Artikel "Semasa" Terkini
PRU14 Jadi Keutamaan- Mas Ermieyati
Ahli Pergerakan Puteri UMNO diingatkan supaya jangan berfikir mengenai pemilihan parti sebaliknya harus mengutamakan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) terlebih dahulu.Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pemilihan parti hanya berlaku selepas PRU14 dan tidak bermakna jika menang pemilihan tetapi kalah dalam pilihan raya."Tidak ada maknanya kalau menang pemilihan parti sekiranya kita kalah dalam PRU14 dan hilang kuasa...memang tidak bermakna."Sebab itu saya beri ingatan bahawa sesiapa pun termasuk ahli puteri yang bermimpi mengenai jawatan dalam parti...teringin tidak mengapa tetapi jangan dahulukan kepentingan mengejar jawatan sebagai keutamaan,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Hulu Terengganu 2017 di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu hari ini.Seramai 600 perwakilan dan permerhati Puteri UMNO daripada 110 cawangan bahagian Hulu Terengganu hadir di majlis tersebut.Turut hadir Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Dato'Jailani Johari; Naib Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Yusof Awang Hitam; Ketua Penerangan UMNO Bahagian, Ghazali Taib dan Ketua Wanita UMNO Bahagian, Datuk Fatimah Hamat.Mengulas mengenai calon-calon PRU14, Mas Ermieyati berkata sesiapa pun yang terpilih sama ada orang baru atau lama, berpendidikan atau tidak dan mempunyai pengalaman harus diserahkan kepada Presiden Parti dan pucuk pimpinan untuk menentukannya."Presiden UMNO dah beritahu bahawa ada kaedah metodologi untuk buat pemilihan calon jadi bukan tugas kita untuk mempersoalkan siapa calon dan jangan ada cah keting dalam hal ini,"ujarnya lagi.Beliau juga berkata, walaupun Puteri UMNO mempunyai formula tertentu dalam gerak kerja pilihan raya tetapi yang paling penting dan utama adalah perpaduan dan perpaduan dalam parti."Sebab sejarah dah buktikan bagaimana hebatnya calon dan manifesto tetapi apabila di dalam parti itu berantakan maka tidak akan boleh menang dalam pilihan raya nanti."Saya harap bila berbicara tentang pilihan raya, kita perlu selesaikan masalah dalaman terlebih dahulu bagi memastikan kemenangan besar kepada Barisan Nasional(BN) termasuk kawasan Dewan Undangan Negeri(DUN) yang kalah dapat dirampas kembali,"kata Mas Ermieyati.
21 Jul 17
39
Kerajaan Hantar 19,000 Dos Vaksin Penyakit Anjing Gila Ke Sarawak
Ahmad Shabery meninjau keadaan kilang milik PRM Food and Marketing Sdn Bhd (PRM Food). Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Kerajaan Pusat melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar menghantar kira-kira 19,000 dos vaksin penyakit anjing gila atau rabies ke Sarawak termasuk 6,000 dos vaksin itu pada hari ini.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, langkah itu sebagai usaha untuk mengekang penularan penyakit yang setakat 18 Julai lalu telah mengorbankan empat nyawa dan seorang lagi dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk menerima rawatan lanjut.Katanya, penghantaran 13,000 dos vaksin dengan tambahan 6,000 lagi pada hari ini meliputi keseluruhan kawasan di bawah pengawasan termasuk di Serian, yang turut dikesan menular penyakit itu."Bagi saya, saya sendiri secara peribadi tidak boleh menerima hakikat kalau di zaman moden ini ada manusia meninggal kerana penyakit rabies. Rabies ini adalah penyakit yang terlalu lama iaitu sewaktu perang dunia ketiga."Kalau tak terkawal kerana sistem pengawalannya tidak sempurna dan ini amat menakutkan apabila beberapa orang sudah meninggal kerana masalah sebegini,"katanya.Beliau berkata demikian ketika bercakap kepada media selepas merasmikan Majlis Perasmian Kilang Padi milik PRM Food and Marketing Sdn Bhd (PRM Food) Bukit Kor, Marang, hari ini.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof dan Ahli Dewan Undangan Negeri, Pengkalan Berangan, A. Latiff Awang Sehubungan itu, katanya, pihaknya juga mengerahkan semua agensi terbabit untuk melihat perkembangan itu sebagai satu tindakan pencegahan yang perlu diselesaikan dengan segera.
