Artikel "Semasa" Terkini
Projek ECRL Berimpak Tinggi Siap 2024
Perdana Menteri menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek ECRL, di Sentral KotaSAS, Kuantan, Pahang hari ini. Foto oleh Tg Syamim Tg IsmailProjek mega Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) adalah projek infrastruktur bersejarah berimpak tinggi bagi rakyat Malaysia bakal disiapkan pada 2024.Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkata, ECRL akan menjadi laluan kereta api elektrik terpantas yang menyeberangi Kelantan, Terengganu, Pahang dan juga Selangor serta `Game Changer' (penukar permainan) untuk Malaysia kerana mampu menjimatkan masa perjalanan."Jika sebelum ini perjalanan dari Gombak ke Kota Bharu mengambil masakereta api dari Gombak ke Kota Baru purata tujuh jam dengan jalan atau 12 jam atau lebih semasa musim perayaan,tetapi dengan ECRL dijangka mengambil masa kurang daripada empat jam."ECRL yang melibatkan jarak 668 kilometer ini adalah selaras dengan inisiatif Kerajaan di mana pengangkutan awam sebagai salah satu agenda utama negara untuk kemudahan infrastruktur negara yang cekap serta menghubungkan bandar dan menaik taraf pengangkutan awam di kawasan pedalaman di pantai timur," kata beliau ketika berucap di Majlis Pecah Tanah Projek ECRL, di Sentral KotaSAS, Kuantan, Pahang hari ini.Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Dato' Seri DiRaja Adnan Yaakob; Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Menteri Besar Kelantan,Dato' Ahmad Yaakob.Hadir sama, Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn Bhd,Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah dan Kaunselor Republik Rakyat China,Wang Yong.Beliau berkata, Malaysia Rail Link Sdn Bhd dan Chinese Communications Construction Company Ltd berupaya menjayakan projek untuk manfaat rakyat seperti yang ditetapkan.Menurut Najib lagi, projek pengangkutan ECRL,Transit Aliran Massa (MRT) dan Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura menjadi kunci transformasi negara dalam mencapai status negara maju dan menyediakan gaya hidup moden kepada rakyat."Ini adalah projek berteraskan rakyat dan kita sasarkan 5.4 juta penumpang serta 53 juta tan kargo menggunakan ECRL setiap tahun mulai 2030."Projek itu akan meningkatkan ekonomi dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK) dari tiga negeri Pantai Timur sebanyak 1.5 peratus dengan wujudnya ECRL dan kesan sosial yang positif untuk negeri-negeri pantai timur, "katanya lagi.
08 Aug 17
153
ECRL Bukan Retorik, Direalisasikan Demi Manfaat Rakyat- Ahmad Razif
Perdana Menteri menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Projek ECRL Sentral KotaSAS, Kuantan,Pahang, hari ini. Foto oleh Tg Syamim Tg IsmailProjek mega Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) bukan satu retorik, tetapi projek yang akan direalisasikan demi memberi banyak manfaat kepada rakyat, demikian kata Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Menurutnya, projek yang akan bermula pada Januari 2018 melibatkan lapan pakej termasuk di Terengganu."Bermakna bermula Januari ini, pelaksanaan ECRL akan bermula dan mengambil masa sehingga tujuh tahun tapi saya difahamkan akan dipastikan supaya dapat disiapkan lebih awal."Sudah pasti ianya (ECRL) akan beri banyak manfaat antaranya memudahkan lagi laluan perjalanan untuk orang Terengganu yang ingin ke Kelantan, Pahang atau Kuala Lumpur dan sebaliknya,"kata Ahmad Razif ketika ditemui selepas Majlis Pecah Tanah Projek ECRL Sentral KotaSAS, Kuantan,Pahang hari ini.Beliau juga berkata, pelaksanaan ECRL turut memberi manfaat dari segi pengangkutan barangan kargo."Ini memudahkan membawa barangan kargo untuk dihantar ke Kelantan, Pahang atau Kuala Lumpur melalui pelabuhan Kemaman, Kelantan atau pelabuhan Kelang."Urusniaga pastinya mudah dan berikan satu pertumbuhan ekonomi yang baik kepada negeri,"katanya lagi.Sementara itu, Kaunselor Republik Rakyat China,Wang Yong, berkata ECRL adalah satu lagi projek penting yang menggalakkan pembangunan dan hubungan serantau."ECRL adalah satu contoh kerjasama ekonomi terbaik antara dua negara dan akan memacu kemakmuran Malaysia."Dengan 12 stesen penumpang, tiga stesen fret dan tujuh stesen penumpang dan fret gabungan, ECRL dijangka meningkatkan keluaran dalam negara kasar negara-negeri Pantai Timur sebanyak 1.5 peratus,"kata Wong.
