lightning-solid
Berita :

Artikel "Semasa" Terkini

Empty Image
Kerajaan Negeri Hantar Sukarelawan Bantu Mangsa Banjir Pulau Pinang
Kerajaan negeri akan menghantar kira-kira 200 orang Skuad Sukarelawan TTB ke Pulau Pinang bagi membantu penduduk yang terjejas ekoran bencana banjir di negeri itu pada 9 November ini.Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri Dato' Rozi Mamat berkata, rombongan pertama skuad sukarelawan itu akan berada di Balik Pulau selama tiga hari bagi menjalankan misi kemanusiaan pasca banjir dengan membantu kerja-kerja pembersihan.“Operasi pembersihan akan tertumpu ke kawasan yang terjejas, terutama kawasan sekolah dan jalan raya selepas banjir surut,” ujarnya kepada Teganukita, hari ini.Katanya, Skuad Sukarelawan TTB juga akan digerakkan secara berperingkat-peringkat.“Jumlah sebenar anggota sukarelawan yang akan dihantar ke Pulau Pinang tertakluk kepada keperluan.“Skuad sukarelawan sentiasa bersiap sedia membantu agensi kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan dan anggota keselamatan sekiranya kejadian banjir kembali melanda negeri itu dan kerajaan negeri bersedia menghantar anggota sukarelawan yang diperlukan,” katanya.Hampir keseluruhan Pulau Pinang terjejas akibat banjir dengan beberapa kawasan ditenggelami air antara 0.2 dan satu meter, diikuti angin kencang dan hujan lebat sejak pukul 2 petang Khamis lalu yang turut menumbangkan puluhan pokok.Hingga kini, banjir di Pulau Pinang meragut tujuh nyawa.
07 Nov 17
28
Empty Image
Terengganu Sedia Lupus Al-Quran Rosak Di Pulau Pinang Secara Percuma
Ghazali turut serta dalam Program Pelupusan Kiub Abu Al-Quran ke laut di Perairan Terengganu. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.Kerajaan negeri bersedia membantu melupuskan al-Quran yang rosak akibat ditenggelami banjir di Pulau Pinang secara percuma.Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mempunyai kepakaran dan peralatan dapat membantu melancarkan proses berkenaan.“Kita sedia maklum, apabila berlaku banjir besar sebagaimana pernah berlaku di Kelantan dan baru-baru ini di Pulau Pinang, sudah tentu ada masjid atau pusat-pusat pengajian berteras agama dan al-Quran yang turut terkena musibah banjir sehingga menyebabkan ia mengalami kerosakan.“Jadi, kerajaan negeri bersedia membantu proses pelupusan secara percuma.  Tetapi bagi kos pengangkutan untuk menghantar pula ditanggung oleh Jabatan Agama Islam Pulau Pinang,” katanya.   Beliau berkata demikian kepada media selepas Program Pelupusan Kiub Abu Al-Quran ke laut di Perairan Terengganu, hari ini.Mengulas lanjut, beliau berkata, sebanyak tiga tan abu al-Quran yang dilupuskan secara kiub dilepaskan sejauh 10 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu.Sebanyak 515 kiub dilepaskan pada kedalaman 30 meter merupakan program pertama tahun ini.Sejak diperkenalkan pada 2012, sebanyak 70.45 tan abu al-Quran dilupuskan ke dalam laut oleh pihak JHEAT.Tahun ini JHEAT telah melupuskan 19 tan Al quran dan inovasi pelupusan secara kiub merupakan kali kedua sejak diperkenalkan tahun lalu.Menurutnya, inovasi itu dihasilkan berikutan JHEAT berhadapan kesukaran apabila abu tersebut berterbangan ketika mengendalikan proses tersebut sebelum ini sehingga melakukan inovasi atas nasihat Jabatan Alam Sekitar.
