Artikel "Semasa" Terkini
Tabung Untuk Rohingya RM2.2 Juta, Lepasi Sasaran Awal
Ahmad Razif menyerahkan sumbangan kepada Rozi untuk diserahkan kepada Tabung Rohingya bagi membantu etnik yang sedang tertindas itu. Foto Harish Fadzillah KassimUsaha kerajaan negeri mewujudkan Tabung Terengganu Untuk Rohingya - Sekampit Beras Untuk Rohingya sejak September lalu berjaya mengumpul melepasi sasaran, hampir RM2.2 juta berbanding sasaran awal hanya RM1 juta. Tabung hasil cetusan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman bagi membantu etnik yang sedang tertindas di negara sendiri itu, merekodkan sumbangan dan kutipan yang memberangsangkan daripada pelbagai pihak.Antara penyumbang terbesar, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (RM1 juta), masjid dan surau seluruh Terengganu (RM391,000), Majlis Daerah Besut (RM34,000), Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (RM30,000) dan Kelab India Negeri Terengganu pula menyumbang RM10,000. Ahmad Razif berkata, dana yang dikutip itu akan digunakan untuk membantu menyediakan keperluan asas kepada ratusan ribu pelarian Islam Rohingya di kem pelarian Cox's Bazar, Bangladesh.Katanya, penubuhan tabung adalah atas dasar keprihatinan dan sifat kemanusiaan terhadap penderitaan pelarian Rohingya di 68 pusat pelarian yang menjadi mangsa penindasan di negara sendiri."Saya bersama Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan dan sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat merangkap ketua sukarelawan sekretariat yang akan ke Bangladesh untuk melihat sendiri penderitaan mereka dan cuba membantu serta menyampaikan sumbangan yang diperoleh.”Kami sedang menunggu kelulusan daripada Wisma Putra kerana untuk ke Cox's Bazar bukan mudah. Ia membabitkan soal keselamatan," katanya selepas Malam Terengganu Untuk Rohingya 'Sekampit Beras Untuk Rohingya' di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, malam tadi.Majlis yang berjaya menarik lebih 5,000 hadirin itu menampilkan penyanyi lagu ketuhanan terkenal dari Indonesia, Opick.Malah, Ahmad Razif turut menunjukkan bakat mendeklamasikan sajak bertajuk 'Mereka Yang Ku Lihat Asing Di Tanah Sendiri'.Ahmad Razif turut memberitahu, buat masa ini kerajaan negeri belum lagi menentukan jumlah sukarelawan yang akan ke kem berkenaan."Kita akan dapatkan maklumat daripada Mercy Malaysia untuk melihat apa keperluan yang perlu dibawa ke sana, baik dari segi kesihatan atau sumber lain."Pada masa sama, kerajaan negeri juga akan mendapatkan pandangan Mercy Malaysia bentuk bantuan terbaik sama ada penyerahan wang tunai atau berbentuk barangan," katanya.dalam pada itu, orang ramai masih boleh terus menyampaikan sumbangan untuk Tabung Rohingya Terengganu sehingga kerajaan negeri mengumumkan kutipan tabung itu ditutup kelak.
