Artikel "Semasa" Terkini
SKMM Kuatkuasa Akta Khas Kawal Laporan Berita Berunsur Fitnah
Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) menguatkuasakan akta khusus bagi mengawal laporan berita berunsur fitnah terutamanya yang disebarkan oleh portal online bagi menangani aduan berkaitan kandungan jelik di internet.Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Dato' Jailani Johari berkata namun pengamal media dalam talian harus lebih bertanggungjawab menguruskan kandungan yang dimuatnaik diportal mereka."Bezakan antara langit dan bumi antara kandungan yang mengkritik dan kandungan yang bersifat menghina, membenci dan menghasut ataupun palsu."Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) mempunyai dua peruntukan utama yang membolehkan tindakan penguatkuasaan diambil ke atas aduan-aduan berkaitan kandungan jelik di Internet."Peruntukan dibawah Seksyen 211(Larangan Terhadap Pemberian Kandungan Jelik) dan Seksyen 233 (Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian) membolehkan tindakan undang-undang dikenakan ke atas pelaku kesalahan tersebut,"katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Terengganu di Kuala Telemong, hari ini.Turut hadir, Pengerusi GPMS Negeri Terengganu,Tengku Haphiz Tengku Putera.Jailani yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkata,sebuah pusat sehenti iaitu portal SEBENARNYA.MY telah dibangunkan oleh pihak SKMM bagi mengekang penularan berita-berita palsu dalam talian disamping membolehkan masyarakat menyemak kesahihan maklumat yang diterima.Jelasnya lagi,sebarang aduan boleh dibuat menerusi ruang 'Laporkan Pada Kami' di portal SEBENARNYA.MY di talian aduan: 1800-188-303 atau whatapps kepada 016-2206262 atau emel ke aduan skmm@cmc.gov.myBeliau berkata demikian ketika diminta mengulas isu yang dikemukakan oleh Timbalan Presiden GPMS, Ezaruddin Abd Rahman pada 2 September dalam satu kenyataan di media perdana iaitu kerajaan harus memperkenalkan akta bagi mengawal laporan berita berunsur fitnah terutama yang disebarkan oleh portal atau media sosial.Sementara itu,Jailani turut mengesyorkan agar kementerian pendidikan sepatutnya menambah satu sukatan khusus tentang peranan media masa kini untuk disampaikan kepada golongan pelajar seluruh negara.Katanya, langkah ini mampu mengubah persepsi negatif generasi muda yang dilihat sebagai aset penting negara di samping melahirkan aset yang baik kepada kepimpinan negara pada masa akan datang.
05 Sep 17
174
523 Pemandu Teksi Di Terengganu Terima Bantuan Tayar
Kerajaan negeri mengagihkan RM262,000 melalui Program Tayar Percuma kepada 523 pemandu teksi yang berdaftar di seluruh Terengganu.Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, melalui program itu, setiap pemandu teksi yang aktif layak menerima RM500 bertujuan membantu golongan itu menukar tayar rosak bagi menjamin keselamatan penumpang dan pelawat sempena Visit Beautiful Terengganu.Katanya, bantuan tayar percuma hasil permohonan yang dikemukakan Persatuan Teksi Negeri Terengganu menerusi Lab Bajet anjuran Unit Transformasi Ekonomi Negeri Terengganu tahun lalu."Sebagai permulaan, kerajaan bersetuju mengagihkan lebih RM73,000 kepada 147 ahli Persatuan Pemandu Teksi Stesen Jerteh dan Persatuan Pemandu Teksi Kuala Besut pada hari ini."Bantuan seumpamanya akan diteruskan ke daerah-daerah lain dengan nilaian sama rata untuk setiap pemandu teksi, " katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Terengganu dan Pekan Budaya Besut, di Gong Kemuntong, Jertih, Besut, hari ini.Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian & Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan & Komoditi Negeri, Dato' Muhammad Pehimi Yusof dan Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu, Dato' Wan Zakaria Abdul Rahman.Pada majlis itu, lima penerima di kalangan petani, penternak dan peladang dan satu pertubuhan mendapat anugerah khas di atas kecemerlangan perusahaan masing- masing.Penerima berkenaan adalah Tengku Ahmad Azuddin Tengku Mohamad, Lukmanul Hakim Dzulkafli, Muhammad Nazmi Yusof, Wan Norshiha Wan Embong, Muhd Hafezzudin Mamat dan Pertubuhan Peladang Kawasan Gerai.