20 Jul 17
123
Media Rakan Strategik KKMM
Pengamal media merupakan rakan strategik Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dalam menyampaikan maklumat atau berita yang tepat kepada rakyat.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia & Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, sekiranya informasi yang disampaikan tidak betul, sudah tentu akan memberi impak tidak baik dan menimbulkan persepsi berlainan.“Justeru, interaksi dan berkongsi maklumat dari semasa ke semasa dengan media adalah wajar bagi mengetahui perkembangan terbaru program yang dilaksanakan,”katanya.Beliau berkata demikian pada Program Meraikan Rakan Strategik, di Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu, Kuala Terengganu, hari ini.
19 Jul 17
29
50 PKS Disenarai Sebagai Zon Perdagangan Bebas Digital
Kerajaan negeri melalui SME Corp Terengganu mengenalpasti 50 syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Terengganu untuk disenaraikan dalam Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ).Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohammad berkata, berkata pihaknya yakin melalui platform itu bakal menjadi pemangkin bagi melonjakkan sektor PKS di Terengganu dalam usaha menembusi pasaran luar. perniagaan di atas talian. Katanya, usahawan PKS harus melihat pasaran bukan lagi di Malaysia malah di seluruh di dunia. “Oleh itu PKS perlu memastikan apa sahaja produk dan perkhidmatan yang mereka promosikan adalah berbeza dengan pesaing dan mampu menarik lebih ramai pelanggan. “Antara sektor yang diberikan fokus adalah seperti bidang makanan dan minuman, percetakan digital dan tekstil,” katanya.Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Majlis Sekretariat Pembangunan Usahawan Terengganu, di Pusat Dagangan Terengganu, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama, pengerusi Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPUT), Roslee Daud.Katanya, salah satu kriteria yang dititikberatkan untuk disenaraikan dalam DFTZ, syarikat mestilah bertaraf 3 bintang ke atas mengikut Penarafan Daya Saing (SCORE).“SCORE adalah kaedah penilaian diagnostik bagi mengukur dan meningkatkan daya saing syarikat PKS berdasarkan prestasi dan keupayaan yang dikendalikan oleh juruaudit terlatih untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan setiap syarikat,” katanya.
19 Jul 17
52
YT Perkasakan MTQT
Yayasan Terengganu (YT) diberi kepercayaan untuk mengurus dan memperkasa Maahad Tahfiz Al-Quran (MTQT) negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A Latiff Awang berkata, bermula 16 Julai lalu, semua kakitangan dan tenaga pengajar di bawah Program Syahadah ditempatkan di MTQT di bawah pengurusan YT dikekalkan sebagaimana sedia ada sehingga proses penambahbaikkan dan penjenamaan semula MTQT.“Malah, bayaran emolumen semua tenaga pelajar adalah tidak berubah dan akan diuruskan oleh pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu (SUK) untuk pelarasan."Dengan erti kata lain, tiada apa-apa perubahan penjawatan, perkhidmatan sehingga proses penambahbaikan dan penjenamaan semula MTQT.“Saya berharap agar YT dapat menyelaras dengan teliti bagi memastikan proses ini berjalan dengan lancar dan sempurna agar tidak timbul masalah kemudian hari,” katanya ketika berucap di Majlis Penyerahan Pengurusan Program Syahadah Tahfiz Antara Institut Al-Quran Terengganu (IQT) dan YT, di Kolej Al-Quran Terengganu, semalam.Program Syahadah Tahfiz di IQT akan terus diperkasakan bagi melahirkan lebih ramai generasi muda di negeri itu untuk mendalami kitab suci itu seterusnya menjadi pusat kecemerlangan ilmuan Islam.
