lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Bertuah Terpilih Tunai Haji
Ahmad Razif meraikan bakal jemaah haji pada Majlis Meraikan Bakal Jemaah Haji Parlimen Kuala Nerus, di Hotel Tabung Haji, Foto Zulkifli Putra“Saya menganggap diri antara insan paling bertuah kerana turut dipilih Allah S.W.T dan disenaraikan oleh Kerajaan Terengganu untuk menunaikan haji pada tahun ini.“Tiada apa yang boleh diungkap melainkan rasa syukur kepada Yang Maha Esa dan terima kasih buat  kerajaan dan Menteri Besar kerana hadiah ini dapat menunaikan hajat saya sejak 30 tahun lalu,” kata Pesara Lembaga Muzium Negeri Terengganu, Mohd  Ariffin Muda, 60.Arifin antara individu yang terpilih menunaikan haji selepas memenangi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)  Peringkat Negeri Terengganu 2015.Beliau berkata demikian kepada Teganukita selepas Majlis Meraikan Bakal Jemaah Haji Parlimen Kuala Nerus, di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus, petang semalam.Majlis itu disempurnakan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman. Hadir sama isterinya, To’ Puan Seri Halina Zakaria.Ariffin turut memberitahu,  jika bukan kerana hadiah dari APC yang diterima pada 2015, mungkin dia sukar untuk ke Tanah Suci Mekah kerana gilirannya mengambil masa berpuluh tahun lagi.“Lebih terharu pemergian ke Mekah pada 10 Ogos ini,  ditemani isteri, Zuraidah Ismail, 59, “ katanya yang tinggal di Kampung Pengkalan Maras, Batu Rakit.Pesara guru Tadika Kemas, Zaini Yahya, 59, penantian lebih 10 tahun untuk menunaikan haji bersama suami, Mohd Shafie Jusoh, 60, akhirnya dimakbulkan Allah S.W.T.“Dalam tempoh itu, banyak kali saya membuat rayuan, mungkin berkat kesabaran, doa dan solat hajat, apa yang diimpikan selama ini diizinkan Maha Esa,” katanya yang tinggal di Gong Badak, Kuala Nerus.Sementara itu Ahmad Razif berkata, jemaah haji Malaysia khususnya Terengganu ke Tanah Suci Mekah diminta supaya tidak melupakan kesejahteraan negara dan tanahair dalam doa mereka.“Lakukanlah ibadah haji dengan sebaiknya, dan jangan lupa untuk berdoa semoga Allah akan sentiasa memberikan rahmat-Nya kepada kita, untuk menjadi negara yang berjaya dan sejahtera,” katanya.    
06 Aug 17
125
Empty Image
PTG Terima 23,000 Permohonan Lot Tanah
Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Terengganu menerima kira-kira 23,000 permohonan Skim Khas Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) sehingga pagi ini, selepas dilancarkan kerajaan negeri dalam usaha memastikan lebih ramai rakyat memiliki lot tanah untuk pembinaan rumah kediaman.Timbalan Pengarah (Khidmat Pengurusan) PTG Negeri, Jahani Ismail berkata, sejak skim berkenaan diiklankan bermula 2 Ogos lalu, permohonan yang diterima amat memberangsangkan.“Walaupun hebahan secara manual iaitu dengan menampal iklan di semua PTG daerah dan tempat tumpuan umum belum dibuat, tetapi kita telah menerima sebanyak 23,000 permohonan secara online.“Berdasarkan sambutan yang luar biasa tidak sampai seminggu diiklankan, saya yakin jumlah permohonan akan terus meningkat sehingga tarikh tutup permohonan pada 31 Ogos ini,” ujarnya ketika dihubungi Teganukita, hari ini.Menurut Jahani, sekiranya terdapat sebarang perubahan yang ingin dibuat terhadap borang permohonan yang telah diisi secara online termasuk maklumat peribadi, pindaan lot tanah pilihan dan sebaginya, pemohon boleh mengemaskini borang permohonan masing-masing sebelum tarikh tutup.Jahani berkata, beliau turut mencadangkan pemohon meletakkan nombor kad pengenalan sebagai kata laluan untuk melancarkan proses mengemaskini atau mengisi borang permohonan.Katanya, sepertimana yang diumumkan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman baru-baru ini, orang ramai boleh memohon lot tanah di luar daerah masing-masing asalkan mereka sudah berdaftar sebagai pemilih.