07 Nov 17
538
Empty Image
UniSZA Jalin Kerjasama Dengan YIT dan JHEAT
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini mengukuhkan kerjasama dengan Yayasan Islam Terengganu (YIT) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) dengan mengadakan Memorandum Persefahaman (MoU) bagi program perkongsian pintar UniSZA bersama masyarakat.Prof. Dr. Mahadzirah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UniSZA, Prof. Dr. Mahadzirah Mohamad berkata, sebelum ini Perpustakaan UniSZA telah melancarkan Projek Pengorganisasian Bahan dan Pengautomasian Pusat Sumber (PPS) dari bentuk tradisional kepada PPS berlandaskan teknologi maklumat dan komunikasi supaya dapat membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.Katanya, satu sistem dikenali sebagai Automasi Pengurusan Pusat Sumber (APPS) telah dibangunkan dengan menggunakan perisian Microsoft Access.“Ianya telah dijalankan di empat buah sekolah terpilih sebagai projek perintis pada 2012 dan diperluaskan ke tiga buah sekolah lagi pada 2014.“Sistem APPS ini juga telah dinaik taraf menggunakan aplikasi atas talian atau web based pada 2016,” ujarnya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) Di Antara UniSZA Dengan YIT Dan JHEAT Bagi Program Perkongsian Pintar UniSZA Bersama Masyarakat di Perpustakaan UniSZA, hari ini.Prof. Dr. Mahadzirah mewakili UniSZA manakala YIT dan JHEAT masing-masing diwakili oleh Pengarah YIT iaitu Dato’ Dr. Alias Abdullah dan Timbalan Pesuruhjaya JHEAT, Mohd Azam Awi.Menurut Mahadzirah, pihak perpustakaan UniSZA berhasrat memperluaskan program khidmat masyarakat itu kepada 11 institusi yang terdiri daripada masjid, sekolah dan yayasan pada tahun ini.“Menerusi MoU yang dimeterai, kita mensasarkan untuk memperluaskan sistem APPS versi android kepada institusi terbabit bagi membantu pelajar dan masyarakat mendapatkan bahan rujukan dari perpustakaan masing-masing hanya secara atas talian,” ujarnya.
06 Nov 17
261
Empty Image
Penduduk Pulau Perhentian Dan Redang Diberi Perhatian Jika Berlaku Banjir
Penduduk Pulau Perhentian dan Redang diberi perhatian utama jika kedua dua pusat pelancongan terkenal itu berlaku banjir pada musim tengkujuh tahun ini.Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), Dr Mohammad Omar berkata, JKNT telah membuat persiapan awal dengan pelbagai kelengakapan perubatan dan penempatan kakitangan bagi menghadapi sebarang kemungkinan jika berlaku banjir di pulau berkenaan.Katanya, tahap siapsiaga di dua pulau itu diberi keutamaan kerana kedudukan pulau terbabit agak sukar untuk membawa pesakit jika berlaku sebarang kes kecemasan berikutan ombak besar dan sukar untuk membawa pesakit ke darat dengan bot kecil.Beliau berkata, pihaknya sudah menghantar bekalan ubat-ubatan dan keperluan peralatan kira-kira 5,000 penduduk di pulau itu sejak sebulan lalu kepada klinik kesihatan di pulau berkenaan.“Jika berlaku kes kecemasan dan kritikal yang memerlukan tindakan segera akan menghubungi Bilik Gerakan Banjir daerah atau negeri untuk mendapatkan khidmat helikopter,” katanya kepada media selepas pelancaran Projek Touch Point di Rumah Warga Tua Nur Saadah, Kampung Tok Dor, Jabi, hari ini.Beliau berkata, ketika ini 137 pasukan, terdiri daripada 68 pasukan perubatan dan 69 pasukan kesihatan, dengan keseluruhan anggota yang terlibat adalah 641 orang dari seluruh negeri akan dikerah pada bila-bila masa jika berlaku banjir."Setiap pasukan perubatan dianggotai oleh lima orang anggota yang terdiri daripada pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan, jururawat terlatih, jururawat masyarakat dan pemandu," katanya.Manakala setiap pasukan kesihatan dianggotai oleh tiga orang anggota iaitu penolong pegawai kesihatan persekitaran, pembantu kesihatan awam dan pemandu.“Pasukan perubatan ini bersedia memberikan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dan rawatan serta rujukan sekiranya terdapat mangsa yang memerlukan di pusat pemindahan.“Pasukan kesihatan pula akan bertindak menjalankan aktiviti pencegahan dan kawalan penyakit bagi memantau, mengesan dan mengawal kejadian penyakit berjangkit akibat banjir,” ujarnya dalam satu kenyataan.“Pihak jabatan juga telah mengarahkan semua hospital dan klinik kesihatan diseluruh negeri untuk menyediakan bekalan ubatan dan peralatan yang mencukupi serta ambulans berada dalam keadaan baik dan bersedia untuk digunakan,” katanya.
