Artikel "Semasa" Terkini
J3K Jangan Jadikan Laman Sosial Tempat Luah Ketidakpuasan Hati - Azmi
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) dan barisan jawatankuasanya diminta tidak menjadikan laman sosial sebagai tempat untuk meluahkan ketidakpuasan hati mengenai pemimpin mahupun isu-isu berkaitan kepimpinan setempat atau negeri.Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik berkata,sebagai J3K yang merupakan mata dan telinga kerajaan, sepatutnya mereka mempertahankan, menyokong hasrat serta aspirasi kerajaan.Jelasnya lagi, mereka seharusnya menggunakan saluran yang betul untuk bersuara dan bukannya menggunakan laman sosial seperti Facebook bagi meluahkan ketidakpuasan hati."Saya lihat ada sesetengah kepimpinan J3K ada yang bertindak demikian dan ini jelas menunjukkan sikap tidak matang mereka termasuk menghentam kepimpinan yang ada."Setiap kali perjumpaan dengan barisan kepimpinan J3K daerah, saya selalu ingatkan tentang tanggungjawab mereka sebagai penggerak dasar kerajaan dan tegaskan bahawa ianya tidak diulangi lagi atau tindakan akan diambil,"kata Azmi.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan perasmian Program Jaringan Komuniti Tautan Kasih Bersama Orang Asli Sungai Berua, baru-baru ini.Tambahnya lagi, jika barisan kepimpinan J3K dalam daerah ini terutama pengerusinya didapati masih mengulangi perbuatan tersebut, tindakan tegas akan diambil dan bakal berdepan sama ada ditukarkan atau pelantikan ditarik balik walaupun memberikan perkhidmatan yang terbaik."Sekali lagi saya tegaskan bahawa sebagai mata dan telinga kerajaan, J3K harus bekerja mengembalikan keyakinan rakyat..pikul tanggungjawab bersama dan pastikan kerajaan yang ada kekal memerintah,"kata Azmi.
20 Oct 17
549
Kos RM80 Juta Ambil Balik Tanah Bandar Baru Bukit Besar
Projek Pembangunan Bandar Baru Bukit Besar melibatkan peruntukan kira-kira RM200 juta merangkumi kawasan seluas 556 hektar di Bandar Raya Kuala Terengganu sedang berjalan lancar.Menurut sumber Unit Perancang Ekonomi Negeri (Upen), sehingga kini, sebanyak RM80 juta dilaburkan bagi kos keseluruhan pengambilan balik tanah di kawasan terlibat.“Antaranya melibatkan penempatan dan pengambilan tanah di beberapa kampung iaitu Kampung (Kg) Pak Pa, Kg Pak Bang, Kg Padang, Kg Tok Jamal, Kampung Gelugor, Kg Wakaf Mempelam, Kg Bukit Bayas dan Kg Sungai Derhaka,” ujarnya.Katanya, inisiatif Pembangunan Bandar Baru Bukit Besar merupakan cadangan pembangunan bandar baharu yang melibatkan komponen institusi kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan, perumahan, komersial dan kemudahan awam.Malah, sehingga kini sebanyak 13 agensi jabatan Persekutuan selesai membuat pengambilan balik tanah dengan tiga projek pembangunan sedang dalam pelaksanaan.“Sehingga Ogos, kerja-kerja untuk projek pembinaan Jabatan Kimia Malaysia Terengganu telah mencapai kemajuan sehingga 99 peratus dan Jabatan Audit Negara (Negeri Terengganu) pula siap 89 peratus sementara projek membina Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah memulakan kerja-kerja pembinaan sejak 4 Oktober 2016 pula sedang giat dijalankan,” ujarnya. Menurutnya, tidak dinafikan projek mega seumpama itu akan mengalami beberapa rintangan, bagaimanapun, halangan itu sedang diatasi sebaiknya bagi memastikan ia dapat disiapkan secara berperingkat-peringkat mengikut spesifikasi serta jadual ditetapkan.Katanya, kerja-kerja untuk projek pembinaan sistem rawatan kumbahan berpusat di bandar baharu ini dijangka akan dimulakan awal tahun hadapan dengan kos di bawah Kerajaan Persekutuan.Selain itu katanya, cadangan pembangunan terminal bersepadu (merangkumi stesen keretapi dan pengangkutan awam lain) oleh Kerajaan Pusat berhampiran kawasan berkenaan juga secara tidak langsung dapat mengatasi masalah kesesakan di pusat bandar serta menyediakan peluang pekerjaan dan perniagaan khususnya kepada penduduk setempat.
