lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Terengganu Lancar Misi Bantuan Untuk Rohingya
Kempen Terengganu For Rohingya, sekampit beras untuk Rohingya mula dilancarkan hari ini sehinga 10 Oktober ini oleh kerajaan negeri. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim. Kerajaan negeri mensasarkan kutipan sehingga RM1 juta dalam kempen ‘Terengganu For Rohingya, sekampit beras untuk Rohingya’ bagi membantu etnik yang kini berada di kem pelarian Bangladesh.Ketua Urusetia kempen tersebut, Samiun Salleh berkata, kempen yang digerakkan oleh Skuad Sukarelawan TTB (SSTTB) itu mula dilancarkan hari ini sehingga 10 Oktober melibatkan semua jabatan, agensi kerajaan, GLC dan NGO.Katanya, kempen yang bertemakan sekampit beras untuk Rohingya itu adalah bermaksud sumbangan dari segi wang ringgit daripada orang ramai sekurang-kurangnya dapat membeli sekampit beras bagi setiap mangsa pelarian etnik Rohingya.“Pemilihan kem pelarian Rohingya di Bangladesh adalah kerana kini lebih 400,000 pelarian etnik Rohingya berada di sana dan jumlah tersebut adalah antara yang teramai.“Kempen Terengganu for Rohingya yang melibatkan semua jabatan, agensi kerajaan, GLC, NGO, badan swasta dan individu untuk mengumpulkan dana yang diperlukan dengan sasaran RM1 juta,” katanya.Beliau ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Kempen ‘Terengganu For Rohingya, sekampit beras untuk Rohingya’ di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Samiun berkata, beberapa tempat turut terlibat bagi mencapai sasaran yang ditetapkan.“Tabung ini juga akan diletakkan di beberapa jabatan dan agensi kerajaan yang berhubung secara terus dengan pelanggan seperti UTC dan sebagainya.“Selain itu, SSTTB dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) melalui tabung Terengganu for Rohingya yang akan diletakkan di setiap masjid di negeri ini dan penglibatan kempen tabung sumbangan dalam setiap program-program rasmi kerajaan negeri,” katanya.Tambahnya, diharapkan orang ramai dapat berganding bahu bagi menjayakan kempen Terengganu For Rohingya, sekampit beras untuk Rohingya.
19 Sep 17
100
Empty Image
Peranan JPP Tidak Bertindih Dengan Tugas JKKK
Datuk Halimah bersama anggota JPP selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Dan Sesi Townhall Bersama Jawatankuasa Perwakilan Penduduk di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini- Tengku Syamim Tengku Ismail  Penubuhan Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara, tidak akan menyebabkan pertindihan kuasa dengan majlis PBT atau Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Mohamed Sadique, berkata penubuhan JPP yang berlandaskan undang-undang adalah kaedah terbaik dalam mengukuhkan interaksi antara penduduk dan kerajaan.Beliau berkata, penubuhan jawatankuasa itu juga adalah satu mekanisme baharu dari segi pentadbiran dalam kawasan bandar selain mewakili suara masyarakat bandar di taman-taman perumahan.Add caption"Soal pertindihan kuasa atau pengambilalihan peranan tidak timbul lebih-lebih lagi anggota (JPP) yang dipilih terdiri daripada kepimpinan masyarakat di zon masing-masing dan syarat utama ialah anggota terbabit mesti bermastautin di kawasan itu."Di kampung, JKKK rapat dengan penduduknya dan selalu turun padang membantu menyelesaikan masalah mereka. Konsep JPP sama seperti JKKK,”katanya.Halimah berkata demikian selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Dan Sesi Townhall Bersama Jawatankuasa Perwakilan Penduduk di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee yang mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Katanya, setiap ahli JPP  yang dilantik akan menjadi wakil rakyat 'kecil' untuk membawa suara masyarakat bandar dalam isu-isu perbandaran dan mencadangkan sesuatu untuk kesejahteraan dan kualiti hidup masyarakat.“Segala aduan atau masalah yang disuarakan masyarakat bandar akan dibawa ke peringkat tertinggi iaitu Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) dan akan dipanjangkan kepada  PBT bagi mencari jalan penyelesaian,”katanya. Di Terengganu seramai 1,414 anggota JPP telah dilantik bagi penggal kedua untuk tempoh dua tahun iaitu mulai 15 April 2017 sehingga 14 April 2019. Pelantikan menjadikan Terengganu mencapai 80 peratus keanggotaan JPP yang lengkap mengikut zon.  
