Artikel "Semasa" Terkini
WorldMerdeka #QuranHour Di Hotel Permai Platform Penyatuan Ummah
Guru Kafa dan orang awam antara peserta yang menyertai program WorldMerdeka #QuranHour yang berlangsung di Hotel Permai di sini, tengah hari tadi.Program sejam bermula jam 12 tengahari dimulai dengan bacaan doa, disusuli dengan bacaan ayat suci al-Quran dan tazkirah oleh imam masjid kerajaan, Che Mohd Fakhrul Rozi Che Ismail.Pemangku Pengurus Besar Hotel Permai, Noralizan Abd Rahman berkata, program murni dan disambut serentak seluruh negara itu merupakan program kali ketiga yang diadakan di hotel itu.“Permai Hotel amat berbesar hati kerana telah dipilih menjadi salah satu tempat untuk diadakan program #QuranHour.“Program ini merupakan satu program khidmat masyarakat untuk mendekatkan hubungan antara pihak hotel bersama masyarakat agar dapat bersama-sama memberi kefahaman kepada masyarakat bahawa al-Quran itu adalah sebagai tali penyatuan ummah,"katanya.Tambahnya, program itu akan dijadikan sebagai program tahunan di Hotel tersebut.Menurut Noralizan lagi, hotel itu juga akan sentiasa mencari peluang dalam menjayakan program seperti itu dan berharap agar sambutan daripada masyarakat untuk program yang akan datang sentiasa meningkat berbanding sebelumnya.
31 Aug 17
53
5,000 Penuhi Dataran Shahbandar
Sebahagian dari rakyat Terengganu yang menyambut ambang kemerdekaan ke-60 di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Lebih 5,000 orang membanjiri perkarangan Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu bagi bagi sama-sama menyambut malam ambang kemerdekaan 2017Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri, To' Puan Seri Halina Zakaria tiba pada jam 11.30 malam.Sebelum menunggu detik 12 tengah malam, Ahmad Razif dalam ucapannya berkata rakyat Malaysia amnya bersyukur dengan apa yang telah negara kecapi."60 tahun bukanlah satu jangkamasa yang panjang. Tetapi dalam umur yang sebegini singkat kemerdekaan sebuah negara seperti Malaysia, kita telah berjaya capai satu tahap yang dibanggakan sehingga menjadi contoh teladan khasnya di kalangan negara-negara Islam."Kita sewajarnya merasa bersyukur kerana telah dilahirkan dalam sebuah negara yang telah merdeka. Dan lebih penting, kita sewajarnya merasa bersyukur kerana telah berjaya sama-sama mengisi kemerdekaan dengan begitu berjaya," katanya.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail, Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong; barisan exco kerajaan negeri dan wakil-wakil rakyat serta pegawai-pegawai kerajaan.Acara dimulakan dengan perarakan masuk Jalur Gemilang oleh 30 orang anggota Rejimen 512 Askar Wataniah sebelum dinaikkan oleh pasukan simpanan Tentera Laut Diraja Malaysia.Tepat detik 12 malam, berkumandang lagu Negaraku diikuti oleh laungan keramat 'Merdeka' yang diketuai oleh Ahmad Razif, barisan Exco kerajaan negeri dan orang ramai yang memenuhi perkarangan dataran itu sebanyak tiga kali.Sejurus selepas laungan itu, bergema pula lagu-lagu patriotik diiringi oleh tembakan bunga api di kawasan tersebut selama hampir lima minit.
