lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Kekal Imej Baik Jemaah Haji Malaysia- Jailani
Jailani (tengah) bersama beberapa barisan urusetia Program Haji Khas Perdana Menteri. Foto oleh Haris Fadzillah Abu KasimJaga nama baik Malaysia dan berilah tumpuan kepada ibadat haji serta bantu-membantu satu sama lain, kata Pengerusi Program Khas Haji Perdana Menteri, Dato' Jailani Ngah.Menurutnya, jemaah haji Malaysia memang terkenal dan diperakui sebagai jemaah yang berdisiplin dan patuh kepada peraturan yang ditetapkan. Oleh itu kata beliau lagi, nama dan imej yang baik itu seharusnya dipertahankan oleh semua jemaah sampai bila-bila.Beliau yang juga Setiausaha Politik Kepada Perdana Menteri berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Program Taklimat dan Kursus Pengukuhan Urusetia Haji, Program Khas Haji Perdana Menteri di Dewan Persidangan ICU, Aras 1, Blok Timur, Pejabat Perdana Menteri, hari ini.Seramai 49 daripada 1,100 jemaah haji Program Khas Perdana Menteri dilantik sebagai urusetia yang diketuai Azaruddin Abd Rahman.Manakala penulis selaku Ketua Editor Unit Komunikasi Negeri (UKOM) Terengganu pula dipertanggungjawab sebagai Ketua/Pengerusi Media.Sementara itu, penceramah khas, Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam UiTM Shah Alam, Mohd Sirajuddin Siswadi Putera berkata, bakal haji hendaklah mendalami ibadat haji dengan lancar dan tepat melalui pembelajaran serta kursus di samping persiapan diri dengan persediaan yang sewajarnya.
25 Jul 17
554
Empty Image
Warga Felda Di Terengganu Syukur Dengan Enam Insentif Bela Kebajikan Peneroka
Warga peneroka dan generasi kedua Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) melahirkan rasa teruja kepada Perdana Menteri ,Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang memberikan enam insentif khas secara serentak baru-baru ini.Tinjauan Teganukita mendapati rata-rata peneroka dan warga Felda termasuk generasi kedua mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kerana nasib peneroka sentiasa mendapat pembelaan daripada kerajaan.Yaakob MusaKetua Peneroka Felda Bukit Bading, Yaakob Musa,67, berkata pengumuman itu merupakan satu berita gembira yang akan meringankan bebanan termasuk insentif pelupusan hutang yang mampu memberi kelegaan kepada peneroka."Sepanjang saya jadi peneroka, rasanya ini adalah kali pertama dapat enam insentif sekaligus. Bila dengar Perdana Menteri umum pada hari tu, saya rasa macam bermimpi...saya hanya mampu menadah tangan mengucapkan rasa syukur sebab dapat pemimpin yang cukup prihatin dengan peneroka Felda ni."Sebab itu sokongan kami tetap bersama Perdana Menteri dan kerajaan yang sentiasa mengambil berat dan cakna tentang suara hati, permasalahan dan kebajikan kami,"katanya ketika dihubungi Teganukita.Yaakob berkata, selepas pengumuman itu dibuat, terdapat sebahagian kecil peneroka yang ingin kembali menjual hasil ke Felda Global Venture Holding Berhad (FGV)dengan hadir sendiri ke pejabat untuk menandatangani borang yang disediakan.Mohd Khairil SabriSuara yang sama turut disampaikan oleh anak generasi kedua,Naib Pengerusi 1Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Wilayah Terengganu Mohd Khairil Sabri, yang melihat pengumuman itu  ibarat bonus yang tidak terjangka, selain dari dana hari raya, pemberian insentif ini dilihat dapat melegakan para peneroka."Saya melihat kelulusan membina rumah kedua dalam satu tapak amat melegakan warga generasi baru Felda yang sememangnya mahu membina rumah di atas tanah yang sedia ada dan membantu meringankan kos untuk kami membina rumah."Ini termasuklah pelupusan lebihan hutang yang melebihi kos operasi akan melegakan peneroka yang selama ini terbeban dengan hutang yang tidak jelas ini. Dengan penetapan baki RM40,000 ini, Felda dilihat lebih telus dalam menyelenggara hutang peneroka secara sistematik,"katanya.Beliau juga menyambut baik peluang