Artikel "Semasa" Terkini
Siswazah Menganggur Perlu Bijak Manfaat Teknologi Untuk Tambah Pendapatan
Golongan belia terutama siswazah menganggur di negeri ini dinasihatkan memanfaatkan kemudahan teknologi dan media sosial untuk menceburi dunia perniagaan di alam maya sebagai sumber pendapatan. Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia Dan Tugas-Tugas Negeri, Ghazali Taib berkata, golongan itu perlu bijak menggunakan peluang yang ada di depan mata sebagai sumber mata pencarian dan jangan bergantung kepada kelulusan semata-mata untuk mendapatkan pekerjaan."Kalau kita lihat pada hari ini,ramai yang menjadi pengusaha atas talian dan berjaya menjadi jutawan seperti Dr Vida yang kini merupakan salah seorang usahawan wanita yang berjaya."Apabila seseorang nak berjaya,dia harus buang perasaan malu kerana jika kita ada perasaan ini...sukar untuk membuat promosi barangan."Lihat sahaja Dr Vida..tanpa rasa malu dan segan,beliau buat apa sahaja untuk lariskan barangannya.Terkini kalau kita lihat video lagunya yang menjadi tular,yang mana telah meningkatkan lagi namanya dan produk keluarannya dikalangan masyarakat,"kata Ghazali bagi menjawab persoalan seorang beliawanis yang mahu peluang pekerjaan lebih terbuka kepada hampir 54 rbu golongan belia siswazah yang masih menganggur.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Ajil berkata demikian ketika menjadi ahli panel di Program Tautan Budi Peringkat DUN Ajil anjuran Unit Komunikasi Negeri Terengganu (UKOM) di Dewan Siviks Ajil, Hulu Terengganu, malam tadi.Turut sama bertindak sebagai panel pada majlis itu, Pengarah UKOM, Dato’ Muda Mamat dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas(JASA), Adli Kesah sebagai moderator.Seramai 200 belia dari sekitar Ajil turut hadir sebagai tetamu di majlis dialog tersebut.Ghazali turut menasihatkan para belia dan beliawanis sentiasa memandang ke hadapan dalam semua aspek demi masa depan yang terbaik."Jangan berhenti berusaha,teruskan mencari pengetahuan kerana usaha adalah tangga kejayaan demi melahirkan masyarakat yang cemerlang dalam mentransformasikan pelbagai aspek untuk mencapai negara yang hebat,"katanya.
21 Aug 17
59
Syarikat Alam Dingin Guna Kepakaran Tempatan
Ahmad Razif meninjau keadaan kilang milik Syarikat Alam Dingin Air Conditining Engineering Sdn Bhd.Perkembangan dan pembangunan alaf baru syarikat Alam Dingin yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Telok Kalong, Kemaman bermula selepas 2010 dengan menyediakan dan melaksanankan perkhidmatan Kejuruteraan, Pembekalan, Pembuatan dan Pemasangan sepenuhnya.Pengarah Urusan syarikat itu, Mohd Azan Sulaiman berkata, penglibatan guna tenaga kepakaran tempatan dan kesemua 100 peratus pekerja mereka adalah dari kalangan Bumiputera dan mahir dalam pelbagai peringkat kemahiran dan pengetahuan."Sehingga kini syarikat Alam Dingin mempunyai lebih kurang 150 orang kakitangan pekerja tetap dan lebih kurang 105 orang pekerja kontrak dan sementara," katanya pada Majlis perasmian kilang syarikat itu, semalam.Seramai 1,000 orang terdiri daripada kakitangan Alam Dingin hadir ke Majlis Perasmian Pembukaan dan Operasi Kilang Syarikat Alam Dingin Air Conditining Engineering Sdn Bhd.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Penggunaan Negeri, Nawi Mohamad, Pegawai Penyelaras Dewan Undangan Cukai ( ADUN ), Dato' Mohamed Awang Tera dan Pengurusi Syarikat ADAE Sdn Bhd, Ishak Sulaiman.Perasmian kilang syarikat berkenaan disempurnakan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Menurutnya, daripada jumlah tersebut lebih 75 peratus pekerja kami adalah dari selurug Terengganu."Syarikat Alam Dingin dibina sejak 2008 dan dipindahkan pejabat urusan dan operasi kami di Kemaman dari Jakar ke kawasan Perindustrian MIEL ,Teluk Kalung," katanya.Menurut Azan, beliau bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Terengganu melalui Unit Perancang Ekonomi Negeri Terengganu (Upen)dan Pejabat Daerah Kemaman kerana menyediakan tanah tapak kilang baru untuk meluaskan operasi mereka."Tidak lupa juga kami ucapkan kepada ECER dan TERAJU yang membantu kami mendapatkan geran pembinaan kikanh kami."Terima kasih juga kepada CKJ Engineering & Service Sdn Bhd atas kejayaan membangunkan membina kilang syarikat Alam Dingin ini," katanya.