08 Aug 17
38
Kerajaan Akan Pastikan Aspirasi Belia Diambil Peduli
Dato' Din Adam ketika memberi respon kepada tetamu dalam Program Tautan Budi Siri Kedua anjuran Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM) di Dewan Majlis Perbandaran Dungun, Sura, Dungun, malam tadi. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KassimKerajaan akan memastikan suara dan aspirasi belia terutama kehendak mereka supaya diadakan platform beriadah seperti litar lumba dan gelanggang sukan dapat dipenuhi, namun semua kemudahan itu hanya akan dilaksanakan selepas mengambil kira semua aspek serta kepentingan ramai.Pegawai Pembangunan Parlimen Dungun, Dato’ Din Adam berkata, sebagai individu yang pernah menjadi Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri pada 2004 hingga 2008 lalu, beliau sangat memahami pandangan dan impian yang dizahirkan golongan itu bagi memenuhi masa dan jiwa muda mereka.“Kerajaan sentiasa bersama belia kerana menyedari hakikat golongan itu pada hari ini adalah cerminan negara pada masa depan dan mereka perlu diberi peluang mencorak kehidupan dengan lebih baik dan cemerlang mengikut landasan yang betul. “Bagaimanapun, kita perlu juga melihat kesan sampingan daripada apa yang kita mahu laksanakan itu. Sebagai contoh, jika kita bangunkan litar lumba, apa kesannya kepada masyarakat sekitar kerana kita mahu hidup dalam keadaan selesa dan menjamin kesejahteraan semua pihak,”katanya sebagai mengulas permintaan seorang belia yang mahu supaya Dungun dibangunkan satu lokasi bagi litar lumba motosikal.Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel di Program Tautan Budi Siri Kedua anjuran Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM) di Dewan Majlis Perbandaran Dungun, Sura, Dungun, malam tadi.Turut sama bertindak sebagai panel pada majlis itu, Pengarah UKOM, Dato’ Muda Mamat dan Pegawai Agama Kepada Menteri Besar, Kamalrudin Omar.Seramai 250 belia dari sekitar Dungun turut hadir sebagai tetamu di majlis dialog itu.Menurut Din, ketika menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) sebelum ini, beliau turut berdepan dengan masalah remaja yang berlumba secara haram di jalanan sehingga menggugat ketenteraman awam.Beliau bersama pasukan penguatkuasa dan Polis Diraja Malaysia turun padang bagi melihat sendiri masalah itu dan tindakannya pada ketika itu lebih kepada memberi pengajaran berbanding mengenakan hukuman kepada pesalah yang ditahan.“Ketika zaman saya (Exco) dahulu, lebih 1,000 motosikal berhimpun dan berlumba terutama di jalan Kuala Berang, Jalan Chendering dan Taman Semarak (Kuala Terengganu). Saya bersama ketua polis ketika itu turun bagi memberi pengajaran kepada mereka yang bersalah dan mahu mereka tahu bahawa perbuatan mereka sangat menyalahi undang-undang, mengundang kejadian yang buruk serta menjejaskan kesejahteraan awam,”kata beliau lagi.Tambahnya lagi, segala keperluan dan kehendak semua belia juga hanya akan dapat dipenuhi jika kerajaan yang mentadbir itu mendapat mandat ketika pilihan raya, selain perlunya penyatuan dari pucuk pimpinan sehingga ke akar umbi bagi merealisasikan setiap impian yang mampu memberi manfaat bersama.“Kekuatan masa depan apabila orang belia bersama dengan saya dan kita cuba hindari masalah, sebaliknya bersatu untuk menyelesaikan masalah dan mencari jalan positif. Saya yakin dan sangat memahami, pengaruh belia cukup besar dalam kita bersama-sama mencorakkan pembangunan negeri mahu pun negara,”katanya.