19 Oct 17
1985
Jawatankuasa Pembangunan Orang Asli Sungai Berua Ubah Hidup Orang Asli
Jawatankuasa Pembangunan Orang Asli Sungai Berua, Hulu Terengganu akan menjadi satu pertubuhan yang bergerak aktif bagi mengubah kehidupan Orang Asli ke arah yang lebih baik dan tersusun.Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik berkata, sebagai pengerusi jawatankuasa tersebut, beliau akan melakukan sebaik mungkin untuk mengubah mentaliti serta cara hidup mereka setanding dengan Orang Asli di tempat yang lain.Jelasnya antara yang terlibat dalam jawatankuasa tersebut adalah Pejabat Daerah Hulu Terengganu, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA),Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)."Jika dibandingkan dengan masyarakat Orang Asli di Kuala Lipis, Pahang, mereka lebih ke hadapan dari segi kebersihan, pendidikan dan corak kehidupan seharian..dan ini adalah pilihan mereka sendiri."Apa yang kita lihat di sini (Orang Asli Sungai Berua),mereka jauh ketinggalan terutama dari segi kebersihan dan kerohanian maka penubuhan jawatankuasa ini diharap dapat mengubah sikap mereka agar mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih baik."Kita sudah berbincang termasuk mengadakan mesyuarat bagi memperbaiki kehidupan mereka dengan melakukan beberapa penekanan tertentu termasuk memperbaiki sosio ekonomi mereka,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan perasmian Program Jaringan Komuniti Tautan Kasih Bersama Orang Asli Sungai Berua, baru-baru ini.Program tersebut merupakan anjuran bersama Institut Penyelidikan Kenyir, Universiti Malaysia Terengganu(UMT), Pejabat Daerah Hulu Terengganu dan Jabatan Kemajuan Orang Asli bagi mengadakan pelbagai aktiviti bagi merapatkan jurang golongan itu mereka dengan masyarakat luar.Tambahnya lagi,penubuhan jawatankuasa ini juga akan membantu para penyelidik mengumpul pelbagai maklumat untuk kajian-kajian mengenai masyarakat Orang Asli yang dijalankan oleh mereka.
19 Oct 17
260
Nilai Pokok Untuk Manfaat Pelbagai Pihak- Ahmad Razif
Kerajaan negeri bekerjasama dengan Institut Penyelidikan Perhutanan (FRIM) bagi menilai kesemua pokok di sekitar jalan utama dan kawasan rekreasi supaya tindakan yang bakal diambil memberi manfaat kepada semua pihak.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, penilaian itu dibuat bagi mengambil kira keselamatan orang awam dan faedah pokok yang ditanam itu kepada persekitaran."Pihak berkuasa tempatan (PBT) dan FRIM akan berkerjasama untuk membuat penilaian terhadap kesemua pokok yang berisiko kerana kita tidak boleh mengambil tindakan drastik dengan terus menebang."Beberapa orang pegawai daripada FRIM juga telah datang ke sini (Terengganu) untuk membuat penilaian dan keputusan akan dibuat dalam masa terdekat."Ini kerana, kita perlu faham bahawa ada sesetengah pokok yang memberi manfaat kepada persekitaran termasuk membekalkan oksigen dan sebagainya."Bagaimanapun, buat masa ini PBT sedang giat mencantas dan membersihkan pokok-pokok di jalan utama supaya keselamatan awam lebih terjamin, selain menceriakan kawasan,"katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Kacau Sura Perdana Daerah Kuala Nerus di perkarangan Kompleks Sukan Negeri, Gong Badak, hari iniMenurut Ahmad Razif, sekiranya pokok-pokok yang dinilai memberi risiko tinggi kepada orang awam ia akan ditebang secara berperingkat, manakala bagi yang kurang berisiko ia akan dirapikan dengan mencantas dahan yang tidak diperlukan.Sementara itu, sebanyak 117 pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan memasak bubur asyura yang bertemakan cara lama dimensi baharu itu.Penyertaan itu terdiri daripada jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (J3K) dan agensi kerajaan yang lain.
