Artikel "Semasa" Terkini
Glosari Dialek Hulu Terengganu Dibukukan
Mohd Zubir (dua kanan) menunjukkan buku Glosari Dialek Hulu Terengganu selepas melancarkan buku tersebut di Majlis Rumah Terbuka Orang Kuala Berang di Plaza Rahmat, Kuala Berang, semalam. Foto Oleh: Tg Syamim Tg IsmailGlosari Dialek Hulu Terengganu buat pertama kalinya dilancarkan sebagai bahan rujukan mengenai keunikan bahasa yang terdapat di daerah ini.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong, berkata sebagai bekas pendidik, beliau menyarankan supaya rujukan yang lebih hebat kepada Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) sebagai satu usaha memartabatkan bahasa tempatan yang boleh dibanggakan. "Sebenarnya bahasa tempatan ini sangat unik dan boleh dibanggakan. Kita boleh tanamkan supaya bila Orang Kuala Berang (OKB) bercakap...semua orang akan tau itu adalah OKB. "Jadi saya puji dan teruja dengan wujudnya glosari ini, jadi teruskan usaha supaya generasi akan datang mengenal khazanah ini," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Buku Glosari ini di Majlis Rumah Terbuka Orang Kuala Berang di Plaza Rahmat, Kuala Berang, semalam. Glosari tersebut merupakan hasil penyelidikan hampir setahun di bawah satu jawatankuasa bertindak yang diketuai oleh Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu, Jalaluddin Ismail.Beliau turut dibantu oleh guru-guru daripada Kolej Tingkatan Enam Hulu Terengganu (HUTECS), beberapa sekolah lain termasuk Pengerusi J3K daripada lapan mukim iaitu Tanggol, Kuala Berang, Hulu Berang, Hulu Telemong, Jenagor, Penghulu Diman, Kuala Telemong dan Tersat. Buku siri pertama berkenaan mengandungi 568 patah perkataan dialek Hulu Terengganu yang unik siap dengan terjemahannya dicetak sebanyak 2000 naskah sebagai permulaan. Sementara itu, menurut Jalaluddin, usaha ini akan diteruskan dengan kajian mencari perkataan baru untuk edisi seterusnya. "Terdapat banyak lagi perkataan yang cuba kita kumpulkan dengan apa yang dilihat jadi kita akan teruskan usaha ini di samping hasrat untuk kumpulkan sebanyak mungkin sejarah Hulu Terengganu yang sebahagiannya belum tercatat dalam mana-mana buku. "Contohnya bagaimana seorang Sultan Terengganu terdahulu pernah bermalam di Masjid Kampung Dusun selama beberapa minggu semasa pendudukan Jepun.“Perkara-perkara inilah yang akan kita kumpulkan termasuk asal usul nama kampung yang pelik di Hulu Terengganu seperti Kampung Telaga, Imam Lapar dan Nasi Dingin,"katanya lagi. Jelasnya, keunikan ini akan dibukukan untuk menjadi satu khazanah yang bernilai kepada generasi akan datang.