untuk peneroka yang tidak bersama Felda apabila kerajaan memberi ruang dalam tempoh enam bulan untuk mereka menghantar hasil kepada FGV kembali."Peluang ini tidak harus dipersiakan namun dalam masa yang sama Felda harus membuktikan kesungguhan dan komitmen untuk menjaga kebun peneroka yang  menyerah hasil  kepada Felda dengan baik, teratur dan rapi,"ujarnya lagi.Zurina Abdul RahmanSementara itu bagi seorang peguam,  Zurina Abdul Rahman,41,  merupakan anak jati Felda Bukit Bading melihat pemberian insentif sebagai tanda kerajaan  pimpinan Najib sentiasa mengambil berat serta berusaha memakmurkan negara serta rakyat."Para peneroka sepatutnya berterima kasih di atas insentif itu dan tidak seharusnya menggunakannya untuk tujuan lain yang boleh merugikan mereka sendiri."Bagi saya kerajaan serius dalam membantu masyarakat peneroka dan tiada sebab untuk menggagalkan segala usaha tersebut,"kata beliau.Pada sambutan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan 2017 di Dataran Putrajaya baru-baru ini, Najib  mengumumkan enam insentif bagi warga Felda antaranya dalam bentuk pelupusan hutang, bayaran insentif, kewujudan dana khas, geran khas dan juga insentif perumahan.
25 Jul 17
151
Empty Image
UMT, MARDI Jalin Kerjasama Dalam Aktiviti Penyelidikan
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menjalin kerjasama dua hala dalam mempertingkatkan lagi aktiviti penyelidikan dan perkongsian kepakaran kedua belah pihak.Naib Canselor UMT, Profesor Dato’ Dr Nor Aieni Mokhtar berkata, MoU itu memberi peluang untuk UMT dan MARDI terus memperkasakan penyelidikan bersama terutama dari aspek jaminan keselamatan makanan dalam negara serta penghasilan produk inovasi yang boleh dimanfaatkan untuk komuniti. "MoU ini juga akan melibatkan program pertukaran ahli akademik UMT dan kakitangan pengurusan serta profesional di MARDI dalam aktiviti seperti perundingan dan latihan sabatikal yang melibatkan penerbitan bersama penyelidikan dalam jurnal tempatan dan antarabangsa. "Kami berharap MoU ini akan melonjakkan lagi kepakaran universiti dalam bidang marin dan akuatik untuk membantu MARDI dan negara khususnya dalam teknologi terkini yang berkait rapat dengan kemajuan bidang pertanian dan aspek berkaitan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menandatangi MoU itu bersama Ketua Pengarah MARDI, Dato' Dr Sharif Haron sempena Persidangan Pengisyaratan Sel Antarabangsa di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu, hari ini.Sementara itu, Nor Aieni berkata, penganjuran persidangan selama tiga hari bermula semalam itu bertujuan melonjakkan kepentingan bidang pengisyaratan sel yang menjadi tunjang atau fundamental kepada ilmu-ilmu lain yang bersifat aplikasi. Katanya, kertas kerja yang dibentangkan dalam persidangan ini dibahagikan kepada sub-tema seperti pengisyaratan sel dalam aplikasi perubatan, persekitaran, keselamatan makanan dan kajian lain yang berkaitan dengan sains hayat."Ia sangat berkait rapat dengan produk semulajadi, pengawalaturan hormon tumbuhan, biopenanda, modifikasi genetik organisma, biokimia, toksikologi dan farmaseutikal. Menurut Nor Aieni, pengisyaratan sel merupakan sistem komunikasi sel yang melibatkan pengaturan seluruh aktiviti di dalam dan luar sel sebagai tindak balas terhadap sesuatu isyarat kimis tertentu. "Ilmu dan penyelidikan yang berasaskan pengisyaratan sel ini telah terbukti memberi manfaat di dalam pelbagai bidang aplikasi seperti kejuruteraan perubatan, kejuruteraan makanan dan tumbuhan serta toksikologi persekitaran.“Pemahaman ilmu biologi ini telah menjadikan bidang ini satu bidang multi disiplin yang bersifat holistik dan terkehadapan dalam menyelesaikan pelbagai isu termasuk rawatan penyakit berjangkit dan penyakit kronik, menangani masalah ketidakcukupan makanan dari sumber haiwan dan tumbuhan serta untuk kesejahteraan hidup manusia secara keseluruhan,” katanya.
