Artikel "Semasa" Terkini
Serikandi Ceriakan Aidilfitri 200 Pelatih PDK
Seramai 200 pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) ceria apabila diraikan Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi) di Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri di Mydin Mall Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Sumbangan disampaikan isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria merangkap Yang Dipertua Serikandi.Halina mengucapkan rasa syukur kerana dapat menjayakan program dan memberi bantuan bagi menceriakan anak-anak istimewa ini menjelangnya hari raya tidak lama lagi.Beliau berkata, pada tahun lalu, badan itu meraikan pelatih di majlis berbuka puasa, manakala kali ini membuat sedikit kelainan dengan memberi sumbangan pakaian dan duit raya.“Malah, pelatih boleh memilih sendiri pakaian raya yang mereka minat dan tertarik di Mydin Mall Gong Badak Kuala Nerus ini,” katanya.Sementara Setiausaha Kehormat Serikandi, Datin Ayuni Abdul Razak berkata, sumbangan diberikan kepada 200 orang Pelatih PDK dari seluruh Terengganu melibatkan RM200 seorang."RM150 untuk pakaian raya dan RM50 duit raya. Sumbangan ini diharap dapat meringankan beban dan membantu pelatih untuk persiapan hari raya yang bakal menjelma tidak lama lagi,"katanya.Seorang penerima, Mohd Alif Firdaus, 7, mengucapkan terima kasih kepada Serikandi kerana memberi sumbangan pakaian dan duit raya berkenaan sekali gus menceriakan dia dan rakan pelatih yang lain."Duit ini akan disimpan dalam tabung untuk kegunaan apabila perlu nanti,”katanya.
18 Jun 17
224
54 Pelajar Cemerlang SPM Terengganu Terima Biasiswa Petronas
Ahmad Razif (tengah) bersama pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 negeri ini yang menerima biasiswa di bawah Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP) 2017 di INSTEP, hari ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W. PutraPetroliam Nasional Bhd. (Petronas) memperuntukkan biasiswa sebanyak RM134 juta kepada 353 pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 di bawah Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP), tahun ini.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, daripada jumlah itu seramai 54 orang atau 15 peratus daripada jumlah penerima tajaan tersebut merupakan pelajar Terengganu.“Terima kasih kepada Petronas yang banyak membantu Negeri Terengganu dalam bidang pendidikan termasuk dalam program penajaan pelajar ini.“Dan juga penambahan satu daerah baru menerusi Program Sekolah Amanah. Jika sebelum ini, hanya di Kijal tahun ini Petronas tambah lagi di Marang dengan jumlah tajaan bernilai RM20 juta untuk tempoh lima tahun,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Program Penajaan Pendidikan Petronas 2017 di Institut Teknologi Petroleum Petronas (INSTEP), hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A.Latiff Awang, Pengerusi Petronas, Tan Sri Sidek Hassan dan Naib Presiden Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan Petronas, Dato’ Raiha Azni Abd Rahman.Ahmad Razif berkata, kejayaan anak Terengganu sudah pasti sebahagiannya kerana komitmen Petronas dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat khususnya dalam bidang pendidikan.Sementara itu Raiha berkata, Program Sekolah Amanah di Terengganu merupakan kolaborasi Petronas dengan Yayasan Amir dan Kementerian Pendidikan Malaysia yang bermula tahun lalu.“Petronas kini menaja 10 buah sekolah di negeri ini dimana lima daripadanya membentuk sebuah kluster di Kijal dan lima lagi membentuk sebuah kluster di Marang.“Program ini merupakan salah satu usaha Petronas dalam memacu transformasi pembelajaran yang holistik dan bertumpukan pada kecemerlangan dalam semua aspek di kalangan pelajar,” ujarnya.
