Artikel "Semasa" Terkini
Penjawat Awam Boleh Buat Pemotongan Gaji Untuk Tambah Saham Akhirat
Ghazali Taib (kiri) menyampaikan cenderahati kepada pesara JHEAT. Foto oleh Harish Fadzillah KassimPenjawat awam dinasihat supaya terus melakukan ibadat dan amalan kebajikan dengan cara bersedekah sebagai saham yang akan memberi keuntungan di hari akhirat kelak.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib, berkata penjawat awam juga boleh bersedekah dengan cara membuat pemotongan gaji tidak lebih dari RM5 setiap orang sekali gus dapat menambah saham akhirat“Dengan cara seperti ini, jumlah potongan tersebut dapat dimanfaatkan dengan membina sesuatu yang dapat dijadikan sebagai saham akhirat dengan menubuhkan madrasah, masjid ataupun surau di setiap daerah.“Saya menyeru agar semua dapat melakukan ibadah ini untuk dijadikan saham akhirat tetapi tiada paksaan yang akan dibuat, terpulang kepada individu untuk memberi sedekah mengikut keikhlasan masing-masing.“Saya berharap agar perkara ini dapat disambut baik oleh kakitangan kerajaan negeri dalam melakukan ibadah di masa akan datang,”katanya.Beliau berkata demikian di majlis meraikan persaraan 32 Pegawai Dan Kakitangan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) Tahun 2017 di Dewan Auditorium Pusat Pentadbiran Islam Negeri Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato’ Wan Mohd Wan Ibrahim.Ghazali turut menasihati kepada pegawai dan kakitangan yang bersara agar mengisi masa yang terluang dengan perkara yang lebih berfaedah khususnya berkaitan dengan agama.Sementara itu, Wan Mohd berkata Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) turut menubuhkan satu unit wakaf tunai bagi memudahkan kakitangannya untuk turut menambah saham akhirat dan membuat amal jariah.Katanya, Maidam telah menetapkan kadar bayaran mengikut jawatan.Bagaimanapun, terpulang kepada individu sama ada untuk membuat bayaran dengan kadar yang telah ditetapkan ataupun tidak.Katanya, bagi imam dan bilal kadar bayaran hanya RM2 sahaja, manakala penjawat awam dan kakitangan pula, jumlah minima RM5 sahaja.“Maidam menjangkakan dapat memungut jumlah wakaf tunai sehingga RM 1 juta untuk setahun bagi membina empat buah surau di setiap daerah. Sekiranya ingin membina masjid, masa untuk peruntukan pembinaan mungkin selama dua tahun.“Kita juga telah lama membuat pemotongan gaji kakitangan. Saya berharap agar kakitangan awam yang lain turut melakukan hal yang sama agar kita dapat membina masjid ataupun surau bagi saham akhirat kita,” katanya.
13 Jul 17
93
Sultan Mizan Berkenan Berangkat Ke Majlis Sambutan Aidilfitri Pejabat KDYMM Sultan Terengganu
Sultan Mizan berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Pejabat KDYMM Sultan Terengganu di Istana Syarqiyyah, Chendering Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Tg Syamim Tg IsmailSultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Istana Syarqiyyah, Chendering, Kuala Terengganu, hari ini.Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan anakanda baginda Tengku Nadhirah Zahrah, Tengku Muhammad Mua’az dan Tengku Fatimatuz Zahra.Keberangkatan baginda ke majlis anjuran Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Terengganu itu disambut Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman dan isteri To’ Puan Seri Halina Zakaria, Ahli Dewan Pangkuan Diraja dan beberapa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Sejurus ketibaan baginda kira-kira jam 11.30 pagi, majlis diteruskan dengan jamuan makan sambil dihiburkan oleh persembahan artis tempatan.Majlis dimeriahkan dengan kehadiran ramai tetamu termasuk di kalangan penduduk tempatan yang terdiri dari pelbagai latar belakang dan usia.Pelbagai menu disediakan kepada tetamu termasuk nasi minyak, nasi dagang, sate, lemang, tapai dan kuih muih.