16 Jul 17
1190
Ketibaan Obor Di Terengganu Disambut Meriah
Penyerahan obor daripada Datuk Zawawi Othman telah diterima oleh Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman. - Foto oleh Harish Fadzillah KassimLarian Obor Kuala Lumpur 2017 (KL2017) sempena Sukan SEA Ke-29 dan Sukan Para Asean Kesembilan tiba di Terengganu dengan sambutan yang meriah d sempadan negeri Kelantan dan Terengganu, kira-kira jam 2.15 petang semalam.Sambutan diwarnai dengan perarakan kereta kuda, pasukan berbasikal, jentera bermotor serta diraikan penduduk sekitar temasuk pelajar sekolah.Penyerahan obor daripada Ahli Dewan Undangan Negeri Semerak, Kelantan, Datuk Zawawi Othman telah diterima oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Ahmad Razif berkata, Terengganu akan membuat kelainan dalam menyambut obor di negeri ini, dimana obor akan dibawa melalui laluan laut iaitu dengan menyelam (skuba driving) di Pulau Perhentian pada hari ini.“Kita harus bersyukur dengan apa yang telah kita kecapi, kita telah dapat menyediakan sesuatu lengkap. Semoga pasukan Malaysia akan dapat mengumpul pingat emas terbanyak dan menjadi Juara Sukan SEA 2017.“Sekiranya antara 71 atlet Terengganu yang mewakili negara dapat memungut pingat dalam sukan SEA ini, kerajaan negeri akan memberi imbuhan kepada mereka mengikut kategori yang telah ditetapkan,”katanya.Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Nik Abdul Kadir Nik Mohamad berkata obor tersebut mula dibawa dari Johor Baru dan akan mengelilingi setiap negeri.Katanya, sepatutnya Malaysia menjadi tuan rumah Sukan SEA pada 2019, oleh kerana negara Brunei telah menarik diri, Malaysia sanggup untuk menjadi penganjur pada tahun ini demi menjaga reputasi Sukan SEA.“Oleh itu, saya mewakili Kementerian Belia dan Sukan memohon kerjasama dari semua pihak untuk menyokong hampir 500 para atlet memungut emas terbanyak dan menjadi juara keseluruhan pada tahun ini,”katanya.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan Dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Asas Tani, Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof, Nawi Mohammad, Adun Kuala Besut Tengku Zaihan Che Ku Rahman dan pegawai kerajaan negeri.
16 Jul 17
105
Laluan Jabor-Kijal Di LPT1 & LPT2 Ditutup Sementara Pada 22 Julai
Laluan di antara kilometer (km) 250 dan 305.9 di antara Jabor dan Kijal yang meliputi sebahagian daripada Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1) dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) akan ditutup sementara pada 22 Julai (Sabtu) ini bermula jam 5:00 pagi hingga 2:00 petang bagi memberi laluan kepada penganjuran acara berbasikal De’ Perasing Ride@LPT2.Pengurus Besar LPT2 Sdn Bhd, Husni Md Yusuf berkata, penutupan laluan Jabor-Kijal tersebut juga membabitkan Persimpangan Bertingkat Cheneh dan Persimpangan Bertingkat Chukai di LPT2.“Orang ramai dinasihatkan supaya menggunakan laluan alternatif serta merancang perjalanan mereka sepanjang penutupan tersebut. “LPT2 akan menggunakan pelbagai saluran untuk menghebahkan penutupan sementara tersebut kepada orang ramai termasuk media elektronik dan media cetak, media sosial, papan tanda elektronik, laman web, Twitter LPT2Trafik dan lain-lain lagi,” jelas Husni.Katanya, orang ramai dari arah Kuala Lumpur yang ingin ke Pantai Timur dinasihatkan supaya keluar dari Lebuh raya LPT1 menerusi Plaza Tol Jabor. “Sekiranya mereka ingin meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu dan Kelantan menerusi Lebuh raya LPT2, pengguna lebuh raya dinasihatkan supaya masuk semula ke Lebuh raya LPT2 menerusi Plaza Tol Kijal,” kata Husni. Tambah beliau, bagi kenderaan dari arah Kuala Terengganu yang menghala ke Kuala Lumpur, mereka perlu keluar di Plaza Tol Kijal di Lebuh raya LPT2 sebelum masuk semula ke Lebuh raya LPT1 menerusi Plaza Tol Jabor untuk meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Menurut Husni, LPT2 juga bekerjasama dengan pihak polis dan pihak-pihak lain dalam memastikan kelancaran trafik dan membantu orang ramai sepanjang tempoh penutupan sementara tersebut.“Laluan di antara Jabor dan Kijal dijangka dibuka semula kepada orang ramai mulai jam 2:00 petang pada 22 Julai sejurus berakhirnya acara berbasikal tersebut,” ujarnya.