18 Oct 17
74
Pemuda Yakin Ahmad Razif Pemimpin Berjiwa Mulia Mampu Meraih Kejayaan
Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu amat yakin di bawah pimpinan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, BN akan meneruskan mandat rakyat dengan majoriti kerusi yang lebih baik berbanding 17-15 sekarang ini.Kepimpinan Ahmad Razif yang dilihat begitu cakna rakyat dan meneruskan agenda pembangunan rakyat yang dipelopori oleh pimpinan sebelumnya membuktikan keikhlasan Menteri Besar itu dalam memperjuangkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan diri sendiri.Ketuanya, Johari Abu Bakar ketika ditemui penulis berkata, Pergerakan Pemuda tiada masalah untuk berganding tenaga dengan Ahmad Razif selaku Pengarah Pilihanraya Negeri bagi memastikan kemenangan selesa BN Terengganu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU 14) nanti. Ahmad Razif katanya, berjaya membawa pendekatan perpaduan dan saling mempercayai antara satu sama lain dengan meneruskan agenda mantan-mantan menteri besar sebelum ini, misalnya pembangunan Tasik Kenyir yang dipelopori Dato’ Seri Ahmad Said, begitu juga Taman Ilmu yang dirintis oleh Dato’ Seri Idris Jusoh dan pembangunan luar bandar dan keagamaan yang menjadi tumpuan Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, semuanya diadunkan dalam Transformasi Terengganu Baharu (TTB) oleh Ahmad Razif.Johari yakin sikap teladan murni yang ditunjukkan oleh Ahmad Razif telah membuatkan Umno dan BN Terengganu amat stabil sekarang dan sudah bersedia untuk menghadapi PRU 14.Bahkan, berbekalkan falsafah “kecil bagi kita pemimpin, besar bagi rakyat’ yang dipraktikkan oleh Ahmad Razif amat menyukai hati rakyat masa kini.“Ada musibah, ada orang sakit, kematian, kemalangan dan sebagainya- termasuk ke pasar dan kedai-kedai kopi semuanya Ahmad Razif sampai tanpa mengambil kira protokol dan sebagainya,” kata Johari yang menyifatkan sikap pemimpin nombor satu negeri Terengganu itu perlu dicontohi oleh pemimpin muda di masa akan datang.Bahkan, kata Ketua Pergerakan Pemuda Negeri itu, Ahmad Razif sebagai ‘anak Ustaz’ mempunyai ciri keagamaan yang sungguh disenangi, sentiasa menganjurkan solat Subuh berjemaah, solat sunat Dhuha di masjid-masjid dan surau dan beliau sendiri turun bersama.(wawancara penuh dalam akhbar Suara Transformasi akan datang)
16 Oct 17
138
Sultan Terengganu Dijadual Berangkat Ke Kolokium Pemikiran Ahli Sunnah Wal Jamaah
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dijangka berangkat menyempurnakan Majlis Perasmian Kolokium Ahli Sunnah Wal Jamaah peringkat negeri di Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Kuala Terengganu pada 22 Oktober ini.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia & Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, program anjuran kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu dengan kerjasama Pertubuhan Kearifan Islam Malaysia itu bakal menghimpunkan cendiakawan Islam dalam semua bidang dan kepakaran masing-masing bagi membicarakan tentang kemaslahatan di kalangan masyarakat khususnya umat Islam.Katanya, kolokium yang menyasarkan seramai 2,500 peserta daripada pelbagai agensi itu antara lainnya bertujuan memberi pendedahan secara eksklusif kepada peserta mengenai peranan dan kedudukan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah khususnya di Terengganu dan Malaysia amnya.Ghazali berkata, selain para ilmuwan Islam dalam negara, pakar-pakar yang diundang untuk membicarakan dan mengupas isu-isu serta permasalahan semasa termasuk para ilmuwan dari Brunei dan Indonesia.“Antaranya, Mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Dr. Wan Zahidi Wan Teh yang akan membentangkan kertas kerja bertajuk Ahli Sunnah Wal Jamaah Di Malaysia: Sumbangan dan Cabaran Masa Kini.“Sementara Prof. Dr. Sudirman M. Johan dari Universiti Sultan Syarif Kasim II, Pekan Baru, Indonesia pula akan membincangkan mengenai Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah : Sumbangan Kearifannya di Asia Tenggara,” ujarnya.