31 Aug 17
167
Zainab Lahir Bayi Merdeka Ke-60 Yang Pertama Di Terengganu
Roslee bersama bayi merdeka dan keluarga masing-masing di Priba, HSNZ, hari ini. Foto oleh Zulkifli CW Putra"Sepatutnya anak ketiga kami lahir dua minggu lagi. Tapi dah tersurat dia menjadi bayi merdeka. Tepat 12.01 malam anak lelaki ketiga saya ini selamat dilahirkan," kata Zainab Yusof, 42, ketika ditemui di Pusat Rawatan Ibu dan Anak (Priba) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), hari ini.Zainab dari Batu Tiong, Dungun, mula dimasukkan ke Wad Priba HSNZ sejak 27 Ogos lalu, melahirkan bayi merdeka pertama di Terengganu secara normal seberat 3.6 kilogram (kg) dengan ditemani suaminya, Ahmad Ridhwan Mohd @ Sidek, 42.Kelahiran bayi itu diraikan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud bersama isteri dan petugas di Priba HSNZ.Turut hadir, Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Mohammad Omar dan Pengarah HSNZ, Dr Nor Azimi Yunus.Seramai 34 bayi merdeka lahir sehingga jam 11 pagi tadi di seluruh Terengganu dengan Priba merekodkan jumlah tertinggi iaitu 21 orang, diikuti Hospital Kemaman (6), Besut (4) dan Dungun 3 orang.Daripada jumlah itu, 20 daripada mereka perempuan dan 14 bayi lelaki.Sementara itu, seorang lagi ibu yang melahirkan bayi merdeka, Fadilah Zahidi, 36, dari Kampung Seberang Baroh, juga teruja dengan kelahiran anak perempuan pertama keluarganya itu.Fadilah yang berkhidmat sebagai guru Kafa dengan suaminya, Mohd Sofian Jusoh, 35, sudah mempunyai dua anak lelaki berusia 8 dan 5 tahun, melahirkan bayinya lima hari lewat dari tarikh jangkaan sebenar."Alhamdulillah, anak saya sihat dan selamat dilahirkan secara normal kira-kira jam 1 pagi tadi selepas mula mengalami kesakitan yang kuat sejak semalam."Gembira sangat dan tidak sangka turut diraikan sempena sambutan kemerdekaan negara ke-60 ini,"katanya.
31 Aug 17
1084
Sambutan Hari Kebangsaan 2017 Meriah, Penuh Semangat Patriotik
Yang di-Pertuan Muda Tengku Muhammad Ismail (kanan) menyaksikan perarakan Jalur Gemilang pada sambutan Hari Kebangsaan 2017 peringkat Negeri Terengganu di Dataran Batu Burok hari ini. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailSambutan Hari Kebangsaan 2017 peringkat negeri Terengganu di Dataran Batu Burok, Kuala Terengganu berlangsung dalam suasana meriah dan penuh patriotik dengan kehadiran luar jangkaan pengunjung yang mula membanjiri lokasi itu sejak dari awal pagi.Seramai 6,992 peserta daripada 142 kontinjen mengambil bahagian dalam acara perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-60 2017, peringkat negeri Terengganu yang bertemakan Negaraku Sehati Sejiwa.Mereka terdiri daripada jabatan dan agensi kerajaan, badan berkanun, anak syarikat kerajaan negeri, syarikat korporat, institusi pengajian, jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (J3K) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).Yang di Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan berkenan berangkat ke majlis itu.Turut berkenan berangkat, kekandanya, Tengku Nadhirah Zahrah serta Tengku Sri Temenggung Raja, Tengku Baharuddin Sultan Mahmud.Baginda disambut oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri, To’ Puan Seri Halina Zakaria; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Agung Sambutan Bulan Kebangsaan 2017 peringkat negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang.Sebelum memulakan perarakan semua peserta berkumpul di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, seawal jam 6.30 pagi.Acara dimulakan dengan perbarisan dan penyerahan Jalur Gemilang serta nyanyian lagu Negaraku sebelum diteruskan dengan bacaan ayat suci al-Quran dan doa untuk pejuang kemerdekaan.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman membacakan perutusan Hari Kebangsaan dan mengetuai laungan 'Merdeka' sebanyak tiga kali.Perarakan sejauh 4.01 kilometer itu bermula Stadium Sultan Ismail Nasirudin Shah menghala ke Jalan Sultan Ismail, Jalan Tok Lam, Jalan Sultan Sulaiman, Bulatan Batu Bersurat, Jalan Sultan Mahmud, Jalan Pantai Batu Batu Burok, Hadapan Warung Pak Maidin dan tiba di Taman Awam Batu Burok kira- kira jam 8.45 pagi.Perarakan dengan pasukan terakhir Pasukan Tindakan Cemas Malaysia berakhir kira- kira jam 11.45 pagi.
