Artikel "Semasa" Terkini
Ahli UMNO Perlu Pasak Mentaliti Kemenangan- Ahmad Zahid
Ahmad Zahid ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu, hari ini. Harish Fadzillah KassimNaib Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan mentaliti kemenangan perlu dipasak ke dalam seluruh kepimpinan ahli UMNO sama ada di peringkat atasan atau akar umbi kerana mampu menangkis cubaan pihak luar yang menafikan keyakinan dan keupayaan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum PRU (Ke-14).Katanya, kita boleh menggunakan peumpamaan perjuangan UMNO dan Barisan Nasional seperti pelari jarak jauh sepanjang tempoh 60 tahun ini, dengan kejayaan berterusan bersandarkan daya tahan dan daya juang yang diperkasakan.“Mereka dari kalangan parti-parti serpihan boleh diibaratkan seperti pelari pecut, akan pecut dalam tempoh yang singkat, apabila hilang nafasnya mereka akan kecundang, InsyaAllah pelari marathon akan menang.Tetapi kita harus mempunyai mentaliti kemenangan,”katanya. "Apabila kita berada di padang kita mesti ada keyakinan..kemenangan itu perlukan stamina yang tinggi, dan stamina itu adalah istiqamah siasah, iaitu kestabilan politik yang diperkasakan,"katanya.Beliau berkata demikian ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman; Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato Seri Idris Jusoh dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungn UMNO Negeri, Dato’ Jailani Johari.Lebih 7,000 orang termasuk sayap parti, Puteri, Pemuda, Wanita dan Veteran UMNO menghadiri persidangan itu.Sebaik selesai, Zahid kemudiannya menunaikan solat Jumaat bersama masyarakat setempat di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu.
24 Aug 17
38
TPM Selamat Tiba Di Terengganu Sempena Lawatan Kerja Sehari
Ahmad Zahid selamat tiba di LTSM sempena lawatan kerja sehari di Terengganu, hari ini. Foto oleh Zulkifli CW PutraTimbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Nerus, kira-kira jam 9.20 pagi sempena lawatan kerja sehari hari ini.Beliau yang juga Pemangku Timbalan Presiden UMNO, disambut Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan exco kerajaan negeri di LTSM.Turut serta, pegawai kanan kerajaan, mantan exco, pemimpin politik dan skuad Sukarelawan Transformasi Terengganu Baharu.Ahmad Zahid kemudiannya ke Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, Kuala Nerus bagi merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Kuala Nerus.Lebih 6,000 orang termasuk sayap parti, Puteri, Pemuda, Wanita dan Veteran UMNO dijangka menghadiri program itu.Kemudiannya beliau dijadualkan menyertai solat Jumaat bersama masyarakat setempat di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu.Kira-kira jam 2.45 petang pula Ahmad Zahid akan merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Terengganu di Stadium Negeri, Kuala Terengganu.Sebaik selesai majlis itu, beliau bersama rombongan lain akan melawat Pusat Rehabilitasi 1Malaysia DUN Seberang Takir di Telaga Daing, seberang Takir, Kuala Nerus, kira- kira jam 5 petang.Beliau dijangka bertolak balik ke Kuala Lumpur pada jam 7.00 petang
24 Aug 17
245
Lawatan Sehari TPM Ke Terengganu Esok
Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijadual akan mengadakan lawatan kerja sehari ke Terengganu esok (Jumaat).Beliau yang juga Pemangku Timbalan Presiden UMNO, dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus, kira-kira jam 9.20 pagi.Ahmad Zahid kemudiannya akan ke Stadium Tertutup, Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, Kuala Nerus bagi merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Kuala Nerus.Lebih 6,000 orang termasuk sayap parti, Puteri, Pemuda, Wanita dan Veteran UMNO dijangka akan menghadiri program itu.Kemudiannya beliau dijadualkan menyertai solat Jumaat bersama masyarakat setempat di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu.Kira-kira jam 2.45 petang pula Ahmad Zahid akan merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Terengganu di Stadium Negeri, Kuala Terengganu.Sebaik selesai majlis itu, beliau bersama rombongan lain akan melawat Pusat Rehabilitasi 1Malaysia DUN Seberang Takir di Telaga Daing, seberang Takir, Kuala Nerus, kira- kira jam 5 petang.Beliau dijangka bertolak balik ke Kuala Lumpur pada jam 7.00 petang
