lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Terengganu Belanja RM644,700 Elaun Guru Khidmat Masyarakat Di Dua Parlimen
Kerajaan negeri membelanjakan RM644,700 bagi membayar elaun bulanan kepada 768 guru khidmat masyarakat Yayasan Islam Terengganu (YIT) di Parlimen Kuala Terengganu dan Marang.Penyampaian elaun bagi tempoh tiga bulan bermula April lalu berjumlah RM300 setiap bulan turut termasuk guru dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit dan Manir.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kerajaan negeri melalui YIT membelanjakan kira-kira RM700,000 sebulan bagi membayar elaun guru pengajian agama dan al-Quran di seluruh Terengganu."Khidmat guru agama bersama-sama kerajaan negeri dalam memenuhi tuntutan Islam di Terengganu amat dihargai."Sebagai penghargaan kerajaan negeri membelanjakan RM644,700 untuk semua yang hadir hari ini,"katanya.Beliau berkata demikian di Majlis Penyampaian Elaun Guru Khidmat Masyarakat YIT, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong; Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia Dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib dan Pengarah YIT, Dato' Dr. Alias Abdullah.Menurut Dr Alias, sehingga kini terdapat 2,444 kelas pengajian agama dan al-Quran melibatkan 1,942 guru di seluruh Terengganu.Daripada jumlah itu, 1,428 kelas al-Quran kampung melibatkan 1,430 orang guru, 651 kelas al-Quran dewasa (317 ), 28 kelas al-Quran belia (24), 60 kelas berzanji (29) dan 275 kelas agama dewasa melibatkan 144 orang guru.
13 Sep 17
270
Empty Image
Wan Nawawi Dilantik Pengerusi TDM Berhad Baharu
Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dilantik sebagai Pengerusi TDM Berhad baharu berkuatkuasa 29 Ogos lepas.Pelantikan beliau bagi menggantikan Tan Sri Wan Abu Bakar Wan Omar yang meninggal dunia 29 Julai lalu.Pengarah Urusan TDM Berhad, Dato’ Mohamat Muda berkata, beliau serta Ahli Lembaga Pengarah mengalu-alukan perlantikan Wan Nawawi dan akan memberi kerjasama di bawah pimpinannya.“Kami yakin, beliau dapat membawa TDM ke tahap yang lebih tinggi untuk mencapai matlamat seperti yang dibentangkan dalam Model Transformasi TDM 2022,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini. Wan Nawawi sebelum ini pernah berkhidmat dalam pelbagai jawatan di bahagian Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu termasuk sebagai Pegawai Kewangan Negeri, Pegawai Daerah Kuala Terengganu dan Setiu, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Projek Khas), Timbalan Pengarah Perancangan Ekonomi Negeri Terengganu Unit (SEPU) dan Pengurus Besar Yayasan Pembangunan Usahawan TerengganuWan Nawawi yang berkelulusan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Bandar Oklahoma, Amerika Syarikat memulakan kerjaya dalam Perkhidmatan Awam Terengganu pada tahun 1981 dan mempunyai pengalaman luas dalam sektor awam setelah berkhidmat dalam pelbagai peranan yang besar untuk negeri.Beliau telah dinaikkan pangkat dengan memegang jawatan kanan dan kini sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri sejak Ogos 2016.
