lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Maidam Agih Bantuan RM64 Ribu Kepada 47 Keluarga Asnaf Di Pulau Redang
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) mengagihkan peruntukan RM64,000 kepada 47 keluarga asnaf di Pulau Redang.Agihan RM1,500 hingga RM3,000 sekeluarga atau bergantung kepada bilangan isi rumah yang masih dalam taggunggan itu disalurkan melalui Program Tautan Mahabbah Bersama Penduduk Pulau Redang, hari ini.Turut serta dalam program itu Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib; Ahli Dewan Undangan Negeri  Batu Rakit, Bazlan Abd Rahman dan Pesuruhanjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato' Wan Mohd IbrahimBazlan berkata penerima dipilih berdasarkan bilangan isi rumah yang masih bersekolah yang melibatkan 101 pelajar daripada 47 keluarga asnaf.Katanya, bantuan tahunan yang disalurkan melalui Maidam itu pastinya dapat membantu meringankan bebanan keluarga, termasuk berkaitan perbelanjaan sekolah."Boleh juga sebagai persediaan menghadapi peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga dan Sijil Penilaian Malaysia."Saya berharap penerima menggunakan wang tunai yang diagihkan sebaik mungkin, elak membeli barangan yang tidak berkaitan, " katanya ketika ditemui selepas program itu.Penerima bantuan yang juga bekas nelayan Nordin Ahmad Ibrahim berkata, bantuan yang diterima RM2,000 itu cukup besar nilainya dan akan menggunakannya sebaik mungkin."Saya mengutamakan perbelanjaan sekolah  anak- anak selain barangan keperluan dapur," katanya.Ibu tunggal, 43 Atimi Ripin, berkata perbelanjaan keluarga kini hanya bergantung kepada anak sulung yang bekerja sebagai pemandu bot selain mendapat upah memasak sekiranya ada program di kampung itu.Katanya, kehidupan dia sekeluarga agak susah  sejak kematian suami akibat kemalangan pada 2013."Bagaimana tetap bersyukur kerana mendapat bantuan bulanan  Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Maidam kerap menghulurkan sumbangan, " katanya
29 Sep 17
168
Empty Image
Tabung Rohingya Kumpul RM600,000
Kerajaan negeri berjaya mengumpulkan hampir RM 600,000 melalui Tabung Kemanusian Rohingya sejak dilancarkan pada 20 September lalu sehingga kini.Tabung berkenaan disasarkan mampu mencapai RM1 juta sehingga 10 Oktober ini.Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri,  Dato' Rozi Mamat berkata, program kerajaan negeri menerusi skuad Sukarelawan Transformasi Terengganu Baharu (TTB)kini bergerak ke seluruh daerah melalui pejabat daerah, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (J3K) dan badan bukan kerajaan (NGO) ke peringkat bawahan bagi membuka peluang kepada masyarakat untuk turut sama menyumbang."Di samping itu juga, kita sedang mengatur melalui kedutaan dan Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia(Mercy) Malaysia serta NGO dalam negara bagi mencari kaedah yang terbaik untuk menghantar sendiri sumbangan rakyat Terengganu kepada masyarakat Rohingya."Kita akan hantar bantuan ini dengan skuad sukarelawan TTB pada akhir Oktober ini dan tarikhnya akan dimaklumkan kelak setelah kesemua proses selesai."Sumbangan bukan berbentuk wang tunai tetapi dalam bentuk barangan keperluan seperti bekalan makanan,ubat-ubatan dan pakaian,"kata beliau.Rozi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Telemong berkata kepada pemberita di Majlis Pelancaran Tabung "Bantu Rohingya"Pusat Khidmat Masyarakat DUN Telemong di tapak Pasar Tani Kuala Ping, Telemong, hari ini.Dalam pada itu,beliau turut berkata, tabung kemanusiaan ini juga akan dilancarkan kepada anak-anak Terengganu di perantauan pada 1 Oktober ini di Kampung Baru, Kuala Lumpur oleh Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Menurutnya lagi, program ini bertujuan untuk menimbulkan perasaan kekitaan, kasih sayang dan kemanusiaan di kalangan rakyat Terengganu untuk membantu  masyarakat Rohingya mengikut kemampuan masing-masing.