25 Jul 17
78
Empty Image
Program Tautan Budi Dekatkan Anak Muda, Akar Umbi Dengan Pemimpin Setempat
Roslee ketika memberi jawapan balas kepada peserta Program Tautan Budi Asiri pertama anjuran UKOM di Kelab Golf Bukit Besi, Dungun, malam tadi. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail. Program Tautan Budi bakal menjadi satu platform terbaru yang membuka peluang untuk anak muda dan golongan akar umbi berbicara secara langsung dengan pemimpin mengenai kehendak golongan sasar serta pembangunan setempat.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Roslee Daud berkata, program yang pertama kali diperkenalkan oleh Unit Komunikasi Negeri (UKOM) Terengganu menjadi wadah terbaik untuk mendekatkan anak muda di peringkat akar umbi dengan pemimpin di kawasan masing-masing."Anak muda bebas untuk menzahirkan apa jua pandangan mereka dalam program bicara ini bagi memastikan kawasan DUN mereka berada di satu tahap yang boleh dibanggakan."Kebanyakan yang hadir adalah dari kepimpinan peringkat cawangan, jadi kita boleh dengar apa yang mereka mahu daripada kerajaan dan pemimpin mereka untuk direalisasikan demi kebaikan semua pihak."Saya ucapkan tahniah kepada UKOM kerana berjaya mengadakan program seperti ini dan juga memilih DUN Bukit Besi sebagai perintis bagi Tautan Budi,"kata Roslee kepada Teganukita di Program Tautan Budi di Kelab Golf Bukit Besi, Dungun, malam tadi.Turut hadir,  Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Terengganu, Yuseri Isa selaku moderator jemputan.Program Tautan Budi sebanyak 24 siri yang dianjurkan oleh UKOM mensasarkan golongan belia yang berusia 21 tahun ke atas  untuk menyampaikan apa sahaja yang dilaksanakan oleh kerajaan kepada generasi muda, meneruskan kelangsungan agenda pembangunan dan penambahbaikan dari semasa ke semasa dalam semua aspek melalui bicara dua hala bersama pemimpin.Sementara itu, Pengerusi Belia 4B Cawangan Kampung Minda, Jerangau, Mohd Asmadi Khalid,36, berkata, program itu amat baik untuk pendedahan kepada generasi muda dan forum mendekatkan pemimpin dengan akar umbi."Ini adalah salah satu platform kepada anak muda daripada kerajaan negeri terutamanya mendengar isi hati mereka mengenai kehendak untuk diri sendiri dan pembangunan akan datang." Saya harap program ini dapat diadakan lebih kerap,mungkin dua kali setahun atau lebih supaya orang muda tahu tentang apa yang pemimpin dan kerajaan telah laksanakan dalam pembangunan setiap kawasan yang mana mungkin ada golongan tidak nampak selama ini...dan mereka boleh bersuara dari hati ke hati bersama pemimpin dalam majlis yang santai seperti hari ini,"katanya.
24 Jul 17
155
Empty Image
Sedia Berdepan Tun M- Ahmad Puad
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato’ Dr Ahmad Puad Zarkashi menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad membuat keputusan tepat apabila bersedia untuk berdebat dengannya pada program Nothing to Hide 2.0 yang bakal dianjurkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).Beliau yang juga Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa)  berkata, medan perdebatan itu satu peluang dan penghormatan buatnya serta tidak sabar lagi untuk berdepan dengan Pengerusi Pakatan Harapan itu. "Saya pun banyak benda untuk dibangkitkan kepada beliau. Kalau beliau sudi untuk berdebat dengan saya ia satu penghormatan dan satu keputusan tepat.“Perdebatan ini satu peluang dan platform kepada kerajaan untuk memperjelaskan pelbagai perkara, bukan membiarkan rakyat percaya melalui media sosial,” katanya.Beliau berkata demikian  kepada pemberita selepas menghadiri  Majlis Mesra Aidifitri anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), di Pejabat Felda Wilayah Terengganu, Tepoh, Kuala Nerus hari ini. Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd RahmanAhmad Puad turut memberitahu, pihaknya akan menggunakan  kewujudan media sosial dan teknologi baharu sebaik mungkin bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)  dengan memberi penjelasan terus kepada orang ramai" 'Cyber Troopers' Jasa akan membetulkan persepsi negatif rakyat yang telah diracuni pihak pembangkang melalui tular.“Pada masa yang sama akan mengerakkan kakitangan yang ada untuk bersemuka dengan rakyat dalam meyakinkan kepercayaan mereka terhadap kerajaan sedia ada,”katanya.
