Artikel "Semasa" Terkini
JPNT Diminta Selaras Pertukaran Guru, Elak Kekurangan Pada Subjek Tertentu
Ahmad Razif mengagihkan sumbangan duit raya kepada pelajar SMA Dato’ Haji Abas. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KasimJabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) diminta menyelaraskan tugasan guru yang berjaya ditukarkan ke negeri ini agar tidak berlaku pertindihan atau kekurangan guru pada satu-satu subjek tertentu.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, bilangan guru di Terengganu semakin bertambah, bagaimanapun di sebalik pertambahan itu ada kekurangannya apabila kekurangan guru Bahasa Inggeris yang serius.“Saya berharap JPNT perlu memikirkan sesuatu bagi mengatasi permasalahan itu, mungkin boleh menghantar mana-mana guru cemerlang mengikuti kursus Bahasa Inggeris atau apa-apa kaedah yang terbaik,”katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Duit Raya Kepada Anak Yatim dan Anak Keluarga Berpendapatan Rendah di Sekolah Menengah Agama Dato’ Haji Abas, Tok Jiring, Kuala Nerus, hari ini.Pada majlis itu, seramai 100 pelajar yang berkelayakan menerima sumbangan duit raya daripada Menteri Besar dan isteri, To’ Puan Seri Halina Zakaria.Nurul Ezzanie Pelajar dari keluarga berpendapatan rendah, Nurul Ezzanie Jasin, 17, berkata duit raya yang diterima daripada Menteri Besar itu akan digunakan untuk membayar yuran sekolah dan jika ada lebih akan simpan untuk beli barangan keperluan raya.Katanya, walaupun jumlah tidak besar, tetapi sangat membantu meringankan beban ayah, Jasin Che Chik, 60, yang bekerja sebagai buruh dan ibu Maimun Abdullah, 56, hanya sebagai suri rumah.“Ayah kadang kala tidak mampu keluar bekerja kerana faktor umur dan kesihatan, duit belanja keluarga kini dibantu abang dan kakak yang sudah berkerja,”kata anak yang ke 11 daripada 12 adik beradik itu lagi.Ummi ZahrahSeorang anak yatim, Ummi Zahrah Mohd Zaki, 17, juga berterima kasih kepada Menteri Besar dan kerajaan negeri di atas sumbangan yang diterima itu.“Saya akan guna duit ini sebaik mungkin untuk keperluan sekolah dan raya,” katanya yang kehilangan bapa akibat jangkitan kuman paru-paru pada usia sembilan tahun.
19 Jun 17
117
Terengganu Mahu Selesaikan Bayaran TOM RM23 Juta Sebelum Aidilfitri
Kerajaan negeri memperuntukkan RM23 juta bagi melaksanakan program Transformasi Orang Muda (TOM) 2017 yang melibatkan 113,000 penerima di Terengganu.Pengerusi Jawatankuasa Belia,Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat berkata,beliau mendapat arahan daripada Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman supaya menyelesaikan pembayaran kepada para penerima sebelum AidilFitri ini."Ini merupakan kali pertama kita laksanakan pembayaran awal untuk dana remaja berbanding sebelum ini pembayaran adalah sepanjang tahun."Sehingga kini hampir 70 peratus telah selesai untuk pembayaran dan sehingga kini masih lagi dibuka untuk pembayaran bagi penerima-penerima yang layak mengikut kategori masing-masing."Untuk tahun ini,permohonan Dana TOM meningkat 10 peratus daripada tahun lepas yang mana pada 2016, kita telah belanjakan sebanyak RM22 juta,"kata Rozi.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Telemong berkata demikian kepada pemberita di Majlis Pengagihan Dana TOM DUN Telemong di Dewan Akademi Binaan Negara, Jenagor, Hulu Terengganu, hari ini.Tambah Rozi lagi,kepada pemohon yang gagal dalam permohonannya disebabkan masalah teknikal atau kesilapan nombor kad pengenalan, rayuan akan dibuka selepas AidilFitri."Tetapi mereka perlu pastikan nama mereka berada dalam sistem dan telah memohon pada peringkat awal dahulu,"katanya.Sementara itu,Rozi meminta kepada golongan remaja yang telah menerima Dana TOM ini supaya bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana peluang ini hanya ada di Terengganu."Dana ini mencakupi keseluruhan remaja yang berusia 21 hingga 40 tahun, belum berkahwin dan berpendapatan bawah RM2,000 yang layak di negeri ini ,yang mana kita tidak lihat berlaku di negeri lain."Kita dapat lihat bagaimana kerajaan negeri menyediakan peruntukan walaupun dalam suasana ekonomi yang tidak berapa baik namun demi kebajikan, golongan ini tetap mendapat imbuhan bagi ringankan beban terutama bagi yang tidak bekerja menyambut AidilFitri,"katanya lagi.Menurut beliau, sikap jimat cermat dalam berbelanja harus diamalkan dan jangan terlalu mengikut nafsu kepada perkara-perkara yang tidak mendatangkan kebaikan.
