Artikel "Semasa" Terkini
Punca Kematian diketahui Dalam Tempoh Dua Minggu
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu tidak menolak seorang pegawai perubatan yang bertugas di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) mati kerana keracunan makanan namun pihaknya masih menyiasat sekiranya terdapat unsur lain yang menyebabkan kematian doktor tersebut.Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohammad Omar berkata, punca kematian doktor itu paling cepat akan diketahui dalam masa dua minggu berdasarkan keputusan analisis di makmal."Hasil bedah siasat telah dibuat oleh pakar forensik namun tiada unsur jenayah, namun begitu beberapa specimen telah diambil seperti biasa untuk ketahui sebab kematian.“Perkara itu perlu mengambil masa dan kita serah kepada pihak polis untuk melakukan siasatan secara terperinci,” katanya.Menurut laporan dari petikan Harian Metro hari ini, seorang doktor perubatan lelaki ditemui mati di bilik sewanya di Kampung Nyior Sepohon, Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu selepas beberapa hari gagal dihubungi.Mohd Muaz Mohd Sabri berusia lingkungan 30-an ditemui anak pemilik bilik sewa berkenaan selepas berjaya membuka pintunya 10.40 malam semalam.Mangsa yang bertugas di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dipercayai meninggal dunia beberapa hari lalu selepas gagal dihubungi tunangnya sebelum meminta bantuan pemilik bilik sewa berkenaan mencarinya.Difahamkan, mangsa dan tunangnya yang juga doktor di hospital yang sama sebelum ini mengalami keracunan makanan selepas mereka makan makanan yang dibeli di pasar malam di Kuala Ibai.Tunangnya dikatakan terpaksa dirawat di hospital tetapi mangsa didakwa enggan menerima rawatan dan mengambil keputusan untuk berehat sahaja di bilik sewanya.Sepasukan polis yang dihubungi pemilik bilik sewa berkenaan ke lokasi berkenaan dan mendapati keadaan mangsa sudah berbau sebelum membawanya ke Unit Forensik HSNZ untuk proses bedah siasat.Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar mengesahkan ada menerima laporan berkaitan penemuan mayat lelaki berkenaan.Menurutnya, pihaknya mengklasifikasikan kematian lelaki berkenaan sebagai kes mati mengejut.
01 Nov 17
242
Martabat Keris Warisan Melayu
`Tak kenal maka tak cinta', itulah perumpamaan yang menggambarkan minat Wan Omar Wan Mansor, 46, terhadap senjata tradisional Melayu terutamanya keris dan pembuatan sarung kerana pembuatannya yang bermutu tidak hanya bergantung kepada kemahiran dan pengalaman.Hasil kerja beliau kini mendapat tempat di hati pencinta senjata tradisional kerana mempunyai keunikan tersendiri dan masih menggunakan kaedah tradisional dalam menghasilkan sarung senjata yang melambangkan kekuatan orang Melayu.Mula berjinak dalam industri pembuatan sarung sejak berumur 13 tahun menjadikan beliau sangat berpengalaman dan berilmu pengetahuan dalam penghasilan sarung apatah lagi setelah menguasai ilmu ini daripada seorang pembuat sarung ternama di Besut pada 2005."Saya mula belajar membuat sarung pada usia belasan tahun daripada pengamatan dengan orang-orang terdahulu.Pada peringkat