16 Oct 17
175
Bajet 2018 Akan Lebih Mesra Rakyat
Bajet 2018 yang akan dibentangkan 27 Oktober ini diyakini akan memberi manfaat kepada rakyat secara umum dan lebih mesra rakyat terutama kepada masyarakat yang tinggal di luar bandar.Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang berkata, bajet berkenaan secara tidak langsung akan menumpukan kepada keperluan-keperluan sebenar bagi mengatasi masalah kos sara hidup, perumahan termasuk keperluan untuk menjana ekonomi rakyat.Katanya, beliau yakin bajet kali ini amat ditunggu-tunggu oleh segenap lapisan rakyat ekoran negara pada masa ini berhadapan dengan suasana ekonomi yang tidak menentu."Saya percaya YAB Perdana Menteri(PM) akan menumpukan kepada perkara-perkara ini kerana kita yakin dengan kebolehan kita ketika menghadapi keadaan ekonomi meleset tetapi masih bertahan malah untuk meneruskan agenda negara seperti Transformasi Nasional 2050(TN50)...kita perlu asas yang kukuh."Jadi dalam erti kata yang lain, kita berharap YAB PM boleh menumpukan kepada pembangunan meyakinkan rakyat(orang muda khususnya),masyarakat luar bandar sebagai tulang belakang yang menyokong Kerajaan selama ini untuk mengembangkan punca pendapatan dan membangunkan ekonomi mereka,"katanya ketika ditemui Teganukita, malam tadi.Jelas Tengku Putera yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Berang, beliau melihat sumber di kawasan luar bandar berpotensi untuk digembleng bagi meningkatkan pendapatan bukan sahaja melalui insfrastruktur tetapi juga produk-produk yang ada supaya lebih bernilai tinggi."Kita wujudkan bantuan atau sumber supaya penduduk luar bandar terutama belia dapat berniaga atau memproses produk mereka untuk lebih berdaya maju."Kita ada banyak agensi dan saya amat berharap setiap daerah atau Dewan Undangan Negeri(DUN) boleh diwujudkan Pusat Ekonomi Komuniti seperti UTC tapi diperbesarkan sedikit,"katanya.Tambahnya lagi, Pusat Ekonomi Komuniti ini boleh dibangunkan sebagai pusat penempatan bandar baru, pusat pelancongan, pusat pengumpulan segala sumber ekonomi komuniti dan sebagainya.
16 Oct 17
40
Polis, SRS Bekerjasama Tangani Gejala Dadah
Polis Terengganu akan bekerjasama dengan Skim Rondaan Sukarela(SRS) bagi membanteras jenayah termasuk gejala dadah di kampung-kampung di seluruh negeri ini.Ketua Polis Terengganu, Dato' Aidi Ismail berkata,bantuan SRS sangat diperlukan bagi mengenalpasti kawasan 'hot spot' kegiatan penagihan dadah termasuklah jenayah lain sebagai mata dan telinga pasukan keselamatan dalam mengurangkan beban polis menangani masalah jenayah."Saya lihat SRS merupakan satu langkah yang terbaik dan terbukti mampu mengurangkan kadar jenayah termasuk gejala penagihan dadah di kawasan kediaman penduduk terutama di kampung-kampung."Pembabitan orang kampung dalam pasukan SRS mungkin mampu membantu dari sudut teknikal dari segi rondaan yang dilakukan secara sukarela dan pihak polis mengalu-alukannya bagi sama-sama membantu menjaga keselamatan dan keamanan setempat,” katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita di majlis perasmian Program Jom Ronda SRS 1Malaysia Peringkat Negeri Terengganu Tahun 2017 di Kampung Padang Setar,Sekayu, Hulu Terengganu, baru-baru ini.Turut hadir, Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Nik Azman Nik Razak serta Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional( JPNIN) Terengganu, Burhanuddin Daud.Pada majlis yang sama, turut diadakan penyampaian surat penghargaan kepada SRS serta ziarah mesra perpaduan.Sementara itu, Burhanuddin berkata, terdapat 480 SRS di seluruh Terengganu dan 80 peratus daripadanya bergerak aktif mengadakan kawalan keselamatan serta rondaan bagi mencegah jenayah di tempat masing-masing."Kami akan memastikan bakinya sebanyak 20 peratus akan bergerak secara aktif pada tahun hadapan."Menurut Kajian Persepsi Rasa Selamat yang dijalankan pihak jabatan daripada Januari hingga Jun tahun ini, mendapati 96 peratus individu yang tinggal di kawasan yang diwujudkan SRS merasakan keselamatan mereka lebih terjamin,"katanya.