08 Aug 17
44
Lebih 100,000 Penduduk Mohon Rumah Mampu Milik
Kerajaan negeri menerima lebih 100,000 permohonan bagi mendapatkan Rumah Mampu Milik (RMM) di negeri ini berbanding hanya 8,065 unit yang ditawarkan di seluruh Terengganu setakat ini.Permintaan yang melebihi penawaran itu menyebabkan kerajaan negeri terpaksa memberhentikan sementara proses permohonan dan pendaftaran rumah secara dalam talian dan hanya akan dibuka semula apabila perumahan yang dirancang itu siap dibina.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee berkata, sehingga kini, sebanyak 7,185 unit rumah siap dibina dan mula diagihkan secara peringkat-peringkat sejak tiga tahun lalu, manakala 880 unit membabitkan tiga projek masih dalam pembinaan.“Memandangkan kerajaan melalui Bahagian Perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sudah menerima lebih 100,000 permohonan, jadi buat masa ini kita tutup dahulu pendaftaran bagi menyelesaikan keperluan tersebut.“Rakyat tidak perlu bimbang kerana masih ada peluang untuk memiliki rumah kerana Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) sudah menyatakan persetujuan untuk membina 2,151 unit rumah di seluruh Terengganu menerusi Program Rumah Idaman Rakyat (RIR) dalam tempoh tiga tahun dari sekarang,” katanya.Mohd Jidin berkata, projek itu melibatkan sejumlah 1,403 unit RIR di Kertih, Kemaman, diikuti Kuala Ping, Hulu Terengganu (248), Tok Jembal, Kuala Nerus (271) dan Santong, Dungun sebanyak 229 unit RIR.Menurut beliau lagi, projek yang dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan negeri bagi memenuhi keperluan perumahan rakyat dengan tanah disediakan oleh kerajaan, manakala SPNB membangunkan RIR berkenaan.“Langkah itu sebagai usaha untuk mencapai hasrat Kerajaan Terengganu membina kira-kira 10,000 unit perumahan rakyat untuk golongan sasar terutama yang berpendapatan rendah dalam tempoh lima tahun,”katanya
08 Aug 17
69
ECRL Disambut Baik Penduduk, Ledakan Ekonomi Negeri Pantai Timur
Orang ramai melihat model laluan ECRL sempena majlis pecah tanah projek itu yang disempurnakan Perdana Menteri, di Stesen Sentral KotaSAS, Kuantan,. Foto oleh Tg Syamim Tg IsmailProjek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dijangkakan memberi mempunyai kesan pengganda kepada ekonomi negeri Pantai Timur khususnya dan negara secara keseluruhannya.ECRL sepanjang 688 kilometer dengan kos sebanyak kira-kira RM55 bilion merupakan satu projek berimpak tinggi di bawah Rancangan Malaysia Ke-11(RMK11) yang akan menghubungkan Lembah Kelang dengan negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan.Sebagai projek infra rakyat, ECRL akan memendekkan masa perjalanan di samping melengkapkan penggabungan pelbagai mod pengangkutan dengan mewujudkan perhubungan dua hala Pantai Timur yang lebih lancar dan efisien.ECRL bakal merangsang pelaburan dan aktiviti komersial, mencipta peluang pekerjaan, menyediakan pendidikan berkualiti serta meningkatkan sektor pelancongan di negeri