lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
20,243 Calon Duduki PT3 Di Terengganu
Ujian Bertulis Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang bermula semalam berjalan lancar melibatkan 20,243 calon menduduki peperiksaan terbabit di 155 pusat di seluruh negeri ini dan akan berakhir pada 12 Oktober.Pengarah Pendidikan Negeri, Shafruddin Ali Hussin berkata, Kuala Terengganu mencatatkan bilangan calon teramai iaitu 3,966 orang, diikuti Kemaman (3,147), Besut (3,120), Dungun (2,746), Kuala Nerus (2,512), Marang (1,930), Hulu Terengganu (1,466) dan Setiu (1,356).Katanya, daripada jumlah itu seramai 67 calon merupakan kalangan calon berkeperluan khas (CBK).Ujian itu bermula jam 8 pagi semalam dengan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik diikuti Bahasa Inggeris dan Sains (hari ini).Pada Rabu ini, calon bakal menduduki antaranya kertas Kemahiran Hidup dan Pendidikan Islam manakala hari terakhir peperiksaan (Khamis) melibatkan kertas peperiksaan bahasa.PT3 dimulakan pada 2014 bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR).
09 Oct 17
39
Empty Image
Bot Penambang Makin Cantik, Jadi Tarikan Penumpang
Beberapa pemilik bot penambang Seberang Takir, Kuala Nerus yang mendapat peruntukan membaik pulih bot berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana bantuan itu membolehkan mereka memulih dan menambah baik pengangkutan air yang menjadi sumber utama rezeki masing-masing itu.Rata-rata yang ditemui Teganukita gembira dan bersyukur kerana bot masing-masing yang dahulu uzur, malah ada yang rosak  kini sudah berubah wajah, kelihatan cantik serta dilengkapi beberapa kemudahan baharu.HashimSeorang pemilik bot, Hashim Ibrahim, 58 dari Kampung Seberang Takir mengakui tanpa bantuan itu dia tentunya tidak mampu membaik pulih botnya kerana kos peralatan masa kini yang begitu mahal"Terima kasih banyak-banyak kepada kerajaan kerana perihatin dengan kami kerana menghulurkan bantuan yang agak banyak itu."Bot saya memang sudah lama dan uzur serta mengalami beberapa kerosakan kerana usia hampir 50 tahun."Dengan siapnya bot ini, saya mengharapkan jumlah penumpang akan bertambah terutamanya pelancong selain penduduk Seberang Takir, " katanya yang mula terbabit dengan pekerjaan itu sejak berusia belasan tahun.WahabSeorang lagi pemilik bot,  Mohd Abd Wahab dari Kampung Jeram berkata, botnya kini berubah wajah dan kelihatan kemas serta menarik."Jika nak baiki dan ubah suai sendiri memang saya tidak mampu kerana kosnya yang mahal tetapi dengan bantuan ini segalanya berubah dan saya semakin bersemangat untuk meneruskan pekerjaan ini, terima kasih kerajaan,"  katanya yang membeli bot itu lebih 20 tahun lalu.Manakala seorang lagi yang ditemui Teganukita, Harun Ismail, 66 dari Teluk Ketapang juga berpuashati dengan keadaan botnya itu."Terima kasihlah kepada kerajaan atas bantuan itu dan program seperti ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang," katanya.LatifSementara itu, Timbalan Pengerusi Persatuan Bot Penambang Terengganu,  Latif Yusof berkata,  semua 18 pengusaha bot yang mendapat bantuan membaik pulih bot berjumlah RM600,000 itu berpuas hati dengan keadaan bot masing-masing."Mereka boleh membaiki semula kerosakan jika ada dalam tempoh satu tahun dari tempoh penyerahan," katanya.Khairul AzhanDalam pada itu,  Ketua Setiausaha Pelancongan Terengganu,  Khairul Azhan Mohd Yusof berkata, dengan keadaan bot yang selamat dan menarik itu diharap dapat menarik minat lebih ramai mengunakanya terutamanya pelancong."Usaha ini adalah cetusan daripada Yang Amat Berhormat Menteri Besar kita (Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman) sendiri selepas mendengar rungutan dan rintihan pengusaha bot penambang itu."Kesan daripada ini, kita yakin semakin ramai akan menjadi pengusaha dan ini secara tidak langsung akan memeriahkan lagi industri pelancongan di Terengganu," katanya.Pada akhir tahun lalu, kerajaan negeri bersetuju memperuntukkan kira-kira RM600,000 bagi membaiki dan menambah baik bot penambang termasuk dari sistem pencahayaan serta papan tanda sempena Tahun Melawat Terengganu.Sebanyak 20 bot penambang ditambah baik menerusi empat fasa, yang melibatkan lima bot setiap fasa dengan setiap bot mendapat bantuan RM30,000.