16 Jul 17
571
Kerajaan Negeri Tetap Teruskan Agenda Pembangunan - MB
Ahmad Razif memotong kek sebagai simbolik meraikan mahasiswa dan mahasiswi Permata di majlis sambutan hari raya di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu, malam tadi. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail Kerajaan negeri tidak akan mengurangkan sebarang program agenda pembangunan negeri terutama bagi memperkasakan bidang pendidikan, walaupun negeri berdepan kekangan kewangan.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, biarpun begitu, kerajaan masih berada di landasan sebenar dan akan meneruskan program kerajaan sebagaimana yang dirancang berdasarkan perolehan negeri.“Kita belanja mengikut apa yang kita rancang. Jadi tiada masalah. Apabila kita mengalami kekurangan hasil, maka banyak perkara yang kita perlu perbetulkan balik. Antaranya program-program seperti Permata sebelum ini banyak kita laksanakan, tetapi untuk tahun ini kita cuba menggunakan konsep baru sebagaimana malam ini, biasa kita laksanakan (majlis hari raya) di hotel tetapi malam ini kita buat di Kediaman Seri Iman, jadi secara tidak langsung kita dapat melaksanakan program seperti biasa dan perbelanjaan yang lebih murah.“Ini suatu transformasi ekonomi yang kita lakukan, dalam kita hendak memastikan agenda pembangunan dan program-program kerajaan yang kita laksanakan tidak akan berkurang sebagaimana sebelum ini,”katanya.Beliau berkata demikian di sidang media di Majlis Sambutan Hari Raya Bersama Siswa/Siswi Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (Permata) di Kediaman Seri Iman, malam tadi.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN), Dato’ Mohd Zubir Embong dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ A Rahman Yahya.Hadir sama, Yang Dipertua Permata Induk, Kamaruzaman Jusoh.Di majlis itu, kira-kira 1,200 anak Terengganu di kalangan mahasiswa dan mahasiswi Permata dari dalam dan luar negara turut hadir.Ahmad Razif menjelaskan, pembiayaan pelajar ke luar negara atau mengikuti A-Level juga diteruskan dengan memilih pelajar terbaik serta sudah mendapat tempat melanjutkan pengajian masing-masing, berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.“Mereka yang berjaya mendapat tempat (pengajian) dan memenuhi syarat-syarat kita, jadi mereka ini akan kita teruskan pembiayaan. Tiada masalah dan ini sebagai langkah penjimatan dengan kaedah ini kita akan menanggung mereka tiga hingga empat tahun sahaja berbanding hingga enam tahun sebelum ini,”katanya.Dalam laporan sebelum ini, kerajaan negeri menerusi Yayasan Terengganu (YT) memperuntukkan lebih RM29.7 juta untuk menaja 468 pelajar Terengganu ke universiti luar negara termasuk lima yang melanjutkan pengajian ke universiti terkemuka di Jerman Mac lalu.Menteri Besar berkata, penajaan itu diteruskan demi masa depan rakyat meskipun kerajaan negeri berdepan kekangan ekonomi dan keutamaan penajaan diberi kepada pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan Matrikulasi.Setakat Mac lalu, seramai 17 pelajar ditaja YT untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan, perubatan dan aeroangkasa ke universiti terkemuka di Jerman dan United Kingdom.