19 Sep 17
212
Empty Image
YPKT Tawar Pinjaman Kepada 2,246 peserta Program Jati Diri
Seramai 2,246 peserta Program Jati Diri (PJD) aktif membuat pinjaman membabitkan RM2.8 juta melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT).Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud, berkata kebanyakan peminjam menjalankan perniagaan jualan makanan, kedai runcit, jahitan, penternakan, salun kecantikan, kedai pengantin, jualan langsung dan pertanian.“Mana-mana isi rumah yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan layak membuat pinjaman sehingga RM20,000 atau bergantung kepada jenis peniagaan yang diusahakan.“Syarat pinjaman cukup mudah iaitu mengutamakan  suri rumah dan ibu tunggal.  Golongan belia dan kaum lelaki dipertimbangkan jika bersesuaian,” katanya dalam satu majlis baru-baru ini.Menurutnya, syarat lain, peminjam  perlu menubuhkan kumpulan yang terdiri empat peserta yang akan berperanan sebagai penyokong, pemerhati dan penasihat.“Kaedah ini (berkumpulan) berjaya mengurangkan risiko kegagalan projek dan juga pembayaran balik pinjaman,”katanya.
18 Sep 17
68
Empty Image
271 Pasangan Kahwin Serentak Catat Dalam MBOR
Kerajaan negeri  melalui Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) meneruskan program Perkahwinan Perdana yang dirintis tahun lalu dengan 271 pasangan melangsungkan perkahwinan secara serentak di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, hari ini.Berdasarkan jumlah itu, Dungun mencatatkan bilangan paling ramai iaitu 48 pasangan, diiikuti Kemaman  (42 pasangan),  Marang  (39 pasangan) , Kuala Nerus (36 pasangan), Kuala Terengganu (34 pasangan), Setiu (25 pasangan), Besut ( 24 pasangan ) dan Hulu Terengganu  pula 23 pasangan pengantin.Program bertujuan  meringankan beban pasangan dan keluarga mereka di samping mempermudahkan urusan melangkah ke fasa baharu kehidupan itu dicatatkan dalam Malaysia Book Of Records (MBOR)Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, program itu adalah cadangan daripada rakyat, disampaikan kepada kerajaan negeri  melalui bengkel Belanjawan atau “Lab Bajet.Katanya,  tahun lalu, seramai 217 pasangan telah diraikan, manakala pada hari ini, YPKT berjaya menambah bilangan pasangan kepada 271 pasangan di seluruh Terengganu. “Ini adalah sebahagian kecil daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan beban di kalangan rakyat akibat peningkatan kos sara hidup,”katanya ketika berucap pada majlis itu.Hadir sama, isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan; Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud. Roslee berkata , inisiatif itu dapat membantu lebih ramai pasangan yang kurang berkemampuan mendirikan rumah tangga memandangkan bebanan kos perkahwinan yang semakin meningkat.“Pada tahun ini kerajaan negeri bersetuju menaikkan peringkat umur pemohon kepada 18 tahun hingga 35 tahun berbanding 30 tahun pada tahun lepas."Begitu juga dengan pendapatan pasangan dikurangkan kepada RM3,000 berbanding RM3,500 manakala pendapatan ibu bapa pemohon dikekalkan RM5,000 kebawah,”katanya.Selain majlis perkahwinan mereka di taja, pasangan juga akan turut menikmati pelbagai kemudahan lain yang disediakan termasuk Pakej Bulan Madu dalam usaha membimbing mereka mencorak keluarga bahagia.