17 Jun 17
232
Terengganu Agih Lebih 100 Kategori Bantuan Kepada Rakyat
Razif mengagihkan sumbangan duit raya kepada anak yatim pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat Kuala Nerus di Pejabat Felda Wilayah Terengganu, Tepoh, Kuala Nerus, petang semalam. foto Tengku Syamim Tengku IsmailTerengganu boleh dianggap sebagai negeri yang menyediakan sumbangan tertinggi berbanding negeri lain apabila lebih 100 kategori bantuan diagihkan kepada rakyat yang memerlukan pada setiap tahun.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, senarai bantuan itu belum termasuk peruntukan daripada Kerajaan Pusat, agensi berkaitan dan anak syarikat kerajaan negeri.Katanya, bantuan diberi kepada rakyat sejak lahir sehingga meninggal dunia, contohnya bantuan untuk bayi yang baharu lahir, bantuan hemodialisis, membaiki rumah dan bantuan Tabung Darul Iman untuk pesakit kronik.“Bagi mereka yang ditimpa musibah banjir dan kebakaran pula dibantu dengan agihan dana bencana, baiki bumbung, baiki rumah dan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).“Tidak kurang juga bantuan melalui perkahwinan perdana, bantuan perayaan , Dana Bakti Remaja, bidang pendidikan dan keusahawan,”katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat Kuala Nerus di Pejabat Felda Wilayah Terengganu, Tepoh, Kuala Nerus.Hadir sama, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Bazlan Abd Rahman dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato’ Tengku Farok Hussin Tengku Abd Jalil.Ahmad Razif juga tidak menolak jika semua kategori bantuan itu dikumpulkan, kemungkinan lebih 200 jenis bantuan dapat disenaraikan.“Ada orang berkata, memang ini tugas kerajaan untuk beri bantuan kepada rakyat, kenapa perlu diungkit.“Jawapan saya, ya betul ini tugas kerajaan dan juga tugas Barisan Nasional (BN), kita sangat cakna dan prihatin dengan rakyat sehingga perkenalkan beratus jenis bantuan,” katanya.Menurutnya, inisiatif yang dilakukan kerajaan BN dan tidak dilaksanakan oleh parti pembangkang bagi membela nasib rakyat ini perlu diuar-uarkan jentera parti dalam setiap majlis penerangan.Tambahnya, Kerajaan BN memang sejak dari dahulu lagi membela nasib dan keperluan rakyat yang memerlukan dan tidak timbul isu kesemua bantuan itu sebagai gula-gula pilihan raya.
17 Jun 17
72
MBDHT, Xiri Kuala Berang Rai Anak Yatim
Majlis Belia Daerah Hulu Terengganu (MBDHT) dengan kerjasama Pasaraya Xiri, Kuala Berang meraikan 50 anak yatim dari sekitar daerah sebagai persiapan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.Pengerusinya,Md Nasir Mat Ali berkata, sumbangan itu bertujuan meringankan beban mereka bagi persiapan Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi.Jelasnya lagi,program ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab mereka membantu golongan kurang bernasib baik dengan dibantu Pasaraya Xiri di bawah program tanggungjawab sosial korporat (CSR)syarikat itu.“Dalam program ini, setiap anak yatim menerima sumbangan bernilai RM100 seorang untuk membeli kelengkapan pakaian raya dan pelbagai aksesori lain bagi menyambut Aidilfitri."Sumbangan ini adalah untuk memberikan sinar kegembiraan kepada anak-anak yatim ini untuk menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi, sekurang-kurangnya mereka ini mempunyai sepasang baju Melayu dan baju kurung baharu pada raya nanti,"katanya.Beliau berkata demikian kepada Teganukita selepas Program Raikan Syawal MBDHT Bersama Golongan Kurang Berkemampuan 2017 ,hari ini.Turut hadir, Pengurus Xiri Kuala Berang, Christian Low.Penerima sumbangan, Mohamad Aqif Zafran Ali,8, dari Kampung Payang Kayu berkata, dia yang kini tinggal bersama neneknya kali kedua menerima bantuan baju raya berasa gembira kerana mendapat baju baru untuk Aidilfitri kali ini."Sejak kehilangan ayah akibat kemalangan pada tahun 2015, ibulah yang bekerja keras malah terpaksa bekerja di Kuala Lumpur untuk membesarkan kami dan saya berharap pada tahun ini beban ibu berkurangan kerana tidak perlu membuat persiapan raya untuk kami adik beradik," katanya.
