Artikel "Semasa" Terkini
Senarai Hitam Kontraktor Gagal Siap Projek Sekolah
A Latif menanam pokok sebagai gimik merasmikan tapak pembinaan SMK Tok Jembal. Foto Harish Fazillah Kontraktor yang gagal menyiapkan projek pembinaan sekolah mengikut tempoh yang ditetapkan akan dikenakan tegas, termasuk disenarai hitam bagi mendapat projek pembangunan kerajaan yang lain.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A Latiff Awang berkata, kerajaan tidak boleh bertolak-ansur terhadap kontraktor yang cuai melaksanakan tanggungjawab kerana boleh menjejaskan imej kerajaan negeri, selain terpaksa menanggung kerugian dalam pelbagai aspek.Dalam pada itu, katanya, kerajaan juga mengesan terdapat bangunan yang retak dan pecah walaupun baru dibina kerana penggunaan bahan-bahan pembinaan yang tidak berkualiti atau mengikut spesifikasi.“Ini merupakan kelemahan dari pihak kontraktor yang kerajaan terpaksa tanggung.“Saya menyarankan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Kerja Raya supaya sentiasa memantau setiap projek berkenaan dari semasa ke semasa dan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya pihak kontraktor melanggar syarat yang ditetapkan,”katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika mewakili Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman merasmikan Majlis Pecah Tanah Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Jembal, Kuala Nerus, hari ini.Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Bazlan Abd Rahman. Pengarah Pendidikan Negeri, Shafruddin Ali Hussin.A. Latiff turut memberitahu, SMK Tok Jembal yang membabitkan peruntukan RM45 juta itu akan dibina mulai Januari tahun depan bagi menampung lebihan pelajar di sekolah berdekatan.“Sekolah yang dijangka siap 2020, lengkap dengan 30 bilik darjah, pejabat guru, makmal, dewan dan surau pastinya pelajar akan melalui pembelajaran yang lebih kondusif,”katanya,
29 Jul 17
148
Kerajaan Negeri Perkenal Sukan Woodball Kepada Pelajar Sekolah
Rozi (tengah) memukul bola woodball sebagai gimik perasmian Kejohanan Woodball Terbuka Antarabangsa Malaysia Kali Ke-20 sempena Visit Beautiful Terengganu 2017 di Dataran Taman Awam Batu Burok, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W PutraKerajaan negeri mengambil inisiatif memperkenalkan acara sukan woodball kepada pelajar sekolah bagi menarik minat generasi muda mengenali sukan yang agak asing bagi rakyat negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat berkata, permainan woodball adalah satu sukan yang sesuai untuk semua peringkat usia termasuk mereka yang agak berumur dan anak-anak muda.Katanya, bagi menarik minat orang ramai menyertai sukan yang sudah lama bertapak tetapi kurang biasa bagi rakyat Terengganu, kerajaan negeri telah menetapkan setiap daerah mempunyai satu sekolah sebagai tempat mencungkil bakat atlet dalam sukan woodball.“Antara insiatif kerajaan negeri untuk menarik minat orang ramai menyertai sukan woodball adalah dengan memperkenalkan sukan ini ke peringkat sekolah di semua daerah negeri ini.“Buat permulaan ini, kita ambil satu daerah satu sekolah dan sudah dilaksanakan sejak tiga tahun lalu dan sambutan agak memberangsangkan. Mungkin selepas ini akan diperluaskan ke setiap agensi kerajaan kerana permainan ini cukup sesuai untuk semua lapisan usia,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Kejohanan Woodball Terbuka Antarabangsa Malaysia Kali Ke-20 sempena Visit Beautiful Terengganu 2017 di Dataran Taman Awam Batu Burok, Kuala Terengganu, hari ini.Sementara itu Rozi berkata, dengan adanya kejohanan sukan woodball peringkat antarabangsa yang julung kali diadakan di Terengganu, selain dapat menaikkan industri pelancongan negeri, ianya secara tidak langsung menimbulkan minat serta rasa ingin belajar terutamanya kepada seluruh masyarakat Terengganu untuk mengenali dengan lebih dekat, apa itu sukan woodball.“Apa yang membanggakan, dalam kejohanan Sukma lepas Terengganu ada menghantar atlet dalam sukan ini dan kita dapat pingat. “Walaupun dalam kejohanan kali ini kita tidak meletakkan sasaran utama untuk bergelar juara, apa yang lebih penting saya mengharapkan atlet-atlet kita dapat menimba pengalaman dengan atlet luar negara untuk memantapkan lagi kemahiran.Kejohanan Woodball Terbuka Malaysia Antarabangsa yang berlangsung selama empat hari bermula hari ini di Dataran Taman Awam Batu Burok menawarkan hadiah keseluruhan bernilai RM26,050.Ianya disertai 252 atlet dan pegawai dari sembilan buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapura, Jepun, Hong Kong, Taiwan, Nepal, Pakistan dan Uganda.
