lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
1,100 Jemaah Program Haji YAB PM Selamat Tiba Di Mekah
Seramai 1,100 jemaah Program Khas Haji Perdana Menteri selamat tiba di Mekah  bagi mengerjakan ibadat haji menerusi empat penerbangan.Ramai jemaah haji yang menyertai program ini melahirkan rasa syukur dan  bertuahkerana terpilih menjadi tetamu Allah S.W.T serta dapat menjejaki kaki ke Tanah Suci Mekah .EzaruddinMenurut ketua urusetianya, Ezaruddin Abd Rahman, program khas haji yang ditaja Yayasan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) menghantar seramai 1,100 melibatkan imam, ketua kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dari seluruh Malaysia.Katanya, program itu berjaya membuktikan komitmen Perdana Menteri dalam memperkasakan syiar Islam di Malaysia."Di samping itu ia juga keprihatinan PM membantu rakyat Malaysia bagi merealisasikan hasrat yang murni dan impian dalam hidup mereka untuk menunaikan haji.Semua jemaah berterima kasih kepada Perdana Menteri dan kerajaan dengan hadiah istimewa itu,"katanya.Ezaruddin berkata , rata-rata jemaah haji turut berharap program ini akan dapat diteruskan pada musim-musim haji akan datang.Selain itu, kemudahan penginapan di Maktab juga amat selesa dan kecekapan kakitangan Tabung Haji menguruskan jemaah haji juga amat dipuji dan perkhidmatan mereka antara yang terbaik di dunia.RUSLAN ABDUL RAHMAN MELAPORKAN DARI MEKAH
13 Aug 17
128
Empty Image
SME Corp, Patut Cantum 4,809 Penutup Botol Jadi Logo Negaraku
Muhammad (depan paling kiri) bersama Dr Hafsah (empat dari kanan) bergambar di depan logo Negaraku. Foto oleh Tg Syamim Tg IsmailPersatuan Tunas Usahawan Terengganu (Patut) berjaya menghasilkan logo Negaraku daripada cantuman 4,809 biji penutup botol terpakai sebagai usaha menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan ke-60, tidak lama lagi.Inisiatif julung kali SME Corp Malaysia dengan kerjasama Patut digembleng sejak dua minggu lalu , juga bertujuan menyemai semangat patriotik di kalangan belia.Ketua Eksekutif Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp), Dato' Dr. Hafsah Hashim berkata, semangat patriotik harus dipupuk secara berpanjangan terutama golongan belia agar Malaysia dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cintakan negara.“Semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan secara berterusan di kalangan masyarakat kita,”katanya.Beliau berkata demikian sempena pelancaran Gimik Negaraku Sempena Bulan Kemerdekaan di SME Corp, Wisma UMNO Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama, Pengarah SME Corp Terengganu, Muhammad Ibrahim.Sementara itu, Presiden Patut, Amir Hakimin Che Razali berkata seramai 145 ahli Patut bertungkus lumus mengumpul penutup botol terpakai sekitar Daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus sejak dua minggu lalu.Katanya, logo bendera Malaysia yang diperbuat dengan penutup botol terpakai itu akan tetap utuh di bangunan SME Corp dalam jangka masa yang lama, bukan semata-mata untuk bulan kemerdekaan sahaja.“Patut juga akan mengagihkan 1,000 Jalur Gemilang kepada semua usahawan-usahawan muda di Terengganu untuk dikibarkan di premis-premis perniagaan masing-masing bagi menyambut bulan kemerdekaan ini.“Saya berharap para usahawan khususnya golongan generasi Y untuk terus memiliki semangat patriotik yang tinggi dan sentiasa berusaha untuk memajukan diri, perniagaan dan Negara agar dapat mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat, setanding dengan negara-negara maju yang lain,”katanya.
13 Aug 17
339
Empty Image
Kempen Penyusuan Susu Ibu Perlukan Sokongan Semua Pihak
Sokongan semua pihak penting bagi menjayakan Kempen Penyusuan Ibu yang menggalakkan golongan ibu menyusukan anak dengan susu ibu secara eksklusif dari lahir sehingga umur enam bulan.Isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria berkata, kerajaan turut menyokong Kempen Penyusuan Ibu menerusi penyediaan fasiliti yang memberikan sokongan dan mempromosikan penyusuan ibu dengan Hospital Rakan Bayi, klinik kesihatan dan kumpulan sokongan penyusuan ibu.“Justeru, sokongan masyarakat dan pihak swasta turut memainkan peranan penting dan dapat dilakukan dengan menyediakan ruangan khas untuk golongan ibu menyusu anak mereka seperti di pusat membeli-belah dan sebagainya.“Selain, penyediaan ruang khas oleh pihak majikan bagi kemudahan ibu menyusu menyediakan simpanan bekalan susu untuk anak mereka ketika diwaktu kerja turut menyumbang kepada kejayaan Kempen Penyusuan Ibu,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Negeri di Hotel Primula, semalam.Turut Hadir, Pengarah kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohammad Omar.Menurut Halina, semua pihak harus memainkan peranan untuk menjayakan kempen penyusuan susu ibu dan diperluaskan lagi dari semasa ke semasa dalam menggalakkan ibu-ibu menyusukan anak mereka sejak lahir sehingga sekurang-kurangnya ke usia enam bulan.