terlibat.Dijangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dari tiga negeri Pantai Timur akan meningkat sebanyak 1.5 peratus dengan wujudnya ECRL.Tinjauan Teganukita di sekitar Majlis Pecah Tanah ECRL di Stesen Sentral KotaSAS, Kuantan, Pahang mendapati projek gergasi ini mendapat sambutan baik dan mengujakan penduduk termasuk golongan pelajar serta belia.Wan Muhammad Saifullah Wan Abdul Aziz,21, dari Jerantut yang merupakan penuntut Pahang Skill College berkata, ECRL akan memudahkan perjalanan terutama kepada penuntut Institusi Pengajian Tinggi untuk pulang ke destinasi masing-masing."Saya sebagai anak muda dan masih lagi belajar merasakan ini satu kemudahan besar kepada golongan pelajar dari segi masa dan jarak perjalanan..tak perlu lagi nak fikir pasal perjalanan jarak jauh dan masa yang perlu dihabiskan,"katanya.Bagi Muhammad Azizi Shariff,18, yang merupakan anak jati Kuantan berkata, setelah ECRL siap nanti, kadar kemalangan akan menurun dan tidak perlu lagi menempuhi kesesakan jalan terutama pada musim perayaan.Menurutnya lagi, ECRL juga meningkatkan pembangunan yang sedia ada dan menggalakkan pertumbuhan bandar baru malah mengurangkan penghijrahan anak muda ke luar. Sementara itu Safariah Awang ,49, Paya Besar berkata, ECRL akan membuka peluang pekerjaan yang besar kepada penduduk sekitar terutama anak muda dan secara tidak langsung mampu meningkatkan ekonomi setempat."Orang kampung terutamanya menyambut baik pembangunan projek ini kerana ianya membuka peluang perniagaan dari segi pembangunan berorientasikan transit masuk pusat perniagaan dan membeli belah."Dari segi peluang pekerjaan juga akan meningkat apabila banyak pusat perindustrian dan lojistik akan tumbuh malah membantu kontraktor tempatan dengan menjadikan mereka sebagai pembekal utama seperti pasir,"katanya lagi.
08 Aug 17
298
16 Pasukan Bakal Berentap Pada Kejohanan Boling Padang Maksak Malaysia 2017
16 pasukan bakal berentap merebut kejuaraan pada Kejohanan Boling Padang Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Malaysia (Maksak) Malaysia 2017 dari 10 hingga 13 Ogos ini.Setiausaha Kehormat Maksak Terengganu, Mohd Rahimee Mohd Ramli berkata, kejohanan itu akan disertai anggota Maksak Terengganu, Perlis, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Selangor, Sabah, Pahang, Perak, Labuan, Kelantan serta termasuk Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.Katanya, ia akan berlangsung di Kompleks Sukan Gong Badak Kuala Nerus.“Lima kategori dipertandingkan iaitu dua sepasukan (lelaki dan wanita), tiga sepasukan (lelaki dan wanita) dan beregu campuran,” ujarnya ketika dihubungi Teganukita, hari ini.Dalam pada itu Mohd Rahimee yang juga Penolong Setiausaha Kerajaan (Belia, Sukan dan Sumber Manusia) berkata, Maksak Terengganu turut diberi penghormatan untuk mengelola program Maksak Turun Padang bersama dengan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa merangkap Yang DiPertua Maksak Malaysia pada 11 hingga 12 Ogos sempena kejohanan tersebut.