21 Aug 17
1447
Kerja Pengawalan Hakisan Pantai Mengabang Telipot Capai Kemajuan 88 Peratus
Kerja-kerja pengawalan hakisan pantai di Kampung Tanjung Gelam dan Pantai Kampung Kolam, Mengabang Telipot sedang giat dilakukan dan sudah mencapai kemajuan 88 peratus dan dijangka siap sepenuhnya pada 18 Ogos 2018.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kerajaan negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri telah memohon peruntukan berjumlah RM90 juta dengan Kerajaan Persekutuan bagi mengatasi masalah hakisan pantai di kawasan berkenaan.“Selain itu, Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar sedang dalam kajian mengenalpasti kaedah terbaik bagi menangani masalah tersebut selain daripada cadangan membina benteng pemecah ombak,” ujarnya dalam jawapan bertulis Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Ke-13.Ahmad Razif yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancang, Kewangan dan Pelaburan, Tanah, Petroleum, Sumber Asli, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri berkata, JPS Negeri juga sedang memantau keadaan hakisan di kawasan itu dan akan mengemukakan cadangan kepada Kerajaan Persekutuan bagi penyelesaian segera.
21 Aug 17
42
MoU Epic Mushtari -Stork Technical Wujudkan Perkongsian Teknologi, Kepakaran Rakan Niaga
EPIC Mushtari Engineering Sdn Bhd (EME) dan Stork Technical Services Holding B.V hari ini menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) bagi mewujudkan perkongsian teknologi dan kepakaran dengan rakan niaga antarabangsa.Pengerusi EME, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkata MoU itu akan memberi manfaat yang sangat besar kepada kedua-dua pihak dalam menjana keuntungan secara efisyen dalam menghadapi persaingan industri dan ekonomi pada masa akan datang.Katanya, EPIC Mushtari ditubuhkan pada 1985 dan menjadi sebahagian daripada keluarga EPIC Berhad bermula Oktober 2007."Berkecimpung dalam bidang fabrikasi umum, khidmat pemulihan loji, penyelenggaraan tangki, peningkatan dan pengubahsuaian paip serta membaik pulih kapal."EPIC Berhad pula merupakan sebuah anak syarikat kerajaan negeri Terengganu yang bertanggungjawab menerajui industri gas dan minyak di Pantai Timur yang sentiasa meneroka peluang baharu untuk menambah mutu industri minyak dan gas di negara ini," katanya.Beliau berkata demikian pada majlis MoU itu di Resort World Awana Kijal Kemaman, hari ini.Hadir menyaksikan Mouitu Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong .Tengku Zaihan berkata, Termenterainya perjanjian persefahaman itu adalah satu anjakan ke arah fasa baru EPIC Mushtari dalam mempergiatkan usaha dan aktiviti perniagaan terutamanya perkongsian teknologi serta kepakaran dan rakan niaga antarabangsa."Pada masa sama membantu mempertingkatkan taraf syarikat ke arah lebih aktif, agresif dan produktif dalam mencipta peluang dalam bidang pemulihan dan pembaikan loji," katanya
21 Aug 17
347
Projek Tenaga Solar Di Teluk Kalong Dijangka Tarik Pelaburan RM262 Juta
