Artikel "Semasa" Terkini
Usaha Hantar 50 Sukarelawan Ke Bangladesh Di Peringat Perbincangan
Hasrat kerajaan negeri untuk menghantar skuad Sukarelawan TTB (STTB) ke Bangladesh bagi membantu pelarian Rohingya masih di peringkat perbincangan.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, STTB masih melakukan rundingan bersama MERCY Malaysia dan Wisma Putra bagi memperincikan perkara itu.Katanya, buat masa ini, kerajaan negeri masih belum dapat memberi komitmen dan kata putus sama ada dapat menghantar 50 orang daripada skuad STTB ke Bangladesh sebagaimana perancangan terdahulu."Kita sedang menunggu kata putus daripada pihak MERCY dan Wisma Putra untuk kita melaksanakan misi ini kerana ia melibatkan keselamatan dan hubungan antarabangsa."Ini bergantung kepada keputusan mereka kerana permohonan ini kita minta dengan Kerajaan Bangladesh untuk bawa masuk..Saya yakin perkara ini bukan suatu yang mudah," katanya.Beliau ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Tabung Terengganu For Rohingya 'Sekampit Beras Untuk Rohingya' Peringkat Perantau Lembah Kelang, di Perkarangan Wisma Yayasan Terengganu, Kuala Lumpur, hari ini.Turut hadir, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat, Ketua Urusetia Tabung Terengganu For Rohingya Samiun Salleh dan Pemangku Presiden Persatuan Anak Terengganu (Pesat, Mohd Sham Aziz Ismail.Kerajaan negeri secara rasmi melancarkan Tabung Terengganu For Rohingya 'Sekampit Beras Untuk Rohingya' bermula pada 19 September lalu.Sehingga hari ini, nilai kutipan yang sudah diterima melebihi RM600,000.
01 Oct 17
65
Saran Pilih Resort Dan Hotel Miliki Sijil Halal
Kerajaan negeri menyarankan agar jabatan kerajaan, agensi swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan di negeri ini agar memilih resort atau hotel yang memiliki sijil halal untuk mengadakan pelbagai program dan aktiviti.Langkah itu bukan sahaja dapat meningkatkan ekonomi pengusaha Islam malah membantu masyarakat miskin setempat melalui pembayaran zakat harta.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Multimedia dan Tugas- Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata berdasarkan rekod Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Terengganu (JHEAT) , sebanyak 126 premis perniagaan di Terengganu, termasuk 26 dapur hotel dan resort di negeri ini memiliki status halal sepanjang tempoh lapan bulan pertama tahun ini.Katanya, jumlah ini tidak memberangsangkan dan berharap lebih banyak pemilik premis makanan, pengusaha hotel dan resort akan memohon sijil halal.“Sijil halal yang diperoleh akan tamat dalam tempoh dua tahun dan sepanjang tempoh tersebut, Unit Pemantauan dan Penguatkuasaan (Bahagian Pengurusan Halal) JHEAT akan membuat pemeriksaan mengejut.“Sekiranya gagal mematuhi piawaian yang ditetapkan, tindakan undang-undang akan diambil,”katanya.
01 Oct 17
81
PMINT Promosi Stok Hartanah, Pakej Projek Di PMINT Property Fest 2017
Perbadanan Memajukan Ikstisad Negeri Terengganu (PMINT) buat julung kalinya menganjurkan PMINT Property Fest 2017 selama enam hari bermula 30 September lalu, di PB Square, Kuala Terengganu.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT, Samiun Salleh berkata, tujuan utama ekspo itu adalah untuk memperkenalkan dan mempomosikan stok-stok hartanah PMINT serta pakej-pakej baharu pembangunan projek PMINT bersama anak syarikat.“Lebih daripada 600 unit hartanah melibatkan pelbagai jenis segmen ditawarkan kepada pembeli berpotensi dengan nilai keseluruhan sebanyak RM191 juta bakal menjadi tarikan kepada pengunjung,” katanya ketika perasmian ekspo berkenaan di PB Square, Kuala Terengganu, semalam.Hadir sama, Pengurus Besar Perancangan Projek, Engku Md Azmi Engku Abd Rahman dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Datuk Tengku Farouk Hussin Tengku Abd Jalil.Tambanya, para pengunjung juga berpeluang merebut insentif yang disediakan oleh PMINT bagi hartanah yang ditawarkan sepanjang program berlangsung.“Saya berharap agar ekspo seperti ini dapat mengeratkan hubungan masyarakat dengan pihak PMINT dan dapat memberi impak yang positif. Selain itu, berharap agar perancangan dan pelaksanaan projek yang dilaksanakan PMINT akan menjadi ‘benchmark’ kepada keseluruhan pembangunan di negeri ini,”katanya.