16 Jul 17
38
Galak Kontraktor Tempatan Maju Tasik Kenyir
Mohd Jidin ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-41 Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Negeri Terengganu di Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W PutraKerajaan negeri menggalakkan kontraktor tempatan turut serta dalam memajukan Tasik Kenyir demi kepentingan rakyat dan pembangunan negeri.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar, Dato’ Mohd Jidin Shafee berkata, setakat ini terdapat beberapa pulau dan juga daratan yang boleh dibangunkan di tasik tersebut. “Kerajaan negeri menggalakkan sesiapa yang mampu untuk sama-sama memajukan Tasik Kenyir. Setakat ini, ada beberapa pulau dan juga daratan yang boleh kita bangunkan.“Kebiasaannya, tanah industri ini kita beri 60 tahun. Kalau perlu boleh dilanjutkan sampai 99 tahun dengan perundingan,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-41 Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Negeri Terengganu di Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir Yang Dipertua PKMM negeri, Dato’ Mohd Nasir Ibrahim Fikri dan Timbalan Presiden PKMM, Dato’ Wan Mohd Khalid Mohamad.Menurut beliau, oleh kerana kekangan pendapatan, kerajaan negeri menggalakkan mereka (kontraktor) guna modal sendiri atau dengan cara kerjasama, asalkan boleh memaju dan memberi keuntungan kepada rakyat negeri Terengganu.“Tidak kisahlah orang Terengganu (kontraktor) boleh bawa pelabur, kita mengalu-alukan, Walau bagaimanapun, beberapa tapisan kita buat supaya tidak menjejaskan kepentingan rakyat,” ujarnya.Katanya, syarat yang dikenakan adalah terbuka seperti pelaburan biasa, tetapi beberapa syarat tertentu akan dikenakan setelah kawasan tapak itu dikenalpasti.“Antaranya, samada kawasan tersebut kawasan hutan simpan, tanah lembap, tadahan air dan kawasan kepentingan kerajaan,” ujarnya.
15 Jul 17
72
PM Promosi Nasi Dagang Terengganu Di PWTC
Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak tertarik untuk singgah bagi menghidangkan nasi dagang dan keropok lekor kepada tetamu, di Gerai Terengganu sempena sambutan Hari Raya UMNO Malaysia, di Pusat Dagangan Dunia Putra, (PWTC) Kuala Lumpur, hari ini.Sumber Badan Perhubungan Umno Terengganu (BPUNT) memberitahu, Presiden UMNO itu tiba di gerai UMNO Terengganu kira-kira jam 12 tengahari dan sempat mengagihkan nasi dagang kepada pengunjung termasuk Exco Pemuda UMNO Malaysia yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Mohd Iskandar Jaafar.Turut sama mengiringi Mohd Najib ialah Pemangku Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden, Dato' Sri Hishammuddin Tun Hussien (Menteri Pertahanan dan Tugas-Tugas Khas).
15 Jul 17
573
Tindakan Undang-undang Jika Salah Guna Imej OKU Untuk Kutip Derma
Sikap segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan terhadap imej Orang Kelainan Upaya(OKU) dengan menggunakannya di laman sesawang bagi mengutip derma harus dihentikan segera sebelum tindakan undang-undang diambil.Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato' Jailani Johari berkata,setiap orang mesti ada perasaan tanggungjawab dan tidak mengambil kesempatan atas kekurangan orang lain demi sesuatu kepentingan.Jelasnya lagi, ini berikutan terdapat beberapa laman sesawang yang menggunakan imej OKU dengan tujuan meraih simpati dan derma daripada orang ramai bagi meringankan beban mangsa."Dengan perbuatan itu, secara tidak langsung akan menyebabkan orang ramai keliru dan menghulurkan bantuan tanpa menyedari kutipan itu dibenarkan atau sengaja diadakan."Kita harap mana-mana pihak yang cuba memanipulasikan atau mengadakan cerita yang tidak tahu akan kesahihannya, perlu hentikannya dengan segera.Sekiranya masih berterusan, tindakan penguatkuasaan akan diambil berasaskan undang-undang yang ada,"kata Jailani.Beliau yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkata demikian kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka Parlimen Hulu Terengganu di Dataran Kuala Berang hari ini.Jailani juga berharap pihak berwajib sama ada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)atau pihak tertentu akan menyiasat perkara ini dan SKMM sedia membantu sekiranya diperlukan.Sementara itu, Majlis Rumah Terbuka Parlimen Hulu Terengganu di banjiri orang ramai sejak jam 10 pagi hingga jam 3 petang .Katanya, lebih 10,000 dianggarkan hadir pada hari ini dan saya rasa teruja dengan sambutan dan sokongan yang diberikan oleh masyarakat di sini."Pada kali ini juadah yang disediakan melebihi 20 jenis dan pengunjung turut dihiburkan dengan artis tempatan seperti Shamel, Azian Mazwan Sapuan, Pentarama dan Dendang Anak,"katanya lagi.