12 Aug 17
506
Empty Image
Hulu Terengganu Bakal Jadi Wilayah Ketengah
Hulu Terengganu bakal menjadi daerah pertama di Terengganu sebagai wilayah Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) di bawah operasi penuh agensi itu.Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, perluasan kawasan operasi  Ketengah di seluruh Daerah Hulu Terengganu akan dibentangkan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri(Upen) bagi mendapatkan persetujuan dan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri(MMKN) dalam masa terdekat."Selepas diluluskan MMKN, kita akan bawa ke kabinet pula untuk urusan seterusnya, bagaimanapun ia bergantung kepada kos dan implikasi tetapi saya percaya tidak timbul masalah besar di peringkat negeri sebab Pengerusi Ketengah adalah Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman."Perluasan ini akan melibatkan sembilan mukim iaitu  Tanggul, Hulu Berang, Hulu Telemong, Jenagor, Kuala Berang, Kuala Telemong, Penghulu Diman, Tersat dan Hulu Terengganu."Ianya akan meliputi kawasan seluas 387,462 hektar dengan merangkumi 122 kampung dengan jumlah penduduk yang terlibat seramai 77,582 orang,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Terengganu di Dewan Akademi Binaan Malaysia di Jenagor, Hulu Terengganu, hari ini.Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian, Dato'Jailani Johari; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Dato' Rozi Mamat; Naib Ketua UMNO Bahagian, Yusof Awang Hitam; Ketua Penerangan UMNO Bahagian, Ghazali Taib; Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Fatimah Hamat;  Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian, Johari Abu Bakar dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Rozita Ismail.Dalam ucapan perasmiannya, sebanyak RM40 juta diluluskan menerusi Rancangan Malaysia Ke-11 (2016-2020)bagi Projek Infrastruktur Perumahan Bandar Baru Gawi.Ianya melibatkan keluasan 38 hektar tanah di Kampung Basung, Hulu Telemong yang merupakan lokasi utama di laluan masuk ke Tasik Kenyir."Konsep kali ini adalah pembangunan bercampur yang melibatkan rumah teres(179 buah, rumah berkembar(92 buah), rumah sesebuah(119 unit), rumah kedai(15 lot) dan sebuah stesen minyak," katanya lagi.Ismail Sabri juga meluluskan kemudahan perkhidmatan bas luar bandar dua hala secara henti-henti dari Kuala Terengganu-Kuala Berang-Tasik Kenyir bagi memberi kemudahan pengangkutan kepada penduduk di Hulu Terengganu.Katanya, kerjasama antara Ketengah dengan Mara serta Mara Liner itu kini dalam proses permohonan permit daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat ( SPAD).
12 Aug 17
449
Empty Image
Terengganu Jadikan Ogos Bulan Memperingati Masjid Al-Aqsa
Bulan Ogos bakal dijadikan sebagai bulan memperingati Masjid Al-Aqsa peringkat negeri Terengganu mulai tahun depan.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, pemilihan Ogos merupakan simbolik kepada kebakaran yang menimpa masjid di Palestin itu pada bulan sama tahun 1969, hampir 50 tahun lalu.Katanya, langkah memperingati kejadian menyayat hati itu diyakini dapat membangkitkan semangat rakyat negeri ini untuk bersama-sama berjihad membantu nasib saudara Islam di sana."Saya ingin mencadangkan kepada pihak sewajarnya terutama Taman Tamadun Islam (TTI) agar monumen Masjid Al-Aqsa yang terdapat di situ dapat dijadikan asas semangat orang Terengganu," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Malam Puisi Palestin di TTI, Kuala Terengganu malam tadi.Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong; Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCare), Kamarul Zaman Shaharul Anwardan Imam jemputan Palestin, Imam Ziad M. M. Shehada.Terdahulu, beliau turut mendeklamasikan puisi bertajuk Jeritan Palestin di samping melancarkan Tabung Bantuan Palestin dan menyampaikan sumbangan berjumlah RM500,000 kepada MyCare.