29 Jul 17
586
Beg Terbesar Dunia Di PB Square 27 Julai-5 Ogos
Pameran seni jahitan kreatif anjuran Persatuan Seni Jahitan Kreatif (PSJK) dengan usahasama Pusat Latihan Kraftangan Epal dan UTC Paya Bunga Square bagi memperkenalkan cabang jahitan dan seni kreatif kepada masyarakat. Antara karya seni jahitan kreatif yang dipamerkan bermula 27 Julai sehingga 5 Ogos ini, di UTC Paya Bunga Square adalah beg terbesar di dunia yang diiktiraf oleh Guinness World of Records, Patchwork dan lain-lain lagi.Menurut Penggerusi PSJK, Fully Chye Goet Lee, pameran ini dianjurkan untuk memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang kekuatan bidang jahitan kreatif disamping memberikan keyakinan bahawa bidang ini dapat membantu sesiapa sahaja yang memerlukan untuk membina kehidupan yang lebih baik. “Bidang seni jahitan kreatif mempunyai pengertian yang lebih luas dan mampu menghasilkan pelbagai karya yang tidak terikat dengan satu-satu jenis sahaja malah berpeluang menjana pendapatan melalui bidang ini secara berterusan,”katanya.Majlis dirasmikan oleh isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria. Halina turut menyeru semua masyarakat untuk mengambil peluang dan berani mencuba sesuatu yang baru untuk mencapai kejayaan. “Untuk mencapai kejayaan ini kita perlulah bijak mencari peluang dan memanfaatkan peluang tersebut dengan sebaik mungkin. Hindarilah dari rasa takut dan perlu memberanikan diri untuk mencuba sesuatu yang baharu,” katanya. Pameran ini juga dimeriahkan dengan PSJK Handmade Market yang membuka kaunter jualan produk seni jahitan kreatif. PSJK Handmade Market merupakan satu platform yang dibangunkan oleh persatuan berkenaan untuk membantu sekumpulan masyarakat yang terdiri dari golongan ibu tunggal, golongan kurang upaya, pesara, suri rumah dan belia membina kehidupan yang lebih baik melalui bidang kemahiran dan keusahawanan.