19 Jun 17
66
Pembinaan Jalan dan Jambatan Kampung Jeram Tok Kong Ke Bukit Guntong Siap Sepenuhnya
Pembinaan jalan dan jambatan menghubungkan Kampung Jeram Tok Kong dan Bukit Guntong, Kuala Terengganu siap sepenuhnya dan mula dibuka kepada orang ramai, hari ini.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, projek yang menelan kos sebanyak RM225,992,000 itu melibatkan pembinaan jalan baharu sepanjang 5.6 kilometer (km) dan naik taraf jalan sedia ada sepanjang 2.0 km.“Jalan empat lorong yang dibina sebagai laluan alternatif ini bukan sahaja dapat mengelakkan kesesakan di laluan sedia ada di Jambatan Sultan Mahmud dan jambatan Manir ketika waktu puncak dan musim perayaan tetapi dapat mempercepatkan perjalanan ke Kuala Terengganu."Malah, ianya merupakan penghubung penting bagi kenderaan-kenderaan keluar dari Lebuh Raya Pantai Timur 2 ke Kuala Terengganu,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Jalan dan Jambatan Dari Kampung Jeram Tok Kong Ke Bukit Guntong di Tapak Projek Jeram Tok Kong, hari ini.Turut hadir, Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ A. Rahman Yahya, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau negeri, Ir Rosli Othman dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Terengganu, Ir Abd Hamid Md Daud.Menurut Ahmad Razif, projek yang dijangka siap pada Disember 2012 itu tergendala hampir lima tahun disebabkan masalah pengambilan tanah yang berlarutan walaupun status kemajuan kerja ketika itu telah mencapai 95 peratus dengan baki kerja sepanjang 250 meter.
19 Jun 17
740
Dana Raya : Terima Kasih Kerajaan
Engku AinaRata-rata penerima bantuan Dana Raya tahun 2017 amat berterima kasih dan gembira dengan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Terengganu kerana mampu meringankan bebanan mereka untuk membuat persiapan lebaran kurang seminggu dari sekarang.Seorang penerima, Engku Aina Izzah Engku Mat, 26, Pegawai Khidmat Pelanggan Yayasan Islam Terengganu memanjatkan rasa syukur kerana masih menerima dana raya untuk kali yang kedua sejak tahun lalu dan bantuan itu dapat menampung perbelanjaannya untuk membuat persiapan hari raya."Alhamdulillah. Terima kasih kerajaan dengan bantuan ini. Bukan semua dapat menikmati dana sepertimana yang disediakan oleh kerajaan negeri ini,"katanya.Mohamad HasifiSeorang pelajar Universiti Kolej Bestari, Setiu pula Mohamad Hasifi Mustapa,24, mengucapkan terima kasih dengan inisiatif kerajaan Terengganu yang tidak lupa untuk memberi dana kepada golongan pelajar seperti mereka."Sememangnya dana ini sangat membantu kami, ini kerana kami tidak mempunyai pendapatan yang tetap, dengan bantuan yang diberikan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan dapat dijadikan sebagai perbelanjaan harian”, katanya.MardiahSementara kakitangan syarikat swasta, Mardiah Suhanim Mohamad, 34, berkata, dengan dana raya yang diberikan oleh kerajaan ini dapat membantunya membeli pakaian raya anak-anak dan barang dapur. “Terima kasih Kerajaan Terengganu kerana memberi dana kepada golongan yang berpendapatan rendah seperti saya.“Malah, hanya Kerajaan Terengganu sahaja yang memberi bantuan seperti ini. Saya berbangga menjadi rakyat Terengganu,” katanya yang telah menerima dana buat kali kelima tahun ini.Untuk rekod, kerajaan negeri memperuntukkan RM88.7 juta bagi bantuan Dana Raya 2017 yang membabitkan seramai 239,323 penerima di negeri ini tahun ini.Bantuan melalui kaedah baucer kepada mereka yang layak sudah diagihkan sejak 27 Mei lalu.Jumlah itu mencatatkan peningkatan berbanding RM81.3 juta yang diperuntukkan kepada kira-kira 219,754 anak negeri pada tahun lalu.
