Artikel "Semasa" Terkini
MB Nafi Beri Bonus Rakyat Terengganu
Ahmad Razif ketikan berbicara pada Majlis pada Majlis Jalinan Mesra Serikandi dan Puspanita di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Zulkirli C W PutraMenteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman menafikan penularan mesej di media sosial kononnya kerajaan Terengganu memberi RM450 sebagai Bonus Rakyat Terengganu (BRAT) sempena menyambut perayaan Aidilfitri.Ahmad Razif kesal dengan penularan perkara itu turut diajukan persoalan sejak beberapa hari lalu adakah benar kerajaan negeri akan memberikan bonus kepada rakyat yang memiliki kad pengenalan angka 11.Katanya, ada rakyat yang percaya, walaupun pihak yang tidak bertanggungjawab itu hanya berniat mahu bergurau."Ini merupakan permainan media sosial oleh individu yang tidak bertanggungjawab dan perkara seperti ini pernah menjadi tular satu ketika dulu dengan mendakwa saya akan memberi bonus kepada rakyat Terengganu dan ia tidak banyak bezanya kes penipuan.“’Saya meminta mana-mana individu yang masih menerima mesej itu berharap tidak memanjangkan kepada pihak lain,”katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jalinan Mesra Serikandi dan Puspanita di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama, isteri Menteri Besar yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi), To’ Puan Seri Halina Zakaria dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail.Seramai 300 peserta terdiri daripada ibu tunggal, golongan asnaf dan fakir miskin hadir menerima sumbangan duit raya dan barangan keperluan dapur.
21 Jun 17
41
Kakitangan Daya Urus Wisma Darul Iman Tidak Dilupakan
Ahmad Razif dan Halina bersama-sama dengan sebahagian kakitangan Daya Urus Wisma Darul Iman bergambar sejurus selesai pengagihan sumbangan hari raya. Foto - Harish Fadzillah Abu KasimSeramai 91 orang kakitangan Daya Urus Wisma Darul Iman menerima sumbangan duit raya RM200 dan hamper dari kerajaan negeri sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pemberian ini adalah sebagai tanda penghargaan dari kerajaan negeri atas segala khidmat dan bakti yang telah diberikan untuk pengurusan serta keindahan keseluruhan Wisma Darul Iman.Ahmad Razif memberi sumbangan duit raya dan hamper kepada kakitangan Daya UrusKatanya, walaupun pekerjaan mereka ini dianggap remeh oleh sesetengah pihak, kerajaan negeri tetap menghargainya kerana tanpa mereka, pentadbiran Wisma Darul Iman tidak dapat beroperasi dengan baik.“Diharap dengan bantuan ini akan dapat menceriakan sambutan Hari Raya anda seisi keluarga”, katanya ketika berucap di Majlis Penyampaian Bantuan Hari Raya Kepada Kakitangan Daya Urus, di Wisma Darul Iman.Turut hadir isteri Ahmad Razif, To' Puan Seri Halina Zakaria, Setiausaha Sulit Kanan, Kamarul Al-Amin Ismail dan Pengurus Daya Urus Sdn.Bhd, Norizan Mohamad.Gayah IsmailAhmad Razif juga menasihati golongan tersebut untuk terus berusaha menambah pendapatan sampingan serta tidak terlalu bergantung kepada bantuan yang diberikan oleh kerajaan sahaja.Seorang penerima, Gayah Ismail, 31, mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri kerana tiap-tiap tahun tidak lupa untuk memberi sumbangan kepada kakitangan bawahan sepertinya.“Dengan duit yang diberikan itu sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan untuk membeli pakaian anak-anak”, katanya yang telah menerima bantuan itu sejak empat tahun lalu.
