lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
50 Penjawat Awam Cemerlang Terima Hadiah Pakej Menunaikan Haji
Ahmad Razif bergambar kenangan bersama penjawat awam yang menerima anugerah perkhidmatan cemerlang. Foto Zulkifli PutraPerkhidmatan awam kini menjadi  fokus utama rakyat sekalu ejen pelaksana bagi menjayakan pelbagai program pembaharuan baik di peringkat persekutuan mahupun  negeri. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata sehubungan itu, penjawat awam perlu sentiasa mempertingkatkan pecapaian masing-masing bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan adalah yang terbaik dan memenuhi aspirasi rakyat secara keseluruhannya.Katanya, pada sama sama, kita perlu sentiasa bermusahabah diri untuk terus menerus memperbaiki sistem pencapaian perkhidmatan ke arah lebih cekap dan berkesan.“Kecemerlangan dalam memberikan perkhidmatan akan menjadi teras bagi menjayakan agenda Tranformasi Terengganu Baharu (TTB).“Harapan saya, setiap penjawat awam perlu menanam  sikap ingin menjadikan kecemerlangan bagi mencapai matlamat dalam menyempurnakan amanah yang diberi,”katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Peringkat Negeri Terengganu, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail.Seramai 50 penjawat awam pelbagai jabatan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.Setiap penerima anugerah  memperoleh ganjaran pakej menunaikan haji atau umrah, wang tunai RM5,000 beserta plak Sementara itu, Wan Nawawi berkata hasil daripada kecemerlangan dalam pekerjaan itu akan memberikan kepuasan dan kegembiraan bukan sahaja kepada diri sendiri dan kerajaan malahan keada rakyat secara keseluruhannya.Katanya, dalam usaha meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan awam di negeri ini yang perlu  diberi tumpuan ialah meningkatkan dan memantapkan proses penyampaian perkhidmatan.“Langkah itu penting bagi  memastikan dasar-dasar dan program kerajaan yang dilaksanakan mencapai sasaran yang ditetapkan secara terus kepada rakyat,” katanya.
02 Aug 17
54
Empty Image
Skim Khas RTB Dibuka Mulai Hari Ini, Pemohon 21 Tahun Ke Atas
Ahmad Razif menunjukkan lamang sesawang permohonan skim khas RTB yang turut boleh diakses melalui telefon pintar. Foto Oleh: Tg Syamim Tg IsmailRakyat Terengganu khususnya golongan kurang berkemampuan menerima khabar gembira apabila kerajaan negeri mengumumkan Skim Khas Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) untuk pembinaan rumah kediaman dilaksanakan secara terbuka dan tanpa had usia.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, jika sebelum ini syarat permohonan kepada yang berumur antara 21 hingga 40 tahun, bagaimanapun hasil mesyuarat mingguan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini, permohonan dibuka kepada 21 tahun ke atas tanpa had umur.Katanya, pada masa ini sebanyak 5,939 lot tanah kosong sudah dikenal pasti dimana Setiu (3362), Dungun (1332), Kemaman (928), Kuala Terengganu (109),Marang (71), Besut (69), Hulu Terengganu dan Kuala Nerus masing-masing (34) dan jumlahnya tidak bersifat statik kerana ianya akan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. “Pejabat Tanah dan Galian Negeri berjaya mengenal pasti setakat ini sebanyak 5,939 lot tanah.“Terdapat daerah contohnya Kuala Nerus dan Hulu Terengganu yang menawarkan jumlah lot tanah yang lebih kecil berbanding daerah lain berikutan daerah tersebut belum lagi membuka RTB.“Justeru, saya sudah minta pentadbir tanah mulai sekarang mengenalpasti mana-mana tempat yang boleh kita jadikan RTB di kawasan masing-masing,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Pelancaran Skim Khas RTB  Tapak Rumah 2017 di Wisma Darul Iman, hari ini.Tambah beliau, kerajaan negeri juga akan mengenal pasti tanah-tanah Kerajaan Pusat yang belum digunakan untuk ditukarkan kepada lot-lot tanah supaya boleh diagihkan kepada rakyat yang memerlukan.Ahmad Razif berkata, semua rakyat Terengganu yang memenuhi syarat akan berpeluang memiliki tanah sendiri apabila permohonan skim khas RTB ini dibuka  secara online mulai jam 5 petang ini menerusi laman sesawang http://tanahrtb.terengganu.gov.my
02 Aug 17
