Artikel "Semasa" Terkini
Kerajaan Negeri Komited Keluarkan Usahawan Wanita Dari Perusahaan Mikro
Kerajaan negeri komited membantu usahawan wanita yang mengusahakan perusahaan mikro meningkatkan perniagaan mereka ke peringkat lebih tinggi.Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud berkata, mengikut kajian yang dibuat masih ramai usahawan wanita negeri ini berada di tahap mikro atau mengusahakan perniagaan kecil-kecilan.“Daripada keseluruhan syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, hanya satu perempat adalah syarikat Bumiputera dan 88 peratus daripadanya adalah usahawan wanita yang menjalankan perusahaan mikro.“Syarikat yang menjalankan perusahaan mikro hanya mempunyai pendapatan tahunan kurang daripada RM250,000 atau lima orang kakitangan,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Seminar Transformasi Usahawan Wanita 2017 di Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu, Dr Tengku Khairi A. Rahman.Katanya, seminar yang diadakan itu merupakan salah satu pendekatan yang dibuat kerajaan negeri dengan membawakan usahawan wanita berjaya untuk berkongsi rahsia dan ilmu perniagaan.Menurut Roslee, kerajaan negeri menerusi YPU dengan kerjasama agensi terlibat telah melaksanakan pelbagai program keusahawanan bagi wanita yang berminat menjadi usahawan dan juga membangunkan usahawan wanita yang telah lama berkecimpung dalam dunia keusahawanan.“Pelbagai skim juga diwujudkan khas bagi membantu mereka mengembangkan perniagaan masing-masing,” ujarnya.
29 Aug 17
45
Terengganu Mahu Wujud Hab Nangka Madu
Ahmad Razif menunjukkan nangka madu milik peserta RTB Pelong Kerajaan negeri berhasrat menjadikan Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) kawasan seluas 32 hektar di Kampung Pelong, Setiu sebagai menjadi hab pertanian pengeluaran nangka madu di Terengganu.Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, bagi merealisasikan hasrat penduduk setempat, peruntukan Bajet 2018 akan ditambah.Katanya, kerajaan turut meluluskan tanah terbiar seluas 250 hektar berdekatan di RTB itu bagi membuka ladang nangka baharu sekaligus mampu memberi peluang pekerjaan kepada lebih ramai pendutuk setempat termasuk golongan siswazah menganggur. “Pada peringkat permulaan, kita akan berikan mereka Lesen Menduduki Sementara seterusnya akan menjadi hak milik dengan bersyarat jika tanaman berjaya diusahakan. “Jabatan Pertanian Negeri Terengganu turut bersedia membantu peserta RTB dengan menyediakan infrstruktur, bimbangan, anak benih dan pemasaran nangka, “ katanyaBeliau berkata demikian kepada pemberita selepas Perasmian RTB Nangka Madu di Kampung Pelong, Setiu, semalam.Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap Dato’ Sabri Mohd Nor dan ADUN Jabi Mohd Iskandar Jaafar.Ahmad Razif turut memberitahu, kerajaan negeri akan berbincang dengan pihak berkaitan bagi mengenal pasti industri hiliran yang sesuai dihasilkan daripada pengeluaran nangka madu."Ini termasuk kerjasama dengan Universiti Sultan Zainal Abidin dalam menyediakan nangka dalam 'vacum pack', menghasil kerepek dan penjualan produk secara dalam talian.“Tanaman nangka madu di RTB berupaya memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat dan kini ada di antaranya berjaya meraih pendapatan lumayan antara RM1,500 hingga RM3,000 sebulan,”katanya.