09 Oct 17
482
Empty Image
200 Kakitangan TDM Berhad Sertai Program Bersama Mufti
Seramai 200 kakitangan TDM Berhad menghadiri program bersama Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Kuala Terengganu Specialist (KTS) Hospital, semalam.Pengarah Urusan Kumpulan TDM Berhad, Dato’ Mohamat Muda berkata, program bersama mufti itu adalah julung kali diadakan bagi memperlengkapkan diri ke arah keperibadian unggul dan cemerlang untuk mencapai visi dan misi Model Transformasi TDM (TTB).Katanya, keperibadian unggul adalah asas yang perlu diambilkira dalam mengemudi syarikat ke arah kecemerlangan perniagaan yang dijalankan TDM.“Ini kerana mempunyai keperibadian unggul bererti kita telah bersiap sedia memperolehi kejayaan. InsyaAllah dengan '36 Entry Point Projects' yang dibawa oleh Model TTB akan dapat direalisasikan pada 2022," katanya ketika sidang media di KTS Hospital,Kuala Terengganu, semalam.Tambahnya, matlamat utama program bersama mufti ini adalah untuk perkongsian ilmu dari ulamak yang disegani dan seterusnya dapat dimanfaatkan oleh Kakitangan Kumpulan TDM Berhad bagi memastikan perniagaan yang dijalankan adalah seimbang mengikut landasan yang betul.“Bagi mencapai ke arah keperibadian unggul dan mentor perlu ada sebagai pendorong semangat untuk mencapai kejayaan,”katanya.Program yang dianjurkan oleh TDM Berhad itu dihadiri oleh Ahli Lembaga Pengarah TDM Berhad, TDM Plantation, KTS Hospital, doktor-doktor pakar, ketua-ketua jabatan dan semua kakitangan TDM Berhad.
09 Oct 17
180
Empty Image
Masjid Tumpuan Pelancong Dipantau Elak Anasir Buruk
Mas Ermieyati pada Majlis Majlis Persidangan Meja Bulat Imam Kebangsaan Edisi Pelancongan Masjid kali ke-2 di Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Tg Syamim Tg IsmailMasjid yang disenarai sebagai masjid tumpuan pelancong di negara ini akan sentiasa dipantau dalam usaha meningkatkan keselamatan dan mengelak rumah ibadat menjadi sasaran pelbagai anasir yang tidak baik.Justeru, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) melalui Pusat Pelancongan Islam (ITC) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sentiasa membuat persediaan awal bagi memastikan masjid sentiasa berada dalam keadaan selamat.Timbalan Menterinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pihaknya akan memperkuat kerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memastikan kewujudan kumpulan yang cuba mencetuskan kegelisahan sosial melalui ancaman membakar rumah ibadat dapat dihapuskan."Kewujudan ITC bukan sahaja berperanan mempromosikan pelancongan masjid tetapi ia juga menjalin hubungan baik dengan KDN dalam memberi sesi taklimat, maklum balas dan maklumat terkini kepada pihak masjid mengenai situasi yang boleh mengancam keselamatan pengunjung."Oleh demikian penting kepada pihak pengurusan masjid menyalurkan maklumat sekiranya mereka mendapati wujudnya kumpulan atau individu yang meragukan datang ke masjid bagi tujuan tertentu termasuk menyebarkan ajaran yang tidak betul," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Persidangan Meja Bulat Imam Kebangsaan Edisi Pelancongan Masjid kali ke-2 di Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu, hari ini.Mas Ermieyati berkata, jumlah pengawal keselamatan bagi mengawasi keselamatan di setiap sudut masjid terutama yang menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara juga akan ditambah mengikut keperluan."Kami memang sedia maklum akan kewujudan unit keselamatan sedia ada di masjid tetapi ia perlu diperkuatkan lagi."Mereka akan mengawal keselamatan selain sebagai kumpulan pertama yang memaklumkan apa sahaja situasi negatif yang berlaku kepada pihak berkuasa," katanya.Add captionPada majlis itu seramai 81 peserta yang terdiri daripada imam masjid hadir ke persidangan yang berlangsung dua hari bermula hari ini, bagi mewujudkan pemahaman, peningkatan kesedaran serta keterbukaan pihak pengurusan masjid mengenai kepentingan serta manfaat pelancongan masjid.