awal bukan mudah, banyak yang perlu dipelajari selok-belok pembuatan sarung senjata ini."Sejak itu, minat dan kecintaan tegar kepada kehalusan seni ini telah menguasai dunia saya hingga terdorong untuk memulakan bengkel ketukangan sendiri di rumah,"katanya.Bapa kepada dua anak itu berkata kecintaan itu sekarang menjadi sumber rezeki dan pendapatan tetap yang memberi pulangan agak lumayan untuk beliau menanggung kehidupannya sekeluarga.Dengan modal RM250, kini beliau mampu tersenyum dengan hasil pendapatannya yang mencapai RM4,000 sebulan dan apabila tiba musim perayaan seperti Hari Raya Korban, boleh mencecah RM7,000 sebulan.Harga minimum sarung yang dijualnya bermula dari RM70 dan boleh mencecah RM2,500 bergantung kepada jenis, kualiti kayu serta ukiran yang dipesan oleh pelanggan.Wan Omar memasarkan produknya dalam talian seperti Facebook (wanjaja creative), pameran keusahawanan di bawah kraftangan,Yayasan Pembangunan Usahawan dan Risda serta pernah memasuki pasaran Singapura.Beliau boleh menghasilkan tiga bilah sarung setiap hari jika menggunakan mesin dan sebilah sahaja dalam masa dua hari jika menggunakan tangan sepenuhnya."Ini bergantung kepada permintaan dan tempahan pelanggan. Ada yang nak tradisional dan ada nak pembuatan moden tapi kalau ukiran tu banyak akan makan masa tiga hari."Ukiran ni pun banyak bentuknya seperti awan larat, cincang pukat, bunga ketumbit dan bunga pulut termasuklah pembuatan ukiran hulu keris yang agak rumit seperti kepala burung dan kepala kuda laut," katanya lagi.Bakat Wan Omar tidak hanya terhad kepada pembuatan sarung keris, parang, badik, lembing, kerambit dan golok tetapi juga paip tembakau pelbagai reka bentuk mengikut cita rasa tempahan pelanggan.Jelas beliau lagi, seorang pembuat sarung harus peka dan bijak dalam memilih jenis kayu yang sesuai dengan kehendak pelanggan."Seorang pengukir harus menguasai ilmu ini kerana setiap jenis kayu mempunyai corak tertentu serta warna tersendiri yang berbeza dan sekali gus menjadikannya lebih eksklusif."Ada lebih daripada 20 jenis kayu yang saya gunakan, antaranya kayu kemuning, buey, macang hutan, sena dan ciku bagi memastikan ia berkualiti." Bekalan kayu ni saya beli dari orang asli di Kampung Chini, Pahang termasuklah dari kawasan Tasik Kenyir mengikut ketul. Harganya mengikut ukuran kaki dan boleh mencecah hingga RM300 bagi satu ketul (2 kaki setengah),"kata Wan Omar.Wan Omar menanam azam untuk terus menjaga warisan Melayu ini supaya tidak hilang ditelan zaman dan kini menurunkan ilmu pertukangan kepada anak bongsunya Wan Muhammad Haziq, 9, yang mula menunjukkan minat dalam seni ketukangan ini.Untuk itu, beliau amat berharap ada mana-mana pihak yang boleh memberi bantuan bagi membaik pulih bengkelnya atau bina baru bagi membolehkannya mengembangkan pertukangan ini dengan menambah peralatan dan pekerja.Wan Omar merupakan antara aktivis seni ketukangan setempat yang bertindak memupuk kesinambungan warisan sebagai pemangkin seni dan ekonomi setempat. Oleh itu, pencinta seni sepertinya harus di bela demi menjaga peninggalan warisan nenek moyang kita yang tidak ternilai ini.