24 Aug 17
46
Kerajaan Negeri Galak Lebih Banyak Persatuan Penduduk Daftar Dengan JPPM
Mohd Jidin menyampaikan replika cek kepada persatuan penduduk di Majlis Perasmian Program Ekspresi Pertubuhan dan Geran Penduduk Tahun 2017 di Dewan Mandalika Muzium Negeri, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kassim.Kerajaan negeri menggalakkan pertubuhan terutamanya persatuan penduduk dan keselamatan di negeri ini berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) Kementerian Dalam Negeri dan memohon Geran Persatuan Penduduk 2017.Dalam pembentangan Bajet 2017 lalu, Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak memperuntukkan Geran Persatuan Penduduk sebanyak RM40 juta kepada persatuan penduduk berdaftar seluruh negara dengan nilai permohonan maksimun sehingga RM10,000.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan Dan Kesejahteraan Bandar Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee berkata,setakat ini hanya sembilan kampung yang berdaftar dengan JPPM.“Mungkin masih ramai persatuan penduduk yang tidak tahu mengenai geran ini. Justeru, kita amat menggalakkan mereka mengambil peluang ini dengan membuat pendaftaran selewatnya 31 Oktober dan layak menerima ‘one- off’ sebanyak RM10,000.“Pemberian geran ini bertujuan memastikan kawasan kejiranan selamat dan tenteram kerana persatuan penduduk lebih kepada menjaga keselamatan dan kesejahteraan kampung dan tidak termasuk pembangunan,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Program Ekspresi Pertubuhan dan Geran Penduduk Tahun 2017 di Dewan Mandalika Muzium Negeri, hari ini. Turut hadir, Ketua Pengarah JPPM Dato’ Mohammad Razin Abdullah. Katanya, terdapat lebih 1,000 kampung di negeri ini dan bilangan yang berdaftar dengan JPPM masih rendah.“Justeru, amat digalakkan persatuan penduduk untuk berdaftar dengan JPPM bagi membolehkan menikmati faedah daripada kerajaan termasuk bantuan membiayai peralatan kawalan keselamatan serta pembersihan dan penyelenggaraan untuk memastikan kawasan kejiranan berada dalam keadaan selamat,” ujarnya.
24 Aug 17
132
Pegawai Media Perlu Bijak Guna Media Sosial
Mohd Iskandar bersama peserta Bengkel Penanda Aras Pegawai-Pegawai Media Wakil Rakyat anjuran Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom) di Hotel Permai, Kuala Terengganu. Foto Harish Fadzillah Kassim Pihak berkepentingan terutama pegawai media kepada wakil rakyat perlu bijak mengolah dan merungkai berita untuk dimuatkan melalui laman sesawang atau terbitan tertentu agar mudah difahami masyarakat setempat.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Mohd Iskandar Jaafar, berkata sekiranya setiap olahan berita atau sesuatu isu itu nampak menarik pastinya masyarakat mahu mengetahui secara lebih terperinci.Katanya, langkah itu pastinya akan diketahui umum secara menyeluruh sekiranya dihebahkan berita mengenai pembangunan, kebajikan dan bantuan yang dilaksanakan kerajaan.“Oleh itu, saya sarankan pihak yang bertanggungjawab perlu menggunakan peluang dan ruang di mana-mana ruang media sosial sebaik mungkin,” katanya. Beliau berkata demikian pada Bengkel Penanda Aras Pegawai-Pegawai Media Wakil Rakyat anjuran Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom) di Hotel Permai, Kuala Terengganu, semalam.Hadir sama, Timbalan Pengarah (Pengurusan), Muhd Aimin Mohd Tahir.Kira-kira 60 peserta hadir pada program yang diselitkan dengan pembentangan kertas kerja bertajuk `Peranan Pegawai Media, Fungsi Dan Tanggungjawab’.Iskandar mengakui pengamal media sosial pembangkang lebih ke depan dalam penggunaan laman sesawang sama ada melalui Facebook, Twitter, Instagram dan lain-lain. Katanya, mereka bijak memutar belit isu dan mengolah fakta untuk mendapat `like’ dan pengikut."Berkaitan perkara ini, pihak sama iaitu pengawai media kepada wakil rakyat sewajarnya celik untuk manangkis apa yang dihebahkan pembangkang dengan mencari maklumat tepat.“Mereka boleh merujuk mana-mana pihak yang boleh dipercayai termasuk Unit Komunikasi Negeri atau mendapat maklumat sahih dengan pengamal media arus perdana,”katanya.