24 Jul 17
35
Empty Image
YPU Laksana Program ‘Terokai Pasaran Pasaraya’
Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu mengadakan program suaian perniagaan dengan pasar raya dan hipermarket tempatan yang dikenali sebagai “Terokai Pasaran Pasaraya” (T2P) bermula bulan ini.Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Tengku Khairi A. Rahman berkata, YPU mengambil inisiatif mengadakan program yang akan diadakan setiap bulan di Pusat Dagangan Terengganu itu lanjutan daripada isu kesukaran usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) memasarkan produk mereka kepada pasar raya atau hipermarket.“Program T2P bertujuan membantu produk yang berpotensi untuk dipromosi dan dipasarkan melalui pasar raya dan hipermarket di dalam negeri ini mahupun luar Terengganu. “Program ini turut membantu meningkatkan peratus Stock Keeping Unit (SKU) produk PKS di dalam pasar raya tempatan selaras dengan garis panduan penyertaan asing dalam sektor perdagangan pengedaran di Malaysia,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.Katanya, antara objektif lain program T2P adalah untuk membuka peluang pasaran kepada produk-produk PKS untuk disenarai tetap di pasar raya.“Selain, mewujudkan kerjasama di antara pasar raya dan pengusaha PKS melalui program yang menemukan kedua-dua pihak dalam persekitaran perbincangan perniagaan serta memperkenalkan dan mengetengahkan produk usahawan PKS yang baru dan berpotensi tinggi untuk maju,” ujarnya.Menurut Tengku Khairi, produk-produk PKS dibantu untuk mampu bersaing dengan produk keluaran syarikat asing yang telah memasuki pasaran pasar raya tempatan dan asing di dalam negara. “Selain itu, ia juga akan meningkatkan daya saing usahawan PKS untuk mengendali dan merancang proses pengeluaran produk bagi memenuhi permintaan pasaran yang lebih besar,” ujarnya.Katanya, sebagai permulaan YPU akan mengadakan program suaian perniagaan T2P pada 25 Julai ini dengan sasaran penyertaan seramai 80 orang usahawan.Tambah Tengku Khairi, menjelang akhir tahun 2017, YPU mensasarkan sejumlah 40 usahawan PKS tempatan dengan jumlah 130 SKU PKS akan berjaya dipasarkan ke pasar raya dan hipermarket menerusi pelaksanaan program suaian perniagaan T2P pada tahun ini.
23 Jul 17
64
Empty Image
TMJ Ulas Hukuman Terhadap Dollah Salleh
TMJ ketika sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Kedua Eksekutif FAM Sesi 2017 di Hotel Primula Beach, Kuala Terengganu, semalam. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail Sesiapa sahaja tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang jika didapati melanggar peraturan yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Malah saya sendiri dan Tan Sri Annuar Musa (Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan) juga pernah digantung sebelum ini, kata presidennya, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.Menurutnya, semua pemain dan pegawai tanpa mengira pangkat dan kedudukan adalah tertakluk kepada peraturan dan mereka yang melakukan kesalahan tetap akan menerima hukuman.TMJ berkata demikian kepada media selepas menghadiri Mesyuarat Kedua Eksekutif FAM Sesi 2017 di Hotel Primula Beach, Kuala Terengganu, semalam.Katanya sebagai mengulas keputusan Jawatankuasa Tatatertib badan induk itu menggantung 18 bulan dan didenda RM30,000 terhadap ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh yang lantang mengkritik mutu pengadilan. Turut hadir pada sidang media itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat. Dollah yang juga bekas pengendali skuad kebangsaan itu turut dihukum kerana mengecam urusan pentadbiran hal-ehwal FAM membabitkan pengadilan Liga Malaysia (LIga M) selepas perlawanan Pahang bertemu FELDA United, pada 1 Julai lalu.Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Baljit Singh Sidhu, berkata Dollah didapati melanggar Artikel 61 Tatatertib FAM yang dibaca bersama Artikel 88 Statut FAM. Bagaimanapun, TMJ menjelaskan bahawa Dollah masih boleh membuat rayuan untuk mengurangkan hukuman yang dikenakan dalam tempoh 10 hari bermula semalam.TMJ berkata, pihaknya tidak menghalang mana-mana pihak mengeluarkan kenyataan berhubung prestasi pengadil dalam Liga M, namun ia ada batasannya dan ada perkara tertentu yang tidak boleh dikeluarkan."Apa yang berlaku terhadap bekas pengendali kebangsaan itu seolah-olah dia menuduh pihak atasan yang mengatur perlawanan dalam Liga M. Jika  pihak atasan (FAM) atau tuduhan terhadap saya yang mengatur perlawanan, sudah pasti JDT memenangi Piala FA dan Piala Sumbangsih musim ini. Betul ke tidak."Jadi, dari mana datangnya idea dia (Dollah) itu yang mengatakan pihak atasan mengatur perlawanan,”katanya lagi.