21 Jun 17
968
Tradisi Pasang Pelita Raya Terus Subur Di Padang Hangus
Pelbagai cara digunakan untuk memeriahkan sambutan hari raya dan sudah menjadi tradisi di sesetengah tempat, pertandingan memasang pelita masih diteruskan dengan niat untuk mengembalikan nostalgia Ramadan semasa ketiadaan elektrik suatu masa dahulu.Bagi penduduk Kampung Padang Hangus di Tepoh, Kuala Nerus, hampir seluruh masyarakat kampung menantikan 10 malam terakhir Ramadan bagi menghiasi cahaya pelita di sekeliling rumah mereka.Malah, sejak 17 tahun lalu penduduk kampung itu tidak melepaskan peluang menyertai pertandingan pelita raya yang diadakan setiap tahun bagi memeriahkan suasana hari raya di kampung berkenaan.Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Padang Hangus, Mat Lazin Maska berkata, sebanyak 50 buah keluarga mengambil bahagian dalam Pertandingan Pelita Raya anjuran Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, tahun ini.Katanya, peserta yang mengambil bahagian kebanyakannya tidak mengejar hadiah utama yang ditawarkan tetapi lebih kepada semangat menyuburkan tradisi masyarakat kampung dahulu selain komitmen sokongan terhadap program yang dianjurkan kerajaan negeri.Katanya, setiap peserta yang mengambil bahagian menggunakan antara 200 hingga 500 biji pelita dalam pelbagai bentuk untuk menghiasi kediaman menggunakan kreativiti masing-masing.“Malah, mereka bukan sahaja sekadar memasang pelita namun mencipta pelbagai kelainan dengan membina pelbagai bentuk replika yang menjadikan suasana kampung cukup meriah. “Pelbagai bentuk replika dibuat sendiri oleh penduduk dan mereka awal-awal lagi mencari buluh, tempurung dan tin kosong untuk tujuan tersebut,” ujarnya.Menurut Mat Lazin, penduduk kampung juga bergotong-royong membina replika unik seperti pintu gerbang, masjid, basikal, wau dan pelbagai lagi menjadikan kampung tersebut cukup meriah dengan gemerlapan cahaya.Katanya, segala kos ditanggung sendiri oleh setiap penduduk dan mereka tidak merasa terbeban dengannya disebabkan tradisi itu sudah sebati dalam diri mereka dan menjadi lambang kesepakatan penduduk kampung.“Kebanyakan penduduk kampung ini menggunakan minyak diesel bagi menghidupkan pelita berbanding minyak tanah kerana ianya lebih tahan lama dan sukar untuk padam walaupun hari hujan,” ujarnya.
21 Jun 17
1460
PDRM Hanya Benarkan 10 Peratus Anggota Bercuti Sempena Raya
Polis Diraja Malaysia (PDRM) Terengganu hanya membenarkan 10 peratus daripada keseluruhan 3,474 pegawai dan anggotanya bercuti sempena Aidilfitri tahun ini.Ketua Polis Terengganu Dato' Aidi Ismail berkata, anggota dan pegawai ini akan terlibat dalam Ops Selamat bermula 18 Jun hingga 2 Julai ini sempena musim perayaan ini."Seramai 530 orang termasuk 188 pegawai dan anggota trafik ditugaskan untuk memastikan keamanan dan ketenteraman rakyat di negeri ini dari segi penguatkuasaan undang-undang jalan raya termasuklah jenayah lain seperti pecah rumah dan kecurian."Kita telah mengenal pasti dua kawasan panas iaitu Kilometer (KM) 10.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan (Chendering) dan KM72 hingga 73 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan (Kampung Pulau Serai) yang menjadi antara lokasi kerap berlaku kemalangan."Orang ramai perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku," katanya pada sidang media sempena Kempen Keselamatan Jalan Raya Op Selamat 11/2017 di Plaza Tol Ajil, Hulu Terengganu, petang semalam.Majlis perasmian kempen disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud.Tambah Aidi lagi, jangkaan kesesakan akan berlaku di tujuh laluan di negeri ini masing-masing empat jalan di Kuala Terenganu iaitu Jalan Sultan Mohamad; Jalan Tengku Mizan, Bulatan Batu 6 menghala ke Banggol Air Lilih dan Plaza Tol Kuala Terengganu manakala dua di Setiu (Persimpangan Chalok dan Persimpangan Guntung Luar) dan Pekan Jertih di Besut.Sementara itu, Roslee turut menasihatkan para pengguna jalan raya supaya berhati-hati sepanjang pemanduan pulang dan sentiasa mematuhi undang-undang ditetapkan bagi menggelakkan kejadian yang tidak diingini.