17 Jun 17
662
Madrasah Moden Bakal Lahir Ramai Ilmuwan Agama
Penubuhan Madrasah Moden bakal melahirkan lebih ramai ilmuwan dan tokoh berpendidikan agama setanding dengan institusi pendidikan agama lain di negeri ini.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata,penubuhan madrasah atau lebih dikenali pondok moden bertujuan mengimbangi sistem pendidikan biasa dan agama yang memberi peluang kepada rakyat negeri ini membuat pilihan.Ketika ini, katanya tiga madrasah moden masing-masing di Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Besut, beroperasi untuk memenuhi permintaan ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak mereka belajar di pusat pendidikan berkenaan.Madrasah Moden yang diilhamkan oleh Menteri Besar, sejak ditubuhkan tiga tahun lalu kini mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk negeri ini."Saya bangga dengan sambutan diberikan orang ramai yang berebut-rebut memilih pusat pengajian itu," katanya pada majlis Sambutan Ulang Tahun Ke 3 Madrasah Moden Maidam Kampung Padang Landak,Jertih, semalam.Sempena ulang tahun itu, kira-kira 3,000 penduduk Daerah Besut, turut diraikan dalam majlis berbuka puasa bersama kepemimpinan kerajaan negeri.Hadir sama, isteri menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria, Ketua UMNO Bahagian Besut, Nawi Mohamad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih, Dato' Muhammad Pehimi Yusof, ADUN Kota Putera, Mohd Mahdi Musa, Pegawai Daerah Besut, Wan Ismail Sahaimi Wan Omar, Yang Dipertua Maidam, Dato' Shaikh Harun Shaikh Ismail dan Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato' Wan Mohd Ibrahim.Pada majlis itu, Menteri Besar dan isteri turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada 100 golongan kurang berkemampuan di DUN Jertih.Ahmad Razif berkata, selepas tiga madrasah moden sedia ada mendapat sambutan kerajaan negeri akan membina sebuah lagi madrasah moden di Dungun tidak lama lagi.
16 Jun 17
624
RM2,000 Setiap Pemuda Bahagian Anjur Jom Singgah Sahur
Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu memperuntukkan RM2,000 kepada lapan bahagian bagi melaksanakan 'Jom Singgah Sahur' Pemuda UMNO pada kali ini secara serentak di lokasi terpilih.Ketuanya, Johari Abu Bakar berkata, cara pengagihan dan pemilihan lokasi diserahkan kepada Ketua Pemuda UMNO Bahagian masing-masing bagi memastikan kelancaran pelaksanaannya serta kejayaan program.Program Singgah Sahur di bahagian Hulu Terengganu yang turut disertai oleh Johari, bermula pada jam 1 hingga 2 pagi melibatkan beberapa lokasi terpilih seperti Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang dan Unit Kecemasan Hospital Hulu Terengganu (HHT).Johari berkata, penyerahan makanan sahur itu sebagai tanda penghargaan pihaknya kepada para anggota bomba dan penyelamat serta kakitangan HHT yang tidak mengenal masa berkhidmat untuk masyarakat.“Demi tugas dan tanggungjawab, mereka terpaksa tinggalkan keluarga ketika saat bersahur sebagai satu keluarga dan kunjungan kami sebenarnya bukan sekadar membawa makanan tapi turut berharap ini mampu menceriakan mereka.“Selain itu, kami juga singgah ke rumah anak yatim pelarian Rohingya di Bandar Kuala Berang yang menempatkan kanak-kanak lelaki dan perempuan yang kehilangan ibu bapa mereka,” katanya.Johari berkata demikian kepada Teganukita ketika ditemui di "Jom Singgah Sahur" Pemuda UMNO Hulu Terengganu semalam.Tambahnya, paling menarik program ini apabila kehadiran mereka tidak diketahui anak-anak yatim tersebut dan sama-sama mengejutkan anak-anak yatim tersebut untuk menerima juadah bersahur."Hening pagi terasa indah apabila melihat senyum tawa anak-anak yatim apabila melihat kehadiran kami membawa makanan dan sedikit sumbangan untuk mereka,"katanya lagi.Beliau juga berkata, ini merupakan kesempatan terbaik untuk menjalin hubungan rapat serta saling mengenali antara satu sama lain di samping menzahirkan penghargaan terhadap komitmen mereka melaksanakan tugas kepada masyarakat.Bagi Koperal Mohd Nordin Abd Wahab, ini merupakan kali pertama dia mendapat makanan sahur yang dihantar ke balai sejak bertugas 10 tahun yang lalu."Ini adalah program yang terbaik yang pernah saya tengok sepanjang saya bertugas di sini. Sekurang-kurangnya masih ada yang mengingati kami warga polis yang terpaksa bertugas menjaga keselamatan dengan menghantar makanan sahur untuk dinikmati bersama rakan yang lain."Saya ucapkan tahniah kepada Johari selaku Ketua Pemuda kerana berjaya membuat satu program yang cukup bermakna, mungkin ianya nampak kecil tapi cukup bermakna kepada kami di balai ini,"kata Nordin lagi.