12 Jul 17
878
Kerajaan Negeri Akan Iklan Tanah Kosong Mulai 1 Ogos
Ahmad Razif melepaskan peserta konvoi Jelajah 1 Jiwa BERNAMA di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Zulkifli C W PutraKerajaan negeri menerusi Pejabat Tanah dan Galian (PTG) akan mengiklankan kira-kira 5,900 lot tanah yang kosong di seluruh Terengganu mulai 1 Ogos ini.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, perkara itu sudah diputuskan dalam mesyuarat mingguan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini.Katanya, orang ramai boleh merujuk PTG Daerah serta Pusat Khidmat Masyarakat di kawasan masing-masing bagi mendapatkan perincian berkaitan perkara itu.“Mereka yang cukup syarat daripada segi pendapatan, status perkahwinan serta belum mempunyai tanah sendiri disaran memohon.“Syarat-syarat lain akan ditentukan pihak pentadbir tanah dan kepada mereka yang pohon, yang layak akan dipanggil menjalani temuduga. Sekiranya lulus, pemohon perlu membina rumah dalam tempoh tiga tahun selepas tempoh permohonan mereka berjaya,” katanya.Beliau berkata demikian selepas melepaskan peserta konvoi Jelajah 1 Jiwa BERNAMA di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Belia,Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat.Dalam laporan sebelum ini, Kerajaan negeri mengenal pasti kira-kira 5,900 lot tanah di seluruh Terengganu untuk ditawarkan kepada rakyat bagi membina rumah sebagai usaha menangani masalah perumahan.Pengiklanan tanah-tanah kosong kediaman kepada rakyat negeri ini yang berkelayakan dan tidak memiliki tanah sebelum ini, akan dibuat selewat-lewatnya Ogos ini.
12 Jul 17
64
Terengganu Perkenal Beca Berkonsep Baru RM10,000 Seunit
Kerajaan negeri akan memperkenal beca berkonsep baharu sebagai satu lagi produk terkini pelancongan Terengganu.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, sebelum diperkenalkan dalam masa terdekat, beca yang berharga RM10,000 seunit akan diberikan sebagai percubaan kepada empat pengusaha beca.“Sebagai permulaan kita sediakan dua model dengan empat jenis beca menggunakan konsep baharu ini untuk dicuba oleh pengusaha-pengusaha beca.“Kita akan minta pandangan dan pendapat mereka selaras dengan konsep inklusif yang dilaksanakan menerusi Transformasi Terengganu Baharu.“Kalau mereka bersetuju dengan mana-mana model beca ini, Insya-Allah dalam masa terdekat, kerajaan negeri akan perkenalkan beca berkonsep baru sebagai galakan pelancongan di Terengganu,” ujarnya di Stadium Tertutup Gong Badak, semalam.Katanya, kerajaan negeri akan buat keputusan selanjutnya selepas mendapat maklum balas dari pengusaha beca yang mencuba produk baru ini dan ianya akan dimulakan di sekitar Kuala Terengganu terlebih dahulu.
12 Jul 17
51
40 Ribu Dijangka Meriahkan Sambutan Hari Raya UMNO Kuala Terengganu 22 Julai Ini
Orang ramai khususnya dari sekitar Kuala Terengganu dijemput memeriahkan Majlis Tautan Kasih Aidilfitri 2017 UMNO Bahagian Kuala Terengganu di Stadium Negeri, pada 22 Julai ini bermula jam 11 pagi hingga 3 petang.Majlis tersebut dijadualkan akan disempurnakan oleh Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Datuk Seri Panglima Salleh Said Keruak.Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, seramai 40,000 pengunjung dijangka akan membanjiri majlis sepanjang empat jam itu yang menyajikan pelbagai juadah seperti nasi dagang, nasi minyak, sate dan beberapa menu istimewa lain."Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan majlis hari raya ini dan menikmati sajian yang kita sediakan di samping bertemu dan merapatkan silaturahim di bulan yang mulia ini,"katanya.