21 Jun 17
125
100 Anak Yatim Dibawa Pilih Baju Raya Sendiri
Kegembiraan terpancar di wajah kira-kira 100 anak yatim dan dari golongan berpendapatan rendah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang apabilaa menerima pakaian baharu menerusi program 'Masih Ada Yang Sayang', di pasar raya DM Pemborong,Kuala Berang hari ini.Setiap anak yatim menerima sumbangan bernilai RM100 seorang untuk membeli kelengkapan pakaian raya dan pelbagai aksesori lain bagi menyambut Aidilfitri termasuk duit raya.Nur Azwani melihat Adun Kuala Berang,Tengku Putera Tengku Awang mengenakan baju melayu kepada anaknya Muhammad Faris .Turut hadir sama Toh Puan Halijah Ali.Seorang ibu yang ditemui bersyukur apabila anak sulung Muhammad Faris Azri Mohd Ridzuan,9, terpilih menerima sumbangan baju raya.Nur Azwani Hussain berkata, sumbangan itu sedikit sebanyak meringankan beban yang dihadapinya terutama belanja pakaian anak-anaknya.Beliau yang telah berkahwin buat kali kedua selepas kematian suaminya lima tahun lalu kerana jangkitan kuman pada paru-paru turut membesarkan enam orang anak tiri merasa lega dengan sumbangan tersebut.“Hanya ucapan terima kasih dapat saya ucapkan dan bersyukur kerana terpilih menerima sumbangan ini yang sedikit sebanyak meringankan beban saya untuk membeli kelengkapan hari raya tidak lama lagi,” katanya.Sementara itu,Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Kuala Berang, Dato' Tengku Putera Tengku Awang berkata, program ini memberi peluang kepada mereka yang datang dari keluarga kurang berkemampuan dan anak yatim untuk merasai kegembiraan menyambut lebaran seperti insan lain.“Kita juga membawa anak-anak dari Komuniti Baitul Cakna seramai 10 orang yang merupakan anak mangsa HIV."Apabila saya melihat keceriaan anak-anak ini ketika memilih pakaian hari raya mereka, membuatkan saya sungguh terharu dan gembira.Terasa seronok melihat gelagat mereka memilih pakaian dengan ditemani ibu atau bapa masing-masing."Harapan saya sumbangan ini dapat memberi kegembiraan seperti kanak-kanak lain dan menikmati suasana hari raya yang lebih baik dan untuk melihat mereka gembira pada hari lebaran yang akan menjelang tidak lama lagi,” katanya.
21 Jun 17
252
Cahaya Pelita Raya Ceriakan Kampung Sekati
Zubir menyalakan pelita ketika Program Turun Padang SempenaPertandingan Pelita Raya anjuran Jabatan Perlancongan Negeri Terengganu (JPNT) Lebih 100 rumah di Kampung Sekati, Kuala Terengganu diterangi cahaya pelita pelbagai bentuk sejak minggu lalu sebagai persiapan menyertai Pertandingan Pelita Raya anjuran Jabatan Perlancongan Negeri Terengganu (JPNT).Pertandingan pelita raya yang akan diadili malam ini sebagai satu daripada program diatur JPNT bagi memeriahkan lagi sambutan Visit Beautiful Terengganu 2017 sempena perayaan Aidilfitri.Penghulu kanan mukim Bandar Kuala Terengganu, Mohammad Che Abdul Rahman, Kampung Sekati Manis dipilih sebagai wakil masyarakat di daerah ini untuk menyertai pertandingan berkenaan yang turut membabitkan beberapa lagi kampung di empat daerah lain.Katanya antara daerah turut terpilih bertanding dalam pertandingan pelita raya ini adalah Kemaman, Kuala Nerus dan Besut. “Penduduk yang menyertai pertandingan ini bertungkus-lumus menyiapkan hiasan pelita mengikut kreativiti masing-masing sejak sejak minggu lalu.“Pelbagai rekaan diketengahkan mereka bagi menunjukkan komitmen menyokong pertandingan yang dianjurkan ini, selain cuba memenangi hadiah utama yang ditawarkan,” katanya ketika ditemui malam tadi.Mohammad berkata, selain menambah keceriaan di kampung terbabit dengan limpahan cahaya pelita, ia juga sekaligus dapat menarik minat orang ramai berkunjung ke kampung berkenaan untuk bergambar dan sebagainya. “Hasil kreativiti penduduk kampung sangat terserlah dengan adanya pertandingan ini dan ia juga secara tidak langsung menambah keceriaan serta memeriahkan sambutan Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi,"katanya.Pertandingan itu menawarkan hadiah keseluruhan RM42,000 bagi empat daerah yang menyertai pertandingan itu dengan hadiah pertama RM3,000, diikuti kedua RM2,000 dan ketiga RM500.Pemenang keempat dan kelima, akan menerima RM500 dan RM300 masing-masing.