05 Sep 17
36
Sedia Inisiatif Bantu Peladang, Penternak Dan Nelayan
Keprihatinan kerajaan terhadap peladang, penternak dan nelayan menyediakan inisiatif dalam bentuk bantuan, projek dan program bagi meningkatkan taraf kehidupan golongan sasar.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pihaknya mempunyai dasar khususnya dalam sektor pertanian.Katanya, apa yang dilaksanakan bukan tertumpu kepada produktiviti hasil pertanian sahaja malah turut menjurus kepada jaminan keselamatan makanan."Keupayaan ini ditentukan oleh beberapa faktor, termasuk bekalan yang mencukupi, mudah diperolehi, harga munasabah dan keselamatan kualiti," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat Terengganu dan Pekan Budaya Besut, di Gong Kemuntong, Jertih, Besut, hari ini.Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Pertanian & Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan & Komoditi Negeri, Dato' Muhammad Pehimi Yusof dan Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu, Dato' Wan Zakaria Abdul Rahman.Ahmad Razif berkata, Terengganu memperkenalkan 18 inisiatif atau bantuan utama bertujuan meningkatkan ekonomi golongan sasar dalam sektor berkaitan.Antaranya, peruntukan RM500,000 bagi meningkatkan pendapatan 40 pengusaha madu, projek melon manis (RM200,000 untuk 20 usahawan) dan projek Terengganu golden corn pula diperuntukkan RM900,000, bakal memberi peluang kepada 10 belia tempatan."Inisiatif lain, program dana usaha tani, My Farm Outlet, pasar ternakan dan pembinaan 40 tukun tiruan, " katanya.
05 Sep 17
30
Hadiah Utama Program Senyum Syukurnya Negaraku Merdeka Tawar Tiga Kereta Untuk Warga Kuala Berang
Program Senyum Syukurnya Negaraku Merdeka yang julung kali diperkenalkan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Berang berjaya menyemarakkan semangat patriotisme di segenap lapisan masyarakat sempena sambutan Hari Kebangsaan tahun ini.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Dato' Tengku Putera Tengku Awang berkata, program diadakan bermula awal Ogos dan berakhir hari ini, dibuka kepada 6,014 rumah di DUN Kuala Berang dengan syarat mereka merupakan pengundi berdaftar di DUN tersebut.Katanya, Pejabat ADUN memperuntukkan hampir RM80,000 termasuk tiga kereta sebagai hadiah utama, satu kereta untuk cabutan bonanza, set sofa, peti ais, mesin basuh, penyaman udara dan televisyen serta pelbagai hadiah sagu hati untuk kesemua 111 penyertaan akhir."Kita bermula dengan pertandingan di peringkat kampung diuruskan oleh 37 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) dengan tiga pemenang terpilih ke pertandingan akhir peringkat DUN."Daripada jumlah itu, 111 rumah yang layak ke peringkat akhir akan dibahagikan kepada sembilan zon dan dinilai oleh 27 juri yang dipilih daripada jabatan-jabatan sekitar Kuala Berang."Antara kriteria-kriteria dalam penghakiman kali ini adalah seperti kreativiti, keunikan, jumlah Jalur Gemilang, kekemasan, galeri dan beberapa lagi aspek penting dalam penilaian bagi memilih pemenangnya,"katanya kepada pemberita selepas meninjau proses penghakiman beberapa rumah penduduk yang berjaya ke peringkat akhir pertandingan, semalam.Tengku Putera yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri berkata beliau teruja dengan semangat yang ditunjukkan oleh penduduk yang terlibat dan kesepakatan mereka dalam menghiasi kediaman masing-masing.Tambah Tengku Putera, program berkenaan menjadi satu permulaan dan pengukuhan dalam membentuk semangat patriotisme dan kerjasama yang menjayakan konsep OKB 'Kami Berpadu Tuan Membantu'."Saya berpuas hati setelah melihat sendiri bagaimana usaha yang telah dilakukan oleh peserta untuk menjadi yang terbaik dalam pertandingan kali ini walaupun terpaksa mengeluarkan belanja sendiri dan ada yang sanggup berbelanja tinggi untuk mencipta kelainan di kediaman mereka."Malah pertandingan yang julung kali diadakan ini, saya lihat berjaya merealisasikan lapan prinsip Transformasi Terengganu Baharu (TTB) seperti perpaduan, kekeluargaan,penyatuan dan ilmu sepanjang pertandingan ini berlangsung."Panjangkan semangat ini kepada generasi muda bagi membangkitkan rasa cinta kepada negara dan mensyukuri nikmat kemerdekaan,"ujarnya.