29 Sep 17
62
Empty Image
Terengganu Lancar Tabung Kemanusiaan Rohingya Di Kuala Lumpur 1 Oktober Ini
Kerajaaan negeri melalui  Skuad Sukarelawan TTB (SSTTB) akan melancarkan Tabung Kemanusiaan Rohingya di perkarangan Wisma Yayasan Terengganu, Kampung Baru, Kuala Lumpur,  pada 1 Oktober ini.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dijadual akan merasmikan program berkenaan.Setiausaha Kerja tabung itu, Raja Faisal Raja Haron berkata, acara berkenaan sebagai kesinambungan kempen ‘Terengganu For Rohingya, Sekampit Beras Untuk Rohingya’ bertujuan membantu etnik minoriti Islam yang berdepan dengan kesengsaraan akibat penindasan yang sedang memuncak di Myanmar.Katanya, pelbagai jabatan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di seluruh Terengganu dan juga luar Terengganu termasuk Lembah Kelang akan berganding bahu mengumpul dana yang disasarkan mampu mencapai RM1 juta itu."Antara agensi yang bekerjasama erat dan mendukung aspirasi kerajaan negeri bagi menjayakan kempen ini seperti Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), SUKTRA Terengganu, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) dan Unit Komunikasi Negeri Terengganu. Semua jabatan berkaitan akan menyediakan tabung bagi memastikan bantuan dapat disalurkan di pelbagai tempat dan peringkat. "Sebagai contoh, JPNT menganjurkan dalam program-program kutipan di semua sekolah dan MBKT menyediakan tabung di tempat tumpuan awam seperti Taman Awam Batu Burok, Pasarnita dan Pasar Payang. Manakala Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Sultan Zainal Abidin pula berkolaborasi melaksanakan program bersama universiti lain di negara ini,"katanya ketika dihubungi Teganukita, hari ini.Menurutnya, seramai 50 sukarelawan TTB dijangka ke kem pelarian di Bangladesh untuk membantu kerja-kerja kemanusiaan bersama doktor-doktor sukarelawan daripada Mercy Malaysia yang akan memberi khidmat perubatan dan rawatan kesihatan.“Diharap pelbagai pihak dan orang ramai dapat berganding bahu bagi menjayakan kempen ini, malah kita turut mengalu-alukan komitmen mana-mana pihak untuk menjalin kerjasama dalam membantu mencapai sasaran RM1 juta,” katanya.
28 Sep 17
202
Empty Image
Perubahan Aliran Trafik Di Kawasan TTC, McD Bermula 1 Oktober Ini
Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Terengganu akan menambah baik sistem aliran trafik di kawasan Pusat Dagangan Terengganu (TTC) dan sekitar bagi mengatasi kesesakan lalu lintas khususnya pada waktu puncak.Jurutera Awam Kanan (Jalan), JKR Negeri Terengganu, Suhaimi Mokhtar berkata, perubahan aliran trafik di kawasan tersebut akan bermula pada 1 Oktober ini.Katanya, antara punca berlaku kesesakan di kawasan terbabit disebabkan jumlah kenderaan pengguna yang menggunakan laluan ‘Drive Thru Mc Donald’ yang meningkat mendadak.“Justeru, laluan jalan Padang Hiliran (hadapan Giant) akan ditukar dari dua hala ke satu hala bagi melancarkan aliran trafik di kawasan berkenaan,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.