11 Aug 17
60
Empty Image
Sultan Terengganu Saran Bakal Jemaah Jaga Kesihatan
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin menyeru agar bakal jemaah haji menjaga kesihatan masing-masing dan mematuhi nasihat yang diberikan oleh Tabung Haji dan pegawai kesihatan di Tanah Suci.Baginda bertitah, walaupun dalam kesibukan melakukan ibadah aspek kesihatan perlu dititikberatkan."Beta difahamkan bahawa cuaca pada musim haji ini agak panas."Bakal jemaah juga perlu menjaga kebersihan diri supaya tidak mudah dijangkiti penyakit penyakit yang boleh mengganggu ibadah. Jika ada masalah kesihatan segeralah ke klinik klinik Tabung Haji di Mekah atau Madinah untuk mendapatkan rawatan," titah baginda.Titah ucapan baginda yang dibacakan oleh Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan. Tengku Muhammad Ismail  berkenan berangkat ke Majlis Pelepasan Bakal Jemaah Haji Tahun 1438H/2017M di TH Hotel & Convention Centre, Kuala Nerus, hari ini.Turut berangkat kekanda Tengku Nadhirah Zahrah serta adinda baginda, Tengku Muhammad Mua’az dan Tengku Fatimatuz' Zahra.Hadir menyambut baginda Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri, To' Puan Seri Halina Zakaria.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong; Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib serta barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.Dalam titah baginda juga menyeru, bakal jemaah haji dapat melaksanakan kesemua rukun dan wajib haji dengan sempurna seperti yang dipelajari semasa kursus-kursus haji yang dianjurkan sebelum ini."Hanya dengan perlaksanaan ibadat haji yang sempurna di samping akhlak yang baik tuan-tuan dan puan-puan akan memperolehi haji yang mabrur."Beta juga ingin menasihati para jemaah untuk menggunakan kesempatan menjadi tetamu Allah S.W.T. dengan sebaiknya. Elakkan pembaziran masa serta perkara-perkara yang tidak berfaedah yang boleh mengganggu tumpuan dan ibadat," titah baginda.Seramai 2,548 bakal jemaah haji dari Terengganu, termasuk mereka yang terpilih melalui Program Khas Haji Perdana Menteri akan berlepas ke tanah suci Mekah secara berperingkat- peringkat  mulai 9 ogos lalu.Sebanyak enam penerbangan terus disediakan dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus ke Jeddah bermula 9 hingga 12 Ogos.
10 Aug 17
447
Empty Image
Tengku Muhammad Ismail Ke Majlis Pelepasan Bakal Jemaah
Tengku Muhammad Ismail berkenan bersalaman dan mengucapkan selamat jalan kepada salah seorang jemaah yang bakal mengerjakan haji. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim.Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat ke Majlis Pelepasan Bakal Jemaah Haji Tahun 1436H/2017M di TH Hotel & Convention Centre, Kuala Nerus, hari ini.Turut berangkat kekanda Tengku Nadhirah Zahrah serta adinda baginda, Tengku Muhammad Mua’az dan Tengku Fatimatuz' Zahra.Hadir menyambut baginda Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri, To' Puan Seri Halina Zakaria.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong; Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas, Ghazali Taib serta barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.Pada majlis tersebut, Tengku Muhammad Ismail turut berkenan bersalaman  dan mengucapkan selamat jalan kepada para jemaah yang bakal berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan haji.Seramai 287 jemaah terlibat dalam penerbangan kedua yang berlepas ke Makkah pada 3.30 pagi tadi.
10 Aug 17
821
Empty Image
Terengganu Tubuh Majlis Petroleum Terengganu
Penubuhan Majlis Petroleum Terengganu (TPC) dilihat mampu bertindak sebagai platform bagi kerajaan Terengganu untuk merencana, menyelaras dan memantau urusan yang berkaitan industri minyak dan gas Terengganu.Pada masa sama mampu memberi mandat bagi mengkaji kemungkinan dan mengenalpasti potensi manfaat untuk rakyat dan kerajaan negeri di sepanjang rantaian  dalam industri itu.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata TPC juga akan melihat isu kelestarian sumber minyak dan gas dalam usaha untuk memaksimakan hayat sumbangan sektor ini secara berterusan kepada hasil negeri.Katanya, di samping itu mampu memberi keutamaan kepada usaha merancakkan penglibatan anak tempatan dalam industri yang berkaitan.“Penglibatan aspek pembangunan sumber tenaga, pembinaan kepakaran teknikal dan pembentukan peluang pekerjaaan untuk penduduk tempatan,” katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Pengumuman Penubuhan TPC, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini. Hadir sama,  Speaker DUN, Dato’ Mohd Zubir Embong dan Penasihat Undang-undang Negeri, Dato' Azhar Abdul HamidAhmad Razif memberitahu, pengumuman itu dibuat kerana TPC adalah entiti penting dalam pembangunan sektor minyak dan gas, selain mampu membukan jalan untuk memulakan operasi dan menjalankan kerja-kerja awal dengan kadar segera.“Penubuhan TPC telah mendapat perkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan pejabatnya akan beroperasi di tingkat 6, Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu buat sementara waktu” katanya.