Kerajaan negeri melalui Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) menyasarkan mampu menarik pelaburan sehingga RM262 juta hasil projek pembangunan loji janakuasa tenaga solar berkapasiti 18.5 mega walt yang dijangka bermula Mac tahun depan di Telok Kalong, Kemaman.Jumlah itu hasil penjanjian bagi tempoh tiga fasa atau 21 tahun bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB).Fasa pertama iaitu setahun hingga lima tahun dijangka mampu meraih pelaburan RM6 juta hingga RM 7 juta, fasa kedua (enam hingga 10 tahun) (RM64 juta) dan 11 hingga 21 tahun (RM131 juta).Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, projek yang membabitkan peruntukan RM80 juta di kawasan kira-kira 28.3 hektar itu mampu membuka peluang pekerjaan kepada lebih 1,000 penduduk tempatan.Katanya, kejayaan itu menjadi perintis untuk projek solar bagi kawasan Pantai Timur seterusnya menarik minat pemaju tenaga solar baharu untuk melibatkan diri secara aktif dalam sektor itu."Pembangunan sistem solar berskala utiliti ini juga dijangka akan memberi manfaat kepada sistem bekalan elektrik di mana secara tidak langsung dapat mengurangkan kos pengendalian sistem penjanaan yang kompleks."Ini kerana pihak utiliti tidak perlu bergantung sepenuhnya terhadap sistem penjanaan yang konvensional seperti loji kuasa menggunakan bahan api gas dan minyak sebagai bahan bakar," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Pelancaran Projek Pembangunan Loji Janakuasa Tenaga Solar Berkapasiti 18.5 Mega Walt di Resort World Awana Kijal, Kemaman, hari ini.Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong, Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Epic, Dato' Mohamed Awang Tera.Ahmad Razif turut memberitahu, projek itu turut dilihat mampu memacu pertumbuhan ekonomi Terengganu dan penduduk."Inovasi dalam bidang ini bukan sahaja dapat diguna pakai oleh industri itu sendiri malah membawa manfaat kepada kilang, bangunan komersial, pentadbiran dan perumahan penduduk," katanya.
21 Aug 17
614
‘Rumah Terengganu’ Bakal Dibuka Di China Awal Tahun Hadapan
Presiden OSTeC 16/17 Satria Asyraf (tengah) menyampaikan cenderamata kepada Ahmad Razif sempena Majlis Makan Malam OSTeC (Persatuan Pelajar Terengganu Luar Negara) 2017 di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu malam tadi. Foto Oleh: Zulkifli C.W.PutraKerajaan negeri bakal membuka sebuah pusat pelancongan Terengganu di Shanghai, China awal tahun hadapan.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, projek pembinaan 'Rumah Terengganu', sebuah pusat pameran untuk mempromosikan produk dari Terengganu, di daerah Huaxi (kampung terkaya di China) itu akan dimulakan Oktober ini.“Proses reka bentuknya sudah siap, Insya-Allah bulan 10 ini kita akan mula projek untuk bina ‘Rumah Terengganu’ di Huaxi dimana pelancong yang berkunjung di kawasan tersebut tidak kurang daripada 50,000 orang seminggu,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Makan Malam OSTeC (Persatuan Pelajar Terengganu Luar Negara) 2017 di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu malam tadi.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latif Awang dan Pengarah YT, Ishamudin Hashim.Ahmad Razif berkata, kerajaan negeri juga akan membuka cawangan Chicken Cottage baharu di Jerman.“Setakat ini, kita mempunyai 92 buah rangkaian Restoran Chicken Cottage seluruh dunia.“Insya-Allah, bulan depan kita akan membuka cawangan yang ke 93 di Jerman,” ujarnya.Dalam pada itu, Ahmad Razif turut mengingatkan pelajar yang hadir pada majlis tersebut supaya fokus dengan apa yang dilakukan terutamanya melibatkan pembelajaran masing-masing.“Jangan ada rasa kurang yakin dengan kewibawaan diri, letakkan sasaran apa yang ingin kita capai dan usah terpengaruh dengan unsur-unsur yang cuba mengadu domba dan cuba memburukkan sesama kita yang akhirnya akan merugikan kita dan negeri,” ujarnya.
