Artikel "Semasa" Terkini
3,000 Anak Perantau DUN Pengkalan Berangan Dirai
Seramai 3,000 anak perantau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Berangan diraikan dalam Sambutan Hari Raya Perantau di Kediaman ADUN Pengkalan Berangan, malam tadi.A. Latiff Awang yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri berkata, majlis tahunan itu sebagai menghargai anak DUN berkenaan yang bekerja di luar Terengganu terutama Kuala Lumpur dan Lembah Kelang."Saya amat terharu atas kesudian semua anak perantau yang hadir pada malam ini."Dengan sokongan ini, telah menaikkan semangat saya untuk terus memberikan khidmat yang cemerlang kepada masyarat," katanya kepada wartawan Teganukita.Turut hadir, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Marang, Dato' Nir Nik Wan Ku, Ketua Wanita UMNO Bahagian Marang, To' Puan Zaitun Mat Amin dan Pengarah Unit Komunikasi Negeri Terengganu Dato Muda Mamat serta pimpinan masyarakat.Antara menu utama yang dihidangkan adalah nasi minyak, sate, kambing golek, jagung bakar, pelbagai bbq, mee hoon sup, rojak betik, ketupat, lemang, rendang, tapai dan laksa penang.
27 Jun 17
228
Galak Ibu Tunggal Ceburi Bidang Keusahawanan
Golongan ibu tunggal di negeri ini perlu berani untuk menceburi bidang keusahawanan dalam usaha mengubah nasib keluarga seterusnya keluar daripada kepompong kemiskinan.Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Roslee Daud berkata, banyak inisiatif dan bantuan disediakan kerajaan kepada golongan ini bagi melibatkan diri mereka dalam kegiatan ekonomi yang mampu memberikan pendapatan tambahan.“Daripada memikirkan kisah lalu dan masalah rumahtangga yang boleh mendatangkan tekanan, lebih baik mereka ini mencari peluang untuk memajukan diri.“Kerajaan negeri amat menggalakkan golongan ini untuk ceburi bidang keusahawanan dan sedia memberi bantuan dalam pelbagai bentuk samada modal atau bimbingan dan latihan,” ujarnya.Menurut Roslee, banyak cabang perniagaan yang boleh diceburi golongan ibu tunggal dan mereka boleh menceburinya dengan menggunakan modal minimum termasuk bidang jahitan, perniagaan atas talian, masakan dan sebagainya.
26 Jun 17
64
Koguru Buka Peluang Ikuti Umrah Musim Sejuk
Koperasi Warga Pendidikan Terengganu Berhad (Koguru) membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk mengikuti pakej umrah musim sejuk pada bulan Disember 2017 yang masih mempunyai kekosongan.Pengerusinya Alias Yahya berkata, harga pakej yang ditetapkan bagi umrah musim sejuk ialah RM7,390.00 dan pendaftaran 100 terawal akan mendapat rebat potongan harga pakej berjumlah RM100.00. Menurutnya, tarikh pakej bagi umrah musim sejuk ditetapkan bermula 1 hingga 12 Disember 2017. "Harga yang ditetapkan berdasarkan antara pakej terbaik yang disediakan oleh HRM Travel.“Koguru juga membuka peluang sekiranya anggota atau bukan anggota yang berminat untuk mengikuti pakej selain daripada yang ditawarkan, bolehlah hubungi pihak Koguru di untuk perbincangan yang lebih jelas,” katanya. Sebelum ini, seramai 70 anggota Koguru berangkat menunaikan umrah bersempena Ramadan melalui pembiayaan pakej umrah secara mudah yang baharu dilancarkan pada tahun ini. Alias berkata, beliau berasa terpanggil untuk menawarkan perkhidmatan pembiayaan mudah itu apabila isu guru-guru gagal untuk mengerjakan umrah dengan pakej murah yang ditawarkan kepada mereka sebelum ini, namun akhirnya impian untuk ke tanah suci tidak kesampaian. Menurut beliau, melalui pembiayaan mudah ini, anggota dibenarkan mengerjakan umrah melalui koperasi dengan hanya perlu membuat bayaran secara potongan gaji sebanyak RM350 setiap bulan sehingga selesai tanpa dikenakan faedah keuntungan sebagai tanggungjawab sosial kepada anggota.“Pembiayaan ini juga dilindungi sekiranya anggota berkenaan meninggal dunia sebelum selesai baki hutang dan ianya tidak perlu dibayar atau ditanggung oleh waris anggota,” ujarnya.Alias berkata, rombongan pertama itu berlepas pada 26 Mei dari Kuala Terengganu ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dan seterusnya penerbangan terus ke Madinah.