19 Jun 17
287
Terengganu Bayar Bonus Guru Khidmat Masyarakat Dan Pintar Al-Quran
Ghazali bersama bekas qari dan qariah selepas Majlis Majlis Apreasiasi Gema Wahyu, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Terengganu memperuntukkan RM765,600 sebagai bayaran bonus perayaan Aidilfitri kepada 1,532 guru khidmat masyarakat dan 190 guru pintar al-Quran di seluruh negeri ini.Berdasarkan jumlah itu, seramai 1,055 guru khidmat masyarakat yang berkhidmat melebihi 10 tahun layak menerima RM500 dan selebihnya iaitu 477 orang di mana perkhidmatannya kurang daripada tempoh sembilan tahun dibayar RM300.Manakala seramai 190 guru pintar al-quran turut layak menerima RM500.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib, berkata kerajaan negeri tidak melupakan jasa qari dan qariah yang pernah mengharumkan nama Terengganu di peringkat kebangsaan dan luar negara.Katanya, oleh itu, sebanyak RM16,000 diperuntukkan untuk lapan qari dan qariah bagi tujuan itu. Setiap individu layak memperoleh RM2,000 beserta sijil penghargaan serta plak anugerah.“Mereka yang disenaraikan adalah Dato’ Rogayah Sulong, Mohamad Awang Teh, Sepiah Mohamad, Maznah Awang, Aminah Omar (allahyarhamah), Daud Che Man (allahyarham), Embat @Siah Mat Amin dan Ahmad Termizi Ali.“Untuk mencapai kejayaan ke tahap ini bukanlah suatu perkara mudah, kerana perlu disertai dengan kesungguhan, keikhlasan dan komitmen yang tinggi,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Apreasiasi Gema Wahyu dan Bayaran Bonus Guru-Guru Khidmat Masyarakat dan Guru Pintar Al-Quran 2017, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Ghazali berkata, tradisi membaca al-Quran perlu dipertingkatkan kepada kebolehan bidang tarannum khususnya di samping bimbingan ke arah untuk mendalami isi kandungan al-Quran.“ Saya percaya dan keyakinan penekanan budaya cakna dan celik al-Quran akan melahirkan ummah berketerampilan, berketahanan dan mempunyai jati diri,”katanya.
18 Jun 17
79
Yang Di-Pertuan Muda Kurnia Sumbangan Raya
Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan sumbangan Sempena Hari Raya AidilFitri di Dewan Sivik Kuala Telemong, hari ini. Foto Oleh: Tg Syamim Tg IsmailYang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Sumbangan Sempena Hari Raya AidilFitri di Dewan Sivik Kuala Telemong, hari ini.Turut berangkat kekanda Tengku Nadhirah Zahrah dan adinda Tengku Muhammad Mua’az. Hadir sama YAM Tengku Sri Temenggung Raja; Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman; Ahli-Ahli Dewan Pangkuan DiRaja Terengganu; Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, Dato' Jailani Johari; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong. Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato' Tengku Putera Tengku Awang dan Pengerusi Jawatankuasa Belia Dan Sukan, Dato' Rozi Mamat. Pada majlis itu, seramai 300 orang pelajar miskin dan anak yatim yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan rendah dari dua daerah iaitu Hulu Terengganu (150) dan Marang (150) terpilih menerima sumbangan berupa baju raya, kurma dan wang tunai setiap seorang. Tengku Muhammad Ismail dan Tengku Nadhirah Zahrah masing-masing berkenan menyampaikan sumbangan kepada semua penerima.Amir Hafizi (tengah)Bagi Amir Hafizi Kamarudin ,9, dari Sekolah Kebangsaan Jerong, berkata ini adalah kenangan manis yang tidak akan dilupakan kerana terpilih menerima sumbangan daripada Yang Di-Pertuan Muda Terengganu,Tengku Muhammad Ismail. Amir Hafizi yang merupakan anak ketiga dari empat beradik kini tinggal bersama ibunya seorang penoreh getah apabila kedua ibu bapanya berpisah. "Seronok sangat dapat bersalam dengan Tuanku Raja Muda yang sebelum ni hanya dengar cerita sahaja.“Sumbangan baju ni akan saya pakai pada hari pertama dan duit raya pula saya nak simpan untuk persekolahan nanti. "Beban mak dah kurang sikit, nanti bolehlah beli baju untuk adik beradik saya yang lain sebab yang dapat hari ini dah terlalu sempurna untuk menyambut Aidilfitri,"katanya.