30 Aug 17
1089
Hargai Kemerdekaan dan Keamanan Negara- Ahmad Razif
Peserta berkumpul di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu sebelum menuju ke Taman Awam Batu Burok. Foto Zulkifli C W PutraMenteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman meminta rakyat agar tidak lalai dan mengambil mudah kemerdekaan dan keamanan yang dikecapi negara selama 60 tahun ini.Katanya, ramai dalam kalangan rakyat lalai dan mengambil mudah kemerdekaan serta keamanan tanpa mengetahui pencapaiannya bukanlah mudah.“Tidak ada yang lebih berharga daripada mengecapi nikmat kemerdekaan ini dalam suasana aman, damai dan tenteram. “Inilah yang kita sedang nikmati sekarang di bumi Malaysia. Dan inilah yang kita perlu pertahankan sampai bila-bila,”katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari Kebangsaan ke-60 2017, peringkat negeri Terengganu yang bertemakan Negaraku Sehati Sejiwa di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, pagi tadi.Yang di Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan berkenan berangkat ke majlis itu.Turut berkenan berangkat, kekandanya, Tengku Nadhirah Zahrah serta Tengku Sri Temenggung Raja, Tengku Baharuddin Sultan Mahmud.Hadir sama To’ Puan Seri Halina Zakaria; Setiausaha Kerajaan negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Agung Sambutan Bulan Kebangsaan 2017 peringkat negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang.Ahmad Razif berkata, banyak negara yang mencapai kemerdekaan sezaman dengan negara kita.“Tetapi tidak ada satupun yang dapat mencapai tahap kejayaan dan pembangunan sepertimana yang sedang kita di Malaysia kecapi sekarang ini.“Kita berjaya membuktikan disebalik kepelbagaian bangsa dan agama, adanya kesatuan. Malah kepelbagaian inilah yang menjadi sumber dan tunjang kekuatan Malaysia sebagai sebuah negara yang mahu dan kita perlu mempertahankannya.
30 Aug 17
1077
TDM Berhad Tubuh Akademi TDM
Ahmad Razif hadir pada Majlis Memorandum Persefahaman (MoU) dengan beberapa institusi pengajian tinggi terpilih di Kompleks Kilang TDM, Pelong Setiu, kelmarin. Tg Syamim Tg Ismail.Penubuhan Akademi TDM, di Pelong, Setiu antara komitmen TDM Berhad bagi menyediakan pusat latihan untuk penduduk setempat, kakitagan syarikat perladangan dan pekebun kecil di pantai timur.Akademi itu merupakan rentetan proses penjenamaan semula dalam era transformasi syarikat di bawah pentadbiran baharu yang diterajui Pengarah Urusan Kumpulan TDM, Dato’ Mohamat Muda.Majlis perasmian disempurnakan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman serentak dengan perasmian Pusat Timbang Komuniti bagi memudahkan pekebun kecil di kwasan setempat memasarkan hasil mereka.Bagi membantu mengukuhkan peranan dan perjalanan akademi, TDM turut mementerai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan beberapa institusi pengajian tinggi terpilih di Kompleks Kilang TDM, Pelong Setiu, kelmarin.Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Langkap, Dato’ Sabri Mohd Nor; Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Ahmad Zubaidi A. Latif; Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dato’ Dr. Nor Aieni Mokhtar; Naib Canselor Kolej Universiti Agrosains Malaysia (UCAM), Datuk Dr. Faridah Hanam Mohd Rashid dan Pengarah Eksekutif, International Institute of Plantation Management (IIPM),Halid Hasbullah Boestaman.Ahmad Razif dalam ucapannya mengalu-alukan kewujudan Akademi TDM yang dapat dijadikan salah satu saluran terbaik kerajaan dalam memperkasa modal insan bagi menyediakan tenaga mahir untuk keperluan banyak entiti swasta di negeri ini.“Latihan dan seminar di Akademi TDM melibatkan penekanan ke arah mewujudkan warga kerja berintegriti kerana intergriti adalah satu sikap yang harus menjadi budaya sebagaimana yang termaktub dalam Prinsip Tranasformasi Terengganu Baharu (TTB); Integriti, Bersih Dalaman dan Luaran.“Di kesempatan ini juga, saya mengucapkan tahniah kepada TDM kerana memperoleh Standard Emas dalam pengurusan ladang dan kilang yang lestari sejak tahun 2014 lagi,”ujarnya.