29 Jul 17
630
Wajar Wajib Suntikan Vaksin - Ahmad Razif
Kerajaan negeri menyambut baik kajian kanak-kanak wajib mendapatkan vaksin penuh sebelum didaftarkan ke Tadika.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata suntikan vaksin wajar dilakukan bagi melindungi anak-anak ketika berada di tadika memandangkan mereka boleh dijangkiti penyakit dengan mudah sekiranya ketahanan imunisasi badan lemah.Katanya, sebelum melaksananya kerajaan perlu meneliti dan memberi penjelasan kepada ibu bapa terlebih dahulu supaya mereka faham kebaikan vaksin." Kita akan melihat kewajarannya terlebih dahulu tetapi sepatutnya vaksin ini memang perlu diambil oleh semua kerana mencegah lebih baik daripada mengubati . Dengan adanya persediaan awal, kita dapat mengelakkan perkara yang boleh menyusahkan kita kelak."Kita juga sudah sedia maklum dan melihat daripada semua aspek termasuk keagamaan yang menyatakan suntikan vaksin ini tidak menyalahi hukum kerana ia membantu mengelakkan kita daripada penyakit yang merbahaya," katanya kepada media selepas Sambutan Hari Raya Guru di Daerah Kuala Nerus, dekat Stadium Tertutup Gong Badak, petang semalam.Katanya, tiada sebab ibu bapa untuk berdegil untuk mengambil vaksin kerana kepercayaan mereka." Bagaimanapun, untuk melaksanakan perkara ini kita perlu melihat undang-undang dan enakmen yang sedia ada, jika tiada masalah kita boleh laksanakan." Selain itu, daripada isu perbelanjaan juga perlu dikaji bagi mengelak sebarang masalah pada masa hadapan," katanya.
28 Jul 17
34
Bakal Jemaah Perlu Peka Kadar Perayauan Bagi Elak Kerugian- Jailani
Bakal jemaah haji negara ini dinasihatkan agar sentiasa mendapat informasi tepat dan terkini mengenai kadar perayauan antarabangsa bagi mengelakkan membayar caj yang terlampau tinggi.Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Dato' Jailani Johari berkata kebanyakan orang ramai termasuk jemaah haji yang ke luar negara tidak menyedari hal ini kerana tidak mengetahui tarif sebenarnya perayauan antarabangsa.Jelasnya, kerana kecuaian itu, mereka sentiasa mengaktifkan penggunaan panggilan dan data secara berterusan."Nasihat saya kepada semua pengguna telefon agar menyemak dahulu,pastikan yang mana sesuai kalau tak pasti tanya pihak yang berkenaan, kerana nanti kalau kita tersilap guna dan had yang dibenarkan oleh sesuatu kad itu habis digunakan dalam masa singkat.. jadi rugilah."Mungkin ramai bakal jemaah haji tidak tahu tentang caj ini dan bila pulang ke Malaysia,mereka terpaksa membayar harga yang tinggi malah boleh menyebabkan kerugian."Syarikat Komunikasi telah menyediakan pelbagai pakej perayauan antarabangsa dalam negara termasuk di Tanah Suci dan para jemaah boleh merujuk kepada pegawai Tabung Haji yang bertugas di sana sekiranya mempunyai masalah berkaitan pakej atau sebagainya,"kata JailaniBeliau berkata demikian kepada pemberita selepas meraikan bakal Jemaah Haji Parlimen Hulu Terengganu, Meraikan Pelajar-pelajar cemerlang PT3 2016 serta Merasmikan Mesyuarat Agong Persatuan Teksi Hulu Terengganu di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu,Kuala Berang hari ini.Dalam majlis itu,seramai 171 bakal jemaah haji dari daerah Hulu Terengganu diraikan dan menerima sepasang kain ihram untuk lelaki,sepasang telekung untuk wanita serta wang tunai RM100.Menurutnya,para petugas Tabung Haji juga membuka kiosk bagi menjual kad sim berdekatan hotel penginapan bagi memudahkan para jemaah bberkomunikasi dengan keluarga di Tanahair tanpa sebarang masalah.Tambah Jailani lagi,pihaknya juga akan memastikan syarikat-syarikat telekomunikasi utama di negara ini menyediakan pelbagai pakej murah bagi mempermudahkan para jemaah haji berhubung dengan keluarga di Malaysia.Antara yang menawarkan perkhidmatan ini ialah celcom dan TM i-talk dengan pelan yang menarik dan tidak membebankan bakal haji untuk berhubung dengan keluarga di Malaysia."Kerjasama ini dilaksanakan bagi kemudahan jemaah haji agar lebih mudah berkomunikasi dengan keluarga dari Tanah Suci dengan tarif terbaik dan tidak membebankan pengguna."Celcom misalnya menawarkan pakej iaitu RM138 untuk satu minggu dengan 3GB panggilan tanpa had ke Saudi Arabia dan Malaysia.Ini termasuklahperayauan antarabangsa dengan syarikat komunikasi Saudi seperti Mobily,Zain dan STC..dan untuk kemudahan para jemaah,saya syorkan langgan di Malaysia sebelum bertolak untuk kemudahan bersama,"kata Jailani.
