untuk kita lakukan yang terbaik untuk mereka."Dan saya sarankan agar kita menyempurnakan keimanan dan meningkatkan ketaqwaan dengan melakukan nilai tambah seperti memperbanyakkan sedekah kepada fakir miskin dan kasihanilah anak-anak yatim, mengadakan majlis berbuka puasa kepada orang mukmin dan mengambil makanan yang berkhasiat dan halal serta tidak membazir,"kata Jailani.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Berbuka Puasa Bersama Kepimpinan Hulu Terengganu dan Penyampaian Sumbangan kepada 80 Ibu Tunggal dan Keluarga Kurang Berkemampuan di Dataran Kuala Berang,hari ini.Dalam majlis yang sama,kepimpinan masyarakat setempat termasuk Pergerakan Wanita UMNO Bahagian,Puteri UMNO Bahagian,ketua cawangan,pengerusi J3K,ketua-ketua jabatan turut menerima sumbangan berbentuk pakaian raya.Sementara itu,Jailani juga meminta semua kepimpinan di Hulu Terengganu ini agar sentiasa bersatu padu berganding bahu merealisasikan agenda pembangunan rakyat terutamanya di daerah ini."Saya juga berharap semua pihak memberikan penekanan serius untuk menyelesaikan setiap masalah yang disuarakan oleh rakyat."Kita harus memberikan perkhidmatan yang terbaik, cekap dan berkesan dalam merealisasikan pembangunan menyeluruh di Hulu Terengganu ini,"katanya lagi.Beliau memberi keyakinan dengan barisan kepimpinan yang ada sekarang, Parlimen Hulu Terengganu mampu mengorak langkah lebih jauh dengan mengatur perancangan berstrategi dalam melaksanakan amanah dan tanggung-jawab yang terpikul.
11 Jun 17
85
SKMM Pantau Jualan Mercun Online
Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM)akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Perdagangan Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk menangani masalah penjualan mercun secara online.Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia,Dato'Jailani Johari,menasihatkan orang ramai agar tidak membeli mercun yang dijual secara dalam talian kerana penjualannya tidak dibenarkan."Namun setakat ini pihak SKMM masih belum menerima aduan mengenai penjualan mercun secara online, sekiranya ada kami akan mengambil tindakan yang sepatutnya."SKMM sediakan kemudahan jalur lebar bukannya untuk memudahkan promosi bahan terlarang ini namun ada juga pihak mengambil kesempatan menjual dan mempamerkan bahan mercun dan sebagainya untuk mendapat keuntungan cepat."Penjualannya adalah haram dan merupakan satu kesalahan dan individu yang menjualnya lebih-lebih lagi sempena hari raya ini boleh dikenakan tindakan undang-undang tegas,"kata Jailani.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Berbuka Puasa Bersama Kepimpinan Hulu Terengganu dan Penyampaian Sumbangan kepada Ibu Tunggal dan Keluarga Kurang Berkemampuan di Dataran Kuala Berang,hari ini.Menurut Jailani,SKMM mempunyai portal iaitu sebenarnya.my yang bertindak menyalurkan maklumat mengenai barangan yang dibenarkan dijual di atas talian."Jadi sesiapa yang masih tidak tahu barang apa yang boleh dijual dan tidak boleh dijual di atas talian bolehlah melayari portal ini."Ia penting kerana banyak barang terlarang seperti ubat-ubatan yang memerlukan kelulusan daripada pihak berkuasa dijual tanpa kebenaran dan ia sama dengan kes penjualan mercun online ini,"katanya lagi.Beberapa individu dikesan menjual mercun secara online menerusi laman sosial Facebook dan aplikasi telefon pintar WhatsApp dan Instagram sempena musim perayaan kali ini.Pelbagai gambar jenis mercun dimuat naik antaranya mercun mancis, bola, naga, padi, das, thunder clap dan roket yang harganya bergantung mengikut saiz.