30 Sep 17
225
Kutipan Tabung Rohingya Dijangka Melebihi Sasaran RM1 Juta
Kutipan amal tabung kemanusian `Terengganu For Rohingya 'Sekampit Beras Untuk Rohingya' dijangka mampu melebihi sasaran awal RM1 juta berdasarkan sambutan luar biasa orang ramai sejak dillancarkan pada 19 September lalu.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, tabung itu kini sudahpun mengumpul lebih RM600,000 dalam tempoh kurang dua minggu.Katanya, sasaran awal tabung berkenaan RM1 juta sehingga hujung bulan ini namun berdasarkan sambutan luar biasa yang diterima daripada penyumbang, pihaknya tidak menolak jumlah kutipan akan melebihi jumlah berkenaan."Program ini mendapat sambutan luar biasa dan kreativiti sekretariat ini yang telah mengajak keseluruhan rakyat Terengganu baik yang berada di Terengganu mahupun di luar."Saya yakin dan percaya dengan kesungguhan serta kreativiti yang telah dilaksanakan oleh sekretariat ini sudah pasti kita dapat mencapai sasaran lebih dari itu," katanya.Beliau ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Tabung Terengganu For Rohingya 'Sekampit Beras Untuk Rohingya' Peringkat Perantau Lembah Kelang, di Perkarangan Wisma Yayasan Terengganu, Kuala Lumpur, hari ini.Turut hadir, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat, Ketua Urusetia Tabung Terengganu For Rohingya Samiun Salleh dan Pemangku Presiden Persatuan Anak Terengganu (Pesat), Mohd Sham Aziz Ismail.Tambah Ahmad Razif, kempen yang dijalankan tersebut akan diperluaskan ke tempat-tempat lain memandangkan sambutan yang memberangsangkan itu.Katanya, beliau amat yakin kerajaan negeri mampu menambah kutipan memandangkan masih lagi banyak masa dibuka untuk penyumbang, iaitu sehingga akhir bulan Oktober ini."Kutipan ini tidak termasuk lagi kepada korporat-korporat, GLC serta usahawan-usahawan yang akan menyampaikan sumbangan dijangkakan pada akhir bulan Oktober nanti,"katanya.
30 Sep 17
49
Aktiviti Gotong-Royong Baiki Rumah Sempena GNN 2017
Program sayangi komuniti sempena Gelombang Nelayan Nasional (GNN) 2017 yang bakal diadakan di Kemaman selama tiga hari mulai 12 Oktober depan, turut diadakan aktiviti gotong-royong membaiki rumah nelayan di beberapa lokasi terpilih di daerah itu pada 2 Oktober ini.GNN 2017 yang dicetuskan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dijadualkan akan dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di Pantai Kuala Kerteh, pada 14 Oktober ini.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof berkata, selain menerapkan semula budaya gotong-royong, GNN juga bertujuan mentransformasikan sikap dan minda di kalangan komuniti nelayan selain menonjolkan aspirasi mereka kepada masyarakat umum.“Malah, sempena GNN kali ini juga, banyak aktiviti dan pertandingan diatur termasuk himpunan 300 bot nelayan, simfoni nelayan, dam aji nelayan kebangsaan, demostrasi menyelamat oleh pasukan bomba dan Tentera Laut DiRaja Malaysia, pertandingan (wau, memancing, dikir barat, busker) dan pelbagai acara menarik yang lain,” ujarnya.Menurut Muhammad Pehimi, sebelum bertolak ke Kemaman untuk program gotong-royong dan ziarah GNN pada 2 Oktober ini (esok), beliau akan bersiaran di Studio Radio Terengganu FM bagi membincangkan topik Gelombang Nelayan Nasional pukul 8.30 pagi.