“Contohnya, pemohon dari daerah Kuala Nerus boleh memohon lot tanah di Kuala Terengganu ataupun daerah-daerah lain,” ujarnya.Berdasarkan laporan media sebelum ini, rakyat Terengganu yang belum memiliki tanah atas nama sendiri boleh memohon Skim Khas RTB Tapak Rumah melibatkan 5,939 lot tanah di seluruh negeri ini.Ianya meliputi Setiu (3,362), Dungun (1,332), Kemaman (928), Kuala Terengganu (109), Marang (71), Besut (69) dan Kuala Nerus dan Hulu Terengganu masing-masing 34 lot.Permohonan tersebut boleh dilakukan secara atas talian melalui https//tanahrtb.terengganu.gov.my dan http://pttrg.terengganu.gov.my.Sebanyak 50 peratus daripada 5,939 lot tanah yang ditawarkan dibuka kepada golongan belia berusia 21 hingga 40 tahun manakala selebihnya pula untuk mereka berkelayakan yang berumur 41 tahun ke atas.Antara syarat yang perlu dipenuhi bagi memohon skim Khas RTB tersebut ialah anak jati Terengganu, berkahwin, berpendapatan isi keluarga tidak melebihi RM3,500 sebulan, berdaftar sebagai pemilih pilihan raya di negeri ini dan belum pernah memiliki tanah serta rumah.
06 Aug 17
1236
Empty Image
Penyumbang RM1 Tabung UKM Terharu Ditaja Tunai Haji
Penyumbang RM1 untuk Tabung Penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 49 tahun lalu, bersyukur dan terharu apabila mendapat penajaan daripada universiti itu untuk menunaikan ibadat haji pada musim ini.Mohamad Nordin Tahir,62, bersama isterinya, Zaharah Ibrahim, 52, akan berlepas ke tanah suci dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus pada 11 Ogos ini.Ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan dan Penyerahan Pakej Haji kepada beliau dan isteri di Dewan Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir hari ini, Mohamad Nordin melahirkan rasa syukur dengan ‘hadiah istimewa’ yang diterimanya dan menyifatkan itu semua adalah kerja Allah S.W.T Yang Maha Kaya dan Pemurah.“Apabila kita memberi sedikit sumbangan dan kita tidak pernah ingat pun akan sumbangan itu, nescaya pada satu masa walaupun berpuluh-puluh tahun, akan ada orang yang mencari kita dengan izin Allah S.W.T."Seperti tidak menyangka pun ada, tapi saya percaya pada konsep rezeki dan Allah telah murahkan rezeki saya hari ini,” ujarnya yang mengetahui perkhabaran gembira itu sebelum bulan puasa lalu.Mengimbas kembali jasa mulia seorang pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Seberang Takir (sekarang Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim Fikri) pada waktu itu yang sanggup menyimpan 10 sen sehari daripada wang perbelanjaan sekolahnya demi mencukupkan jumlah RM1 untuk diderma kepada dana pembinaan UKM pada1968, universiti itu berjaya menjejaki wira tidak dicanang itu sejak April tahun lalu.Berbekalkan  hanya sepotong keratan akhbar pada tahun 1960an dalam arkib UKM, misi mencari Mohamad Nordin yang dilancarkan berjaya membuahkan hasil apabila insan berjasa itu dapat ditemui.Mohamad Nordin yang turut berucap di majlis tersebut terharu kerana pengorbanan kecil yang dilakukan beliau hampir seabad lalu akhirnya dihargai oleh UKM dan kerajaan negeri.“Terima kasih kepada UKM kerana mencari dan masih mengingati saya walaupun bagi saya sumbangan yang diberikan suatu ketika dahulu tidaklah terlalu besar.“Terima kasih juga kepada kerajaan negeri dengan penganjuran majlis ini yang memberikan peluang kepada saya untuk bertemu dengan penduduk di sini dan membolehkan saya memohon kemaafan dari mereka semua sebelum berangkat ke tanah suci,” katanya kepada pemberita selepas majlis tersebut yang disempurnakan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Turut hadir, Naib Canselor UKM, Prof. Dato’ Dr. Noor Azlan Ghazali.Bekas kakitangan Kilang Perwaja, Kemaman yang menetap di Kampung Air Lilih, Batu Enam, Kuala Nerus itu sudah mendaftar haji sebelum ini tetapi masih belum berkemampuan untuk menjejakkan kaki ke tanah suci sehinggalah UKM menggerakkan tabung dan mengumpul sumbangan bagi menghantar beliau bersama isteri untuk menunaikan ibadat haji sebagai menghargai jasanya.