09 Oct 17
61
Empty Image
YDSM, MSO Anjur Program Hari Penglihatan Sedunia 2017
Mata adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai.Eloklah kita menjaganya dengan sehabis baik bagi memastikan penglihatan mata kita terpelihara hingga akhir hayat, agar dapat kita melihat wajah orang-orang tersayang, melihat kebesaran Tuhan melalui kehebatan alam ini, serta menggunakan kedua-dua mata untuk kebaikan.Justeru Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) meneruskan program khidmat masyarakatnya menganjurkan Program Hari Penglihatan Sedunia 2017 (“World Sight Day 2017”) , program kerjasama Malaysian Society Ophthalmologist (MSO) pada 14 dan 15 Oktober ini di Stadium Negeri, Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu.Ia memberi fokus kepada penyaringan dan rawatan mata untuk golongan miskin di Terengganu dengan sasaran penglibatan seramai 1,000 golongan tersebut yang mempunyai masalah berkaitan mata.Menurut sumber YDSM, antara aktiviti yang bakal berlangsung ialah, pemeriksaan kesihatan percuma, pemeriksaan mata secara percuma oleh kira-kira 15 Doktor Pakar Mata dari MSO, di samping 17 orang Optometrist dari Persatuan Optometrist Malaysia (AMO).Lain-lain aktiviti yang diselitkan ialah khidmat nasihat guaman percuma kerjasama YDSM dan Jawatankuasa Peguam Negeri Terengganu, juala dan pameran serta kaunter khidmat pelanggan PTPTN serta BSN.Menurut sumber itu lagi, pada 14 Oktober (Sabtu), program bermula jam 9 pagi hingga 4 petang, manakala pada 15 Oktober (Ahad) bermula jam 9 pagi hingga 1 tengahari/petang.
09 Oct 17
155
Empty Image
200 Pengurus Kediaman Sertai Program Hari Keluarga
Kira-kira 200 kakitangan Home Manager (HM) atau pengurus kediaman menyertai Program Kecergasan Fizikal dan Hari Keluarga di Taman Rekreasi, Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Terengganu, semalam.Pengarah YPKT, Mohd Shafaruddin Mustaffa berkata, program itu sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada semua pengurus kediaman yang menjalankan perkhidmatan dengan penuh dedikasi dan cemerlang, untuk melaksanakan aktiviti yang menyeronokkan bersama keluarga.“Memandangkan hubungan kekeluargaan amat penting buat kami, kami mahu menganjurkan satu acara untuk kakitangan meluangkan masa berkualiti dengan keluarga dan pada masa yang sama dapat mengenali dan bermesra bersama ahli-ahli keluarga yang lain,” katanya ketika dihubungi oleh Teganukita/TIT.Sementara itu, Pengurus Home Manager, Mohd Faizal Haron berkata, program kekeluargaan itu merupakan wadah terbaik dalam mengeratkan hubungan antara semua kakitangan HM.“Walaupun hari keluarga HM ini yang pertama kali diadakan, ia akan dijadikan sebagai aktiviti tahunan untuk masa yang akan datang,”katanya.Antara acara sukaneka yang diadakan seperti kerusi berirama, bawa bola ping pong, tarik tali, lontaran belon berpasangan serta pelbagai lagi yang turut melibatkan anak-anak kakitangan HM.
08 Oct 17
304
Empty Image
1.8 Juta Benih Ikan Dilepaskan Di Sungai Utama
Jabatan Perikanan Terengganu melepaskan sejumlah 1.8 juta benih ikan dan udang serta induk ikan di beberapa sungai utama negeri ini  bagi memulihara sumber perikanan darat sejak 2008.Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi Negeri, Dato Muhammad Pehimi Yusof berkata, program pelepasan ikan dan udang berkenaan juga bertujuan memberi sumber pendapatan kepada nelayan terbabit.Katanya, pendaratan ikan darat pada tahun lalu turut menyumbang kepada ekonomi negeri ini dengan hasil tangkapan 169.69 metrik tan dengan nilai RM1.9 juta.Beliau berkata, pada ketika ini ikan darat semakin digemari dan mendapat permintaan tinggi daripada masyarakat menyebabkan pengeluarannya perlu ditingkatkan.“Pada hari ini 422,660 benih ikan dilepaskan serentak di seluruh negara sempena Program Gelombang Nelayan nasional (GNN)”, Katanya ketika melakukan pelepasan benih ikan di Sungai Jertih, Besut, kelmarin.Muhammad Pehimi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jertih berkata, sempena program itu, 35,000 benih ikan lampam sungai dan 100 kelah merah dilepaskan di sungai terbabit.Beliau berkata, sepanjang tahun ini,  Jabatan Perikanan Terengganu sudah melepaskan 226,350 benih ikan dan udang di empat sungai utama seluruh negeri.Tambahnya, ikan kelah kini mencecah RM250 sekilo dan ia menjadi permintaan paling tinggi walaupun harganya agak mahal berbanding spesies ikan darat lain.Beliau berharap, pemancing tidak menyalahgunakan aktiviti memancing dengan menggunakan renjatan elektrik dan bahan letupan lain untuk menangkap ikan kerana bimbang ia akan mengancam sumber ikan darat.