16 Jun 17
234
MB Nikmati Kemeriahan Car Food Sahur Batu Buruk
Ahmad Razif bersantai bersama pengunjung Car Food Sahur di Batu Buruk, pagi ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku IsmailTanpa mengira waktu, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman turun ke lapangan sebagai menyokong inisiatif anak muda mengusahakan 'Car Food Sahur' di Batu Buruk, awal pagi ini.Ahmad Razif memandu sendiri ditemani isteri, To' Puan Seri Halina Zakaria dan anak-anak tiba di situ kira-kira jam 1 pagi untuk menikmati suasana meriah 'pesta jualan' kira-kira sejam.Beliau ternyata teruja dengan semangat peniaga yang menjalankan aktiviti bermula 12 tengah malam hingga 4 pagi bagi menyediakan pelbagai juadah sahur kepada umat Islam dalam konsep berbeza secara jalanan dengan dikekelilingi pemandangan indah pantai, pasir dan bayu Laut Cina Selatan sambil duduk di tikar atau bangku yang disediakan penganjur.Inisiatif yang digembleng kira-kira 20 peniaga makanan seperti mee hoon goreng, pulut gaul nyor, kuih ropa, keropok, nasi minyak dan nasi lemak bermula sejak 5 Jun lalu di sepanjang 500 meter kawasan parkir Pantai Batu Buruk mampu menarik sehingga 1,000 pengunjung pada satu-satu malam.Ahmad Razif meninjau satu persatu gerai yang dihias menarik, selain turut mencuba memasak sambil menyapa peniaga dan memberi kata-kata semangat kepada mereka.
16 Jun 17
61
Felda Agih 3.86 Juta Untuk Peneroka Terengganu
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda)Wilayah Terengganu memperuntukkan RM3.86 juta untuk diagihkan kepada 4,900 peneroka Felda di Terengganu pada perayaan Aidilfitri tahun ini.Pengurus Besar Felda Wilayah Terengganu, Mohd Saidee Salleh berkata peruntukan itu membabitkan bayaran RM780 kepada setiap peneroka di mana RM500 sebagai insentif hari raya dan RM280 pula dividen saham Felda Global Ventures Holding Berhad (FGV)."Bayaran akan dibuat sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri atau selewat 20hb Jun ini kepada mereka yang layak."Kita ada 7,459 peneroka dan hampir 3,000 daripadanya tidak mendapat bayaran insentif ini kerana tidak berurusan dengan Felda dalam pengurusan hasil."Saya merayu kepada peneroka-peneroka yang kurang bernasib baik supaya menghantar hasil ke Felda kerana ini menjadi elemen utama permohonan diluluskan, katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Anjuran Seranta Felda di Felda Bukit Bading, Hulu Terengganu hari ini.Turut hadir Ahli Parlimen Hulu Terengganu,Dato' Jailani Johari dan Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil,Ghazali Taib. Sementara itu, Jailaini berkata pemberian insentif itu membuktikan bahawa warga Felda sentiasa mendapat perhatian kerajaan terutamanya Perdana Menteri Malaysia,Dato' Seri NajibTun Abdul Razak."Bayaran ini adalah untuk meringankan bebanan dalam menyambut hari raya nanti dan saya nasihatkan supaya gunakan sumbangan ini dengan bijak ketika berbelanja."Dan tidak lupa juga kepada peneroka-peneroka ini supaya teruskan memberi kepercayaan dan sokongan kepada kepimpinan Felda dan Perdana Menteri kerana ini akan memudahkan segala urusan pentadbiran Felda untuk kebaikan warganya,"kata Jailani.