01 Nov 17
2158
JKNT Siapsiaga Hadapi Banjir
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) telah mengambil langkah siapsiaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya berlaku banjir.Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Mohammad Omar berkata, JKNT telah bersedia dengan 137 pasukan, terdiri daripada 68 pasukan perubatan dan 69 pasukan kesihatan, dengan keseluruhan anggota yang terlibat adalah 641 orang dari seluruh negeri.Katanya, setiap pasukan perubatan dianggotai oleh lima orang anggota yang terdiri daripada pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan, jururawat terlatih, jururawat masyarakat dan pemandu manakala setiap pasukan kesihatan dianggotai oleh tiga orang anggota iaitu penolong pegawai kesihatan persekitaran, pembantu kesihatan awam dan pemandu.“Pasukan perubatan ini bersedia memberikan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dan rawatan serta rujukan sekiranya terdapat mangsa yang memerlukan di pusat pemindahan. “Pasukan kesihatan pula akan bertindak menjalankan aktiviti pencegahan dan kawalan penyakit bagi memantau, mengesan dan mengawal kejadian penyakit berjangkit akibat banjir,” ujarnya dalam satu kenyataan.Dr Mohammad berkata, JKNT turut melatih anggota seramai 43 orang yang terdiri dari pelbagai kategori dalam latihan ‘water survival’ bagi menghadapi banjir. “Anggota terlibat juga telah diarahkan untuk bersiap sedia dalam menghadapi kemungkinan banjir serta cuti akan dibekukan apabila perlu.“Pihak jabatan juga telah mengarahkan semua hospital dan klinik kesihatan diseluruh negeri untuk menyediakan bekalan ubatan dan peralatan yang mencukupi serta ambulans berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk digunakan,” katanya.Katanya, bagi fasiliti kesihatan yang berisiko banjir, tindakan proaktif telah diambil bagi mengenalpasti fasiliti sementara yang boleh digunakan sekiranya perkhidmatan perlu dipindahkan bagi memastikan perkhidmatan kesihatan tidak terjejas.Justeru itu katanya, JKNT menasihatkan orang ramai mengambil langkah-langkah keselamatan antaranya bagi orang ramai yang tinggal di kawasan berisiko banjir hendaklah sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan-arahan pihak berwajib, khususnya keperluan untuk berpindah awal.“Sentiasa awasi anak-anak supaya tidak bermain air banjir bagi mengelakkan sebarang kejadian penyakit berjangkit berkaitan banjir seperti penyakit Leptospirosis (jangkitan air kencing tikus), meloidosis, dan lain-lain penyakit bawaan air dan makanan.“Mangsa banjir juga dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan penjagaan kebersihan diri semasa banjir iaitu dengan membasuh tangan dengan sabun dan air yang bersih sebelum menyediakan makanan, sebelum makan, selepas ke tandas, selepas membuat aktiviti pembersihan, selepas menyentuh barang-barang yang dicemari oleh air banjir atau kumbahan (sewage),” ujarnya.Katanya, golongan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, wanita mengandung, wargatua serta mereka yang mengidap penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi dan supaya bersiap sedia dengan bekalan ubatan yang mencukupi dan disimpan ditempat-tempat yang selamat dan mudah dicapai ketika banjir.
01 Nov 17
64
Produk BF Nano Vesicles Untuk Rawatan Kulit
Prof Madya. Dr. Mohd Zul Helmi bersama produk yang menggunakan formulasi nanovesicles ciptaannya. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku IsmailUniversiti Malaysia Terengganu (UMT) melakar sejarah apabila menghasilkan produk BF Nano Vesicles yang menjurus kepada teknologi bahan penyerapan pantas nanoteknologi bagi penggunaan dan rawatan kulit kosmeseutikal.Ketua Penyelidiknya, Prof Madya. Dr. Mohd Zul Helmi Rozaini berkata, nanovesicles adalah inovasi produk kosmetik perubatan hybrid yang menggabungkan kesan penyerapan sepantas lima kali ganda daripada produk konvesional untuk memastikan keanjalan kulit kekal halus dan tegang sepantas 12 jam dan juga bersifat antiseptik iaitu berupaya melindungi kulit daripada bakteria merbahaya yang boleh berjangkit.Katanya, nanovesicles diformulasikan daripada teknologi nanovesikel yang bersifat nanoteknologi digabungkan dengan ekstrak minyak pati pokok cucur atap atau nama saintifiknya Baeckea Frutescens yang tumbuh meliar di sekitar kawasan sekitar pantai Kuala Nerus.