05 Aug 17
147
Empty Image
Wanita UMNO Perkasakan JR & JR Plus Hadapi PRU 14
Pergerakan Wanita UMNO Hulu Terengganu akan terus meningkatkan keberkesanan Jalinan Rakyat(JR)dan JR Plus sebagai platform utama sayap itu menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Fatimah Hamat berkata, sehubungan dengan itu pihaknya akan meningkatkan pemantapan jentera JR di setiap bahagian selari dengan pengiktirafan wanita sebagai tulang belakang parti UMNO untuk bergerak aktif dengan turun ke peringkat akar umbi bagi mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti.Menurut Fatimah, adalah mustahak untuk ahli Wanita UMNO memberi kekuatan kepada kepimpinan parti kita supaya pembangkang sama ada dari luar atau di dalam parti tidak mampu melemahkan pemerintahan yang ada sekarang."Wanita sentiasa mengadakan program dan aktiviti- aktiviti di setiap cawangan yang mana turut dibantu oleh skuad Sayang di setiap cawangan."Di Hulu Terengganu ,kita mempunyai keahlian Jalinan Rakyat(JR)seramai 2,248 orang di mana setiap seorang JR perlu menjaga 30 orang pengundi di setiap lokaliti yang telah ditetapkan,"katanya berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Hulu Terengganu di Dewan Akademi Binaan Malaysia (ABM), Jenagor, Hulu Terengganu, hari ini.Tegasnya yang juga Ketua Pergerakan Wanita UMNO Negeri, Wanita UMNO tidak akan sesekali melemahkan kepimpinan negeri sendiri dan akan sentiasa menjadi benteng utama kepada parti.Mengulas mengenai persiapan Pergerakan Wanita UMNO menghadapi PRU 14, Fatimah berkata, jentera kerja Wanita UMNO berada dalam keadaan siap siaga untuk membantu semua calon BN."Walaupun parti bagus dan berjaya menambat hati rakyat, jika jentera kerja melakukan tugas tidak memuaskan hati, parti sukar untuk mencipta kemenangan."Wanita mahu dan inginkan kemenangan 5-0, di kelima-lima Dewan Undangan Negeri termasuk di Parlimen Hulu Terengganu dan berharap semua sayap-sayap UMNO Hulu Terengganu bersatu dan bekerja keras untuk menghadapai PRU 14 akan datang," katanya lagi.Menurut Fatimah, persiapan jentera kerja amat mustahak dan beliau amat berpuashati dengan gerak kerja Wanita UMNO Bahagian Hulu Terengganu."Kita telah adakan pelbagai taklimat dan kursus kepada JR untuk melancarkan pergerakan mereka ke peringkat akar umbi sebagai mata telinga parti dalam menjaga kebajikan dan masalah rakyat."Pihak kami telah merancang pelbagai program mendekati rakyat, meramaikan penyokong di samping pengundi atas pagar untuk memberikan sokongan kepada BN.“Apa jua yang berlaku kita kena bersama dengan kepimpinan utama kita yang ada sekarang kerana kita perlu bersama ketua kita di negeri ini,  menjalankan gerak kerja bagi mempertahankan parti kita dalam PRU14 yang merupakan ibu segala pilihan raya nanti," katanya.