06 Nov 17
65
Empty Image
MB Terengganu Rakam Simpati Mangsa Banjir Pulau Pinang
Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman merakamkan simpati kepada penduduk Pulau Pinang yang dilanda banjir besar.Beliau meminta agar mereka yang terbabit bertenang dan bersabar menghadapi ujian Tuhan itu."Dalam keadaan sekarang yang penting ialah menyelamat dan membantu mangsa tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan parti."Biasanya pada masa sekarang (November), banjir melanda Pantai Timur tetapi ketentuan Tuhan mengatasi kebiasaan," katanya dalam satu kenyataan kepada media, hari ini.Beliau yakin, kerajaan Barisan Nasional(BN)  sentiasa membantu negeri negeri dilanda banjir kerana BN adalah kerajaan yang adil, prihatin rakyat dan sentiasa membantu rakyat.Keadaan hujan yang berterusan sejak jam 12 tengah hari semalam menyebabkan banyak kawasan di Pulau Pinang terjejas berikutan banjir yang melanda.Banjir tersebut telah menyebabkan beberapa kawasan lumpuh akibat jalan utama di negeri tersebut ditenggelami air.Selain itu, sejumlah 1,968 mangsa banjir ditempatkan di beberapa pusat pemindahan banjir di empat daerah di negeri tersebut.
05 Nov 17
53
Empty Image
ADUN Pengkalan Berangan Biayai Kos Pengurusan Jenazah Empat Sekeluarga
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Pengkalan Berangan A.Latiff Awang menzahirkan rasa dukacitanya terhadap tragedi empat bersaudara yang terkorban dalam kemalangan selepas menghadiri majlis kenduri kahwin, petang semalam.Beliau yang kini berada di Jerman atas urusan kerja turut mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.“Saya telah mewakilkan pegawai khas saya untuk menziarahi keluarga mangsa bersama-sama dengan Pengerusi JKKK dan wakil daripada Pejabat Dewan Undangan Negeri Pengkalan Berangan, malam tadi. “Berita mengenai kemalangan ini amat menyedihkan. Takziah kepada keluarga mangsa, semoga tabah menghadapi ujian Ilahi. InsyaAllah, segala perbelanjaan untuk pengurusan jenazah akan kita tanggung,” katanya ketika dihubungi Teganukita, hari ini.A.Latiff yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri berkata, kesemua jenazah dijangka akan dikebumikan selepas waktu Zohor, hari ini.Menurut laporan sebuah akhbar, dalam kejadian kira-kira jam 6.40 petang semalam itu, Mhd Sari Muda, 52, isteri, Mizah Mamat, 56, dan anak perempuannya, Saerah Saari, 18, serta anak saudara mereka, Nur Adibah Ramli, 19, meninggal dunia di lokasi kejadian apabila kereta Proton Saga Aeroback dinaiki mereka dipercayai merempuh sebuah bas persiaran di Jalan Kuala Terengganu - Kuantan berhadapan Penjara Marang.Sebelum kejadian, kereta dinaiki Mhd Sari dan tiga ahli keluarganya itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Jerung Surau, Marang daripada menghadiri kenduri perkahwinan di Kerteh, Kemaman.Manakala bas persiaran yang membawa rombongan murid sekolah rendah terbabit pula dikatakan dalam perjalanan pulang ke Cherating, Kuantan dari Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu, Chendering, Kuala Terengganu.