“Setakat ini, set produk penjagaan kulit yang terdiri daripada Caliph Kids Serum, Jamu Mak Dara perfect skin solution Moisturizer SPF30, Jamu Mak Dara perfect skin solution Serum dan ZN IV DD Cream SPF50 telah menggunakan formulasi ini.“Formulasi nanovesicles adalah produk penjagaan kulit yang tidak mengandungi steroid dan bebas paraben dan juga menggunakan formulasi yang dirumus khas untuk kulit sensitif,” ujarnya kepada pemberita sempena Sidang Media Penyelidikan Dan Inovasi- Malim UMT di Galeri Korporat UMT, Kuala Nerus, semalam.Pada majlis itu, UMT mengetengahkan kejayaan enam penyelidik institusi itu yang berjaya menghasilkan beberapa inovasi baharu dan memberi impak besar.Mereka ialah Prof. Madya Dr. Noraznawati Ismail, Prof. Madya Dr. Wan Mohd. Khairul Wan Mohamed Zin, Prof. Madya Dr. Lam Su Shiung, Dr. Wan Iryani Wan Ismail, Prof. Madya Dr. Zul Helmi Rozaini dan Dr. Nor Azman Kasan.Dr. Noraznawati merupakan pensyarah merangkap Timbalan Pengarah Institut Bioteknologi Marin (IMB) di UMT, manakala Dr. Wan Mohd. Khairul (pensyarah Pusat Pengajian Sains Asas), Dr. Lam (Pusat Pengajian Kejuruteraan Kelautan), Dr. Wan Iryani (pensyarah kanan PPSA), Dr. Zul Helmi (pensyarah di IMB) dan Dr. Nor Azman (pensyarah Institut Akuakultur Tropika).Dr. Noraznawati berjaya menghasilkan sejenis alat pengesan Endotoxin pantas atau Tal Kit yang terhasil daripada penyelidikan ke atas darah belangkas.Dr. Wan Mohd. Khairul pula menghasilkan AceTHIO-Sense iaitu bahan pengesanan organik hijau untuk pengesanan gas karbon dioksida dalam pemantauan pencemaran udara.Dr. Lam dengan produk Pyro Fuel iaitu biobahan api daripada gelombang micro pyrolysis daripada sisa biojisim (biomass) yang fungsinya antara lain sebagai bahan bakar, boiler, penjanaan tenaga atau enjin kenderaan.Sementara itu, Dr. Wan Iryani menghasilkan produk Marno atau Marine Nanoparticle Reducing Agent from Malaysia Shore yang merupakan bahan penurun yang dihasilkan daripada hidupan laut iaitu umpun-umpun ataupun polycheate.Manakala Dr. Nor Azman dengan produk Rapid Biofloc iaitu teknologi hijau bagi pengurusan udang dalam industri akuakutur.
01 Nov 17
235
JPBD Hulu Terengganu, Skuad Radio Amatur Lancarkan Komunikasi Hadapi Banjir
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah(JPBD) Hulu Terengganu dengan kerjasama skuad radio amatur akan memperluaskan komunikasi sedia ada mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang lengkap bagi melancarkan perhubungan ketika banjir berlaku di daerah ini.Pengerusinya,Azmi Razik berkata, inisiatif itu bagi mengatasi kegagalan komunikasi disebabkan terputus hubungan antara tempat-tempat yang dilanda banjir terutamanya melibatkan bekalan makanan dan perubatan."Kita sebelum ini sudah ada pasukan radio amatur di bawah pengurusan Pejabat Daerah dan kini akan perluaskan lagi penggunaannya dengan meletakkan petugas di semua pusat pemindahan yang ada."Apabila kita luaskan kedudukan pasukan radio amatur di setiap cawangan yang terlibat, tidak ada lagi masalah yang timbul seperti terputus bekalan makanan kerana masalah komunikasi dan menyebabkan kelewatan penghantaran bekalan berlaku,"katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas penutup Program Simulasi Bencana Daerah Hulu Terengganu di Pusat Pemindahan Bencana, di Pusat Pemindahan Kaseh OKB di Kuala Berang, kelmarin.Norazmy AdenanMajlis perasmiannya disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Dato' Tengku Putera Tengku Awang.Sementara itu, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Terengganu(JKM), Norazmy Adenan berkata, terdapat 96 pusat pemindahan banjir di daerah ini yang boleh menampung kira-kira 12,000 mangsa banjir pada satu-satu masa."Setakat hari ini, semua tiga mini depo dan 48 pengkalan hadapan telah menerima bekalan makanan dan barangan keperluan mangsa banjir bermula 24 Oktober lalu."Ini termasuk 100 sukarelawan JKM terdiri daripada pelbagai badan bukan kerajaan serta institusi pengajian tinggi yang sentiasa bersiap siaga menghadapi banjir bila diperlukan pada bila- bila masa,"katanya.