21 Jun 17
1443
Kerajaan Negeri Terima RM11.67 Juta Royalti TNB
Ahmad Razif menerima replika cek berjumlah RM11.67 juta sebagai bayaran royalti penggunaan air dan lesen takungan air tahun kewangan 2017 oleh Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud (SJSM), Kenyir Bahagian Penjanaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang diwakili Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) TNB, Ir Azman Talib di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kassim.Kerajaan negeri hari ini menerima bayaran royalti penggunaan air dan lesen takungan air tahun kewangan 2017 berjumlah RM11.67 juta oleh Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud (SJSM), Kenyir Bahagian Penjanaan Tenaga Nasional Berhad (TNB).Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pembayaran tersebut dibuat setiap tahun sejak 1985 (tahun stesen mula beroperasi) oleh SJSM Kenyir (TNB) kepada kerajaan negeri berdasarkan kepada satu perjanjian yang ditandatangani antara kerajaan negeri dan TNB (pada waktu itu LLN-Lembaga Lektrik Negara) pada 24 Ogos 1987.Katanya, perjanjian Tambahan Pertama telah ditandatangani pada 19 Julai 2000.“Amaun RM11.67 juta yang diterima hari ini adalah berdasarkan kepada Perjanjian Tambahan Kedua yang ditandatangani pada 18 November 2008 berdasarkan kepada bayaran tahunan untuk lesen takungan dan penggunaan air.“Jumlah bayaran tahunan untuk lesen takungan air adalah sebanyak RM3,673,000 manakala untuk penggunaan air pula adalah sebanyak RM8,000,000,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Pembayaran Royalti Penggunaan Air dalLesen Takungan Air Bagi Tahun Kewangan 2017 TNB Kenyir di Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) TNB, Ir Azman Talib.Menurut Ahmad Razif, perjanjian Tambahan Kedua akan tamat pada 23 Ogos 2017 dan kerajaan negeri akan meneruskan perjanjian yang seterusnya dengan TNB.“Sepanjang perjanjian dimeterai, pihak TNB telah membayar keseluruhan sebanyak RM195 juta kepada kerajaan negeri dan bayaran ini merupakan satu hasil yang kita perolehi berasaskan kepada royalti,” ujarnya.
20 Jun 17
440
Sultanah Nur Zahirah Kurnia Sumbangan Raya
SultanahTerengganu, Sultanah Nur Zahirah mengurniakan sumbangan di majlis pengurniaan sumbangan Aidilfitri di Kompleks YTNZ, Kampung Tanjung Bunut, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Zulkipli CW PutraYayasan Tuanku Nur Zahirah (YTNZ) meneruskan tradisi saban tahun menyumbang sumbangan Aidilfitri apabila meraikan 150 golongan kurang bernasib baik sempena kedatangan Syawal tidak lama lagi.Berkenaan berangkat bagi mengurniakan sumbangan, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.Baginda diiringi anakanda, Nur Nadhirah Zahrah Sultan Mizan Zainal Abidin.Hadir sama, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria, Ahli-ahli Lembaga Pemegang Amanah YTNZ dan Pengerusinya, Datuk Ridzuan Radziwill.Ridzuan berkata, pada tahun ini, YTNZ mempunyai kedudukan kewangan yang lebih baik hasil sumbangan beberapa badan korporat dan juga hasil jualan songket dari penenun di yayasan itu.Justeru katanya, pihaknya mahu berkongsi sedikit rezeki dengan penenun desa dan juga warga Kuala Terengganu yang terdiri daripada golomgan asnaf bagi menyeampaikan sedikit sumbanmgan kewangan serta hamper sempena kedatangan Syawal tidak lama lagi.“Kami berharap supaya dapat meneruskan tradisi memberi sumbangan ini pada tahun-tahun akan datang,”katanya selepas majlis pengurniaaan sumbangan itu, di Kompleks YTNZ, Kampung tanjung Bunut, Kuala Terengganu, hari ini.Menurut Ridzuan lagi, YTNZ yang ditubuhkan pada 2007 di bawah naungan Tuanku Nur Zahirah bermatlamat memperbaiki taraf hidup melalui warisan dengan menciptakan peluang pekerjaan bagi penenun dan pekerja seni.Tambahnya, selain menyediakan peluang pekerjaan, YTNZ juga membantu dari segi kewangan dengan membeli hasil tenunan penenun desa yang dianggarkan berjumlah lebih 1,000 pengusaha di sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus termasuk di pejabat terletak Tanjung Bunut dan juga Chendering.
