lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Dr Zaleha Wanita Pertama Dilantik Hakim Mahkamah Rayuan Syariah
Sultan Mizan berkenan menyampaikan pertauliahan Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu kepada Dr Zaleha. Foto Harish Fadzillah KassimRektor Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Profesor Dato’ Sri Dr Zaleha Kamarudin wanita pertama di negara ini dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu yang berkuatkuasa hari ini.Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan tauliah perlantikan Dr Zaleha, 56, dari Raub, Pahang di Majlis Penghadapan Dan Upacara Pergurniaan Tauliah di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, Setiausaha Kerajaan Negeri,  Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan Ketua Hakim Syarie, Wan Mohd Zakri Wan Mohd.Tugas utama Dr Zaleha adalah mengendalikan, mendengar kes rayuan dan mempunyai kuasa untuk membatal serta mengurangkan sabitan hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Syariah.Dr Zaleha satu-satunya wanita daripada lima individu yang ditauliahkan menerima jawatan sama. Empat lagi adalah Dato' Abdul Rahman Md Yunus, Dato' Mohd Yazid Mustafa, Tan Sri Datuk Sheikh Ghazali Abdul Rahman dan Dato' Abdul Walid Abu Hassan.Manakala selebihnya iaitu seramai 99 penerima  lain dari seluruh negeri yang menerima pentauliahan pelbagai jawatan.Bagi  jawatan Hakim Mahkamah Rendah Syariah ditauliahkan kepada Ahmad Najib Mohd, Muhamad 'Auni Mustaffa, Noor Afzan Adam, Nurul Huda Abd Rahman dan Siti Salwa Mustapa.  Manakala, Mohd Nasir Abd Manaf pula dilantik sebagai Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Syariah.Sementara 10 individu ditauliahkan sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri diikuti Ketua Pendaftar, Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk (lima penerima) dan  Jurunikah Negeri ditauliahkan kepada 26 penerima.Lain-lain pentauliahan jurunikah mengikut daerah, Besut (13), masing-masing dari Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu (7), Kuala Terengganu dan Kuala Nerus (6); Marang (5) serta Setiu dua individu.
15 Oct 17
586
Empty Image
MSNT Sedia Tawar Jurulatih Sambilan Kepada Che Azrol
Ibni bersama beberapa pegawai MSNT melawat Che Azrol yang mendapat rawatan di HSNZ. Foto oleh Zulkifli C W PutraMajlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) bersedia menawarkan  jawatan sebagai jurulatih sambilan kepada bekas wira angkat berat negara, Che Mohd Azrol Che Mat, 38, sebaik selesai mendapat rawatan masalah buah pinggang di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).Che Mohd Azrol yang sebelum ini pernah berkhidmat sebagai jurulatih angkat berat MSNT selama tiga tahun dan berakhir 2015, turut dikesan mengalami jangkitan  kuman dalam paru-paru, hati dan limpa.Pengarahnya, Ibni Amin Busu berkata, pihaknya  bersimpati dengan nasib Che Mohd Azrol dan akan berusaha untuk membolehkannya kembali berkhidmat sebagai jurulatih sambilan.“Pada masa sama, berusaha sebaik mungkin dan membawa perkara ini kepada pengetahuan Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan Sumber Manusia Negeri (Datuk Rozi Mamat) untuk tindakan selanjutnya, terutama berkaitan bantuan kesihatan.