25 Jun 17
215
Masjid UniSZA Sedia Cermin Mata Wakaf
Masjid Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menjadi masjid pertama di Terengganu menyediakan sebanyak 50 cermin mata bagi diwakafkan kepada jemaah dalam usaha membantu menyelesaikan masalah jemaah yang mengalami rabun dekat ketika sesi pembelajaran kitab di masjid.Cermin mata yang mempunyai 'power' sesuai untuk jemaah berusia 40 hingga 70 tahun itu diletakkan di satu sudut dan boleh digunakan pada bila-bila masa mengikut keperluan sama ada ketika sesi pembelajaran kitab atau membaca al-Quran.Penduduk, Zarina Ismail, 36, berkata inisiatif yang diambil pihak UniSZA itu membantu ramai jemaah yang mengalami masalah rabun dekat terutama golongan miskin yang mungkin tidak berkemampuan untuk membeli cermin mata sendiri."Apabila ada cermin mata wakaf di masjid itu, jemaah yang mempunyai masalah rabun dekat tidak perlu lagi pulang semula ke rumah sekiranya tertinggal cermin mata. "Cermin mata yang disediakan itu membantu jemaah yang rabun membaca al-uran dengan lebih jelas malah sesi pembelajaran kitab selepas waktu mahgrib juga dapat dijalankan dengan lancar. "Pada pendapat saya, program wakaf cermin mata itu harus diperluaskan ke semua masjid kerana ia membantu golongan yang memerlukan," katanya ketika ditemui Harian Metro pada Majlis Penyerahan Cermin Mata Wakaf oleh IQ Optometrist Gong Badak, di sini, semalam. Wan Safari Wan Ahmad, 41, dari Kampung Tok Jiring berkata, program wakaf cermin mata itu program terbaru yang memberi manfaat kepada jemaah yang memerlukan secara tidak langsung mengalakkan jemaah dan orang ramai yang berkunjung ke masjid untuk membaca al-Quran. "Saya menyokong pendekatan yang diambil pihak masjid dalam memberi kemudahan dan keselesaan kepada jemaah dan ia seharusnya dicontohi semua masjid namun pengawasan perlu dijalankan bagi memastikan cermin mata yang diwakafkan itu kekal berada dalam keadaan baik. "Bagi yang tidak mempunyai masalah rabun dekat, mereka mungkin tidak memerlukannya malah tidak memberi apa-apa manfaat namun bagi individu yang mempunyai masalah rabun dekat ia satu kemudahan dan nikmat seterusnya boleh menjalankan ibadat dengan selesa," katanya. Sementara itu, Pengarah Pusat Islam UniSZA Dr Mohd Shafiee Hamzah berkata, program wakaf cermin mata itu dijalankan dengan kerjasama IQ Optometrist Gong Badak. "Idea itu datang selepas melihat ramai jemaah terutama golongan yang berusia dan rabun dekat mengalami masalah apabila tertinggal cermin mata di rumah sehingga menganggu kelancaran sesi pembelajaran kitab dan tadarus pada Ramadan. "Melihat keperluan itu UniSZA dengan kerjasama IQ Optometrist Gong Badak mengambil inisiatif menyediakan cermin mata wakaf di masjid dengan harapan membantu jemaah yang memerlukan dan bersyukur kerana sambutan yang diteriam sangat menggalakkan," katanya. Menurutnya, program wakaf cermin mata itu akan berterusan dan jika perlu pihak UniSZA akan menambah jumlah cermin mata yang diwakafkan itu pada masa akan datang.