28 Aug 17
787
TDM Berhad Sasar Capai Pasaran RM2 Bilion
Mohamat (dua kanan) bersama Ahmad Razif melihat model Akademi TDM dan Pusat Timbang Komuniti pada Majlis Perasmian Akademi TDM dan Pusat Timbang Komuniti di Sungai Tong, Setiu, hari ini. Foto Oleh: Tg Mohd Syamim Tg IsmailTDM Berhad menyasarkan mampu mencapai permodalan pasaran RM2 bilion dengan pengagihan dividen tahunan RM100 juta dan keuntungan sebelum cukai RM200 juta apabila menjelang 2022.Pengarah Urusan Kumpulan, TDM Berhad, Mohamat Muda, berkataModel Transformasi TDM Baharu yang sudah dibukukan mempunyai 36 Entry Point Projects (EPP).Katanya, apa yang sudah dicapai adalah bagi EPP 28 dan EPP 31."EPP 28 adalah penubuhan Akademi TDM manakala EPP 31 adalah perlaksanaan Pusat Timbang Komuniti."Kini daripada 36 Entry Point Projects (EPP), bahagian perladangan mempungai 24 EPP dan 57 projek," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Akademi TDM dan Pusat Timbang Komuniti di Sungai Tong, Setiu, hari ini.Majlis itu dirasmikan Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Turut hadir, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap, Dato' Sabri Mohd Nor dan ADUN Jabi, Mohd Iskandar Jaafar.Ahmad Razif berkata, suku pertama 1 EPP dan 11 projek telah dicapai manakala suku ketiga 1 EPP dan 13 projek telah tercapai bagi bahagian plantation."Manakala bahagian kesihatan pula terdapat 12 EPP dan 20 projek. Suku pertama 1 EPP 11 projek telah dicapai, suku ketiga 1 EPP dan 13 projek mampu dicapai dalam bidang sama," katanya.Semua projek progres mengikut jadual bagi memastikan kesemua EPP menjadi kenyataan.
27 Aug 17
67
Terengganu Gabungkan Lima Hotel Bawah Konsortium TI Hotel & Resort
Ahmad Razif ketika sesi sidang media selepas merasmikan Akademi TDM dan Pusat Timbang Komuniti, Sungai Tong, Setiu, hari ini. Foto Oleh: Tg Mohd Syamim Tg IsmailTerengganu akan menggabungkan lima hotel di bawah konsortium dikenali TI (Terengganu Inc) Hotel & Resort, tidak lama lagi.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, langkah penggabungan hotel Primula Beach Resort, Permai Inn, Duyong Marina Resort, PB Square dan hotel baharu di Pulau Poh, Tasik Kenyir sebagai memperkasakan industri pelancongan negeri di bawah satu bumbung pengurusan yang lebih efisien dan langkah penjimatan tenaga kerja.Katanya, konsortium berkenaan akan dipantau dan dipengerusikan oleh beliau sendiri."Langkah penggabungan ini sebagai usaha yang lebih agresif dalam memastikan pelancongan negeri terus maju."Konsortium ini sedang digerakkan dan akan dilaksanakan pada bila-bila masa sahaja apabila proses penggabungannya selesai,"katanya.Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Akademi TDM dan Pusat Timbang Komuniti, Sungai Tong, Setiu, hari ini.Turut hadir, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap, Dato' Sabri Mohd Nor dan ADUN Jabi, Mohd Iskandar Jaafar.Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan, TDM Berhad, Dato' Mohamat Muda.Dalam pada itu, menurut Ahmad Razif, Akademi TDM adalah penjenamaan semula dalam era transformasi dan satu komitmen TDM dalam menyediakan pusat latihan, khususnya kepada warga TDM serta amnya kepada syarikat perladangan dan juga pekebun kecil di Terengganu mahupun Pantai Timur.Beliau berkata, TDM turut mewujudkan Pusat Timbang Komuniti dalam usaha membantu kerajaan meringankan masalah rakyat dan mampu memberi banyak manfaat kepada pekebun kecil di sekitar Sungai Tong.“Penduduk sekitar Sungai Tong tidak perlu lagi menjual hasil tanaman masing-masing kepada orang lain atau membawanya untuk timbangan yang jauh dari kawasan mereka,” ujarnya.
27 Aug 17
319
MB Rasmi Akademi TDM Dan Pusat Timbang Komuniti Setiu
Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman hari ini merasmikan Akademi TDM dan Pusat Timbang Komuniti, Sungai Tong, Setiu.Menurut Bahagian Komunikasi Korporat TDM Berhad, Akademi TDM adalah penjenamaan semula dalam era transformasi yang di bawa oleh pentadbiran baru di bawah naungan Dato’ Mohamat Muda, Pengarah Urusan Kumpulan TDM Berhad.“Perlaksanaan Akademi TDM adalah satu komitmen TDM dalam menyediakan pusat latihan, khususnya kepada warga TDM dan juga amnya kepada syarikat-syarikat perladangan dan pekebun-pekebun kecil di Terengganu mahupun pantai timur,” ujarnya.Katanya, TDM turut mewujudkan Pusat Timbang Komuniti dalam usaha membantu kerajaan meringankan masalah rakyat dan kini memberi banyak manfaat kepada pekebun kecil di sekitar Sungai Tong.“Penduduk sekitar Sungai Tong tidak perlu lagi menjual hasil tanaman masing-masing kepada orang lain atau membawanya untuk timbangan yang jauh dari kawasan mereka,” ujarnya.
