Artikel "Semasa" Terkini
Yayasan Terengganu Perkukuh Hubungan Dengan IPTA
Mohd Zubir menyampaikan anugerah Quranik kepada pelajar cemerlang Muaz Mohd Radzi. Foto Zulkifli C W Putra Kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu (YT) memperkukuhkan hubungan dengan beberapa Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tempatan dan luar negara bagi memastikan pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) diberi keutamaan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti ituMenteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata antaranya IPTA berkenaan termasuk Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Malaya dan Universiti Sains Islam MalaysiaKatanya, kecemerlangan pelajar Imtiaz sememangnya diakui dan diberi pilihan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang sains, kejuruteraan, perubatan, keusahawanan dan al-Quran.“Bagi melahirkan ulama masa depan yang berpengetahuan tinggi, luas dalam ilmu duniawi dan ukhrawi pula, kerajaan turut memperkenalkan Program Pengajian al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab. “Program ini telah bermula sejak Januari 2016 dan kini mempunyai seramai 100 pelajar yang sedang menjalani program selama dua tahun di SMIYT Besut. Bagi pelajar yang berjaya akan meneruskan pengajian peringkat asasi sains sehinggalah peringkat ijazah doktor falsafah (PhD),” katanya.Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong pada Majlis Graduan dan Anugerah Hafazan di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam.Seramai 364 pelajar cemerlang, termasuk 310 hafiz dan hafizah yang akan menamatkan pengajian di SMIYT dirai dalam majlis itu.Menurutnya, pada masa sama, kerajaan negeri turut memperkenalkan program Saintis Islam bertujuan melahirkan golongan Saintis Islam yang hafiz 30 juzuk al-Quran.“Selain mampu mendalami ilmu-ilmu islam dalam penerokaan bidang aero angkasa, perubatan dan kejuruteraan sebagai perintis kepada lahirnya Saintis Islam terulung bertaraf dunia.“Kini seramai dua orang pelajar telah terpilih melanjutkan pengajian dengan diberi penajaan biasiswa sepenuhnya bermula di peringkat Ijazah hingga Phd dan tamat pengajian seterusnya berkhidmat di Terengganu,”katanya.
26 Oct 17
165
Program Perintis Negeri Patriotik Walk Terengganu 2017 Di Kuala Berang
Program perintis di Terengganu, Patriotik Walk Terengganu 2017 merupakan hasil kerjasama antara Unit Kesihatan Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Negeri dengan usahasama Kelab Sukan Kecergasan Warisan Negeri.Program melibatkan penyertaan hampir 1,000 orang yang terdiri daripada pelbagai jabatan, Badan Bukan Kerajaan(NGO), para pelajar dan orang ramai yang berjalan dan berarak demi menyatakan semangat patriotik dan solidariti sayangkan negara.Yufrisyam IbrahimPengarah Program, Yufrisyam Ibrahim, 32, berkata, di samping meraikan bulan kemerdekaan, ia juga bertujuan mengeratkan lagi silaturahim di antara semua peserta dan agensi yang menyertai program."Pelbagai pengisian diselitkan bagi menjayakan program ini seperti senamrobik, pertandingan mewarna kanak-kanak tadika serta persembahan koir patriotik daripada anak-anak Pusat Didikan Khas."Sebenarnya ini adalah lanjutan daripada pelbagai program yang telah dilaksanakan sebelum ini termasuk Program Merdeka Freedive 2017 dan Program Berakit Merdeka yang mana kedua-duanya merupakan penganjuran julung kali di negeri ini,"katanya ketika ditemui pemberita selepas program tersebut.Majlis perasmian Program Patriotik Walk Terengganu 2017 disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Terengganu, Jalaluddin Ismail mewakili Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian Dan Perdagangan Negeri, Dato' Tengku Putera Tengku Awang di Dataran Kuala Berang, Hulu Terengganu, pada hari ini.Sementara itu, Jalaluddin berkata suasana keamanan, keharmonian dan kesejahteraan hidup di sebuah negara yang bebas, merdeka dan berdaulat membolehkan rakyat meraikan sambutan kali tanpa masalah seperti yang berlaku di negara-negara yang sentiasa bergolak."Program seperti ini mampu melahirkan komuniti yang baik, sempurna dan positif dalam melahirkan warga masyarakat yang patriotik dan nasionalisme serta sayangkan negara,"katanya.