28 Jul 17
37
Perkenal Kembali Tabung Perumahan Negeri
Kerajaan negeri akan memperkenalkan semula Tabung Perumahan Negeri dalam pembentangan Bajet 2018 akan datang bagi membantu rakyat Terengganu mendapatkan pembiayaan untuk membina rumah sendiri.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata tabung perumahan itu pernah dilaksanakan kira-kira empat tahun lalu dengan peruntukan sebanyak RM50 juta disalurkan untuk rakyat Terengganu yang layak.Jelasnya lagi, sebelum ini rakyat Terengganu yang layak mendapat pembiayaian dari tabung tersebut mendapat pinjaman maksimum RM50,000 dan ansuran bayaran balik selama 30 tahun tanpa caj."Kita tak tahu apa punca bantuan perumahan itu terhenti,mungkin faktor kewangan namun kerajaan negeri akan meneruskan semula bantuan tabung untuk bajet tahun depan."Keutamaan akan diberi kepada golongan yang tidak mempunyai slip gaji, tidak mempunyai pendapatan bulanan tetap dan belum memiliki rumah sendiri... namun jumlah pinjaman terbaharu dan tempoh bayaran balik belum dimuktamadkan lagi," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Dungun hari ini.Sebelum itu,dalam ucapan perasmiannya,Ahmad Razif berkata beberapa mekanisme telah dicadangkan kepada kerajaan pusat untuk pembayaran semula wang pembinaan Lebuhraya Pantai Timur Fasa Kedua (LPT 2)."Antara mekanisme yang dicadangkan termasuklah pembayaran RM740 juta dalam bentuk projek pembinaan Rumah Mampu Milik (RMM) di kesemua 32 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu."Dengan duit ini,kita dapat membina dengan segera kira-kira 10,000 unit RMM apabila dapat bayaran tersebut,"katanya.
28 Jul 17
26
Pastikan Penglibatan Sayap Parti Dalam J3K-Ahmad Razif
Kerajaan negeri akan melihat kembali kes-kes terpencil mengenai isu mana-mana ketua ketua pergerakan pemuda, wanita dan puteri di negeri ini yang tercicir daripada menganggotai Jawatankuasa, Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K).Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif *Abd* Rahman berkata,perkara itu mungkin salah satu kes terpencil kerana pemilihan jawatankuasa J3K telah ditetapkan daripada pemimpin-pemimpin sayap parti."Setiap J3K ,ahlinya memang terdiri daripada ketua pemuda,wanita dan 7puteri."Dan jika ada yang tercicir,boleh kita bagi ingatan semula kepada J3K,"kata Ahmad Razif kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Dungun di Dewan Majlis Perbandaran Dungun hari ini.Beliau yang juga Menteri Besar berkata demikian ketika diminta mengulas ucapan Arlina dalam ucapannya memohon kerajaan mempertimbangkan cadangan untuk melantik ahli Puteri bagi menganggotai J3K.Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Dungun, Dato' Din Adam dan Timbalannya, Roslee Daud serta Ketua Puteri UMNO bahagian itu, Arlina Rosli.