“Berkemungkinan akan dipanjangkan kepada unit Tabung Darul Iman atau mana-mana pihak bagi membantu meringankan beban Che Asrol,”katanya ketika ditemui selepas melawat bekas wira angkat berat itu di HSNZ, hari ini.Dalam laporan Harian Metro Khamis lalu, pemenang dua pingat emas di Sukan SEA 2003 di Vietnam dan 2005 di Filipina dalam acara angkat berat kategori 105 kilogram itu meluahkan rasa terkilan seolah-olah tidak dipedulikan apabila terlantar sakit di HSNZ  hampir dua minggu lalu.Atlet itu mendakwa, beliau kini hanya bergantung hidup kepada orang tuanya yang bekerja kampung yang mampu menyediakan RM2,000 sebulan bagi menampung kos perubatan kerana tiada sumber pendapatan lain.Sementara itu, Che Mohd Azrol, berkata dia cukup terharu di atas kecaknaan kerajaan negeri dan MSNT sudi menghulurkan bantuan dan apa yang penting menjanjikan pekerjaan untuk meneruskan sisa-sisa hidup.“Saya  kini perlu mendapat rawatan hemodialisis sebanyak empat kali seminggu dan pekerjaan yang bersesuaian cukup penting  bagi menampung kos perubatannya,”katanya 
14 Oct 17
185
Empty Image
Kontijen PMINT Juara Keseluruhan Sukan Tradisional Mini Gemaputera 2017
Samiun (tengah) bersama wakil kontijen PMINT yang muncul juara keseluruhan Sukan Tradisional Mini Gemaputera 2017 pada majlis penutup yang berlangsung di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Zulkifli C.W. PutraKontinjen Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) muncul juara keseluruhan selepas berjaya mengutip 29 mata dalam temasya Sukan Tradisional Mini Gemaputera 2017 yang melabuhkan tirainya hari ini.Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PMINT, Samiun Salleh berkata, Sukan Tradisional Mini Gemaputera 2017 disertai 10 daripada 14 buah Gabungan Agensi-Agensi Amanah Bumiputera dan Perusahaan-Perusahaan Awam Malaysia (Gemaputera) yang terdiri daripada Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) dan UDA Holdings Berhad.“Kejohanan kali ini disertai 400 peserta dimana menyaksikan PMINT menjadi tuan rumah dan acara-acara yang dipertandingkan telah berlangsung di PB Square dan Pantai Batu Burok, pada 14 Oktober.“Lima jenis sukan tradisional dipertandingkan iaitu Golek Nyior, Sepak Raga Bintang, Dam Aji, Batu Selambut dan Cokok,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penutup Sukan Tradisional Mini Gemaputera 2017 di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, hari ini.Samiun berkata, matlamat penganjuran sukan tradisional tersebut adalah bagi mengangkat kembali sukan-sukan tradisi lama yang dimainkan oleh generasi terdahulu agar ia terus hidup dan kekal terpelihara.“Malah secara tidak langsung, penganjuran Sukan Tradisional Mini Gemaputera ini juga dapat menghimpunkan seluruh warga PKEN dan UDA Holdings Berhad dibawah satu bumbung yang sekali gus dapat mengeratkan silaturahim antara mereka,” ujarnya. 
14 Oct 17
472
Empty Image
Perlu Lebih Tegas Kekang Pencerobohan Perairan Negara - Zahid
Zahid melancarkan GNN 2017, di Kuala Kertih, Kemaman, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Agensi penguatkuasaan diarah lebih serius bagi mengekang masalah pencerobohan nelayan asing di perairan negara yang mengakibatkan kerugian hasil laut sehingga RM6 bilion setahun, kata Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Menurutnya, arahan itu membabitkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Pasukan Polis Marin (PPM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)."Beberapa langkah sudah diambil oleh agensi penguatkuasaan seperti  Tentera Laut Diraja Malaysia, Maritim Malaysia (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia) dan Jabatan Perikanan menerusi program 'Eye In The Sky' sama ada di Selat Melaka, Laut Sulu dan Laut China Selatan bagi mengelak insiden pencerobohan." Oleh kerana kita tahu bahawa hasil laut ini adalah sumber protein