26 Oct 17
290
459 Kanak-kanak Dirai Dalam Majlis Konvokesyen Kemas
Ahmad Razif bersama kanak-kanak yang diraikan sempena Majlis Konvokesyen Tabika Kemas peringkat DUN Seberang Takir yang diadakan di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku IsmailSeramai 459 orang kanak-kanak Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir melalui detik bersejarah hari ini bagi memulakan alam baharu kehidupan.Kanak-kanak daripada 21 kelas di DUN itu telah diraikan dalam Majlis Konvokesyen Tabika Kemas peringkat DUN Seberang Takir yang diadakan di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus.Mereka merupakan kumpulan pertama yang diraikan daripada 20,010 orang kanak-kanak Tabika Kemas dari 32 DUN yang akan bergraduasi tahun ini.Majlis perasmian konvokesyen itu disempurnakan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir.Turut hadir, Pengarah Kemas Terengganu, Dr. Faridah Mat.Ahmad Razif dalam ucapannya berkata, peranan guru dan ibu bapa amat penting dalam melahirkan modal insan berkualiti sejak dari awal.“Kalau kita dapat mencorak mereka mulai sekarang, InsyaAllah suatu hari nanti mereka akan menjadi seorang individu yang berjaya,” ujarnya.Katanya, majlis graduasi yang diadakan itu juga merupakan satu pengiktirafan kepada mereka.“Dengan meraikan mereka melalui majlis graduasi seperti ini, ia secara tidak langsung memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk meneruskan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi,” ujarnya.
25 Oct 17
1406
23 Keluarga Di Lembah Harapan Bakal Terima Rumah Baru
Ahmad Razif bersama salah seorang penduduk Kampung Lembah Harapan yang bakal menerima rumah baharu. Foto oleh Zulkifli C.W. Putra.Sebanyak 23 keluarga di Lembah Harapan Seberang Takir, Kuala Nerus bakal menerima rumah baharu berharga kira-kira RM40,000 setiap satu apabila selesai pemukiman semula kawasan itu.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, inisiatif tersebut diambil oleh kerajaan bagi membantu penduduk yang sudah lama menetap di situ memiliki kediaman lebih baik dan selesa.Katanya, pemukiman tersebut juga ekoran daripada pembinaan projek akuapolitan yang sedang dijalankan di Kampung Seberang Pak Abu bagi mewujudkan persekitaran yang lebih menarik dan cantik."Penghuni di Lembah Harapan ini telah tinggal di situ lebih 50 tahun tetapi secara haram kerana tinggal di tanah kerajaan..agak sukar kita menyelesaikan isu tersebut kerana keadaan pembinaan rumah yang tidak teratur."Atas inisiatif itu maka saya mengambil tindakan untuk mengesahkannya. Maknanya kita akan memberi status tanah itu sebagai tanah kediaman yang sah dianugerahkan oleh kerajaan."Semua penduduk di situ merupakan penduduk yang miskin dan mereka semua ini adalah layak menerima bantuan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT)," katanya.Beliau ditemui pemberita pada Majlis Penyampaian Bantuan Perpindahan Kepada Penghuni Lembah Harapan, Kuala Nerus di Dataran Permata Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini.Turut hadir, isteri Menteri Besar, To' Puan Seri Halina Zakaria dan Pegawai Daerah Kuala Nerus, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abd Jalil.Dalam majlis yang sama, 23 penerima rumah tersebut turut menerima bantuan sara hidup sebanyak RM2,000 setiap seorang sementara rumah mereka siap dan mereka akan menyewa di tempat lain dijangkakan selama tiga bulan.Tambah Ahmad Razif, projek pemukiman semula tersebut sebagai projek perintis menerusi Tanggungjawab Sosial Korporat(CSR) syarikat berkaitan kerajaan (GLC).Dalam pada itu, beliau memberitahu, kawasan tersebut dipilih adalah kerana bagi memudahkannya untuk memantau projek yang terletak di Dewan Undangan Negeri Seberang Takir."Saya ambil di Seberang Takir kerana mudah untuk saya pantau. Kalau projek ini berjaya, pada tahun hadapan kita akan laksanakan di seluruh Terengganu menggunakan konsep yang sama," katanya.