08 Oct 17
44
Empty Image
Petronas Komited Perkasakan STEM Di Terengganu
Petronas meneruskan komitmen bagi meningkatkan penguasaan mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan menerusi Petronas STEM Fair 2017.Terbaru, seramai 400 murid daripada tiga buah sekolah rendah di sekitar Terengganu menyertai di Kolej Vokasional Dungun, semalam.Pengurus Besar Petronas Wilayah Pantai Timur, Wan Mohd Hasnan Abdullah berkata, program itu menjadi satu daripada komitmen syarikat korporat ulung itu bagi menambah nilai dan meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran STEM."Ini merupakan tahun kedua penganjuran Petronas yang bermatlamat mempromosikan pembangunan modal insan di samping menyokong usaha kerajaan untuk memupuk minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik seawal Tahun Satu," katanya.Turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Matsor Ismail.Menurut Hasnan, program STEM Fair 2017 itu juga sejajar dengan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia yang mensasarkan nisbah 60 peratus untuk kemasukan dalam bidang sains, teknikal, vokasional dan 40 peratus dalam bidang seni."Sepanjang tahun ini, lebih daripada 1,500 orang pelajar dari sekolah-sekolah terpilih di seluruh negara mendapat manfaat menerusi aktiviti-aktiviti pendidikan di bawah Program Sentuhan Ilmu Petronas (PSIP)."Selain itu, guru-guru dari sekolah terpilih turut diberi pendedahan Pedagogi Pendidikan STEM melalui Bengkel Pembangunan Profesional Guru di Kuala Lumpur."Pada sesi tersebut, Petronas turut menyumbang bantuan kelengkapan persekolahan kepada seramai 393 pelajar PSIP dari Sekolah kebangsaan (SK) Serdang, SK Tok Kah dan SK Kompleks Rantau Abang," katanya.Antara aktiviti menarik yang dijalankan di STEM Fair 2017 termasuklah demonstrasi uji kaji sains, pertunjukan sains, kuiz interaktif dan persembahan projek sains dan matematik oleh pelajar yang terlibat.
07 Oct 17
416
Empty Image
Felcra Akan Baik Pulih, Bina Semula Rumah Generasi Kedua
Felcra Berhad bersedia untuk membaik pulih rumah atau membina semula rumah generasi kedua anak peserta menerusi Rumah Bina Negara di penempatan sedia ada.Pengerusi Felcra Berhad,Dato' Seri Bung Moktar Radin berkata,setakat ini sebanyak 30 ribu unit rumah generasi kedua telah dibina diseluruh negara bagi membolehkan mereka yang tidak berkemampuan memiliki rumah sendiri.Menurutnya,Felcra Berhad akan bekerjasama dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dalam menyediakan Rumah Bina Negara kepada generasi kedua ini."Malah di Terengganu, program rumah generasi kedua telah pun dilaksanakan di Felcra Seri Bandi, Kemaman sebanyak 100 buah dan Felcra Bukit Kapah, Hulu Terengganu(100 buah)."Felcra juga akan membantu peserta-peserta ini dalam membaik pulih rumah yang  agak uzur bagi memberikan keselesaan menjalani kehidupan seharian bersama keluarga mereka,"kata Bung Moktar.Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Pemimpin Bersama Peserta Felcra Berhad Hulu Berang Dan Dialog Transformasi Nasional(TN50) Belia Felcra Wilayah Timur di Perkarangan Pejabat Felcra  Berhad Kawasan Hulu Berang,hari ini.Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia merangkap Ahli Parlimen Hulu Terengganu,Dato' Jailani Johari dan Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil,Ghazali Taib.Hadir sama,Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Berhad,Zulkarnain Mohd Usoup;Ketua Pengarah Seranta Felcra Berhad,Dato' Najmil Fais Mohamed Aris dan Pengurus Besar Felcra Berhad,Saipudin Omar.Menurut Bung Moktar,bagi pembinaan rumah generasi kedua di Hulu Terengganu bergantung kepada kerajaan negeri dalam menyelesaikan masalah tanah."Lagi cepat selesai masalah tanah untuk tapak rumah ini,maka lagi cepatlah urusan pembinaan rumah baru,"ujarnya.Sementara itu,Felcra Berhad Wilayah Timur Terengganu memperuntukan lebih RM 21 juta bagi bayaran bantuan sara hidup peserta melibatkan 24 projek tanam semula sehingga September 2017.Bung Moktar Radin juga berkata bayaran bantuan sara hidup ini diperolehi daripada tabung tanam semula,jualan kayu getah dan termasuk pendahuluan daripada Felcra Berhad.Bagi Mohamad Awang,78,Ketua Peserta Merchang Dan Rangkaian yang telah menjadi peserta Felcra selama 30 tahun berkata bantuan sara hidup merupakan satu insentif terbaik daripada pihak kerajaan.Bapa kepada lima orang anak dan moyang 20 cicit mengucapkan terima kasih kepada kerajaan terutama Felcra Berhad kerana sentiasa menjaga kebajikan peserta."Bantuan sara hidup ini akan digunakan untuk perbelanjaan harian,pelbagai kegunaan lain termasuk bantuan untuk anak yatim,ibu tunggal dan sebagainya..saya akan berbincang bersama-sama pengurus-pengurus peserta dalam kawasan kami tentang pengurusan bantuan sara hidup yang diterima sebanyak RM 232,176 ribu."Saya juga ingin menyeru kepada mereka yang mempunyai tanah-tanah kosong ,menyerahkannya kepada Felcra untuk diusahakan kerana Felcra adalah satu agensi Kerajaan yang menitikberatkan kebajikan peserta mereka,"katanya.
07 Oct 17
637
Empty Image
Belanja RM900 Ribu Baik Pulih Masjid Kristal
Samiun meneliti bahagian kerosakan Masjid Kristal pada kertas kerja sebelum mengadakan sidang media khas petang semalam. Foto Harish Fadzillah Kassim Kerajaan negeri  meluluskan peruntukan hampir RM900,000 bagi membaik pulih kerosakan dan kebocoran Masjid Kristal, di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu dengan kadar segera.Kerja-kerja pembaik pulih dijangka mengambil tempoh lapan hingga 10 minggu itu dijadualkan akan selesai menjelang hujung tahun ini.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Samiun Salleh berkata, Jabatan Kerja Raya (JKR)  sudah mengemukakan anggaran kos sebanyak RM584,485 yang melibatkan kerja-kerja lapisan kalis air pada keseluruhan bumbung rata, pembaikian siling dan saluran air.Tambahnya, permohonan itu diluluskan oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen) pada 26 September lalu.“Sebelum ini  iaitu pada Ogos lalu Taman Tamadun Islam (TTI) diberi peruntukan RM305,000 bagi menggantikan 28 keping cermin kristal yang dikesan pecah sejak akhir tahun lalu."Kerajaan negeri juga telah menyalurkan peruntukan membaiki kecacatan besar seperti pemasangan semula sistem pandawaian elektrik, sistem bunyi, dan penyelenggaraan sistem penghawa dingin dan semua kerja-kerja itu telah dilaksanakan,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media khas, di perkarangan masjid itu, petang semalam.Samiun berkata, pihaknya berterima kasih atas kepekaan Sinar Harian melaporkan isu kerosakan Masjid Kristal, yang dinobatkan sebagai masjid ketiga tercantik di dunia."Sebenarnya, kerja-kerja semakan awal bagi pembaikian kerosakan masjid telah dimulakan minggu lalu sebelum isu ini keluarkan."Kita telah memeriksa di tapak bina dan penyediaan pelan. Secara keseluruhan, kerja-kerja menggantikan cermin baharu ini dijangka akan siap pada akhir tahun ini," katanya.Walaupun ikon utama pelancongan negeri ini mengalami kerosakan, Samiun berkata, ia tidak menjejaskan kunjungan pelancong ke situ.“Saban tahun kita masih mnerima purata kunjungan seramai 500,000 hingga 600,000 pengunjung."Jadi isu kerosakan dan kebocoran ini tidak memberi kesan pada sektor pelancongan di sini walaupun kita ada menerima beberapa rungutan dan aduan sejak tahun lalu," katanya.
07 Oct 17
826