utama untuk rakyat negara kita dan kita cuba mengelakkan pengimportan dilakukan daripada negara lain sedangkan hasilnya daripada Malaysia..dan ini tidak adil kepada rakyat Malaysia terutama kepada para nelayan. Sebab itu saya memberikan penekanan supaya agensi-agensi penguatkuasaan ini mengambil tindakan penguatkuasaan lebih tegas,"katanya.Zahid berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Gelombang Nelayan Nasional (GNN) 2017 di Pantai Kuala Kertih, Kemaman, hari ini. Turut hadir, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Menteri Pertanian dan Asas Tani, Dato' Mohd Shabery Cheek dan Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, Dato' Jailani Johari.Hadir sama, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Dato' Seri Ahmad Said.Zahid juga meminta supaya nelayan tempatan memasang Sistem Pemantauan Automatik (AIS) pada bot ketika menangkap hasil laut terutama di kawasan berhampiran sempadan perairan negara bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini."Kita juga menyeru nelayan supaya memasang AIS sama ada  yang diperolehi secara percuma (bantuan kerajaan) ataupun dibeli sendiri."Ia perlu dipasang bukan sahaja bagi memantau kegiataan yang dilakukan kumpulan nelayan untuk tujuan penguatkuasaan, malah untuk keselamatan nelayan ketika di zon-zon tertentu lautan termasuk nelayan yang didakwa memasuki sempadan negara asing sebagai bukti siasatan sama ada berlaku pencerobohan atau tidak,"katanya.
13 Oct 17
42
Empty Image
Kembali Kepada Agama Untuk Pembangunan Seimbang Dunia dan Akhirat- Ahmad Zahid
  Ahmad Zahid mengacau bubur asyura Majlis Perasmian Ekspresi Negara Peringkat Negeri Terengganu di Dataran Dewan Merdeka, Dungun, hari ini. Foto Zulkifli Putra Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi  meminta rakyat negara ini kembali kepada pegangan agama dan kepercayaan masing-masing supaya masalah dan gejala sosial di negara ini dapat dibendung secara berperingkat-peringkat.Katanya, pembangunan yang mampan tidak mungkin dapat dicapai sekiranya negara terumbang-ambing dengan masalah sosial. “Oleh itu, saya mahu semua pemimpin masyarakat memainkan peranan bagi membentuk akhlak yang baik di kalangan rakyat Malaysia, sekaligus pembangunan yang seimbang dunia dan akhirat dapat dizahirkan,”katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Ekspresi Negara Peringkat Negeri Terengganu di Dataran Dewan Merdeka, Dungun, hari ini.Hadir sama Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, Dato' Jailani Johari; Yang Dipertuan Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong;Setiusaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi MamatAhmad Zahid turut memberitahu, Ekspresi Negaraku merupakan program yang mempamerkan kesatuan dan kesepaduan sesama rakyat pelbagai kaum di negara ini.“Penglibatan segenap lapisan rakyat Malaysia penting dalam menghidupkan semangat 'Negaraku'; yang cuba ditonjolkan menerusi penganjuran program Ini."Saya amat gembira atas sambutan yang telah diberikan oleh masyarakat di Terengganu, khususnya penduduk Dungun pada program Ekspresi Negaraku yang kelima hari ini," katanya.Lebih 5,000 pengunjung membanjiri Dataran Dewan Merdeka, Dungun seawal 6.00 pagi untuk bersama-sama menyertai pelbagai aktiviti bagi menyemarakkan semangat patriotik di kalangan masyarakat.Antaranya Larian Bendera Negaraku, senamrobik, gerai-gerai pameran, sukaneka, kayuhan santai, silat, taekwando , car boot sale dan agihan bubur asyura yang dimasak secara bergotong-royong oleh penduduk  sebanyak 18 kawah.