25 Oct 17
183
Bot Penambang Akan Dinaik Taraf Sebagai Teksi Air
Ahmad Razif bermesra dengan pemilik bot penambang dan beca. Foto Harish Fadzillah KassimKerajaan negeri akan menaik taraf perkhidmatan bot penambang di Terengganu sebagai teksi air, mulai tahun depan.Cadangan melibatkan 18 pengusaha bot di Kuala Terengganu dan Kuala Nerus sebagai kumpulan perintis itu dijangka mampu meningkatkan pendapatan, berikutan pada masa kini mereka hanya bergantung kepada pelanggan dari Seberang Takir dan Pasar Payang, selain terlibat dalam program tertentu anjuran kerajaan negeri.Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, sebahagian daripada 18 bot penambang sudah dibaik pulih dan dihias dengan lampu khas membabitkan peruntukan keseluruhan hampir RM600,000 atau RM30,000 bagi setiap bot penambang.“Manakala sebahagian lagi (yang belum dibaik pulih) akan diusahakan secepat mungkin agar dapat beroperasi dalam tempoh yang ditetapkan. “Langkah seumpama ini pasti menambah daya tarikan pengunjung tempatan dan pelancong luar negara untuk terus menggunakan perkhidmatan bot penambang atas pelbagai tujuan, termasuk bagi disewa untuk mengelilingi Sungai Terengganu pada waktu malam,”katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Sumbangan Insentif Kepada Pemilik Beca dan Bot Penambang di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan; Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Roslee Daud; Pengarah Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Faisal Tun Abdul Razak.Ahmad Razif turut memberitahu, kerajaan meneruskan pemberian insentif RM200 sebulan kepada 51 pemilik beca dan 18 pengusaha bot penambang di Terengganu yang membabitkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM165,600 setahun.Katanya, walaupun kerajaan negeri menghadapi kekangan kewangan, bayaran insentif secara terus kepada golongan sasar itu tetap diteruskan sebagai menghargai jasa dan perkhidmatan mereka dalam sektor pelancongan dan ekonomi negeri.“Pemberian insentif secara bulanan yang diperkenalkan sejak 2015 itu merupakan satu langkah kerajaan dalam menghargai jasa golongan itu yang menjadi antara nadi utama sektor pelancongan di Terengganu.“Selain insentif, mereka turut disarankan menjalani pemeriksaan kesihatan secara percuma bagi memastikan mereka bersedia menawarkan khidmat yang terbaik kepada pelancong,” katanya.
25 Oct 17
42
Geran TUBE Untuk Terengganu RM3 Juta Tahun Depan
Geran Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) untuk Terengganu akan ditambah kepada RM3 juta pada tahun hadapan, berbanding RM750,000 tahun lalu.Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohamad berkata, kira-kira 100 peserta TUBE di seluruh Terengganu pada tahun ini akan meningkat kepada 200 peserta tahun hadapan yang bergelar usahawan muda.Nawi berkata, kerajaan negeri menyambut baik keputusan ini dan mengharapkan lebih ramai belia Terengganu merebut peluang itu bagi merealisasikan minat mereka dalam bidang perniagaan dan membentuk daya tahan dalam pengendalian perniagaan."Kita juga akan bantu usahawan muda yang mengusahakan pelbagai produk ini untuk menyertai karnival dalam dan luar negeri bagi mengembangkan lagi perniagaan mereka."Kita tidak mahu hanya sekadar menjadi pengguna produk tetapi perlu menjadi pengeluar lebih banyak produk untuk kegunaan orang-ramai ," katanya di Majlis Penutup Program TUBE Mega 2017 Peringkat Negeri Terengganu di Kem PLKN Merang Setiu, baru-baru ini. Hadir sama, Ketua Bahagian Kewangan dan Akaun SME Corporation Malaysia, Farid Awang dan Pengarah SME Corporation Terengganu, Muhammad Ibrahim.Nawi berkata, program TUBE yang dianjurkan kali keempat itu mendapat reaksi positif daripada semua pihak termasuk anak muda Terengganu.Beliau berkata, TUBE membantu belia yang mempunyai kemahiran tertentu untuk menjalankan perniagaan berasaskan pembuatan dan perkhidmatan"Perkara ini dilihat penting kerana peluang pekerjaan di sektor awam atau swasta secara umumnya semakin berkurangan berbanding jumlah graduan," katanya.Program TUBE yang memasuki kali keempat pelaksanaan dan peruntukan RM20 juta untuk menjayakan TUBE 4.0 di seluruh negara menerusi SME Corp.