20 Aug 17
59
Sukan SEA : Sultan Mizan Banggakan Negara, Pecah Rekod Temasya
Sultan Terengganu sebaik tiba ke garisan penamat. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailKebanggaan negara dan rakyat! Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dan kuda 'Rtes Annaversary' bukan sahaja berjaya meraih pingat emas tetapi juga mencipta rekod baharu Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dalam acara sukan kuda lasak kategori individu.Baginda yang memakai jersi nombor 111 memulakan perlumbaan sejauh 80 kilometer (km) pada 3 pagi tadi di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP) Lembah Bidong, di sini dan membenam rekod tiga jam lebih awal untuk menamatkan perlumbaan.Baginda yang tiba di garisan penamat pada 8.18 pagi dengan catatan masa tiga jam 48 minit 38 saat , meleburkan rekod atlet Malaysia iaitu pemenang pingat emas Sukan SEA 2013 di Myanmar, Mohd Sulaiman Muda yang mencatatkan enam jam 26 minit. Jumlah purata kelajuan ialah 20:994 kilometer sejam.Lebih istimewa penyertaan baginda adalah pertama kali dalam sejarah Sukan SEA.Ketika ditemu bual secara eksklusif oleh Bernama selepas selesai acara itu, baginda melahirkan rasa syukur dan gembira atas kemenangan Malaysia dan menyifatkan ia adalah hasil kerjasama semua pihak.Sultan Mizan sempat berkongsi keserasian bersama kuda dari Australia itu dan dengan riak wajah ceria baginda menyatakan bahawa keserasian mereka telah wujud sejak lapan tahun lalu hingga mampu melakar beberapa kemenangan dalam pelbagai kejohanan peringkat dunia sebelum ini.Bagi menghadapi kejohanan tersebut baginda telah berlatih setiap hari tanpa mengambil mudah setiap cabaran yang bakal dihadapi walaupun TIEP umpama 'padang permainan' baginda."Untuk memasuki sukan ini ada beberapa mata yang perlu diambil kira sebelum terpilih untuk mewakili Malaysia, keinginan untuk mewakili negara ini berlaku secara kebetulan ekoran saya juga telah menceburi sukan ini.Sultan Mizan ketika ditemubual wartawan dari Bernama. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail Tuanku turut berkongsi 'resipi' sepanjang perlumbaan itu, dengan mengisi masa berbual bersama atlet Malaysia yang lain kerana masing-masing sentiasa seiring sejak awal pelepasan."Saya rasa bersyukur kehadrat Allah kerana semua selamat dan acara ini dapat dilakukan di negeri Terengganu, serta mendapat sambutan daripada orang ramai, " titah baginda.Selain itu baginda mengucapkan tahniah kepada pasukan Malaysia, pengurus pasukan Che Mat Din Ismail, kesemua penunggang, groom kru, pembantu veterinar, pemasang ladam kuda dan semua yang terlibat bertungkus-lumus untuk memberi kejayaan kepada pasukan baginda.Sultan Mizan bertitah pada Mei tahun depan, Terengganu bakal mengadakan Kejohanan Piala Kuda Lasak Asia dan baginda melahirkan harapan untuk menjadikan Terengganu sebagai lokasi perlumbaan Kejohanan Kuda Lasak Remaja Dunia pada masa akan datang.Baginda turut berterima kasih kepada pihak kerajaan negeri kerana menyokong usaha mewujudkan sukan kuda lasak di negeri ini. -- BERNAMA
19 Aug 17
273
Penternak Sanggup Belanja Besar Sambut Kemerdekaan Negara