13 Oct 17
143
Empty Image
Pertubuhan Berdaftar Diingatkan Agar Tidak Langgar Akta Pertubuhan 1966
Ahmad Zahid ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Karnival Pertubuhan Kebangsaan 2017 di Batu Burok, Kuala Terengganu, hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail Pertubuhan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) diingatkan agar tidak melanggar undang-undang Akta Pertubuhan 1966.Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, semua pertubuhan yang berdaftar perlu sentiasa menyerah serta menghantar penyata tahunan dan penyata kewangan pertubuhan bagi mengelakkan pertubuhan yang telah didaftar tidak terbatal.“Pada ketika ini terdapat kira-kira 63,846 pertubuhan yang berdaftar dengan ROS. Dan selepas disemak daripada jumlah itu kira-kira 44 peratus pertubuhan yang didaftarkan sebelum ini terpaksa dibatalkan.“Antara faktor yang menyumbang kepada pembatalan itu dilakukan disebabkan tidak menghantar penyata tahunan dan penyata kewangan,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Perasmian Karnival Pertubuhan Kebangsaan 2017 di Batu Burok, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman; Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, Dato' Jailani Johari; Yang Dipertuan Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong; Setiausaha kerajaan Negeri, Dato’ wan Nawawi Wan Ismail serta Ketua Pengarah Jabatan Perdaftaran Pertubuhan Malaysia, Dato’ Mohammad Razin Abdullah.Sementara itu, Ahmad Zahid turut menggalakkan pertubuhan-pertubuhan yang mempunyai hala tuju dan matlamat yang sama supaya bergabung dibawah satu pertubuhan.“Persatuan-persatuan yang didaftarkan dengan pelbagai nama tetapi mempunyai hampir sama aktivitinya digalak agar bergabung untuk mudah kita bantu,” ujarnya.Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid memberitahu semua pertubuhan permotoran sama ada motorsikal berkuasa tinggi, kapchai, dan lain-lain telah dimansuhkan di dalam satu pertubuhan yang dikenali sebagai Gabungan Persatuan Permotoran Malaysia (GPPM) di mana ahlinya terdiri daripada 2 juta ahli.“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemimpin persatuan permotoran yang pelbagai di seluruh negara dibawah GPPM dimana pergabungan ini banyak memberi manfaat kepada ahli dan ini merupakan antara persatuan terbesar di negara dan perlu dicontohi,” ujarnya.
13 Oct 17
176
Empty Image
8,500 Nelayan Anggotai Kumpulan Keselamatan Nelayan
Hampir 8,500 nelayan dari seluruh negara menganggotai Kumpulan Keselamatan Nelayan bagi memantapkan dan meningkatkan sinergi, kecekapan serta keberkesanan aktiviti-aktiviti keselamatan di kawasan nelayan.Ketua Unit Komunikasi Korporat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Norfajarwati Baharudin berkata, kumpulan gabungan Sukarelawan Perikanan (Super) dan Kumpulan Keselamatan Nelayan (Kukenal) berorientasikan konsep kesukarelawanan sebagai inisiatif kerajaan dalam membantu misi bencana alam atau misi menyelamat bagi kemalangan di laut dan di darat."Kumpulan ini juga membantu pelaksanaan pengurusan perikanan kepada masyarakat dan industri perikanan negara," katanya.Beliau berkata demikian selepas melancarkan Kumpulan Keselamatan Nelayan di Pocket Stage 3 sempena Gelombang Nelayan Nasional (GNN) 2017 di Pantai Kuala Kertih, Kemaman, hari ini.Turut hadir, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek, Ketua Pengarah Kemajuan Ikan Malaysia, Dato' Mohd Saedon Ab Majid dan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau Ir Rosli Othman.Hadir sama, 800 nelayan dari seluruh Malaysia di majlis konvesyen Kumpulan Keselamatan Nelayan sempena GNN itu.Norfajarwati berkata, objektif Kumpulan Keselamatan Nelayan antara lain untuk menjadi sebuah organisasi sukarelawan yang cekap dalam misi operasi bencana alam atau misi mencari dan menyelamat bagi kemalangan di laut terutama yangmelibatkan nelayan.Menurutnya, bagi melahirkan anggota kumpulan yang berkemahiran, mereka juga bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam memberi kemahiran secara kursus dan amali."Mereka diberi pendedahan dengan kemahiran keselamatan di laut seperti pengenalan kepada Personal Floating Device ( PFD ), latihan cardiopulmonary resuscitation (CPR), teknik balutan dan teknik-teknik menyelamat mangsa di laut," katanya.Tambahnya, antara aktiviti kumpulan itu  seperti menyalurkan maklumat mangsa bencana, membantu dalam operasi pemindahan mangsa bencana, membantu operasi pembersihan kawasan perkampungan nelayan dan melaksanakan pemantauan aktiviti perikanan di kawasan setempat.Katanya, kumpulan itu turut membantu nelayan atau orang yang hilang di laut dan pengagihan bekalan makanan serta barang keperluan semasa kejadian banjir besar pada 2014 yang melanda Kelantan, Pahang dan Perak."Mereka juga sanggup menyabung nyawa dalam membantu tugas mencari dan menyelamat dan membantuan kemanusiaan apabila diminta oleh agensi keselamatan yang berkenaan," katanya.