16 Oct 17
317
Promosi Terengganu Melalui Makanan
Nasi Dagang Sejuk Beku yang dihasilkan oleh T-Kitchen. Foto oleh Zulkifli C W Putra.Kerajaan negeri yakin dapat mempromosikan Terengganu ke peringkat antarabangsa melalui produk makanan tradisional.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, dengan penghasilan Terengganu Kitchen ( T-Kitchen), ianya secara jelas dapat mempromosikan pelancongan Terengganu.Katanya, semua sudah sedia maklum bahawa makanan utama Terengganu adalah nasi dagang."Nasi dagang (sejuk beku) ini sudah dibuat inovasi. Ianya bersih dan tidak melibatkan sebarang bahan kimia."Teknologi ini kita lakukan bersama antara Universiti Sultan Zainal Abiddin (Unisza) dan T-Kitchen dan nasi dagang ini kalau simpan dengan cara betul boleh bertahan sehingga satu tahun," katanya.Beliau ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Kilang T-Kitchen Dan Penyampaian Sijil Halal di Kilang T-Kitchen, Chendering, Kuala Terengganu, hari ini.Turut hadir Speaker DUN, Dato' Mohd Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Dr Wan Ahmad Rudirman Wan Razak.Tambah Ahmad Razif, aduan yang diterima sehingga kini banyak memberi kata positif dan rasanya sama seperti nasi dagang yang dijual di kedai dan warung-warung.Dalam pada itu, Ahmad Razif berkata Nasi Dagang Frozen tersebit mendapat permintaan yang tinggi namun tidak dapat memenuhi permintaan."Kita sebelum ini hanya mampu mengeluarkan 1,000 paket untuk satu hari dan ianya tidak mencukupi."Sebab tu hari ini kita tengok tidak dapat dipasarkan pun di dalam negeri terengganu sebab produk yang kita pasarkan 1,000 sehari itu memadai atas permintaan yang sedia ada sahaja," katanya.
16 Oct 17
810
PSUK Terengganu Jalin Kerjasama Dengan UniSZA Perkasa Modal Insan Pegawai Tadbir Negeri
Satu kerjasama strategik khususnya dalam sektor pendidikan bagi memperkasa modal insan dalam kalangan pegawai tadbir negeri ini diwujudkan di antara Pejabat Setiausaha Kerajaan (PSUK) Terengganu dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hasil permeteraian memorandum persefahaman (MoU) di Wisma Darul Iman, hari ini.Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail berkata, melalui kerjasama itu, seramai 21 Pegawai Tadbir Negeri akan menjayakan projek perintis bagi mengikuti kursus Sarjana Pentadbiran Perniagaan yang ditawarkan UniSZA.Katanya, kerajaan negeri akan terus memberi peluang kepada kumpulan pelaksana yang menerajui jabatan-jabatan tertentu di peringkat negeri ini untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi sekali gus meningkatkan tahap profesional dan memberi pendedahan secara menyeluruh kepada mereka.“Ini merupakan kolaborasi yang baik dan merupakan program Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dimana kita menggunakan kepakaran yang ada di UniSZA untuk menjadikan pegawai kita pemimpin terhebat pada masa akan datang dan secara tidak langsung mereka ini juga akan menjadi duta kepada UniSZA.“Leibh menarik, sepuluh yang terbaik daripada mereka ini kita akan tawarkan untuk menyambung pengajian ke peringkat PHD dimana tiga yang paling cemerlang akan ditaja kerajaan negeri untuk mengikuti PHD di universiti luar negara,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika berucap di Program Peningkatan Profesionalisme Pegawai Tadbir Negeri 2017 dan MoU antara PSUK Terengganu dan UniSZA di Wisma Darul Iman, hari ini.Katanya, 21 Pegawai Tadbir Negeri ini sedang mengikuti pengajian di peringkat sarjana secara separuh masa di UniSZA selama setahun bermula 22 September lalu.
16 Oct 17
128