Berbekalkan semangat cintakan negara, seorang penternak mempunyai caranya yang tersendiri dalam menonjolkan semangat patriotik dan kecintaannya terhadap negara apabila memperuntukkan RM5,000 bagi menghias rumah dengan Jalur Gemilang.Tuan Ahmad Tuan Ismail,60, sanggup berbelanja besar untuk membeli bendera dan cat bagi menghiaskan kediamannya itu. Apa yang uniknya, rumah yang terletak di Kampung Getang Hilir bukan dihiasi dengan satu atau dua Jalur Gemilang tetapi lebih 500 bendera dalam pelbagai saiz.Selain itu juga, bahan terbuang seperti tin susu serta botol air berjumlah lebih 300 biji turut didekorasi menjadi bunga kebangsaan bagi menambah seni hiasan halaman rumahnya.Bertambah menarik apabila pelbagai peralatan lama sebelum dan selepas merdeka turut dipamerkan seperti alat membajak sawah, bahan tembikar termasuk gambar Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan kesemua bekas Perdana Menteri juga tersusun indah menghiasi satu sudut rumahnya yang dinamakan Galeri Kemerdekaan.Tuan Ahmad yang lebih mesra dengan panggilan Ayah Ku berkata, beliau lahir pada 1957 dan mengganggap apa yang dizahirkan itu sebagai satu simbolik tanda kecintaan mereka terhadap negara.“Memang setiap tahun saya, isteri beserta anak menantu akan meluangkan masa menghias rumah sempena sambutan bulan kemerdekaan."Ayah Ku bersyukur kerana isteri, Tuan Jamilah Tuan Abdul Aziz, 55, turut mempunyai minat dan semangat yang sama seperti saya dan dia tidak pernah menghalang semangat patriotik dalam diri Ayah Ku. Anak perempuan Tuan Azma Tuan Ahmad,39, dan menantu Amran Samion,41, juga merupakan tulang belakang Ayah Ku dalam menyiapkan hiasan dan mencipta idea-idea kreatif bagi menampilkan kelainan untuk sambutan kali ini, " katanya kepada Teganukita ketika ditemui di kediamannya di Kampung Getang,Kuala Berang, hari ini.Beliau berkata, dia dan keluarga menghabiskan masa selama tiga minggu untuk menghias laman rumahnya dengan Jalur Gemilang dan pelbagai replika malah akan menambah lagi hiasan itu menjelang sambutan pada 31 Ogos ini.Menurutnya lagi, pada tahun ini beliau mencipta kelainan dengan membina replika menara KLCC yang dihasilkan daripada 40 batang buluh yang di belah menggunakan kapak dalam masa tiga hari."Idea ini datang daripada Ayah Ku dan menantu iaitu Amran dan kami mencari sendiri buluh di hutan berhampiran sebelum membelahnya untuk dijadikan menara yang boleh dinaiki..memang susah tapi semangat kami mengatasi segalanya."Selepas itu, muncul pula idea untuk membina replika kereta kebal daripada buluh yang mengambil masa seminggu untuk disiapkan termasuk sebuah replika helikopter pejuang,"ujarnya.Sementara itu, menantunya, Amran berkata mentuanya sangat bersemangat setiap kali tiba bulan Ogos malah perancangan telahpun dibuat beberapa minggu sebelum itu untuk menghiasi rumah mereka."Saya pun turut bersemangat melihat ayah mentua yang sememangnya teruja untuk menghias rumah dengan Jalur Gemilang dan sanggup mencarinya di merata tempat sekiranya tiada bekalan di Bandar Kuala Berang."Memang sedikit pun tak kisah untuk bantu ayah sebab saya pun suka membuat sesuatu yang baru malah kerjaya sebagai tukang kayu memudahkan saya mencipta kelainan dalam merealisasikan 'mood' sambutan Bulan Kebangsaan dengan dibantu sepenuhnya oleh isteri saya,Tuan Azma,"kata Amran.Pada tahun ini, rumah Tuan Ahmad turut dipertandingkan dalam Program Senyum, Syukurnya Negaraku Merdeka anjuran Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri(DUN)Kuala Berang bagi kategori Rumah Persendirian."Ayah Ku tidak meletakkan kemenangan sebagai sasaran utama kerana bagi Ayah Ku semangat juang adalah yang paling utama untuk puaskan hati kami..menang atau kalah bukan lah menjadi persoalan,yang paling penting semangat patriotik dalam diri kami sekeluarga.“Alangkah baik sekiranya semua orang menanam semangat cintakan negara dan semoga semangat patriotisme kami sekeluarga terhadap negara akan tetap berkobar dan tidak akan pernah luntur,"katanya lagi.Malah mereka juga berharap semangat semakin mendalam supaya menjadi teladan untuk anak cucunya yang lain supaya meneruskan kemeriahan sambutan kemerdekaan.