12 Sep 17
254
Empty Image
Hasrat Mahu Mati Di Mekah Jadi Kenyataan
Allahyarham Siti Esah"Saya tidak sangka selepas bersama emak menunaikan fardu haji kali ini, emak pergi buat selamanya di Tanah Suci Mekah ini, " luah Norasiah Tahir, 48, anak tunggal Allahyarham Siti Esah Mohd atau lebih dikenali 'Ustazah Esah' yang berasal dari Kampung Sungai Ular, Hulu Terengganu.Norasiah bersama emaknya seorang guru al-Quran dan fardu ain yang dikenali ramai di kampungnya Sungai Ular dan sekitar berangkat ke tanah suci untuk menunaikan ibadat haji awal Ogos lalu.Oleh kerana ibunya bersungguh-sungguh hendak pergi juga tunai haji buat kali kedua pada kali ini, beliau sebagai anak tunggal perlu menemani emaknya, kata Norasiah seorang pembantu tadbir di sebuah jabatan kerajaan di Kuala Berang.Arwah ibunya meninggal dunia sewaktu sedang berzikir di bilik penginapan mereka kira-kira 7.20 malam (7 September) lalu yang tidak jauh dari Masjidil Haram.“Emak yang sedang berbaju sembahyang tiba-tiba rebah dan saya ajarkan arwah mengucap dan kelihatan bibirnya bergerak seperti melafazkan sesuatu sebelum badannya terbujur kaku keseluruhan," cerita Norasiah kepada penulis yang mengunjung maktab penginapan beliau kelmarin (Ahad).Turut sama rakan-rakan semaktab arwah antaranya Cikgu Che Gayah Che Hak dari Tok Dor Besut yang mengatur wawancara ini.Jenazah arwah ibunya itu diuruskan oleh pihak Tabung Haji jam 11.30 malam berkenaan, di bawa ke hospital dan keesokannya (Jumaat) selepas solat Subuh disembahyangkan oleh para makmun di Masjidil Haram sebelum disemadikan di sebuah perkuburan di Tanah Suci Mekah.                        Ditanya adakah tanda-tanda pelik arwah ibunya seorang ibu tunggal sebelum berangkat ke tanah suci, Norasiah beritahu arwah ibunya hendak pergi ke semua tempat dia mengajar untuk bertemu muridnya termasuk di Masjid Matang dan Surau Pulau Kudat selain Masjid Sungai Ular dan kelas di rumahnya."Suami saya yang merupakan menantu arwahlah yang menghantar ke tempat-tempat berkenaan bagi tidak menghampakan arwah, cerita Norasiah.Yang paling terkesan ialah arwah pernah memberitahu cucunya iaitu anak Norasiah, Ahmad Faiz Rashid,19 bahawa, “Tok nak gi Mekoh kali ni nak mati dinun”.Norasiah berkata arwah cukup rapat dengan Faiz dan keluarganya mengajar al-Quran sejak berzaman lagi dan arwah mempunyai pertalian keluarga dengan Hajah Rogayah Sulong.Menurut Norasiah, dia bersyukur arwah ibunya sempat wukuf di Arafah dan bermabit di Mudzalifah dan Mina dan beliau telah melakukan ibadat melontar untuk arwah ibunya yang berusia hampir 80 tahun itu. "Arwah emak ada beritahu saya, ibadat haji yang dilakukan kali ini adalah untuk emak awrah yakni nenek saya, kerana emak sudah pun bergelar hajah sebelum ini,” jelas Norasiah mengakhiri perbualan.    Laporan Eksklusif Dari Mekah: Ruslan Abdul Rahman                     
11 Sep 17
1259
Empty Image
Program Town Hall MBKT Tambah Baik Proses Kelulusan Pelan Pembangunan Dan CCC
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mengadakan program `Town Hall' bagi mendapatkan maklum balas secara langsung dengan pemain industri bagi penambahbaikan proses kelulusan pelan pembangunan dan Pengeluaran Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) dalam pembangunan semasa.Pemangku Datuk Bandar MBKT, Samiun Salleh berkata, sebagai syarikat utama dalam memajukan pembangunan negeri, MBKT julung kali melaksanakan program melibatkan pemain industri yang bekerjasama dengan agensi itu di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri sebagai menangani sebahagian kecil cabaran pembangunan semasa.Antara yang hadir, Pemaju Hartanah, Persatuan Dewan Perniagaan, Jawatankuasa Perwakilan Penduduk, Arkitek dan agensi teknikal.“Program ini sebagai persiapan mendepani cabaran kemajuan seperti tekanan pembangunan yang semakin meningkat khususnya di kawasan pusat bandar, dasar pembangunan semasa yang kurang mesra berkaitan syarat penyediaan kemudahan infra dan utiliti, kesedaran awam yang masih endah terhadap pematuhan peraturan berkaitan pemajuan dan sebagainya,"katanya kepada pemberita di Program Town Hall, Dewan Besar Menara PMINT, hari ini.Samiun berkata, beberapa isu lain turut dibincangkan dalam program berkenaan ialah berkaitan syarat-syarat kelulusan agensi, langkah untuk menambah baik proses kelulusan pelan pembangunan dan tahap profesionalisma pihak perunding.“Dengan program yang dilaksanakan ini, saya berharap agar pemain industri dan agensi saling memahami syarat dan keperluan masing-masing. Selain itu, segala cadangan yang dikemukakan akan diambil kira untuk penambahbaikan di masa akan datang,” katanya.Menurutnya lagi, program seperti itu akan diadakan secara berkala untuk membincangkan masalah dan memberi maklum balas secara langsung kepada pemain industri.