18 Jul 17
384
Yayasan Terengganu Hargai 54 Kakitangan Dalam Majlis APC
Yayasan Terengganu (YT) telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Jasamu Dikenang di Dewan Besar Wisma Seri Amar, semalam.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A.Latiff Awang berkata, penyampaian anugerah kecemerlangan YT 2016 itu dianugerahkan mengikut kategori iaitu APC & Insentif Lama Berkhidmat Yayasan Terengganu, Anugerah Guru Cemerlang dan Anugerah Jasamu Dikenang.A. Latiff berkata, seramai 29 penerima APC dan 10 guru cemerlang dinilai berdasarkan prestasi yang ditonjolkan pada tahun lepas.Katanya, YT memberikan hadiah yang berupa wang tunai RM1000 dan siji penghargaan kepada penerima APC sebagai menghargai prestasi yang ditunjukkan.“Saya berharap dengan hadiah yang diberi ini dapat menyuntik semangat kakitangan lain untuk terus memberikan sepenuh perhatian dan daya usaha ke arah mempertingkatkan mutu kerja yang berkualiti tinggi.“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada 15 pekerja yang telah lama berkhidmat lebih 20 tahun dengan YT. Sesungguhnya jasa mereka amatlah besar dan tidak dapat dibalas dengan wang ringgit.“Malah, saya juga ingin memberi penghargaan kepada mantan Pengarah Yayasan Terengganu, Mohamad Sulong yang telah bersara pada bulan Mac yang lalu atas perkhidmatan beliau sepanjang di YT,” katanya ketika berucap di majlis tersebut.Turut hadir, Pengarah YT, Ishamudin Hashim dan Mantan Pengarah YT, Mohamad Sulong.Sementara itu, Ishamudin ketika berucap menyeru semua kakitangan agar dapat menerapkan Tonggak 12 penjawat awam sebagai panduan dalam membentuk keperibadian yang cemerlang.“Selaras dengan prinsip TTB, kita perlu menekankan elemen disiplin, tegas dan mesra bagi memastikan YT menjadi sebuah organisasi yang cemerlang kerana setiap perkhidmatan yang dilakukan oleh YT akan dinilai oleh rakyat.“Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada penerima APC hari ini dan berharap kakitangan lain lebih berusaha untuk menjadikan YT cemerlang dalam menyediakan peluang pembangunan modal insan yang berkualiti,” katanya.
18 Jul 17
240
Jelajah Beautiful Terengganu Di Mydin Bukit Mertajam 4 Hingga 6 Ogos Ini
Tengku Zaihan (kanan) menerima cenderamata berupa koleksi gambar-gambar menarik negeri ini dari Wan Sufian di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu Kali Ke 28 dan Jamuan Raya Aidilfitri di Dewan Kovensyen, Yayasan Pembangunan Usahawan, hari ini. Foto Oleh: Tg Syamim Tg IsmailKerajaan negeri akan menganjurkan Jelajah Beautiful Terengganu di Pasaraya Mydin Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 4 hingga 6 Ogos ini.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri II, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkata, penganjuran Jelajah Beautiful Terengganu kali ini menyasarkan pelancong dari dalam dan luar negara di utara tanah air.“Selain pelancong tempatan dari Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, kita turut menyasarkan pelancong luar negara yang memasuki pintu tanah air melalui sebelah Padang Besar, Bukit Kayu Hitam supaya mengenali dengan lebih dekat lagi keunikan, keindahan dan juga tarikan pelancongan yang ada di negeri Terengganu,” ujarnya.Beliau yang mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Mesyuarat Agung Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu Kali Ke 28 dan Jamuan Raya Aidilfitri di Dewan Kovensyen, Yayasan Pembangunan Usahawan, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu, Wan Sufian Wan Ishak.Menurut Tengku Zaihan, impak Jelajah Beautiful Terengganu yang diadakan sebelum ini cukup besar dalam meningkatkan jumlah kedatangan pelancong ke negeri ini.“Penganjuran program di Dataran Merdeka pada 2015, Johor Bahru dan Singapura pada tahun lepas, telah memberi impak positif dimana kehadiran pelancong khususnya daripada selatan tanah air telah meningkat.“Sebab itu, pada 4 hingga 6 ogos nanti akan diadakan pula Jelajah Beautiful Terengganu di Pulau Pinang dimana akan melibatkan 24 usahawan negeri ini yang akan mempromosikan destinasi pelancongan, keindahan flora fauna, kebudayaan, makanan tradisional dan pelbagai keunikan negeri ini,” ujarnya.Katanya, masih mengekalkan konsep yang sama seperti sebelum ini, penganjuran kali ini turut mendapat kerjasama daripada pihak swasta termasuk Mydin dan tidak bergantung seratus peratus kepada kerajaan.