15 Jul 17
58
Setiausaha Politik PM Tunai Janji Bawa GurunyaTunai Ibadat Haji
Setiausaha Politik Kepada YAB Perdana Menteri, Dato' Jailani Ngah hari ini menunaikan janjinya untuk membawa bekas gurunya, Ustaz Syed Abd Hamid Syed Ali, 58 tahun menunaikan ibadat haji tahun ini.Hadiah istimewa diberikan di bawah kuotanya selaku Pengerusi Yayasan 1 Ummah.Jailani berkunjung sendiri ke rumah bekas guru agama dan bahasa Arabnya di Telok Ketapang bagi menyerahkan cek tajaan kepada pesara guru itu yang telahpun mendaftar dengan Tabung Haji.Abd Hamid menyifatkan inilah hadiah paling bermakna dalam hidup apabila hasratnya ingin menunaikan ibadah haji tercapai dengan perkhabaran gembira semasa hari guru 16 Mei baru-baru ini yang dibawakan bekas pelajarnya yang juga Setiausaha Politik Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.Bekas guru berkenaan bersyukur dan berterima kasih kerana Jailani yang sanggup hadir ke rumahnya bagi menyampaikan cek tajaan menunai haji di samping kuota yang diberikan oleh bekas muridnya itu. "Sebelum ini pada mulanya saya hanya berbual dan menyatakan hasrat untuk menunaikan haji, dan saya tidak menyangka beliau terus menawarkan saya untuk menunaikan ibadah haji dengan menggunakan kuotanya pada tahun ini serta tajaan Yayasan 1 Ummah yang menganjurkan haji dan umrah setiap tahun kepada golongan yang difikirkan layak, "katanya.Sementara itu, Jailani berkata, sumbangan yang diberikan itu kecil berbanding jasa gurunya tidak dapat dibalas kerana ia cukup besar dan bermakna buat dirinya dan baginya Abd Hamid cukup istimewa kerana mendidik secara mudah, pandai dan kelakar dalam menyampaikan ilmu menyebabkan pelajar tidak rasa jemu.Sekolah Menengah Agama Batu Rakit kini telah dijadikan oleh kerajaan negeri sebagai Sekolah Pondok Moden.Hadir sama bersama Jailani ke rumah bekas gurunya itu ialah rakan sekelasnya yang juga murid kepada Abd Hamid,Penolong Pengarah Yayasan Terengganu, Mohd Zaki Yakim dan Jurufoto Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Haris Fadzillah Abu Kasim.