28 Sep 17
398
Empty Image
Terengganu Perkenal JOBSTTB Untuk Graduan
Kerajaan Negeri akan memperkenalkan JOBSTTB di bawah Program Transformasi Graduan Terengganu (TGTP)  bermula 1 Oktober ini khusus untuk graduan anak Terengganu yang mempunyai minat dalam bidang pengkhususan tertentu.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata graduan yang mengikuti program tersebut akan ditempatkan di bawah syarikat-syarikat milik kerajaan negeri.Katanya, terdapat tujuh bidang latihan akan diperkenalkan dalam program yang boleh dipohon secara atas talian."Tujuh bidang latihan yang ditawarkan adalah pengurusan, pembuatan/pembinaan, pertanian, perikanan, veterinar, pelancongan dan usahawan berdasarkan minat serta kelulusan bersesuian."Ianya terbuka kepada semua anak Terengganu yang mempunyai kelayakan ijazah atau diploma daripada pelbagai bidang pengkhususan dan berumur 20 tahun ke atas," katanya.Beliau ditemui pemberita pada Majlis Penyampaian Replika Cek Oleh TDM Berhad di Wisma Darul Iman, hari ini.Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan TDM, Dato' Mohamat Muda dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Terengganu Incorporated Sdn Bhd, Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak.Tambahnya, graduan yang menyertai program tersebut akan diberi elaun sebanyak RM1,000 seorang sepanjang tempoh enam bulan.Katanya, permohonan akan mula dibuka bermula 1 Oktober ini dan graduan yang berminat boleh melayari laman sesawang http://tgtp.terengganu.gov.my.
27 Sep 17
30
Empty Image
Ekspedisi 'Terengganu De Latimojong' Promosi Sektor Pelancongan Negeri
Pertubuhan Karyawan Kreatif Darul Iman (Karyawan) menganjurkan kembara ‘Terengganu De Latimojong’ dalam usaha membantu kerajaan negeri mempromosikan sektor pelancongan Terengganu khususnya sempena Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia & Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, seramai 20 pendaki termasuk pengamal media Terengganu bakal menawan puncak Rante Mario, Gunung Latimojong, Sulawesi Selatan, Indonesia bermula pada 30 September hingga 6 Oktober ini.Katanya, ekspedisi julung kali diadakan itu merupakan inisiatif Karyawan yang dilihat mampu mengeratkan hubungan antara kerajaan Terengganu bersama Provensi Sulawesi menerusi program pendakian gabungan dua negara ini.“Terima kasih semua penaja program ini. Semoga misi ini berjaya memberi satu impak besar kepada para peserta yang membawa nama Terengganu dan ianya akan diteruskan lagi dengan pendakian ke gunung-gunung yang lebih mencabar pada masa akan datang.“Kita juga berharap ekspedisi ini dapat membantu kerajaan negeri mempromosikan produk-produk pelancongan termasuk keindahan pantai, pulau , tasik disamping tinggalan sejarah termasuk warisan Melayu tradisi serta bangunan-bangunan lama yang terdapat di negeri ini,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis penyerahan Penajaan Dan Sumbangan Projek ‘Terengganu De Latimojong” di Wisma Darul Iman, hari ini.Sementara itu,  Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Terengganu,  Leftenan Kol (PA) Che Adam A Rahman yang akan mengetuai pendakian tersebut berkata, kumpulan pendaki juga turut melaksanakan tanggungjawab sosial komuniti kepada masyarakat di Desa Karangan iaitu perkampungan yang terletak di kaki gunung berkenaan dan memberi bantuan keperluan harian serta alat tulis kepada pihak yang memerlukan di desa tersebut."Ia sebagai tanda prihatin daripada kumpulan pendaki kepada masyarakat desa Karangan yang menjadi sebahagian nadi yang membangunkan kawasan pergunungan berkenaan," katanya.Menurut beliau, kumpulan pendaki akan turut  melakukan pertukaran logo VBT 2017 dengan “Simbol Perlancongan Sulawesi” sebagai gimik hubungan akrab antara dua pihak.“Pada masa sama, ia juga bertujuan membantu mengembangkan sektor pelancongan Terengganu menerusi aktiviti pendakian," katanya.