29 Oct 17
43
Banjir : 13 Mangsa Pertama Dipindahkan
13 penduduk di Kampung Alur Damak, Batu Rakit, menjadi kumpulan pertama mangsa banjir yang dipindahkan di Terengganu pada musim tengkujuh, hujung tahun ini.Kesemua mangsa melibatkan lapan lelaki dan empat perempuan dan seorang kanak-kanak daripada lapan keluarga di pindahkan ke Dewan Serbaguna Mengabang Telung, Kuala Nerus, kira-kira jam 5.30 pagi tadi selepas kediaman mereka dinaiki air susulan hujan yang berterusan sejak kelmarin. Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kol (PA) Che Adam A Rahman berkata, kesemua mangsa dinasihatkan berpindah ke pusat perpindahan yang berhampiran susulan kawasan kediaman yang terjejas akibat hujan yang berterusan.“APM akan melakukan pemantauan yang berterusan di bebrapa kawasan tumpuan bagi memastikan bantuan segera diberikan kepada mangsa banjir,”katanya dalam satu kenyataan kepada media, pagi ini.Menurut Che Adam, paras air laut di negeri ini masih belum kritikal dan aliran air laut juga terkawal.Katanya, hanya beberapa kawasan rendah mengakibatkan air bertakung dan kenaikan air serta limpahan ke perumahan penduduk yang memerlukan mereka berpindah jika kediaman didapati terjejas.Dalam pada itu, menurut kenyataan daripada Jabatan Pengairan Dan saliran Terengganu, sehingga jam 9 pagi ini, semua paras air sungai seluruh Terengganu masih di bawah aras waspada kecuali Sungai Chalok (di Jambatan Chalok) yang merekodkan aras 7.31 meter, melepasi aras waspada pada 7 pagi tadi.
29 Oct 17
41
UniSZA, UMT Iktiraf Peranan J3K
Dua institusi pengajian tinggi tempatan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengiktiraf tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) apabila memberi penarafan bintang kepada pengerusi organisasi itu.Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh berkata, dua universiti terbabit diberi tanggungjawab membentuk kepemimpinan J3K khususnya di Daerah Besut menerusi Neuro Linguistic Program (NLP) yang diperkenalkan awal tahun ini.Katanya, NLP memberi penekanan menerusi kursus, seminar dan bengkel kepada Pengerusi J3K dalam pembentukan jati diri berasaskan Program Firdaus 2050.Beliau berkata, konsep Firdaus 2050 satu model yang direka khas untuk kepemimpinan J3K di Daerah Besut yang kini sudah menampakkan hasil apabila pengurusan organisasi itu bergerak membentuk komuniti secara bersepadu.“Menerusi beberapa siri perbengkelan, peserta dinilai oleh pensyarah universiti terbabit mengenai keaktifan mereka berinteraksi dan memmberi iden kepada pembangunan insan,” katanya pada majlis ramah mesra dengan Pengerusi JKKK Daerah, di Besut malam tadi.Pada majlis itu 27 Pengerusi J3K berpotensi dipilih untuk pepenarafan bintang berdasarkan sepanjang mereka mengikuti lima siri kursus anjuran universiti terbabit dengan kerjasama Kemnterian Pendidikan Tinggi (KPT).Idris berkata, berikutan kejayaan itu KPT sedia memberi kerjasama menggunakan modiul NLP universiti terbabit kepada Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah untuk melatih pengerusi JKKK di seluruh negara.“Ketika ini UniSZA dan UMT mempunyai pensyarah terlatih untuk membantu melatih pesera menerusi NLP kepada organisasi berkenaan,” katanya.
29 Oct 17
310
Terengganu Terima RM3.2 Juta Bagi Program Susu 1 Malaysia
P Kamalanathan dan A. Latiff bersama sebahagian daripada pelajar yang menerima bantuan Program Susu 1 Malaysia di SK Jerong, Marang, hari ini. Foto oleh Zulkifli C.W. Putra.Kerajaan Persekutuan membelanjakan lebih RM3.2 juta bagi Program Susu 1 Malaysia melibatkan 49,843 pelajar di 353 sekolah rendah seluruh Terengganu.Timbalan Menteri Pendidikan 1, Dato' P Kamalanathan a/l P. Panchanatan berkata program bermula Julai lalu hingga Disember depan itu akan diperluaskan ke sekolah menengah namun kajian secara terperinci sedang dilakukan bagi melihat beberapa aspek penting dalam program itu.Katanya, pihaknya ada menerima cadangan dan sedang memperlihatkan bagaimana penglibatan kos serta keperluannya. Sekiranya kos dapat dimasukkan sekali, kita akan beri pertimbangan sewajarnya."Kita kena lihat dari segi penghantaran, stok dan banyak benda lain. Jadi kita dalam proses melihat semua benda, segala keperluan sebelum dapat dilaksanakannya."Mungkin, kita akan menggunakan struktur yang sama. Namun ini terpulang kepada sumber kewangan pada masa itu," katanya.Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Perasmian Program Susu 1 Malaysia Peringkat Negeri Terengganu 2017 di Sekolah Rendah Jerong, Marang, hari ini.Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang dan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin.Kamalanathan berkata, di seluruh Malaysia, program tersebut melibatkan 757,439 murid daripada 7,780 buah sekolah rendah dengan kos yang dibelanjakan sebanyak RM49.3 juta.Tambahnya, dengan kejayaan program tersebut pada sebelum ini, ianya akan diteruskan pada masa akan datang.