31 Oct 17
210
Penyelidik UMT Hasil Kit Pengesan Endotoksin Pantas Daripada Belangkas
Profesor Madya Dr. Noraznawati bersama produk yang dihasilkan TAL Kit. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku IsmailSekumpulan penyelidik dari Institut Bioteknologi Marin (IMB), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berjaya menghasilkan kit pengesan endotoksin daripada ekstrak darah belangkas dikenali sebagai TAL Kit untuk kegunaan industri farmaseutikal.Ketua Penyelidiknya, Profesor Madya Dr. Noraznawati Ismail berkata, TAL Kit digunakan untuk mengesan kehadiran pencemaran endotoksin dalam ubatan dan alatan untuk suntikan yang dimasukkan ke dalam badan manusia.“Ianya juga untuk mengesan ketulenan ubat-ubatan untuk diagnosis pantas,” katanya kepada pemberita sempena Sidang Media Penyelidikan Dan Inovasi- Malim UMT di Galeri Korporat UMT, Kuala Nerus, hari ini.Noraznawati yang juga merangkap Timbalan Pengarah IMB, UMT berkata, TAL Kit dengan rasminya telah dipatenkan pada Januari 2012 dan memperoleh Hak Cipta rasmi pada November 2015.“Produk yang dihasilkan ini hanya untuk kegunaan farmasi dan tidak untuk orang ramai. InsyaAllah, ianya akan dipasarkan untuk pasaran negara bagi tempoh satu hingga dua tahun sebelum ke pasaran Asia.“Mulai tahun depan juga, ianya akan dipasarkan di Sabah berikutan spesies belangkas yang digunakan untuk ciptaan ini banyak terdapat di negeri itu,” ujarnya.
31 Oct 17
908
Banjir : Terengganu Siap Siaga- MB
Penduduk yang berpindah mengalih tilam yang disediakan untuk kegunaan di pusat pemindahan sementara banjir di Dewan Serbaguna Mengabang Telung, Kuala Nerus, hari ini. Foto oleh Tengklu Syamim Tengku IsmailKerajaan negeri melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) berada dalam keadaan berjaga-jaga serta bersiap-siaga bagi menghadapi kemungkinan banjir melanda negeri ini.Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, semua agensi dan jabatan dalam JPBNT yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail bersedia digerakkan sekiranya banjir berlaku di mana-mana kawasan di seluruh Terengganu."Terengganu tiada masalah kerana semua agensi terbabit telah bersiap sedia dari awal termasuk menyediakan pusat pemindahan sementara dengan kemudahan- kemudahan yang diperlukan."Saya berharap mereka yang terbabit (mangsa banjir) mematuhi arahan- arahan pihak berkuasa supaya semua berjalan lancar,"katanya dalam satu kenyataan kepada pemberita susulan pemindahan kumpulan pertama mangsa banjir dari Kampung Alur Damak, Batu Rakit ke pusat pemindahan sementara di Dewan Serbaguna Mengabang Telung, Kuala Nerus, awal pagi ini.Ahmad Razif memberitahu, pembekalan keperluan dan petugas- petugas banjir semuanya sudah digerakkan sejak awal dan masyarakat tidak perlu gusar dengan persiapan bagi berdepan kemungkinan bencana itu. Katanya, pemindahan pertama melibatkan lapan keluarga di Kampung Alur Damak berkenaan disebabkan berlaku takungan air di kawasan kediaman mereka.Tambahnya, Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Nerus, Dato' Basir Ismail sudah menguruskan keperluan sepatutnya dengan dibantu agensi penyelamat dan JPBNT, sejak lewat malam tadi.Basir berkata, beliau sudah melawat dan meninjau sendiri proses pemindahan dan pusat pemindahan sementara yang disediakan bagi menempatkan semua mangsa sebelum keadaan pulih sepenuhnya."Semua yang terbabit dipindahkan ke penempatan sementara dan kita sudah menyalurkan bantuan awal."Kumpulan pertama ini terpaksa dipindahkan akibat air bertakung di kawasan penempatan itu kerana hujan lebat," katanya.