27 Sep 17
31
Empty Image
17 Petani Tuai 31,267 Pokok Cili Secara Serentak Di Terengganu Untuk MBOR
Che Wan Mohd. Saidi memetik cili di kebun miliknya sempena Program Penarafan Penuaian Cili Tersebar Oleh MBOR di Kampung Raja, Tepoh hari ini. Foto Oleh: Harish Fadzillah Abu Kassim Seramai 17 petani negeri ini turut serta dalam program penuaian pokok cili terbanyak secara serentak untuk rekod Malaysia Book of Records (MBOR) sempena sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan 2017.Ketua Seksyen Hortikultur Jabatan Pertanian Terengganu, Noaini Mamat berkata, penyertaan peserta dari 15 lokasi di seluruh daerah negeri ini untuk program anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) itu adalah bagi menjayakan rekod MBOR yang menyasarkan satu juta pokok cili dituai secara serentak di seluruh negara.“Sebanyak 31,267 pokok cili pelbagai variasi seperti cili kulai, minyak dan solok milik 17 petani bimbingan Jabatan Pertanian Terengganu berjaya dituai pada hari ini.“Hasilnya akan dikumpulkan dan di bawa ke sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang untuk pengiktirafan MBOR," ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan proses penuaian 3,567 pokok cili di kebun cili milik Che Wan Mohd. Saidi Che Wan Sulong di Kampung Raja, Tepoh, hari ini.Noaini berkata, Jabatan Pertanian Terengganu juga dalam usaha untuk menjadikan negeri ini sebagai antara pengeluar cili utama negara.“Penanaman cili dipilih kerana permintaan terhadap hasil pertanian ini sangat tinggi dan kita menggalakkan peserta menaman cili untuk meningkatkan pengeluaran negara sekali gus berusaha mengurangkan kebergantungan kepada import cili dari negara luar,” ujarnya.
26 Sep 17
760
Empty Image
Bangunan Bijih Besi Dijadikan Muzium Kemaman
Bekas ibu pejabat bijih besi dalam daerah Kemaman kini menjadi bangunan yang unik dan dijadikan Mini Muzium Kemaman.Pengarah Muzium Negeri Terengganu, Mohd Yusof Abdullah berkata, bekas bangunan ibu pejabat bijih besi tersebut dibeli oleh Malayan Banking ketika dahulu dan ia merupakan satu daya tarikan pelancong yang terletak di Kapung Dusun Nyoir, Bandar Chukai."Malayan Banking membeli bangunan itu yang berjumlah kira-kira 1 juta pada waktu dahulu dan beliau berhasrat untuk dijadikan muzium yang menempatkan gambar tokoh-tokoh tersohor di negeri ini," katanya. Menurut Yusof Abdullah, muzium yang terletak di Kemaman itu sudah mula dibuka kepada orang ramai sejak Julai tahun lalu dan majlis perasmian dijangka dilakukan oleh bekas Menteri Besar dalam masa terdekat."Selain itu, muzium berkenaan merancang untuk mengadakan tiga pameran utama iaitu Khazanah Kampung China, Pameran Inovasi dan Pameran Haiwan Berbisa Antarabangsa," katanya.Menurut Yusof Abdullah, penubuhan Muzium Daerah Kemaman yang menfokuskan kepada individu-individu yang terbilang di negeri Terengganu dirancang dan dicetuskan oleh Jawatankuasa Pembangunan Muzium Daerah Kemaman dan diluluskan dalam Mesyuarat Lembaga Muzium Negeri Terengganu."Memandangkan negeri Terengganu memiliki ramai tokoh yang berjaya dalam pelbagai bidang sama ada di peringkat kebangsaan ataupun di peringkat antarabangsa namun penubuhan Muzium Jasa Mu Dikenang ini dianggap perlu bagi mengenang jasa serta memberikan pengiktirafan yang sewajarnya.kepada mereka yang berkenaan."Insan yang mana dirinya ditonjolkan di dalam muzium ini merupakan antara jutaan rakyat negeri Terengganu yang amat berjaya di dalam bidang masing-masing sama ada dalam bidang pentadbiran, bidang sukan, bidang budaya, bidang agama, bidang sastera serta bidang pendidikan,"katanya.Katanya, diharapkan agar muzium yang mempamerkan tentang biadota, pengorbanan, jasa serta perjuangan insan yang gemilang ini bakal memberikan 1001 maklumat yang berguna terutamanya kepada generasi baru."Selain itu, agar generasi baru dapat mencontohi, menjiwai dan seterusnya mencontohi kejayaan tokoh-tokoh ini dalam bidang masing-masing dalam mengharumkan nama negeri dan juga Negara," katanya,"katanya.