11 Jul 17
678
Terengganu Muncul Juara Kejohanan Sukan Dan Karnival Kebudayaan MAYC 2017
Amirullah (menjulang piala) bersama para atlet MAYC Terengganu.Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Terengganu muncul juara keseluruhan bagi Kejohanan Sukan Dan Karnival Kebudayaan (KSKK) di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah, baru-baru ini.Program dua hari bermula 7 Julai lalu, melibatkan acara futsal, ping pong, sepak takraw, bola jaring dan mencari harta karun dari MAYC seluruh Malaysia.Pengerusi MAYC Terengganu, Amirullah Othman berkata, Terengganu berjaya merampas kembali kejuaraan KSKK yang diadakan setiap dua tahun sekali bermula 2010 itu, selepas memenanginya pada edisi ketiga di Terengganu pada 2013.Beliau yang juga Timbalan MAYC Kebangsaan, KSKK kali ini kelima ini menghimpunkan 158 atlet di kalangan belia negeri yang menampilkan semangat kesukanan dan kesatuan yang tinggi sehingga mampu memenangi kebanyakan acara yang dipertandingkan itu.“Program dianjurkan sejak 2010 bermula di Melaka, seterusnya di Perlis, manakala pada tahun 2013 Terengganu sebagai tuan rumah dan kita muncul juara buat kali pertama."Bagi 2015 pula, KSKK di Selangor dan seterusnya pada tahun ini dijalankan di Sintok, Kedah sekali gus Terengganu menjadi johan buat kali kedua dan pulang dengan bergaya,"katanya.Katanya, Terengganu mendapat johan keseluruhan selepas menjuarai tiga acara sukan iaitu ping pong lelaki, sepak takraw dan mencari harta karun.“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman serta kerajaan negeri kerana banyak memberikan sokongan kepada MAYC dalam memacu kejayaan di kalangan belia pada hari ini.“Tanpa pertolongan dari kerajaan negeri dan pihak-pihak lain yang menyalurkan bantuan, MAYC tidak mungkin dapat menjadi juara pada tahun ini,"katanya.Amirullah turut mengucapkan tahniah kepada kontinjen Terengganu yang membuktikan kerjasama dan kesungguhan mampu menghasilkan sesuatu yang sangat membanggakan semua pihak, sekali gus berharap KSKK 2019 Terengganu dapat mempertahankan kejuaraan sekali lagi.
11 Jul 17
97
Bekas Dekan Pengajian Islam Kusza Dianugerahkan Tokoh Abidin 2016
Tan Sri Dato' Prof Dr Mohd Yusoff Noor (Kanan) memberi plak penghargaan kepada Jaafar Hassan.Bekas Dekan Sekolah Pengajian Islam Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (Kusza), Jaafar Hassan, 81, dianugerahkan Anugerah Tokoh Abidin (Persatuan Alumni Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Sultan Zainal Abidin (SMSZA) Kuala Terengganu) sempena Mesyuarat Agung Abidin dan Majlis Hari Raya Aidilfitri di Hotel Felda Residence, Kuala Terengganu, kelmarin. Majlis perasmian disempurnakan oleh Yang Dipertua Abidin, Tan Sri Dato' Prof Dr Mohd Yusoff Noor. Hadir sama, Timbalannya yang juga Pengarah Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Dato' Muda Mamat dan Naib Yang Dipertua persatuan, Dato' Shaikh Harun Shaikh Ismail. Sementara itu, Jaafar yang juga bekas pelajar SMSZA merupakan pelajar Melayu pertama mendapat Anugerah Pingat Emas Syahadah Tertinggi di Majlis Hari Ilmu Pengetahuan yang dianugerahkan oleh Presiden Jamal Abdul Nasir pada 1962. Beliau meninggalkan tanah air untuk menyambung pelajaran di Madrasah Al-Mansuriah dan Al-Maahad Al-Ilmi As-Saudi di Mekah pada 1952 sebelum meneruskan pengajian di Maahad Al-Buúth Al-Islamiah Al-Azhar, Mesir selama dua tahun. Jaafar seterusnya menyambung pengajian di Universiti Al-azhar, Mesir sehingga menerima Ijazah Saujana Muda Syahadah Al-Aliah sebelum pulang ke tanah air pada 1964 dan terus menabur bakti di negeri tercinta. Sebaik pulang, beliau memulakan khidmat di Madrasah Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu selama 18 tahun sehingga dilantik sebagai Penolong Kanan Pentadbiran dan pada 1982, beliau dinaikkan pangkat sebagai pengetua Sekolah Menengah Agama Khairiah. Sepanjang penglibatan di bidang keagamaan, beliau turut mengarang sebuah buku bertajuk “At Tazkirah Wal Mau’ízah” diterbitkan pada 2003 dalam edisi rumi dan 2007 dalam edisi jawi. Dalam pada itu, Jaafar turut menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjual minyak ubat warisan keluarga, iaitu minyak Akar Kayu Pak Ali Yunan dan amat dikenali oleh masyarakat di Terengganu lebih 100 tahun lamanya. Sehingga kini, beliau masih bergiat aktif dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat setempat dengan menyampaikan Kuliah Maghrib pada setiap malam Isnin di Masjid Tengku Sulong, Kuala Ibai dan Masjid Al-Muktafi Billah Shah Ladang.