05 Aug 17
612
Empty Image
Kerajaan Negeri Akan Bantu Keluarga Mangsa Bot Terbalik Di Muara Kuala Dungun
Kerajaan negeri akan membantu keluarga mangsa yang kehilangan ketua keluarga akibat lemas dalam kejadian bot terbalik di muara Kuala Dungun, Rabu lalu.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pihaknya memahami kesukaran yang sedang dihadapi keluarga kesemua empat mangsa yang seorang daripadanya ditemui lemas dan tiga lagi masih hilang serta akan memastikan mereka dibantu segera." Kerajaan memahami keperitan yang sedang keluarga mangsa hadapi. Jadi kita akan bantu sedaya upaya dengan kadar termampu untuk meringankan kesengsaraan mereka," katanya yang turut menyampaikan sumbangan kepada isteri dan waris kesemua mangsa kejadian.Beliau berkata demikian kepada media ketika meninjau tugas menyelamat oleh agensi terlibat di muara Kuala Dungun, petang ini.Ahmad Razif turut mengucapkan tahniah dan berterima kasih dengan komitmen serta kekuatan anggota penyelamat yang terlibat seperti Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan  Maritim Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia dengan dibantu persatuan nelayan sejak insiden malam Rabu lalu.Sehingga kini, tiga mangsa, iaitu Mohd Zawawi Mohamad, 24, Che Mohd Afendi Ismail, 34 dan Abd Wahab Zakaria, 44, belum ditemui dan gerakan mencari terus giat dijalankan termasuk mengesan menerusi unit udara.Mayat seorang daripada empat mangsa yang hilang, Mohd Nazri Yaccob, 37, ditemui 8.50 pagi semalam, 300 meter dari kawasan bot dipercayai karam itu.Dalam laporan sebelum ini, empat nelayan dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki mereka ke Kuala Dungun terbalik dalam kejadian 10 malam 2 Ogos lalu.Seorang lagi mangsa, Mohd Shahrin Yaccob, 33, selamat selepas berjaya berenang ke daratan.Mereka dikatakan dalam perjalanan masuk ke Kuala Dungun selepas pulang dari menangkap ikan.Sebelum kejadian, lima nelayan itu menaiki bot besar dan gagal memasuki Kuala Dungun berikutan keadaan sungai yang cetek.Mereka kemudiannya melabuhkan bot besar yang dinaiki di luar kuala berkenaan sebelum menggunakan bot gentian kaca untuk memasuki Kuala Dungun.Bagaimanapun, ketika dalam perjalanan itu, bot mereka dikatakan dipukul ombak besar dan terbalik menyebabkan kesemuanya tercampak ke dalam laut.
05 Aug 17
64
Empty Image
Annuar Tidak Berhasrat Sambung Kontrak Pengerusi Mara
Saya tidak berhasrat untuk menyambung kontrak sebagai Pengerusi Mara dan hasrat ini telah nyatakan dalam satu surat yang dihantar kepada Perdana Menteri(PM), Dato' Seri Nohd Najib Razak, demikian jelas Ketua Penerangan UMNO Malaysia,Tan Sri Annuar Musa.Menurutnya, selepas memegang jawatan tersebut lebih dari empat tahun ,satu surat agar pelantikan semula jawatan itu tidak disambung telah dihantar  kepada PM  pada hari Rabu baru-baru ini."Saya juga mencadangkan kepada PM agar memberi peluang kepada rakan-rakan pemimpin lain untuk menjawat jawatan tersebut,"katanya.Beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Terengganu 2017 di Dewan Komuniti Kuala Berang, malam tadi.Turut hadir Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Terengganu,Johari Abu Bakar; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu,Dato' Rozi Mamat; Naib Ketua UMNO Bahagian,Yusof Awang Hitam; Ketua Penerangan UMNO Bahagian,Ghazali Taib; Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Fatimah Hamat dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Rozita Ismail.Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Berang, Dato' Tengku Putera Tengku Awang.Ketika ditanya sama ada beliau akan menerima jika dilantik semula untuk jawatan tersebut, Annuar berkata Perdana Menteri harus melihat dan meneliti rekod tugasnya sepanjang memegang jawatan tersebut bermula 19 Ogos 2013 itu."Namun alasan yang saya bagi untuk tidak meneruskan kontrak sebagai Pengerusi Mara ialah kerana ingin memberi peluang kepada pemimpin lain dan ini terpulanglah kepada Perdana Menteri untuk melantik siapa yang dia mahu sebagai pengerusi,"katanya