28 Oct 17
774
Sushi Dua Beradik Raih Pendapatan Hingga RM5,000 Sebulan
Mula memasak kimbab secara suka-suka dan untuk hidangan keluarga kini bertukar menjadi sumber pendapatan lumayan buat dua beradik di Kemaman.Pada awalnya, Wan Nurin Nadhirah Wan Mahadi, 19, bersama kakaknya Wan Siti Nabila, 23, belajar membuat kimbab daripada kawan dan tercetus idea untuk memuat naik gambar kimbab tersebut ke laman sosial sebelum ada rakan yang memberi respon mahu mencubanya.“Alhamdulillah saya terima pujian baik daripada pelanggan terawal dan sejak itu saya rasa bersemangat untuk teruskan menjual kimbab.“Proses untuk membuat kimbab ini di rumah sahaja dan kami buat khidmat penghantaran ke rumah pelanggan di beberapa tempat sekitar Bandar Kemaman, Kertih, Kuantan, Selangor, Kajang, Negeri Sembilan dan Beranang yang kebiasaan kami terima tempahan awal,” katanya yang kini menetap di Taman Sri Jaya, Gong Pauh.NadirahKeuntungan jualan kimbab itu membolehkan anak muda itu mengembangkan perniagaannya dan menambah menu baru yang dijenamakan sebagai `Sushiying'.Perkembangan itu juga turut melonjak hasil jualan mereka apabila purata pendapatan bulanan mencecah antara RM3,000 hingga RM5,000.“Harga sushi kami pula bergantung pada tempat penghantaran dan pakej yang ditempah.“Harga bagi pakej shushi kami RM15 hingga RM60 sahaja bergantung kepada citarasa dan kehendak pelanggan.“Malah, untuk setiap set pembelian daripada pelanggan pula kami akan menyediakan shouyu, wasabi dan chopstick secara percuma,” katanya kepada Teganukita.Dalam pada itu, Sushiying juga menerima tempahan daripada pelanggan tetap bagi tujuan jamuan rumah terbuka hari raya, majlis-majlis keraian dan sebagainya.Nadhirah berkata, permintaan pelanggan terhadap produk makanannya itu amat menggalakkan terutam di kawasan Kuala Lumpur, Kuala Terengganu, Kota Baharu dan Kuantan.“Jika ada peluang kami akan buka francais di luar Terengganu pula pada masa akan datang.“Sehingga kini kami dalam perancangan untuk menambah lagi menu kimbab yang sedia ada. Malah jika ingin mengetahui perkembangan kami boleh mengakses kami di laman sesawang Facebook Sushiying dan juga Instagram @sushiying,” katanya.Menurut Nadhirah lagi, walaupun terdapat ramai pesaing di bidang perniagaan, mereka tidak menjadikannnya sebagai batu penghalang kerana percaya rezeki Allah SWT amat luas dan hanya ikhtiar tanpa putus asa demi meningkatkan taraf hidup.