13 Oct 17
520
Empty Image
397,476 Daftar Penderma Organ Sejak 2010
Seramai 397,476 individu di seluruh Malaysia mendaftarkan diri sebagai pengikrar pendermaan organ selepas meninggal dunia sejak 2010 hingga September lalu.Bagaimanapun, jumlah itu sangat kecil berbanding keseluruhan penduduk negara ini.Terbaharu, Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Negeri Terengganu dijalankan bagi menambah bilangan penderma di setiap negeri dan Terengganu khasnya.Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perubatan Jabatan Kesihatan Terengganu, Datin Dr. Siti Hajar Daud berkata, minggu kesedaran pendermaan organ itu merupakan satu program khas Kementerian Kesihatan yang dilaksanakan sejak 2010 pada setiap Oktober.Katanya, matlamat program itu adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan pendermaan organ serta mengenang jasa dan sebagai tanda berterima kasih kepada mereka yang telah mendermakan organ.“Antara matlamat yang ingin dicapai meneusi Kempen Jalanan Sempena Minggu Kesedaran Pendermaan Organ ialah untuk mendidik masyarakat tentang kepentingan pendermaan organ, menyampaikan maklumat secara terus kepada masyarakat, meningkatkan sebaran maklumat pendermaan organ, memudahkan masyarakat untuk mendaftar sebagai pengikrar penderma organ serta menggalakkan masyarakat untuk berbincang tentang pendermaan organ.Beliau berkata demikian dalam ucapannya dalam Majlis Perasmian Penutup Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Negeri Terengganu bertempat di Kompleks Rawatan Harian (ACC), Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama, Ketua Jabatan Anestesiologi, Dato’ Dr. Aisai Abd Rahman, Ketua Pengurus Pusat Sumber Transplan Nasional (HKL), Dr. Omar Sulaiman, Sahibus Samahah Dato’ Mufti Terengganu, Dato’ Dr. Zulkifly Muda serta Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan), Dr. Saifur Rahman Muhammad.Siti Hajar berkata, jumlah pengikirar itu sebenarnya sangat kecil iaitu hanya meliputi 1.23 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia.“Diharapkan dengan pelaksanaan program ini dapat mencapai matlamat yang disasarkan iaitu meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pendermaan organ."Malah, saya turut menyeru kepada semua pihak untuk mendaftar sebagai penderma sebagai tanda sokongan terhadap kempen kesedaran pendermaan organ ini,”katanya.