11 Sep 17
474
Empty Image
Kolam Renang Kanak-Kanak Di Batu Buruk Dibuka Mulai Esok
Kolam Renang Kanak-kanak di Kompleks Akuatik, Batu Buruk, Kuala Terengganu akan beroperasi mulai esok (12 September), manakala dua lagi kolam untuk lelaki dan wanita pula dibuka sepenuhnya bulan hadapan.Pemangku Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Samiun Salleh berkata, kolam itu mempunyai empat kategori iaitu kolam untuk kanak-kanak, lelaki, wanita dan kolam papan anjal akan dibuka secara berperingkat-peringkat sebaik sahaja selesai kerja membaik pulih kerosakan.“Kolam kanak-kanak boleh beroperasi mulai esok, manakala kolam lelaki dan wanita akan beroperasi bulan hadapan setelah selesai kerja membaik pulih. Hanya kolam papan anjal sahaja tidak dibuka waktu terdekat ini, kami akan maklumkan semula pada masa akan datang.“Kolam itu ditutup beberapa tahun lalu atas sebab kebocoran dan keretakan, sekarang masih dalam proses membaik pulih dan pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) memberi jaminan keselamatan kepada orang ramai yang menggunakannya,”katanya ketika kepada media selepas Program “Town Hall” di Menara PMINT, Kuala Terengganu, hari ini.Sebelum ini, kemudahan kepada orang ramai itu mengenakan yuran RM2 (bagi kanak-kanak) dan RM4 (dewasa).Waktu operasi pada hari biasa bermula 2.30 petang hingga 6.30 petang, manakala pada hari minggu melibatkan dua sesi iaitu 9.30 pagi hingga 11.30 pagi dan 2.30 petang hingga 6.30 petang.
11 Sep 17
426
Empty Image
Terengganu Sasar 2,027 Calon UPSR Peroleh 6A
Calon UPSR mencium tangan Ahmad Razif bagi memohon restu sebelum melangkah ke dewan peperiksaan di Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir, hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kassim.Terengganu mensasarkan jumlah calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang akan memperoleh keputusan cemerlang 6A tahun ini seramai 2,027 daripada 20,273 calon negeri ini yang menduduki peperiksaan itu, bermula hari ini.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, sasaran pada tahap 10 peratus itu lebih realistik berbanding 20 peratus tahun lalu, bersesuaian dengan keupayaan murid berikutan peperiksaan yang menggunakan format baharu, di samping pertambahan satu lagi mata pelajaran.“Dulu kita mempraktikkan konsep 201052, tetapi apabila format UPSR bertukar daripada 5A kepada 6A bermula tahun lalu, kita turunkan sasaran kita daripada 20 peratus menjadi 10 peratus berdasarkan perkembangan keseluruhan pelajar yang diakui lebih sukar untuk mendapat semua A dengan format baru ini.“Justeru, kita sasarkan hanya 10 peratus dan kita yakin ianya tidak mustahil untuk dicapai oleh pelajar Terengganu dengan kesungguhan pelajar serta komitmen dan kerjasama semua pihak,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke sekolah-sekolah bagi meninjau pelajar yang menghadapi UPSR di Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir, hari ini.Turut hadir, isteri Menteri Besar To' Puan Seri Halina Zakaria dan Pengarah Pendidikan Negeri, Shafruddin Ali Hussin. Ahmad Razif berkata, sepanjang peperiksaan berlangsung beliau akan mengadakan lawatan di sekolah terpilih untuk memberi motivasi dan semangat kepada murid sebelum mereka memasuki dewan peperiksaan.Katanya, sasaran Gred Purata Negeri pula pada tahap 2.8 dan diharap seramai 15,742 calon atau 80 peratus lulus dalam semua mata pelajaran atau sekurang-kurangnya D.Sementara itu, menurut Ahmad Razif, terdapat enam orang calon terpaksa menduduki peperiksaan di hospital kerana masalah kesihatan iaitu di Hospital Sultanah Nur Zahirah (2) dan masing-masing seorang di Kuala Terengganu Specialist Hospital, Hospital Dungun, Hospital Kemaman dan Hospital Daerah Hulu Terengganu.Di Terenggganu, sebanyak 363 pusat ujian disediakan untuk murid Tahun 6 menduduki UPSR yang bermula hari ini hingga 14 September dan berakhir pada 18 September ini.