04 Sep 17
73
Pusat Hemodialisis RM1.4 juta Dibuka Di Telaga Daing Oktober Ini
Pusat Hemodialisis bernilai RM1.4 juta yang dijangka mampu menampung 144 pesakit sepanjang seminggu, bakal dibuka di Telaga Daing, Oktober ini.Kemudahan perubatan dilengkapi dengan 24 mesin dialisis yang dibangunkan 100 peratus sumbangan korporat dan orang persendirian akan diuruskan pihak kesihatan negeri menerusi Perjanjian Persefahaman dengan Kementerian Kesihatan.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pusat rawatan yang berkonsepkan permuafakatan dan kebersamaan melalui Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) badan korporat dapat membantu kerajaan negeri yang berdepan kekangan kewangan.“InsyaAllah pusat kesihatan itu akan beroperasi bulan hadapan, sebahagian daripada mesin akan disumbangkan oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dan sebahagian lagi adalah derma dari pihak-pihak tertentu.“Berharap dengan penubuhan pusat Hemodialisis ini, dapat membantu masyarakat yang mengalami masalah kesihatan tersebut dan saya menyeru agar masyarakat dapat menjaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat,” katanya kepada media selepas Majlis Korban Perdana dan Pengagihan Zakat Dun Seberang Takir, baru-baru ini.
04 Sep 17
95
140 Penduduk Miskin Terima Bantuan Sempena Aidiadha
Seramai 140 golongan miskin dari Seberang Takir mendapat sumbangan daging korban, beras dan duit zakat sebanyak RM100 setiap seorang sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, semalam.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dalam ucapannya berkata, pelbagai pihak yang terlibat dalam memberikan sumbangan itu termasuklah agensi kerajaan, badan korporat, kontraktor dan orang persendirian.Turut hadir, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria.Katanya, program itu berasaskan kepada konsep pihak yang ada kesenangan membantu golongan yang susah.“Mengikut keadaan ekonomi sekarang, kita telah sedia maklum bahawa untuk menyediakan sesuatu peruntukkan bukanlah sesuatu yang mudah. Oleh disebabkan itu, kita menggunakan satu transformasi melalui transformasi politik iaitu membuka ruang kepada pihak-pihak yang bersedia ingin membantu golongan yang susah.“Alhamdulillah, hari ini rezeki kepada keluarga yang telah terpilih untuk menerima sumbangan daripada pihak Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir dan beberapa pihak lain, semoga sumbangan yang diberi sedikit sebanyak membantu keluarga mereka dalam menyambut hari raya ini,”katanya di Majlis Korban Perdana DUN Seberang Takir.
02 Sep 17
59
220 Lembu Dikorbankan Di Kuala Nerus
Sebanyak 220 ekor lembu dikorbankan serentak melibatkan empat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Nerus iaitu DUN Seberang Takir, Bukit Tunggal, Teluk Pasu dan Tepuh, semalam.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata lembu korban itu adalah sumbangan daripada beberapa agensi kerajaan, badan korporat, kontraktor dan orang persendirian.Katanya, sumbangan itu bersempena sambutan Aidiladha di daerah itu yang mana menerima banyak tajaan hingga boleh mengagihkan jumlah daging yang besar kepada golongan yang kurang bernasib baik."Alhamdulillah, program ini sudah tiga tahun berturut-turut diadakan dan saya amat berbangga kerana ada masyarakat yang bermurah hati untuk berkongsi rezeki bagi menyambut Aidiladha dengan penuh rasa syukur."Ibadat korban ini membantu kita mendekatkan diri kita dengan Allah. Malah, ia juga memberi peringatan kepada orang ramai terutama mereka yang beragama Islam mengenai pengorbanan yang dilakukan oleh pelbagai pihak untuk mengekalkan keamanan negara."Kami berharap dengan pembahagian lembu ini, kita dapat menyempurnakan ibadat korban pada tahun ini sekali gus membuat pengagihan kepada semua pihak terutama kepada mereka yang memerlukan," beliau berkata demikian Majlis Korban Perdana di Kampung Baru, Seberang Takir, semalam.