28 Jul 17
36
Kerajaan Negeri Harap Terengganu Inc Terus Berkembang, Tingkat Ekonomi Negeri
Kerajaan negeri mengharapkan Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) terus berkembang dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi sekaligus akan memberi banyak manfaat kepada rakyat dan negeri ini.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, syarikat pegangan pelaburan kerajaan negeri itu telah banyak menyumbang terhadap pembangunan negeri dalam pelbagai sektor walaupun berdepan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu.“Alhamdulillah, selama ini Terengganu Inc banyak bantu rakyat. Diharapkan Terengganu Inc terus berjuang bagi memastikan bahawa apa yang kita belanjakan untuk pelaburan, akan pulang balik kepada rakyat.“GLC (syarikat berkaitan kerajaan) yang kita bina oleh kepimpinan terdahulu, adalah untuk kita hasilkan keuntungan bagi dipulangkan balik kepada rakyat."Malah, pada bulan puasa lalu, Terengganu Inc banyak memberi bantuan barangan keperluan asas kepada orang miskin,” katanya.Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Jalinan Mesra Terengganu Inc di Chendering, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Inc, Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak.Dalam pada itu, Ahmad Razif turut meminta kakitangan Terengganu Inc bersama dengan pengurusan bekerjasama demi rakyat dan negeri Terengganu. “Dan paling penting, semua kakitangan Terengganu Inc mesti bersama dengan pengurusan, bersama saya (kepimpinan), kerana apa yang kita ingin lakukan adalah demi untuk rakyat Terengganu dan negeri Terengganu,” katanya.
27 Jul 17
36
Tabung Darul Iman Biayai 108 Pesakit Kronik Di Dungun
Kerajaan negeri melalui Tabung Darul Iman(TDI) memperuntukkan hampir RM108,000 bagi membiayai rawatan 108 pesakit kronik di Parlimen Dungun.Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud berkata bantuan itu merupakan tanda keprihatinan kerajaan negeri kepada rakyat yang memerlukan bantuan dan sokongan."Melalui bantuan ini,kita nak beritahu betapa caknanya pemimpin dan kerajaan Barisan Nasional(BN)sebab ada sesetengah masyarakat melihat kerajaan tidak berbuat sesuatu untuk kepentingan rakyat."Dan dengan pelbagai bantuan termasuk bantuan TDI membuktikan kerajaan negeri memang cukup prihatin berkaitan keperluan dan kebajikan rakyat,"kata Roslee kepada Teganukita pada Majlis Penyerahan Bantuan TDI Peringkat Parlimen di hadapan Pejabat Dewan Undangan Negeri Bukit Besi, hari ini.Jelasnya lagi,sebagai pemimpin beliau mengharap rakyat akan menilai betapa tingginya kesungguhan kerajaan BN khasnya kerajaan negeri dalam usaha membantu rakyat melalui usaha-usaha yang telah dilakukan.Che Jah Mohd NorSementara itu,Che Jah Mohd Nor,64,yang mengidap penyakit buah pinggang kronik sejak 18 tahun lalu merasa syukur apabila menerima bantuan TDI sebanyak RM1,500 untuk meringankan beban kos rawatannya.Beliau yang tinggal di Ketengah Jaya ,hidup dengan bergantung sepenuhnya kepada suami,Abdul Rahman Rejab,54, yang bekerja sebagai buruh dan memperoleh pendapatan tidak tetap.Malah katanya, dia tidak mampu menampung kos rawatan dialisis yang mencecah RM200 setiap minggu.“Tiga kali seminggu mak cik perlu cuci buah pinggang di RTC Durian Mas.Kos agak tinggi bagi mak cik yang tidak bekerja,ini memang jadi masalah walaupun kos agak berkurang berbanding semasa mendapat rawatan di Kemaman.“Jika buah pinggang tidak dicuci,mak cik akan mudah pengsan dan tidak bermaya tambahan dengan faktor usia mak cik ni,”ujar Che Jah.Jelasnya dengan bantuan yang diterima daripada TDI buat kali ketiga telah membantu meringankan bebannya dalam urusan perubatan."Saya nak ucapkan terima kasih dan merasa syukur terhadap keprihatinan wakil rakyat dan kerajaan negeri yang sentiasa cakna tentang permasalahan kami."Memang rasa terharu sangat bila dapat bantuan ni sebab mak cik dah tak dapat bantuan lain untuk teruskan rawatan buah pinggang ni dan kalau boleh mak cik harap sangat dapat bantuan lain daripada pihak tertentu dalam meneruskan kehidupan mak cik,"katanya.