10 Sep 17
700
Empty Image
Faiz Terima Komputer Riba
Seorang pelajar yang menghidap penyakit Celebral Palsy, Ahmad Faiz Ibrahim, 19, menerima komputer riba sumbangan kerajaan negeri, bagi memudahkan sesi pembelajarannya di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, Faiz bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran sehingga muncul antara 19 pelajar terbaik Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2016, malah beliau juga mampu menghafal 30 juzuk al Quran.Turut hadir menyaksikan majlis penyerahan itu ialah Naib Canselor UniSZA, Profesor Datuk Dr Ahmad Zubaidi A Latif serta kedua ibu bapa Ahmad Faiz iaitu Ibrahim Yusof dan Zalina Mohd Kassim.“Ini adalah satu keajaipan. Saya yakin dan percaya bukannya mudah bagi Orang Kelainan Upaya (OKU) seperti Faiz ini untuk dilabelkan sebagai seorang yang genius, dengan keadaan dia yang sebegitu, bukan calang-calang orang boleh berjaya hafaz 30 juzuk al-Quran dan diterima masuk ke Universiti.“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Faiz dan keluarga kerana menerima jemputan ke program hari ini. Saya doakan agar kejayaan dan kesungguhan Faiz ini akan menjadi sumber motivasi kepada orang lain khususnya pelajar di luar sana," katanya.Beliau berkata demikian kepada selepas majlis penyampaian hadiah sempena Minggu Sukan Seberang Takir - Cikgu Razif bersama Komuniti di Dataran Permata Seberang Takir di sini, semalam.Sebelum ini, melihat keupayaan fizikal Faiz yang amat terbatas, Kementerian Pendidikan Tinggi melalui UniSZA telah memberi kebenaran khas untuk dia mengikuti pengajian di rumah tanpa perlu hadir ke bilik kuliah seperti melalui sistem pengajian secara atas talian.
10 Sep 17
121
Empty Image
Setiap DUN Perlu Cari Inisiatif Adakan Program Gaya Hidup Sihat Dan Tangani Kos Sara Hidup
Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman menyarankan semua pemimpin di Dewan Undangan Negeri (DUN) mengadakan program ke arah gaya hidup sihat serta mampu mengurangkan bebanan hidup rakyat yang menepati satu daripada konsep tiga P iaitu menangani peningkatan kos sara hidup.Katanya, terpulang kepada inisiatif dan kreativiti pemimpin untuk mengatur program yang mampu memberi manfaat dan melibatkan semua peringkat masyarakat tanpa mengira usia serta peringkat."Ada sesetengah DUN yang mengadakan program 'free market' dan lawatan dari rumah ke rumah bagi menyampaikan bantuan dan meringankan bebanan masyarakat setempat."Di Jertih Besut pada minggu lepas sempena Hari Peladang dan Penternak dengan kerjasama KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan) orang ramai berpeluang mendapatkan barangan keperluan asas dengan harga yang lebih murah berbanding harga biasa di pasaran serta ini satu cara membantu masyarakat, " katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelepasan Kayuhan Sihat Merdeka Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu di Dataran Permata, Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini.Turut hadir, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria dan Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohamad Omar.Program kempen gaya hidup sihat dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu sempena Karnival Sukan DUN Seberang Takir sepanjang tiga hari bermula Khamis lalu, melibatkan acara gegar 10, 000 langkah merdeka dan juga senamrobik menangani kos sara hidup.Menurut Ahmad Razif lagi, inisiatif mengadakan cabutan bertuah berupa bekalan asas seperti minyak, beras dan pelbagai keperluan dapur melalui acara senamrobik itu sekali gus sebagai meringankan bebanan hidup masyarakat dan langkah penyelesaian kos sara hidup jangka pendek.