02 Sep 17
23
Warga Singapura Teruja Sertai Ibadah Korban Di Terengganu
Ketika masyarakat Islam berpusu-pusu pulang ke kampung halaman masing-masing bagi menyambut Aidiladha bersama keluarga, saudara dan sahabat handai, seramai 50 warga Singapura memilih untuk meraikannya di Terengganu.Mereka adalah peserta Program Ibadah Korban dan Aqiqah Bersama Penduduk memilih untuk berada di Kampung Bukit Wan, Batu Rakit bagi merasai kelainan sambutan Aidiladha di sini berbanding di Singapura.Pengurus Sektreatariat program itu, Wan Rafiah Wan Mohd Mustafa, berkata program tahun kedua anjuran bersama UniSZA Holding Sdn Bhd, JKKK Kampung Bukit Wan dan Pejabat Daerah Kuala Nerus itu mendapat sambutan sangat menggalakkan.Katanya, kebanyakan warga Singapura yang menyertai program itu adalah peserta ulangan, mereka teruja untuk kembali menyertai program sama, melihat kerjasama dan semangat bergotong-rotong penduduk mengadakan kenduri."Mereka berpeluang menyaksikan bagaimana ibadah korban dilaksanakan dan melihat sendiri lembu disembelih serta menikmati juadah gulai daging.“Pengalaman ini cukup berharga buat peserta program, yang sebelum ini tidak berpeluang mengalaminya di negara asal dimana diberi baucer untuk mendapatkan daging korban,”katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui Teganukita pada program itu hari ini.Perasmian penutup disempurnakan Ahli Dewan Undagan Negeri, Bazlan Abd Rahman.Seorang peserta program itu, Maniseh Abd Siray, 50 berkata, pengalaman pertama menyambut Aidiladha di Terengganu dengan suasana kampung amat dirasai, lebih-lebih lagi menyaksikan ibadah korban."Kalau di Singapura, kita selalunya bagi nama sahaja dan ibadah korban itu diuruskan oleh pihak masjid dan kita tidak dapat melihatnya."Harga satu bahagian lembu korban di Singapura di antara RM1,500 hingga RM1,800," katanya.
31 Aug 17
275
Sultan Mizan Solat Sunat Aidiladha Di Masjid Al Muktaffi Billah Shah
Sultan Mizan dan Tengku Muhammad Ismail berkenan bersama dengan rakyat jelata mengerjakan solat sunat Aidiladha pagi ini. Foto oleh Tengku Syamin Tengku Ismail.Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu, pagi ini.Keberangkatan baginda turut diiringi anakanda, Yang Dipertuan Muda, Tengku Muhammad Ismail.Baginda yang tiba pada jam 7.40 pagi tadi disambut oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman; Setiausaha Kerajaan negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan Speaker Dewan Undangan negeri, Dato' Mohd Zubir Embong.Solat sunat Aidiladha dan khutbah disampaikan Mufti Terengganu, Dato’ Dr. Zulkifly Muda.Selesai menunaikan solat, Sultan Mizan dan Tengku Muhammad Ismail berkenan meluangkan masa beramah mesra dengan rakyat jelataSebelum berangkat pulang, baginda berdua sempat menziarahi makam diraja.
31 Aug 17
271
10,000 Penduduk Kemaman Meriahkan Sambutan Ambang Merdeka
Kira-kira 10,000 penduduk Kemaman turut sama menzahirkan rasa cinta terhadap negara apabila memeriahkan Program Ambang Kemerdekaan Ke-60 Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai di Padang Astaka, Kemaman, malam tadi.Pengurusi Komuniti 1 Malaysia Mukim Cukai, Syed Shaharzi Syed Alwi berkata, program ini gandingan bersama Persatuan Usahawan Program Negeri Terengganu (PUPNT) dan Gabungan Kelab Kereta Kemaman (GKKK)."Majlis sambutan Bulan Kemerdekaan ini dimulakan dengan acara pertunjukan pelbagai jenis kenderaan yang dihiasi dengan Jalur Gemilang."Kira-kira 100 buah kenderaan dan 60 gerai jualan makanan yang membabitkan bagi menzahirkan rasa cintakan pada tanah air," katanya.Turut hadir, Pegawai Khas Ahli Parlimen Kemaman merangkap Ketua Wanita UMNO Kemaman, Dato' Rohani Abdullah dan Timbalan Pengerusi Komuniti 1Malaysia Mukim Cukai, Rosmiza Mokhtar untuk menyempurnakan program serta menyampaikan hadiah kepada pemenang kereta berhias.Shaharzi berkata, pelbagai aktiviti yang menarik termasuk pertunjukan kereta dan motor berhias dengan Jalur Gemilang, selain persembahan tarian, nyanyian lagu negaraku patriotik dan Jalur Gemilang.Katanya, objektif program adalah untuk menzahirkan rasa kasih dan cinta terhadap negara serta menunjukkan solidariti mereka dalam menyambut hari kemerdekaan negara."Kerjasama ditunjukkan oleh warga Kemaman dan agensi-agensi serta komuniti melambangkan semangat bersatu padu bagi memeriahkan sambutan itu," katanya.Sementara itu, Rohani berbangga dengan semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh warga Kemaman bagi menjayakan sambutan itu."Saya amat berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program yang sangat meriah kali ini di daerah Kemaman," katanya.Bagi sesi penutup program tersebut turut disusuli denan tembaan bunga api selama 20 minit sebaik detik 12 tengahmalam.
31 Aug 17
642