04 Nov 17
105
Empty Image
Pembedahan Katarak Secara Percuma Di Hospital Kemaman
Seramai 100 pesakit katarak dari seluruh Kemaman menerima rawatan pembedahan secara percuma di Hospital Kemaman sepanjang tiga yang berakhir semalam.Pengarah Hospital Kemaman, Amran Japar berkata, pembedahan dalam program kem katarak bermula 3 November lalu dapat membantu pesakit katarak yang tidak berkemampuan untuk mendapat rawatan secara percuma."Program Kem Katarak peringkat Hospital Kemaman ini adalah kesinambungan daripada program Hari Penglihatan Sedunia hari ini."Melalui kem ini dianggarkan seramai 100 pesakit katarak dari seluruh Daerah Kemaman akan mendapat manfaat daripadanya dan memberi peluang cerah untuk memulihkan penglihatan mereka kembali."Selain itu, pesakit katarak yang hadir pada hari ini disaringkan untuk menjalani pembedahan semasa kem katarak berlangsung dan hanya 70 orang pesakit sahaja yang lulus ujian pra-pembedahan," katanya sempena Hari Penglihatan Sedunia peringkat Hospital Kemaman 2017 di Dewan Ibnu Sinar, Hospital Kemaman.Turut hadir, Pakar Otftalmologi Hospital Kemaman, Norfarizal Ashikin Abdullah.Amran berkata, kos bagi pembedahan beserta kanta biasa dibayar oleh pesakit kira-kira RM500 hingga RM800 dan mampu menampung seramai 70 pesakit katarak."Sekarang ini pihak hospital berjaya menyelesaikan 40 pesakit dan kini hanya tinggal lagi 30 pesakit yang akan diselesaikan dalam masa tiga bulan akan datang."Tempoh untuk pesakit menunggu kira-kira enam bulan hingga satu tahun untuk membuat pembedahan,"katanya.Menurut Norfarizal pula, bantuan kanta secara percuma itu akan diberikan melalui Bank Kanta Intraokular Kebangsaan kepada pesakit yang kurang berkemampuan."Diharapkan dengan adanya Program Kem Katarak ini jumlah pesakit yang menunggu untuk menjalani pembedahan di hospital dapat dikurangkan dan seterusnya memberi harapan baru kepada mereka untuk mendapat penglihatan yang baik daripada hasil program ini."Tidak lupa juga terima kasih kepada Jabatan Otftalmologi Hosptial Sultan Nur Zahirah, Jabatan Anaestesiologi Hospital Kemaman dan Jabatan Otftalmologi Hospital Tengku Ampuan Afzan atas kerjasama dalam membantu Program Kem Katarak ini," katanya.
04 Nov 17
971
Empty Image
Joyful Malaysia @ KLIA Buka Dimensi Baru Sektor Pelancongan
Joyful Malaysia @ KLIA & KLIA 2 yang berlangsung 12 hari sepanjang hujung minggu pada Oktober  lalu berjaya membuka dimensi baru dalam sektor pelancongan di Terengganu.Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT), Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, penampilan yang dilakukan oleh pihaknya pada setiap hujung minggu sepanjang Oktober lalu membuka mata kepada para pelancong mengenai keunikan Terengganu.Katanya, dengan adanya program anjuran kerajaan negeri melalui JPNT dengan kerjasama Malaysia Airports Berhad (MAB) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) itu dapat memberi gambaran sebenar mengenai Terengganu."Penampilan kita berjaya kerana masih ramai daripada pengunjung antarabangsa yang datang ke Kuala Lumpur mereka tidak dapat membezakan Terengganu dengan Malaysia. Bagi mereka Terengganu itu Malaysia dan Malaysia itu Terengganu."Jadi penyertaan kita dalam program ini memberi peluang untuk menerangkan lebih jelas lagi kepada pengunjung yang kebanyakannya datang secara berkumpulan selain dapat memberikan bahan-bahan kepada sasaran-sasaran baru pelancongan Terengganu," katanya kepada Teganukita.Tun Ahmad Faisal berkata, sepanjang 12 hari berada di sana, pelbagai aktiviti disusun atur bagi menarik pelancong ke gerai pameran.Tambahnya, pihaknya tidak melatakkan sasaran khsusus pengunjung untuk program tersebut, namun dijangkakan bilangan pelancong ke gerai pameran melebihi 100,000 pengunjung."Kita mengambil kira statistik yang dikeluarkan oleh pihak MAB di mana 25 juta pelancong menggunakan KLIA 2 manakala 15 juta lagi menggunakan KLIA 1."Jadi kalau kita dapat mempamerkan jenama Terengganu ini kepada satu peratus saja daripada pengunjung pada hari itu, ianya sudah menjadi satu bilangan yang besar," katanya.