15 Jul 17
607
DUN Manir Akan Kembali Kepada BN Pada PRU14
Dewan Undangan Negeri(DUN) Manir mampu kembali kepada Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dengan mencipta sejarah dan satu rekod baru di Terengganu.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, ini berdasarkan kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan oleh Pegawai Pembangunan DUN Manir, Yusof Awang Hitam atau lebih dikenali sebagai Pok Usop dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat Manir.Jelasnya, Pok Usop seorang pemimpin setempat yang sentiasa dilihat akrab mendampingi masyarakat melalui pelbagai gerak kerja dan sentiasa bersungguh dalam menjalankan tugasnya kepada orang ramai."Saya berharap rakyat Manir dapat memikirkan sebaik-baiknya terutama dalam menghadapi PRU14 akan datang dalam membuat pilihan."Moga dengan apa yang Pok Usop buat ini akan beri kekuatan kepada kita semua terutama UMNO Terengganu supaya kerusi DUN Manir yang dah lama kita tunggu ..kita akan dapat kembali pada PRU14 dengan satu sejarah dan satu rekod baru bakal tercipta di Terengganu pada kali ini,"kata beliau ketika berucap di Majlis Rumah Terbuka DUN Manir di Pulau Bahagia, semalam.Turut hadir,Setiausaha Politik Kepada Perdana Menteri, Dato' Jailani Ngah;Yang Dipertua DUN, Dato' Mohd Zubir Embong;Ahli Parlimen Hulu Terengganu,Dato' Jailani Johari; ADUN Telemong,Dato' Rozi Mamat, ADUN Ajil,Ghazali Taib dan ketua-ketua jabatan.Selain menjamu selera, majlis yang bermula seawal pukul 8 malam turut dihadiri lebih 10,000 penduduk sekitar yang turut mengambil peluang bertemu dan bersalaman dengan Menteri Besar dan isteri.Yusof berkata, beliau mewakili penduduk DUN Manir cukup terharu kerana Menteri Besar tidak jemu-jemu untuk turun padang menjenguk rakyat DUN itu dalam pelbagai program yang dianjurkan sebelum ini.“Sambutan di sini agak berbeza berbanding DUN atau Parlimen yang lain kerana kita adakan pada waktu malam. Selain kawasan persekitaran diterangi cahaya lampu dan tembakan bunga api, kehadiran pengunjung setiap kali Rumah Terbuka diadakan cukup memuaskan,” katanya kepada Teganukita.Selain itu, pengunjung yang hadir berpeluang menyaksikan persembahan lagu raya dari artis terkenal Ameng Spring,artis Pentarama dan anak kepada penyanyi Saleem Iklim yang semakin meningkat populariti, Nursyafiq Farhain.
14 Jul 17
101
Elak Jadi Mangsa Penipuan Aktiviti Perniagaan Dalam Talian - Jailani
Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia(SKMM) menasihatkan kepada orang ramai khususnya pembeli supaya lebih berhati-hati dalam urus niaga atas talian bagi menggelakkan mereka menjadi mangsa penipuan aktiviti perniagaan pihak tidak bertanggungjawab.Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato' Jailani Johari berkata, pembeli perlu berwaspada ketika melakukan sebarang bentuk urus niaga atas talian dan jangan mudah mempercayainya tanpa usul periksa."Jika merasa curiga dengan urus niaga berkenaan,laporkan segera kepadapihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk tindakan penguatkuasaan."Jangan buat pembelian daripada orang yang tidak boleh dipercayai dan juga jangan mudah percaya serta lakukan bayaran untuk sebarang iklaneka yang ditemui di mana-mana platform," kata Jailani.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri Pengajian Tahseen Al-Quran Hulu Terengganu di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu,Kuala Berang hari ini.Jailani turut berkata jika orang ramai ingin berurus niaga atas talian,mereka perlu membuat semakan terlebih dahulu untuk mengenal pasti kesahihan status perniagaan bagi menggelakkan menjadi mangsa penipuan mereka yang tidak bertanggungjawab."Pastikan peniaga atas talian ini berdaftar telah berdaftar terlebih dahulu dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan kalau rasa di tipu,pembeli boleh buat laporan kepada pihak berkuasa dan ini memudahkan polis, KPDNKK untuk melakukan siasatan jika berlakunya sebarang kes penipuan." SKMM sedia membantu mereka dari segi teknikal. Jadi, jika ada yang rasa terpedaya jangan malu untuk tampil buat laporan," jelasnya.Semalam, beliau mendedahkan sejak Januari 2016 hingga bulan lalu,SKMM menyekat 1,990 laman web yang menipu pelanggan.
14 Jul 17
37