30 Oct 17
454
BAJET 2018 : Terengganu Sambut Baik Usaha Selenggara Pendawaian Tahfiz Di Seluruh Negara
Pengumuman peruntukan RM50 juta oleh Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak supaya GiatMara membaik pulih dan menyelenggara sistem pendawaian di semua sekolah tahfiz berdaftar di negara ini dalam Bajet 2018 dijangka dapat memartabatkan lagi institusi tahfiz di Malaysia.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata pengumuman itu membuktikan kecaknaan serta keperihatinan Kerajaan Pusat terhadap kewujudan institusi tahfiz sebagai satu pusat pendidikan yang memartabatkan syiar Islam di negara ini."Ianya merupakan satu bajet baru dan tentunya menggembirakan bagi seluruh pusat-pusat tahfiz khususnya yang ada dalam negara kita dan sudah pastitTahfiz di Terengganu juga bakal mendapat manfaatnya."Secara peribadi,saya menyokong penuh peruntukan disalurkan melalui GiatMara bagi membaikpulih dan menyelenggara sistem pendawaian di semua tahfiz yang berdaftar.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan perasmian penutup Program Cinta Negara: Negaraku Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Terengganu 2017 di perkarangan Masjid Kampung Menerong, kelmarin.Turut hadir Pengarah Jabatan Penerangan Terengganu, Nasrudin Mahmud dan kepimpinan setempat.Menurut Ghazali lagi, masih banyak keperluan lain lagi harus diberi perhatian ke arah membina dan melahirkan insan kamil dan mukmin yang bertakwa di negara ini.Mengulas mengenai Program Cinta Negara: Negaraku Sehati Sejiwa, Ghazali berkata program tersebut dapat meningkatkan semangat patriotisme rakyat untuk lebih menghargai keamanan dan kedamaian dikecapi negara selama ini."Ini termasuklah memberi pendedahan kepada penduduk yang terlibat mengenai perancangan Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri pada masa depan untuk manfaat mereka."Kehadiran pada hari ini saya anggarkan lebih 1,500 penduduk daripada 13 kampung sekitar di Mukim Hulu Berang dan ianya mendapat sambutan baik daripada masyarakat dengan pengisian pelbagai program,"katanya.Jelasnya lagi, program itu juga memberi peluang kepada masyarakat untuk mendalami aspirasi negara terutama Transformasi Nasional 2050 yang (TN50) dicetuskan Perdana Menteri.
29 Oct 17
30
AIM Buka 50,000 Peluang Kepada Wanita Generasi Y
Nawi (tengah) ketika menyempurnakan Program Himpunan Usahawan Ikhtiar Terengganu, di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku IsmailAmanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menyasarkan 400,000 ribu keahlian Sahabat Aktif AIM seluruh negara.Pengerusi Eksekutif AIM, Dato’ Dr. Zubir Harun berkata, ketika ini keahlian sahabat AIM telah mencapai kira-kira 326,000 orang.Katanya, untuk mencapai sasaran itu AIM membuka 50,000 peluang kepada wanita generasi Y untuk mendapatkan pinjaman daripada badan berkenaan.“Peluang yang akan dibuka sehingga Disember tahun hadapan itu akan memberi keutamaan kepada golongan muda daripada keluarga miskin."Buat masa ini kita sudah mempunyai 326,000 sahabat AIM, dengan peruntukan berbentuk geran yang diluluskan Perdana Menteri ketika pembentangan bajet 2018 sebanyak RM200 juta kita akan mempertingkatkan jumlah Sahabat Aktif AIM kepada 400,000 sahabat,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Himpunan Usahawan Ikhtiar Terengganu, di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, hari ini.Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Nawi Mohamad.Katanya, dalam usaha merealisasikan hasrat kerajaan membantu golongan miskin berkecimpung dalam dunia perniagaan, peluang tersebut dibuka khusus untuk golongan wanita dengan mengutamakan generasi Y.