182
Empty Image
Program Baiti Jannati Di Terengganu Bina 57 Rumah Baharu Bernilai RM1.7 Juta Sejak 2008
Sebanyak 47 unit rumah dengan kos RM1.7 juta dibelanjakan untuk Program Baiti Jannati Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak 10 tahun lalu di seluruh Terengganu.Projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) TNB bagi membaiki dan membina rumah bernilai RM50,000 sebuah khusus kepada golongan kurang berkemampuan yang tinggal di luar bandar, bukan dari sumbangan kerajaan negeri, tetapi keuntungan syarikat korporat itu serta zakat kepada orang Islam yang kurang berkemampuan.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A.Latiff Awang berkata, usaha TNB yang berterusan melakukan tanggungjawab sosial wajar dipuji dan dicontohi oleh semua pihak.“Program seperti ini terpuji kerana ia dapat membantu golongan yang memerlukan bantuan antaranya orang kurang upaya, ibu tunggal, warga emas dan penduduk miskin yang tinggal di luar Bandar.“Saya mengucapkan jutaan terima kasih atas CSR TNB yang telah bermula sejak tahun 2008 lagi kepada rakyat Terengganu dan program Baiti Jannati TNB ini yang telah dilancarkan pada 2007 oleh Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, ”katanya ketika berucap di Majlis Kesyukuran Sempena Penyerahan Rumah Projek Baiti Jannati TNB di Kampung Gondang, Marang, semalam.Turut hadir, Pengurus Besar (Perkhidmatan Pelanggan) TNB, Mohd Rashdi Ab Hamid.Sementara itu, penerima rumah berkenaan, Mariam Taib, 67, yang juga seorang ibu tunggal mempunyai lapan orang anak amat terhutang budi dengan bantuan TNB dan kerajaan negeri kerana membantunya untuk memiliki rumah di atas tanah sendiri.“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat, dengan adanya rumah ini, ia dapat meringankan beban saya sekeluarga dan saya amat bersyukur kerana telah terpilih mendapat bantuan rumah ini,”katanya yang sebelum ini terpaksa tinggal di atas tanah orang lain di Kampung Sungai Undang di Binjai Rendah, Marang.Pada keseluruhannya sejak 2007 TNB telah membelanjakan sebanyak RM17.6 juta untuk membina dan membaik 439 rumah orang miskin di seluruh Malaysia.
01 Aug 17
569
Empty Image
JHEAT Pergiat Kempen, Galak Pengusaha Dapatkan Sijil Halal
Ghazali (tengah) menyerahkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia  kepada Yasir yang mewakili TGG Manufacturing di Chendering, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu KassimKerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) akan mempergiatkan kempen untuk menggalakkan lebih ramai pengusaha makanan, kosmetik serta perubatan tradisional dan moden negeri ini memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia & Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, kempen yang akan dilaksanakan bermula September ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan membantu dari segi khidmat nasihat, bimbingan dan sebagainya kepada para pengusaha yang ingin memohon sijil halal. “Adalah penting untuk pengusaha-pengusaha ini memiliki sijil halal kerana produk mereka bukan sahaja untuk kegunaan orang Islam di negeri ini malah untuk negara luar sekiranya mereka menembusi pasaran antarabangsa.“Malah, sijil halal Malaysia yang dikeluarkan Jakim telah diperakui oleh seluruh negara,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Sijil Pengesahan Halal Malaysia kepada TGG Manufacturing di Chendering, hari ini.Turut hadir, Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato’ Wan Mohd Wan Ibrahim dan Pengurus Besar TGG Manufacturing Yasir Che Abdullah.Menurut Ghazali, sehingga bulan lalu jumlah premis pemegang SPHM di negeri ini yang masih sah tempoh adalah 128 buah yang terdiri daripada premis makanan (34), produk makanan dan minuman (78), barang gunaan (11), kosmetik dan dandanan diri (1) dan rumah sembelih (4). Ghazali berkata, antara faktor yang menyebabkan ramai pengusaha tidak memohon sijil halal adalah disebabkan tanggapan salah berkenaan tempoh masa yang terlalu lama bagi mendapatkan sijil halal sebelum ini.“Hakikatnya, sekarang ini prosesnya semakin mudah dan kebiasaan hanya mengambil masa 30 hingga 90 hari sahaja,” ujarnya.