08 Aug 17
228
Ketua Penyelia Atra Chukai Meninggal Dunia
Ketua Penyelia Agensi Transformasi Rakyat Terengganu (Atra) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai, Che Wan Asri Che Wan Abdullah meninggal dunia kira-kira jam 4 petang tadi akibat strok berdarah.Allahyarham Asri, 40, menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Pahang.Arwah yang juga Pengerusi Biro Agama dan Pergerakan Ketua UMNO Bahagian Kemaman meninggal dunia di sisi isterinya, Rosmawati Abd Razak, 39, dan tiga anak perempuan mereka iaitu Che Wan Norsyamila, 12,Che Wan Nor Iffah,9 dan Che Wan Norbalqis 8 tahun.Rosmawati berkata, arwah suaminya diserang strok ketika sedang beristirehat selepas menunaikan solat Maghrib semalam."Arwah mengadu kepada saya kakinya kebas hingga naik ke badan dan tidak dapat bercakap."Ketika itu juga arwah memberitahu kepada saya dan anak-anak yang beliau amat menyayangi keluarga dan selalu berpesan kepada anak-anak agar sentiasa belajar bersungguh-sungguh," katanya.Menurut Rosmawati lagi, keadaan suaminya semakin teruk apabila tidak mampu bercakap sebelum tidak sedarkan diri dan segera dikejarkan ke Hospital Kemaman kira-kira jam 8 malam semalam."Tetapi disebabkan keadaannya yang semakin kritikal suami dipindahkan ke HTAA pada jam 11 malam," katanya.Jenazah kemudiannya dibawa pulang ke rumah ibunya untuk urusan pengebumian.Rosmawati berkata, jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kuala Kemaman kira-kira jam 10 malam selepas solat Isyak.Seramai kira-kira 300 orang hadir menziarah jenazah Allahyarham.
07 Aug 17
176
A. Latiff Ketuai Lawatan Penjara Ke Kelantan
Ahli Lembaga Hakim Pelawat Penjara Negeri Terengganu ke penjara Pengkalan Chepa Kelantan semalam, bagi berkongsi idea dan melihat pengurusan penjara serta banduan yang lebih efektif bagi menambah baik sistem sedia ada.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan,Sains Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A.Latiff Awang selaku pengerusi lawatan itu, berkata program pertama kali itu mampu mengeratkan silaturahim dan bertukar-tukar pandangan antara dua pihak dalam usaha memperkasakan peranan jabatan masing-masing . "Pada program itu turut diadakan taklimat daripada Lembaga Hakim Pelawat Penjara Pengkalan Chepa dan sesi percambahan idea,"katanya ketika dihubungi Teganukita.Turut serta, Pengarah Penjara Negeri Terengganu, Penolong Kanan Komisioner (PKK) Penjara, Ahmad Saidi Hamzah dan Pengarah Penjara Negeri Kelantan, PKK Hamzani Che Ibrahim.Hadir sama, 24 ahli lembaga hakim pelawat penjara kedua-dua negeri.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Beranganberkata, kesemua ahli lembaga yang terdiri daripada pelbagai latar bidang profesional dan berkaitan turut mengadakan kunjungan hormat kepada Ahli Lembaga Hakim Pelawat Penjara Negeri Kelantan.