11 Jul 17
247
Jabatan Farmasi HSNZ Sedia Perkhidmatan Ambil Ubat Dengan Cepat dan Dekat Dengan Pesakit
Dr. Nor Azimi (kanan) bersama Ruzita Awang menunjukkan risalah Perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Jabatan Farmasi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) menyediakan Sistem Pendispensan Ubat-ubatan Bersepadu yang memberi kemudahan kepada pesakit mendapatkan bekalan ubat susulan di fasiliti yang berhampiran dengan kediaman pesakit.Perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi itu dilaksanakan seawal 2009 diteruskan dengan Perkhidmatan Telefon dan Ambil, SMS dan Ambil, Kad Temujanji dan Pandu Lalu sekitar 2010.Ketua Jabatan Farmasi, Ruzita Awang berkata, perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi merupakan satu perkhidmatan berinovasi yang diperkenalkan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memudahkan dan mempercepatkan pengambilan bekalan ubat susulan bagi pesakit yang menggunakan ubat untuk jangka panjang melebihi sebulan.Katanya, sebelum ini pesakit perlu hadir ke farmasi dan menunggu setiap bulan untuk mendapatkan bekalan ubat susulan sehingga preskripsi tamat tempoh.“Dengan adanya perkhidmatan ini, pesakit tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan bekalan ubat susulan melalui Sistem Temujanji. Ini kerana, pesakit hanya perlu membuat temu janji dan mengambil ubat pada masa yang telah ditetapkan pada kad temujanji.Bagi Perkhidmatan Pandu Lalu pula, pesakit hanya perlu ke kaunter Farmasi Pandu Lalu yang terletak di Bangunan Hadapan Klinik Rawatan Harian di HSNZ.Tambahnya, pesakit hanya perlu berdaftar sebagai pesakit pandu lalu untuk mengambil bekalan ubat di Farmasi Pandu Lalu, kebiasaannya bekalan ubat disediakan lebih awal dari tarikh temujanji.“Selain daripada itu, pihak farmasi turut membuat Perkhidmatan Tambah Nilai Ubat Melalui Pos 1 Malaysia (UPM1M). Oleh itu, pesakit tidak perlu datang ke hospital untuk mendapatkan bekalan ubat susulan.“Semua Perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi yang disediakan adalah percuma kecuali Perkhidmatan UMP1M. Kos penghantaran ditanggung oleh pesakit dan ianya bergantung kepada destinasi dan berat bungkusan yang dihantar,"katanya.Sementara Pengarah HSNZ, Dr. Nor Azimi Yunus dalam ucapannya sebelum itu berkata Perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi banyak membantu pesakit untuk menjamin kesinambungan bekalan ubat, mengurangkan masa menunggu dan menjimatkan kos perjalanan. Disamping itu, tahap kepuasan pelanggan juga turut meningkat.“Masyarakat khususnya warga Terengganu amat wajar untuk mengetahui bahawa HSNZ memberi kemudahan kepada pesakit-pesakit mereka setaraf dengan Hospital di negeri lain.“Saya berharap dengan perkhidmatan yang disediakan oleh jabatan ini dapat membantu menaikkan tahap kesihatan pesakit dan meningkatkan kualiti hidup rakyat secara amnya,"katanya.