18 Jun 17
941
SKMM Pantau Perkhidmatan Liputan, Elak Gangguan Berulang
Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia(SKMM)sedang memantau perkhidmatan liputan komunikasi di seluruh negeri Pantai Timur bagi menyelesaikan isu gangguan perkhidmatan yang melanda baru-baru ini.Timbalan Menterinya,Dato' Jailani Johari berkata penyedia perkhidmatan komunikasi seperti Celcom, DiGi, Maxis, UMobile sedang menjalankan kerja-kerja penaiktarafan sistem rangkaian dan perkhidmatan komunikasi bagi memberi kadar liputan yang terbaik.Jelasnya lagi kebanyakan kerja-kerja penaiktarafan telah selesai dan berfungsi termasuklah penaiktarafan sistem 2G kepada 3G manakala kerja-kerja lain masih diteruskan dan dijangka siap sepenuhnya menjelang AidilFitri."Ini termasuklah penaiktarafan kapasiti utk perkhidmatan suara dan data,mengoptimumkan sistem untuk peningkatan prestasi sistem pemancaran"Untuk lokasi tertentu seperti kawasan rehat & rawat (R&R),jalan-jalan utama,lebuhraya dan bandar-bandar utama,pemasangan unit-unit bergerak ‘Cellular on Wheel (CoW), pico BTS, micro BTS, RAN sharing Multiple Operator (RAMO) jenis 2G, 3G, LTE sedang giat dilakukan,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Berbuka Puasa Bersama Masyarakat Setempat di Masjid Tok Randok,Ajil,hari ini.Tambah Jailani lagi,pihak penyedia perkhidmatan komunikasi juga sedang menyemak situasi liputan/kualiti di lokasi-lokasi yang tiada isu liputan dan berkecukupan kapasiti seperti R&R."Malah saya dimaklumkan mereka sentiasa bersiapsiaga dengan pasukan dan peralatan yanhg cukup bagi menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang tempoh perayaan nanti,"katanya. Sementara itu,menyentuh tentang kewujudan versi palsu al-Quran dan Hadis yang ditularkan melalui media sosial, pihak SKMM akan merujuk perkara berkenaan kepada pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) untuk penelitian lanjut kerana SKMM tiada kepakaran atau bidang kuasa khusus dalam urusan berkenaan." Namun pihak SKMM akan memberikan bantuan teknikal sekiranya diperlukan.Justeru pihak pengguna adalah disarankan agar merujuk kepada aplikasi yang dibangunkan oleh pihak JAKIM seperti e-Hadith bag menyemak silang ‘cross check’ hadith-hadith yang mencurigakan."Dalam masa yang sama pihak SKMM juga sedang membangunkan aplikasi bertujuan mempermudahkan semakan keaslian teks al-Quran melalui kerjasama dengan pihak JAKIM,"kata Jailani lagi.
18 Jun 17
35
Pos Malaysia Jamin Kiriman Diterima Sebelum Raya
Jailani bergambar bersama-sama petugas Pejabat Pos AjilPos Malaysia Berhad memberi jaminan untuk memastikan surat menyurat serta barangan kiriman dapat diterima pembeli mengikut tempohnya, sebelum Aidilfitri.Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Dato' Jailani Johari berkata, biasanya sebelum musim perayaan, pos akan menambah jumlah kakitangan sambilan bagi melancarkan operasi Pos Laju."Ini kerana setiap kali menjelang musim perayaan terutamanya Aidlfitri, pembelian barangan secara dalam talian akan meningkat secara mendadak."Oleh itu, bagi memastikan barang dipesan tiba sebelum hari raya yang dijangka jatuh pada Ahad, 25 Jun, hari terakhir penghantaran adalah pada Rabu, 21 Jun supaya ia boleh diterima pada Jumaat."Namun kami tidak memberi jaminan ia akan diterima tepat pada masanya sekiranya penghantaran selepas tarikh tersebut. Oleh itu, kami menyarankan agar orang ramai mematuhi masa penghantaran terakhir yang telah ditetapkan,"kata Jailani.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pejabat Pos Ajil dalam Program Wira Yang Tidak Di Dendangkan di Ajil, Hulu Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pengurus Pos Malaysia Negeri Terengganu, Ahmad Shazli A.Aziz.Menurut Jailani lagi,bagi musim bukan perayaan atau bulan-bulan biasa, Pos Laju akan menghantar lebih kurang 300,000 bungkusan sehari."Pada musim perayaan kali ini, Pos Malaysia memproses lebih kurang 500,000 bungkusan sehari."Inilah kerja keras dan pengorbanan posmen dan kurier (wira yang tidak didendangkan) yang berusaha keras dan bertungkus-lumus untuk memastikan surat, parcel sampai pada masa yang tepat sempena musim perayaan,"katanya.Bagi Azman Muda, yang telah berkhidmat hampir 18 tahun berkata, soal terpaksa kerja lebih masa atau mengorbankan cuti adalah lumrah biasa baginya sejak mula bekerja."Saya dah biasa dengan kerja-kerja lebih masa dan bagi saya keutamaan kepada masyarakat adalah lebih penting, malah saya sanggup berusaha gigih demi memberikan senyuman kepada pelanggan."Saya ucapkan terima kasih kepada Dato' Jailani atas keprihatinan beliau terhadap kami sebagai petugas pos dan ini merupakan kali pertama kami dapat penghargaan seperti ini daripada seorang pemimpin," katanya.