18 Jul 17
431
Kampung Getang Raih Juara Pelita Raya OKB
Kampung Getang, Kuala Berang meraih kejuaraan berganda bagi pertandingan Gemerlipan Pelita Raya OKB yang diadakan baru-baru ini.Mereka membawa pulang RM5,000 untuk juara Zon Genting Highland dan seekor lembu bagi juara keseluruhan pertandingan tersebut.Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) Kampung Getang, Tuan Abd Razif Tuan Ngah berkata, kemenangan itu menyuntik semangatnya untuk membuat yang lebih terbaik pada masa akan datang."Saya ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dengan persiapan sejak awal lagi dengan tambahan peruntukan daripada badan korporat, kontraktor dan sumbangan peribadi."Kami berganding bahu dengan kata sepakat dan dibantu oleh penduduk kampung tanpa mengira umur."Mereka beri kerjasama yang cukup hebat dan saya merasa cukup bangga kerana mempunyai anak buah yang memahami sejak awal hingga akhir,"katanya lagi.Tuan Abd Razif berkata demikian kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka OKB di Plaza Rahmat,Kuala Berang semalam.Turut hadir,Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong,Pengarah Unit Komunikasi Negeri,Dato' Muda Mamat,ketua-ketua jabatan dan pemimpin setempat.Menurut beliau lagi, setakat ini sebanyak RM7,500 telah dibelanjakan dan hasilnya cukup memuaskan hatinya sebagai Pengerusi J3K dengan kemenangan membawa pulang wang tunai dan seekor lembu kali ini.Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Berang,Tengku Putera Tengku Awang menyifatkan kejayaan program yang dilaksanakan itu adalah tanda sokongan masyarakat setempat melalui gerak kerja yang dilakukan."Program sepanjang bulan puasa hingga Aidilfitri melibatkan semua penduduk kampung, taman dan jabatan tanpa mengira usia dan parti politik."Gerak kerja yang cemerlang dan membuktikan 'tagline' OKB ' Kami Berpadu Tuan Membantu' tercapai dan membuatkan saya rasa teruja,"katanya.Sementara itu, kehadiran luar biasa yang melebihi 25,000 orang ke Rumah Terbuka OKB kali ini menjadikan sambutan Aidilfitri lebih bermakna.Buat pertama kali diadakan pada waktu malam tidak menghalang kehadiran orang ramai seawal 7.30 malam bagi merasai kemeriahan suasana Aidilfitri dan menikmati lebih 20 jenis hidangan yang disediakan.