28 Oct 17
884
Sokong MB Ilhamkan Bina Litar Lumba
Pembukaan Litar Lumba Pemotoran Terengganu pada pada April lalu ternyata dapat mengurangkan gejala rempit khususnya di bandar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.Malam kelmarin, Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman sekali lagi berkunjung ke litar berhampiran Stadium Sultan Mizan Gong Badak, Kuala Nerus untuk bertemu dan berbual dengan anak muda serta melihat aksi perlumbaan mereka.Kunjungan itu ternyata menggembirakan golongan itu kerana dapat bersama dengan seorang pemimpin yang bertanggungjawab mengilhamkan sebuah litar pemotoran yang lebih selamat dan terjamin untuk mereka berlumba."Alhamdulillah, masalah mat rempit di jalan raya berjaya dikurangkan memandangkan litar lumba ini dapat memberi ruang kepada peminat motor untuk berlumba di kawasan yang sesuai," kata Ahmad Razif yang dipetik melalui laman Facebook beliau.Sementara itu, bekas Pengerusi Majlis Belia Daerah Setiu, Zokri Othman berkata, beliau menyokong penuh usaha kerajaan negeri membina litar pemotoran itu kerana ia dapat mengurangkan gejala mat rempit."Saya menyokong penuh usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri terengganu dibawa kepimpinan YAB Menteri Besar sekarang kerana berjaya mewujudkan satu pusat atau litar lumba Terenggaanu ini bagi mengatasi golongan ini menggunakan jalan raya untuk tujuan berlumba."Sekurang-kurang inilah usaha murni kerajaan bagi melihat generasi muda dapat mengadakan aktiviti secara sihat dan berdisiplin," katanya.Sementara itu seorang pesara dari Kertih Kemaman, Muhammad @ Roslan Zakaria berkata, keperihatinan Menteri Besar, Ahmad Razif yang begitu cakna dengan orang muda dengan memberi idea membangunkan sebuah litar pemotoran seharusnya disambut baik semua pihak."Ternyata pembinaan litar tu dapat mengurangkan jumlah mat rempit yang menggunakan jalan raya sebagai litar lumba dan ini sekaligus dapat mengurangkan jumlah kemalangan kerana litar yang disediakan itu adalah selamat," katanya.Sementara itu, seorang pemuda, Mohd Amirul Asjad Fadzlee, 23 dari Chukai, Kemaman mengucapkan jutaan terima kasih kepada Menteri Besar kerana mengambil inisiatif dan tidak memandang remeh isu lumba haram dengan membina sebuah litar lumba permotoran khas itu di Gong Badak.Litar seluas 2.4 hektar mampu memuatkan kira-kira 1,500 penonton manakala di perkarangan litar, ia boleh menempatkan lebih 25,000 peminat sukan permotoran.Antara kemudahan yang disediakan termasuk Litar Cub Prix sepanjang 1.35 km dan Sprint Test sejauh 0.95 km, trek ujian pecut dan gelanggang drift.
28 Oct 17
80
200 J3K, Ketua Kampung Di Kemaman Sertai Kursus Bantuan Hadapi Banjir
Seramai 200 Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) dan ketua kampung menyertai Kursus Bantuan Kecemasan dan Siap Siaga Bencana Daerah Kemaman di Pejabat Daerah Kemaman dan Waterfront Geliga, Kemaman, kelmarin.Penolong Kanan Pegawai Daerah Kemaman Che Ku Mohd Izmuddin Che Ku Mahmood berkata, kursus tahunan bermula 2014 itu diadakan bersempena Bulan Kesiapsiagaan Nasional anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)."Simulasi berkenaan sebagai persiapan menghadapi bencana banjir tidak lama lagi."Kursus selama dua hari itu turut menekankan beberapa aspek pengurusan bencana banjir termasuk menguruskan keselamatan penduduk terjejas banjir, keselamatan di air dan pertolongan cemas," katanya.Turut hadir, Ketua Balai Bomba Daerah Kemaman, Yahya Hanafi.Menurut Che Ku, kira-kira lebih 20 anggota daripada beberapa agensi di bawah NADMA termasuk Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Pejabat Daerah Kemaman terlibat menjayakan kursus sehari itu."Antara objektif kursus adalah untuk menambah baik Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi menghadapi banjir serta memperkasakan barisan hadapan yang bertindak menguruskan penduduk terjejas banjir di setiap kawasan yang dinaiki air."Turut diadakan beberapa demonstrasi menyelamat dalam simulasi atau situasi banjir sebenar bagi memberikan pendedahan kepada setiap peserta,"katanya.Che Ku berkata, pihaknya mengarahkan Pejabat Kebajikan Masyarakat (JKM) menghantar bekalan makanan ke semua pengkalan hadapan di seluruh daerah sebagai persiapan berlaku banjir.Tambah beliau lagi, pihaknya akan memastikan setiap penduduk di semua pusat penempatan sementara akan mendapat bekalan makanan permulaan terus untuk selama tiga hari sekali gus memastikan kebajikan mereka.