23 Jul 17
81
Empty Image
Capaian Internet Di Terengganu Akan Dinaik Taraf
Dr Salleh beramah mesra dengan tetamu Majlis Tautan Kasih Aidilfitri 2017 anjuran Umno Bahagian Kuala Terengganu di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, semalamSistem capaian internet di Terengganu akan dinaiktaraf bagi memastikan semua masyarakat setempat khususnya di luar bandar dapat menikmati kemudahan tersebut dalam tempoh dua tahun lagi.Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato’ Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, bagi merealisasikan hasrat itu pegawainya menilai kekurangan yang wujud supaya penambahbaikan dapat dilakukan segera.Menurutnya, usaha itu selaras dengan dasar kerajaan yang mahu 95 peratus kawasan di negara ini dapat menikmati perkhidmatan internet menjelang tahun 2020.“Saya akan arahkan pegawai saya buat penilaian supaya Terengganu dapat menikmati internet kerana Perdana Menteri maklumkan tahun ini adalah tahun digital ekonomi.“Bila kita berbicara tentang digital ekonomi, ia bukan hanya bermaksud di kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur sahaja tapi negeri-negeri lain juga harus merasai nikmatnya dan kita akan usahakan agar kemudahan ini dapat dinikmati semua,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Tautan Kasih Aidilfitri 2017 anjuran Umno Bahagian Kuala Terengganu di Stadium Negeri, Kuala Terengganu semalam yang dihadiri kira-kira 10,000 orang.Hadir sama Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Mohd Sabri Alwi dan barisan kepimpinan Umno Bahagian Kuala Terengganu.Mengulas mengenai kempen 'Jom Bina Negara Semula' yang dilancarkan pembangkang,  Salleh yang juga Bendahari Umno berkata ia  membuktikan mereka sentiasa mencari jalan untuk cuba memburukkan kerajaan di mata rakyat.Namun hakikatnya kata beliau, Malaysia bukan sahaja sedang menikmati keamanan, keharmonian dan kestabilan politik, tetapi juga kemakmuran ekonomi yang menyebabkan pembangkang tidak senang duduk."Sudah tentu mereka ini cuba cari jalan bagaimana hendak mempamerkan seolah-olah kita ada masalah sedangkan semua angka petunjuk sama ada angka ekonomi, keamanan, kestabilan menunjukkan bahawa malaysia dalam keadaan yang sangat baik.“Jadi kita kena hati-hati dengan tohmahan segelintir pemimpin ini yang tujuannya politik semata-mata. Kita apabila tiba masanya pilihanraya kita boleh berpolitik kerana rakyat diberikan kuasa untuk menentukan parti mana yang harus menjadi parti pemerintah,” katanya.