07 Aug 17
712
Rakyat Puji Inisiatif Kerajaan,Teruja Mohon Tanah
Salwa Najmuddin ketika ditemubual di Wisma Darul Iman. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail.Permohonan bagi Skim Khas Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Tapak Rumah yang melibatkan 5,939 lot tanah di seluruh negeri terbuka kepada rakyat Terengganu, mendapat sambutan amat baik dan sangat dialu-alukan.Sebelum ini, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dalam sidang media di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu pada 2 Ogos lalu menyatakan bahawa golongan yang layak untuk memohon tanah tersebut mestilah rakyat Terengganu yang berusia 21 tahun ke atas, telah berkahwin dan berpendapatan tidak lebih RM3,500.Beliau juga mengumumkan bahawa 50 peratus jumlah tanah tersebut akan diberikan kepada golongan muda 21 tahun ke atas dan 50 peratus lagi diagihkan kepada mereka yang berkelayakan berusia 41 tahun ke atas.Bagi kakitangan Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Terengganu, Salwa Najmuddin, 33, berkata Skim Khas RTB ini sangat bagus dan membela nasib mereka yang masih belum mempunyai tanah serta mahu membina kediaman sendiri.“Inisiatif kerajaan ini amat tepat dan membuktikan keprihatinan kerajaan dalam membantu rakyat yang masih belum mempunyai tanah seperti saya. Saya juga berharap agar dapat memiliki satu lot tanah RTB ini”, katanya.Sementara itu, Rokiah Abu Bakar, 60, pula berkata tindakan itu sangat wajar kerana tanah dan rumah menjadi satu keperluan yang sangat utama kepada penduduk terutama mereka yang sudah bekeluarga untuk membina kehidupan yang sempurna.“Kerajaan telah membuat satu langkah yang baik untuk rakyat dalam membantu golongan yang berpendapatan rendah dan belum berpeluang untuk memiliki tanah.“Saya berharap agar pengagihan tanah tersebut biarlah telus, adil dan saksama, Selain itu, pastikan tanah diberikan hanya kepada yang lebih layak,”katanya.Selain itu, Penyelia Agensi Transformasi Rakyat DUN Batu Buruk, Mohd Akram Mohd, 31, berkata dia menyokong cara pembahagian 50 peratus kepada golongan belia dan golongan berusia itu.“Tindakan ini sangat wajar dilakukan oleh kerajaan agar tidak berlaku diskriminasi antara rakyat dan akan menyebabkan pertikaian di kemudian hari.“Malah, saya juga berharap agar kerajaan memberikan tanah tersebut kepada rakyat yang memenuhi syarat sahaja kerana masih ramai yang belum memiliki tanah sendiri untuk mendirikan rumah,”katanya.Untuk rekod, permohonan tersebut boleh dilakukan secara atas talian melalui https//tanahrtb.terengganu.gov.my dan http://pttrg.terengganu.gov.my.
07 Aug 17
126
RM25 Ribu Baik Pulih Rumah Mangsa Kebakaran Di Mengabang Tengah
Sebuah keluarga hilang tempat tinggal apabila 80 peratus rumah mereka musnah dalam kebakaran di Jalan Budiman, Kampung Mengabang Tengah, petang semalam.Kebakaran dikatakan berpunca dari api lilin yang dipasang oleh anak mangsa yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) ketika kawasan tersebut terputus bekalan elektrik.Susulan tragedi itu, Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Dato' Mohd Sabri Alwi meninjau tempat kejadian bagi bertemu mangsa kebakaran itu, pagi tadi.Beliau yang juga Pegawai Penyelaras DUN Ladang, berkata UMNO Bahagian dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui Tabung Darul Iman akan menyalurkan sumbangan sebanyak RM25,000 kepada mangsa untuk membaik pulih rumah tersebut.“Selain itu, ada juga beberapa bantuan lain yang akan diberi kepada keluarga Razali untuk meringankan beban mereka,”katanya.Hadir sama, Penyelaras DUN Batu Buruk, Zamri Awang Hitam.Mangsa, Razali Abdullah,65, dan isterinya Radziah Yusof,59, berkata ketika kejadian berlaku, mereka berada di kedai runcit di hadapan rumah berkenaan.“Hanya anak saya yang OKU itu sahaja duduk di dalam rumah ketika itu, apabila dia melihat api mulai marak, dia keluar datang kepada kami di kedai, tetapi tidak memberitahu apa yang sedang berlaku di rumah.“Saya hanya menyedarinya apabila melihat kepulan asap yang keluar melalui tingkap rumah dan ketika itu saya hendak menunaikan solat Maghrib di kedai. Jiran-jiran banyak membantu kami sebelum pihak bomba tiba.“Saya mengucapkan terima kasih kepada UMNO, JKM, dan pihak yang terlibat dalam membantu meringankan beban kami. Saya berharap agar sumbangan dapat diberikan secepat mungkin agar saya sekeluarga dapat menetap di rumah itu kembali,”katanya yang sekarang ini tinggal bersama anaknya di Kampung Gong Tok Nasek, Kuala Terengganu.
07 Aug 17
92