12 Oct 17
152
Empty Image
Zulkhibri Jadi Cikgu Tuisyen Rakan Sekuliah
Graduan ijazah Kejuruteraan Teknologi Pembuatan yang juga bekas pegawai bank, Zulkhibri Baharom, 39, berasal dari Batu Pahat, Johor dinobatkan sebagai penerima Anugerah Canselor sempena Majlis Konvokesyen Kolej Universiti TATI (TATiUC), di Dewan Canselori TATiUC, semalam.Zulkhibri berkata, ketika belajar dia turut  melakukan kerja sampingan sebagai guru tuisyen dan khidmatnya itu turut dicurahkan untuk berkongsi ilmu dengan rakan-rakan sekelas."Sampaikan ada satu masa kerana sibuk ajar kawan, saya tak sempat ulangkaji untuk hadapi peperiksaan tapi keberkatan berkongsi ilmu itu sungguh luar biasa sebab saya mampu mendapat keputusan cemerlang walaupun tidak sempat ulangkaji. Kita tolong orang, Allah SWT tolong kita," katanya.Selain cemerlang dalam akademik, anak kelima daripada sembilan beradik itu juga aktif dalam pelbagai kegiatan kampus dan sanggup mengorbankan waktu cutinya untuk terlibat dengan aktiviti kolej.Kecemerlangan yang diraih Zulkhibri yang menamatkan pengajian dengan purata nilai gred keseluruhan (CGPA) 3.94 juga membolehkannya untuk menerima tawaran melanjutkan pengajian di peringkat doktor falsafah (PhD) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Johor di bawah program 'fast track'.Zulkhibri berkata, jurusan pengajian yang dipilih adalah Kejuruteraan Mekanikal kerana mahu mengejar impiannya untuk bergelar seorang pensyarah satu masa nanti."Demi mengejar minat, saya berhenti kerja bank dan nekad sambung pengajian peringkat ijazah di TATiUC. Saya bawa semangat arwah ayah yang tak kenal putus asa. Saya pilih untuk sambung belajar PhD di UTHM sebab nak jaga mak, sambil jaga mak bolehlah saya kejar impian untuk jadi pensyarah," katanya.Pada majlis konvokesyen berkenaan seramai 555 graduan menerima diploma dan ijazah masing-masing melibatkan 133 graduan ijazah dan 422 diploma.Hadir sama, Canselor TATiUC, Tan Sri Dato' Ir (Dr) Wan Abdul Rahman Wan Yaacob; Pengerusi Lembaga Pentadbir TATiUC, Bazlan Abd Rahman dan Rektor TATiUC, Prof Madya Dr Mohd Zamri Ibrahim.
11 Oct 17
778
Empty Image
30 Masjid Utama Diiktiraf Masjid Pelancongan
Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) merekodkan 30 masjid utama di negara ini disenaraikan sebagai masjid pelancongan. Antara masjid berkenaan adalah Masjid Abidin dan Masjid Kristal di Kuala Terengganu;  Masjid Negara, Masjid Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur; Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra di Putrajaya; Masjid Zahir di Alor Setar dan Masjid Selat Melaka di Melaka.Timbalan Menterinya, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin berkata menyedari hakikat itu pihaknya memperluaskan sektor pelancongan masjid  dengan menganjurkan pelbagai program riadah agar bertepatan dengan Malaysia sebagai negara Pelancongan Islam di dunia.“Pada masa sama, memberi peluang pelancong Islam dan bukan Islam untuk melihat keunikan dan keistimewaan  masjid-masjid yang terdapat di negara ini sekali gus merancakkan pelancongan Islam.“Tahun lalu mencatatkan seramai 5.5 juta pelancong Islam ke Malaysia sama ada dari negara Islam ataupun pelancong Islam dari negara bukan Islam seperti China,” katanya.Beliau berkata demikian pada Persidangan Meja Bulat Kebangsaan di  Grand Hotel Puteri, Kuala Terengganu, semalam.Ermieyati berkata, usaha itu bukan sahaja memberi peluang pelancong Islam dan bukan Islam untuk melihat keunikan dan keistimewaan  seni bina masjid di negara ini sekali gus merancakkan pelancongan Islam.
10 Oct 17
44