19 Aug 17
1821
Kibar Jalur Gemilang Di dasar Laut Semarak Semangat Patriotik
Pelbagai cara ditunjukkan rakyat Malaysia dalam menzahirkan semangat nasionalisme dan kecintaan kepada negara sempena sambutan Hari kebangsaan setiap tahun.Bagi Persatuan Selaman Bebas Terengganu (PSBT) pula, kelainan dalam menzahirkan semangat patriotisme menjelang sambutan Hari Kebangsaan ke-60 menerusi Program Terengganu Merdeka Free Dive, apabila mengibarkan Jalur Gemilang di dasar perairan Pulau Bidong, tanpa bantuan alat bekalan oksigen.Majlis perasmian program Terengganu Merdeka Free Dive sempena Pelancaran Program Negaraku Sehati Sejiwa 2017 Peringkat Negeri itu disempurnakan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato’ Tengku Farouk Hussin Tengku Abd Jalil di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus pagi semalam.Pengerusi penganjur program tersebut, Raja Faisal Raja Harun berkata, Jalur Gemilang bersaiz 18 meter panjang dan enam meter tinggi itu diturunkan ke dasar laut sedalam kira-kira 12 meter oleh 30 penyelam bebas dari Terengganu, Kelantan, Johor Bharu dan Kuala Lumpur, secara bergilir-gilir dalam tempoh 30 minit.“Ia diturun dan dikibarkan pada dua lokasi berhampiran Galeri Air perairan Pulau Bidong, jam 1.30 petang.“Seramai 10 penyelam skuba turut mengiringi kumpulan 30 penyelam itu sebagai langkah keselamatan sekiranya berlaku sebarang kejadian tidak diingini,” ujarnya.Raja Faisal yang juga Penolong Setiausaha Kerajaan negeri (Unit Korporat) berkata, pengibaran Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kebangsaan negara itu sesuatu yang unik kerana penyelam tidak menggunakan bantuan alat bekalan oksigen, sebaliknya bergantung sepenuhnya kepada kemahiran mengawal dan menahan pernafasan sepanjang berada di dasar laut.
19 Aug 17
471
Dana Tom Batu Buruk Diagihkan Sabtu Ini
Dana Transformasi Orang Muda (TOM) DUN Batu Buruk, Parlimen Kuala Terengganu akan diserahkan kepada penerima dalam acara Fun Run 60Th Merdeka “Negaraku Sehati Sejiwa” sabtu ini.Acara tersebut akan disempurnakan oleh Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Dato' Mohd Sabri Alwi.Larian itu akan bermula pada 7.30 pagi di Dataran Pantai Batu Buruk dan berakhir di Stadium Negeri, Kuala Terengganu.Dalam pada itu, penerima dana diminta untuk berpakaian sukan yang sesuai, membawa kad pengenalan dan surat jemputan yang diedarkan kepada mereka.Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan majlis tersebut yang turut menyediakan sebanyak 60 cabutan bertuah.
19 Aug 17
85