16 Jun 17
42
MB Tinjau Kebakaran Di Kampung Tanjung
Kebakaran di Kampung Tanjung, Kuala Terengganu, malam tadi turut menarik perhatian Menteri Besar untuk meninjau lebih dekat kejadian sejurus tiba dari majlis bersama masyarakat di Dungun pada sebelah petang.Dato’ Seri Haji Ahmad Razif Abd Rahman tiba di tempat kejadian kira-kira jam 11.30 malam dan melihat kerja memadam kebakaran oleh anggota Bomba.Pasukan Bomba dari tiga balai berdekatan memulakan operasi pemadaman dari jam 9.45 malam, sejurus menerima laporan kebakaran itu.Menurut Komander Operasi PgKB 1, Wan Azmi Ahmad, kebakaran melibatkan enam unit kedai dan tujuh buah rumah di deretan yang sama.Difahamkan, tekanan air yang rendah menyukarkan kerja pemadaman dan Syarikat Air Terengganu (SATU) dikerahkan supaya menambah bekalan air segera ke tempat kejadian.Ahmad Razif mengucapkan takziah kepada mangsa yang terlibat, bagaimanapun beliau turut bersyukur tiada kemalangan jiwa dilaporkan.Beliau meminta Pegawai Penyelaras DUN Ladang, Dato' Mohd Sabri Alwi untuk mengambil tindakan sewajarnya melihat bantuan yang diperlukan mangsa kejadian."Saya menyerahkan kepada Dato' Mohd Sabri bagi mewakili pihak kerajaan negeri melihat keperluan dan apa yang sepatutnya dibantu,"katanya.
15 Jun 17
27
MB UcapTakziah Kepada Keluarga Dua Juruterbang TUDM
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abdul Rahman mengucapkan takziah kepada keluarga dua juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang maut dalam tragedi yang berlaku di Hutan Paya Chukai, Kemaman, hari ini.Allahyarham Mejar Mohd Hasri Zahari, 31, dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof, 39, yang dilaporkan menjalani latihan menaiki pesawat Hawk 108 ditemui meninggal dunia di Hutan Paya Chukai, Kemaman, Terengganu kira-kira 2.30 petang tadi."Takziah kepada keluarga Allahyarham Mejar Mohd Hasri Zahari dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof.‘"Semoga kedua-dua Allahyarham ditempatkan di kalangan orang beriman kerana mereka adalah pejuang kerana terkorban ketika bertugas untuk negara,"ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Rakyat Bersama Menteri Besar di Masjid Al- Mustaqim, Pulau Serai, Dungun.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan; Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Roslee Daud serta Pegawai Pembangunan Parlimen Dungun, Dato' Din Adam.Ahmad Razif berkata, pengorbanan kedua-duanya sangat besar dalam menjaga keselamatan negara dan disebabkan jasa dan pengorbanan anggota tentera seperti merekalah keadaan negara kita selamat, aman dan harmoni."Saya bagi pihak seluruh kepimpinan kerajaan negeri dan rakyat Terengganu mengucapkan takziah kepada keluarga kedua-dua allahyarham dan semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman," katanya.Dalam laporan media sebelum ini memberitahu, mayat Mejar Mohd Hasri Zahari dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof, ditemui 20 meter antara satu sama lain lengkap dengan payung terjun masing-masing.Dua juruterbang TUDM yang hilang bersama sebuah pesawat pejuang TUDM jenis Hawk 108 pagi tadi itu ditemui meninggal dunia di Hutan Paya Chukai selepas cuba menyelamatkan diri menggunakan payung terjun kecemasan, bagaimanapun, bangkai pesawat itu belum ditemui setakat petang tadi.
15 Jun 17
36