25 Sep 17
1004
Empty Image
22 Trak Makanan Sertai Karnival Jom Heboh Negeri Terengganu
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu akan menghimpunkan 22  peniaga trak makanan dengan sajian lebih  100 menu menarik sempena  Karnival Jom Heboh Negeri Terengganu di perkarangan Mini Stadium Kompleks Sukan Negeri Terengganu.Mereka  yang terlibat pada program selama dua hari dan berakhir 30 September itu akan menjual  pelbagai menu antaranya, kambing bakar, burger bakar, minuman berjus dan  makanan barat. Apa yang pasti, konsep dan menu yang disajikan itu tiada di kedai atau restoran lain.Aktiviti lain, gerai jualan dan pameran, seminar keusahawanan penyediaan sijil halal, pembelajaran, motivasi dan perkongsian ilmu serta pelbagai lagi acara sampingan sepanjang program tersebut.       Penolong Pegawai Belia dan Sukan, Noorul Husna A Rashid berkata,   pihaknya komited untuk melahirkan lebih ramai usahawan menjalankan perniagaan menggunakan trak atau Business on Truck khususnya dalam kalangan belia di negeri ini.Katanya, dahulu, jika ingin membuka perniagaan, mereka memerlukan modal yang besar untuk mendapatkan sebuah kedai, malah perlu mencari lokasi sesuai untuk memulakan sesuatu perniagaan."Namun, konsep Business on Truck ini, selain tidak perlu memeningkan kepala memikirkan kos sewa bulanan premis, konsep ini juga membolehkan perniagaan ini dipromosikan kepada masyarakat di pelbagai tempat dan kawasan.“Inisiatif kreatif itu wajar diketengahkan sebagai pilihan kepada golongan muda yang ingin memulakan perniagaan,”katanya   Menurut Noorul Huda, pihaknya juga mahu menggalakkan orang ramai khususnya golongan belia menyertai perniagaan seumpama itu sejajar dengan ikutan ramai pada masa kini."Konsep perniagaan menggunakan trak kini semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat terutamanya golongan belia di negeri ini.“Ia menjadi trending yang bukan hanya makanan yang diniagakan, malah beberapa produk lain juga sesuai dengan peredaran masa,” katanya.
25 Sep 17
251
Empty Image
Terengganu Lantik 1,414 Ahli Jawatankuasa Perwakilan Penduduk
Terengganu merekodkan  seramai 1,414 ahli Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP)  yang dilantik bagi penggal kedua untuk tempoh dua tahun  mulai 15 April 2017 sehingga 14 April 2019.Pelantikan melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu menjadikan Terengganu mencapai 80 peratus keanggotaan JPP yang lengkap dilantik mengikut Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee, berkata penubuhan JPP itu melibatkan semua kawasan PBT termasuk yang di bawah pemerintahan kerajaan dan  pembangkang dan mereka akan diberikan elaun.Katanya, keanggotaan JPP  sama seperti  lantikan  Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang melibatkan 10 ahli yang terdiri daripada pengerusi, setiausaha dan lapan ahli jawatankuasa.“Walaupun bidang tugas seakan sama, peranan jawatankuasa ini tidak akan bertindih dengan tugasan JKKK di mana JPP lebih menumpu tanggunjawab di kawasan bandar dan JKKK pula lebih menumpu perihal kampung.“Untuk pemberian elaun bulanan hanya pengerusi dan setiausaha yang akan menerimanya iaitu RM800 untuk pengerusi bagi kawasan Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran manakala bagi pengerusi Majlis Daerah, jumlah yang akan diterima adalah sebanyak RM500 sebulan,”katanya dalam satu majlis baru-baru ini..Menurutnya, JPP bukan jentera kita. Ada orang tuduh sengaja tubuh JPP sebagai jentera parti dan politik sedangkan itu adalah jentera yang membawa harapan melalui suara masyarakat bandar.“Ini bukan makanisme kepartian yang diwujudkan untuk kepentingan politik. Cuma persepsi mereka yang tidak bertanggungjawab yang tidak berpuas hati,” katanya.
23 Sep 17
144