04 Aug 17
176
Empty Image
Dr Fauziah Dianugerah Tokoh NGO Wanita
Perdana Menteri menyampaikan anugerah kepada Dr Fauziah pada Majlis Perdana Ulama Umara dan NGO Islam Bersama Perdana Menteri, di Putrajaya, hari ini. Foto oleh Harish Fadzilah Abu KasimAnak jati Terengganu, Timbalan Presiden Aqsa Syarif, Dr Fauziah Mohd Hassan menerima pengiktirafan apabila diumumkan Tokoh NGO Wanita pada Majlis Perdana Ulama-Umara dan badan bukan kerajaan (NGO) Islam Bersama Perdana Menteri, di Putrajaya, hari ini.Sebelum ini, usaha aktivis dan doktor perubatan negara yang mengikuti misi 'Women's Boat To Gaza' itu, pernah mendapat pengiktirafan Kerajaan Terengganu yang menganugerahkan beliau Tokoh Serikandi Khaulah Al-Azwar pada 23 Oktober lalu.Di majlis itu juga Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria dinobatkan Tokoh Ulama Sepanjang Zaman.Manakala Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad menerima anugerah Tokoh NGO Lelaki.Sementara itu, Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Zambri Mohd Isa diumumkan Tokoh NGO Belia.Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak menyampaikan piala, sijil dan tajaan menunaikan umrah kepada semua tokoh terbabit.Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Dato' Sri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Hadir sama, Setiausaha Politik Kepada Perdana Menteri, Dato' Jailani Ngah.
03 Aug 17
359
Empty Image
Koperasi Luaskan Peranan, Sertai Pasar Tani Hiliran
Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong Merasmikan Majlis Pra Pelancaran Hari Koperasi Negara 2017 Peringkat Negeri Terengganu. Foto oleh Tg. Syamim Tg. Ismail.Koperasi meluaskan skop penubuhannya apabila membuka 10 gerai di Tapak Pasar Tani Padang Hiliran, Kuala Terengganu bermula 3 Ogos hingga 10 Ogos ini .Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong berkata, kerajaan negeri menyokong sepenuhnya atas usaha-usaha yang dilakukan oleh koperasi selaras dengan agenda transformasi ke arah kesejahteraan.“Dengan pogram yang diadakan ini, saya melihat koperasi banyak membuat perubahan dengan mengembangkan skopnya membuka 10 gerai di tapak pasar tani ini.“Saya percaya dengan 700 buah koperasi yang kini ahlinya hampir setengah juta orang merupakan satu perkembangan yang baik dari koperasi. Malah, koperator Terengganu sering kali mendapat anugerah koperator yang terbaik di Malaysia.“Saya turut menyeru kepada sesiapa yang belum menjadi ahli Koperasi untuk bergiat aktif dalam bidang ini kerana banyak peluang yang akan diperolehi sekiranya anda masuk menjadi ahli Koperasi,” beliau berkata demikian dalam sidang media Pra Pelancaran Hari Koperasi Negara 2017 Peringkat Negeri Terengganu di Tapak Pasar Tani, Padang Hiliran, Kuala Terengganu, pagi tadi.Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Terengganu, Mohd Ruslan Awang berkata Koperasi telah lama terlibat dalam perniagaan di Pasar Tani tersebut. Walaubagaimanapun, koperasi cuba untuk terus mengembangkan dengan menubuhkan lebih banyak gerai di masa akan datang.“Koperasi juga berharap agar Pasar Tani Padang Hiliran akan menjadi tempat para koperator untuk mengasuh bakat mereka dalam perniagaan,”katanya.Antara badan koperasi yang terlibat ialah Koperasi Rukun Tetangga Telaga Batin Terengganu Berhad, Koperasi Peka Malaysia Berhad, Koperasi Mesra-Net Terengganu Berhad, Koperasi Warisan Keluarga Othman Kuala Terengganu Berhad, Koperasi TKPM Besut Berhad, Koperasi Kakitangan Ziq Terengganu Berhad, Koperasi As Salam Terengganu Berhad, Koperasi Pertis Terengganu Berhad dan Koperasi Kecantikan dan Spa Terengganu Berhad.