30 Sep 17
457
26 Hotel Dan Resort Di Terengganu Diiktiraf Halal
Sebanyak 26 premis makanan milik hotel dan resort di Terengganu adalah halal selepas Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Terengganu menjalankan pemeriksaan dan pemantauan sepanjang tahun ini.Jumlah itu termasuk Redang Mutiara milik Redang Mutiara Travel & Tours Sdn Bhd di mana satu- satu resort di Pulau Redang yang diiktiraf memiliki sijil halalPengerusi Jawatankuasa Komunikasi Multimedia dan Tugas- Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, bilangan itu meningkat berbanding hanya 17 premis pada tahun lalu.Katanya, semua hotel dan resort yang disenaraikan halal berjaya mematuhi standart, syarat dan prosedur yang ditetapkan Jheat."Pemilik menggunakan bahan halal dalam setiap masakan, kebersihan dapur dan perkakas pengendalian serta penyediaan makanan," katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Sijil Pengesahan Halal Malaysia Kepada Redang Mutiara di Delima Resort, Pulau Redang hari ini.Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Rakit, Bazlan Abd Rahman danPesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato' Wan Mohd IbrahimKatanya, tidak dinafikan memiliki sijil halal mempunyai banyak kelebihan antaranya menjadi keutamaan bagi pelancong beragama islam dari pelbagai pelusuk dunia untuk membuat pilihan sekaligus menikmati makanan tanpa rasa ragu."Oleh itu, saya menyarankan pengunjung Islam, mana- mana jabatan kerajaan, agensi swasta dan Pertubuhan Bukan Kerajaan di negeri ini agar memilih resort atau hotel halal untuk mengadakan pelbagai program dan aktiviti."Langkah itu bukan sahaja dapat meningkat ekonomi pengusaha islam malah membantu masyarakat miskin setempat melalui pembayaran zakat harta," katanya
29 Sep 17
112
Misi Tawan Gunung Latimojong Bermula
Semangat dan iltizam membara mengiringi misi 20 pendaki untuk menawan puncak Rante Mario, Gunung Latimojong, Sulawesi Selatan, Indonesia pada 30 September hingga 6 Oktober ini.Pengembaraan yang turut disertai media Terengganu bermula secara simbolik hari ini, apabila diraikan pada acara pelepasan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar, Dr Mohd Rozailan Mamat di Perkarangan Wisma Darul Iman.Rozailan berharap misi kumpulan itu untuk menawan puncak tertinggi di Sulawesi Selatan itu tercapai dan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini."Kumpulan pendaki ini bukan sahaja mahu mencabar diri dalam aktiviti lasak yang menguji mental dan fizikal, malah inisiatif ini juga dapat mengeratkan hubungan antara Kerajaan Terengganu bersama Provensi Sulawesi "Program pendakian gabungan dua kerajaan ini juga dapat meningkatkan sektor pelancongan Terengganu dengan negara tersebut khususnya Wilayah Sulawesi Selatan,"katanya.Seorang peserta, Nur Fazlizai Ali berkata, dia dan 19 pendaki yang lain sangat teruja untuk menyahut cabaran dalam merealisasikan hasrat pengembaraan mereka."InsyaAllah kami akan lakukan yang terbaik dan membawa nama Terengganu ke Sulawesi Selatan."Jalur Gemilang dan bendera Terengganu akan berkibar megah di puncak Gunung Latimojong pada 3 Oktober ini," katanya.Kembara anjuran Pertubuhan Karyawan Kreatif Darul Iman (Karyawan) turut disertai wakil dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) Terengganu, Pendaki Everest Terengganu dan Kelab Eksplorasi Terengganu dijangka mula mendaki puncak tertinggi di Sulawesi Selatan yang berketinggian 3,487 meter itu pada 3 Oktober ini.Ekspedisi selama enam hari itu akan diketuai Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysi Negeri Terengganu, Leftenan Kol (PA) Che Adam A Rahman.