29 Aug 17
232
Ketengah Tarik Penyertaan Di Bidang Keusahawanan Menerusi Program Input Pertanian
Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah)berjaya menarik penglibatan penduduk terutamanya golongan muda dalam keusahawanan melalui program input pertanian (pemulihan dusun) dan pelancaran kebun dapur.Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan,Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud berkata, melalui usaha itu mentaliti 'makan gaji' seharusnya diubah kepada menjadi usahawan yang berjaya dan dapat pula menawarkan peluang pekerjaan kepada orang lain."Saya amat berharap bantuan sebegini ini mencapai maksudnya dan melihat nanti lahirnya di Wilayah Ketengah ini usahawan-usahawan yang gigih, cekal, tahan diuji serta berjaya menjadi usahawan yang penuh wibawa malah dapat mencabar penguasaan bangsa-bangsa lain di negara kita."Ini juga selaras dengan hasrat kerajaan negeri dalam usaha Jom Bantu Rakyat. Ketengah hari ini telah mengambil satu tanggungjawab untuk membantu rakyat pedalaman terutamanya melalui pertanian,"kata Roslee.Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Besi (ADUN)berkata demikian kepada Teganukita di Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan Dan Penyampaian Input Pertanian Program Peningkatan Pendapatan Ketengah Tahun 2017 di Tasik Puteri,Bukit Besi, Dungun, hari ini.Seramai 120 orang peserta daripada enam kampung yang terpilih menerima sumbangan berbentuk baja organik, manakala 150 orang lagi menerima beg plastik,racun dan benih bagi Program Kebun Dapur.Sementara itu, Pengurus Khidmat Pengurusan Ketengah, Ahmad Fakaruddin Ahmad berkata, program bantuan input pertanian (pemulihan dusun) Ketengah ini berkonsepkan Jom Banty Rakyat yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak baru- baru ini.Jelasnya lagi, Ketengah dalam usaha untuk membangunkan modal insan masyarakat dan sentiasa cakna akan keperluan kumpulan sasar terutama dalam usaha meningkatkan ekonomi golongan yang berpendapatan rendah (B40)." Program ini bersifat mesra rakyat kerana dalam program ini pemimpin sendiri turun padang mendekati dan membantu peserta malah pembahagian input pertanian ini diharap dapat mengurangkan kos perbelanjaan seterusnya dapat meningkatkan hasil pengeluaran tanaman."Ini termasuklah program pelancaran kebun dapur merupakan kesinambungan daripada Program Bumi Hijau di bawah Dasar Jaminan Bekalan Makanan (DJBM) yang memberi fokus kepada penggalakkan penduduk luar bandar menambah pendapatan melalui aktiviti ekonomi berkonsepkan tanaman, ternakan dan akuakultur,"katanya.
29 Aug 17
32
Petronas Tanam 1,000 Pokok Paya Bakau Sepanjang Sungai Paka
Sebanyak 1,000 pokok paya bakau akan ditanam bermula semalam, sehingga akhir tahun ini dalam usaha memupuk semangat cintakan alam sekitar dan menjaga kebersihan di Sungai Paka, Dungun. Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Gas Berhad, Kamal Baharin Ahmad berkata, pokok bakau berkenaan akan ditanam di sepanjang Sungai Paka bagi menyahut usaha sayangi sungai kita.
"Kempen menanam pokok bakau ini merupakan salah satu aktiviti syarikat minyak gergasi nasional dalam menzahirkan komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar. "Untuk fasa pertama Petronas menanam sebanyak 300 pokok bakau di sepanjang Sungai Paka," katanya.Beliau berkata demikian ketika menyertai kempen menanam pokok bakau bersama 150 penduduk Kampung Pinang Merah sempena Program Sayangi Sungai Paka, semalam. Hadir sama Pengurus Besar Petronas Pantai Timur, Wan Mohd Hasnan Abdullah, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Dungun, Shahidan Embok dan Pengerusi Penasihat Alam Sekitar, Prof. Dr Ahmad Ismail. Kamal berkata, pokok bakau yang ditanam ini berfungsi untuk menjaga daratan atau tebing sungai daripada hakisan ekoran fenomena pasang surut serta gelombang air laut , selain 1,000 bebola lumpur turut dilontarkan ke Sungai Paka.Selain itu, Petronas turut menjalankan pengambilan sampel air Sungai Paka yang bertujuan untuk memantau dan merekod kehidupan tumbuhan dan haiwan yang wujud di sekitar sungai itu.