24 Oct 17
495
Kerajaan Negeri Hantar Dua Tan Metrik Bekalan Makanan Ke Pulau Redang
Kerajaan negeri menghantar bekalan makanan sebanyak dua tan metrik bernilai RM11,000 kepada penduduk di Pulau Redang sebagai persiapan menghadapi musim tengkujuh.Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tranformasi negeri, Bazlan Abd Rahman berkata, bekalan makanan seperti beras, minyak masak, sardin, tepung gandum dan gula dihantar untuk kegunaan 232 ketua isi rumah.Katanya, bekalan yang dihantar itu cukup untuk menampung keperluan penduduk selama seminggu sekiranya banjir melanda pulau itu."Selain kepada penduduk di Pulau Redang, penghantaran bekalan makanan sebanyak 2.9 tan metrik bernilai kira-kira RM13,000 juga turut dihantar kepada penduduk di Pulau Perhentian."Bekalan makanan terpaksa dihantar lebih awal kepada penduduk di dua pulau berkenaan berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu termasuk laut bergelora," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Balai Raya Pulau Redang, hari ini.Dalam perkembangan lain, Bazlan yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Batu Rakit berkata, kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM2.5 juta tahun ini untuk menyediakan bekalan makanan sebagai persiapan menghadapi bencana banjir.Selain peruntukan dari kerajaan negeri, kerajaan pusat turut memperuntukkan sebanyak RM265,000 untuk menyediakan bekalan makanan kepada mangsa bencana."Semua bekalan makanan yang diuruskan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sudah dihantar ke 16 mini depoh sebelum dihantar 135 pengkalan hadapan di seluruh negeri."Tahun ini, kerajaan negeri mengenal pasti sebanyak 531 pusat pemindahan yabg boleh memuat kira-kira 131,920 mangsa," katanya.
24 Oct 17
193
KTS Hospital Saran Rakyat Ubah Model Pathogenic Kepada Model Salutogenic
Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS Hospital) menyarankan kepada rakyat agar mengubah sistem kesihatan daripada Model Pathogenic kepada Model Salutogenic.Pengarah Urusan Kumpulan TDM Berhad, Dato’ Mohamat Muda berkata, Model Pathogenic adalah model yang tertumpu kepada penyakit, penyebab penyakit, ubat serta rawatan penyakit dan pemulihan pesakit. “Manakala Model Salutogenic adalah model yang memberi tumpuan kepada penjagaan kesihatan, faktor-faktor yang menyumbang kepada kesihatan dan kesejahteraan individu serta masyarakat,” ujarnya.Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Perasmian Simposium 2.0-Anjakan Paradigma Kesihatan yang mengetengahkan kepentingan Model Salutogenic di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu, baru-baru ini.Teks ucapan beliau dibacakan Ketua Pegawai Operasi TDM Berhad, Ahmad Zaki Muda.Mohamat berkata, Model Salutogenic ini secara langsung membantu kerajaan menggalakkan kesihatan dan kesejahteraan rakyat melalui polisi dan program-program yang mempromosi kesihatan dan kesejahteraan masyarakat. Katanya, KTS Hospital mengambil peranan untuk sama-sama merubah pemikiran masyarakat khasnya rakyat Terengganu kearah pendekatan salutogenik dalam menjaga kesihatan.“Hospital baru KTS di Batu Burok yang merupakan salah satu hospital di bawah naungan Kumpulan Medic Iman Sdn. Bhd. (KMI) yang dimiliki oleh TDM Berhad, turut menggabungkan model salutogenic tersebut dalam rekabentuk bangunan baru itu.“Ciri-ciri salutogenic dalam rekabentuk hospital adalah seperti setiap bilik wad hanya untuk seorang pesakit sahaja yang bertujuan untuk mempercepatkan penyembuhan dengan memberi lebih keselesaan dan privasi pesakit serta mengelakkan jangkitan dalam hospital.“Ciri-ciri salutogenic lain seperti pemandangan laut dan kehijauan yang indah dari hampir setiap bilik, landskap diluar hospital seolah-olah berada di taman, ruang lobi luas dan siling tinggi memberi suasana seolah-olah pesakit merasa bukan berada di hospital," ujarnya.Katanya, faktor-faktor untuk menggalakkan dan mempercepatkan pemulihan dan penyembuhan pesakit serta mempromosi kesihatan telah di masukkan dalam reka bentuk fasiliti baru itu.