28 Oct 17
114
RM11,400 Sumbangan Dari Telemong UntukTabung Rohingya
Dewan Undangan Negeri (DUN)Telemong berjaya mengumpul lebih kurang RM11,400 menerusi Tabung Bantuan Rohingya di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Telemong sejak dilancarkan pada 29 September lalu.ADUNnya, Dato' Rozi Mamat berkata, program kerajaan negeri menerusi skuad Sukarelawan Transformasi Terengganu Baharu (TTB) bergerak ke setiap DUN dan mukim bagi membuka peluang masyarakat setempat untuk menghulurkan bantuan."Setiap program yang diadakan ini melibatkan komuniti, kemasyarakatan dan keagamaan...dan saya berpuas hati dengan penglibatan masyarakat DUN dalam setiap program yang dianjurkan."Jutaan terima kasih atas kecaknaan masyarakat DUN Telemong yang sudi menghulur bantuan kepada mereka yang memerlukannya untuk meringankan beban masyarakat Rohingya yang sedang tertindas,"kata Rozi.Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Ekspresi Telemongku di Dataran Padang Kachong,Kuala Telemong semalam.Rozi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, berkata bantuan tabung diadakan untuk menimbulkan perasaan kekitaan, kasih sayang dan kemanusiaan di kalangan masyarakat Terengganu untuk membantu masyarakat Rohingya mengikut kemampuan masing-masing.Dalam majlis yang sama turut diadakan majlis penyampaian hadiah Program Kembara Merdeka kepada para peserta yang telah mengambil bahagian baru-baru ini dengan pelbagai hadiah menarik termasuk cabutan bertuah dan hiburan daripada penyanyi terkenal, Wani Hasrita.
27 Oct 17
26
3,200 Skuad Sukarelawan TTB Sedia Bantu Mangsa Banjir
Skuad Sukarelawan Transformasi Terengganu Baharu (TTB) dengan kekuatan 3, 200 orang ahli kini lebih bersiap sedia menghadapi banjir melalui kursus-kursus kemahiran pertolongan kecemasan yang diadakan dari semasa ke semasa di negeri ini.Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat berkata, setiap minggu kursus-kursus kemahiran pertolongan kecemasan dibuat dengan kapasiti 100 orang dari setiap Dewan Undangan Negeri(DUN)yang bersedia digerakkan jika diperlukan pada bila-bila masa."Kursus pertama adalah di Besut yang merupakan satu kursus tahap yang lebih tinggi untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan sukarelawan untuk membantu mangsa banjir."Setiap minggu proses ini berjalan melibatkan 100 orang setiap DUN dengan bantuan sukarelawan lain termasuk daripada pihak bomba, Polis Diraja Malaysia(PDRM),Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan beberapa agensi lain ...dan mereka memberi kerjasama sepenuhnya kepada kita,"kata Rozi kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Ekspresi Telemongku di Dataran Padang Kachong, Kuala Telemong, Hulu Terengganu, semalam.Rozi yang juga ADUN Telemong berkata Skuad Sukarelawan TTB bersiap sedia bukan sahaja kepada banjir tetapi juga meliputi semua bencana yang berlaku.Mengulas mengenai persiapan menghadapi banjir di DUN Telemong, Rozi menjelaskan peringkatnya juga telah pun bersiap sedia seperti tahun sebelumnya."Kita ada skuad di peringkat DUN dan jawatankuasa bencana di peringkat cawangan yang akan saya panggil dalam masa terdekat untuk memberi peringatan kepada pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung(J3K) dan jawatankuasa bencana tentang perkara ini."Malah kita dah punyai skuad radio amatur yang diselaraskan oleh Pejabat Daerah Hulu Terengganu dan saya dah beri sebahagian peruntukkan untuk membeli kelengkapan radio amatur sejak tahun lepas sebagai salah satu langkah kesiapsiagaan dalam menghadapi banjir di DUN Telemong,"kata Rozi.