23 Aug 17
183
Kunjungan Hormat Ukom Ke SKMM Dapatkan Khidmat Nasihat Media
Kakitangan Ukom dan kakitangan SKMM bergambar kenangan ketika Majlis Kunjungan Hormat. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailUnit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom) mengadakan kunjungan hormat ke atas Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (SKMM) di Cyberjaya,Selangor, hari ini bertujuan mendapatkan khidmat nasihat dan pandangan pelbagai aspek terutama berkaitan komunikasi dan media secara keseluruhannya.Kunjungan hormat yang diketuai Pengarah Ukom, Dato' Muda Mamat itu menjadi platform bagi kedua-dua pihak membincangkan isu-isu berkaitan yang boleh membantu menaikkan imej kerajaan di mata masyarakat melalui saluran media dan penggunaan teknologi maklumat.Muda berkata, Ukom akan terus mendapatkan khidmat nasihat SKMM dan berkemungkinan akan mengadakan satu kolaborasi untuk menjayakan program berkaitan media.“Langkah itu perlu agar Ukom dilihat setaraf dengan agensi media arus perdana lain dalam menyampaikan maklumat dan menjadi medium antara kerajaan dengan masyarakat,”katanya dalam perbincangan itu.Turut hadir, Pegawai Sektor Keselamatan Rangkaian Dan Penguatkuasaan SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin, Ketua Bahagian Pemantauan Dan Pematuhan SKMM,Sharizan Abdul Aziz; Ketua Jabatan Pelaksanaan Jangkauan SKMM,K Jusly Elis dan Timbalan Pengarah (Pengurusan) Ukom, Muhd Aimin Mohd Tahir.Zulkarnain berkata, pihaknya yakin satu transformasi baharu boleh dipertingkatkan Ukom terutama membabitkan bidang komunikasi seperti penggunaan media sosial, siaran berita menggunakan grafik,video dan sudut penceritaan.“Apa yang penting sumber maklumat yang mahu disampaikan adalah sahih dan tepat.“Sama seperti Ukom, SKMM turut mewujudkan portal khas iaitu sebenarnya.my untuk menyebar luas pelbagai isu yang sahih berkaitan kerajaan dan pihak yang berkepentingan,”katanya.