18 Jun 17
124
Ahli Parlimen Hulu Terengganu Rai Wira Yang Tidak Didendangkan
Ramadan kali ini cukup bermakna bagi golongan yang cukup berjasa kepada penduduk setempat seperti pemandu teksi, tukang gunting rambut, petugas pos dan penggali kubur apabila diraikan serta menerima sumbangan daripada Ahli Parlimen Hulu Terengganu,Dato'Jailani Johari, hari ini.Jailani berkata, golongan ini merupakan golongan wira yang tidak didendangkan walaupun jasa yang ditabur mereka tiada ternilai kepada masyarakat."Sebagai insan biasa yang hidup dalam kehidupan bermasyarakat, saya cukup terhutang budi kepada golongan ini yang memainkan peranan yang cukup penting kepada semua pihak.“Merekalah golongan wira yang tidak didendang yang harus dihargai kerana menunaikan fardu kifayah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Meraikan Wira Yang Tidak Didendangkan, di perkarangan Medan MARA,Ajil.Jailani menyampaikan sumbangan kepada salah seorang pemandu teksiJailani juga menggesa agar umat Islam di negeri ini memanfaatkan bulan Ramadan bagi melakukan amal ibadat dan menjauhi perkara kemungkaran termasuk yang mendatangkan permusuhan sesama sendiri.Salah seorang penggali kubur yang menerima sumbangan Zamani ChikSementara itu, Zamani Chik,48, seorang penggali kubur berkata, dia berasa sangat bersyukur kerana menerima sumbangan berupa pakaian itu.“Saya amat teruja apabila dipilih untuk menerima sumbangan dan ini merupakan kali pertama mendapat penghargaan ini sejak 10 tahun berkhidmat.Saya ucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen yang tidak melupakan jasa dan pengorbanan golongan-golongan ini.“Sebenarnya kami tidak pernah meminta apa-apa balasan, cukuplah sekadar menghargai segala kerja-kerja kami demi masyarakat Islam dan mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat,” katanya.
18 Jun 17
42
Terengganu Sedia Bas Percuma Mahasiswa Balik Raya
Kerajaan negeri melalui Persatuan Permata Anak Terengganu (Permata) meneruskan tradisi menyediakan bas pulang beraya ke Terengganu secara percuma kepada mahasiswa dan mahasiswi pada 23 Jun ini (Jumaat).Yang DiPertua Permata, Mohd Kamaruzaman Jusoh berkata, sebanyak lapan bas yang disediakan untuk membawa anak-anak Terengganu pulang beraya ke kampung halaman masing-masing menerusi beberapa zon.“Kami berbesar hati untuk membantu para pelajar untuk pulang ke kampung halaman dan meringankan beban pelajar untuk membeli tiket.''Walaubagaimanapun, sambutan tahun ini tidak begitu menggalakkan berbanding dengan tahun-tahun yang lepas kerana ramai pelajar yang pulang beraya lebih awal ke kampung halaman,"ujarnya.Beliau berkata, tempat berkumpul bagi mahasiswa yang belajar di zon utara Penang, Kedah dan Perlis adalah di Stesen Bas Sintok, Kedah. Bagi zon selatan, Johor dan Malaka, perlu berkumpul di Skudai Johor.“Manakala, zon tengah 1, Kuala Lumpur & Selangor di Jalan Chowkit dan zon tengah 2, Negeri Sembilan, PJ, Dengkil dan Sepang pula mereka perlu berkumpul di Seremban 3, Negeri Sembilan,” ujarnya.Katanya, bagi Zon Selatan dan Zon Utara, waktu bertolak dari kawasan masing-masing ialah pada pukul 5 petang. Manakala bagi Zon Tengah 1 & 2 akan bertolak pada pukul 9 malam. Ini kerana, Permata ingin memastikan semua bas akan tiba pada pukul 5 pagi dan mereka akan bersahur bersama di bangunan Yayasan Terengganu.
18 Jun 17
121