27 Aug 17
401
Contohi Terengganu, Wujud Pasarnita Tapak Kekal-Shahrizat
Shahrizat (tengah) dan Ahmad Razif menghidangkan makanan dari 'food truck' kepada tetamu pada Majlis Perasmian Food Truck@ Pasarnita di Shahbandar, Kuala Terengganu. Foto Oleh: Zulkifli C.W PutraDalam usaha menggalakkan wanita terbabit dalam bidang perniagaan dan keusahawanan, Pasarnita tapak kekal kedua bakal dibuka di Kuala Lumpur Oktober ini.Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Iktisas Jabatan Perdana Menteri (JPM) Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, program di bawah JPM itu pada masa kini telah berjaya dilaksanakan di Terengganu.“Terengganu menjadi negeri pertama yang menyahut seruan Perdana Menteri untuk mewujudkan pasarnita di tapak kekal dimana satu tapak perniagaan tetap yang dikhususkan untuk golongan wanita menjalankan perniagaan yang beroperasi di Kampung Tanjung Kuala Terengganu.“Dalam sebulan dua ini Perdana Menteri akan lancarkan tapak kekal Pasarnita di Kuala Lumpur dan kita sasarkan tiap-tiap negeri ada tapak kekal pasarnita, mencontohi negeri Terengganu,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Perasmian Food Truck@ Pasarnita di Shahbandar, Kuala Terengganu yang disempurnakan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, hari ini.Menurut beliau, dengan adanya Pasarnita ini akan menjadi satu platform kepada usahawan wanita untuk mengembangkan perniagaan mereka serta memberi ruang dan peluang untuk mempromosikan produk masing-masing.
27 Aug 17
218
TPM Lulus RM4.3 Juta, Naiktaraf Masjid Dan Padang Bola
Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluluskan peruntukan RM4.3 juta untuk kerja-kerja menaik taraf masjid dan padang bola di negeri ini.Kelulusan itu melebihi daripada permohonan sebenar kerajaan negeri yang berjumlah RM3.9 juta.Ahmad Zahid berkata, peruntukan itu akan disalurkan untuk membaiki Masjid Al Ansar 18 RAMD, Seberang Takir, Kuala Nerus membabitkan kos RM3.8 juta dan membaik pulih padang bola Tepoh dengan kos RM500,000.“Saya berbesar hati meluluskan perutukan itu kerana menyedari penduduk memerlukan masjid yang selesa untuk mengadakan pelbagai aktiviti, selain padang bola untuk kegunaan orang ramai terutama golongan belia,” katanya.Hadiah itu diumumkan Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO ketika mengadakan lawatan kerja ke Terengganu, kelmarin.Katanya, buat masa kini, kerajaan masih mampu menampung keperluan rakyat walaupun keadaan ekonomi sedikit menyukarkan.“Sekiranya rakyat mahu menikmati keselesaan sedia ada, cukup wajar mengekalkan pemimpin kerajaan Barisan Nasional.“Ini kerana minta apa saja, inshaAllah Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak akan meluluskan,”katanya.
26 Aug 17
46
TPM Tinjau Kemudahan Rawatan Di Pusat Rehabilitasi 1Malaysia Seberang Takir
Ahmad Zahid sempat meninjau kemudahan di Pusat Rehabilitasi 1 Malaysia di Seberang Takir. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim.Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluangkan masa mengunjungi Pusat Rehabilitasi 1Malaysia di Seberang Takir sebelum mengakhiri lawatan kerja seharinya di Terengganu, petang ini.Beliau yang tiba dari Stadium Negeri selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Terengganu meluangkan masa selama 20 minit meninjau kelengkapan peralatan dan kemudahan rawatan yang disediakan di situ.Ahmad Zahid juga sempat beramah mesra sambil bertanyakan khabar pesakit dan jenis rawatan yang sedang dijalani.Beliau turut diberi penerangan mengenai rawatan pemulihan yang disediakan oleh Pakar Rehabilitasi di pusat itu, Dr Nor Aida Musa dan Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohammad Omar.Turut mengiringi beliau ialah Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh dan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu, Dato' Muhammad Pehimi Yusof.