17 Jul 17
203
Terengganu Sedia Kaji Kadar Tarif Air
A Rahman bersama penerima-penerima anugerah pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang 2016/2017. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Kerajaan negeri melalui Syarikat Air Terengganu (Satu) bersedia mengkaji semula kadar tarif air di Terengganu.Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ A Rahman Yahya berkata, kajian semula kadar tarif adalah perkara biasa dan tidak hanya dilaksanakan di Terengganu.Katanya, Terengganu pernah melakukan perkara yang sama dengan membuat semakan pada 1997, bagaimanapun ianya masih kekal dengan kadar tarif lama. “Umum mengetahui, Terengganu adalah negeri yang paling rendah mengenakan kadar tarif air kepada pengguna domestik mahupun industri berbanding negeri lain.“Sekiranya kadar tarif dinaikkan, perkara itu tidak akan membebankan rakyat, maksudnya golongan-golongan pengguna domestik masih lagi menikmati kadar yang lama tapi mungkin kadar ini dikenakan kepada industri."Kenaikan kadar tarif adalah wajar kerana kerajaan tidak mahu secara berterusan menanggung kenaikan kos penyelenggaraan,” katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang 2016/2017 di Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT), Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama, Pengarah YPKT, Mohd Shafaruddin Mustaffa.Seramai 45 kakitangan YPKT dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang dan 15 bekas kakitangan menerima anugerah Jasamu Dikenang. Terdahulu, dalam ucapan beliau, A Rahman menasihati penjawat awam agar melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan amanah, mematuhi polisi dan perundangan serta tidak `mempolitikkan' urusan kerja.Menurut beliau, sebagai jentera kerajaan mereka perlu melaksanakan tugas dengan profesional termasuk dalam menyampaikan polisi dan dasar kerajaan kepada orang awam.“Penjawat awam harus tahu tanggungjawab sebenar. Kita bekerja di bawah kerajaan yang diperintah oleh satu parti di mana tugas kerajaan yang memerintah adalah membuat polisi yang perlu dilaksanakan dengan lancar dan amanah,”katanya.
17 Jul 17
58
Tarikan Program Promosi Tasik Kenyir Sepanjang Julai Ini
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) kian rancak mempromosikan Tasik Kenyir dalam usaha menarik lebih ramai pengunjung ke kawasan tasik buatan manusia yang terbesar di asia itu.Pengurus Besar Ketengah, Omar Ismail berkata, promosi yang diadakan itu sebagai langkah awal untuk mempersiapkan Tasik Kenyir sebagai kawasan bebas cukai tidak lama lagi.Katanya, tirai pelancongan Ketengah dimulakan pada awal Julai dengan program 'Kenali Kenyir' bersama media arus perdana Terengganu dan lawatan media 'influencer' Jepun yang dianjurkan baru-baru ini."Seterusnya kita ada lawatan pembelajaran ke Tasik Kenyir oleh Pemandu Pelancong Malaysia yang melibatkan seramai 95 orang pada 19 Julai ini dan Lawatan peserta Global Tourism Conference (paper presenter & international participants)pada 22 Julai ini."Pada 24 Julai,program Moh Jalan-Jalan 2017 bersama RTM Negeri Sembilan diikuti Lawatan MATTA inbound agents ke Tasik Kenyir pada27 hingga 28 Julai dan penutup bagi promosi Julai dengan Kembara Kenyir 2017 anjuran Kerajaan Negeri,Jabatan Pengangkutan Jaln(JPJ) & Skuad Muda 1JPJ (TBC) bermula 27 hingga 30 Julai,"kata Omar.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Rumah Terbuka Raya Ketengah di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, semalam.Menurutnya lagi, program yang dirancang sepanjang bulan itu bertujuan menarik pelancong sekali gus mempromosikan Tasik Kenyir sebagai Pulau Bebas Cukai yang bakal dirasmikan tidak lama lagi oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Sementara itu, hampir 2,000 pengunjung diraikan dalam majlis tersebut dengan pelbagai juadah istimewa di samping berpeluang menaiki rumah bot secara percuma mengelilingi Tasik Kenyir.
17 Jul 17
65