25 Jun 17
619
10,000 Meriahkan Rumah Terbuka Tengku Putera
Hampir 10,000 orang terdiri pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang , Dato' Tengku Putera Tengku Awang pada Hari Raya pertama, hari ini.Tengku Putera berkata, beliau teruja dengan sambutan luar biasa pada tahun ini jika dibandingkan pada tahun lepas."Orang ramai mula membanjiri rumah terbuka saya bermula jam sembilan pagi dan sehingga tengahari ini masih lagi tidak putus-putus orang datang berkunjung."Pada hari ini hampir 15 menu dihidangkan seperti nasi himpit, sate, nasi minyak,kuih-muih dan kambing bakar khas untuk mereka yang berkunjung ke rumah terbuka saya hari ni,"kata Tengku Putera kepada Teganukita/The Iman Tribune di kediamannya hari ini sempena rumah terbuka beliau.Selain meraikan hari raya, program berkenaan adalah satu platform yang diadakan untuk merapatkan jurang di antara pemimpin dan juga rakyat.Tengku Putera juga berkata, beliau melihat sambutan rumah terbuka semasa perayaan dapat mengeratkan lagi silaturahim antara penduduk tidak kira di luar bandar atau bandar.“Sambutan perayaan juga dapat memupuk dan mengeratkan nilai perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum di mana mereka bermesra dan berkongsi budaya semasa majlis rumah terbuka,” katanya.
25 Jun 17
448
Lebih 20,000 Tetamu Kunjungi Rumah Terbuka Menteri Besar
Lebih20,000 tetamu pelbagai lapisan masyarakat dan latar belakang mengunjungi Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri, Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, di Kediaman Seri Iman, Batu Burok, Kuala Terengganu, hari ini. Walaupun terpaksa berdiri dan beratur, ia tidak menghalang rakyat, termasuk yang bukan beragama Islam untuk hadir ke majlis rumah terbuka yang bermula jam 11 pagi hingga 3 petang itu.Ada di antara tetamu datang seawal jam 10 pagi kerana mahu mengelak kesesakan lalu lintas.Biarpun terpaksa berdiri untuk menyambut dan bersalaman dengan pengunjung, tiada riak keletihan terbayang pada wajah Ahmad Razif dan Isteri To’ Puan Seri Halina Zakaria yang sentiasa melemparkan senyuman kepada tetamu yang hadir.Pengunjung sempat bergambar dan swafoto bersama Ahmad Razif dan Isteri, manakala kanak-kanak yang hadir beratur untuk mendapat duit raya.Lebih 500 juadah, termasuk laksam, lemang, ketupat, tapai pulut, sate, nasi dagang, nasi minyak, keropok goreng, kambing bakar dan pelbagai kuih tradisional serta biskut raya disediakan kepada pengunjung.Sebelum itu, Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin berkenaan berangkat menunaikan solat sunat Aidifitri di Masjid Al Muktafi Billah Shah, Ladang.Hadir mengiringi, Ahmad Razif Abd Rahman bersama isteri, Yang Dipetua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong, Setiausaha Kerajan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan beberapa ahli Exco Kerajaan Negeri.Ì
25 Jun 17
123
Anak Terengganu Cipta sejarah Di Sydney, Australia