25 Aug 17
229
Jangan Jadi ‘Ikan Keli’-Zahid
Ahmad Zahid ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Terengganu di Stadium Negeri, hari ini. Foto Oleh: Tg Mohd Syamim Tg IsmailNaib Presiden UMNO Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan anggota dan pemimpin UMNO negeri ini agar tidak mengamalkan ‘politik ikan keli, sebaliknya santuni sifat ikan bandaran’.Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri, berkata jika sikap ikan keli yang suka mengeruhkan keadaan dari dalam parti menjadi amalan dan tradisi dalam kalangan pemimpin UMNO, maka institusi yang telah lama dibina ini akan rebah.“Kita tidak mahu ada sabotaj calon-calon yang dikehendaki oleh rakyat dan pengundi kerana kita (UMNO Kuala Terengganu) khususnya perlu tebus semula maruah dan hilangkan arang yang disapu ke muka oleh kita sendiri.“Budaya ‘ikan keli’ yang mengeruhkan keadaan ini kita tidak mahu ada dalam jentera parti kita, ikutlah budaya ikan bandaraya walaupun kecil tetapi boleh membersihkan segala kotoran.“Walaupun kita dibawah hanya orang-orang kecil, mungkin ikan-ikan kecil, molekul-molekul kecil, tetapi kita sebagai lidi penyapu mustahil dapat menyapu dengan sebatang lidi, tetapi jika sebatang lidi itu kita dapat satukan, kita sapu bersih tempat yang kotor itu untuk menang,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Terengganu di Stadium Negeri, hari ini.Turut hadir, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu Dato’ Mohd Sabri Alwi serta kepimpinan UMNO negeri.Beliau turut mengingatkan pemimpin UMNO di semua peringkat supaya tidak melobi untuk dipilih sebagai calon pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).“Apabila ada keputusan calon yang akan disampaikan kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, kita tidak mahu ada anggota parti yang akan mengeruhkan keadaan dengan mensabotaj calon yang terpilih.“Budaya ikan keli di kolam mana pun diletakkan, pasti kolam itu akan keruh airnya. Ketepikan budaya ini, berikan sokongan kepada calon yang akan ditentukan pesiden parti,” ujarnya.Katanya, proses pemilihan calon sudah lama bermula dan kini terserah kepada pucuk kepemimpinan parti untuk menentukannya. “Saya tidak mahu ada sabotaj terhadap calon-calon yang dipilih. Kita akan pilih calon ikut kriteria dimana calon yang dijangka boleh menang dan disukai rakyat.“Tidak perlu melobi kerana kita lebih tahu siapakah calon yang diperlukan rakyat,” ujarnya.
25 Aug 17
108
UMNO Pusat Sudah Terima Senarai Calon- Ahmad Zahid
Ahmad Zahid bersama kepimpinan Terengganu selepas Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kassim/ Zulkifli PutraSemua badan perhubungan UMNO negeri, termasuk Terengganu telah menghantar senarai nama kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Adul Razak untuk dipertimbangkan sebagai calon bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata namun, calon itu bukan muktamad kerana kita akan meneruskan kajian dan tinjauan terhadapnya sama ada boleh menang atau tidak.Katanya, calon yang dipilih semestinya bakal menjadi jenama baik kepada parti untuk menang pilihan raya di peringkat sama ada di Dewan Undangan Negeri dan Parlimen."Terpulang kepada Perdana Menteri untuk menentukannya . Perdana Menteri juga mempunyai orang yang memantau calon ini daripada semasa ke semasa.“Tidak semestinya calon yang diterima itu layak untuk bertanding, kita tetap membuat kajian, selidik dan selami dan saya yakin calon yakin dipilih kelak popular dihati rakyat,”katanyaMenurutnya, kepimpinan tertinggi perlu ingat berada seseorang itu di atas adalah atas pilihan rakyat, oleh itu kita sewajarnya tidak perlu sombong, berbaiklah dengan mereka , selami hati mereka, apa yang diperlukan sebolehnya dibantu.
25 Aug 17
35