16 Sep 17
166
Empty Image
Program Jelajah Platform Tingkat Kefahaman Ekonomi Negara
Program Jelajah Memahami Dasar Ekonomi Negara anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia merupakan platform tepat dalam menyampaikan informasi tentang perkembangan ekonomi negara terkini.Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong berkata, penglibatan Kementerian Kewangan dalam wacana ilmu ini amat bertepatan kerana minda rakyat saban waktu dibebani dengan sebaran maklumat yang tidak pasti kesahihannya.“Kita mengambil inisiatif menjemput peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan status jawatan untuk sama-sama hadir menerima penceritaan dan melontarkan apa sahaja persoalan berkaitan dengan pembangunan ekonomi negara daripada tokoh yang pakar dalam bidang ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan aluan sempena Program Jelajah Memahami Dasar Ekonomi Negara di Wisma darul Iman, hari ini.Pada majlis tersebut, kira-kira 1,500 peserta yang terdiri daripada agensi kerajaan pusat dan negeri, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) hadir mendengar bicara dasar ekonomi negara yang disampaikan Pengarah Komunikasi Strategik, Kementerian Kewangan Malaysia Dato’ Lokman Noor Adam.Mohd Zubir berkata, melalui program tersebut diharapkan semua peserta mendapat manfaat berganda demi mengukuhkan kefahaman dan pengetahuan sedia ada mengenai dasar erkonomi negara.
14 Sep 17
94
Empty Image
300 Peserta Meriahkan Program Berakit Merdeka Selusuri Sungai Terengganu
Deretan rakit yang dihias indah dengan Jalur Gemilang dan bendera negeri sempena Program Berakit Merdeka Menyusuri Sungai Terengganu, di Dataran Pulau Warisan. Foto oleh Harish Fadzillah Abu KasimSeramai 300 peserta daripada pelbagai agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh daerah menyertai Program Berakit Merdeka Menyusuri Sungai Terengganu 2017, hari ini.Peserta yang menaiki 30 buah rakit yang dihias hasil kreativiti masing-masing, berlumba bermula di jeti Muzium Negeri dan berakhir di Pulau Warisan, Kuala Terengganu dengan jarak 4.59 kilometer.Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud dalam ucapannya berkata, hasil pemuafakatan dan penjanaan idea yang bernas sempena hari kebangsaan itu, pelbagai program dan aktiviti dijalankan bagi membentuk komuniti yang baik dan positif selain melahirkan masyarakat yang bersikap patriotik serta sayangkan negara.“Program ini adalah julung kali diadakan di negeri ini hasil kerjasama Unit Kesihatan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri serta Kelab Sukan Negeri Terengganu.“Program seperti ini dapat mengeratkan hubungan diantara peserta di samping meraikan bulan kemerdekaan Malaysia yang ke-60. Bagi saya, program ini cukup tepat dalam usaha kita untuk memeriahkan lagi sambutan bulan kebangsaan dan Hari Malaysia yang bakal disambut pada 16 September ini,”katanya di Majlis Perasmian dan Penyampaian Hadiah Program Berakit Merdeka Menyusuri Sungai Terengganu, di Dataran Pulau Warisan, hari ini.Turut hadir, Ketua Pegawai Daerah Kuala Nerus, Dato’ Tengku Farouk Hussin Tengku Abd Jalil, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Mohd Syukri Ibrahim, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri, Burhanuddin Daud serta Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri, Zuhami Omar.Bagi pemenang rakit kategori jabatan kerajaan diungguli Majlis Daerah Hulu Teregganu (RM1,000), tempat kedua Majlis Daerah Kemaman (RM600)dan tempat ketiga SUK Kerajaan Tempatan (RM500). Manakala pemenang rakit bagi kategori NGO, tempat pertama Mix Ibai, tempat kedua Mix Marang, manakala ketiga, KRT Pulau Sekati yang membawa pulang jumlah wang tunai yang sama .Untuk kategori rakit berhias pula, tempat pertama dimenangi oleh Pejabat Tanah Daerah Dungun, sementara kedua Kumpulan Trackers dan ketiga Majlis Daerah Besut.