09 Sep 17
30
Empty Image
Kota Putera Square Tarikan Baharu Di Besut
Kota Putera Square (KPS), yang siap pembinaanya kini menjadi mercu tanda baharu kepada pusat pentadbiran Daerah Besut apabila mula beroperasi secara rasmi selepas majlis penyerahan projek itu daripada kontraktor kepada Majlis Daerah Besut (MDB), malam tadi.KPS berharga RM20 juta dibina pada November 2015  mengandungi dua pakej pembangunan terdiri daripada sebuah Dewan Merdeka untuk kegunaan  persidangan, majlis perkahwinan, mini konvensyen dan ruang pameran.Manakala projek fasa kedua iaitu Anjung Kota Putera yang merupakan projek pembangun mengandungi pembinaan sebuah bangunan empat tingkat merangkumi tujuh unit perkedaian apartmen dan pejabat.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)   Kota Putera, Mohd Mahdi Musa berkata Dewan Merdeka yang dibina berbentuk seperti seekor belangkas mampu memuatkan 3,000 orang dalam satu-satu masa."KPS ini sebenarnya dibina di atas tapak seluas 1.86 hektar menggunakan konsep moden dan tradisional menjadi daya tarikan baharu kepada penduduk daerah Besut,” katanya ketika merasmikan majlis penyerahan projek itu, malam tadi.Mohd Mahdi berkata, pembinaan dewan berbentuk tengkolok itu disesuaikan dengan budaya setempat kerana Kota Putera sebelum ini pernah mempunyai seorang Raja yang memerintah.Malah, katanya, pembinaan KPS juga mempunyai kaitan dengan kemerdekaan negara apabila kawasan tapak dewan itu pernah dijadikan tempat pengistiharan kemerdekaan negara pada 1957.Beliau berkata, persekitaran KPS bertambah menarik pada waktu malam dengan adanya lampu berwarna warni dan sesuai untuk dijadikan tempat beriadah sekeluarga.Mohd Mahdi berharap, penduduk tempatan memanfaatkan kemudahan yang disediakan di situ selain menjaga kebersihan supaya persekitaran sentiasa menarik dan menjadi pusat riadah popular pada waktu malam.
07 Sep 17
3624
Empty Image
Terengganu Belanja RM4.2 Juta Jayakan Program Pintar Al-Quran Tabika Kemas Setiap Tahun
Pasukan Besut bergambar dengan Menteri Besar dan kenamaan lain sebagai meraikan kemenangan futsal selepas menewaskan Kuala Terengganu di pentas akhir sempena Majlis Penutup Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika Kemas peringkat Negeri Terengganu 2017, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi. Foto oleh tengku Syamim Tengku Ismail.Kerajaan negeri membelanjakan RM4.2 juta bagi melaksanakan Program Penghayatan Islam yang dikenali sebagai Pintar Al-Quran  di 702 kelas Tabika Kemas seluruh Terengganu, setiap tahun.Pengarah Kemas Negeri, Dr Faridah Mat berkata, program yang dilaksanakan sejak 2005 sudah memberi manfaat dan  mampu melahirkan kira-kira 22,000 kanak-kanak yang khatam al-Quran sehingga kini.“Peruntukan itu bagi tujuan pembayaran gaji atau wang sagu hati sebanyak RM500 sebulan kepada guru agama yang dilantik khusus bagi Program Pintar Al-Quran yang mengajar selama dua jam sehari termasuk pada waktu cuti persekolahan.“Dalam ucapan bajet yang lepas, kerajaan negeri sudah bersetuju supaya setiap Tabika Kemas melaksanakan program Pintar Al-Quran dan bersesuaian dengan konsep transformasi Tabika Kemas supaya pusat didikan ini menjadi pilihan utama kepada ibu bapa kerana kita menitiberatkan  program penghayatan pendidikan Islam, selain semangat patriotisme dan keyakinan diri di kalangan anak-anak,”katanya kepada pemberita malam tadi.Beliau berkata demikian di Majlis Perasmian Penutup Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika Kemas Negeri Terengganu 2017, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.Seramai 476 wakil kanak-kanak tabika itu menyertai program sehari yang berkonsepkan sukan dengan mempertandingkan enam acara  iaitu futsal, bola jaring, `rounders', `formula one', gerak kreatif dan `sprint hurdles shuttle relay'.Majlis  penutup itu disempurnakan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman. Hadir sama isteri beliau, To’ Puan Seri Halina Zakaria.Menurut Faridah, sehingga kini, sebanyak 878 Tabika Kemas  yang melibatkan 20,200 kanak-kanak sedang mengikuti pendidikan pra sekolah itu di seluruh Terengganu.Tambahnya, hanya 176  tabika yang belum melaksanakan program Pintar Al-Quran akan melaksanakannya segera sebaik sahaja jabatan itu sudah mengenal pasti guru agama yang melepasi syarat dan boleh dilantik sebagai tenaga pengajar .“Program ini telah bermula sejak 2005 dan Terengganu adalah satu-satunya negeri yang melaksanakan program itu dengan sokongan penuh kerajaan negeri yang sanggup melaburkan sebanyak RM4.2 juta  bagi menjayakannya saban tahun.
06 Sep 17
659