23 Aug 17
106
Pegawai Media Perlu Guna Saluran Efektif Tonjol Imej Pemimpin
Pegawai media di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen memainkan peranan sangat efektif dan berpengaruh bagi memberi imej positif kepada pemimpin setempat menerusi saluran media sosial masa kini.Pegawai Media Strategik Komunikasi kepada Dato’ Din Adam, Nurul Izzatee Md. Yusoff berkata, media massa `online' pada masa kini memberi impak cukup besar kepada masyarakat dan sepatutnya dijadikan sebagai platform utama oleh kumpulan pegawai media dengan bantuan pengendali teknologi maklumat masing-masing bagi menonjolkan pemimpin kawasan masing-masing, apatah lagi menjelangnya Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) tidak lama lagi."Unit media di setiap kawasan perlu memperkukuhkan peranan dan tanggungjawab mereka agar dapat menjadi perantara antara pemimpin dan masyarakat secara langsung."Ini kerana, media merupakan satu kelompok yang utama dalam menyebarkan maklumat yang berkaitan dengan ahli politik, kerajaan dan sebagainya, bergantung kepada kaedah dan cara penyampaian maklumat berkenaan,”katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan taklimat di Bengkel Penanda Aras kepada Pegawai-Pegawai Media Yang Berhormat, Pegawai Pembangunan Parlimen dan Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Permai Hotel, hari ini.Program sehari anjuran Unit Komunikasi Terengganu (UKOM) yang turut menampilkan tiga fasilitator lain termasuk Ketua Biro NSTP, Rosli Zakaria; Ketua Biro Bernama, Zalina Maizan Engah dan Presiden Kelab Media Wartawan Terengganu, Ayob Mamat.Turut hadir, Timbalan Pengarah (Pengurusan) UKOM, Muhd Aimin Mohd Tahir.Nurul Izzatee yang menyampaikan pembentangan mengenai Peranan Pegawai Media, Fungsi dan Tanggungjawab dalam bengkel tersebut, berkata program itu berupaya memperkukuhkan kedudukan dan pengaruh pemimpin, selain menyelesaikan pelbagai isu berkaitan setempat dengan lebih efektif dan menepati sasaran dalam musim pilihan raya tidak lama lagi.Selain itu, beliau yang juga mantan Pegawai Media Kepada Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup berkata, program itu juga antara lain dapat mengeratkan hubungan antara media-media di DUN dan juga Parlimen untuk lebih mengenali antara satu sama lain serta berkongsi maklumat sebagai rakan strategik.
23 Aug 17
253
Terengganu Incorporated Lakukan Penjajaran Semula Bersama Agensi Kerajaan Negeri
Terengganu Incorporated Sdn Bhd berjaya melakukan Penjajaran Semula (RE) bersama agensi-agensi kerajaan negeri yang terpilih dalam menjayakan transformasi ekonomi.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, RE tersebut merupakan gerak kerja fasa kedua dan satu kesinambungan daripada 'Reorganization Exercise' iaitu gerak kerja fasa pertama yang telah dilaksanakan serta ditandatangani pada 1 Mac lalu.Katanya, RE peringkat pertama tersebut melibatkan enam agensi negeri iaitu Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT), Menteri Besar Incorporated, Terengganu Inc, Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Yayasan Terengganu (YT), dan Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK)."Dalam konsep ini, kita akan lakukan pertukaran dalam kepakaran masing-masing dan juga melakukan transformasi sekaligus dapat saling bantu membantu kerana ingin memaksimumkan pulangan daripada pelaburan yang dilakukan."Kepada jabatan-jabatan lain, kita akan lihat dari semasa ke semasa kerana RE ini akan dibuat secara keseluruhan kerana buat masa sekarang kita sedang membuat analisa untuk gabungkan syarikat-syarikat ini supaya mereka akan berada dalam kapasiti yang lebih besar," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani 'Heads of Agreement' diantara Terengganu Incorporated Sdn Bhd dan Agensi-agensi Kerajaan Negeri Terengganu di Grand Hyatt, Kuala Lumpur, hari ini.Turut hadir, Speaker DUN, Dato' Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Incorporated, Dr. Wan Ahmad Rudirman Wan Razak.Sementara itu, Razif ketika berucap berkata 'Head of Agreement' dapat mewujudkan persefahaman dan kerjasama antara agensi dalam memastikan RE itu berjaya seterusnya merealisasikan transformasi ekonomi negeri.Tambahnya, perlaksanaan RE tersebut akan memberi ruang proses kluster mengikut industri itu dilaksanakan dengan lebih berkesan, sekaligus mewujudkan sinergi antara industri serta memberi pulangan pelaburan yang lebih tinggi.