14 Sep 17
908
Empty Image
MB Rakam Takziah Buat keluarga Mangsa Kebakaran Tahfiz
Menteri Besar ketika berucap sempena pelancaran Festival Kenyir 2017, di Pengkalan Gawi, Hulu Terengganu, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman melahirkan dukacita dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa kebakaran yang mengorbankan nyawa lebih 20 pelajar dan tenaga pengajar tahfiz di Kuala Lumpur, awal pagi ini.Beliau yang turut terkejut dengan kejadian itu berharap perkara itu menjadi ikhtibar kepada semua pihak khususnya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Bomba Dan Penyelamat serta pejabat daerah dalam meningkatkan aspek keselamatan bangunan sebelum diduduki."Saya bagi pihak seluruh kerajaan negeri dan rakyat Terengganu melahirkan rasa sedih dan meminta pihak yang bertanggungjawab sentiasa memastikan bangunan pelajar tahfiz, pelajar swasta dan juga kelas tuisyen sentiasa dalam keadaan selamat."Saya harap pemeriksaan dan pemantauan dipertingkatkan dan dijalankan dengan teliti  terutama di Terengganu supaya bangunan mengikut peraturan ditetapkan agar tragedi ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang,"katanya.Beliau mengulas kejadian kebakaran yang mengorbankan 25 pelajar dan tenaga pengajar dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur, jam 5.30 pagi tadi.Ahmad Razif berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Festival Kenyir 2017, di Pengkalan Gawi, Hulu Terengganu, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat dan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia & Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib dan Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Omar Ismail.Beliau berkata, peristiwa menyayat hati seperti itu boleh dielakkan jika semua pihak sentiasa peka dan mengutamakan tahap keselamatan penghuninya.Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur kebakaran dipercayai berlaku bermula jam 5.10 pagi dari tingkat atas bangunan tiga tingkat itu.
13 Sep 17
36
Empty Image
Penjawat Awam Perlu Utamakan Kesihatan Untuk Tingkat Produktiviti Kerja
Wan Nawawi ketika berucap di Majlis Perhimpunan Bulanan Wisma Darul Iman  (WDI), di Dewan Besar WDI, Kuala Terengganu, pagi ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W. PutraSetiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail menasihatkan semua penjawat awam negeri ini agar memberi keutamaan kepada kesihatan diri supaya dapat meningkatkan produktiviti dalam melaksanakan kerja dan tugas yang diamanahkan.Katanya, mereka perlu membudayakan gaya hidup sihat antaranya dengan mengamalkan pemakanan seimbang serta membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala bagi mengelak daripada menghidap pelbagai penyakit.“Pada November tahun lepas, Menteri Kesihatan Dato’ Dr. S. Subramaniam telah menyatakan bahawa tahap kesihatan rakyat Malaysia amat membimbangkan, justeru penjawat awam perlu melihat kembali tahap kesihatan masing-masing. “Di Malaysia, ada tiga penyakit yang sering dihidapi masyarakat kita iaitu buah pinggang, kencing manis dan darah tinggi serta termasuk juga diabetes dan obesiti,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Majlis Perhimpunan Bulanan dan Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Bulanan Wisma Darul Iman (WDI), di Dewan Besar WDI, Kuala Terengganu, pagi ini.Katanya, kerajaan negeri turut mengambil beberapa langkah untuk memastikan kakitangan awam berada dalam tahap kecergasan dan kesihatan yang baik.“Kita telah mulakan dengan semua pemandu dimana mereka ini dibekalkan dengan kad kesihatan agar mereka menjalani pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, tahap gula dalam air kencing dan kolestrol sebulan sekali.“Kita juga bercadang untuk memastikan penjawat awam lain melaksanakan pemeriksaan sama khususnya yang berumur 35 tahun ke atas,” ujarnya.Katanya, penjawat awam sebenarnya cukup beruntung kerana keadaan kesihatan setiap individu diambil cakna oleh pihak jabatan termasuk di peringkat negeri mahupun persekutuan.“Justeru, saya harap kita lakukan apa yang sepatutnya untuk jaga kesihatan dan bebaskan diri kita dari sebarang penyakit,” ujarnya.