27 Oct 17
63
BAJET 2018 : Negara Berada Di Landasan Yang Betul
KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI BESAR TERENGGANU, DATO' SERI AHMAD RAZIF ABD RAHMANBAJET 2018 - NEGARA BERADA DI LANDASAN YANG BETUL1. Alhamdulillah, kita amat bersyukur dengan Bajet 2018 yang inklusif, yang telah dibentangkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, Perdana MenteriMalaysia dengan senyuman dan penuh yakin.2. PERTAMA, sekali lagi YAB Perdana Menteri membuktikan bahawa beliauseorang yang sangat berani dan sentiasa mencabar kelaziman. Saya sangatgembira kerana YAB telah membuat huraian tentang pelaksanaan pembangunan negara yang merujuk dan berasaskan kepada Maqasid Syariah. Ini sesuatu yang sangat besar ertinya.3. KEDUA, sebagai rakyat Malaysia, saya melahirkan rasa bangga dan mengucapkan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri,Barisan Kabinet dan semua penjawat awam khasnya, yang telah membantumenguruskan ekonomi negara dengan sangat baik. Jelas sekali, di sebalik cabaran ekonomi dunia yang tidak menentu dan harga minyak yang jatuh di pasaran dunia, ekonomi negara kita diurus dengan sangat baik sehingga mendapat pengiktirafan Bank Dunia dan agensi – agensi penarafanantarabangsa. Mesej saya di sini ialah, negara kita adalah negara yang hebatdan berjaya. Malaysia bukan negara gagal sepertimana tohmahan pembangkang. Malah Kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan YABDato’ Sri Mohd Najib, mempunyai perancangan, halatuju dan wawasan yang jelas untuk masa hadapan negara dan rakyat, melewati 2050. Kita di landasan yang betul.4. KETIGA, jelas penyediaan Bajet ini sangat terperinci dan menyeluruhterutamanya memberi manfaat kepada golongan B40, berdasarkan 8 petunjangyang digariskan. Saya sangat gembira dan berterima kasih kerana dua kelompokutama iaitu pertama usahawan mikro termasuk usahawan wanita dan kelompokkedua iaitu para petani, nelayan, pesawah dan penoreh getah mendapat perhatian besar dalam Bajet ini. Setengah billion melalui TEKUN dan tambahan RM200 juta lagi kepada AIM serta RM6.5 billion untuk para petani, nelayan, pesawah dan penoreh getah ini adalah luar biasa dan meningkatkan pembinaan daya kapasiti mereka untuk berdikari dan berjaya.5. KEEMPAT, bagi pihak rakyat dan kerajaan Negeri Terengganu, saya juga ingin ucapkan terima kasih di atas perancangan projek fizikal dan peruntukan oleh Kerajaan Pusat untuk Negeri Terengganu sebagaimana yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri. Ini termasuk pelaksanaan Projek ECRL, rumah-rumah MyBNHomes, Pusat Cardiology dan Cardio-thoracic di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Terima kasih kita ucapkan.6. Bajet ini adalah bajet yang sangat terperinci, realistik dan bertanggungjawab. Terima kasih Kerajaan Barisan Nasional. Terima kasih YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak.MALAYSIA MOLEK DOH!27 OKTOBER 2017
27 Oct 17
49