10 Aug 17
132
Empty Image
Empat Koperasi Terima Hampir RM9 Juta Di Bawah Skim TMP-JPK
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah meluluskan permohonan hampir RM9 juta di bawah skim pinjaman Tabung Modal Pusingan Jabatan Pembangunan Koperasi (TMP-JPK) kepada empat buah koperasi di negeri ini, bermula Januari hingga Julai lalu.Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato’ Henry Sum Agong berkata, sebanyak RM5.5 juta diberikan kepada Koperasi Kakitangan Kerajaan Terengganu (KOKITAB) Berhad dan RM1 juta untuk Koperasi Kakitangan Risda Terengganu (KOKITAR) Berhad.“Sementara sebanyak RM2 juta diperuntukan untuk Koperasi Kesihatan Terengganu Berhad serta Koperasi Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin Dungun Berhad menerima RM450,000,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Perasmian Hari Koperasi Negara 2017 Peringkat Negeri Terengganu yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman, hari ini.Menurut beliau, SKM juga telah meluluskan Pinjaman Perniagaan Koperasi sebanyak RM7 juta kepada dua koperasi negeri ini dalam tempoh yang sama.“Koperasi Perwaja Kemaman Berhad dan Koperasi Keluarga Dato’ Haji Hashim Mamat Kuala Terengganu Berhad masing-masing menerima sebanyak RM3.5 juta menerusi skim ini,” ujarnya.Katanya, SKM berharap pembiayaan dana melalui pinjaman TMP-JPK dan pinjaman perniagaan kepada koperasi terpilih akan dapat dimanfaatkan sebaiknya.“Dengan pembiayaan ini diharap dapat memantapkan aktiviti koperasi masing-masing agar berupaya menjana pulangan pendapatan serta menyumbang kepada peningkatan pendapatan ahli koperasi,” katanya.
09 Aug 17
591
Empty Image
Kerajaan Negeri Pandang Serius Kes Buli Di Kolej Vokasional Wakaf Tembesu
Kerajaan negeri memandang serius kes membabitkan tiga pelajar yang didakwa menjadi mangsa buli kira-kira 26 pelajar dalam dua kejadian berlainan yang berlaku di Kolej Vokasional Wakaf Tembesu, Kuala Nerus.Dalam kejadian yang berlaku 7 Ogos lalu, Muhammad Luqman Hakim Mohd Syukri,17, yang kini masih menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) telah menjadi mangsa buli kepada 15 pelajar dipercayai akibat salah faham.Manakala, seorang daripada pelajar semester satu Jurusan Teknologi Elektronik, Ahmad Zikrill A’zim Hasbullah,16, ( masih menerima rawatan di HSNZ) yang juga atlet boling Terengganu lebam pada badan dan dua kali pengsan, manakala rakannya, Wan Ahmad Faris Zakaria, 16, cedera di kaki dan calar di badan setelah menjadi mangsa buli 11 pelajar dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.30 pagi, semalam.Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan  Transformasi Kerajaan Negeri, A.Latiff  Awang berkata, beliau amat kesal dengan apa yang berlaku dan menyerahkan kes berkenaan kepada polis untuk menjalankan siasatan lanjut selepas kes berkenaan dilaporkan kepada polis oleh bapa mangsa.“Saya rasa amat kesal perkara ini masih berlaku di kalangan pelajar sekolah dan juga institusi pendidikan di negeri ini.“Walaupun bilangannya agak terpencil berbanding dengan lain-lain kes masalah displin pelajar  tetapi kita tidak mahu perkara ini terus berlaku, justeru kita mengharapkan pihak berwajib ambil tindakan yang sewajarnya kepada yang terlibat dan perlu siasatan yang terperinci supaya tidak ada yang teraniaya dan sebagainya,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat mangsa buli tersebut di HSNZ, Kuala Terengganu, hari ini. Turut hadir, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin.A.Latiff berkata, pihaknya turut mengharapkan Jabatan Pendidikan Negeri khususnya dan mana-mana institusi pendidikan samada sekolah mahupun kolej-kolej mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan kegiatan buli seperti ini tidak terus berulang.Katanya, bermula awal tahun sehingga kini, sebanyak 16 kes buli di kalangan pelajar dicatatkan berlaku di negeri ini.
09 Aug 17
1363