29 Aug 17
501
Sate Jabi Bakal Setanding Sate Kajang
Ahmad Razif membakar sate sebelum menikmati hidangan itu di Kedai Sate Kak Mah Jabi sempena Majlis Santai Sepetang Bersama YAB MB Di DUN Jabi, semalam. Foto oleh Tg Syamim Tg IsmailKerajaan negeri berhasrat menjadikan Pekan Jabi, hab sate di Terengganu mampu dikenali di seluruh Malaysia setanding sate Kajang, bermula tahun depan.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, peruntukan khusus akan disediakan bagi mengembangkan perusahaan itu termasuk membangunkan prasarana serta infrastruktur baharu yang lebih lengkap.“Kita berhasrat supaya Jabi ini akan dikenali sebagai hab sate Terengganu pada tahun depan. “Sehubungan itu, kita akan menyediakan bajet khusus bagi membangunkan fasiliti dan infrastruktur serta memastikan lebih ramai penduduk di Jabi ini menjalankan perniagaan ini dan memberi lebih banyak peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan,”katanya.Beliau berkata demikian di Majlis Santai Sepetang Bersama YAB Menteri Besar Di DUN Jabi, di Kedai Sate Kak Mah, Jabi, semalam. Turut hadir, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Mohd Iskandar Jaafar dan ADUN Langkap, Dato' Sabri Mohd Nor.Hadir sama, Pegawai Daerah Besut, Wan Ismail Sahaimi Wan Omar.Ahmad Razif sempat menikmati keenakan sate ayam, daging dan kambing serta pelbagai menu lain termasuk arnab panggang, tapai dan bubur kacang bersama kira-kira 250 masyarakat sekitar yang turut hadir di majlis itu.Selepas menikmati hidangan petang itu, beliau bersama Iskandar dan pemimpin setempat yang lain kemudiannya menziarahi tiga orang veteran UMNO Jabi termasuk bekas wakil rakyat DUN berkenaan.Sebelum itu, dalam ucapannya, Menteri Besar turut meluluskan peruntukan tambahan RM150,000 bagi menambah baik Masjid Jabi dengan menjadikan kos keseluruhan penambahbaikan itu RM300,000.“Saya sangkakan pelawaan YB Iskandar kepada saya dan isteri hanya makan sate Jabi, sebaliknya pula berlaku apabila dia minta saya tambah bajet untuk baiki Masjid Jabi. Tapi tidak mengapalah, beliau minta bukan untuk kepentingan peribadi, sebaliknya untuk manfaat penduduk setempat juga. Jadi saya luluskan tambahan bajet RM150,000 itu pada hari ini,”kata beliau lagi sambil berseloroh.
29 Aug 17
804
Lebih 4,000 Peserta Dijangka Sertai Perarakan Hari Kebangsaan
Gambar hiasanLebih peserta 4,000 daripada 175 pasukan mewakili pelbagai jabatan dan agensi swasta dijangka menyertai perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-60 peringkat negeri di Dataran Batu Buruk, Kuala Terengganu, pada 31 Ogos ini (Khamis) .Peserta yang mengambil bahagian akan berkumpul di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu seawal jam 6.30 pagi.Acara akan dimulakan dengan perbarisan dan penyerahan Jalur Gemilang serta nyanyian lagu Negaraku sebelum diteruskan dengan bacaan ayat suci al-Quran dan doa untuk pejuang kemerdekaan.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman akan membacakan perutusan Hari Kebangsaan dan mengetuai laungan 'Merdeka' sebanyak tiga kali.Perarakan akan bermula dari Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah melalui Jalan Sultan Sulaiman, Bulatan Batu Bersurat, hadapan Hospital Sultanah Nur Zahirah, simpang Batu Buruk dan berakhir di Dataran Batu Burok.Yang DiPertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan berkenan berangkat menyaksikan perarakan dan perbarisan itu.
29 Aug 17
467