Rakyat Terengganu mencipta sejarah apabila diberi penghormatan kali pertama untuk mengimamkan solat Sunat Aidilfitri dan menyampaikan khutbah raya dalam bahasa Inggeris.Penolong Pengarah Tajaan Dan Transformasi Mahasiswa Yayasan Terengganu, Ustaz Mohd Zaki Mat Yakim, 43 tahun, diberi penghormatan tersebut di hadapan 1,000 masyarakat Islam pelbagai bangsa yang menetap di sekitar New South Wales.Solat Hari Raya dimulakan jam 8.30 pagi di Robyn Webster Sport Club, Tempe NSW dan tahun ini merupakan tahun akhir diadakan di situ memandangkan pihak berkuasa tempatan tidak lagi membenarkan lokasi itu dijadikan tempat solat hari raya.Lokasi tersebut dipilih setiap tahun memandangkan Masjid Darul Imaan, Wolli Creek tidak dapat menampung keperluan masyarakat Islam di sekitar kawasan tersebut dan ia dikendalikan oleh Islamic Malay Australia Association of NSW (IMAAN)Mohd Zaki berada di Sydney sejak 11 Jun lalu, bagi mengetuai solat tarawih qiyamullail di Masjid tersebut. Program Penghantaran Imam terawih dimulakan oleh kerajaan negeri sejak 2015, di atas permintaan pengurusan Masjid Darul Imaan NSW dan setiap tahun, Terengganu menghantar dua imam untuk bertugas sepanjang Ramadan.Beliau juga di beri kesempatan untuk membaca khutbah Jumaat pada 23 Jun lalu,Sebagai memenuhi Tradisi di Malaysia, Beliau dan 2 orang imam lain Muhammad Fitri Ahmad Nasir dari Selangor dan Mohd Hafiz bin Abd Rahim dari Pahang, memulakan suasana pagi itu, dengan takbir raya, dan Ust Mohd Zaki menerangkan kan cara cara mengerjakan solat sunat Aidilfitri kepada komuniti Muslim di situ.Menurut Ust Mohd Zaki, 43, yang berasal dari Air Putih Kemaman, ini lah sejarah dalam hidup nya, berhari raya di Negara Asing, dan diberi penghormatan menjadi Imam dan membaca khutbah Raya Aidilfitri, sesuatu yang tidak pernah terfikir sebelum ini, apatah lagi beliau adalah anak Terengganu pertama di Kepercayaan tersebut, cabaran beliau adalah berhadapan dengan pelbagai bangsa dan keturunan, dan warna kulit.Secara tradisi, beliau akan membacakan khutbah kedua kedua Hari Raya di Masjid Kristal Taman Tamadun Islam.Sepanjang bertugas di Masjid Darul Imaan, beliau berkesempatan untuk menyampaikan tazkirah dan khatam Al Quran bersama masyarakat Melayu Malaysia, Singapura, dan negara timur Tengah.Apa yang membanggakan nama negeri Terengganu amat dekat di Hati masyarakat Islam di sini, kerana Bekas Menteri Besar, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad telah merintis jalan untuk membina Kelas Pengajian Agama di Sydney dan menubuhkan Masjid Darul Imaan. Tidak hairanlah nama Terengganu dan Malaysia amat dekat dekat dengan komuniti di sini.Ust Mohd Zaki Mat Yakim, mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Razif Abd Rahman yang telah memberi kepercayaan kepada beliau, untuk menabur bakti di Sydney.Ust Mohd Zaki, berharap akan ada lagi Imam dari Terengganu untuk bertugas dan berdakwah Di sana, dan cabaran utama mereka,adalah menguasai bahasa Inggeris dan Arab, kerana setiap hari, masyarakat islam di sini akan bertanya pelbagai soalan dan hukum.