13 Sep 17
132
Empty Image
Kerajaan Negeri Minta Semua Masjid Adakan Solat Hajat Untuk Rohingya Jumaat Ini
Kerajaan negeri meminta semua masjid mengadakan solat hajat Jumaat ini bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan masyarakat Islam Rohingya yang menjadi mangsa penindasan tentera Myanmar.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, solat hajat itu bertujuan memohon keselamatan etnik Rohingya agar mereka dapat menjalani kehidupan seperti biasa.“Jumaat ini semua masjid di Terengganu diminta mengadakan solat hajat bagi memohon kesejahteraan dan keselamatan kesemua masyarakat Islam Rohingya yang ditindas. “Kerajaan negeri juga bersetuju untuk melancarkan Tabung Khas Rohingya sebagai tanda keprihatinan terhadap mereka di sana dan kita mengalu-alukan semua pihak untuk memberi sumbangan mengikut kemampuan masing-masing,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan Diri Pelajar-Pelajar Tajaan Yayasan Terengganu Program Saintis Islam dan Program Berkembar United Kingdom di Wisma Darul Iman, semalam.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latif Awang dan Pengarah Yayasan Terengganu, Hishamudin HashimAhmad Razif berkata, tabung khas berkenaan akan menyalurkan pelbagai bantuan kemanusiaan kepada etnik Rohingya, malah kerajaan  negeri juga bersedia menghantar sukarelawan Transformasi Terengganu Baharu (TTB) ke sana untuk menjalankan pelbagai aktiviti kebajikan kepada mereka.“Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri Datuk Rozi Mamat telah dilantik untuk menguruskan pelancaran tabung dan sukarelawan TTB yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat,” ujarnya.
13 Sep 17
36
Empty Image
Kerajaan Negeri Laksana TGTP Oktober Ini
Ahmad Razif ketika berucap di Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan Diri Pelajar-Pelajar Tajaan Yayasan Terengganu Program Saintis Islam dan Program Berkembar United Kingdom di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W PutraKerajaan negeri melalui Kolej Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Terengganu (Tesdec) akan melaksanakan program Terengganu Graduate Transformation Programme (TGTP) sebagai usaha meningkatkan kebolehpasaran graduan, selewatnya Oktober ini.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, perlaksanaan TGTP adalah penambahbaikan Skim Penempatan Siswazah Terengganu (T-GAS) dengan memberi ruang kepada siswazah menganggur menimba pengalaman berkhidmat di agensi dan syarikat terpilih.Katanya, perkara tersebut telah diputuskan dalam Mesyuarat Mingguan Exco hari ini dimana buat permulaan skim ini akan ditawarkan kepada 500 siswazah yang belum bekerja.“Dalam mesyuarat Exco tadi, kita telah membuat keputusan untuk melaksanakan TGTP untuk siswazah menganggur dan bercadang dapat laksanakan Oktober ini.“Sebagai permulaan, kerajaan negeri bersetuju untuk mengambil 500 orang siswazah menganggur dalam pelbagai bidang termasuk pelancongan, perladangan, perniagaan dan sebagainya bagi memberi ruang kepada mereka menimba pengalaman yang mungkin membuka peluang untuk diserapkan di tempat mereka menjalani latihan.“Elaun bagi mereka yang dipilih mengikuti program latih­an sambil kerja selama enam bulan ini adalah sebanyak RM1,000 sebulan,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan Diri Pelajar-Pelajar Tajaan Yayasan Terengganu Program Saintis Islam dan Program Berkembar United Kingdom di Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latif Awang dan Pengarah Yayasan Terengganu, Hishamudin Hashim.Sementara itu, Ahmad Razif berkata kerajaan negeri juga berusaha memastikan pelajar yang gagal mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berpeluang melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran.Katanya, menerusi program sifar pelajar lepasan tingkatan 5 tidak ke pusat pengajian, Yayasan Terengganu akan dipertanggungjawabkan untuk mendapatkan data-data anak Terengganu yang tidak berjaya ke pusat pengajian.“Mereka ini kita akan bantu dengan diberikan latihan kemahiran dan teknikal menerusi penawaran mengikuti kursus-kursus kemahiran yang diminat di tiga institusi kerajaan negeri iaitu Kolej Universiti TATi (TATiUC), Tesdec dan Pusat Latihan Industri Perkayuan Terengganu (TTITC),” ujarnya.
13 Sep 17
91