11 Jun 17
115
Bawa Pulang Motosikal Di Majlis Berbuka Puasa Perantau Bersama MB
Ramadan kali ini buat seorang kakitangan Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi, Selangor, amat bermakna apabila muncul pemenang utama cabutan bertuah di Majlis Berbuka Puasa Perantau Bersama YAB Menteri Besar dan Kepimpinan Negeri Terengganu, di Perkarangan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi), Presint 3, Putrajaya, malam tadi.Amirah Sofia Saidi, 32, yang berasal dari Kuala Terengganu berkata, dia langsung tidak menduga namanya tiba-tiba dipanggil naik ke pentas untuk menerima hadiah berupa Motosikal Honda Wave selepas pemenang yang disebut pada awalnya tidak muncul."Perasaan saya sangat teruja dan tidak menyangka kerana ini merupakan kali pertama saya memenangi hadiah utama cabutan bertuah sepanjang hidup saya."Apatah lagi apabila saya memenangi sebuah motosikal. Saya bagaikan tidak percaya ketika nama saya diumumkan dan selepas disebut kali kedua barulah saya yakin rezeki memihak kepada saya," katanya.Menurut Amira lagi, dia berhasrat menggunakan motosikal untuk kegunaan sekeluarga dan berterima kasih kepada penyumbang hadiah itu, Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Dato' Mohd Sabri Alwi.Selain motosikal, pelbagai barangan bernilai lain disediakan penganjur menerusi sumbangan pemimpin politik negeri sempena program tahunan yang menghimpunkan lebih 10,000 anak Terengganu di Kuala Lumpur dan Lembah Kelang.Hadiah lain termasuk peti sejuk, televisyen, vakum, oven dan ketuhar.
11 Jun 17
137
Kerabu Sare Makanan Eksotik Memikat Selera
Kerabu Sare merupakan satu menu eksotik di bulan Ramadan yang sukar didapati dan hanya terdapat di Pantai Timur terutamanya Terengganu dan Kelantan.Tinjauan Teganukita ke bazar-bazar Ramadan sekitar Hulu Terengganu mendapati penjualan kerabu Sare masih mendapat permintaan tinggi oleh penggemar makanan unik ini.Sare ialah sejenis rumpai laut yang dikeringkan dan boleh disimpan lama sehingga berbulan-bulan malah bertahun. Selalunya sare' hanya dibuat kerabu dan dimakan bersama-sama dengan nasi sebagai lauk sampingan.Menurut seorang peniaga, Saloma Yusof,40, sare direndam satu malam, kemudian dibasuh, digosok untuk mengasingkan segala kekotorannya. "Apabila bersih, tumbuhan itu ditoskan dan dijemur,sebelum bermulanya proses membuat kerabu.Sare perlu dibersihkan dan direndam selama satu malam dan sentiasa ditukar air. Esoknyer cuci bersih dan jemur panas sehingga sare bertukar warna hitam ke putih."Kemudian barulah di celur dan di makan bersama dengan sambal tumis dan sambal kelapa.Di sinilah keenakannya terasa apabila gabungan rasa masam,manis dan sedikit pedas tu benar-benar mengecurkan si pengemarnya,"katanya ketika ditemui di Bazar Ramadan Kuala Ping,hari ini.Namun kerana kekangan masa, Saloma membeli terus sare yang telah siap diproses untuk dijual kepada pelanggan tetapnya di bazar.Seorang pembeli, Salleh Othman,46, yang ditemui berkata, kerabu Sare merupakan satu makanan wajib yang dicari apabila tiba bulan Ramadan.Apabila ditanya apakah keunikan kerabu sare,beliau berkata rasanya unik dan berbeza dengan kerabu lain yang biasa dijual."Rasa sare ini istimewa, tak jumpa pada kerabu-kerabu lain..bila kita makan dan kunyah, bunyi ranggupnya..rasailah sendiri sebab tak kenal maka tak cinta.Sare ni juga sedap di makan dengan Nasi Kerabu."Semua anak-anak saya gemar kerabu sare dan kalau beli kat bazar biasanya lima bungkus pun tak cukup kalau kena dengan sambal dan kuahnya,"katanya lagi.
10 Jun 17
2247