25 Jun 17
184
Sultan Terengganu Solat Jumaat Di Masjid Jamek Gong Pok Jin Mengabang Telipot
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, hari ini berangkat bagi menunaikan solat Jumaat bersama rakyat di Masjid Jamek, Kampung Gong Pak Jin, MengabangTelipot, Kuala Nerus.Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail turut berangkat sama menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman mengiringi Sultan Mizan dan Yang Di-Pertuan Muda Terengganu.Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), Dato'Shaikh Harun Shaikh Ismail juga hadir bersama.Hadir sama ialah Pegawai Pembangunan Kuala Nerus, Dato' Basir Ismail dan Pegawai Penyelaras Tepoh, Rosli Omar.Sultan Mizan Zainal tiba kira-kira jam 1.05 tengahari disambut oleh Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato' Tengku Farouk Hussin dan Ahli Jawatankuasa masjid.Masjid Jamek asalnya dibina pada 2003 dan solat Jumaat pertama adalah pada 11 April 2003.Masjid ini kemudiannya siap dinaik taraf dan boleh digunakan pada 22 September 2006 .Sultan Mizan turut berkenan menyampaikan zakat Maidam kepada Masjid Jamek Kg Gong Pak Jin yang diterima oleh wakil jawatankuasa masjid berkenaan, Mohd Ayub Sidek.Sementara Solat Jumaat pula diimamkan oleh Imam 1, Sidek Abu Bakar dan bilal Yahya Tahir.
23 Jun 17
660
JPJ Rekod Jumlah Saman Tertinggi Pandu Lebih Had Laju
Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) menerusi Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik(Awas) atau Sistem Pengkuatkuasaan Automatik(AES) mencatatkan kesalahan had laju dengan jumlah saman tertinggi iaitu 72,806 kes.Timbalan Ketua Pengarah(Pengurusan) JPJ, Dato' Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, tempoh saman yang direkodkan itu bermula 15 April hingga 19 Jun lalu."Dalam tempoh tersebut jumlah keseluruhan saman dikeluarkan menerusi Awas ialah 82,054 keping yang mana kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat sebanyak 9,248 kes menjadi saman kedua tertinggi yang dikeluarkan."Kesemua kesalahan dicatatkan ini melibatkan jumlah RM976,200 hasil saman Awas di seluruh negara,"kata Wan Ahmad Uzir.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pelancaran Ops Selamat di Plaza Tol Ajil, baru-baru ini.Majlis disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud.Menurutnya, sehingga kini terdapat 21 AES dipasang termasuk tujuh terbaharu di lokasi yang sering berlaku kemalangan maut.Dua daripadanya di laluan Lebuhraya Pantai Timur(LPT) 2 iaitu di Kilometer 256.1 berhampiran Cheneh dan di KM 288.6 berdekatan Chukai.Selain itu juga, katanya sebanyak 6,535 saman telah pun diselesaikan pemilik kenderaan yang dikenakan tindakan.Tambah Wan Ahmad Uzir lagi, pihaknyajuga memasang papan tanda amaran dalam jarak tiga kilometer sebelum kamera AES sebagai amaran awal kepada pengguna jalan raya.Katanya lagi, pihaknya tidak akan berkompromi dan bertolak ansur kepada pengguna yang melakukan kesalahan seperti langgar lampu isyarat, mengguna telefon bimbit ketika memandu, melanggar had laju, mengguna lorong kecemasan dan tidak memakai tali pinggang keledar."Saman maksimum sebanyak RM 300 dikenakan jika dikesan melakukan kesalahan, manakala RM150 di luar musim perayaan."Kita dah pasang tanda amaran awal AES dan jika masih tidak patuh mereka sengaja cari masalah,"ujarnya.Sementara itu dalam perkembangan berasingan Wan Ahmad Uzir berkata,di Terengganu, sebanyak 21 lokasi berisiko dikenal pasti antaranya di KM 6- KM 11 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan (Kuala Terengganu),KM 98-KM 114 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu (Besut) dan KM 247-KM 260 LPT 2 (Kemaman)."0ps penyamaran dengan meletakkan para pegawai dan anggota di dalam bas ekpres juga diteruskan."JPJ dah memeriksa sebanyak 2,531 buah bas dan sebanyak 136 saman atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu, lesen memandu tamat tempoh, tiada lesen vakasional serta kesalahan teknikal."Ini termasuklah kerjasama dengan AADK bagi melakukan saringan ujian air kencing pada pemandu bas,"ujarnya lagi.