01 Aug 17
298
Empty Image
2,548 Individu Dari Terengganu Terpilih Tunai Haji
Seramai 2,548 bakal jemaah haji dari Terengganu, termasuk mereka yang terpilih melalui Program Khas Haji Perdana Menteri akan berlepas ke tanah suci Mekah secara berperingkat- peringkat  mulai 9 ogos ini.Jumlah itu bertambah berbanding tahun lalu yang membabitkan 1,327 jemaah.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata kuota haji Terengganu bertambah hampir setiap tahun di mana pada 2014, pihaknya dapat menghantar 631 jemaah, 832 jemaah pula pada 2015.Katanya, pertambahan kuota haji membolehkan kerajaan negeri dapat menghantar 200 penjawat awam yang memperoleh Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dari 2014 hingga 2017."Sebanyak enam penerbangan terus disediakan dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus ke Jeddah bermula 9 hingga 12 Ogos."Melihat keadaan itu membuktikan hubungan baik Lembaga Tabung Haji dan Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Arab sentiasa erat, " katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Saguhati Bawah Program Khas Haji PM, di  Duyong Marina, Kuala Terengganu, hari iniAhmad Razif turut memberitahu, semua bakal haji dinasihatkan agar sentiasa menjaga kesihatan dan membawa bekalan ubatan ke tanah suci." Mereka yang terlibat perlu mengikuti arahan pihak tabung haji dan tidak sesekali menimbulkan sebarang provokasi termasuk sentimen politik ketika berada di sana," katanya.
31 Jul 17
31
Empty Image
ATM Anjur Karnival Semarak Merdeka
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bersama Pejabat Ahli Parlimen Kemaman akan menganjurkan Karnival Semarak Patriotisma Merdeka 2017 pada 17 dan 18 Ogos ini bertempat di Padang Astaka Taman Bandar, Chukai, Kemaman.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek berkata, karnival berkenaan akan dimuatkan dengan beberapa aktiviti menarik."Antaranya pertunjukan pancaragam, pameran pelbagai aset kententeraan ATM dan beberapa pertunjukan khas lain," katanya.Beliau berkata demikian ketika melakukan lawatan ke tapak Program Semarak Patriotisme Peringkat Parlimen Kemaman di Padang Astaka, Chukai bersama ATM, semalam.Menurut Shabery, objektif utama karnival berkenaan adalah untuk memberi penghargaan kepada Tan Sri Raja Mohamed Afandi selaku anak jati Daerah Kemaman yang dilantik menyandang jawatan tertinggi dalam ATM.Katanya, karnival tersebut juga dilihat dapat memberi peluang kepada warga Kemaman untuk melihat pelbagai aset kententeraan secara lebih dekat lagi serta mendekatkan tentera dengan rakyat.Beliau juga menyarankan supaya semua warga Kemaman dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program pertama kali diadakan itu."Serentak dengan penganjuran karnival itu turut diadakan Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Parlimen Kemaman," katanya.Tambahnya lagi, anggota tentera yang terlibat dianggarkan kira-kira puluhan ribu daripada ketiga-tiga cabang angkatan tentera iaitu darat, laut dan udara.Katanya, Panglima ATM, Tan Sri Raja Mohamed Afandi Raja Mohamed Noor dijangka akan hadir ke program yang diadakan khas untuk warga Kemaman itu.Selain itu, menurut Shabery penduduk Daerah Kemaman juga amat berbangga dengan pelantikan Raja Mohamed.