29 Sep 17
152
TUDM Juara Kejohanan Payung Terjun ATM 2017
Pasukan payung terjun Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) dinobatkan sebagai johan keseluruhan lima kali berturut-turut pada Kejohanan Payung Terjun Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2017 Cabaran Terengganu Ketiga.Pertandingan selama sembilan hari bermula 22 hingga 30 September yang dianjurkan oleh Malaysian Armed Forces Parachute Association (MAFPA) dan Malaysian Parachute Association (MyPA) dengan kerjasama kerajaan negeri itu berjaya menarik penyertaan 250 peserta dari dalam dan luar negara.TUDM menjadi johan keseluruhan edisi kali ini yang mempertaruhkan empat kategori iaitu Accuracy Sport, Accuracy Military, Formation Skydiving dan Canopy Formation Skydiving.Turut hadir, Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri, Dato' Mohd Zubir Embong yang mewakili Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman bagi merasmikan majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang yang berlangsung di Stadium Mini Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, hari ini.Pengerusi Payung Terjun TUDM, Mejar Mohamad Ijas Zubir berkata, hasil usaha dan sokongan padu yang dilaksanakan oleh pucuk pimpinan dan pengurusan TUDM, berjaya mengekalkan momentum pasukan untuk mempertahankan kejuaraan buat lima kali berturut-turut."Sebenarnya, untuk mengekalkan kejuaraan memang susah daripada mendapat kemenangan."Tetapi kami bertuah kerana mendapat sokongan padu dan begitu hebat dari pucuk pimpinan sendiri kerana seperti yang kita sedia maklum sukan payung terjun memerlukan platform udara, ternyata pucuk pimpinan memberi sepenuh sokongan apabila kami memerlukannya," ujarnya.Katanya, meskipun pasukan utama TUDM tidak dapat beraksi pada kejohanan kali ini disebabkan tugasan menjaga keselamatan negara yang lebih penting, ianya tidak mematahkan semangat pasukan kedua untuk mempamerkan kehebatan."Walaupun tanpa pasukan utama kami bersyukur apabila 30 ahli pasukan berjaya menunjukkan aksi yang terbaik pada kejohanan kali ini sekaligus berjaya mengekalkan kejuaraan," katanya.
29 Sep 17
408
Terengganu Lancar Tabung Rohingya Demi Kemanusiaan, Saudara Islam - MB
'Ini soal kemanusiaan sejagat, bukan sahaja soal umat Islam. Asas kemanusian apatah lagi membabit umat Islam, menggerakkan hati saya untuk mencadangkan penubuhan Tabung Kemanusiaan Rohingy. Malah ia selaras dengan perjuangan Perdana Menteri untuk membantu dan pertahankan nilai kemanusiaan yang universal ini, " demikian kata Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, hari ini.Menurutnya, selaku Menteri Besar dan atas nama Kerajaan Negeri Terengganu tabung itu akan dilancarkan di Kampung Baru, Kuala Lumpur, Ahad ini. "Langkah membantu orang yang menghadapi musibah dan penderitaan ini bukan baru bagi Terengganu, malah satu masa dulu orang Vietnam pernah kita bantu dan berikan Pulau Bidong sebagai transit untuk mereka hidup dengan selamat sebelum berpindah ke negara tertentu yang diuruskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, " katanya.Kata beliau lagi, jika orang bukan Islam kita bantu atas nama kemanusiaan sejagat, inikan pula masyarakat Rohingya memanglah wajar Negeri Terengganu yang bergelar Darul Iman mengambil daya usaha serupa.Beliau yang diwawancara dalam pertemuan khas di Melaka dengan ketua editor, selepas merasmikan suatu kursus, turut menyatakan rasa puas hatiatas sambutan awal yang diberi oleh semua pihak bagi mengisi tabung itu."Sehingga ini sambutan luar biasa, ada persendirian, agensi, pertubuhan bukan kerajaan, swasta dan sebagainya, malah tabung turut diadakan di Jom Heboh anjuran TV3, untuk orang ramai menderma atau mengisi tabung Kemanusiaan Rohingya itu," katanya.Menteri Besar berkata, kaedah saluran bantuan yang diperolehi itu nanti akan disalurkan dengan cara untuk melalui pertolongan Mercy Malaysia yang berpengalaman, tetapi kita akan berusaha membawa bersama wakil kerajaan dan rakyat Terengganu dan Malaysia untuk bersama-sama menyerahkan bantuan dan melihat sendiri kehidupan pelarian Islam Rohingya di kem atau tempat tempat perlindungan.Tambah Ahmad Razif lagi, atas nama kemanusiaan sejagat, huluran bantuan adalah tanpa mengira perbezaan bangsa, parti dan agama kerana ia adalah bersifat 'universal'.