20 Jun 17
1151
Rumah Transit BSK Bakal Operasi Selepas Aidilfitri Ini
Terengganu bakal mempunyai Rumah Transit Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) yang disediakan Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKST) sebagai bantuan penginapan sementara kepada pelanggan BSK dan dijangka dapat memulakan operasi selepas Aidilfitri ini.Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Terengganu Roslee Daud berkata, BSK (JKST) sedang berusaha mendapatkan sebuah Rumah Kuarters Kerajaan di Jalan Kamarudin bagi tujuan tersebut.“Fungsi utama rumah transit ini adalah sebagai bantuan perkhidmatan penginapan sementara kepada pihak plantif, pemohon, pemiutang penghakiman (termasuk saksi-saksi) yang menghadiri prosiding kes di semua peringkat Mahkamah Syariah seluruh negeri ini.“Keutamaan diberikan kepada pelanggan BSK yang kurang berkemampuan yang tinggal di daerah jauh dari Kuala Terengganu atau luar Terengganu,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Bantuan Pendahuluan Nafkah Siri 1/2017 Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu di Hotel Grand Puteri, hari ini.Turut hadir, Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd.Roslee berkata, ketika ini, JKST sedang dalam proses memasukkan kelengkapan rumah bagi memberi keselesaan dimana rumah tersebut mampu menempatkan empat keluarga pada satu-satu masa.
20 Jun 17
79
Maidam Peruntuk RM200,000 Untuk Bantuan Pendahuluan Nafkah
Kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) meluluskan peruntukan sebanyak RM200,000 tahun ini bagi membiayai bantuan pendahuluan nafkah kepada isteri dan anak-anak yang terlibat dengan kes tuntutan di Mahkamah Syariah.Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Roslee Daud berkata, peruntukan itu disalurkan Maidam kepada Akaun Amanah Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) yang dikendalikan oleh Jabatan Kehakiman Mahkamah Syariah Terengganu.“Saya bagi pihak kerajaan negeri mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada Maidam atas komitmen dan kerjasama selama empat tahun berturut-turut iaitu sejak 2014 lagi terus menyediakan dan menyalurkan peruntukan wang zakat untuk tujuan ini.“Diharapkan agar kerjasama di antara Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu dan Maidam ini akan terus terjalin dan peruntukan wang zakat ini akan terus disalurkan setiap tahun,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Bantuan Pendahuluan Nafkah Siri 1/2017 Bahagian Sokongan Keluarga Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu di Hotel Grand Puteri, hari ini.Turut hadir, Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd Zakri Wan Mohd.Pada majlis itu, seramai 79 orang menerima bantuan pendahuluan nafkah anak yang melibatkan jumlah sebanyak RM139,850.00Katanya, isu pengabaian nafkah walaupun nyata adalah tanggungjawab para bapa atau suami hakikatnya ia turut melibatkan aspek kewangan golongan ini.“Jadi disinilah wujudnya peranan Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu dan Maidam untuk membantu dari segi kewangan, dan menyalurkan bantuan kepada pemohon yang benar-benar layak,” ujarnya.
19 Jun 17
253