31 Jul 17
372
Empty Image
180 Kanak-Kanak Tabika Kemas Serlah Potensi
MB dan isteri bergambar bersama kakitangan serta kanak-kanak Tabika Kemas Kuala Nerus. Foto oleh Zulkipli PutraSeramai 180 kanak-kanak Tabika Kemas di Kuala Nerus berpeluang menunjukkan bakat, kebolehan, mengembangkan minat dan kreativiti di peringkat awal usia menerusi pelbagai acara sukan sempena Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika Kemas Parlimen Kuala Nerus 2017.Isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria berkata, beliau berbangga dengan komitmen dan potensi golongan cilik itu sekali gus dapat memupuk nilai-nilai murni, keyakinan diri, kecergasan serta ketangkasan fizikal kanak-kanak berkenaan.“Program seperti ini dapat memberi ruang kepada ibu bapa dan masyarakat untuk melihat, mengenal pasti potensi dan perkembangan diri kanak-kanak dari aspek sosio emosi, intelek fizikal dan rohani,”katanya di Majlis Perasmian Penutup Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika Kemas Parlimen Kuala Nerus 2017, di Kampung Baru, Seberang Takir, hari ini.Turut hadir, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Sementara itu, Pengarah Kemas Negeri Terengganu, Dr. Faridah Mat berkata, hari potensi dijadikan sebagai aktiviti ko-kurikulum tabika secara tahunan dan melibatkan tiga peringkat iaitu daerah, negeri dan juga kebangsaan.“Dengan program yang diadakan ini kita dapat melihat bakat yang ditonjolkan oleh kanak-kanak tabika untuk diketengahkan dan berharap agar Parlimen Kuala Nerus dapat menjadi johan dalam acara peringkat negeri yang akan diadakan pada bulan oktober nanti.“Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Menteri Besar kerana sempat hadir untuk beramah mesra bersama kanak-kanak tabika kemas Kuala Nerus walaupun jadual beliau begitu padat”, katanya.Tujuh acara sukan yang diadakan ialah futsal, gerak kreatif, bola jaring, larian perseorangan, larian merentasi halangan dan “Rounders” melibatkan empat DUN Kuala Nerus iaitu Seberang Takir, Bukit Tunggal, Tepuh dan Teluk Pasu.Juara keseluruhan dimenangi oleh DUN Tepuh, manakala seni hias khemah dan perbarisan dimenangi oleh DUN Seberang Takir.
30 Jul 17
961
Empty Image
Jemaah Haji Dinasihat Ikut Peraturan
Jemaah haji dinasihatkan untuk mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan Lembaga Tabung Haji sepanjang mengerjakan Rukun Islam kelima di Tanah Suci bagi memastikan segalanya berjalan lancar dan tumpuan penuh dapat diberikan dalam mengerjakan ibadah haji. Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif berkata, jangan sesekali mereka ini (jemaah) melakukan kesalahan antaranya membawa risalah-risalah berbaur politik dan sebagainya.“Kepada bakal haji kita nasihatkan pertama sekali mereka perlu ikut peraturan dan undang-undang.“Kita harap mereka semua patuh kerana dalam soal mengerjakan ibadah haji, apa yang penting adalah untuk memberikan sepenuh tumpuan terhadap ibadah tersebut,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas mengenai nasihat kepada jemaah haji berikutan pergolakan politik yang berlaku di Tanah Suci baru-baru ini selepas meraikan 410 bakal Jemaah haji Parlimen Kuala Nerus, semalam.Turut hadir, Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Nerus, Dato' Basir Ismail.Ahmad Razif turut memohon supaya jemaah haji mendoakan kesejahteraan, kemakmuran dan keamanan negara khususnya dan Terengganu amnya.