23 Aug 17
663
Projek Loji Janakuasa Tenaga Solar Di Telok Kalong Buka 1,000 Peluang Pekerjaan
Projek pembangunan loji janakuasa tenaga solar berkapasiti 18.5 mega walt yang dijangka bermula Mac tahun depan di Telok Kalong, Kemaman mampu membuka lebih 1,000 peluang pekerjaan kepada anak Terengganu.Ahli Lembaga Pengarah Urusan Kumpulan Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC), Dato’ Mohamed Awang Tera, berkata pihaknya sentiasa meneroka peluang agar dapat dimanfaatkan bersama-sama kerajaan negeri, terutama penduduk negeri ini.Katanya, pada masa sama dapat membantu menambah lagi inisiatif tertentu khususnya dalam bidang perniagaan bersesuaian dengan kemajuan industri Terengganu.“Langkah besar syarikat dalam memperkasakan perniagaan lain adalah berkaitan bidang kejuruteraan marin yang mana EPIC Berhad telah berjaya mengembangkan peluang perniagaan dalam perkhidmatan dan penyelenggaraan kapal.“Selain itu, Epic juga telah berjaya membuka lembaran dalam bidang kejuruteraan marin melibatkan perkhidmatan penyelenggaran pelantar gerudi yang sebelum ini di dominasi Syarikat Limbungan Keppel Corporation di Singapura,”katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Projek Pembangunan Loji Janakuasa Tenaga Solar Berkapasiti 18.5 Mega Walt di Resort World Awana Kijal, Kemaman, kelmarin..
22 Aug 17
510
Perkeso Sebarkan Kepentingan Caruman Demi Kesejahteraan Sosial
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) terus menyebar luas peranannya sebagai satu organisasi yang prihatin bagi menyedarkan masyarakat kepentingan perlindungan demi meningkatkan kesejahteraan sosial pekerja di Malaysia.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong berkata, inisiatif itu memberi ruang dan kefahaman kepada masyarakat tentang pentingnya mencarum Perkeso.“Perkeso bukanlah suatu bebanan, tetapi ia sebenarnya membantu melindungi pekerja atau masyarakat yang hilang upaya sementara dan kekal, kematian ahli keluarga, terlibat dalam kemalangan dan sebagainya,"katanya ketika Perasmian Program Seranta Perkeso, di Wisma Perkeso Negeri Terengganu, hari ini.Hadir sama, Pengarah Perkeso Negeri Terengganu, Nora Yaacob dan Ketua Jabatan Perlesenan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) Wilayah Timur, Haryani Abdullah.Mohd Zubir berkata, usaha seperti itu perlu diteruskan dari semasa ke semasa demi kerukunan masyarakat dan memberi kesedaran akan kepentingan menjaga keselamatan serta kebajikan pekerja dan juga tanggungan mereka.“Kita juga cukup beruntung kerana Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak telah mengumumkan pada 21 April lalu tentang perlindungan seumpama ini boleh dilakukan kepada pemandu teksi dan uber di bawah Skim Pekerjaan Sendiri (SPS).“Saya menyeru kepada Perkeso, SPAD dan Persatuan Teksi, Uber serta Grab negeri ini bekerjasama dalam usaha untuk menggalakkan pemandu-pemandu yang terlibat agar berdaftar dengan PERKESO kerana banyak faedah-faedah yang disediakan dalam skim yang baharu ini,”katanya.Sementara itu, Nora berkata, objektif utama program itu adalah untuk memberi kefahaman tentang faedah-faedah yang telah disediakan oleh PERKESO, menyampaikan pembaharuan yang telah dijalankan seperti iPERKESO, Skim Pemandu Teksi dan Skuad Prihatin.Katanya, program itu juga bermatlamat untuk memberi peluang kepada majikan berkongsi pandangan dengan anggota Perkeso dan secara tidak langsung dapat meningkatkan hubungan dua hala antara Perkeso dengan pihak majikan.“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong akan komitmen Perkeso dalam meningkatkan perkhidmatan serta memperkasakan perlindungan keselamatan sosial kepada warga pekerja agar kesejahteraan sosial pekerja dan orang tanggungan dapat diperluaskan,”katanya.
22 Aug 17
307