29 Sep 17
160
Rakyat Terengganu Sambut Baik Wujud Tabung Rohingya
Beberapa penduduk di negeri ini menyambut baik langkah kerajaan negeri melalui Skuad Sukarela TTB (SSTTB) menubuhkan Tabung Kemanusian Rohingya, baru-baru ini.Tabung yang akan dilancarkan oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, di Kuala Lumpur pada Ahad ini, mula diperkenalkan di Kuala Terengganu sejak 20 September lalu dan sehingga kini sudah mengumpul sumbangan kira-kira RM600,000.Ia juga adalah sebagai kesinambungan kempen 'Terengganu For Rohingya, Sekampit Beras Untuk Rohingya' yang bertujuan membantu etnik minoriti Islam yang dalam kesengsaraan di Myanmar.Seorang pemuda, Wan Yusma Wan Razali dari Besut berkata, program itu amat bagus dan satu usaha yang baik dalam membantu saudara sesama Islam oleh kerajaan negeri."Salah satu cara untuk mendidik rakyat bersifat dermawan, sesuai dengan salah satu hadis yang mengatakan bahawa tangan memberi adalah lebih baik daripada tangan yang menerima, tahniah skuad sukarela TTB," katanya.Imam Masjid Bandar Permaisuri, Setiu, Che Baharom Yassin pula berkata, membantu masyarakat Rohingya yang tertindas dan hidup menderita menjadi kewajipan umat Islam."Sebagai orang Islam kita wajib membantu rakyat Rohingya yang tertindas termasuk mendoakan keselamatan dan menghulurkan bantuan kewangan."Mereka (rakyat Rohingya) sepatutnya diberikan hak kerana mereka sudah berabad tinggal di negara itu."Tabung yang bakal dilancarkan oleh YAB Menteri Besar Terengganu itu adalah satu usaha yang murni dan kepada umat Islam yang berkemampuan diharapkan dapat sama-sama menyumbang kepada tabung itu," katanya.Bagi Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kuala Setiu, Suhaimi Endut berkata, mengucapkan tahniah kepada kerajaan Terengganu kerana amat perihatin kepada nasib umat Islam Rohingya di Myanmar."Usaha kerajaan Terengganu yang amat murni wajar diberi perhatian oleh seluruh rakyat Terengganu tanpa mengira fahaman."Membantu umat Islam yang ditindas adalah tanggungjawab semua. Mereka adalah saudara kita. Ayuh warga Terengganu yang budiman marilah kita memberi sokongan kepada usaha murni ini," katanya.Seorang lagi pendudukKampung Pelong, Setiu, Abdul Rahman Abu Bakar berkata keprihatinan kepimpinan negeri di bawah Dato Seri Ahmad Razif Abd Rahman serta badan-badan yang terlibat melancarkan Tabung Kemanusiaan Rohingya amat membanggakan semua."Dengan pelancaran ini juga diharapkan akan membuka mata masyarakat untuk turutsama membantu mereka."Sikap perihatin ini juga boleh diberi contoh terbaik dan Terengganu sering mendahului dalam hal-hal kebajikan serta keagamaan," katanya.Bagi penggiat seni dari Kuala Terengganu, Mohd Salim Salleh pula mahu rakyatdi Terengganu bersama-sama terus mendoakan kesejahteraan dan keamanan kepada Rohingya dan menghulurkan sumbangan kepada Tabung Kemanusian yang akan dilancarkan itu mengikut kemampuan masing-masing.
29 Sep 17
129