22 Jul 17
41
Empty Image
Pengamal Media Mampu Pengaruhi Pemikiran Rakyat - Pengarah UKOM
Pengamal media di negeri ini diminta sentiasa menyokong program anjuran kerajaan negeri menerusi penyebaran berita yang tepat, berintegriti dan terkini.Pengarah Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM), Dato' Muda Mamat berkata, sokongan media amat ditagih apatah lagi menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) supaya dapat membantu kemenangan Kerajaan Barisan Nasional mempertahankan pentadbiran."Rakan-rakan media massa, elektronik mahupun cetak dan media sosial masa kini amat berpengaruh memberi info dan sebaran berita yang tepat untuk rakyat."Kita yakin dan percaya kelangsungan pemerintahan kerajaan banyak dipengaruhi oleh pengaruh media massa kerana dapat mencorak pemikiran rakyat menerusi maklumat yang tepat dan terkini,"katanya.Beliau berkata demikian di majlis perjumpaan bersama media anjuran UKOM sempena sambutan Aidilfitri 2017, di Dewan Gamelan, Hotel Primula Beach, Kuala Terengganu, semalam.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib.Lebih 200 tetamu termasuk ketua jabatan dan pegawai kanan kerajaan negeri serta rakan media daripada pelbagai agensi di seluruh Terengganu turut memeriahkan majlis.Acara yang bermula jam 11 pagi turut diserikan dengan pelancaran album mini yang pertama, kugiran anak Terengganu, Herow Band.Herow Band yang ditubuhkan pada 2012 terdiri daripada lima anak muda Syahidin, Salam dan Salihin Mohd Salim yang juga anak kepada pemain gitar bass, Mohalim daripada kumpulan Iklim. Sementara dua lagi,  Aiman Hakim dan Shahriman Sulaiman.
21 Jul 17
148
Empty Image
Puteri UMNO Perlu Tangkis Serangan Pembangkang Di Media Sosial- Jailani
Pergerakan Puteri UMNO perlu bersedia menangkis serangan-serangan parti pembangkang di media sosial dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU14)akan datang.Media Sosial menjadi satu kaedah berkempen yang paling berkesan bagi mempengaruhi undi dalam sesebuah pilihan raya berbanding media cetak atau media elektronik yang lain.Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Dato'Jailani Johari berkata, PRU12  telah membuktikan bahawa kesan media sosial mempengaruhi pengundi dalam memberi undi mereka.Jelasnya lagi,pihak pembangkang akan menggunakan pelbagai cara dan maklumat palsu sama ada menggunakan media konvensional atau media alternatif untuk memburukkan kerajaan pada hari ini untuk meraih undi dan merealisasikan matlamat mereka untuk menawan Putrajaya."Ini berlarutan kepada PRU13 dan mengikut kajian yang dilaksanakan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia(IYRES) mengesahkan bahawa masyarakat lebih tertumpu kepada maklumat yang diperolehi dalam media sosial."Ini merupakan satu cabaran kepada kita kerana para pengundi sangat terpengaruh dengan maklumat-maklumat dalam media sosial seperti WhatsApp, Facebook,Twitter dan sebagainya tanpa diselidiki terlebih dahulu,"kata Jailani.Beliau yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata demikian kepada 600 perwakilan dan permerhati Puteri UMNO daripada 110 cawangan di  bahagian Hulu Terengganu yang hadir Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Hulu Terengganu 2017 di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, hari ini.Turut hadir Naib Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Yusof Awang Hitam; Ketua Penerangan UMNO Bahagian, Ghazali Taib;Ketua Wanita UMNO Bahagian, Datuk Fatimah Hamat.Menurut Jailani, sebagai ahli politik yang hebat, individu itu perlu menjadi pendamping setia kepada rakyat, menjadi jambatan penghubung rakyat dengan negara dan bukannya berfikir untuk menjadi calon."Fokuskan kepada persiapan bagi memenangi pilihan raya akan datang kerana pilihan raya ini merupakan ibu segala PRU dan adalah yang paling getir dalam sejarah perjuangan UMNO."Gerakan secara agresif bilik gerakan, memeenangi hati rakyat tanpa mengira usia, tambahkan daftar pengundi dan yang paling penting jiwai isu yang bakal memberi kemenangan kepada Barisan Nasional(BN),"ujarnya lagi.Beliau juga mahukan Puteri UMNO dan sayap-sayap lain termasuk pemuda dan wanita menguatkan barisan, menolak kepentingan diri dan emosi kerana ianya merupakan kerugian kepada parti.
21 Jul 17
139