03 Aug 17
490
Empty Image
Maidam beri khidmat peguam percuma kepada asnaf
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) akan menawarkan khidmat guaman percuma kepada golongan asnaf di negeri ini sebelum akhir tahun.Yang Dipertua Maidam, Dato’  Shaikh Harun Shaikh Ismail berkata ia adalah hasil kerjasama strategik Maidam, Persatuan Peguam Syarie Negeri Terengganu dan Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu dalam membantu golongan asnaf yang memerlukan perkhidmatan berkenaan."Hasil perbincangan awal ini, Maidam akan membiayai kos guaman golongan asnaf itu, namun peguam syarie juga bersetuju untuk mengurangkan kadar bayaran itu."Ia sebagai khidmat sosial peguam syarie untuk bersama-sama membantu meringankan beban kewangan golongan asnaf terbabit dan menyelesaikan proses pendakwaan di mahkamah secepat mungkin," katanya.Setakat akhir jun lalu Maidam membelanjakan RM1.9 juta untuk keperluan golongan mualaf di Terengganu termasuk pembayaran bil hospital, ubat-ubatan dan keperluan asas yang lain.Beliau berkata ketika ini, khidmat guaman percuma ada disediakan oleh Biro Bantuan Guaman, namun kes mahkamah semakin lama semakin bertambah dan pihaknya mengambil inisiatif ini untuk membantu mempercepatkan proses di mahkamah syariah pula."Keutamaan akan diberi kepada golongan asnaf yang tidak berkemampuan untuk membayar khidmat guaman untuk proses perceraian mereka yang jumlahnya melebihi RM1,000 dan ke atas (bergantung kepada kes),”katanya.
03 Aug 17
220
Empty Image
Kerajaan Kenal Pasti, Ganti Tanah Rakyat Terlibat ECRL
Kerajaan negeri mengenal pasti tanah rakyat yang perlu diganti khususnya tanah perumahan yang terlibat projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL)yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Pantai Timur membabitkan beberapa laluan di Terengganu.Menteri Besar,Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kawasan yang akan diambil balik untuk projek ECRL sudah dikenal pasti.“Kerajaan telah mendapat keputusan kawasan yang akan diambil balik tanah, cuma jumlah tanah yang akan diambil masih belum dikenal pasti, tetapi kerajaan negeri akan memutuskan jumlah sebenar dalam masa yang terdekat ini.“Walaubagaimanapun, kerajaan akan menyediakan tanah ganti yang berdekatan kepada pihak terlibat agar mereka tidak meninggalkan kawasan yang mereka menetap selama ini.“Bagaimanapun, mereka perlu membuat pembayaran yang sewajarnya dengan pampasan tanah yang diberi oleh kerajaan,”katanya semasa sidang media Skim Khas Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Tapak Rumah 2017 di Wisma Darul Iman, hari ini.Dalam laporan sebelum ini, projek ECRL bakal dimulakan Julai ini membabitkan beberapa perubahan laluan di Terengganu.Menteri Besar berkata, ia mengekalkan lapan stesen dengan pindaan lokasi stesen dan penambahan empat jejari jajaran berbanding dua sebelum ini.Mengikut cadangan asal, ia membabitkan jarak sepanjang 234 kilometer (km) dari Kampung Raja ke Kemaman tetapi cadangan baru adalah sejauh 227 km dengan cadangan bagi empat jejari jajaran adalah 71 km.
02 Aug 17
115