23 Oct 17
216
Jakim Permudahkan Persijilan Halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mahu lebih ramai peniaga Bumiputera di negara ini memiliki Persijilan Halal Jakim.Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Dato' Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, ketika ini sekitar 30 peratus peniaga Bumiputera mempunyai sijil halal itu berbanding keseluruhan.Sehubungan itu, katanya, Jakim dengan kerjasama beberapa agensi lain sedang berusaha untuk memastikan lebih ramai peniaga Bumiputera memiliki persijilan halal itu."Usaha-usaha terus giat dilaksanakan bersama agensi pembimbing seperti MARA, RISDA, Felda dan lain-lain yang berusaha untuk membangunkan industri halal supaya memenuhi kriteria persijilan halal itu sendiri."InsyaAllah kita akan berusaha dari semasa ke semasa, saya mengharapkan mereka datang terus ke pejabat Jakim ataupun mana-mana pejabat agama Islam negeri, saya yakin mereka boleh membantu."Di Jakim kita mempunyai kaunter khas untuk persijilan halal ini untuk memberi bimbingan yang sewajarnya," katanya.Sirajuddin berkata demikian kepada media pada Program National Halal Business Forum anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) di Hotel Primula, Kuala Terengganu, semalam.Majlis perasmian program itu disempurnakan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Dato' Mohd Zubir Embong.Turut hadir, Timbalan Presiden DPMM, Dato' Seri Syed Hussein Al Habshee dan Yang Dipertua DPMM Terengganu, IR. Mohd Azmi Ali.Sirajuddin berkata, proses untuk kelulusan persijilan halal itu juga dipercepat sejak Jun lalu bagi memberi kemudahan kepada orang ramai.
23 Oct 17
42
J3K Perlu Baiki Segera Rumah Rosak Akibat Ribut
Sabri meninjau kerja-kerja bantuan di sebuah rumah yang mengalami kerosakan di Sungai Derhaka sejurus kejadian ribut petang semalam. Foto oleh Hasmizi HamidJawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) diminta bertindak segera membaiki segera rumah penduduk yang rosak akibat kejadian ribut yang melanda beberapa kawasan di negeri ini, petang semalam.Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Dato' Mohd Sabri Alwi berkata, kebanyakan rumah penduduk mengalami kerosakan atap selepas diterbangkan angin serta dihempap dahan pokok.Katanya, di Kuala Terengganu, sejumlah 80 rumah melibatkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang (23) dan Wakaf Mempelam (57) rosak akibat kejadian itu."Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kuala Terengganu menganggarkan kerugiaan dialami penduduk berikutan kerosakan itu kira-kira RM177,500."J3K di DUN Ladang dan Wakaf Mempelam sudah diarah membaiki segera termasuk menukar atap yang pecah," katanya ketika ditemui selepas melakukan lawatan dan meninjau kediaman yang rosak di Kampung Sungai Derhaka, Kuala Terengganu, hari ini.Mohd Sabri yang juga Pengerusi Penyelaras DUN Ladang berkata, sehingga kini, kerajaan negeri tidak mengehadkan peruntukan untuk membaiki kediaman yang rosak akibat kejadian ribut.Katanya lagi, J3K juga sudah diarah mengenal pasti pokok yang dahannya mudah merekah di kawasan kediaman penduduk supaya tidak tumbang dan membahayakan orang ramai."Pelbagai agensi kerajaan termasuk Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) juga akan bekerjssama untuk melakukan kerja mencantas dahan pokok bagi mengelakkan menghempap atap kediaman penduduk," katanya.
23 Oct 17
287