29 Oct 17
267
Bas Kemaman Shuttle Beroperasi Mulai 1 November
Penduduk Daerah Kemaman bakal menikmati kemudahan pengangkutan awam yang baru apabila perkhidmatan Bas Kemaman Shuttle akan beroperasi mulai Rabu ini (1 November).Ahli Parlimen Kemaman yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek mengilhamkan perkhidmatan itu sebagai kemudahan untuk penduduk mendapat akses yang lebih baik dari kawasan kediaman mereka ke sekitar Bandar Kemaman.Penyelaras Projek Bas Khidmat Masyarakat Parlimen Kemaman, Mohd Fauzi Mat Adam berkata, bas berkenaan dijadualkan akan tiba di setiap hentian tiap-tiap satu jam bermula 7 pagi dan berakhir pada jam 6 petang."Bagi fasa pertama yang juga fasa percubaan, Perkhidmatan Bas Kemaman Shuttle itu akan mengambil dan menurunkan penumpang di beberapa tempat sebanyak 21 hentian sekitar Bandar Chukai."Perkhidmatan ini akan memulakan perjalanan di Dataran Kuala Kemaman yang menjadi hentian utama sebelum bergerak ke 21 buah hentian yang telah ditetapkan."Hentian lain di Bank Islam Chukai Utama, Hospital Kemaman, Centre Point, Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman, Majlis Perbadaran Kemaman, Pejabat Daerah dan Tanah Kemaman, Wisma Persekutuan, Klinik Kesihatan Chukai, Padang Astaka, Perpustakaan Awam Daerah dan Pejabat Parlimen Kemaman, Hai Peng Kopitiam," katanya.Menurutnya, hentian pertama hingga ke 21 mengikut rangkaian laluannya adalah Dewan Sivik Geliga, Klinik Kesihatan Kuala Kemaman, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Geliga, Perhentian Bas Geliga Intan, Masjid Kampung Paya Berenjut, Perhentian Bas Kampung Mak Lagam dan Depan Kilang Tamura Kampung Fikri."Hentian seterusnya yang akan dilalui adalah Pejabat Tabung Haji Kemaman, Stesen Bas Lama Kemaman, Tunas Manja, Stesen Bas Ekspres Geliga, SMK Geliga, Klinik Kesihatan Kuala Kemaman dan Pondok Polis Kuala Kemaman sebelum kembali semula ke Dataran Kuala Kemaman," katanya.Fauzi berkata, pergerakan bas dari hentian utama di Dataran Kuala Kemaman melibatkan 12 perjalanan setiap hari, iaitu waktunya berselang sejam bemula dari jam 7 pagi perjalanan pertama, diikuti jam 8 pagi (perjalanan kedua), 9 pagi (perjalanan ketiga), 10 pagi (perjalanan keempat) dan begitulah berikutnya hingga jam 6 petang.Tambahnya, perkhidmatan berkenaan adalah khidmat sosial yang tidak berasaskan keuntungan dan ia beroperasi hasil penajaan syarikat-syarikat swasta."Sehubungan itu, saya juga sangat mengalu-alukan kepada pihak lain untuk turut sama menaja kos operasi bas itu yang mana pihak penaja akan diberikan ruang pengiklanan di bahagian luar dan dalam bas serta di skrin LED bas berkenaan," katanya.
29 Oct 17
887