27 Jul 17
159
Penderitaan Muhammad Bilal Dapat Perhatian Tabung Darul Iman
YB Roslee mendengar cerita daripada Muhammad Bilal sambil diperhatikan ibunya Wan HayatiPenderitaan seorang anak muda, Muhammad Bilal Muhammad Ariffin,27, yang menghidapi 'Spinabifida' sejenis penyakit saraf tulang belakang sejak dilahirkan mendapat perhatian kerajaan negeri melalui Tabung Darul Iman (TDI)Beliau yang tinggal di Kampung Pulau Serai menerima sumbangan lampin pakai buang bagi meringankan bebanan keluarga.Selain penyakit saraf, Muhamad Bilal juga mengalami masalah buah pinggang kronik yang memerlukan rawatan cucian empat kali seminggu.Katanya, disebabkan masalah itu,dia terpaksa berhenti belajar di Politeknik Dungun dan hanya sempat menghabiskan satu semester sahaja."Namun semua itu tidak pernah membuatkan saya putus asa,saya masih ada kudrat dan saya gunakan kudrat yang ada untuk mencari sedikit pendapatan bagi membiayai kos perubatan termasuk keperluan lampin pakai buang."Saya terpaksa memakai lampin pakai buang sebab saluran pembuangan najis dan saluran kencing saya tidak berfungsi dengan baik walaupun pernah membuat pembedahan dulu,"kata Muhammad Bilal ketika ditemui Teganukita selepas Majlis Penyerahan Bantuan TDI Peringkat Parlimen di hadapan Pejabat Dewan Undangan Negeri Bukit Besi, hari ini.Majlis itu disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud.Menurutnya kos lampin pakai buang memang tinggi ditambah lagi dengan kos rawatan untuk penyakit sampingannya yang lain."Sejak lahir sehingga sekarang,saya dah lalui lima pembedahan termasuklah membentuk saluran pembuangan najis dan menerima pelbagai rawatan."Saya banyak buat permohonan untuk mendapatkan bantuan bagi meringankan beban saya tapi gagal sehinggalah berjumpa dengan Wakil Rakyat Bukit Besi,YB Roslee yang cukup prihatin."Pada hari ini saya mendapat bantuan lampin pakai buang daripada TDI dan cukup memberi kelegaan kepada saya dan ibu,"ujarnya lagi.Muhammad Bilal kini menjual nasi lemak di Bandar Dungun berhampiran muzium sebagai sumber pendapatan dan dibantu oleh adiknya Fatin Nadira Muhammad Ariffin,23,yang sanggup berkorban untuk meneruskan pengajian di luar negara.Fatin kini belajar secara pengajian jarak jauh(PJJ)kerana tidak sanggup melihat abangnya keseorangan bekerja dan demi kasih sayang seorang adik,beliau melupakan impiannya menyambung pelajaran di luar negara.Menurut ibunya Wan Hayati Wan Hamid,55,dia juga terpaksa berhenti kerja dan mencari rezeki sebagai pengusaha kantin di Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Serai."Nak buat macam mana,sebagai ibu saya tak sanggup biar anak saya seorang diri,biarlah pengorbanan ini memberi sedikit sinar kepada Bilal."Saya juga terpaksa bertabah sebab suami saya disahkan menghidap ketumbuhan dalam kepala dan saya seorang diri terpaksa memikul tanggungjawab menanggung keluarga ini sekarang."Bila YB Roslee menolong saya dengan bantuan TDI, Allah sahaja yang tahu perasaan di hati ini....syukur sangat-sangat sebab akhirnya ada pemimpin yang cakna akan masalah kami ni,"kata Wan Hayati dalam keadaan sebak.
27 Jul 17
54