30 Jul 17
72
Empty Image
Kerajaan Negeri Adakan Himpunan Bantah Kekejaman Israel
Kerajaan negeri akan mengadakan himpunan bantahan terhadap kekejaman rejim Israel ke atas penduduk Palestin di perkarangan Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man pada 11 Ogos ini.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, himpunan itu sebagai tanda protes terhadap Israel yang sengaja menyekat rakyat Palestin daripada memasuki Masjid Al-Aqsa, baru-baru ini.Katanya, ia juga bagi menzahirkan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin mempertahankan tanah air mereka.“Kita berhasrat untuk mengadakan perhimpunan di perkarangan monumen Masjidil Aqsa di TTI untuk melahirkan bantahan dan juga sebagai tanda solidariti dan permuafakatan antara orang-orang Islam di Terengganu dalam membantah penindasan dan pencerobohan yang sedang berlaku di Palestin.“Ianya akan dimulakan dengan program solat Maghrib, Isyak dan solat Hajat secara berjemaah di Masjid Kristal terlebih dahulu dan dianggarkan seramai 2,000 orang yang akan hadir pada malam tersebut,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Meraikan Bakal Haji Parlimen Kuala Nerus, semalam.Turut hadir, Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Nerus, Dato' Basir Ismail.
30 Jul 17
33
Empty Image
RM277 Ribu Suntikan Untuk MBD Marang Bergerak Aktif
A.Latiff Awang menyerahan replika check kepada Amirullah Othman.Kerajaan negeri memperuntukkan RM277,000 kepada Majlis Belia Daerah (MBD) Marang untuk diagihkan RM5,000 kepada setiap persatuan belia cawangan yang aktif. Pengerusi Jawatankuasa pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A.Latiff Awang berkata, kerajaan negeri menerusi MBD sudah mengadakan perbincangan supaya peruntukan itu dapat memberi pulangan dalam melahirkan belia yang cemerlang dan aktif menerusi pelaksanaan pelbagai program yang bermanfaat. “Saya sarankan agar persatuan belia aktif dalam membuat program, bukan sahaja aktif dalam bidang sukan dengan bermain bola, futsal, boling. Malah, untuk turut aktif dalam bidang kemasyarakatan, sosial, pendidikan dan sebagainya. “Selain itu, mana-mana cawangan yang tidak aktif perlulah mencontohi cawangan yang aktif seperti cawangan Bukit Payung, Wakaf Tapai dan lain-lain. Ini kerana, cawangan yang aktif ditunjangi pengerusi dan jawatankuasa yang komited memainkan peranan dan tanggungjawab dalam menaikkan persatuan belia cawangan mereka," katanya di Majlis Jamuan Hari Raya dan Penyerahan Bantuan Pentadbiran Persatuan Belia Parlimen Marang 2017 di kediaman beliau, di Binjai Rendah, baru-baru ini. Turut hadir, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Marang, Wan Norhayati Wan Ibrahim dan Timbalan Presiden Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia, Amirullah Othman. A. Latiff turut berharap agar mana-mana pengerusi belia cawangan perlu memainkan peranan mereka dengan sebaik mungkin dan melatih pelapis untuk menguruskan persatuan supaya terus berkesinambungan. “Hanya 56 cawangan sahaja yang aktif setakat ini. Jadi saya berharap agar lebih banyak lagi program dapat dijalankan oleh persatuan belia kerana kerajaan negeri amat komited dengan persatuan belia pada hari ini. "Sebagaimana umum mengetahui, belia banyak membantu dalam memakmurkan dan sentiasa menyokong dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional,"katanya.
30 Jul 17
35