23 Jun 17
118
Kuala Berang Tetap Bergemerlapan Cahaya Pelita Walau Kos Minyak Tanah Meningkat
Walaupun berdepan dengan kekangan harga bahan bakar yang tinggi, ini tidak mematahkan semangat Orang Kuala Berang(OKB)mengadakan pertandingan Gemerlipan Pelita Raya buat kali pertama.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Kuala Berang, Dato' Tengku Putera Tengku Awang berkata, program kali pertama yang diadakan ini mendapat sambutan hangat daripada semua pihak termasuk jabatan-jabatan kerajaan walaupun harga minyak tanah mencecah RM4 seliter di pasaran.Jelasnya lagi, beliau lebih yakin untuk menyertai pertandingan pelita raya anjuran kerajaan negeri pada tahun hadapan kerana mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) dan penduduk sekitar."Dan saya juga ingin memohon kepada kerajaan negeri mempertimbangkan untuk bantu dari segi bahan bakar kepada semua DUN di Terengganu sebagai galakan penyertaan bersama dengan semangat kesatuan dan perpaduan orang kampung."Hanya sediakan minyak dan keperluan lain kita di DUN akan sediakan melalui peruntukkan J3K sepertimana Kuala Berang telah lakukan."Kejayaan tidak akan berlaku tanpa kerjasama semua pihak dan tidak mustahil kita akan lihat seluruh daerah akan bergemerlapan dari Besut hingga Kemaman,"kata Tengku Putera.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau penghakiman Gemerlipan Pelita Raya OKB di Kampung Getang,Kuala Berang semalam.Tambah Tengku Putera lagi, penganjuran pelita raya di Kuala Berang tetap meriah dan harga bahan bakar yang mahal tidak menghalang orang kampung menghiasi perkarangan rumah dan jalan raya dengan cahaya pelita."Kita sudah memperuntukkan sebanyak RM 2,000 setiap penyertaan dan perbelanjaan selebihnya diatas kreativiti mereka.Hampir RM140 ribu telah dibelanjakan termasuk hadiah sebanyak RM 38,400 bagi program kali ini."Inilah yang memberi rangsangan, satu semangat jitu bila persiapan awal kita bantu dengan sedikit peruntukan dan J3K telah buat persiapan lebih dari sepatutnya dengan tabungan masing-masing termasuk sumbangan peribadi."Di sini saya nampak salah satu matlamat utama penganjuran tercapai iaitu melahirkan pemuafakatan antara satu sama lain di kampung yang terlibat tanpa mengira fahaman parti politik di samping menghidupkan kembali tradisi memasang pelita setiap kali menjelang Ramadan dan Aidilfitri,"ujarnya.Sementara itu, Pengerusi J3K Kampung Getang,Tuan Abd Razif Tuan Ngah berkata, persiapan rapi telah dibuat sejak awal lagi dengan tambahan peruntukan daripada badan korporat, kontraktor dan sumbangan peribadi."Kami sudah buat persiapan sejak malam 12 Jun lalu sehingga sekarang tanpa henti dengan dibantu oleh penduduk kampung tanpa mengira umur."Mereka beri kerjasama yang cukup hebat dan saya merasa cukup bangga kerana mempunyai anak buah yang 'sporting' dan ada yang sanggup bersahur di tapak pemasangan pelita,"katanya lagi.Menurut Tuan Abd Razif, setakat ini sebanyak RM7,500 telah dibelanjakan dan hasilnya cukup memuaskan hatinya sebagai Pengerusi J3K malah berjaya menghidupkan suasana raya di Kampung Getang.
23 Jun 17
422