04 Nov 17
255
Empty Image
Tingkatkan Penguatkuasaan, Elak Dera Kanak-Kanak Berulang
Dato' Basir dan Dato' Seri Ismail beramah mesra dengan peserta Program Latihan Kemahiran B40 Kursus Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak PERMATA di Quinara Al Safir, Kuala Nerus, semalam. Foto Tengku Syamim Tengku IsmailKerajaan Pusat akan mempertingkatkan penguatkuasaan bagi memastikan setiap pengambilan pengasuh di Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) benar-benar memenuhi kriteria supaya kejadian  pengabaian dan penganiayaan kanak-kanak berulang.Sikap memikirkan keuntungan, mengambil pengasuh tidak terlatih, mempunyai masalah kesihatan dan mengambil ramai kanak-kanak, antara penyumbang kes pengabaian serta penderaan kanak-kanak Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato’ Seri Ismail Abd Muttalib, berkata walaupun kes pengabaian dan penderaan kanak-kanak di taska tidak serius, namun kerajaan mahu memastikan kes di tahap sifar.Katanya, justeru mengingatkan pemilik taska mematuhi garis panduan ditetapkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (JKM) untuk mengekang pelbagai kejadian buruk di taska.“Sebelum mengambil pekerja, pengusaha Taska sewajarnya  memastikan individu sihat mental dan fizikal, selain berpendidikan, penyabar, kental spiritual serta emosi."Pelbagai kursus dan garis panduan dirangka kementerian dalam memastikan semua Taska, berada pada tahap memuaskan," katanya selepas Majlis Penutup Program Latihan Kemahiran B40 Kursus Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak PERMATA di Quinara Al Safir, Kuala Nerus, semalam.Hadir sama Pegawai Pembangunan Parlimen Kuala Nerus, Dato' Basir Ismail yang mewakili Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Katanya, pengusaha juga tidak boleh memikirkan keuntungan sahaja, sebaliknya memastikan jumlah kanak-kanak memadai dengan kekuatan kakitangan."Memang ada kes Taska tidak berdaftar mengambil kanak-kanak dalam kuantiti ramai dan JKM sentiasa melaksanakan penguatkuasaan berkaitannya."Justeru, semua Taska yang tidak berdaftar segera mendaftar bagi membolehkan mengikuti kursus dan latihan dianjurkan kementerian untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan,”katanya
04 Nov 17
147
Empty Image
MB Tanggung Kos Bawa Balik Jenazah Mangsa Tangki Meletup
Saya bersedia menanggung segala kos bagi membawa jenazah dua anak Terengganu yang terlibat dalam kebakaran sebuah tangki simpanan diesel di sebuah kilang di Jalan Kuang Kuala Garing, Rawang, semalam, kata Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman.Dua dari tiga mangsa adalah anak Terengganu iaitu Norhafizam Ab. Rahman, 28 dari Kampung Batin Seberang Takir dan Zamri Adenan, 37 dari Kampung Surau Haji Daud.Menurut Ahmad Razif, beliau menzahirkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dan memohon supaya ahli keluarga mangsa bersabar dengan musibah yang menimpa."Saya merasa sedih dan terharu apabiladimaklumkan mengenai kejadian tersebut oleh wakil perantau di Lembah Klang yang mana melibatkan anak Terengganu dalam kejadian itu,"katanya.Beliau berkata demikian dari Jerman kerana mengadakan lawatan rasmi ketika dihubungi hari ini.Beliau berharap, ahli keluarga mangsa tabah menghadapi dugaan itu selain mengarahkan wakil perantau menguruskan segala keperluan yang berkaitan dalam pengurusan jenazah kedua-dua anak Terengganu terbabit."Segala kos berkaitan pengurusan jenazah berkenaan akan ditanggung oleh saya sendiri', ujarnya.Mengikut satu laporan media atas talian,dalam kejadian kira-kira jam 4 petang semalam, tiga pekerja warga tempatan sedang melakukan kerja penyelenggaraan atas tangki sebelum berlaku letupan yang menyebabkan mereka terjatuh.Susulan itu, 750,000 liter diesel dalam tangki berkenaan dipindahkan sejak malam tadi bagi membolehkan pasukan bomba mencari mangsa yang terbabit dalam kejadian itu.
04 Nov 17
33