10 Jul 17
2138
Pengusaha Houseboat Tasik Kenyir Perlu Pastikan Penumpang Pakai Jaket Keselamatan
Tindakan tegas akan dikenakan kepada mana-mana pengusaha rumah bot (houseboat) dan bot laju Tasik Kenyir yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan terutama dalam aspek pemakaian jaket keselamatan.Mereka perlu sentiasa mengutamakan pemakaian jaket keselamatan kepada penumpang bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik berkata, itu merupakan simbolik dan elemen penting kepada usaha kerajaan negeri dalam menarik pelancong ke Tasik Kenyir sempena Visit Beautiful Terengganu (VBT)2017.Jelasnya lagi, ini merupakan cetusan idea Menteri Besar untuk memastikan keselamatan pelancong ke Tasik Kenyir lebih terjamin ."Kita ada unit di bawah pelancongan di Tasik Kenyir dalam memantau dan membuat penguatkuasaan terhadap keselamatan bot termasuk pemakaian jaket keselamatan ini."Justeru itu,saya harap pengusaha-pengusaha bot ini tidak memandang ringan tentang jaket keselamatan ini.Jangan sekadar simpan jaket ini di dalam bot tetapi mesti cakna tentang kedudukannya apabila berlaku kecemasan," katanya kepada pemberita di Majlis Penyerahan Jaket Keselamatan kepada 87 pengusaha house bot dan bot laju di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, hari ini.Majlis tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri,Dato' Rozi Mamat.Azmi turut berkata, pihaknya dan pihak berkuasa tempatan mengetatkan syarat kepada bot-bot yang beroperasi dan pengusaha yang tidak mematuhi syarat dan peraturan ditetapkan perlu dikenakan tindakan melalui permohonan perlesenan."Saya juga minta Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) untuk memantau dan mengenakan tindakan tegas terhadap pengusaha dan pengendali bot yang masih ingkar terhadap aspek keselamatan.Sementara itu Rozi berkata, kerajaan negeri amat menitikberatkan isu keselamatan dan kebersihan di Tasik Kenyir."Kita pastikan soal keselamatan pengunjung ini tidak boleh dipandang ringan dan mana- mana pengusaha bot yang tidak menepati syarat yang kita mahu mengenai aspek keselamatan sama ada di darat atau dalam tasik, mereka akan dikenakan tindakan termasuk lesen mereka ditarik balik."Dengan kaedah ini, mereka harus mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh pejabat daerah sekiranya ingin memastikan perusahaan bot mereka berjalan lancar,"katanya.Menurut Rozi lagi, ini menjadi satu daripada komitmen kerajaan negeri bagi memastikan Tasik Kenyir selamat dikunjungi terutamanya ianya akan diisytiharkan sebagai Pulau Bebas Cukai menjelang Ogos ini.Untuk rekod,Kerajaan negeri membelanjakan sebanyak RM225,000 bagi membekalkan 1,500 jaket keselamatan dengan logo Tahun Melawat Terengganu(TMT)2017 kepada pengusaha bot tempatan yang aktif di Tasik Kenyir.
10 Jul 17
589
RM313 Ribu Tajaan Indahkan Premis Perniagaan Di Sekitar Bandar Raya
Mohd Jidin bersama Mohd Zulkifli meninjau lukisan mural di Jalan Banggol, Kuala Terengganu. Foto Zulkifli C W PutraMajlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) memperoleh tajaan RM313,000 dari pelbagai pihak swasta bagi memperindahkan beberapa premis perniagaan usang di sekitar Bandar Raya Kuala Terengganu. Terbaru, bagi mengecat dan menghias bangunan di Jalan Banggol, Kuala Terengganu sebanyak RM77,000 diperuntukkan menerusi Program Seni Hias Bandar.Projek hasil sentuhan kreatif empat pelukis tempatan yang dikenali dengan gelaran Wan Coreng Moreng, Joe Janggut, Famy Moc dan Ku Bad itu mengambil masa kira-kira sebulan dan siap sepenuhnya akhir Ramadan lalu.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Negeri Dan Kesejahteraan Bandar Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee berkata, lukisan itu dimulakan di Kampung Cina dan mendapat tarikan pelancong untuk bergambar sekali gus dijadikan kenangan ketika berada di negeri ini.Katanya, kemudiannya di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang bertemakan karikatur pemain-pemain bola sepak lagenda Terengganu membabitkan kos RM12,000. “Fasa seterusnya melibatkan lukisan bermotifkan batik dan songket pada dinding Pasar Payang (RM200,000).“Kerajaan negeri akan memperbanyakkan lagi lukisan seumpama itu pada bangunan lama dan lorong berjalan kaki di negeri ini sebagai tarikan baharu kepada industri pelancongan,”katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas membuat tinjauan lukisan mural sempena program Seni Hias Bandar, di Jalan Bandar, Kuala Terengganu, hari ini. Hadir sama, Datuk Bandar MBKT, Mohd Zulkifli Abu Bakar.Mohd Jidin turut memberitahu, lukisan seumpama itu akan diperluaskan pada dinding Hentian Bas MBKT dan pelbagai lokasi bersesuaian dengan memaparkan wajah dan kehidupan masyarakat Terengganu selain bertemakan Visit Beautiful Terengganu. “Usaha ini dianggap penting kerana mampu menarik minat pelancong untuk bergambar dan menviralkan kenangan di lokasi terbabit kepada umum melalui pelbagai saluran media sosial yang ada,”katanya.
08 Jul 17
582